PERANCANGAN STRATEGIK LINUS 2013-20153.0 Model Perancangan
Strategik3.1 Analisis Persekitaran TOWS/COWS Matriks Dalaman
Luaran(S) KEKUATAN:
S1- Guru opsyen BI, BM dan Matematik mencukupi dan komited.
S2- Sokongan daripada pihak pentadbiran.
S3- Kemudahan ICT dan bahan bacaan Pusat Sumber(W)
KELEMAHAN:
W1- Guru kekurangan masa untuk membimbing murid yang lemah.
W2- Murid kurang beri tumpuan berminat (Bilangan ramai)
W3- PdP kurang menarik.
(O)PELUANG:O1- Sokongan PIBG
O2- Ibubapa dan rakan sebaya yang prihatin.
Strategi S + O
S1 + S2 +S3+ O2 Mempelbagaikan strategi PdP
Strategi W + O
W1 + O2Meningkatkan penguasaan Literasi Numerasi murid dengan
bantuan ibubapa dan rakan sebaya.
(C) Ancaman:C1- Latar belakang keluarga.C2- Kehadiran murid
kurang memuaskanC3 Komitmen ibu bapa tidak menyeluruh.Strategi S +
CS2 + C2Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu
bapaStrategi W + C
3.1.1 Senarai Strategi Yang DiJanaBil.Kod StrategiStrategi
1Strategi SOS1+S2+S3+O2Mempelbagaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran
2Strategi WOW1+O2Meningkatkan penguasaan Literasi dan Numerasi
murid dengan bantuan rakan sebaya dan ibubapa.
3Strategi SCS2+C2Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah
dengan ibubapa
3.1.3 Senarai Strategi Mengikut KeutamaanKeutamaanStrategi yang
telah dijana
1ST 1 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
2ST 2 Meningkatkan penguasaan Literasi dan Numerasi murid dengan
bantuan rakan sebaya dan ibubapa.
3ST 3 Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan
ibubapa
3.1.4 Penyesuaian StrategiMengikut Isu, Matlamat,Objektif, KPI
dan SasaranBidangIsu
StrategikMatlamatKPISasaranStrategi/Inisiatif
TOVETR
KurikulumRamai murid tidak menguasai Linus-Meningkatkan
penguasaan Literasi Bahasa Melayu Tahun 1.
-Meningkatkan penguasaan Literasi Bahasa Inggeris Tahun 1.
-Meningkatkan penguasaan Numerasi Tahun 1.
Peratus Pencapaian50%
58.3%
75%75%
75%
80%Mempelbagaikan strategi PdP
Meningkatkan Literasi dan Numerasi murid dengan bantuan rakan
sebaya dan ahli keluarga.
Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa
3.1.5 Pelan TaktikalStrategi 1Mempelbagaikan Strategi Pengajaran
dan Pembelajaran
Bil.Program/ProjekTanggungjawabTempohKos/sumberOutputKPIPelanKontigensi
1Bacalah SayangJawatankuasa LinusSepanjang tahun-Murid menguasai
kemahiran Literasi dan NumerasiBilangan murid menguasai LINUSKelas
Bimbingan Pemulihan dijalankan oleh guru matapelajaran
2Anak LINUSJawatankuasa LinusSepanjang tahun-Murid menguasai
kemahiran Literasi dan NumerasiBilangan murid menguasai LINUSKelas
BimbinganPemulihan dijalankan oleh guru matapelajaran
3.1.6 Pelan OperasiProjekTitian Perdana
MatlamatMeningkatkan Penguasaan Literasi dan Numerasi Murid
Tahun Satu, Dua dan Tiga.
ObjektifMeningkatkan Penguasaan Linus Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris .Numerasi Bagi Selepas Saringan 2 /2015.Tahun 1 - LBM
(55.3%) LBI (42.6%) Numerasi (53.2%)Tahun 2 LBM 87.9%), 76.9%),
Numerasi (93.4%)Tahun 3 LBM (93.4%), LBI (65.95) Numerasi
(93.4%)
TempohSepanjang Tahun
SasaranMurid Tahun 1,2 dan 3
LANGKAHPROSES KERJATANGGUNGJAWABTEMPOHSTATUS /PELAN
KONTIGENSI
1-Mesyuarat Jawatankuasa kerja program-Menetapkan tarikh
program-Bincang kos dan sumber.-Penentuan guru-guru
pembimbing.-Bentang kertas kerja-Melantik AJK/Agihan tugas-Hal-hal
lainPenyelaras Program, Guru-guru tahun 1,2 dan 3 dan Ketua Panitia
matapelajaran yang terlibat.1 hari
2Jadual ProgramPenyelaras Program1 hari
3Penyediaan tempat dan peralatan.Bahan Bacaan Pemulihan.Kad
huruf/perrkataanKad Angka/matawangSet Buku Bacalah Sayang
Guru terlibat2 hari
4Pelaksanaan program pada setiap Rabu (Hari Ko
Kurikulum).Menyediaka jadual masuk kepada guru yang terlibat dengan
program.Jawatankuasa pelaksana dan guru matapelajaran
PK PentadbiranBermula pada 4/2/2015Pemulihan oleh guru
matapelajaran dalam kelas waktu bermula 7.10 -8.10 pagi.
5Penilaian dan pelaporan KPI:Bilangan yang menguasai LINUS
Saringan 2.Bilangan yang tidak menguasai K1 - K2Bilangan yang tidak
menguasai K3-K12Jawatankuasa kerja dan guru-guru
matapelajaran.Saringan 2( 2015)
(Kelas Tahun 1,2, dan 3)
3.1.7 Pelan Operasi ProjekAnak Linus
MatlamatMeningkatkan Penguasaan Literasi dan Numerasi Murid
Tahun Satu
ObjektifMeningkatkan Penguasaan Linus Tahun 1 Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris ke 75%.Meningkatkan Penguasaan Numerasi Tahun 1 ke
80%
Tempoh2 Minggu
SasaranMurid Tahun 1
LANGKAHPROSES KERJATANGGUNGJAWABTEMPOHSTATUS/PELAN
KONTIGENSI
1Mesyuarat Jawatankuasa kerja programMenetapkan tarikhBincang
kos dan sumber.Penentuan guru-guru pembimbing.Bentang kandungan
penting kertas kerjaTaklimat kepada guru pembimbing/Agihan tugas
dan Hal-hal lainPenyelaras Program, Guru-guru tahun 1 dan Ketua
Panitia matapelajaran yang terlibat.1 hari
2Jadual ProgramPenyelaras Program1 hari
3Penyediaan fail dan rekod bimbingan.Instrumen saringan
linus.Guru Pembimbing dan Penyelaras program.2 hari
4Pelaksanaan dijalankan mengikut kesesuaian masa guru
pembimbing.Jawatankuasa pelaksana2 mingguMurid akan ikuti pemulihan
dalam kelas ikut jadual biasa.
5Penilaian dan pelaporan KPI:Bilangan yang menguasai LINUS
saringan 3.Bilangan yang tidak menguasai K1 - K2Bilangan yang tidak
menguasai K3-K12Jawatankuasa kerja dan guru-guru
matapelajaran.November 2013
3.2 Latarbelakang LinusSatu daripada National Key Result Area
(NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah semua murid
berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali
murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme
untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak.
Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid
yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya
intervensi dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai,
mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan
supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas
Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan
rendah. Program LINUS 2.0 pada tahun 2013 diperluaskan supaya
meliputi Bahasa Inggeris selain Bahasa Mealaysia dan Matematik yang
telah dijalankan sejak 2010. Setiap murid Tahun 1akan disaring
sebanyak dua kali setahun bagi memastikan kemajuan mereka dalam
Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik.3.3 Perbezaan Linus
dengan Linus 2.0LINUSLINUS 2.0
Murid disaring 3 kali setahunMurid hanya disaring 2 kali
setahun
Murid arus perdana tiadak perlu disaringSemua murid akan
disaring walaupun sudah memasuki arus perdana.
Penilaian ke arus perdana lebih mudahMurid perlu melepasi 8
Konstruk untuk Literasi dan 10 Konstruk untuk Numerasi untuk ke
arus perdana.Murid perlu melepasi 12 konstruk Litterasi dan
Numerasi untuk ke arus perdana.
Hanya Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi MatematikLiterasi
Bahasa Malkaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi
Matematik
LINUS 2.0 diwujudkan dalam Makmal GTP 2.0 pada Mei 2012 dan
dijelmakan didalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) di
bawah Pelan Tindakan untuk mewujudkan penguasaan bahasa secara
meluas. Setelah LINUS 1.0 membawa hasil yang memberangsangkan maka
LINUS 2.0 dibentuk dengan tujuan meningkatkan literasi Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid sekolah disamping memberi sokongan
tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah literasi
Bahasa Inggeris setara dengan rakan lain dalam arus perdana.Lembaga
Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan
Instrumen Saringan.Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk
mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas
Literasi dan Numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah di Malaysia.3.4 Agensi-agensi Utama3.4.1 Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi
urusetia utama program LINUS dengan membina, mencetak, dan
mengedarkan Modul Guru dan Modul Murid.3.4.2 Lembaga Peperiksaan
bertanggungjawab membina instrument dan melaksanakan Saringan
Baseline dan Saringan ke 2 di seluruh negara di mana guru-guru di
sekolah menjalankan saringan.Data yang diperolehi dianalisis oleh
Lembaga Peperiksaan untuk menentukan pencapaian.Bahagian Pendidkan
Guru menyediakan modul latihan untuk Jurulatih dan Guru. BPG juga
bertanggungjawab melatih Jurulatih, Guru dan FasiLINUS.3.4.3
Bahagian Pendidikan Sekolah Harian menyalurkan maklumat kepada
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Negeri dan
sekolah.3.4.4 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pula memainkan
peranan menjalankan pemantauan program ini berjalan dengan lancar
dengan menentukan kualiti saringan diperingkat sekolah supaya
setiap saringan yang dijalankan menggambarkan kedudukan yang
sebenar.
3.5 Agensi PelaksanaDi peringkat negeri Jabatan Pendidikan
Negeri melantik Jurulatih Utama LINUS 2.0 dan menjalankan
pemantauan serta penyeliaan di peringkat negeri. Pejabat Pendidikan
Negeri pula membantu guru-guru di sekolah merancang, memantau,
menyelia dan menilai program LINUS di peringkat daerah. Sekolah
merupakan agensi pelaksana yang paling penting memainkan peranan
melaksanakan program dan membina hubungan dengan ibu bapa, komuniti
serta NGO untuk melaksanakan Saringan LINUS dengan jayanya.3.6
Instrumen SaringanInstrumen Saringan Literasi dan Numerasi
(Literacy dan Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk
berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan
definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama.
Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman
kandungan.
3.7 Konstruk Bahasa Melayu12 Konstruk Yang diUkur Dalam Saringan
Literasi Bahasa MelayuKonstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis
huruf vokal dankonsonan.Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis
suku kata terbuka.Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis
perkataan suku kataterbuka.Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan
menulis suku kata tertutup.Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan
menulis perkataan suku kata tertutup.Konstruk 6 : Keupayaan membaca
dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
ngKonstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi diftong.Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis
perkataan yang mengandungi vokal berganding.Konstruk 9 : Keupayaan
menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
ergabungKonstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
berimbuhanawalan.Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat
mudah.Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat
berdasarkan bahan rangsangan.
3.8 Konstruk Bahasa Inggeris12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM
SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERISConstruct 1: Able to identify and
distinguish shapes of the letters of the alphabetConstruct 2: Able
to associate sounds with the letters of the alphabetConstruct 3:
Able to blend phonemes into recognizable words and segment words
intophonemesConstruct 4: Able to understand and use the language at
word levelConstruct 5: Able to participate in daily conversations
using appropriate phrasesConstruct 6: Able to understand and use
the language at phrase level in linear textsConstruct 7: Able to
understand and use the language at phrase level in non-linear
textsConstruct 8: Able to understand and use the language at
sentence level in linear textsConstruct 9: Able to understand and
use the language at sentence level in non-linear textsConstruct 10:
Able to understand and give simple instructions and directions with
guidanceConstruct 11: Able to read and understand sentences with
guidanceConstruct 12: Able to construct sentences with guidance
3.9 Konstruk Numerasi
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASIKonstruk 1 :
Keupayaan pra nombor dan mengenal angka.Konstruk 2 : Keupayaan
membilang.Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nomborKonstruk 4 :
Keupayaan membuat seriasi.Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang
Malaysia.Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu.Konstruk 7 :
Keupayaan mengendalikan operasi asas.Konstruk 8: Keupayaan
mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia.Konstruk 9
: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan
isipadu.Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat
matematik dan sebaliknya.Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada
nombor bulat.Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan
ukuran panjang.
3.10 Kajian LiteraturMurid murid yang gagal dalam ujian saringan
LINUS dikenalpasti sebagai murid-murid pemulihan yang perlu
dibimbing oleh seorang guru pemulihan yang berpengalaman dalam
bidang beliau. Murid-murid pemulihan ini memerlukan kaedah
pengajaran pembelajaran yang lebih berfokus seiring dengan
keupayaan kognitif mereka kerana mereka tidak dapat memahami dan
mengikuti isi kandungan pelajaran dengan cepat seperti rakan mereka
yang lain namun mereka tidak tergolong dalam kumpulan murid yang
bekeperluan khas.
One of every six students that are in the classroom today has
been classified as slow learners. Usually, this type of child is
very difficult to recognize. Slow learners are students with below
average cognitive abilities who are not disabled, but who struggle
to cope with the traditional academic demands of the regular
classroom According to research, the difference between the slow
learner and other mainstream students is that their intelligence is
usually only 75%-90% of other students their age. Their maximum
mental age ranges from about 11 years to 13 1/2 years. They learn
at a rate which is 4/5 to 9/10 of normal, and they learn to read
approximately 1 year later than the majority of children
(Lowenstein, 1). Banyak pihak bersetuju bahawa kanak-kanak yang
lambat pembelajaran akan menunjukkan penguasaan yang lemah dalam
literasi dan numerasi namun mereka tetap berkebolehan untuk
menjalankan aktiviti sukan dan sosial seperti rakan sebaya mereka
yang lain. Pemikiran yang abstrak adalah sukar untuk kumpulan
kanak-kanak ini dan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dan
tidak yakin serta menunjukkan pencapaian yang rendah dalam semua
matapelajaran (Lowenstein, 1).
Lowenstein dan Dobson mengutarakan perkara yang sama mengenai
usia awal kanak-kanak yang perlu diberi perhatian yang mempunyai
hubungkait dengan pembelajaran yang aktif. Mereka menyatakan guru
harus sedari dari dapatan kajian dalam bidang ini bahawa,
kanak-kanak yang diabaikan dari aspek pembelajaran awal adalah
antara mereka yang menghadapi masalah pembelajaran apabila mereka
menghadapi pembelajaran formal.
There appears to be a critical period during the first three to
four years of life when the potential for intellectual growth must
be seized. There are enzyme systems in the brain that must be
activated during this brief window. If the opportunity is missed,
the child may never reach his capacity (Dobson, 1).
Pandangan dan kajian Dobson membuktikan bahawa kanak-kanak dalam
lingkungan umur 3 hingga 4 tahun perlu dilibatkan dengan aktif
dalam pembelajaran awal dan kegagalan berbuat demikian akan
menimbulkan masalah literasi pada kanak-kanak tersebut apabila
mereka memasuki alam persekolahan.
`Kerajaan sedar bahawa pendidikan awal adalah sangat penting
bagi kanak-kanak di seluruh negara maka dengan itu pra sekolah
telah menjadi salah satu daripada 5 sub NKRA yang yang diberi fokus
dalam NKRA Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidkan pada tahap awal
kanak-kanak maka perkara-perkara berikut diberi fokus:
Mengharmonikan sokongan kepada prasekolah kerajaan Penambahbaikan
kualiti guru dan pembantu guru di prasekolah kerajaan Memperluas
bilangan prasekolah khususnya di kawasan miskin bandar, luar bandar
dan pedalaman melalui perkongsian awam - swasta
Dalam fokus GTP 2 kerajaaan terus memantapkan penambahan
bilangan pra sekolah secara berterusan dan mengkaji semula
pemberian bantuan yuran dan geran permulaan kepada agensi swasta
dan kerajaan yang berhasrat menubuhkan pra sekolah. Disamping itu
penekanan kepada kualiti dengan membangunkan piawai kebangsaan pra
sekolah dan taska , serta meningkatkan kemahiran guru pra
sekolah.
Walaupun kerajaan sedang dan telah melaksanakan asas yang kukuh
dengan menyedari aspek pembelajaran kanak-kanak pada usia awal
mereka namun kita tidak terlepas dari murid-murid yang memasuki
pendidikan formal tanpa sebarang penguasaan yang kukuh dan
seterusnya tidak dapat mengikuti pelajaran seperti rakan sebaya
mereka yang lain. Maka dalam situasi ini LINUS memainkan peranan
yang penting dalam melakukan saringan diperingkat awal bagi
mengenalpasti murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dan lambat penguasaan dalam
Bahasa Melayu dan Matematik dan seterusnya LINUS 2.0 mulai tahun
2013 diperkenalkan dengan memberi penekanan kepada penguasaan
Bahasa Inggeris. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa
merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Usaha untuk mengenalpasti kebolehan dan kelemahan murid di
peringkat awal usia kanak-kanak merupakan satu usaha bijak kerajaan
dalam menangani isu-isu pendidikan, dan memantapkan kualiti
pendidikan di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kedudukan
kanak-kanak yang tidak menguasai literasi dan numerasi sering
menjadi cabaran yang besar kepada guru-guru yang terpaksa
bertungkus lumus melayan pelbagai tahap pengusaan murid dalam
satu-satu bilik darjah. Berikutan dari itu ramai juga murid yang
tercicir disebabkan oleh tumpuan yang kurang dan kesukaran
pengawalan murid yang sering berpunca dari murid-murid yang lambat
menguasai pembelajaran. Oleh kerana mereka tidak memahami dan tidak
dapat mengikuti pelajaran maka kanak-kanak ini hilang tumpuan dan
sering berinteraksi dan mengganggu rakan-rakan yang lain. Oleh yang
demikian kanak-kanak yang lambat menguasai pembelajaran haruslah
ditangani dengan strategi yang berbeza supaya perhataian mereka
dapat difokuskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Yahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks
dengan imaginasi pembaca. Keupayaan membaca merupakan suatu
kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik
iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca
dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang
mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi
dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya.
Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan
bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca.
Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek
yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis.
Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang
bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil
kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan.
Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu
kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.
Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan
menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid
dalam Bahasa.
Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama
lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan
kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan
konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan
menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid
sekolah rendah. Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri
dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan
murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis
(KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS).
Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi
murid-murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu.
Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat
membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid
tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang cerdas. Justeru,
guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat
menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat
menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh
sungguh. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada
guru dan sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid
yang bermasalah dalam pembelajaran. Guru sebagai pelaksana
kurikulum perlu terus berusaha membantu murid bermasalah dan
mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi
membolehkan hasrat kerajaan tercapai.
Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang
berlaku akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan literasi
murid. Sistem persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang
kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang
berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk
menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran
merupakan ketidak cekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek
kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid
semakin ketara antara mereka.
Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan
murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot.
Murid-murid ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma
amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan.
Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada
konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif,
kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah
emosi yang serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk
menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai
kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak
berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat
ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada
dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan
huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan
betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta
sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal
membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak
dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan
makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan
tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah
atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.
Dalam penguasaan Bahasa Inggeris khususnya kajian menunjukkan
bahawa latihan segmenting dan blendingdapat membantu murid murid
yang menghadapi masalah membaca diperingkat awal kanak-kanak.
Becoming phonologically aware prepares children for later
reading instruction, including instruction in phonics, word
analysis, and spelling (Adams, Foorman, Lundberg, & Beeler,
1998; Chard, Simmons, & Kameenui, 1998). The most common
barrier to learning early word reading skills is the inability to
process language phonologically (Liberman, Shankweiler, &
Liberman, 1989). Moreover, developments in research and
understanding have revealed that this weakness in phonological
processing most often hinders early reading development for both
students with and without disabilities (Fletcher et al., 1994).
Phonological awareness is a foundational ability underlying the
learning of spelling-sound correspondences (Stanovich, 1993-94).
Although phonological awareness appears to be a necessary condition
for learning to read (children who do not develop phonological
awareness do not go on to learn how to read), it is not a
sufficient condition. Adams (1990) reviews the research that
suggests that it is critical for children to be able to link
phoneme awareness to a knowledge of letters. Once beginning readers
have some awareness of phonemes and their corresponding graphic
representations, research has indicated that further reading
instruction heightens their awareness of language, assisting then
in developing the later stages of phonemic awareness mentioned
above. Phonemic awareness is both a prerequisite for and a
consequence of learning to read (Yopp, 1992).
KERTAS CADANGAN
PROGRAM PENINGKATAN PENGUASAAN LITERASI & NUMERASI
(LINUS)
SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEEPULAU PINANG2013
3.0ASAS-ASAS PERTIMBANGANMurid-murid tahun satu di sekolah ini
telah menjalani saringan LINUS sebanyak 2 kali seperti dijadualkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil daripada kedua-dua
saringan pihak sekolah mendapati bahawa penguasaan LINUS
murid-murid tahun satu tidak memberangsangkan berdasarkan isu-isu
berikut:1. Penguasaan LINUS masih tidak mencapai sasaran 75.00%
bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.2. Terdapat
murid yang belum menguasai K1 hingga K2 dalam saringan pertama dan
saringan ke dua 2013.
3. Murid yang menguasai konstruk bacaan tidak menguasai kontruk
dalam penulisan dan sebaliknya bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris menyebabkan mereka gagal melepasi saringan Linus.4.
Penguasaan yang lemah dalam 3M menyebab pencapaian band oleh
murid-murid tahun satu bagi subjek Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
dan Matematik adalah rendah.Data dipetik dari Portal LINUS NKRA
KPM(Tarikh kemaskini data 6hb April 2013)
MatapelajaranBil PelajarTidak Menguasai(K1-K2)Tidak menguasai
(K3-K12)BilanganMenguasaiPeratusMenguasai
Literasi Bahasa Melayu361416617.00
Numerasi36423925.00
Literasi Bahasa Inggeris36820822.22
MatapelajaranBil PelajarTidak Menguasai(K1-K2)Tidak menguasai
(K3-K12)BilanganMenguasaiPeratusMenguasai
Literasi Bahasa Melayu368101850.00
Numerasi36362877.78
Literasi Bahasa Inggeris368102158.33
Data saringan kedua dari Jawatankuasa Linus (Tarikh kemaskini
data 16hb Oktober 2013)
Berikutan dari situasi ini Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee
Pulau Pinang akan melaksanakan program peningkatan penguasaan LINUS
untuk membantu meningkatkan penguasaan murid-murid yang masih tidak
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira diperingkat tahun
1 selepas menjalani saringan kedua. Di samping menjadikan PdP lebih
menarik dengan penggunaan kemudahan ICT, murid-murid juga akan
dibimbing secara berfokus oleh guru-guru matapelajaran dan guru
pembimbing untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan
murid.
3.1OBJEKTIF1.Memastikan 75% murid melepasi saringan LINUS dalam
matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selepas menjalani
program intervensi dan saringan 3 pada penghujung bulan
Oktober.2.Memastikan 80% murid melepasi Matematik selepas Program
Intevensi dan saringan 3 pada penghujung bulan Oktober.
3.2KUMPULAN SASARANProgram ini akan melibatkan 18 orang murid
tahun 1 yang tidak melepasi saringan Linus yang kedua
2013.3.3JAWATANKUASA INDUK PROGRAMPengerusiHajah Arifah bt
AriffinNaib Pengerusi:En Talib bin Abdul RahmanNaib Pengerusi 2Pn
Hamidah bt HamzahNaib Pengerusi 3Pn Nagore Meerabee bt S.N
MasoothPenyelaras:En.Suddakar NarayananSetiausaha:Pn. Hashidawati
bt Hasan
Ahli Jawatankuasa:Ketua Panitia Bahasa MelayuKetua Panitia
Bahasa InggerisKetua Panitia MatematikGuru Pusat SumberGuru Bahasa
Melayu Tahun 1Guru Bahasa Inggeris Tahun 1Guru Matematik Tahun
1Guru Pemulihan KhasGuru Kaunseling
3.4KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM
3.4.1Anak LINUSProgram Anak LINUS akan dijalankan selama 60
minit setiap sesi pada setiap hari mengikut waktu lapang guru
pembimbing(Ibu/Bapa angkat). Murid LINUS(anak angkat LINUS)
diagihkan kepada guru pembimbing seramai 18 orang. Setiap Guru
Pembimbing akan membantu seorang murid LINUS. Bimbingan akan
dijalankan selama 2 minggu (10 hari) satu jam setiap sesi. Guru
pembimbing akan merekodkan kehadiran murid dan mencatatkan laporan
ringkas tentang perkembangan murid pada setiap perjumpaan.
Guru-guru pembimbing akan dibekalkan dengan modul saringan LINUS
satu dan dua untuk membantu murid secara berfokus berdasarkan
konstruk 1 hingga 12 untuk ketiga-tiga matapelajaran. Guru-guru
digalakkan menggunakan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap
murid yang boleh didapati dari Pusat Sumber atau menggunakan
bahan-bahan sendiri yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai
konstruk. 3.4.2Bacalah SayangGuru matapelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun 1 akan menggunakan buku Bacalah
Sayang, bahan video penguasaan phonics(Bahasa Inggeris) dan bahan
bantu mengajar matematik untuk membimbing semua murid LINUS
mengenal huruf, bacaan mudah dan asas matematik. Aktiviti
dilaksanakan dalam kumpulan kecil di mana guru akan menggunakan
bahan-bahan tersebut di atas untuk
membantu murid membaca, mengenali huruf, digit dan perkataan
nombor. Murid juga akan dibantu oleh rakan murid tahun 6 yang
dipilih khas untuk program ini. Guru-guru yang terlibat perlu
diberi pengecualian untuk memberi laluan kepada mereka menjalankan
program ini. (Jadual guru yang akan menjalankan tugas membimbing
murid akan disediakan oleh jawatankuasa program).
3.5 PERINCIAN PROGRAM PENGUASAAN LINUSMasa Aktiviti Bahan /
Peralatan
Bersesuaian dengan guru pembimbing1 jam setiap sesiAnak LINUS:
Murid dibawa oleh guru pembimbing untuk menguasai konstruk K1
hingga K12 dengan berpandukan instrumen yang dibekalkan secara
individu atau dalam pasangan.
Instrumen Linus 1 dan 2Bahan-bahan lain yang bersesuaian.
7.45 9.452 jamBacalah Sayang: Guru Bahasa Melayu Guru Bahasa
Inggeris dan Guru Matematik akan mengendalikan program di Pusat
Sumber mengikut jadual yang ditetapkan. Guru akan memberi fokus
kepada 1 matapelajaran setiap hari. Contoh: Isnin Bahasa Melayu,
Selasa-Bahasa Inggeris, Rabu Matematik, Khamis-Bahasa Melayu dan
Jumaat- Bahasa Inggeris. Latihtubi membaca dengan bantuan rakan
murid. Perkembangan murid direkodkan. Penguasaan murid adalah
dijalankan berperingkat. Penggunaan kemudahan ICT untuk
meningkatkan penguasaan. Bahan ABM matematik digunakan untuk
menguasai kemahiran. PdP disulamkan dengan permainan matematik
supaya lebih menarik.
Buku Bacalah Sayang Video Phonics
Software MBMMBI
ABM Matematik
3.6 JADUAL PELAKSANAAN
PROGRAMTarikh21.10.1322.10.1323.10.1324.10.1325.10.13
Pogram IntervensiAnak LINUS dan Bacalah SayangPogram
IntervensiAnak LINUS dan Bacalah SayangPogram IntervensiAnak LINUS
dan Bacalah SayangPogram IntervensiAnak LINUS dan Bacalah
SayangPogram IntervensiAnak LINUS dan Bacalah Sayang
Tarikh28.10.1329.10.1330.10.1331.10.0301.11.03
Pogram IntervensiAnak LINUS dan Bacalah SayangPogram
IntervensiAnak LINUS dan Bacalah SayangPogram IntervensiAnak LINUS
dan Bacalah SayangPogram IntervensiAnak LINUS dan Bacalah
SayangPogram IntervensiAnak LINUS dan Bacalah Sayang
3.7JADUAL KOSBilPerkaraPerbelanjaan
1Kertas A4 5 RimRM50.00
2Phototat Bahan dan InstrumenRM20.00
3.8 PENILAIAN PROGRAM Keberkesanan program ini akan dinilai
berdasarkan keupayaan meningkatkan penguasaan konstruk pada
Saringan Ketiga yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Program
dengan menggunakan Instrumen yang telah dibina berdasarkan kontruk
1 hingga 12 oleh setiap panitia matapelajaran yang terlibat.
3.9 PENUTUP DAN RUMUSANDiharapkan dengan kerjasama dan sokongan
padu semua guru dan jawatankuasa yang terlibat kita dapat mencapai
objektif yang disasarkan. Program ini dijangkakan dapat membantu
murid meningkatkan penguasaan setiap konstuk dan mensifarkan
bilangan murid-murid tidak menguasai K1-K2. Di samping itu program
ini dapat menarik minat murid kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran disamping menyediakan mereka mengikuti proses
pembelajaran yang berterusan. Program ini juga disyorkan supaya
dapat mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai LINUS
dikenalpasti pada peringkat awal tahun 2014 dan menjalankan
aktiviti/program intervensi yang perlu bagi melancarkan proses
PdP.
Disediakan oleh: Suddakar Narayanan
untuk kelulusan:
.............................................................
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee24