KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA AL-QURAN DALAM
PENDIDIKAN ISLAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MEMBACA AL-QURAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Oleh
ENGKIZAR SIQ. SPd.I
(P51186)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
2011
ABSTRAK
Tulisan ini bukanlah hasil sebuah kajian, tetapi merupakan
sebuah analisis konten dari penulis tentang perkembangan pengajaran
dan pembelajaran al-Quran dari waktu kewaktu, disamping itu
dibicarakan juga kepentingan belajar dan mengajarkan al-Quran
berdasarkan dalil al-Quran dan Hadits, sebagai pendukung dan
sokongan hujah atau pendapat dalam tulisan ini penulis juga
menyertakan hasil-hasil kajian pendidikan Al-Quran yang telah
dijalankan peneliti/penyelidik baik di Malaysia maupun di
Indonesia, perlu penulis tegaskan bahwa, salah satu perkara yang
agak banyak dibicarakan dalam tulisan ini ialah tentang Metode
Tartil yaitu sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran
yang relatif baru berbanding kaedah lainnya. Selanjutnya juga
dibincangkan hasil kajian faktor-faktor yang mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
1.0 PENGENALAN
Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan
lilalamin iaitu rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda
S.A.W berbekalkan mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran dengan
tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat
manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan
membaca al-Quran (al-Buti, 1991)
Adapun al-Quran ialah qaraa yang mempunyai erti mengumpulkan dan
menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagai qiraah beerti
menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain
dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Quran pada mulanya seperti
qiraah iaitu masdar (infinatif) dari kata qaraa, qiraatan dan
quranan (Manna Khalil al-Qattan, 1992)
Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga
tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir
membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru
itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia,
malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu
ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis:
Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca
ayat-ayat al-Quran dan mempelajarinya melainkan turun ke atasnya
ketenangan, diliputi dengan rahmat Allah dan Allah sentiasa
menyebut mereka (al-Qushairi, 1995)
Menurut Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan
bahawa al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak
pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan
benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak. (Yusof Qardhawi,
2010) menegaskan diantara manfaat membaca dan menghafal Al Quran
pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca
huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj
hurufnya.
Quraish Shihab (2004) menyatakan bahawa, Allah s.w.t memuliakan
umat Islam dengan kitab al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam
al-Quran telah dikumpulkan segala yang diperlukan oleh manusia
berbentuk kisah terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai perumpamaan,
adab, kepastian hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai
bukti keesaan-Nya. Allah s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap
baik terhadap kitab-kitab-Nya, termasuk perlakuan ini adalah
menjelaskan adab-adab pembaca, membimbing mereka melaksanakan
ajaran al-Quran serta megingatkan manusia dengan nasihat-nasihat
yang baik (Anis Ahmad, 2004)
Tegasnya, Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat
manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi
sumber asas kepada manusia untuk dijadikan panduan dalam menjalani
kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk mencapai hasrat tersebut
manusia perlu menyelami al-Quran melalui belajar membaca,
mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.
1.2 KEPENTINGAN BELAJAR DAN MENGAJAR Al-QURAN
Kepentingan mempelajari serta mengajarkan al-Quran suatu yang
tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia merupakan sumber asas
dalam pembinaan manusia. selanjutanya Mohd Ali (1991) dan Haron Din
(1992) membaca al-Quran adalah ibadah yang diberi pahala oleh Allah
kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul serta
mengikut kaedah bacaan dan hukum tajwid. hal ini selaras jika
dirujuk kepada beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah
s.a.w tentang kepentingan pendidikan al-Quran diantaranya yang
bermaksud:
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu;
mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran, kerana orang-orang
yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgasana
Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada
perlindunga-Nya; mereka berserta para nabi-Nya dan orang-orang
suci.(Ath-Tabrani)
Manakala pada riwayat lain. Daripada Uthman bin Afan r.a
berkata: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara
kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia
mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat Bukhari)
(al-Nawawi, 1995). menjelaskan takrifan hadis ini adalah tentang
seseorang yang paling mulia disisi Allah s.w.t. ialah mereka yang
mempelajari al-Quran dengan sebaik-baiknya dan kemudian mereka
mengajarkan pula kepada orang lain. Maksud mempelajari disini
bukanlah hanya sekadar belajar tetapi lebih mempelajari. Iaitu
belajar memahami serta mengamalkan tanpa mengharapkan apa-apa
balasan.
Memahami pandangan dan Hadis di atas. Tegasnya matlamat
terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagai seorang individu yang
boleh berjaya ditengah-tengah kehidupan masyarakat. Manakala bagi
seorang muslim mewariskan al-Quran kepada generasi selanjutnya
merupakan tugas dan tanggung jawab. Serta mempelajari serta mampu
mengajarkan bagi seorang yang mempunyai ilmu dibidang al-Quran
merupakan amalan pekerjaan yang terpuji lagi mulia.
Meskipun begitu, kesalahan dalam membaca al-Quran akan
menyebabkan satu dosa kepada pembacanya. Ini selaras dengan apa
yang dinyatakan melalui sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Berapa
ramai orang membaca al-Quran sedangkan al-Quran sendiri
melaknatinya(Al-Bukhari dan Muslim)
Kesalahan dalam pembacaan ini disebabkan kelalaian mengenal
pasti makhraj huruf, hukum tajwid, kelancaran bacaan dan
hukum-hukum yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran. Oleh itu
Islam menuntut agar umatnya memahami konsep mempelajari al-Quran
dengan menguasai bacaan, kefahaman, penghayatan, hafazan, taranum
dan meneruskan pengajaran kepada generasi selanjutnya (al-Badry
1983, Mohd Yusuf 2000).
(Mohd Zulkifli dan Mohd Yusoff 2008) Menyatakan kegagalan
membaca al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk
terhadap individu muslim. Antara kesan buruk tersebut ialah
1. Tidak sah solat dan tidak sempurna badah-ibadah yang lain
yang melibatkan bacaan al-Quran
2. Secara tidak lansung seseorang tidak memuliakan al-Quran,
kerana melanggar hukum dan etika yang telah diatur dalam pembacaan
al-Quran.
(Abdul Halim El-Muhammady 1991) Membaca al-Quran dengan betul
penting untuk menentukan ibadah yang dilakukan sah atau tidak sah.
Oleh itu mempelajari dan membaca al-Quran mestilah secara
musyafahah iaitu diterima dari mulut ke mulut, seperti Rasulullah
s.a.w. menerima al-Quran dari Jibril. a.s
Kesimpulannya, membaca al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap
individu muslim kerana al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat
terhadap pembacanya, namun mempelajari kaedah dan tata cara dalam
pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti dipenuhi, disamping
hukuman mendapat gajaran dosa, kesalahan dalam membaca al-Quran
akan menentukan sah atau tidak sahnya ibadah yang dilakukan oleh
seseorang tersebut. Oleh itu seseorang mesti secara berterusan
mempertingkatkan ilmu tilawah al-Quran agar lidah sentiasa
terpelihara diwaktu kita membaca.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan teragung dikurniakan
oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan
malaikat Jibril. Kemudian Nabi S.A.W diperintahkan Allah S.W.T agar
menyampaikan kepada seluruh manusia. Adapun isi kandungan al-Quran
sarat dengan petunjuk yang akan membawa manusia ke arah kebahagiaan
hidup di dunia apatah lagi akhirat.
Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan
sumbangan yang penting sebagai sumber dan panduan yang dapat
menyelesaikan pelbagai persoalan dan memenuhi segala kehendak
manusia (Hanafi Mohamad, 1996). Pendidikan al-Quran adalah
mencakupi semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan
sepanjang usianya. Kehidupan dunia ini adalah diumpamakan sebagai
menjalani satu perjalanan untuk persiapan kepada kehidupan yang
lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah pendidikan al-Quran
mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang secara
serentak (Wahbah az-Zuhaili, 2005).
Melalui al-Quran, Allah S.W.T mendidik manusia supaya percaya
kepada Allah sahaja sebagai Tuhan yang patut disembah dan meminta
pertolongan, iaitu dari segi Uluhiyyah dan Rubbubiyyah kerana Allah
S.W.T sahajalah yang berkuasa (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Ini juga
ditegaskan melalui firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah
ayat 21 yang bermaksud:
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan
orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Mahmud
Yunus)
Dengan demikian manusia dituntut untuk meyakini dan mengimani
bahawa kitab suci al-Quran ini adalah kepunyaan Allah S.W.T dan
bukan dicipta oleh Rasulullah S.A.W atau pun makhluk lain. Justeru
itu, al-Quran wajar diangkat sebagai teras dan sumber rujukan utama
yang mendasari seluruh aspek kehidupan dan diyakini sepenuh hati
kebenarannya. Sebagai khalifah Allah S.W.T setiap muslim
berkewajipan memikul dan melaksanakan segala apa yang ditentukan
oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Ini selari dengan firman Allah
S.W.T dalam surah al Baqarah, ayat 147 yang bermaksud:
Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah engkau
termasuk orang-orang bimbang.(Mahmud Yunus)
Selanjutnya Matlamat Pendidikan al-Quran dengan jelasnya
membuktikan bahawa ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya mampu
memberi kejayaan dalam pelbagai penyelidikan. Ahli sains mengambil
al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum daripada
al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam al-Quran dan
ahli pendidikan pula mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah,
falsafah dan matlamat pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan
ajarannya bukan sahaja membuka jalan kepada manusia untuk mengawal
dan menghayati segala kebaikannya malah menjadi asas untuk
meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan
Allah S.W.T di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai
khalifah Allah di bumi yang fana ini.
Al-Quran mempunyai kelebihan yang sangat banyak dan tinggi di
sisi Allah S.W.T dan tuntutan mempelajari serta mengajarnya kepada
orang lain juga sangat besar pahalanya. Oleh sebab itu al-Quran itu
sendiri mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berbanding dengan
kitab-kitab lain. Membaca al-Quran, mempelajari, mengajarkannya
serta mengulang-ulangkannya akan mendapat ganjaran pahala berlipat
kali ganda daripada Allah S.W.T (Wahbah az-Zuhaili, 2005). Ini
kembali ditegaskan oleh Allah Allah S.W.T melalui firmannya dalam
surah al-Isra ayat 9. yang bermaksud:
Sesungguhnya al-Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan
memberi kabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan
(amalan) yang saleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang
besar .(Mahmud Yunus)
Membaca al-Quran adalah ibadat yang diberi pahala oleh Allah
S.W.T kepada pembacanya. Membaca al-Quran sangat digalakkan kepada
umat Islam sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh
kebaikan. Perkara ini telah dinyatakan Rasulullah S.A.W melalui
Hadis riwayat al-Thirmizi yang bermaksud:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran)
maka satu huruf yang dibaca itu akan digandakan satu kebajikan, dan
satu kebajikan itu akan digandakan menjadi sepuluh kebajikan. Aku
tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi alif satu huruf,
Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Riwayat al-Thrmizi).
Kesimpulannya, kepada mereka yang terlibat dan bertanggung jawab
dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran seperti guru al-Quran,
para pendidik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi
mesti mendalami dan menyelami segala keistimewaan dan kelebihan
yang terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dalam usaha untuk
disampaikan kepada murid dengan pendekatan yang tepat dan lebih
berkesan lagi. Manakala bagi para pendidik dan guru al-Quran,
mereka haruslah menyelami segala kelebihan al-Quran kemudian
menyampaikan kepada para murid dari semasa ke semasa dengan tujuan
untuk menyuburkan minda, cintakan al-Quran serta suka untuk
mendengar, membaca dan mempelajari al-Quran.
Tegasnya, kewajiban seorang muslim dalam belajar dan mengajarkan
al-Quran telah begitu terang dijelaskan oleh Allah S.W.T dan Nabi
Muhammad S.A.W . Justeru, kewajiban yang dimaksud tidak hanya
terhad kepada mendapatkan kabaikan dan pahala sesuai dengan janji
oleh Allah S.W.T. mahupun anjuran sebagaimana dinyatakan Rasuluhlah
S.A.W melalui hadis riwayat Ahmad yang bermaksud.
bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang dihari
kiamat memberi syafaat kepada pembacanya (Riwayat Ahmad).
Namun kawajiban yang dimaksud juga meliputi tugas dan tanggung
jawab sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi yang telah
diamanahkan untuk memelihara, menyiarkan al-Quran dan menegakkan
agama Allah S.W.T.
1.3 SEJARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN
Perbincangan sejarah pengajaran al-Quran adalah merujuk kepada
tinjauan pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang berlansung di
zaman permulaan Islam.
1.3.1 Pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Zaman Rasulullah
S.A.W
Sejarah pengajaran dan pembelajaran al-Quran menurut Al-Buti
(1991) dan Mohd Yusuf (2000) bermula ketika Nabi Muhammad S.A.W
sedang beribadat di Gua Hira. Baginda dilantik menjadi pesuruh
Allah secara resmi dengan turunnya ayat al-Quran yang pertama.
Dengan perutusan kenabian ini, maka bermulalah pendidikan yang
bersumberkan wahyu. Hal ini jelas berdasarkan surah al-Alaq yang
mengandungi perkataan Iqra yang memberi erti belajar, mengkaji dan
mencari ilmu. Bacaan yang diajar oleh Jibril a.s dan dibaca oleh
Rasulullah S.A.W bukan semata-mata bacaan, tetapi ia dilakukan
untuk diikuti dan difahami sehinggakan Rasululullah S.A.W apabila
diturunkan wahyu kepadanya, baginda tidak henti-henti menggerakkan
lidah dan bibirnya sehingga Allah S.W.T melarangnya berbuat
demikian. Allah S.W.T memberi jaminan kepada rasul-Nya berkaitan
amalan menghafal al-Quran dan membetulkan bacaan rasul-Nya. Hal ini
diterangkan oleh Allah S.W.T melalui firmannya dalam Surah
al-Qiamah, ayat 16 dan 17 yang bermaksud :
Janganlah engkau (ya Muhammad) menggerakkan lidah engkau dengan
Quran supaya bersegera membacanya (ketika dibacakan jibril kepada
engkau). Sesungguhnya Kami menghimpunkannya (dalam dadamu) dan
(menetapkan) bacannya (dilidahmu). (Mahmud Yunus)
Berdasarkan ayat diatas jelas menunjukkan bimbingan Allah S.W.T
kepada rasul-Nya tentang kaedah mempelajari al-Quran melalui
malaikat Jibril a.s. Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
al-Quran pada peringkat awal ini, Jibril a.s sebagai guru, membaca
kepada Nabi S.A.W dan baginda diminta supaya mendengar dan
memerhatikan bacaan Jibril a.s. Rasulullah S.A.W semasa melalui
proses bacaan al-Quran ini baginda tidak tergopoh-gapah dalam
bacaan dan hanya mengikuti bacaan al-Quran apabila malaikat Jibril
a.s selesai membacanya. Proses ini berlaku apabila keadaan
sebelumnya Rasulullah S.A.W tergopoh-gopoh dalam bacaan akibat
tekanan suasana yang cemas kerana pengalaman yang baru dihadapi
dengan kedatangan malaikat Jibril a.s (Al-Buti, 1991).
Rasulullah S.A.W dalam mempelajari al-Quran amat memerlukan
pertolongan Allah S.W.T kerana sebenarnya dalam mempelajari
al-Quran berbeza dengan mempelajari sesuatu yang lain. Allah S.W.T
telah memberi jaminan kepada rasul-Nya bahawa al-Quran yang dibaca
oleh Nabi Muhammad S.AW tidak akan dilupai selama-lamanya. Dengan
jaminan ini, maka setiap kali Jibril a.s datang membawa wahyu
kepada Rasulullah S.A.W, baginda mendengarnya dengan penuh
perhatian dan apabila Jibril a.s selesai, Nabi membacanya
sebagaimana Jibril a.s membacanya.
Nabi Muhammad S.A.W memulakan pengajaran dan pembelajaran
al-Quran di rumah baginda sendiri, kemudian beliau juga mengajarkan
al-Quran dirumah al-Arqam bin Abi Arqam dalam usaha membentuk
peribadi para sahabat. pengajaran dan pembelajaran al-Quran ini
seterusnya berkembang ke Madinah dengan adanya rombongan dari
Madinah yang datang berjumpa Rasulullah S.A.W dan beriman kepada
baginda yang seterusnya memperkembangkan ajaran al-Quran di sana.
Setelah Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, pengajaran dan
pembelajaran al-Quran berterusan di rumah baginda dan seterusnya di
Masjid Nabawi. Ramai di kalangan para sahabat yang berguru secara
langsung dengan Rasulullah S.A.W. Mereka mempelajari al-Quran
secara hafalan daripada Rasulullan S.A.W hingga lahirlah kumpulan
huffaz yang terkenal, Abu Bakar, Uthman, Ali Ibn Masud, Aishah dan
Hafzafsah (Al-Buti 1991). Tegasnya pada peringkat ini para sahabat
masih meneruskan kaedah yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W dengan
Jibril dalam pendidikan al-Quran. Melalui kaedah hafalan ini telah
berjaya melahirkan ramai mereka yang mampu membaca dan mengahafal
al-Quran.
Menurut al-Sabuni (1985) bahawa jika sesiapa berjalan pada waktu
malam di Madinah melalui rumah-rumah para sahabat, akan kedengaran
dengungan yang kuat seperti bunyi lebah dalam sarangnya. Itulah
dengungan sahabat yang sedang membaca al-Quran. Seterusnya
sahabat-sahabat menyampaikan pula kepada keluarga dan
sahabat-sahabatnya yang lain.
Kesimpulannya, terdapat empat langkah pengajaran dan
pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah S.A.W iaitu pertama,
membaca al-Quran dengan betul. Rasulullah S.AW. membaca al-Quran
secara talaqi-musyafahah dengan malaikat Jibril a.s. Maka dengan
cara ini jugalah baginda S.AW. mengajarkannya kepada para sahabat.
Kedua, menerangkan maksud. Hal ini bertujuan untuk memahami apa
yang terkandung di sebalik ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Ketiga,
menghafaz. Selain ayat-ayat al-Quran ditulis di pelepah-pelepah
tamar, tulang dan kulit terdapat juga para sahabat yang menghafal
ayat al-Quran. Keempat, mengamalkan ajaran al-Quran berdasarkan
ajaran yang difahami daripada ayat yang dihafal.
Berdasarkan perbincangan tentang pengajaran dan pembelajaran
al-Quran di zaman Rasulullah S.A.W, jelas memperlihatkan usaha yang
bersungguh-sungguh dan berterusan dilakukan untuk memastikan
kelansungan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara hafazan diteruskan lagi pada
zaman sahabat untuk menjamin agar al-Quran berkekalan. Al-Quran
yang telah dipelajari oleh sahabat telah berjaya melahirkan ramai
para huffaz. Para sahabat menggunakan kaedah hafalan bukan sahaja
terhad kepada pendidikan al-Quran, malah pendidikan Hadis dan
ilmu-ilmu juga terikut dengan cara yang sama. Oleh itu, kaedah
hafalan adalah merupakan satu kaedah yang penting dalam mempelajari
al-Quran di zaman sahabat. Kaedah ini berjaya melahirkan golongan
sahabat yang menjiwai al-Quran sepanjang hayat.
Tegasnya, pengajaran dan pembelajaran al-Quran dimulai dengan
cara para guru memperdengarkan bacaan surah-surah pendek dan murid
mengulanginya beberapa kali bersama guru sehingga terlekat dalam
ingatan. Proses ulangan, hafalan dan ingatan ini sangat sesuai
lebih-lebih lagai pada peringkat kanak-kanak kerana ia dapat
menanam benih ketakwaan dan keikhlasan pada diri mereka.
2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN.
Kaedah dalam perbicangan ini merujuk kepada pandangan Mohd
Athiyah al-Abrasyi dalam karya beliau yang bertajuk Ruh
al-Tarbiyyah wa al-Taalim. Iaitu jalan yang diikuti oleh murid
untuk memudahkan kefahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Ahmad 2004). Tegasnya kaedah pengajaran dan pembelajaran ialah
metode serta perancangan materi yang disusun sebelum seseorang guru
memasuki kelas dan dilaksanakannya kegiatan tersebut di dalam
kelas.
2.1 Kaedah Al-Baghdadiyah
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas
digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu
Negara Iraq dan diperkenalkan di Indonesia seiring dengan
kedatangan saudagar dari Arab dan India yang singgah di Kepulauan
Indonesia (Mohd Zainul 2008). Manakala menurut (Komari 2008)
menjelaskan kaedah ini sudah bermula dari pemerintahan khalifah
Bani Abbasiyah dan di Indonesia kaedah tersebut telah diperkenalkan
pada awal tahun 1930an sebelum kemerdekaan. Kaedah ini juga dikenal
dengan kaedah sebutan eja atau latih tubi, tidak diketahui pasti
siapa pengasasnya.
Pendekatan yang digunakan oleh kaedah ini adalah pelbagai iaitu
daripada yang konkrit kepada abstrak, daripada yang mudah kepada
kompleks, daripada yang umum kepada yang khusus. Secara amnya
terdapat tujuh belas langkah yang mesti dilalui murid selama
mengikuti pengajaran dengan kaedah ini. Jika diperhatikan terdapat
beberapa karakteristik dan tarikan-tarikan tertentu dalam strategi
pengajarannya. Misalnya, 30 huruf hijaiyah akan selalu ditampilkan
kepada murid di setiap langkah yang dilalui selama pengajaran dan
pembelajaran. Ini bertujuan agar huruf-huruf tersebut menjadi
tumpuan ke atas murid pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran
berlansung, pada setiap langkah guru akan memperdengarkan kepada
murid pelbagai variasi bunyi sehingga pengajaran dan pembelajaran
lebih menyeronokkan.
Tegasnya, kaedah al-Baghdadiyah merupakan sebuah pengajaran dan
pembelajaran membaca al-Quran yang boleh menghantarkan murid untuk
boleh membaca al-Quran. Walau bagaimanapun menurut (Qomari, 2008)
terdapat beberapa kelemahan kaedah ini diantaranya: (i) memerlukan
masa yang lama untuk menghantarkan murid boleh membaca al-Quran
(ii) penyampaian materi terkesan berulang-ulang dengan pola yang
sama setiap kali pertemuan sehingga murid akan cepat jenuh dan
bosan (iii) tidak ada buku panduan khusus bagi guru sehingga
matlamat pengajaran dan pembelajaran kurang tercapai.
2.1.1 Kaedah Qiraati
Kaedah Qiraati ditemukan oleh KH Dachlan Salim Zarkasy di
Semarang Jawa Tengah Indonesia pada awal tahun 1970. Latar belakang
pengasas menulis kaedah ini ialah, bahawasanya semenjak dari tahun
1960 beliau mengajar al-Quran belum terdapat sebuah kaedah yang
boleh dijadikan panduan tetap bagi guru dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Beliau menyatakan kaedah yang sedia ada.
Misalnya, al-Bagdadiyah terlalu mengandalkan dari segi hafazan
murid, disamping itu kaedah tersebut juga belum mengajarkan sebuah
standar membaca al-Quan seperti at-Tartil. (Kementerian Agama
Indonesia 1994)
Pada tahun 1986 beliau menerbitkan buku pertama dengan judul
Pelajaran Membaca al-Quran. Buku tersebut terdiri dari enam jilid
iaitu siri satu sampai enam dan beliau menyatakan bahawa tidak
semua orang boleh mengajarkan kaedah Qiraati akan tetapi semua
orang boleh pandai membaca al-Quran dengan Qiraati. Dalam
perkembangannya kaedah ini dapat diterima oleh masyarakat luas baik
di Indonesia mahupun di luar Negara.
Kaedah ini sangat baik kerana membolehkan murid menguasai bacaan
al-Quran dengan cepat. Pada awal tahun 1980 sehingga 1995 kaedah
ini hampir digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
al-Quran diseluruh Indonesia. Walaubagaimanapun menurut (KH Dachlan
1986) pengajaran dan pembelajaran al-Quran akan kurang berkesan
sekiranya jumlah murid dalam sesuatu kelas terlalu ramai
menyebabkan guru tidak sempat memberi bimbingan berkesan keatas
setiap murid dalam sesuatu pengajaran.
2.1.2 Kaedah Iqra
Kaedah Iqra adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah
lama. Misalnya, al-Bahgdadiyah, ini bertujuan agar murid dapat
belajar membaca al-Quran dalam waktu yang lebih singkat dan cepat.
Kaedah ini disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj. Asad Humam (Pengarah
Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta).
(Mohd Alwi Yusoff et.al 2008).
Pada mulanya beliau juga menggunakan kaedah al-Baghdadiyah, ia
kemudian menggunakan kaedah Qiraati selama tiga tahun. Setelah
melalui percubaan dan peyelidikan yang mendalam beliau menemukan
beberapa perkara yang masih perlu disempurnakan untuk kepentingan
muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran.
Setelah beliau bincangkan dengan pihak penyusun kaedah Qiraati,
ternyata kurang memberi sambutan yang baik, pihak kaedah Qiraati
tetap berpegang kukuh dengan cara yang sudah disusunnya. Atas dasar
itu, setelah tidak berjaya mengadakan penyempurnaan, ia menulis dan
menyusun sendiri buku Iqra tersebut (Usep Fathudin 1994).
Mohd Jazir (1994) menyatakan pada awal perkembangannya. Kaedah
ini digunakan dalam Majelis Tadarus Remaja di wilayah Yogyakarta
dan wilayah persekitarannya yang berpusatkan di Masjid dan
Musholla. Kegiatan ini diadakan seminggu sekali, kerana kaedah ini
mendapatkan sambutan yang baik di kalangan masyarakat, maka pada
masa itu ditubuhkan 600 majelis pengajian al-Quran yang diikuti
oleh semua lapisan masyarakat dari peringkat anak-anak hingga orang
dewasa.
Pengkaji menilai terdapat 10 karakteristik dari kaedah Iqra
iaitu; (i) bacaan terus (tanpa analisa dan dieja) ertinya murid
tidak diperkenalkan nama-nama huruf hijayiyah namun murid lansung
diperkenalkan dengan bunyi kalimat yang diambil dari ayat al-quran.
(ii) penggunaan teks tertentu iaitu; pada setiap pengajaran dan
pembelajaran guru menggunakan satu set buku yang mengandungi enam
juzuk. (iii) guru menggunakan teknik pengajaran cara belajar murid
aktif (CBMA) murid dijadikan Student Center berpusatkan kepada
murid. (iv) Talaqqi Musyafahah, dalam pengajaran dan pembelajaran
murid berdepan lansung dengan guru. (v) tahap berasaskan pencapaian
individu, masing-masing murid akan mempunyai rekod pencapaian
belajar yang akan dinilai guru pada setiap kali pengajaran dan
pembelajaran. (vi) seorang guru akan membimbing lima atau enam
orang murid dalam satu masa, jika keadaan memerlukan guru boleh
mengambil murid tertentu untuk menjadi penunjuk ajar dan penyemak
bagi murid lain diperingkat bawah. (vii) praktis, murid hanya
diajarkan dengan sebutan sampai boleh membaca dengan baik dan
tepat, tanpa diperkenalkan dengan teori tajwid. (viii) sistematik,
silabus tersusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan
bentuk huruf dan letak yang seimbang. (ix) komunikatif, adanya
panduan yang tersedia bagi guru sehingga pembaca mudah memahami dan
bagi murid menyeronokkan jika mereka mempelajarinya. (x) kelenturan
dan mudah, boleh dipelajari oleh sesiapa, bermula dari kalangan
kanak-kanak usia pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan
bahkan peringkat dewasa.
Kesimpulannya. Kejayaan yang dicapai kaedah Iqra telah tersebar
luas di Indonesia, mahupun Negara-negara jiran seperti Malaysia,
Singapura dan Brunei Darussalam. Di Malaysia kaedah Iqra dijadikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran di
sekolah-sekolah seluruh Negeri. Ini disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Mohd Alwi Yusoff et.al (2003) tentang keberkesanan
kaedah Iqra di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah
kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta.
Secara keseluruhan mereka menyatakan kaedah Iqra pada umumnya
memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.
2.1.3 Kaedah Al-Barqy
Kaedah Al-Barqy ditemukan dan ditulis oleh Muhadjir Sulthon
(Pensarah Fakulti Adab Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel)
Surabaya Jawa Timur Indonesia pada tahun 1965. Pada awal
perkembangannya kaedah ini digunakan untuk murid sekolah rendah
Islam at-Tarbiyah Surabaya. Setelah kaedah ini berjaya digunakan
selama beberapa tahun di sekolah-sekolah rendah Surabaya. Maka
tahun 1978 pengasas kaedah ini menulis buku pengajaran al-Quran
dengan judul cara cepat mempelajari Bacaan al-Quran al-Barqy
(Komari 2008).
Untuk lebih memperkukuhkan serta meperkenalkan lagi kaedah ini
terhadap masyarakat, Muhadjir Sulthon menubuhkan sebuah lembaga
dengan mengambil awalan namanya sendiri iaitu Muhadjir Sulthon
Manajemen (MSM). Tujuan ditubuhkannya lembaga ini ialah, untuk
membantu program pemerintah dan kerajaan di Indonesia dalam
memberantas buta baca tulis al-Quran dan membaca huruf jawi di
daerah persekitan Surabaya. Kementerian Agama Republik Indonesia
(1998). Hal ini disokong oleh kajian (Muslim, 2008) tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dengan
menggunakan kaedah al-Barqy di Taman Pendidikan Al-Quran
Nurut-Taqwa Malang. Hasil kajian melaporkan setelah diadakan ujian
post terhadap responden kajian secara keseluruhan. Pencapaian murid
berada pada tahap yang membanggakan.
Kaedah ini disebut dengan anti lupa. Kerana mempunyai susunan
materi yang apabila murid lupa dengan huruf-huruf yang telah mereka
pelajari sebelumnya, maka ia akan dengan mudah dapat mengingat
kembali dengan bantuan guru dan pelbagai strategi yang telah sedia
ada di dalam buku tersebut. Beberapa karakteristik kaedah ini ialah
(i) murid tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai kepada akhir
materi buku. Kerana cukup satu siri buku sahaja untuk sampai kepada
tahap kemahiran al-Quran. (ii) kaedah ini menggunakan satu siri
sahaja sehingga biaya yang dikeluarkan mendapatkan dan mempelajari
kaedah ini amat murah berbanding kaedah-kaedah yang lain. (Komari
2008)
Walau bagaimanapun, sepanjang bacaan dan pengamatan pengkaji.
Meskipun kaedah al-Barqy telah lama ditemukan dan menjadi sebuah
kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang telah berjaya.
Kaedah ini tidak begitu popular di Indonesia mahupun luar Negara
seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam seperti
al-Bahgdadiyah, Qiroati dan Iqra. Namun di Malaysia kaedah ini
masih lagi digunakan di beberapa sekolah di Negeri Selangor yang
pengkaji temui, seperti sekolah Sri Al-Amin Sungai Tangkas Bangi.
Pada masa tersebut pengkaji berkesempatan mengajarkan kaedah Tartil
dalam kelas pemulihan al-Quran di sekolah tersebut.
3.0 METODE TARTIL
Perbincangan ini akan menerangkan secara singkat tentang metode
tartil yang meliputi. (i) Pengenalan metode tartil. (ii)
perkembangan dari semasa kesemasa. Pengkaji perlu menjelaskan
perkara di atas mengingat bahawa, metode tartil merupakan sebuah
kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif baharu dan
belum banyak dikenal oleh guru-guru pendidikan Islam sama ada di
Indonesia mahupun di Malaysia.
3.1 Pengenalan Metode Tartil
Metode Tartil ditemukan dan ditulis oleh Hj. Gazali Pada awal
tahun 1993. Beliau adalah Pensyarah Al-Quran Sekolah Tinggi Agama
Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran (STAI-PIQ) Negeri Sumatera Barat,
Indonesia. Pada mulanya metode ini dinamakan Metode Cepat dan
Praktis Membaca al-Quran. Latar belakang diperkenalkan metode ini
adalah setelah melihat fenomena metode pengajaran dan pembelajaran
al-Quran yang berkembang saat ini. Diantaranya adalah metode
al-Baghdadiyah, Qiraati, Iqra Al-Barqy dan Basmallah. Hasil dari
kajian yang beliau dapati, masih terdapat kekurangan-kekurangan
yang perlu diperbaiki, antaranya dari segi masa pembelajaran dan
kecenderungan sikap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran
al-Quran (Gazali, 1995)
Beliau menambahkan metode pengajaran dan pembelajaran al-Quran
yang berkembang saat ini belum dapat memberantas buta baca tulis
al-Quran di kalangan murid-murid, metode-metode yang sedia ada juga
belum mampu memberi hasil yang baik untuk membolehkan murid membaca
Al-Quran. Perkara sedemikian disebabkan murid merasa jenuh dan
bosan kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk boleh mahir
membaca al-Quran, disamping itu metode yang kurang menarik juga
merupakan faktor penyumbang kegagalan pengajaran dan pembelajaran
al-Quran seingga pada hari ini masih rmai lagi murid tidak boleh
membaca al-Quran dengan baik, bahkan ada juga yang langsung tidak
boleh membaca al-Quran. (Gazali, 2007)
Setelah mendapatkan saranan dan nasihat daripada pihak
Kementerian Pendidikan dan Masyarakat di Bandar Padang, beliau pun
bersetuju untuk membukukan metode tersebut dengan tujuan supaya
metode ini dapat dikenal oleh masyarakat dan menjadi panduan bagi
guru-guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan al-Quran di
Bandar Padang. Setelah metode tersebut ditulis dalam bentuk naskah,
ianya kemudian dihantar ke PT Angkasa Raya Bandar Padang untuk
dicetak. Pada mulanya pihak percetakan mengabaikan naskah tersebut
selama setahun. Mereka meragui keberhasilan metode tersebut kerana
metode tersebut belum pernah digunapakai dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Untuk meyakinkan pihak percetakan, maka Hj.
Gazali bersedia membuktikan kelebihan metode beliau dengan
mengajarkan kepada anak pemilik percetakan PT Angkasa Raya. Pemilik
kilang itu pun bersetuju dan akhirnya Hj. Gazali berjaya membimbing
anak pemilik kilang itu sehingga dia mahir membaca dan menulis
al-Quran dengan hasil baik dan masa yang lebih singkat. (Gazali,
1995)
Disebabkan keberhasilan beliau mengajarkan metode Tartil kepada
anak pemilik kilang tersebut, maka pada tahun 1995 pihak percetakan
Angkasa Raya bersedia menerbitkan metode Tartil tersebut dalam
bentuk sebuah buku yang berjudul Tartil Belajar Membaca Al-Quran,
Cepat dan Praktis. Semenjak dari itu, metode tersebut mulai
digunakan oleh guru-guru pendidikan al-Quran yang berkhidmat di
Taman Pendidikan Seni al-Quran (TPSA) Bandar Padang. (Gazali,
1995)
Setelah metode Tartil digunakan selama dua tahun di pelbagai
lembaga pengajaran dan pembelajaran al-Quran di Bandar Padang. Pada
tahun 1997 penulis melengkapkan metode tersebut dengan
membukukannya kembali dan diberi judul metode Tartil 2 Ilmu Tajwid
Praktis. Buku metode Tartil siri 2 tersebut dijadikan sebagai buku
pegangan kedua bagi murid setelah mempelajari buku siri satu. Kini
buku tersebut telah menjadi dua buah siri dengan judul Metode
Tartil 1 Belajar Membaca dan Menulis Al-Quran dan Metode Tartil 2
Ilmu Tajwid Praktis. (Gazali, 1995)
Adapun metode Tartil siri satu mempunyai materi pengenalan huruf
asas dari setiap huruf hijaiyah, membaca huruf berbaris satu,
membaca huruf bertandi mati (sukun), membaca huruf bertandi tasydid
(musyaddad) dan membaca huruf yang berbaris dua (tanwin). Manakala
buku siri metode Tartil dua pula, murid akan diajarkan dengan ilmu
tajwid dimulai dengan mempelajari materi melamakan bunyi bacaan
(Mad), membaca huruf yang bunyi bacaannya didengungkan (Ghunnah),
dan bunyi bacaan yang tidak didengungkan (Bilaghunnah) serta cara
mengenal pasti tanda berhenti (Waqaf) disamping cara memulakan
kembali bacaan setelah berhenti (Ibtida). (Gazali, 2006).
3.2 Karakteristik dan Strategi Pengarajaran Metode Tartil
Terdapat beberapa karakteristik yang memberi perbezaan pada
kaedah ini berbanding dengan kaedah-kaedah lainnya, sehingga
menjadikan kaedah ini lebih praktis, menarik dan efektif untuk
dipelajari. Antaranya:
1) Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan
lisan.
2) Materi penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung
dalam buku yang digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.
3) Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid
mengikut gaya bacaan muratal (Tartilul Quran).
4) Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap
akhir pengajaran.
5) Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi
yang dipelajari.
Pengkaji akan menerangkan secara terperinci karakteristik
seperti yang telah dijelaskan di atas. Ianya bertujuan untuk
memberikan pendedahan kepada guru untuk mengatur strategi dan
kaedah-kaedah pengajaran metode Tartil kepada murid-murid ketika
sesi pembelajaran. Apabila guru dapat mengikuti perkara tersebut,
maka matlamat dan tujuan pengajaran dapat dicapai. Seperti
berikut
1. Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan
lisan.
Pada materi pelajaran memperkenalkan huruf, guru akan
mengajarkan kepada murid cara menulis dan membaca huruf hijaiyah
yang belum berbaris. Materi akan dimulai dari surat Al-Baqarah ayat
satu diawali dengan memperkenalkan huruf ALif, Lam dan Mim. Setelah
guru selesai memberikan materi menulis dan membaca tersebut selama
sepuluh minit. Langkah selanjutnya ialah. Guru akan memilih
beberapa orang murid untuk mengulang bacaan yang telah
didemontrasikan guru. Kemudian guru memberikan arahan kepada semua
murid untuk mengulang kembali bacaan yang sama.
Langkah selanjutnya ialah. Guru memberikan arahan kepada murid
untuk membuka buku pada materi membaca huruf alif, lam dan mim yang
telah sedia ada pada buku induksi. Guru akan memberikan arahan agar
murid membaca kembali secara bersama-sama materi yang telah
diajarkan. Setelah murid selesai membaca secara bersama-sama. Maka
materi dilanjutkan dengan menulis kembali huruf alif, lam dan mim
yang telah sediaada dalam buku pegangan murid.
Untuk pertemuan selanjutnya guru akan menulis huruf zal dan kaf.
Seterusnya guru akan melakukan langkah yang sama seperti pada
pertemuan pertama. Proses sebegini akan terus berlanjut pada
pertemuan-pertemuan berikutnya. Namun begitu, kreatifiti guru
sangat digalakkan dalam menggairahkan kelas agar murid tidak mudah
jenuh dan bosan.
Apabila guru telah selesai memperkenalkan semua huruf hijaiyah
dan murid pun telah mampu menguasai materi pelajaran. Sebagai tes
ujian kefahaman murid dengan materi yang telah dipelajari, guru
akan menulis surat al-Baqarah ayat satu hingga ayat lima. Kemudian
murid diminta secara individu untuk membaca semua huruf-huruf
tersebut dengan cara meng eja bermula dari huruf alif pada ayat
satu sampai huruf Nun pada akhir huruf ayat lima surat al-Baqarah.
Apabila seseorang murid telah mampu dengan betul dan mahir membaca
semua huruf tersebut, ini bermakna mereka telah boleh melanjutkan
materi pelajaran berikutnya.
Materi pelajaran akan dilanjutkan dengan mengenal baris dalam
al-Quran, membaca huruf berbaris satu, membaca bacaan yang bertanda
mati, membaca bacaan yang bertanda tasydiq dan membaca bacaan yang
bertanda tanwin. Proses pengajaran dan pembelajaran pada buku siri
satu akan mengambil masa selama delapan belas kali pertemuan.
Meskipun begitu, pada proses pengajaran guru tidak dibenarkan
melanjutkan materi berikutnya sebelum murid menguasai dengan mantap
setiap materi yang telah ditetapkan.
2. Materi penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung
dalam buku yang digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.
Tugas guru tidak terhad hanya mengajarkan bagaimana cara membaca
ayat al-Quran kepada murid. Guru juga mengajarkan kepada murid cara
menulis huruf dan ayat-ayat al-Quran sesuai kaedah penulisan ayat
yang baik.
Langkah yang dilakukan ialah. Pada setiap pengenalan materi
samada dalam buku siri mahupun siri dua. Guru akan menulis terlebih
dahulu materi yang akan diberikan. Misalnya, materi pengenalan
huruf alif. Pada masa guru menulis huruf tersebut, murid harus
memberikan perhatian dengan baik bagaimana huruf tersebut ditulis
oleh guru. Ini bertujuan, menghindari terjadinya kesalahan murid
untuk menulis ulang huruf tersebut pada buku induksi. Misalnya
menulis huruf alif, jika murid memulai menulisnya dari bawah maka
namanya juga tetap huruf alif, akan tetapi secara penulisannya
murid melakukan kesalahan. Sebab menulis huruf tersebut hendaklah
dimulai dari atas.
Disamping menulis huruf-huruf hijaiyah yang telah dipelajari.
Pada setiap pertemuan murid juga akan diajarkan bagaimana menulis
ayat-ayat al-Quran yang telah sediada didalam buku pegangan murid.
Tugas guru ialah, memberikan arahan kepada murid untuk menulis
kembali ayat-ayat yang telah ada untuk dipindahkan kedalam kotak
ayat terdapat di bawah ayat tersebut.
Pada proses latihan menulis ayat berlangsung guru hendaklah
menghampiri masing-masing murid. Jika guru mendapati murid
melakukan kesalahan dalam penulisan ayat, guru mesti memberikan
arahan dan membimbing murid tersebut. Misalnya, guru kembali
mendemonstrasikan didepan kelas bagaimana menulis ayat al-Quran
dengan kaedah yang baik.
Hj. Gazali menyatakan. Pada masa latihan menulis ayat al-Quran
berlangsung. Murid dianjurkan menulis menggunakan pen dan tidak
dibenarkan memakai pensel. Tujuannya ialah. Jika murid menulis ayat
menggunakan pensel hal yang berlaku ialah. Murid akan memadam
setiap kesalahan pada tiap-tiap tulisan yang salah atau tulisan
yang mereka anggap kurang mantap/cantik. Hal ini menyebabkan mereka
akan menghabiskan masa. Manakala jika murid memakai pen, mereka
tidak dapat memadam kesalahan tersebut. Ianya bertujuan untuk
memberi peringatan dan pengajaran kepada murid untuk pertemuan
selanjutnya, agar murid lebih berhati-hati dalam latihan menulis
ayat agar tidak terjadi kesalahan yang sama.
3. Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid
mengikut gaya bacaan muratal (Tartilul Quran).
Tartil adalah masdar (nama terbitan) dari kata kerja rattala.
Kalimah ini membawa maksud membaca dengan terag, lemah lembut,
perlahan dan tidak tergopoh gapah. (Muhammad Arabi, 1994).
Sementara Husni Sheikh Othman (1974) pula menyebut
Tartil adalah lafaz yang meliputi kalimah Tahqiq, hadar dan
tadwir. Terkandung juga di dalamnya pengertian tajwid dan
hukum-hakam yang berkaitan dengannya serta memperelokkan penyebutan
lafaz-lafaznya dengan suara yang baik mengikuti kemampuan seseorang
disamping memelihara waqaf dan ibtida
At-Tartil adalah nama khusus kepada bacaan al-Quran. Bacaan
al-Quran secara tartil adalah bacaan yang bernilai tinggi dan
bacaannya bukan hanya sekedar mengetahui dan memahami hukum sahaja
tetapi juga perlu diusahakan dan diketemukan bacaan yang tepat dan
perkara ini perlu dilakukan pada awal zaman kanak-kanak lagi. (Nik
Jafar Nik Ismail, 1998).
Materi pelajaran dengan lagu tartil sebagamana telah diterangkan
di atas, telahpun diperkenalkan guru kepada murid sedari awal lagi.
Misalnya, pada permulaan pengajaran guru terlebih dahulu membaca
Tangauz dan Basmallah mengikut bacaan tartil untu kemudian diikuti
murid secara bersama-sama. materi bacaan lagu tartil akan
dimantapkan lagi apabila murid telah mulai mempelajari ilmu tajwid
praktis pada buku siri dua.
Langkah-langkah pengajaran yang dilakukan guru pada materi ilmu
tajwid praktis dalam buku siri dua tidak jauh berbeza dengan buku
siri satu. Perbezaan hanya dari segi materi sahaja. Pada setiap
awal pengajaran buku siri dua, guru terlebih dahulu akan
memperdengarkan kepada murid bacaan lagu muratal yang terdapat
dalam kaset dengan menggunakan media tape recorder. Kaset tersebut
ialah bacaan lagu tartil yang dibawakan sendiri oleh haji
Gazali.
Menurut Hj. Gazali. Apabila murid membaca ayat-ayat al-Quran
dengan bacaan tartil ianya akan menjadikan bacaan tersebut
terdengar lebih indah dan merdu. Tujuan lain ialah untuk memudahkan
murid mempraktekan ilmu tajwid yang telah dipelajari, misalnya.
Bagaimana cara memanjangkan bunyi bacaan yang dilamakan (mad),
bacaan dengung (Gunnah), dan tidak dengung (Bilagunnah), dan
bagaimana cara mewaqafkan bacaan dtengah-tengah ayat serta cara
berhenti pada akhir ayat di dlaam al-Quran.
Jika satu materi pelajaran ilmu tajwid telah diterangkan di
hadapan kelas dan guru lansung mencontohkan kepada murid bagaiamana
cara membacanya. Maka langkah selanjutnya ialah, murid akan
mengulang kembali bacaan tersebut secara bersama-sama atau guru
juga boleh memerintahkan seorang murid untuk membaca sebuah ayat
dengan gaya lagu tartil. Manakala disaat salah seorang murid
membaca murid lain berkesempatan untuk mendengar dan memperhatikan
bacaan rakan kawan mereka. Startegi lain ialah, guru boleh menyuruh
murid yang lebih mahir bacaan tartilnya untuk mengulangkan bacaan
rakannya yang belum mahir. Ianya bertujuan agar pengajaran jadi
menyeronokan dan tidak membosankan.
4. Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap
akhir pengajaran.
Evaluasi yang melibatkan murid akan dilaksanakn pada setiap
penutup pengajaran. Misalnya, pada materi memperkenalkan huruf
hijaiyah. Setelah pengajaran membaca dan menulis selesai
dilaksanakan, sebagai tes kefahaman murid terhadap materi yang
telah diajarkan. Guru akan memberikan arahan kepada murid untuk
mengira atau mencari huruf-huruf yang telah dipelajari dalam sebuah
ayat. Contohnya, berapakah huruf alif, lam dan min yang terdapat
didalam surat Al-Baqarah ayat 2? Berapakah banyak bacaan yang di
dengungkan (gunnah) dan tidak didengungkan (bilagunnah) dalam surat
al-Baqrah ayat 15?
Setelah murid selesai mengerjakan soalan-soalan yang
diketengahkan oleh guru. Langkah selanjutnya ialah. Guru memberikan
arahan kepada murid untuk saling menukarkan buku pegangan
masing-masing mereka kepada rakan di samping kiri atau kanan
mereka. Ini juga membantu guru untuk lebih memudahkan evaluasi dan
melihat apakah murid sudah menguasai materi atau sebaliknya.
Bagi murid yang mendapatkan nilai yang cemerlang disetiap
pengajaran. Guru digalakkan memberikan pujian atau hadiah.
Misalnya, murid akan diberi hadiah seperti pen, buku atau pelbagai
hal menarik lainnya. Jika guru tidak mampu memberikan hadiah-hadiah
berupa materi, guru juga boleh melaksanakan cara lain. Misalnya,
sepuluh orang murid yang memperoleh nlai baik mereka akan pulang
lebih awal daripada rakan-rakannya. Hal ini bertujuan agar murid
dihargai dengan apa yang telah diperoleh dan dicapainya. Hj. Gazali
menyatakan, pada bagian ini kreatifiti guru sangatlah
digalakkan
5. Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi
yang dipelajari.
Hj. Gazali menyatakan. Guru hendaklah menggunakan alat tulis
(Whiteboard Marker) yang berwarna-warni semasa memberikan apapun
jua materi pengajaran. Adakah ianya pelajaran memperkenalkan huruf,
membaca bacaan yang berbaris dua serta materi-materi berikutnya.
Hal ini akan selari dengan warna yang terdapat didalam buku
pegangan murid, kerana penulis selalu memberikan tanda warna pada
setiap materi inti yang akan dipelajari samaada buku satu atau dua.
Ini bertujuan agar murid lebih mudah melihat dan faham kepada
materi, tujuan lainnya adalah agar tidak bercelaru antara contoh
materi dengan materi sebenar.
Misalnya, materi memperkenalkan huruf hijaiyah alif, lam dan
mim. Setelah guru mencontohkan cara menulis dan memperkenalkan cara
membacanya. Selanjutnya guru akan memerintahkan murid untuk
mengulang membaca huruf-huruf tersebut pada contoh ayat al-Quran
yang telah sedia ada dalam buku pegangan. Untuk memudahkan murid
dalam pembacaan penulis telah memberikan tanda khusus iaitu warna
merah kepada huruf (alif, lam dan mim) yang akan dibaca murid.
Warna ini selalu ada sampai kepada materi ilmu tajwid praktis yang
terdapat dalam buku siri dua.
3.4 Perkembangan Metode Tartil
Sebelum metode Tartil ditulis dalam bentuk buku seperti saat
sekarang ini. Penulis menjelaskan, pada awalnya metode Tartil hanya
digunakan oleh guru-guru al-Quran yang berkhidmat di Taman
Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) sahaja. Kemudian pada tahun 1998
pihak kementerian menawarkan agar metode Tartil tersebut juga
diselenggarakan disekolah-sekolah dasar (SD). Ini bertujuan untuk
kelas pemulihan al-Quran bagi murid darjah lima dan enam yang masih
buta baca tulis al-Quran. Penulis bersetuju untuk diselenggarakan
di dua buah sekolah rendah di zon Padang Barat dengan jumlah murid
230 orang, 10 orang guru pengajar dan dibantu oleh 2 orang
pengawas. Perkembangan itu semakin membaik sebagaimana digambarkan
dalam jadual 2.1 berikut:
No
TahunJumlah SekolahJumlah Murid
1
19994 sekolah200 orang2200011 sekolah150 orang3200175
sekolah3.750 oran
42002250 sekolah12.500 orang5200360 sekolah3000 orang6200460
sekolah3000 orang7200525 sekolah1.250 orang82006400 sekolah22.860
orangSumber: Kementerian Pendidikan Padang. 2006.
Jadual 2.1. Perkembangan metode Tartil dari tahun 1999 hingga
2006.
Laporan Jabatan Pendidikan Bandar Padang (2006). Menyatakan,
pengalaman kami menggunakan metode Tartil kepada 400 buah Sekolah
Rendah di Bandar Padang, secara keseluruhan, metode Tartil telah
mampu membolehkan murid untuk dapat membaca dan menulis al-Quran
dengan baik dan waktu yang lebih singkat. Walau bagaimanapun
laporan di atas tidaklah berbentuk kajian, terhad kepada penilaian
secara pengamatan sahaja dari pihak kementerian.
Setelah metode Tartil berhasil dilaksanakan di sekolah-sekolah
rendah di Bandar Padang. Kini pihak Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Agama Bandar Padang menyarankan agar program pengajaran
dan pembelajaran metode Tartil dipusatkan sepenuhnya di seluruh
Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) dan lembaga pengajaran
al-Quran yang sedia ada. Hal ini disebabkan apabila program
tersebut dilaksanakan di sekolah ianya memerlukan biaya yang besar
untuk gaji guru mahupun pentadbirannya. Manakala jika diadakan di
Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) pihak Kementerian hanya perlu
mempertingkatkan lagi kualiti guru dan pentadbirannya sahaja.
Tegasnya. seluruh biaya program tidak lagi ditanggung oleh
kementerian sepenuhnya. (Kementrian Pendidikan dan Kementrian Agama
Bandar Padang 2006).
Untuk menambah profesionalisme guru dalam mengajarkan metode
Tartil, maka pada tahun 2004 Hj Gazali menubuhkan lembaga Baca
Tulis Quran (BTQ). Lembaga tersebut berpusat di Sekolah Tinggi
Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran (STAI-PIQ) Sumatera Barat.
Ianya bertujuan untuk memberikan latihan-latihan bagi guru-guru
yang akan mengajar menggunakan metode Tartil. Terdapat tiga
kemahiran asas yang perlu dikuasai guru iaitu: (i) kemahiran ilmu
tajwid (ii) kemahiran melagukan ayat al-Quran dengan bacaan muratal
(Tartilul Quran), (iii) kemahiran menulis ayat-ayat al-Quran dengan
seni Khatil Quran sehingga tulisan guru dapat dijadikan model bagi
murid dalam pengajaran dan pembelajaran menulis ayat al-Quran.
Disamping itu, guru juga diberikan pelatihan pedagogi oleh pakar
pendidikan yang dijemput selama pelatihan. (Gazali 2007)
Selain memberikan pelatihan di lembaga yang telah ditubuhkan
tersebut. Hj. Gazali juga telah memberikan latihan bagi guru
pengajaran al-Quran seluruh daerah di Sumatera Barat. beliau juga
dijemput untuk memberikan pelatihan metode Tartil di pelbagai
daerah di Indonesia. Diantaranya, Negeri Riau, Lampung, Palembang
dan Jakarta. (Gazali, 2007)
Manakala perkembangan metode Tartil di luar negara. Pada tahun
2004 Hj. Gazali dijemput oleh pengarah eksekutif sekolah SRI
Seremban untuk memperkenalkan metode Tartil. Kemudian pada awal
tahun 2004 tersebut sekolah tersebut telah menggunakan metode
Tartil sebagai asas pengajaran al-Quran bagi murid-muridnya. Ini
didukung oleh (Khalil Bin Jali, 2009) pengarah eksekutif sekolah
SRI Seremban. Melaporkan semenjak diperkenalkannya metode Tartil
dari tahun 2004 sehingga 2009 oleh Hj. Gazali. Maka kaedah tartil
telah berjaya dengan mencapai tahap penguasaan 90% ke atas murid
dalam pembelajaran tilawah al-Quran.
Pengkaji juga telah mula mengembangkan metode Tartil ini sama
ada di Indonesia mahupun Malaysia, bermula dari pengkaji
melanjutkan pengajian program master di Fakulti Pendidikan,
pengkhususan Pendidikan Islam bulan januari 2009, pengkaji telah
mulai melaksanakan pengajaran Tilawah al-Quran dengan menggunakan
metode Tartil di beberapa sekolah rendah yang ada di Selangor.
diantaranya adalah Sekolah Sri Aesyah Bangi, Sekolah Rendah Ugama
Bukit Kapar Barat Klang, Sekolah Rendah Sri Al-Amin Sungai Tangkas.
Dari beberapa pelaksanaan tersebut penulis berjaya dalam masa yang
lebih singkat dan hasil lebih baik melaksanakan pengajaran Tilawah
al-Quran pada kelas pemulihan al-Quran dibeberapa sekolah
tersebut.
Kesimpulannya, metode Tartil merupakan sebuah inovasi yang lebih
baharu dalam pendidikan Islam khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran membaca al-Quran, meskipun metode ini belum menyeluruh
digunakan oleh para guru al-Quran sama ada di Indonesia, Malaysia,
Singapore dan Negara Islam lainnya. Namun pengkaji menillai dari
awal penemuan sampai perkembangannya samapai pada ini menunjukkan
bahawa metode Tartil dapat cepat diterima oleh dunia pendidikan,
utamanya guru pendidikan Islam yang mengajar pendidikan tilawah
al-Quran
4.0 KAJIAN FAKTOR-FAKTOR PENDUKUNG KEBERHASILAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Mohd Majid (2005) menjelaskan bahawa kepentingan merujuk kajian
lepas bagi seseorang pengkaji dapat membantu pengkaji menerang dan
menjelaskan latar belakang sesuatu masalah dan mengenal pasti
sejauh mana masalah yang wujud dalam sesuatu bidang telah dikaji.
Perbincangan tentang faktorfaktor pendukung pengajaran al-Quran
dalam kajian ini akan difokuskan kepada (i) kajian faktor Input
guru, (ii) kajian faktor input penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, (iii) Kajian pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu
yang diajar, (iv) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap
sikap belajar murid, (v) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran
terhadap minat belajar murid, (vi) Kajian kesan pengajaran dan
pembelajaran terhadap prestasi belajar murid
4.1 Faktor input guru
Faktor input guru sebagaimana dalam model pengajaran dan
pembelajaran Dunkin dan Biddle (1974), antara yang diberi penekanan
ialah hubungan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan
pencapaian murid. Dalam model ini amalan pengajaran dan
pembelajaran guru yang diperhatikan ialah segala tingkah laku guru
dalam bilik darjah yang memberi kesan kepada pencapaian murid.
Manakala pencapaian murid yang diukur adalah merangkumi tahap
pengetahuan atau kemahiran yang dicapai murid dan juga sikap murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan pandangan ini,
maka kajian hubungan faktor guru dengan pencapaian murid dalam
pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran adalah antara yang
menjadi fokus kajian ini.
Kajian Long dan Hoy (2006) di Midwesten United State melibatkan
murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini melibatkan dua fasa
iaitu fasa kuantitatif dan kualitatif. Sampel murid terdiri dari
112 orang yang mewakili berbagai bangsa. Dalam fasa kuantitatif
sampel murid dikehendaki membuat penilaian terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran guru mereka yang meliputi Bahasa
Inggeris dan Sains Sosial. Instrumen soal selidik amalan pengajaran
guru berdasarkan Instrument Teacher Nomination. Dapatan kajian
hasil ujian Exploratory Factor Analyisis mendapati sebanyak 62.17
varians menyumbang kepada amalan pengajaran dan pembelajaran guru
yang dikategorikan sebagai pengajaran berkesan. Hasil kajian
menunjukkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang terdiri
daripada pemboleh ubah pengurusan guru, penyampai guru, semangat
guru, kesungguhan guru, prihatin guru terhadap murid, metode
pengajaran dan pembelajaran guru, menunjukan factor loading yang
tinggi terhadap amalan pengajaran berkesan guru iaitu melebihi
0.4.
Seterusnya Nik Mohd Rahimi (2005) telah menjalankan kajian
berkaitan pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan model
Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian melibatkan 1665 orang
murid dan 100 orang guru. Tujuan utama kajian ini ialah menilai
kemahiran mendengar bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Yayasan
Islam Kelantan. Aspek yang dinilai dari guru ialah teknik
pengajaran, alat bantu mengajar, dan persepsi guru terhadap
kemahiran mendengar bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
guru bahasa Arab yang mengoptimumkan penggunaan teknik pengajaran
dan alat bantu mengajar akan mempengaruhi pencapaian yang tinggi
dalam bahasa Arab, hal ini menunjukan bahawa pengajaran dan
pembelajaran guru yang efektif akan memberi kesan terhadap
peningkatan akademik murid.
Kajian lain yang boleh dirujuk tentang hubungan pengajaran dan
pembelajaran guru dengan peningkatan pencapaian murid ialah Hanuni
(2003), Ab. Halim et al. (2004), Love dan Kruger (2005), Renaud dan
Murray (2005), rata-rata kajian yang telah dijalankan menunjukan
bahawa hubungan pengajaran dan pembelajaran guru berkait rapat
dengan peningkatan dan penacapaian murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Merujuk kepada kajian-kajin lepas yang telah dibincangkan
menunjukkan bahawa. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang
berkesan, sikap ambil guru terhadap murid, kreatifiti guru dalam
mengurus bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran akan dapat
memberansangkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
serta mempunyai impak teradap pencapaian dan sikap belajar
murid.
Tegasnya, amalan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
pelbagai kaedah bukan sahaja berguna dan berkesan dalam penyampaian
konsep dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, malah jika
digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik minat serta dapat
memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
4.2 Faktor input penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran
Pada input penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran atau
alat bantu mengajar. Mengikut teori Wolberg (1984) di mana kualiti
dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru merupakan
satu daripada sembilan faktor keberhasilan pengajaran. Pemilihan
kaedah mestilah dapat menarik minat murid, kreatif dan inovatif. Ia
juga menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah
akan dapat mempengaruhi hasil sikap dan pencapaian belajar
murid.
Berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran, menurut Mohd Yusuf
(2000), Ahmad (1997),dan Hasan (1981) berpendapat kaedah ialah satu
siri tindakan yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai
objektif pelajaran dengan langkah dan penyampaian yang tersusun.
Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam kajian
ini diantara kaedah yang dapat digunakan oleh seseorang guru semasa
pengajaran dan pembelajaran ialah talaqi dan musyafahah (Mohd Yusuf
Ahmad 2000). Tegasnya, apa saja cara yang guru lakukan untuk
memberi faham kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran al-Quran, maka ia adalah kaedah.
Kajian Fatimah (2002) secara keseluruhan hasil kajian mendapati
bahawa. Penggunaan kaedah mengajar yang tepat merupakan faktor
terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya menentukan
keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru. Nik
Salida Maizah (2004) menyatakan pemilihan teknik dan alat bantu
mengajar yang sesuai telah membantu 70.6% sampel berminat untuk
belajar tilawah al-Quran walaupun 14.7% hanya mampu di aras baik
dan 23.3% tidak berminat dan tidak menguasai tilawah al-Quran.
Kajian Mohd Alwi Yusof et al (2003) menyatakan penggunaan kaedah
Iqra pada umumnya memberi kesan yang baik terhadap pencapaian
pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.
Manakala hasil kajian Mohd Naim (2003) tentang pencapaian tilawah
al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra di sekolah Kebangsaan
daerah Setiu, Terengganu, mendapati 49.8% murid boleh membaca
al-Quran dengan baik, 35.4% masih berada pada tahap buta huruf
al-Quran. Amri Daud (2005) model enam bulan khatam al-Quran,
dapatan ujian murid yang mengikuti program ini 75.8% mencapai
objektif dan terdapat 15.2% yang tidak boleh menguasai bacaan
al-Quran. Ini menunjukkan pencapaian objektif agak sederhana.
Kajian Mohd Firdaus (2008) dengan tajuk Keberkesanan penggunaan
alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup.
Dapatan kajian merumuskan (i) murid sedar dengan penggunaan alat
sebenar sebagai ABM dapat menarik minat murid untuk mempelajari
mata pelajaran Kemahiran Hidup. (ii) Penggunaan alat sebenar dalam
pengajaran Kemahiran Hidup menjadikan pembelajaran yang tidak
membosankan. (iii) Penggunaan alat sebenar membolehkan murid
mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. (iv) Murid dapat
memahami langkah kerja sesuatu projek Kemahiran Hidup dengan
baik.
Kajian Ab. Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin (2008) hasil
kajian tentang penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru-guru
sekolah menengah teknikal Johor Bahru. Dapatan kajian melaporkan
penggunaan alat bantu mengajar adalah penting bagi guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta mempengaruhi sikap, minat
dan pencapaian murid dalam akademik. Ini selari dengan kajian
(Arumugan 2006; Yahya Othman et al. 2008). Kesan penggunaan alat
bantu mengajar dengan komputer dikalangan murid adalah positif dan
dapat memberi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Kajian-kajian lain yang dapat dirujuk mengenai hubungan
penggunaan kaedah dan bahan bantu mengajar dengan pencapaian murid
iaitu Shahrin bin Hashim et al. (2009), Choy Sau Kam et al. (2003).
Mereka menyimpulkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran guru
yang baik serta pemilihan kaedah yang tepat bukan sahaja berguna
dan berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran kepada murid,
malah jika digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik minat
serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, mengenai penggunaan
teknik dan pemilihan kaedah yang sesuai merupakan salah penyumbang
ke atas pencapaian murid dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran membaca
al-Quran yang berkesan, guru hendaklah memilih pendekatan yang
sesuai. Hal ini kerana tidak ada satu pendekatan yang dianggap
terbaik untuk satu-satu mata pelajaran bagi semua pelajar dalam
semua keadaan. Antara pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
membaca al-Quran ialah pendekatan induktif (AhmadMohd Salleh 1997),
di mana para guru mengemukakan contoh bacaan al-Quran mengikut
sesuatu hukum tajwid dan seterusnya para murid mengaplikasikan
contoh bacaan guru dalam bacaan al-Quran yang dibaca.
Memandangkan pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran
melibatkan pengajaran kemahiran. Maka mengajar kemahiran perlu
menekankan kepada arahan, demonstrasi dan pembaikan kesilapan
murid. Disamping itu juga, guru mesti mampu memperdengarkan bacaan
yang fasih dengan suara yang merdu, hal ini akan memupuk perasaan
cinta murid terhadap al-Quran. kaedah mengajar merupakan faktor
terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya akan menentukan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh
seseorang guru.
4.3 Faktor pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang
diajar
Selanjutnya perbincangan ini akan dilanjutkan dengan kajian
tentang pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar dengan
peningkatan dan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian korelasi antara pengetahuan guru degan pencapaian murid
ialah seperti kajian Heather et al. (2005) mendapati terdapat
hubungan yang siginifikan antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu
pengetahuan guru dengan keberkesanan amalan pengajaran dan
pembelajaran. Implikasi kajian menunjukan bahawa untuk memperbaiki
dan meningkatkan pencapaian murid diantaranya iaitu dengan menambah
dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan guru tentang disiplin ilmu
yang diajar agar kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran
berkesan.
Harbison dan Hanushek (1992), Mullens et al. (1996) dan Rowan et
al. (1997) mendapati bahawa pengetahuan guru tentang disiplin ilmu
yang diajar adalah merupakan sebagai alat ukuran peramal untuk
menentukan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya mempengaruhi pencapaian murid. Namun kajian Shulman
(1986), Wilson et al. (1987) dan Ball (1990) membuktikan bahawa
tidak memadai setakat ilmu pengetahuan sahaja yang akan menentukan
pencapaian murid, bahkan apa yang penting juga ialah kreatifiti
yang guru gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Darling-Hammond (2000) dan Goldhaber dan Brewer (2000) berkaitan
dengan faktor pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar
serta kualiti guru yang terdiri dari input dan proses dan
perkaitannya dengan pencapaian murid menunjukkan bahawa terdapatnya
hubungan yang kuat antara pembolehubah kualiti guru dengan
pencapaian murid.
Banyak kajian membuktikan bahawa pencapaian baik murid adalah
hasil pengaruh daripada guru yang telah banyak diberi latihan
professional berkaitan disiplin yang diceburi. Latihan ini akan
menjadikan guru menguasai secara mendalam kurikulum yang diajar dan
juga menjadikan para guru lebih mahir dari segi pedagogi. (Cohen
dan Hill, 1997; Wiley dan Yoon, 1995; Brown, Smith dan Stein,
1995). Kajian-kajian lain mendapati murid akan mencapai pencapaian
yang tinggi apabila diajar oleh para guru yang mempunyai latar
belakang pendidikan yang mahir, contohnya guru yang mempunyai
ijazah sarjana. Oleh itu wujud hubungan yang positif antara
pencapaian pelajaran dengan latar belakang pendidikan guru
(Knoblock, 1986;Sanders, Skonie-hardin dan Phelps, 1994).
Guru merupakan elemen penting dalam pendidikan. Pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti adalah hasil daripada mereka yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu
disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh (Crow
& Crow, 1983), iaitu guru yang efektif ialah guruguru yang
mempunyai sifatsifat seperti berikut :
i. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang
diajarnya.
ii. Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkan ia membuat
pelbagai contoh yang dapat membantu murid memahami suatu konsep
denganmudah.
iii. Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dalam pengajarannya .
Berdasarkan perbincangan berkaitan kajian-kaian lepas, hal
tersebut jelas menunjukkan bahawa pengetahuan furu terhadap ilmu
yang diajar, pengalaman guru terhadap bidang yang diceburi, latar
belakang pendidikan seorang guru akan mempengaruhi pencapaian murid
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengetahuan guru
terhadap ilmu yang diajar penting kerana ia akan menentukan daya
tarikan minat murid untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Disamping pengetahuan guru, faktor lain yang juga ikut
menyumbang ialah berkait rapat dengan sifat dan ciri-ciri yang
dimiliki oleh seorang guru. Al-Nahlawi (1988) menyenaraikan
sifat-sifat dan ciri-ciri guru berteraskan ajaran Islam, iaitu
pertama, hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pemikirannya
bersifat Rabbani, iaitu sentiasa didasari dengan tuntutan Islam.
Kedua, seorang yang ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan
adalah bertujuan untuk mendapat keredaan Allah. Ketiga, sentiasa
bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab jawatan dan tugasnya.
Keempat, hendaklah jujur dengan apa yang disampaikan. Antara tanda
sifat kejujuran itu ialah guru melaksanakan apa yang diajar.
Seterusnya yang kelima, guru hendaklah sentiasa berusaha menambah
ilmu pengetahuan yang berkaitan serta berbincang mengenainya.
4.4 Faktor kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap sikap
belajar murid
Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk
difahami. Ia terletak di dalam sanubari dan bukan semua sikap dapat
dizahirkan secara terang dalam realiti kehidupan. Itulah sikap yang
sering membuat manusia tertanya-tanya dan tercari-cari. Melalui
sikap, seseorang boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk
mempertingkatkan jati diri. Bagi seseorang murid sikap itulah yang
perlu ada dalam diri mereka. Banyak kajian telah dilakukan untuk
melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
dan pencapaian murid-murid di sekolah. Antara faktor-faktor yang
dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat
dengan sikap murid.
Sikap merupakan kecenderungan perasaan seseorang terhadap
sesuatu objek samada perasaan itu memihak (favorable) atau tidak
memihak (unfavorable). (Vesta & Thompson, 1970). (Nasution
1998; Walgito, 2004; Ramayulis, 2004; Zakiah, 2005; Syah 2005)
menyatakan apabila seseorang telah melalui pembelajaran. Maka ianya
akan nampak melalui tiga aspek iaitu; aspek: (i) kognitif
(konseptual), (ii) afektif (emosional), (iii) konatif (perilaku
atau action component). Aspek kognitif iaitu komponen yang
berkaitan dengan pengetahuan, pandangan, keyakinan. Misalnya, dalam
pembelajaran bagaimana murid mempersepsi sesuatu pelajaran,
persepsi tersebut akan merubah sikap murid terhadap pelajaran
berkenaan. Aspek afektif iaitu. Sikap murid yang berhubungan dengan
rasa senang atau tidak senang terhadap sesuatu objek. Manakala
aspek konatif pula iaitu. Berkaitan dengan kecenderungan untuk
berperilaku atau tindak balas murid terhadap sesuatu objek dalam
hal ini tentu mata pelajaran.
Terdapat beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa sikap
murid terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaian
hasil belajarnya. Misalnya kajian yang dibuat oleh Jordan (1940)
telah menggunakan teknik soal selidik untuk menguji sikap murid
terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis,
matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar (berumur
11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah
menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap murid
terhadap mata pelajaran itu. Siti Rahayah (1988), untuk mengenal
pasti sikap murid Tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Sains dan
pencapaian mereka dalam mata pelajaran sains paduan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang siginfikan antara sikap
murid dengan pencapaian mata pelajaran sains.
Sebagaimana Abdullah (2004) kajian terhadap sikap dan motivasi
murid-murid Dusun terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua. Zamri dan Zarina (2001) telah mengkaji tentang sikap
murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian
menyimpulkan bahawa terdapat hubungankait antara sikap murid
terhadap mata pelajaran dengan hasil pencapaian yang diraihnya.
Kajian Purwaningsih (2007), mendapati bahawa. Sikap ilmiah murid
terhadap mata pelajaran matematik merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi hasil belajar seseorang murid.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian Lim (2001) yang
menyatakan murid Cina dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik
kerana mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mempelajari Bahasa
Melayu yang merupakan subjek penting dan wajib lulus untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian
Suwarnee et al. (2000) mendapati murid Melayu terdorong untuk
mempelajari Bahasa Melayu bukan sahaja untuk mendapatkan keputusan
yang baik, tetapi kerana sikap dan kesedaran tentang persaingan
peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Sebaliknya bertentangan dengan kajian Azizi et al. (2007).
Kajian yang dibuat untuk mengkaji sikap pelajar terhadap mata
pelajaran matematik dan apakah hubungannya dengan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Hasil kajian menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap
mata pelajaran matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut.
Selari dengan kajian Zainudin Bin Abu Bakar et al. (2007) Hasil
dapatan menunjukkan bahawa faktor sikap, rakan sebaya dan ibu bapa
berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pencapaian bahasa
Inggeris.
Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di
dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di
dalam sesuatu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai
sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering menyatakan
bahawa kegagalan murid-murid disebabkan oleh sikap mereka yang
negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.
Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang
terhadap sesuatu perkara atau fenomena ( Robbins, 1986).
Kesimpulannya. Persepsi murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran
akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran tersebut.
Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan
persekolahan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh
ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap murid terhadap
mata pelajaran yang diajarinya. Maklumat yang diperolehi itu boleh
digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap murid dan
seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang
4.5 Faktor kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap minat
belajar murid
Minat erat hubungannya dengan dorongan (drive), motif, dan
reaksi emosional. Minat juga dikaitkan dengan kecenderungan hati
yang tingi terhadap sesuatu, (Crow and Crow, 1984; Tidjan, 1997;
Pramudita, 2004).. Manakala Skinner (1990) berpendapat bahawa minat
sebagai motif yang menunjukkan arah perhatian individu terhadap
obyek yang menarik atau menyenangkannya, seseorang yang mempunyai
minat terhadap sesuatu objek tertentu. Maka ia cenderung akan
berusaha aktif dengan obyek tersebut.
Menurut Gage pula (1965), minat belajar adalah keadaan dalaman
individu yang akan memberikan kecenderungan bertindak dalam
menghadapi suatu obyek atau peristiwa, didalamnya terdapat unsur
pemikiran, perasaan yang menyertai pemikiran dan kesiapan untuk
bertindak. Kajian-kajian mengenai hubungan minat murid dengan
pencapaian hasil belajar telah lama dikaji oleh kalangan
penyelidik, diantara kajian-kajian tersebut menyimpulkan terdapat
hubungan yang erat antara minat belajar murid terhadap suatu mata
pelajaran dengan pencapaian hasil belajar pada mata pelajaran
berkenaan.
Rallison (1941), kajian yang dibuat di kalangan murid-murid
berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah
mendapati minat pelajar mempunyai hubung-kait yang kuat dengan
pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani, bahasa
Inggeris, llmu Alam dan sejarah. Dari ujian yang menggunakan Vernon
Measurement Abilities (VMA) dijelaskan faktor minat saling
mempengaruhi pencapaian murid-murid tersebut.
Fitt (1957) kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati
hubungan antara minat pelajar terhadap mata pelajaran adalah
mempunyai kaitan yang positif dengan pencapaian setelah beliau
menggunakan soal selidik di kalangan 1244 orang pelajar di bandar
itu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur pelajar
dari rendah ke peringkat menengah mempengaruhi perubahan minat
pelajar terhadap persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian
yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba berbagai-bagai
teknik. Austrin misalnya menggunakan Multidimensional Achievement
Orientation Scale (MAOS), Schultz menggunakan Attitude-Interest
Questionaire dan Jackson bersama Getzel menggunakan Iowa Test
ofEducational Development (TED), bagi menghubungkan minat dengan
pencapaian.
Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957)
yang mengkaji hubungan minat dengan pencapaian pelajar di kalangan
pelajar gred 6 di enam buah sekolah di Chicago dengan menggunakan
Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student Questionnaire (MSQ)
telah gagal mencari korelasi yang jelas antara minat dan pencapaian
belajar pelajar. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh
Malpass sebelumnya yang menyatakan kegagalan mencari korelasi
antara minat pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah.
Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar
gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam
membuat ukuran minat dan ujian pencapaian telah menyebabkan kajian
ini gagal mencari jawapan antara dua pembolehubah berkenaan.
Nofrizal (2006) kajian tentang hubungan minat dengan kebolehan
membaca al-Quran: kajian di satu buah Taman Pendidikan Al-Quran
luar bandar Sumatera Barat. Dapatan kajian merumuskan faktor minat
murid sememangnya boleh mempengaruhi kebolehan membaca al-Quran di
kalangan murid, tetapi ianya (minat) bukanlah faktor yang
sepenuhnya, faktor lain yang boleh wujud ialah motivasi, konsep
kendiri, dan strategi belajar.
4.6 Faktor kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap prestasi
belajar murid
Terdapat beberapa pandangan yang dikemukan pakar dalam
menjelaskan prestasi belajar. (Djamarah, 1994; Ahmadi, 2005;
Supriyono, 2004; Muhibbin Syah & Abdullah, 2008; Ahmad Tafsir
2008). Prestasi belajar ialah berupa nilai-nilai yang boleh diukur
sebagai hasil dari usaha belajar yang telah dicapai seseorang.
Disamping itu, prestasi belajar juga boleh dilihat dari penguasaan
pengetahuan atau keterampilan yang telah didapatkan murid melalui
mata pelajaran yang diajarkan. Hal ini dapat dilihat dan
ditunjukkan dengan nilai ujian atau markah yang diberikan oleh guru
terhadap hasil ujian seseorang murid.
(Bloom, 1956; Sudjana, 1990; Abdullah, 2008; Anni, 2004)
menyatakan. Prestasi belajar merupakan hasil perubahan tingkah laku
yang diharapkan dari murid setelah melalui pengajaran dan
pembelajaran. Ianya meliputi tiga aspek iaitu (i) mengetahui
(knowing), (ii) terampil melaksanakan atau mengerjakan yang ia
ketahui itu (doing), (iii) melaksanakan yang ia ketahui itu secara
berterusan (being).
Skinner & Belmont (1993) menyatakan hubungan-hubungan di
bilik darjah adalah penting kerana ianya merupakan keperluan
psikologi asas kepada seorang kanak-kanak semasa berhubung dengan
orang lain. Kajian empirikal telah mendukomentasikan kesan positif
sifat ambil peduli dan hubungan guru-murid akan membantu terhadap
pencapaian murid. Ini disokong oleh (Wentzel, 1998) bahawa sokongan
guru berkait lansung kepada matlamat masteri peribadi pelajar,
minat dalam kelas dan gred purata pencapaian akademik.
Robinson (2002) telah menguji model komprehensif hubungan antara
persepsi pelajar terhadap sekolah dan bilik darjah dengan
kepercayaan motivasi, penggunaan strategi pembelajaran regulasi
kendiri dan prestasi belajar murid. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa amalan guru di bilik darjah mempengaruhi secara tidak
lansung terhadap prestasi atau pencapaian pelajar.
Obach (2003) pula membuat kajian longitudinal menguji pengaruh
faktor-faktor motivasi terhadap persepsi kendiri akademik pelajar.
Kajian dilakukan selama tiga tahun terhadap pelajar gred lima,
keenam dan ketujuh sekolah-sekolah luar bandar yang terletak di
selatan Amerika Syarikat. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang
lebih berumur mempunyai persepsi kendiri akademik yang lebih tinggi
padaripada pelajar yang lebih muda. Pelajar yang berorientasi
masteri dalam pembelajaran, melakukan pemantauan kendiri, dan tekun
dalam pembelajaran, melihat diri mereka lebih kompeten dalam
akademik.
Kajian-kajian lain yang dapat dirujuk tentang kesan pengajaran
dan pembelajaran terhadap prestasi murid iaitu (Irfan Naufal 2000;
Abdul Razak et al 2000; Kamaruddin et al 2000 Caraway et al 2003).
Banyak kajian telah dijalankan sama ada dalam dan luar negara
tentang hubungan pengajaran dan pembelajaran dengan prestasi dan
pencapaian akademik murid. Tegasnya, guru biasanya berdepan dengan
bilangan murid yang ramai dan pelbagai karenah yang ditimbulkan
oleh mereka semasa berlansungnya pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Sudah tentu amatlah sukar untuk mempengaruhi
murid-murid dalam erti kata yang sebenarnya kalau dilihat dari
aspek pengajaran guru.
Walau bagaimanapun, melalui kajian-kajian yang telah dijalankan
penyelidik terdahulu, kita dapat mengetahui dan mengenal pasti
faktor-faktor penting yang dapat dilakukan seseorang guru untuk
memotivasi murid sehingga mengantarkan mereka berjaya dan
memperolehi markah yang cemerlang dalam akademik.
5.0 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
Kajian tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah banyak
dijalankan oleh ahli pendidikan mahupun penyelidik-penyelidik
terdahulu. Namun perlu pengkaji jelaskan lagi, bahawa kajian yang
berkaitan lansung dengan metode Tartil belum banyak ditemui sampai
sekarang. Hal ini disebabkan oleh metode Tartil merupakan sebuah
kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif masih
baharu berbanding kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
al-Quran lainnya.
Oleh itu, perbincangan selanjutnya akan memaparkan kajian-kajian
yang telah dibuat oleh penyelidik sama ada di luar mahupun didalam
negara yang pengkaji nilai berhungkait dengan pengajaran dan
pembelajaran al-Quran.
5. 1 Kajian Pendidikan al-Quran di Malaysia
Nor Kamaliah (1987) mendapati Kaedah Pengajaran Cara Baru iaitu
keluaran Jabatan Agama Islam Kelantan dapat memberi peningkatan
dalam membaca di kalangan anak-anak. Kaedah ini telah membantu
kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah untuk menghafal
surah-surah lazim dengan bacaan yang betul. Abd Razak (1988) dalam
kajiannya merumuskan bahawa kelemahan murid dalam pengajian
al-Quran berpunca daripada masa 30 menit untuk satu pengajaraan
Asuhan Membaca al-Quran tidak mencukupi, murid terlalu ramai dalam
satu kelas Pendidikan Islam, guru tidak memberikan perhatian kepada
semua murid, ayat-ayat yang digunakan dalam sukatan terlalu tinggi,
murid tidak mempelajari al-Quran di rumah dan tidak ada kelas
tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
Rodziah (1991) mendapati faktor kelemahan dalam membaca al-Quran
berdasarkan sebutan huruf dan hukum tajwid yang betul dalam
kalangan murid disebabkan oleh sikap mereka dan sikap ibu bapa.
Dalam kajiannya terdapat 75% murid tidak menghadiri kelas pengajian
al-Quran disebabkan tidak ada kawan untuk diajak ke kelas
pengajian. Manakala 60% ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas
mendidik anak-anak dalam pengajian al-Quran kepada guru-guru
al-Quran. Anak-anak tidak digalakkan untuk mengulangkaji al-Quran
di rumah. Abdul Halim (1996) berdasarkan maklum balas daripada
responden yang terdiri daripada 407 murid, guru dan pegawai agama
di daerah Kota Bharu, didapati kandungan Tilawah al-Quran yang
banyak dalam sukatan merupakan masalah utama yang menyumbang kepada
kelemahan penguasaan murid dalam pengajaran al-Quran.
Rosmawati (1993) kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah
Agama Sheikh Haji Othman, Kucing. Sarawak mendapati kemampuan murid
dalam menguasai bacaan al-Quran adalah hanya pada tahap memuaskan
sahaja. Terdapat juga daripada kalangan murid yang lansung tidak
boleh membaca al-Quran. Hal ini berpunca kerana murid tidak
didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran semenjak
kecil. Manakala Maimunah (1995) kajian tentang kemahiran membaca
al-Quran di kalangan 60 murid Tingkatan Satu di Sekolah Menengah
Selayang Baru, Gombak mendapati pencapaian murid secara
keseluruhannya masih berada pada tahap sederhana yang hampir kepada
lemah. Dalam kajian beliau, didapati tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara latar belakang pendidikan dan pendapatan ibu bapa
dengan pencapaian kemahiran membaca al-Quran murid. Walaupun begitu
terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pendidikan asas
al-Quran sebelum masuk ke sekolah menengah dengan kemahiran membaca
al-Quran.
Farehan (2000) dalam kajiannya tentang kemahiran membaca nun
sakinah di kalangan murid Tingkatan tiga di sebuah sekolah di
daerah Petaling mendapati penguasaan murid dalam kemahiran ini
dibahagikan dalam empat peringkat, iaitu baik, sederhana, lemah dan
sangat lemah mengikuti nisbah 13:20:12:8. Punca kelemahan murid
membaca nun sakinah dalam kajian ini ialah persekitaran keluarga
yang daif, pengalaman pembelajaran kurang sesuai dan sikap murid
sendiri terhadap kepentingan membaca al-Quran. Manakala Raihan
(2000) tentang penguasaan kemairan membaca al-Quran di mana tahap
pengusaan murid Tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan
gurun Kedah dalam membaca al-Quran adalah 40% berada pada tahap
sederhana, 16.6% sederhana lemah dan 8.9% lemah. Hal ini
menunjukkan bahwa murid masih menunjukkan kelemahan dalam
penguasaan celik al-Quran.
Mohammad Sabri (2001) dalam kajiannya tentang keberkesanan
kaedah Hattawiyah dalam pembelajaran tilawah al-Quran mendapati
sebanyak 89% daripada responden berada pada tahap sederhana dan
lemah dalam kebolehan membaca al-Quran. Mohammad Naim (2003) dengan
tajuk Pencapaian Tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra di
sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu menunjukkan
hipotesis nul ditolak, iaitu terdapat perbezaan pencapaian tilawah
al-Quran dalam kalangan murid berasaskan sekolah agama sebelah
petang. Hasil temu bual terhadap 10 orang guru Pendidikan Islam
juga menunjukkan bahawa masa pengajaran tilawah al-Quran yang tidak
mencukupi menyebabkan murid terabai sehingga tamat tahun enam.
Apatah lagi jarang sekali guru mengadakan kelas pemulihan kerana
tidak mempunyai kelapangan waktu.
Hal ini didukung oleh kajian Mohd Aderi (2004) tentang celik
al-Quran dikalangan pelajar Tingkatan satu di Kuala Lumpur dapatan
kajian menunjukkan bahawa walaupun 63% dari responden adalah mereka
yang telah khatam al-Quran, namun tahap keseluruhan bacaan
responden masih berada pada tahap sederhana dan lemah, hal ini
bermakna walaupun sebahagiaan besar dari pelajar telah melalui
khatam al-Quran akan tetapi belum jaminan mereka boleh membaca
al-Quran mengikut kaedah yang benar dan baik.
Kajian Ad. Halim et al. (2004) tentang amalan pengajaran dan
pembelajaran guru Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah al-Quran di
Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan di Selangor, Perak dan
Terengganu menunjukkan pandangan guru Pendidikan Islam bahawa
amalan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran yang memberi
kesan kepada murid ialah kaedah tasmi dan tashih dengan nilai min
3.50. kemudian diikuti oleh kaedah latih tubi, talaqi dan
musyafahah serta halaqah dan tadarus yang mencapai julat min antara
3.38 dan 3.13. namun begitu, kaedah kuliah merupakan kaedah yang
paling kerap (3.04) digunakan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Manakala kaedah lain seperti bacaan
beramai-ramai, latih tubi, perbincangan serta talaqi dan musyafahah
dengan julat antara 2.73 dan 2.99.
Armah Aru (1996) mendapati kaedah Iqra amat berkesan dan berjaya
dan sepatutnya diteruskan. Kaedah ini berjaya kerana ia mudah
dipelajari dan menyebabkan murid berminat dalam mempelajari
al-Quran. HJ Mohd Mukri (1994) menyatakan teknik pengajaran kaedah
Iqra ialah secara CBMA (Cara Belajar Murid Aktif) di mana
pengajaran lebih berpusat kepada murid bukan bergantung sepenuhnya
kepada guru. Bahan pelajaran disusun lengkap, terancang dan terarah
dari pelajaran asas huruf demi huruf hinggalah ke atas satu kalimah
yang bermakna.
Meriam (1999) mendapati 72 % murid mengakui dapat membaca
al-Quran dengan lancar. Hal ini menunjukkan pelaksanaan Kaedah Iqra
di sekolah dan disokong dengan mengaji di rumah, menjadikan kaedah
ini berkesan untuk digunakan oleh semua murid mempelajari al-Quran
dengan mudah dan cepat. Haji Abdullah (1999) dengan tajuk
Pengurusan Pendidikan al-Quran, Satu Kajian di Tingkatan Satu
Sekolah Menengah Arab Negara Brunei Darussalam terhadap 235 orang
murid dan 57 orang guru agama mendapati guru agama bersikap positif
dalam menjalankan pengajaran al-Quran dimana min keseluruhan untuk
konstruk kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran guru
adalah 4.0. bagaimanapun kaedah kajian yang digunakan hanya kaedah
soal selidik semata dan tidak melibatkan kaedah lain selain
pemerhatian. Manakala sampel guru kesemuanya daripada sekolah
menengah Arab.
5.2 Kajian Pendidikan Al-Quran di Indonesia
Di Indonesia kajian-kaian tentang pengajaran dan pembelajaran
al-Quran tidak berkembang sebagaimana di Malaysia, amat jarang
ditemukan hasil-hasil kajian yang mendedahkan hasilnya secara
terperinci, sehingga kajian-kajian tersebut tidak dapat dirujuk
sepenuhnya, kerana kajian tersebut hanyalah berbentuk kertas konsep
sahaja, walau bagaimanapun pengkaji melihat bermula pada tahun 2000
hinggalah sekarang sudah mulai penyelidik membuat beberapa kajian,
itupun terbatas kepada pelajar yang mengambil program Sarjana (S2)
di peringkat Universiti Islam di pelbagai negeri di Indonesia dan
beberapa orang yang mengambil pengajian di luar negara.
Jazer (1989). Menyatakan dari 160 juta jiwa populasi penduduk
Indonesia yang beragama Islam, (59%) dari mereka berada pada tahap
yang lemah dalam membaca al-Quran, terdapat sebahagian besar yang
lansung tidak boleh membaca atau buta huruf al-Quran, ini amatlah
membimbangkan dengan realiti bahawa Indonesia memiliki populasi
masyarakat Islam terbesar di dunia dan jauh dari nilai-nilai
Ketuhanan Yang Maha Esa yang terdapat dalam Pancasila sebagai asas
Negara. Kajian sebagaimana dapatan di atas tidak dibuat dengan
terperinci, kajian ini juga bersifat tinjauan sahaja.
Selanjutnya pengkaji temui kajian sebagaimana dilaporkan oleh
Ahmad Hadi (2000), Munandar (2000), Ahmad Burhan (2001), Sinambela
(2003) dan Syartini (2003). Semua kajian ini hanyalah tinjauan di
beberapa Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) Bandar Padang Negeri
Sumatera Barat. Kajian di atas juga hanya menggunakan pemerhatian
sahaja. Walaupun terdapat beberapa kajian yang menggunakan
instrumen soal selidik. Namun tidak melibatkan sampel yang
banyak.
Kajian Firdaus Ghani (2004) kajian di beberapa Taman Pendidikan
Seni Al-Quran (TPSA) Bandar Padang Negeri Sumatera Barat melibatkan
320 orang murid, pengiraan statistik menunjukkan seramai 171 orang
murid (53.4%) menacapai tahap cemerlang, 25 orang murid (7.8%)
mencapai tahap baik, 2 orang murid (0.6%) mencapai tahap lemah dan
122 orang murid (38.1%) berada pada tahap yang mengecewakan dan
gagal iaitu sangat lemah. Tahap yang sangat lemah ini sebenarnya
daripada segi bacaan al-Quran menggambarkan ketidakmampuan murid
membaca al-Quran keseluruhannya atau dengan bahasa yang mudah ialah
buta al-Quran ini didukung oleh (Yulizar Bila, 2010)