1.0 Pengenalan Permainan TradisionalMasyarakat Melayu mempunyai
pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.
Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana
hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk
kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong
menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu diperkukuhkan dan
dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.
Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Kegiatan harian, musim dan tahunan daripada individu
ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja
dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi
mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sudah menjadi
kemestian, sewaktu turun ke sawah atau ke laut, seluruh tenaga
ditumpukan kepada pekerjaan. Mencari rezeki, mesti
bersungguh-sungguh. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim
tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja
sampingan.
2.0 Sejarah Galah Panjang
Galah Panjang merupakan jenis permainan laman. Tujuan dan
matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui
jumlah Bilon yang diperolehi. Perlawanan dalam permainan ini adalah
berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang oleh satu regu
yang lain. Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah.
Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi
sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala
dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
3.0 Kawasan BermainPermainan ini boleh dimainkan di mana-mana
sahaja. Namun, kawasan yang dipilih haruslah luas, lapang dan rata
serta bebas daripada benda-benda yang bahaya seperti objek-objek
tajam.Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang
sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter
lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga
hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung
atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak
akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.
GOAL
Rujukan :
Penyerang
Petahan
Petahan B boleh bertahan atas garisan yang berwarna oren dan
hijau ini.
Petahan A hanya boleh bertahan atas garisan ini.
Petahan C hanya boleh bertahan atas garisan ini.
Peralatan yang diperlukan:1. Bola 4 biji
4.0 Peraturan Galah Panjang yang Diubahsuai4.1 Pemain penyerang
mesti memegang bola. Jika bola terjatuh dan dikutip oleh pemain
bertahan, pemain penyerang itu dikira mati.4.2 Satu pemain akan
mendapat 2 markah jika berjaya melepasi semua garisan, 5 markah
sebagai bonus jika jaringan bola berjaya.4.3 Pemain penyerang
dikira mati jika disentuh oleh pemain bertahan.4.4 Pemain penyerang
tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan. Pemain
bertahan mesti berjalan di atas garisan.4.5 Pemain penyerang dikira
mati jika terkeluar dari kawasan.4.6 Pasukan yang mendapat markah
tertinggi adalah pemenang.
Gambar papan peraturan
5.0 Syarat permainan Jika petahan gelanggang dapat menyentuh
penyerang, maka penyerang akan mati atau tamat gilirannya bermain
dan dikehendaki keluar gelanggang.
6.0 Cara Bermain6.1 Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana
satu kumpulan mempunyai 4 ahli.6.2 1 kumpulan sebagai pasukan
penyerang dan 1 kumpulan sebagai pasukan bertahan. Pasukan bertahan
mestilah berjalan di atas garisan dan pasukan penyerang mesti
mengambil sebiji bola di tangan dan mengelakkan sentuhan daripada
pemain bertahan.6.3 Pemain bertahan berperanan untuk menghalang
pemain penyerang melepasi garisan dengan menyentuh pemain
penyerang. Pemain penyerang dikira mati jika disentuh oleh pemain
bertahan.6.4 Sekiranya pemain penyerang berjaya melepasi semua
garisan, pemain itu akan dapat 2 markah.6.5 Pemain penyerang akan
mendapat 5 markah sebagai bonus sekiranya jaringan bola itu
berjaya.6.6 Kumpulan yang mendapat markah yang tinggi adalah
pemenang bagi permainan ini.
7.0 Aspek Keselamatan Tidak dibenarkan memukul orang. Tidak
dibenarkan menolak orang. Memastikan kawasan bermain yang rata dan
selamat.
7.0 Langkah-langkah Keselamatan Sebelum1. tetapkan tarikh dan
waktu2. merancang prosedur permainan3. menyediakan kawasan dan
tanda tempat permainan4. senarai dan mengasingkan alat-alatan yang
diperlukan5. menyediakan peraturan permainan6. menyediakan
kad-kad/borang-borang catatan/skor7. menetapkan sistem pemarkahan
(jika perlu)8. Keluasan kawasan bersesuaian dengan aktiviti
Semasa1. melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan2.
memberi penerangan dan demonstrasi3. alat-alatan menarik dan
mencukupi4. alat-alatan disusun dengan baik dan di sudut yang
selamat5. alat-alatan digunakan dengan cara yang betul6. kawasan
permainan sesuai dan selamat7. pakaian sesuai dan kemas8.
kanak-kanak mematuhi arahan9. melaksanakan permainan secara
sistematik, teratur dan terkawal10. Pastikan kawasan bermain
terletak di kawasan yang rata. Kawasan tidak rata boleh menyebabkan
kecederaan
Selepas1. semua alat-alatan disimpan di tempat asal2. memastikan
kawasan permainan bersih dan kemas3. kanak-kanak berbaris dan
berjalan balik ke kelas4. membuat refleksi dan kajian semula
(post-mortem)
Borang PemarkahanGalah PanjangKumpulan
AB
Markah
Bonus
Jumlah
Gambar borang pemarkahan
Bibliografi1. Sumber internet
Galah Panjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjang
Permainan Tradisional
http://pmainantradisionl.blogspot.com/2007/09/galah-panjang.html
Permainan tradisional Galah
Panjanghttp://permainannordin.blogspot.com/
Galah Panjang
(Toi)http://gtraditional.blogspot.com/2013/03/galah-panjang-toi.html
Pengenalan permainan tradisional galah
panjanghttp://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02/pengenalan-permainan-galah-panjang.html
LAMPIRAN
Galah panjangDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Galah
panjangadalah sejenispermainantradisional yang dimainkan di atas
gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang
dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada
bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan
pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10
orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan
pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3
baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu
untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal
gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak
yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai
kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan
mudah.Cara bermain[sunting|sunting sumber]Cara permainan galah
panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran,
kecekapan dan kepantansan setiap pemain.1. Gelanggang galah panjang
di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung
kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak
galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.2. Selepas
pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan
ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang
menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.3. Selepas
penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang
dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan
menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan
atau belakang.4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di
depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak
lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.5. Penjaga
akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan
yang dijaganya.6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan
paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya
berpatah balik.7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah
melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan
permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.Syarat
permainan[sunting|sunting sumber]1. Jika penjaga gelanggang dapat
menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya
bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.2. Jika penjaga
gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat
giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Galah_panjangGALAH PANJANGPermainan
tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di
pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong
oleh golongan dewasa.Permainan ini tidak dimainkan secara individu,
tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan
kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang
dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh
pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik
sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas
ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk
dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan,
garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala
awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam
gelanggang.Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som
dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan
menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran
akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke
badan pemain atau dengan menangkap pemain.Gelanggang
PermainanKawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada
di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang.
Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan
antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan
lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan
lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi
setiap pasukan.Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau
tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan
sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan
melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.Cara
BermainSejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang
akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala
gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak
boleh mula menyerang, samada secara individu atau
beramai-ramai.Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga
ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan
hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah
seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira
mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang
bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.Peraturan
PermainanKesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika
salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan
bertahan.Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang
setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan
menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.Pasukan penyerang dikira
mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari
pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan
permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan
akan dijalankan semula.Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata
tertinggi akan dikira memenangi perlawan
tersebut.http://pmainantradisionl.blogspot.com/2007/09/galah-panjang.htmlGalah
panjangGalah panjangadalah sejenispermainantradisional yang
dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong.
Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris
bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat
mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika
pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris.
Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang
mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang
ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang
mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji
kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh
gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka
boleh menang dengan mudah.CARA BERMAINCara permainan galah panjang
tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan
dan kepantansan setiap pemain.1. Gelanggang galah panjang di lakar
diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada
pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah
panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.2. Selepas
pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan
ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang
menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.3. Selepas
penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga
gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua
akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan
depan atau belakang.4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul
di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua
pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.5.
Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi
garisan yang dijaganya.6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi
garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan
kemudiannya berpatah balik.7. Kemenangan tercapai apabila orang
yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan
permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin
berhenti.SYARAT PERMAINAN1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh
anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain
dan dikehendaki keluar gelanggang.2. Jika penjaga gelanggang
menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan
akan bertukar giliran antara penjaga dan
penempuh.http://permainannordin.blogspot.com/Galah Panjang
(Toi)
TOI - begitulah nama satu permainan yang sering dimainkan oleh
kanak-kanak. Permainan ini bukan sahaja terkenal di kalangan
kanak-kanak desa, malah di bandar juga. Namun sehingga ke hari ini
perkataan toi itu tidak dapat dipastikan maknanya, dari mana dan
bagaimana diperolehi. Anggaplah perkataan itu satu istilah khusus
dalam permainan ini. Yang pasti, perkataan toi dilaungkan
sebaik-baik sahaja permainan dimulakan, memperolehi mata dan
mencapai kemenangan. Toi adalah sejenis permainan yang memerlukan
gelanggang. Satu kawasan luas yang lapang dan rata diperlukan.
Kawasan yang sempit, berlopak atau tidak rata, tidak sesuai untuk
permainan ini.
Pada kebiasaannya gelanggang badminton atau sepak takraw amat
sesuai digunakan untuk tujuan permainan ini. Garisan-garisan
gelanggang toi perlu ditandakan: digaris di atas tanah, dilukis
dengan kapur di atas simen atau dipancang dengan tali ke padang
berumput.
Garisan-garisan ini menunjukan kuasa pergerakkan si penjaga
garisan. Maknanya si ketua boleh bergerak ke kiri dan ke kanan di
bahagian hadapan gelanggang. Anak-anak buah si ketua pula hanya
boleh bergerak ke kiri dan ke kanan di atas garisan masing-masing.
Dalam kebanyakkan permainan, konsep berlawan pasti wujud. Malah
inilah yang seronok dan mencetus keinginan berlumba-lumba mengatasi
saingan. Inilah juga yang berlaku dalan permainan toi. Lebih ramai
pemain, lebih kecohlah gelanggang itu. Satu undian dilakukan untuk
memastikan siapa jadi "jaga"? siapa dapat "jalan"? oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa menang dia dapat jalan. Sudah menjadi dominan
pula pihak yang kalah tidak pernah bernasib baik dan menjadi
"jaga".
Biasanya ketua "jaga" adalah seorang yang tangkas, kuat berlari,
tajam penglihatan dan pandai menjangka pergerakkan lawan. Ketua
"jaga" harus cekap mengarah anak buahnya bertindak apabila perlu.
Tugas pasukan "jaga" yang utama ialah mematikan pasukan "jalan".
Jika pasukan "jalan" mati, mereka pula berpeluang menjadi pasukan
penyerang ("jalan") dan memungut mata.
Bagi pasukan "jalan" pula, tiada ketua dalam permainan.
Pergerakkan mereka biasanya tidak terancang dan tidak terarah.
Setiap pergerakkan lebih bersifat spontan dan individu. Namun
adakalanya salah seorang memberi isyarat untuk bertindak atau
mengelirukan "jaga" agar garisan dapat direntasi tanpa disentuh
oleh "jaga".
Bagi memulakan permainan, salah seorang ahli pasukan "jalan"
akan berjabat, bertampar atau mencuit ketua pasukan "jaga".
Serentak dengan itu, mereka meneriakkan perkataan "toi" dan pasukan
"jalan" akan cuba melepasi garisan demi garisan untuk sampai ke
petak belakang gelanggang dan kemudiannya keluar semula melalui
garisan hadapan. Pemain tidak boleh berpatah balik sebelum ke petak
paling hujung. Jika misi ini berjaya disempurnakan oleh salah
seorang ahli pasukan "jalan" , satu mata dikutip dan permainan
dimulakan sekali lagi untuk memungut mata keduanya.
Apabila mana-mana pemain berjaya mengutip mata, maka dia akan
meneriakkan "toi". Serentak dibalas oleh pasukannya, "toi" juga.
Sesungguhnya permainan toi memang menghiburkan. Begitu pun,
kerjasama dan toleransi amat diperlukan terutama dalam keadaan
terdesak.http://gtraditional.blogspot.com/2013/03/galah-panjang-toi.htmlPENGENALAN
PERMAINAN GALAH PANJANGGalah panjang adalah sejenis permainan
tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas
tanah kosong. Permainan ini dimainkan oleh semua golongan
masyarakat iaitu golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Ia juga
dijadikan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan
kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.Gambar 4: Permainan galah
panjangPermainan ini dimainkan secara dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai
pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya
terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Gambar 5: Jumlah pemain galah
panjangSalah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai
ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang
garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling
gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di
dalam gelanggang.Gambar 6: Bahagian-bahagian gelanggang galah
panjang Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som
dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan
menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran
akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke
badan pemain atau dengan menangkap pemain.KEBAIKAN PERMAINAN GALAH
PANJANG 1. Aspek SosioemosiPermainan ini dapat membina sosialisasi
kanak-kanak tersebut. Ini kerana biasanya permainan ini akan
dimainkan secara berkumpulan.Secara tidak langsung disini
kanak-kanak tersebut dapat bergaul dengan masayarakat disekitarnya
terutama yang sebaya dengannya.Permainan ini memerlukan kerjasama
antara ahli kumpulan untuk memenangi pelawanan secara tidak
langsung kanak-kanak ini dapat terdidik untuk bekerja dalam
kumpulan serta memupuk sikap toleransi.Semasa bermain galah
panjang, kanak-kanak akan melepaskan emosinya. Mereka akan
berteriak, tertawa, dan bergerak. Kegiatan seperti ini boleh
digunakan sebagai terapi untuk kanak-kanak melepaskan emosi mereka
dan mereka berasa gembira.Gambar 7: Galah panjang membina
sosialisasi kanak-kanak2. Aspek Fizikal Permainan ini memerlukan
strategi serta kepantasan pergerakan. Dengan melibatkan diri dalam
permainan ini, kanak-kanak dapat membinagaya hidup yang sihat serta
mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis. Ini kerana dewasa
ini kanak-kanak sudah terdedah dengan permainan computer, jika
dikaji penggunaan masa yang banyak untuk permainan cyber ini adalah
sesuatu yang tidak bagus untuk kesihatan mereka amnya.Permainan
galah panjang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti
untuk memanaskan badan dan membina pergerakan otot kasar mereka.
Gambar 8: Galah panjang memerlukan strategi dan kepantasan
pergerakan3. Aspek IntelektualPermainan galah panjang ini dapat
mengembangkan kecerdasan intelektual mereka. Hal ini kerana mereka
perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka
diberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk bermain.Gambar 9 :
Galah panjang mengembangkan kecerdasan intelektual kanak-Kanak.
http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02/pengenalan-permainan-galah-panjang.html