Agama Hindu Asal agama hindu berasal dari nama sungai Shidu ataupun Indus. Hindu berasal dari perkataan Him bermaksud peyiksaan dan Tu bermaksud berduka cita diatas penderitaan orang lain. Penganut hindu dan sarjana barat menegaskan bahawa hindu adalah agama yang tertua didunia. Hindu juga merupakan sebuah agama yang begitu kompleks dan bersimpang siur. Pelbagai mazhab, kitab pegangan yang ada di dalam ajaran ini. Seringkali disalah tafsir bahawa mereka adalah agama yang berunsurkan politeisme iaitu agama yang mempunyai banyak tuhan untuk disembah oleh mereka dan inilah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sarjana barat. Akan tetapi penganut agama hindu tegas menolak pendapat ini dan mengatakan tuhan mereka adalah satu iaitu Brahman. Hindu menjadi sumber asas bagi kewujudan agama lain pada abad ke-6 sebelum masihi iaitu agama Buddha dan Jainisme. Kedua agama ini bangkit dan menjadi pencabar kepada konsep asal dalam agama hindu itu sendiri. Hindu merupakan agama yang tiada pengasasnya dan ini disebut sebagai agama falsafah. Jesteru agama hindu digelar santana-dharma bermaksud tiada mula dan tiada akhirnya. Agama ini juga digelar sebagai dikenali sebagai usidika-dharma. Pada awalnya hindu dikenali sebagai Santana atau Dharma. Di Bali, Indonesia agama ini juga dikenali sebagai Hindu dharma. Walaupun terdapat banyak bijak pandai dan ahli sejarah di dalam agama mereka namun mereka sendiri tidak dapat mengungkai asal usul hindu itu sendiri.
18
Embed
Kepercayaan Agama Hindu Dan Pendangan Islam Terhadapnya
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Agama Hindu
Asal agama hindu berasal dari nama sungai Shidu ataupun Indus. Hindu berasal dari
perkataan Him bermaksud peyiksaan dan Tu bermaksud berduka cita diatas penderitaan
orang lain.
Penganut hindu dan sarjana barat menegaskan bahawa hindu adalah agama yang
tertua didunia. Hindu juga merupakan sebuah agama yang begitu kompleks dan bersimpang
siur. Pelbagai mazhab, kitab pegangan yang ada di dalam ajaran ini. Seringkali disalah tafsir
bahawa mereka adalah agama yang berunsurkan politeisme iaitu agama yang mempunyai
banyak tuhan untuk disembah oleh mereka dan inilah kenyataan yang telah dikeluarkan
oleh sarjana barat. Akan tetapi penganut agama hindu tegas menolak pendapat ini dan
mengatakan tuhan mereka adalah satu iaitu Brahman.
Hindu menjadi sumber asas bagi kewujudan agama lain pada abad ke-6 sebelum
masihi iaitu agama Buddha dan Jainisme. Kedua agama ini bangkit dan menjadi pencabar
kepada konsep asal dalam agama hindu itu sendiri. Hindu merupakan agama yang tiada
pengasasnya dan ini disebut sebagai agama falsafah.
Jesteru agama hindu digelar santana-dharma bermaksud tiada mula dan tiada
akhirnya. Agama ini juga digelar sebagai dikenali sebagai usidika-dharma. Pada awalnya
hindu dikenali sebagai Santana atau Dharma. Di Bali, Indonesia agama ini juga dikenali
sebagai Hindu dharma. Walaupun terdapat banyak bijak pandai dan ahli sejarah di dalam
agama mereka namun mereka sendiri tidak dapat mengungkai asal usul hindu itu sendiri.
Dalam bab seterusnya penulis akan membincangkan tentang sejarah, konsep
ketuhanan, kitab-kitab, mazhab-mazhab, konsep syurga dan negara, dan dewa dewi dalam
agama yang terlalu kompleks ini.
Sejarah agama Hindu
Secara ringkasnya penulis akan menggunakan rangka masa untuk menerangkan
perkembangan agama Hindu.
Rangka masa perkembangan agama Hindu
2500-1500 S.M ketamadunan Lembah Indus
1750-1200 S.M Puak Aryan berhijrah ke Asia Tenggara; Kitab Veda pertama ditulis
400 S.M kitab Veda telah lengkap
800-300 S.M Upanishads ditulis
200 S.M-200 M Bhagavad Gita ditulis
300 S.M, 300 M Undang undang Manu ditulis, sistem Kasta diformulasi
600-1600 bangkit kesedaran dan bantahan terhada sistem Kasta
788-820 Shankara mengorganisasi Vedanta
1510 penjajah Portugis menakluk Goa
1556-1857 kemayshuran Empayar Moghul
1700 Inggeris meluaskan taklukan di India
1774-1833 era Ram Mohan Roy
1836-1886 era Sri Ramakrishna
1869-1948 era Mahatma Gandhi
Abad ke-19 ramai penganut Hindu berhijrah ke luar India; banyak penganut India
memilih agama Buddha dan Kristian sebagai anutan
Abad 20-21 kebangkitan nasioanalis Hindu membangkitkan ketegangan antara
Hindu, Kristian dan Muslim
Konsep ketuhanan
Agama hindu menggunakan pelbagai konsep ketuhanan dalam kepercayaan mereka.
Antaranya adalah monoteisme, pantisme bahkan ateisme juga diamalkan dalam mazhab
tertentu. Sarjana barat mendakwa agama hindu secara jelas berlandaskan konsep
politeisme kerana terdapat pelbagai jenis penyembahan dalam agama ini. Akan tetapi
konsep ini ditentang keras oleh mereka dengan alas an bahawa mereka hanya menyembah
tuhan yang satu dan selainnya adalah sembah syukur kepada dewa dewa dewi meraka.
Secara asasnya tuhan yang disembah dalam agama ini bernama Brahman. Brahman mempunyai 3 sifatnya tersendiri iaitu Brahma(menciptakan) Vishnu(memelihara) shivu(melebur). Terdapat juga sifat keperempuanan yang diberi nama sakhti atau devi.
Monoteisme
Secara umumnya agama ini menyembah tuhan yang satu iaitu tuhan Brahman. Mereka
menganggap Brahman adalah tuhan yang esa, dialah awal dan akhir, dialah yang
menjadikan dunia dan melenyapkannya. Dialah penentu kehidupan di dunia. Bagi mereka
Brahman berada di mana mana. Semuanya mesti tunduk dibawahnya. Dalam konsep ini
dewa dianggap sebagai malaikat dan membantu tugasan tuhan Brahman.
Pantiesme
Konsep ini menekankan bahawa tuhan bersatu dengan segala ciptaannya dan ini diibaratkan
air laut dan garam. Dalam kitab Hindu iaitu Upanishad, tuhan dikatakan tidak mempunyai
jasad, tiada tempat tinggal dan tuhan itu tidak tinggal di syurga.
Ateisme
Ada juga sesetangah mazhab di dalam agama hindu tidak mempercayai kewujudan tuhan.
Mazhap samkhya adalah mazhab yang langsung tidak membicarakan tentang tuhan dalam
mana mana kitabnya. Kitab mereka hanya membincangkan tentang kelahiran purusha dan
prakirti dan lahirlah makhluk lain di dunia.
Politeisme
Barat menyatakan bahawa agama hindu merupakan agama yang memiliki banyak tuhan.
Akan tetapi, hal ini disangkal keras oleh penganut hindu. Menurut mereka perbuatan ini
adalah salah berdasarkan kitab pegangan mereka.
Mazhab dalam Hindu
Dalam penyembahan, Penganut hindu dibahagikan kepada beberapa mazhab ataupun
ajaran. Setiap mereka menyembah tuhan yang berlainan. Seperti diterangkan sebelum ini
apabila tuhan Brahman dipecahkan kepada tiga sifat ia digelar Isvara. Konsep ini digelar
trimurti. Penganut hindu menyembah diantara tiga sifat Brahman tersebut. Dalam
penyembahan mereka dikategorikan kepada beberapa mazhab seperti di bawah.
Shaivisme
Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga
dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan
penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil
dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu. Mereka juga memuja tuhan matahari iaitu
dewa Surya.
Vaishnavisme
Pemujaan dewa Vishnu merupakan amalan paling popular di kalangan orang Hindu kerana
Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia.
Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula dan ia diramalkan akan kembali hidup
semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama
adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna. Penganutnya
memakai abu suci berbentuk U di dahi.
Shaktisme
Mazhab ini menghormati kaum ibu. Mereka memujua dewa Sakhti iaitu permaisuri Dewa