Tuduhan Terhadap Perkahwinan Rasulullah Saw dan Jawapan
TerhadapnyaPoligami sudah wujud sebelum kedatangan Islam
1. Poligami ialah perkahwinan seseorang dengan lebih dari
seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami.
Pertama,seorang lelaki berkahwin lebih dari seorang wanita.Dan
kedua, seorang wanita yang berkahwin lebih dari seorang lelaki
(poliandri) // Kamus Dewan (2002),Edisi ke 3,Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kuala Lumpur. 2. Dalam Islam, poligami terhad hanya kepada
4 orang isteri diikuti dengan syarat dibenarkan; manakala poliandri
ditegah sama sekali. 3. Poligami bukanlah satu perkara baru di
dunia.Setiap kitab agama,ada menyentuh mengenai
poligami.Kitab-kitab seperti Veda, Ramayanan, Mahabharat, Geetha,
Talmud atau Bible ada menyentuh pasal poligami.Malah,kitab-kitab
ini tidak menghadkan jumlah isteri yang boleh dikahwini oleh
seseorang lelaki .Hanya kemudian, pendeta Hindu dan Gereja Kristian
membatasi jumlah isteri kepada satu . 4. Poliandri ( seorang
perempuan berkahwin dengan ramai lelaki ) biasanya diamalkan di
negara India dan juga Rusia.Melalui poliandri,seorang perempuan
boleh berkahwin dengan berapa ramai lelaki yang mereka
mahukan.Tetapi lelaki tersebut mestilah mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan si perempuan.Amalan ini sangat terkenal bagi
masyarakat India terutamanya di bahagian utara dan selatan.
5. Manakala poligami,perkahwinan begini telah diamalkan oleh
manusia sebelum kedatangan Islam lagi.Poligami telah berlaku di
beberapa negara seperti India ,Mesir ,China
,Jerman,Rusia,Swiss,England,Belanda,Austria,Denmark dan banyak
lagi.Maka,tidaklah wajar jika menuduh Islam adalah agama yang
menganjurkan poligami padahal ia telah pun diamalkan sejak sekian
lama .
Poligami masyarakat Arab di zaman Nabi1. Pada zaman Rasulullah
saw,poligami ialah perkara biasa bagi masyarakat di zaman itu.Malah
seorang lelaki boleh berkahwin dengan berpuluh-puluh orang
wanita.Perkara ini tidaklah janggal pada waktu itu tetapi janggal
pada waktu kini (kerana perubahan masa dan sosial masyarakat). 2.
Umpamanya,seorang sahabat Nabi yang bernama Qais Bin Tsabit ketika
beliau memeluk Islam,beliau mempunyai 8 orang Isteri,manakala
seorang lagi sahabat bernama Naufal Muawiyah pula memiliki 10 orang
isteri.Keadaan ini bukanlah pelik pada waktu itu kerana sudah pun
menjadi tradisi dan kebudayaan sejak sekian lamanya.
Isteri Nabi semua janda dan tua melainkan Aishah
1. Banyak kritikan dan fitnah telah dilemparkan oleh Orientalis
terhadap poligami Islam.Kononnya, poligami ialah perbuatan jenayah
dan kezaliman terhadap wanita. Menurut mereka,poligami menjadi
punca bertambahnya keturunan dan terabainya pendidikan
anak-anak.
2. Tuduhan-tuduhn ini menunjukkan,seolah-olah Islamlah
satu-satunya agama yang menganjurkkan poligami.Malah,mereka turut
mempersendakan Rasulullah Saw kerana berkahwin dengan ramai
wanita.Mereka juga menuduh Rasulullah menghadapi Pedophilia kerana
mengahwini Aishah yang masih kecil. 3. Nah,untuk menjawab persoalan
ini,editor sudah pun menyatakan, setiap perkahwinan Rasul ada sebab
untuk berlaku.Ia bukanlah perkahwinan suka-suka untuk memenuhi
tuntutan nafsu serakah.Perkara ini turut diperakui sendiri oleh
orang Barat yang bukan beragama Islam. 6. Caesar E. Farah telah
menulis seperti berikut: "In the prime of his youth and adult years
Muhammad remained thoroughly devoted to Khadijah and would have
none other for consort".Manakala seorang lagi professor dari pusat
penyelidikan agama yang bernama John L. Esposito, telah mengatakan,
hampir keseluruhan perkawinan Nabi Muhammad SAW mempunyai misi
sosial dan politik // Islam The straight Path, Oxford University,
1988
4. Berdasarkan kata-kata Caesar E.Farah,pendapat beliau memang
selari dengan sirah.Kalau ada dikalangan manusia yang menfitnah
Nabi sebagai orang yang gilakan seks,mereka perlu merenung kembali
sirah.Dengan siapa Nabi berkahwin buat pertama kalinya? 5. Tentunya
Khadijah yang jauh lebih tua daripada Nabi sebanyak 15
tahun.Kemudian isteri yang kedua,juga seorang yang sudah tua.Lihat
pula isteri-isteri baginda yang lain ,kesemuanya adalah Janda
kecuali Aisha seorang sahaja yang
perawan.Rasionalnya,seseorang yang mengalami kegemaran seksual
tidak akan memilih orang-orang tua ataupun janda sebagai pilihan
hatinya. 6. Selama 25 tahun perkahwinan Rasulullah Saw dengan Siti
Khadijah,baginda tidak pernah meminta kepada Siti Khadijah untuk
berkahwin lain.Padahal,di zaman itu adalah lumrah bagi masyarakat
Arab untuk berkahwin dengan ramai wanita. 7. Setelah Khadijah
meninggal dunia,baginda tidak terus berkahwin lagi.Setelah 5 tahun
kemudiannya,iaitu sekitar umur baginda 53 tahun,barulah Baginda
berkahwin lagi dengan wanita lain.Itupun dengan seorang wanita tua
berumur 65 tahun.!Justeru,tuduhan yang mendakwa Rasulullah Saw
sebagai seorang yang gilakan seks boleh dijawab menggunakan hujah
isteri Baginda yang pertama dan kedua sahaja.
Nabi berkahwin banyak ada sebab1. Selain itu,selaku Rasul yang
menjadi rujukan bagi seluruh ummat manusia,berkahwin lebih dari
seorang wanita mempunyai tujuannya sendiri.Setiap perkahwinan
Rasulullah Saw mempunyai motifnya samada bersifat politik ataupun
,bermotifkan sosial.Kesemuanya mengandungi tujuan yang mengandungi
unsur kemanusiaan,pendidikan,politik dan juga tasyri. . 2. Tidaklah
wajar para orientalis hanya mengkritik al-Quran.Sudahkah mereka
lupa,sebenarnya kitab Hebrew dan Bible juga ada menganjurkan
poligami?Tambahan pula,dalam kes Nabi Sulaiman As,baginda mempunyai
berganda-ganda jumlah isteri berbanding Nabi Muhammad Saw. // Bible
menyatakan Nabi Sulaiman berkahwin dengan 300 orang wanita secara
akad nikah,dan secara mutah dengan 700 orang hamba. Nabi Daud As
pula mempunyai 99 orang isteri. 3. Adakah perkara ini disedari oleh
Orientalis?Mengapa mereka terus menerus mencari kesalahan dan
keburukan rumah tangga Baginda?Kita mempunyai banyak hujah yang
bernas untuk menepis dakwaan-dakwaan salah mereka.Ya,kita ada
hujah.
FizikrMedia.com // Tuduhan terhadap perkahwinan Rasulullah &
jawapan terhadapnya