KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 1 | Muka surat KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI KAEDAH ANSUR MAJU SECARA BERULANG Oleh SUZIYANA BINTI TUKIRAN DPLI (A) SEMESTER 2 IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud. Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun ayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak belajar menulis ialah untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan dengan lebih pantas; dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang sempurna dalam bentuk tulisan. Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasan mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan tersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid- murid dalam kelas Tahun Satu Bestari menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
1 | M u k a s u r a t
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI KAEDAH
ANSUR MAJU SECARA BERULANG
Oleh
SUZIYANA BINTI TUKIRAN
DPLI (A) SEMESTER 2
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa
dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud.
Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan
adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan
dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun
ayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak
belajar menulis ialah untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan dengan
lebih pantas; dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang
sempurna dalam bentuk tulisan.
Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasan
mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan
tersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid-
murid dalam kelas Tahun Satu Bestari menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti
pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
2 | M u k a s u r a t
2.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU
Masalah tulisan yang tidak kemas dalam kalangan murid akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berdasarkan
pengalaman saya yang lalu, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu murid Tahun Satu. Masalah yang menjadi fokus saya dalam mengajar
murid Tahun Satu ini ialah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun
kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan agak baik
namun disebabkan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 34 orang dalam satu
kelas menyebabkan saya tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar.
Masalah wujud khususnya dalam kelas Tahun Satu Bestari yang rata-rata muridnya
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dan rendah. Ini menyebabkan terdapat
beberapa murid yang lemah menghadapi sedikit keciciran di dalam proses pembelajaran
berbanding rakan-rakan lain.
Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid saya tidak
menghadapi keciciran. Di sini saya memfokuskan kepada masalah beberapa orang
murid dari kelas Tahun Satu Bestari iaitu tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk,
bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan
saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar dibaca. Antara kesilapan
gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang
pensel yang tidak betul, saiz perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan
yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.
Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan
dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Levine
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.
Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang berharga dalam kehidupan
seseorang. Oleh itu, guru di sekolah memainkan yang penting untuk membaiki tulisan
murid. Guru harus mengajar murid cara menulis dengan kaedah atau teknik yang betul.
Justeru, saya berfikir bagaimana cara untuk membantu murid Tahun 1 ini agar dapat
menulis dengan teratur dan kemas. Kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa (2005)
yang bertajuk “Kemahiran menulis secara kaedah ansur maju” menunjukkan bahawa
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
3 | M u k a s u r a t
mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansur
maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur serta
kurang melakukan kesilapan. Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan kaedah
ansur maju dalam membaiki tulisan murid-murid Tahun 1 Bestari agar menjadi kemas
dan teratur.
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
3.1 FOKUS KAJIAN
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, namun
untuk kajian tindakan ini, saya hanya akan memfokuskan kepada masalah tulisan yang
tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Ia bermula apabila membuat ujian awal
semasa awal tahun persekolahan. Saya dapati murid-murid ini tidak mempunyai
masalah dalam bacaan tetapi bermasalah dengan tulisan. Ini kerana hasil ujian
mendapati keempat-empat murid ini berpotensi kerana mereka boleh membaca dengan
baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid.
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis
diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, saya merancang beberapa
tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka. Saya merangka
beberapa tindakan berdasarkan pembacaan saya mengenai cara perbaiki tulisan
melalui kajian-kajian terdahulu.
Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada empat orang murid Tahun 1 Bestari,
Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah, Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.
Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan murid terbabit sebelum pelaksanaan tindakan.
Tinjauan awal saya mendapati cara keempat-empat murid ini memegang pensel adalah
salah. Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk
tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-
kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan
memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan
kelemahan dalam koordinasi motor.
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
4 | M u k a s u r a t
Rajah 1: Tulisan salah seorang daripada empat orang murid yang menjadi sasaran
untuk kajian ini iaitu Mohd Ikmal.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat
tulis. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketiga memegang dan
menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus
ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata
pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Menurut Levine, semua ini adalah
faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang tidak cantik.
Postur badan dan penggunaan pensel yang kurang sesuai juga memainkan peranan
yang penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Menurut Sassoon
(1993) pula, beliau mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul dan menulis huruf
mengikut pergerakan yang betul. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah
menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk
melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang
cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan
seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara
yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi
perhatian membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
5 | M u k a s u r a t
3.2 TINJAUAN MASALAH
Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi
mengatasi masalah tulisan murid yang tidak kemas dan seperti cakar ayam. Masalah ini
dikenalpasti dalam kalangan murid Tahun 1 Bestari iaitu melibatkan dua orang murid
lelaki dan dua orang murid perempuan. Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah
ansur maju secara berulang kepada keempat-empat murid berkenaan.
Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya telah menggunakan
beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar
wujud. Alat kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah:
Pemerhatian
Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku
dalam bilik darjah dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian
merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat
secara berstruktur dengan menggunakan senarai semak supaya lebih mudah
untuk dianalisis. Saya melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan murid
dalam buku latihan mereka, cara mereka memegang pensel dan postur duduk
mereka.
Analisis pemerhatian adalah seperti berikut:
Masalah Murid A
(Ikmal)
Murid B
(Shamil)
Murid C
(Rahayu)
Murid D
(Norhidayah)
1. Postur badan
2. Cara pegang pensel
3. Tulisan sukar dibaca
4. Perkataan terlalu rapat
dan condong
5. Tulisan bersepah
6. Huruf terlalu dekat
7. Huruf besar dan kecil
bercampur dalam satu
perkataan
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
6 | M u k a s u r a t
Didapati, murid A, B, C, dan D mempunyai masalah dalam ketujuh-tujuh masalah
yang disenaraikan dalam borang tersebut.
Temubual Semi Berstruktur
Saya menjalankan temubual semi berstruktur terhadap guru mata pelajaran
untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tersebut
dan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam berkenaan isu atau masalah.
Temubual semi struktur adalah jenis temubual di mana soalan-soalan telah
dibentuk terlebih dahulu untuk digunakan sebagai panduan semasa proses
temubual. Penemubual bebas untuk mengemukakan soalan-soalan lain yang
tiada dalam set soalan sedia ada. Oleh demikian boleh dikatakan bahawa,
temubual semi struktur terletak antara temubual berstruktur dan temubual tidak
berstruktur (Choong Lean Keow, 2011). Transkripsi temubual boleh dilihat pada
bahagian lampiran.
Penelitian dokumen
Penelitian dokumen digunakan untuk meneliti latihan yang dilakukan oleh murid.
Cara ini digunakan untuk menyokong dapatan sedia ada yang telah diperoleh
melalui alat kajian lain. Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan
item senarai semak.
Latihan menulis dalam buku garis tiga
Baik Sederhana Lemah
Murid A
Murid B
Murid C
Murid D
Didapati bahawa hanya murid C (Rahayu) sahaja yang dapat membuat latihan
penulisan menggunakan buku garis tiga berada di tahap sederhana manakala
murid A, B, dan D masih berada ditahap lemah (tulisan tidak cantik dan sukar
dibaca)
3.3 ANALISIS MASALAH
Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, saya menggunakan teknik
pemerhatian, temu bual dan penelitian dokumen. Melalui pemerhatian saya
mendapati terdapat empat orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
7 | M u k a s u r a t
tulisan yang tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Dalam kajian ini, saya
menggunakan foto sebagai alat pemerhatian.
Seterusnya teknik temubual digunakan untuk mendapatkan data kualitatif.
Temubual kualitatif merujuk kepada temubual di mana pengkaji mengemukakan
soalan-soalan terbuka kepada seseorang, merekod jawapannya, membuat
transkripsi dan akhirnya menganalisis data tersebut. Penelitian dokumen pula
saya gunakan untuk melihat perbezaan dan peningkatan sebelum dan selepas
kajian dijalankan. Penelitian dokumen melibatkan hasil tulisan murid yang
bermasalah dalam tulisan mereka dan boleh dilihat dalam buku latihan mereka.
Kesimpulannya, saya telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-
murid khususnya yang berkaitan dengan tulisan yang tidak cantik dan tidak
kemas serta sukar dibaca dan empat orang telah dikenalpasti iaitu dua orang
lelaki (Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil) dan dua orang perempuan (Rahayu
dan Norhidayah). Saya juga telah mengenalpasti punca masalah dan memilih
kaedah ansur maju untuk mengatasi masalah mereka.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
4.1 Objektif Kajian
Kajian dilakukan untuk memastikan empat orang murid Tahun 1 Bestari ini mampu
memegang pensel dengan betul semasa menulis dan memperbaiki tulisan mereka agar
lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.
4.2 Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Adakah latihan penulisan menggunakan kaedah ansur maju secara berulang
dapat memperbaiki kekemasan tulisan empat orang murid Tahun 1 Dedikasi?
5.0 KUMPULAN SASARAN
4 orang murid Tahun Satu Bestari, Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah,
Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
8 | M u k a s u r a t
6.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Selama beberapa minggu saya mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 Bestari, saya
mendapati empat orang pelajar kelas ini tidak dapat menulis dengan kemas dan teratur
lebih-lebih lagi dalam menghasilkan tulisan cantik. Ini mungkin disebabkan mereka tidak
didedahkan tentang teknik dan strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut
Sassoon (1993), guru kurang memberi penekanan pengajaran menulis di kelas
khususnya dari segi cara memegang alat tulis dengan betul, menulis perkataan
mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz perkataan dan menentukan ruang
antara perkataan. Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu
punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Tulisan amat penting dan
merupakan asas sesuatu pelajaran. Ia merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada
seseorang murid.
Kaedah penulisan menggunakan ansur maju adalah inspirasi yang saya peroleh
daripada kaedah yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005) dan Norizan Binti Esa
(2005). Tiong Houng Ching telah menjalankan kajian terhadap pelajar Tingkatan
Peralihan yang masih belum boleh menulis dengan teratur dan kemas dalam buku
latihan dua garisan. Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa
langkah bagi membantu murid-murid menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.
Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.
Langkah 1:
Saya menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja
sebanyak 180°. Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu
tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas meja semasa menulis.
Langkah 2:
Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul. Pensel
dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2.
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
9 | M u k a s u r a t
Rajah 2. Cara betul memegang pensel.
Langkah 3:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku
latihan yang sesuai dan selesa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.
Rajah 3. Kedudukan tangan dan buku semasa menulis.
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
10 | M u k a s u r a t
Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian,
saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki
mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.
Langkah 4:
Murid-murid menulis perkataan secara ansur maju dan berulang menggunakan buku
penulisan murid yang bergaris tiga. Contoh latihan tulisan yang diberikan adalah seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 4.
Rajah 4. Contoh latihan tulisan cantik untuk ayat.
Setelah mengajar dan membiasakan murid dengan beberapa langkah yang saya
terangkan tadi, saya memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari
semasa ke semasa. Latihan-latihan penulisan murid dikumpul dan dianalisis unstuck
melihat kekemasan dan kecantikan tulisan murid-murid (rujuk lampiran).
Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang saya akan gunakan untuk menghasilkan
data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku
dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa akan
saya gunakan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur
dan bukti dokumen.
Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk mengkaji
dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya, dalam pemerhatian,
saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapat maklumat serta
untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat
merapatkan diri dengan empat orang murid tersebut di samping memerhati cara mereka
menulis.
Saya juga menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data. Saya telah
menemubual guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu lain mengenai tulisan keempat-
empat murid terbabit untuk mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Mereka
bersetuju dengan kajian ini dan menyokong cubaan kaedah ini dalam usaha saya
membaiki tulisan keempat-empat murid tersebut.
Selain itu, saya juga akan menemu bual keempat-empat murid tersebut tentang
keselesaan mereka menulis dengan postur badan dan cara mereka memegang pensel
dengan betul. Saya juga akan bertanyakan sama ada latihan berbentuk garis tiga
membantu mereka menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas.
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga akan memperolehi data
daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya
menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada
teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya saya akan analisis
untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh
untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini,
dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan (contoh tulisan murid sila
rujuk lampiran).
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
12 | M u k a s u r a t
8.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
Di sini saya akan menganalisis data berdasarkan perkembangan tulisan keempat-empat
murid tersebut selepas mereka dibiasakan dengan cara memegang pensel dan postur
badan yang betul semasa menulis serta menulis berpandukan latihan penulisan bergaris
tiga. Saya akan menggunakan borang penyemakan tulisan seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 1 untuk menyemak hasil tulisan mereka dari semasa ke semasa.
Tulisan Gred
Kecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai) Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai) Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai) Menyerupai huruf lain
Tarikh
Jadual 1: Borang penyemakan tulisan
Tulisan Gred A Gred B Gred C
Kecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai)
Baik. Penghasilan tulisan murid tidak mempunyai sebarang kecondongan
Sederhana. Penulisan yang dihasilkan murid sederhana kerana masih terdapat sebarang kecondongan dalam penulisan mereka.
Lemah. Keseluruhan hasil penulisan huruf murid condong dan terlalu condong.
Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai)
Baik. Perkataan-perkataan yang dihasilkan dalam penulisan tidak terlalu rapat.
Sederhana. Masih terdapat perkataan-perkataan yang ditulis terlalu rapat dalam sesuatu penulisan.
Lemah. Keseluruhan Perkataan-perkataan dalam sesuatu penulisan ditulis dengan rapat.
Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai)
Baik. Keseluruhan huruf-huruf yang dihasilkan dalam satu penulisan tidak mempunyai sebarang huruf-huruf yang terlalu dekat dan mempunyai jarak yang sesuai diantara huruf-huruf.
Sederhana. Masih terdapat huruf-huruf yang ditulis terlalu dekat dalam sesuatu penulisan.
Lemah. Keseluruhan huruf-huruf dalam sesuatu penulisan ditulis terlalu dekat.
Huruf menyerupai huruf lain
Baik. Tiada sebarang huruf yang menyerupai huruf lain dalam sesuatu penulisan
Sederhana. Masih terdapat huruf yang menyerupai huruf lain dalam sesuatu penulisan.
Lemah. Keseluruhan huruf dalam sesuatu penulisan selalu dan kerap diulang kesalahannya dalam sesuatu penulisan.
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
13 | M u k a s u r a t
Jadual 2: Kriteria pemberian gred.
Penyemakan tersebut berdasarkan kriteria pemberian gred seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 2 di atas. Selain itu, saya juga menganalisis kandungan temubual yang
telah saya jalankan.
9.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
9.1 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN / CARTA GANTT
Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian
penyelidkan tindakan.
9.2 KOS KAJIAN
Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini ditunjukkan pada
jadual kos kajian di bawah.
BIL. AKTIVITI TARIKH
PELAKSANAAN
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data
tinjauan awal
30 Julai 2012 – 3
Ogos 2012
2 Menentukan objektif / soalan kajian 4 Ogos 2012
3 Merancang tindakan 6 Ogos 2012 – 8
Ogos 2012
4 Melaksanakan tindakan 9 Ogos 2012 – 17
Ogos 2012
5 Menganalisis tindakan 18 Ogos 2012 – 19
Ogos 2012
6 Membuat refleksi 20 Ogos 2012
7 Menulis laporan kajian 21 Ogos 2012 – 31
Ogos 2012
8 Pembentangan dapatan kajian 1 September 2012 –
2 September 2012
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
14 | M u k a s u r a t
10.0 RUJUKAN
Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,
Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Levine, M. D. (1994). Educational care: A system for understanding and helping children
with learning problems at home and in school. Cambridge, Massachusetts:
Educators Publishing Service, Inc.
Noraini Binti Ombi (2009), Jurnal Kertas Kerja Kajian Kes ke atas Kekemasan Tulisan
Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Institut Pendidikan
Guru Kampus Bukit Lintang.
Norizan Binti Esa (2005), Jurnal Kemahiran Menulis Secara Kaedah Ansur Maju.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosinah Edinin (PhD), (2011) Cetakan 2012. Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan
Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA
SEUNIT JUMLAH KOS
1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00
2 Printer Cartridge x RM 125.00 RM 125.00
3 Buku Kajian 1 x RM 17.00 RM 17.00
4 Fotostat bahan kajian RM 30.00
5 Buku catatan guru 2 x RM 2.00 RM 4.00
JUMLAH RM 193.00
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012
15 | M u k a s u r a t
Sasson, R (1983). The practical guide to childrens Handwriting. Great Britain: Thames
and Hudson.
Sasson, R (1983). Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thomas.
Mariayee A/P Suppiah (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk Dalam Bahasa
Malaysia Bagi Murid Tahun 1. Dimuat turun daripada