1
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015KAA3033 PENGURUSAN PUSAT
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN 2Tadika Berkualiti
DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A141PJJ)NO UNTUK DIHUBUNGI:
NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 15 November 2014
Isi kandunganBilIsi KandunganMuka surat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
Pengenalan
Keselamatan di luar taska
Keselamatan di dalam taska
Pemakanan/nutrisi
Kakitangan
Lokasi
Kurikulum
Pedagogi
Bahan Bantu Mengajar
Perancangan Tahunan
Penutup
Bibliografi
3 4
5 6
7 8
9 12
13 14
14
15 16
17 18
19 20
21
22
23
Pengenalan.Bagi tujuan tugasan 2 ini, saya memilih untuk
memfokuskan tadika dalam penulisan yang bertajuk Tadika
berkualiti.Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan
Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta
Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun pengurusan tadika boleh
difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari
4 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima
pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat
tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal
apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun. Menurut Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah didefinisikan
sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan
diperingkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan, bermakna dan mengembirakan dapat
membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap
positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal
dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003),
pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada
peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup
seseorang individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program
yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang
berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih
sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Program pendidikan
pra-sekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada era1950-an
dan berkembang dengan pesat bermula pada tahun 1960. Konsep
penubuhan tadika pada asalnya adalah bagi menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6
tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan memasuki ke alam persekolahan di peringkat
rendah. Program ini dirancang sebagai pendidikan untuk pertumbuhan
dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar lingkungan
keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar. Akta Pendidikan 1996
yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi
pendidikan tadika atau prasekolah. Pendidikan tadika atau
prasekolah telah dimasukkan kedalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan tadika bagi
kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Perubahan dasar
ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menumpukan
usaha untuk mengekal dan mempertingkatkan kualiti pendidikan
tadika. Selain itu, pendidikan tadika juga merupakan pendidikan
asas yang penting bagi kanak-kanak dalam perkembangan hidup
seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah. Ia
merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan menyemai
perasaan cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah dikalangan
kanak-kanak. Oleh sebab itu guru tadika perlu mempunyai pengetahuan
yang luas mengenai pendidikan tadika yang merangkumi aspek-aspek
perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran
pentadbiran pusat tadika dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
pendidikan tadika. Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak
terkawal menyebabkan pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum
digunakan dalam pendidikan tadika. Sehingga kini belum ada tanda
aras atau standard khusus yang sesuai dengan keperluan budaya dan
adat resam kita sendiri. Program yang sedia ada ialah program
pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan sistem Montessori atau
Regio Emilio atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar.
Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi
memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002,semua pusat
pembelajaran kanak-kanak sama ada diuruskan oleh Kementerian
Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Keselamatan diluar tadikaTaman PermainanSetiap tahun, anggaran
250,000 kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah di Amerika Syarikat
mengalami kemalangan di taman permainan dan memerlukan rawatan
kecemasan. Di Malaysia, dianggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di
taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan
kanak-kanak berumur di antara 5-9 tahun. Kemalangan yang kerap
dilaporkan melibatkan kawasan permukaan taman kanak-kanak. (Rujukan
: Kemalangan Epidemiology di Malaysia).Kemalangan kanak-kanak ini
boleh berlaku jika mereka jatuh di sebabkan peralatan permainan
dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada
kemalangan adalah di taman permainan. Kecederaan yang sering
berlaku ialah terhantuk , terlanggar peralatan permainan atau
rakan-rakan ,terluka atau tercalar ketika sedang bermain..
Peralatan permainan yang kerap dikaitan dengan kemalangan adalah
permaianan buaian, "monkey bars", gelungsor dan jongkang-jongkit.
Alat permainan diperbuat daripada bahan plastik boleh mengurangkan
risiko kecederaan. Sebagai tadika berkualitiu taman permainan
kanak-kanak mesti dijaga dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam
atau bergeriji,tiada tapak permukaan yang terbiar dan tiada
peralatan yang telah lusuh atau hilang. Besi, getah, plastik atau
kayu dipastikan diperkemas dan tidak mereput. Permukaan alatan
permainan diselenggara dengan baik dan bebas dari bucu-bucu tajam.
Semua peralatan dipasang selamat dengan permukaan tanah. Semua
peralatan sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar.
Ketinggian peralatan tidak lebih dari 8 kaki, dan jika lebih,
"guard-rails" (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang. Permukaan
untuk jatuh merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan
terutama di bawah dan di antara buaian atau gelungsor. Elakkan
permukaan yang dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan
tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah pasir yang mempunyai
kedalaman 10 inci atupun di alas dengan karpet yang diperbuat
daripada bahan fiber .Tandas Lantai di dalam tandas sentiasa bersih
dan kering. Guru dan pembantu sentiasa memastikan paip air, sinki
dan pam tandas berfungsi dengan baik. Tiada bahan-bahan pencuci
bertoksik yang disimpan di dalam tandas. Kanak-kanak disediakan
alas kaki yang sesuai untuk ke tandas agar kanak-kanak tidak jatuh
ketika di tandas. Saiz tandas yang bersesuaian dengan saiz
kanak-kanak boleh mengelakkan kecederaan. Kebersihan tandas
diutamakan sama penting dengan kebersihan di dalam bilik
belajar.Kaki limaKeselamatan di kaki lima juga tidak
diabaikan.Semua longkang adalah bertutup. Segala alatan yang rosak
diletakkan di kawasan yang berasingan dan jauh dari perhatian
kanak-kanak. Di kaki-kaki lima sebaiknya dielakkan meletakkan
pasu-pasu bunga yang mungkin akan mencederakan mereka apabila
terlanggar pasu-pasu yang ada. Kaki lima adalah bebas dari sebarang
benda yang dapat menghalang laluan.
Keselamatan di dalam tadika Susun atur barang dapurKanak-kanak
tidak dibenarkan masuk ke dapur kecuali dengan kebenaran guru atau
pembantu. Kawasan dapur adalah larangan bagi kanak-kanak. Ini
kerana kanak-kanak akan terdedah dengan peralatan-peralatan yang
merbahaya seperti periuk nasi, cerek yang panas , dapur gas dan
macam-macam lagi.Kanak-kanak diberikan pinggan mangkuk yang tidak
mudah pecah dan berkarat. Susunan pinggan mangkuk dan peralatan
dapur terutamanya alatan tajam seperti pisau perlu diletakkan di
tempat yang sesuai. Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak
boleh dicapai oleh kanak-kanak. Penghadang keselamatan di pasang
pada pintu dapur .Semua tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada
lantai dilap dengan bersih.
Pembahagian ruangSebenarnya ruang taska dan tadika mempunyai
asas yang sama dari segi pembahagian ruang. Perbezaannya adalah
keperluan mengikut tahap umur dan aktiviti yang dilaksanakan di
dalam premis. Pembahagian ruang yang dimaksudkan adalah ruang
aktif, ruang bising, ruang senyap, ruang kering, dan ruang basah.
Perlu juga difikirkan ruang untuk aktiviti kumpulan kecil dan
kumpulan besar. Ruang-ruang ini mempengaruhi susun atur aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sebelum menyusun atur ruang perlu
difikirkan keluasan ruang. Keluasan ruang mempengaruhi susun atur
ruang pembelajaran kanak-kanak.Bentuk keluasan ruang juga
mempengaruhi guru atau pengasuh yang mengajar. Contohnya, keluasan
ruang berbentuk empat segi sama menyukarkan untuk guru atau
pengasuh menyusun atur alat dan bahan pengajaran. Laluan trafik
antara ruang terhad jika keluasan ruang empat segi sama itu kecil.
Berlaku kesesakan pergerakan antara ruang aktiviti pembelajaran.
Peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu di tempatkan
mengikut kesesuaian ruang aktiviti pembelajaran. Tidak semua bahan
dan peralatan boleh dimuatkan di ruang aktiviti pembelajaran jika
keluasannya sempit. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
disesuaikan mengikut pembahagian ruang aktiviti pembelajaran. Jika
terlalu sempit guru terpaksa membuat giliran untuk menjalankan
aktiviti. Walau bagaimana pun guru mudah membuat pemerhatian dan
pengawalan tingkahlaku kanak-kanak di ruang berbentuk keluasan
empat segi sama. Guru dan pembantu memberi perhatian sepanjang masa
kepada kanak-kanak ketika aktiviti berkumpulan. Alatan yang
digunakan adalah tidak merbahaya. Contohnya gunting yang hujungnya
tidak tajam. Pintu utama dipasangkan jeriji agar kanak-kanak tidak
keluar sewenang-wenangnya. Peralatan tajam seperti pisau, gunting
dan lain-lain diletakkan di tempat yang selamat dan tinggi. Semua
perabot berbucu bulat yang lebih selamat digunakan. Semua peralatan
elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan tersusun rapi.
Terdapat peti pertolongan cemas yang lengkap dan baru. Susun
perabot adalah jauh dari tingkap,pilih perabot yang selamat seperti
bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca
Pemakanan /nutrisi
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk
merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang
sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan juga orang dewasa setiap
hari. Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan
sihat..Protein membina otot-otot. Badan kita tidak boleh menyimpan
protein, Oleh itu kita perlu mengambil protein didalam diet setiap
hari. Sumber-sumber protein adalah produk tenusu, daging, ikan,
telur dan kekacang. Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol"
kepada badan anda. Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi,
roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan bubur nasi. Lemak adalah
sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap
vitamin tertentu. Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang
dewasa kerana proses tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif
daripada orang dewasa. Ada lemak yang baik dan juga sebaliknya.
Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk kanak-kanak , gunalah
minyak zaitun atau minyak biji anggur.Mineral sangat penting untuk
saraf dan otot berfungsi dengan baik.Mineral-mineral yang perlu
adalah Zink yang terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk
bijirin,kalsium terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau
dan juga besi yang terdapat di dalam kebanyakan makanan seperti
daging, hati dan sayuran hijau. Walaupun ia terdapat dikebanyakan
makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang
cukup. Kita boleh memberikan kanak-kanak bijirin yang kaya dengan
zat besi untuk menampung keperluan zat ini pada kanak-kanak. Zat
besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan hadirnya vitamin C,
oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak
anda.Vitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan
umum. Vitamin A penting untuk kesihatan mata yang terdapat di dalam
mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu. Terdapat juga di
dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran. Vitamin
ini juga terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak
masakan.Kanak-kanak mengambil banyak sayuran dan buah-buahan di
dalam diet mereka seharian tidak perlu mengambil sebarang makanan
tambahan.Tetapi, berapa banyakkan hidangan yang perlu disediakan
daripada seksyen yang berbeza di piramid makanan. Mengikut model
pemakanan (plate model), 1/3 bahagian adalah untuk daging atau
ikan, 1/3 adalah untuk sayuran dan 1/3 adalah untuk pasta, nasi
atau kentang. Akhiri diet kanak-kanak dengan pencuci mulut atau
buah beri. Kepentingan mengikut peraturan makanan yang sepatutnya
ialah memastikan pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang
kepada kanak-kanak.. Ianya bagi menjamin tumbesaran yang sempurna
kanak-kanak dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek serta
mengelakkan penyakit. Amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang
dikalangan kanak-kanak juga meningkat. Disamping itu juga, ianya
dapat menyelaras dan menyelenggarakan pendidikan kesihatan
danpemakanan secara langsung dan tidak langsung dan juga
mengendalikan dan mengamalkan tabiat sopan santun, disiplin,
timbang rasa serta amalan-amalan murni yang berkaitan dengan
kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam
sekitar.Cara penyediaan makanan kanak-kanakPenolong guru tadika
yang berkualiti hendaklah menyediakan dan memasakmakanan dan
menghidangkan kepada kanak-kanak dengan mengikut peraturan yang
ditetapkan. Bagi kelas yang tidak dibenarkan memasak oleh Jabatan
Bomba dan Penyelamat atau pihak-pihak lain, pembekal makanan boleh
ditentukan seboleh bolehnya di kalangan ibu bapa kanak-kanak tadika
dengan memperolehi kelulusan dari Pejabat Perpaduan
Negeri/Daerah/Bahagian. Selain itu, oven/ketuhar boleh digunakan
bagi memanaskan makanan yang ditempah/dibekalkan, Penolong Guru
tadika bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan dalam proses
penyediaan dan pengendalian pemberian makanan kepada kanak-kanak
untuk mengelak keracunan makanan dan penyakit-penyakit
berjangkit.Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam
penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti
memilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis.
Elakkanpengambilan kolesterol secara berlebihan dengan caramemberi
kanak-kanak telur tidak lebih satu biji satu harisecara purata dan
memasak makanan laut tidak lebih dua kalidalam seminggu.Lebihkan
makan sayur-sayuran dan buah-buahan keranamakanan ini kurang
mengandungi lemak, mempunyai seratdan membekalkan vitamin dan
zat-zat yang sangat pentinguntuk kesihatan dan mencegah penyakit
kanser ataupunpenyakit kronik.Kanak-kanak perlu digalakkan supaya
tidak gemar kepadamakanan yang masin kerana makanan masin boleh
mendatangkan kemudaratan kepada mereka.Semasa hendak menyediakan
makanan pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu,gunakan apron
semasa memasak dan menyediakan makanan ,peralatan yang digunakan
berada dalam keadaan bersih ,sayuran dan buah-buahan hendaklah
dibasuh sebelum dipotong , menempatkan makanan di tempat yang
bersih dan tertutup,membersihkan ruang memasak,sisa makanan
hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat.Semasa
memasak, pastikan tukang masak berada dalam keadaan bersih.Untuk
mengekalkan khasiat makanan, jangan potong bahan mentah terlalu
kecil,mesti dipotong sejurus sebelum dimasak,ayam dan daging
dipotong sederhana besar,makanan yang hendak disimpan di peti sejuk
hendaklah diasingkan mengikut rasanya, tutup periuk atau kuali
semasa memasak dan gunakan air yang sedikit ketika merebus
makanan.
Bagi tujuan penjagaan kebersihan dan suasana semasa makan
pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan,
peralatan yang digunakan hendaklah bersih,kanak-kanak pula tidak
berkongsi peralatan dan makanan.Ruang makanan hendaklah kemas dan
bersih. Sebagai permulaan galakkan kanak-kanak membantu semasa
menyedia dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan.
Semasa kanak-kanak makan, guru dan pembantu guru sentiasa bersama
kanak-kanak untuk memastikan kanak-kanak makan dengan cara dan adab
yang betul.Selepas makan, galakkan kanak-kanak menggosok gigi
mereka.
Kakitangan PengusahaPengusaha tadika tidak sahaja menumpukan
kepada pembangunan fizikal. Bangunan kelihatan cantik tetapi
kurikulum dan guru yang mendidik kanak-kanak perlu diberi
perhatian. Sebelum menceburkan diri dalam perkhidmatan pendidikan
awal kanak-kanak persediaan melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan sangat diperlukan. Tidak memadai hanya dengan
menghadiri kursus sedangkan tanggungjawab sebenar adalah memikul
kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak
mereka sama ada di taska ataupun di tadika.
GuruKeutamaan terhadap kualiti sesebuah tadika salah satunya
bergantung kepada kualiti guru. Persediaan sebagai guru tadika
adalah melengkapkan diri dengan pendidikan dalam bidang yang
diceburi. Di negara maju kelayakan guru tadika telah jauh
meninggalkan kita. Ada di kalangan guru di negara maju pemegang
ijazah kedoktoran dan ramai yang pemegang ijazah sarjana.
Seharusnya pendidik di negara kita tidak selesa dengan keadaan
pengalaman sahaja. Tidak salah untuk meningkatkan keilmuan dan
sekurang-kurangnya jurang pemisah akademik dapat dikurangkan supaya
kita tidak ketinggalan jauh ke belakang.Seorang guru prasekolah
mesti berkelakuan baik dan berfikir dengan cara yang berbeza
daripada guru sekolah rendah. Guru prasekolah perlu mempunyai
keyakinan diri untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan,
kemahiran dan kepakaran dalam ilmu pengetahuan. Guru perlu
menunjukkan model yang baik .If we want them to treat ech other
with courtesy and dignity, then we must do the same to them. (
Betty 2004 )Guru mestilah melakukan perkara-perkara yang positif
seperti bercakap dengan lemah lembut,biar kanak-kanak tahu yang
guru memuji apa yang baik mereka lakukan dan beri ucapan salam atau
selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu supaya kanak-kanak
tahu mereka dihargai dan memang istimewa,guru menunjukkan cara adab
yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh duduk di atas meja atau
minum sambil berjalan. Jika disoal apakah kualiti guru yang
berkesan untuk kanak-kanak, tentu banyak jawapan yang diberikan. Di
antara kriteria yang penting ialah mudah didekati, peka, bertenaga,
jenaka, fleksibel, atau sabar (Feeney &Chun,1985, Katz,
1984).
Pembantu guru
Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi
ahli dan rakan sejawat kepada anda dalam melaksanakan
aktivitiaktiviti di prasekolah. Pengurus yang menentukan senarai
tugas yang perlu dilakukan setiap hari di tadika. Antara tugas yang
yang mesti dilakukan oleh pekerja adalah seperti mempastikan tadika
sentiasa bersih dan kemas di dalam dan di luar bilik darjah.
Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari selepas
kanak-kanak meninggalkan bilik darjah dan memasak makanan mengikut
menu yang anda ditetapkan pada setiap hari. Guru akan memastikan
makanan yang dimasaknya sentiasa bersih dan cara masak yang sesuai
dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan elakkan keracunan
makanan.
Lokasi Tadika perlu disediakan di setiap kawasan penempatan
iaitu satu tadika bagi setiap unit perumahan yang mempunyai lebih
kurang 2,500 orang penduduk. Lokasi Tadika dengan kawasan kediaman
adalah dalam jarak berjalan kaki 0.2 km hingga 0.4 km atau 5 minit
masa berjalan kaki.
KurikulumKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK)Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan merangkumi
aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang
universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan
kognitif,kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal dan kreativiti
dan estetika. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan memberi
penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasi sebagai usaha untuk
meningkatkan literasi murid dalam bahasa, kemahiran berinteraksi
dan komunikasi serta membina keyakinan murid untuk menghadapi
pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia. Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui
dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun.Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan
pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang
pembelajaran iaitu komunikasi , kerohanian, sikap dan nilai ,
kemanusiaan , Sains dan teknologi , Perkembangan fizikal dan
estetika dan juga ketrampilan diri. Perancangan dan penggubalan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan
wawasan negara. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana
pembelajaran yang selesa,selamat dan ceria dapat menggalakkan
naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta
memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak.
Kurikulum PERMATAKurikulum PERMATA telah dirancang dengan
mengambil kira semua aspek perkembangan seperti yang tersebut di
dalam definisi di atas dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan
kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Kurikulum PERMATA
menyediakan garis panduan kepada pendidik dan pengurus TASKA atau
Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), mengenai asuhan dan didikan awal
kanak-kanak bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini mencakupi
aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak, pengalaman
pembelajaran yang maksimum, kaedah asuhan secara holistik, panduan
merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, dan
mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa serta ahli keluarga dan
masyarakat. Kurikulum MontessoriKaedah Montessori adalah suatu
pencapaian untuk mendidik kanak-kanak berasaskan penyelidikan dan
pengalaman doktor dan pendidik Itali. Ia berpunca dari penemuan Dr.
Montessori (18701952). Dari apa yang di kaji sebagai "sifat biasa
benar kanak-kanak" ,kanak-kanak diberikan kebebasan dalam suatu
persekitaran dan bahan-bahan yang disediakan direka bentuk kearah
aktiviti belajar diarah sendiri.
PedagogiMenurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003),
dalam pendidikan prasekolah,kaedah yang selalu digunakan untuk
mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio iaitu rekod
proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses
pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan
portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari bagaimana
kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi
dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut
Surayah Zaidon (2003)lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah
merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan
memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program
prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan
sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh
kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu
fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu
kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga
keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio
yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan
kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan
kanak-kanak Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak
mempunyai repertoir tingkahlaku yang terhad untuk ditafsir dan
tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan
pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau
penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak
sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak berupaya menggunakan
bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran
yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang
guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei
kepada pelajarnya kerana penilaian berbentuk esei tidak boleh
membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan
memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya
dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea
dan bahasa kanak-kanak.Pendekatan seperti penggunaan portfolio
lebih sesuai dan praktikal untuk kanak-kanak prasekolah. Satu
kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak
mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika
perlaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat prasekolah.
Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada persediaan dan
perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai
semak dan rekod individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu
bapa lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif pelajar
seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga menyebabkan
aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti
perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh
perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang
berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka. Bagi melaksanakan
penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yang
cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Pencapaian dan
penilaian kanak-kanak di tadika berkualiti banyak menggunakan
kaedah penilaian semasa dan penilaian secara akademik melalui ujian
ujian yang ditaksirkan. Disamping melihat kepada perkembangan diri
kanak-kanak, perkembangan intelek juga diuji untuk menguji minda
serta kemahiran murid.
Bahan bantu mengajarBahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan
yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan
pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua
benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,
dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya .Terdapat tiga jenis
bahan bantu mengajar iaitu bahan bantu mengajar bukan
elektronik,bahan bantu mengajar berbentuk elektronikdan juga bahan
bantu mengajar bercorak pengalaman.Contoh Bahan Bantu Mengajar
Bukan Elektronikialahpapan tulis ,buku teks, papan pamer,.fail
tegak dan bahan bacaan,gambar,kad imbasan atau kad cantuman, carta,
grafik, papan pengajaran,model,boneka, dan diorama.Contoh bahan
bantu mengajar berbentuk elektronik pula ialah Overhead projector
(OHP),traspirensi,slide, radio,televisyen dan VCR,tayangan filem
dan komputer.Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari
alam sekitarBahan-bahan bercorak pengalaman adalah seperti lakonan,
pantomin, lawatan dan projek pameran.Ini dapat mengekalkan
keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkanmurid-murid
secara langsung.Bahan daripada alam sekitar yang dikelaskan sebagai
bahan tiga dimensi terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti bahan
bukan hidup seperti batu, tanah, pasir, air,dan logam.Bahan buatan
pula ialah seperti kerusi, jam, dan permainan.Benda hidup pula
adalah seperti ikan, katak, nyamuk, dan rama-rama.Pembelajaran
memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang
diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh
kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan
pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat
banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau
ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar diterima tidak akan
dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang
demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang
mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan
kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.Peranan guru tadika dalam
menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting.
Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu
mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak
memperkembang kecerdasan dan pengalaman. Bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau
mediayang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap
yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang
diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang
mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya
ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras
dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif
Pendidikan Negara secara keseluruhannya.Untuk menyediakan
bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan
pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut
sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan,
umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan
menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya
harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah
ditetapkan. Proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran mestilah mudah,jelasdandifahamiolehkanak-kanak,mesej
yang dapat ditafsir oleh kanak-kanak ,menolong interaksi yang aktif
antara pelajar dan guru,dapat membantumemokuskanperhatian murid dan
menunjukkankesinambunganideadankeharmonian.Kesemua bahan bantu
mengajar digunakan dalam pengajaran di tadika. Setiap kali
pengajaran bahan bantu mengajar akan dipelbagaikan untuk
mendapatkan kesan yang sempurna kedalam diri kanak-kanak tadika.
Bahan yang berbentuk ICT diutamakan untuk persediaan kepada era
yang lebih kepada bahan teknologi maklumat yang canggih.
Perancangan tahunanTadika yang berkualiti sentiasa peka dengan
takwim aktiviti yang telah dirancang dari mula hingga akhir
persekolahan. Perancangan aktiviti yang baik dan bermakna memberi
kanak-kanak pembelajaran serta pengalaman yang bermakna.Antara
aktiviti tahunan yang diadakan adalah bermula dari hari
pentaftaran, hari orientasi, hari sukan, sambutan hari jadi,
lawatan dan juga aktiviti sambutan mengikut perayaan
semasa.Perancangan yang baik menjadikan tadika tersebut berkualiti
dan mampu menarik minat ibu bapa yang lain menghantar ank mereka
ketadika itu lagi.
Penutup Sebagai tadika berkualiti, pelbagai jenis barang-barang
dan aktiviti yang menarik perlu disediakan, supaya kanak-kanak
tersebut dengan bebasnya boleh memilih aktiviti-aktiviti yang
mereka ingini, kerana sebagaimana yang diketahui, aktiviti-aktiviti
yang berbeza akan menarik minat kanak-kanak yang berbeza.
Barang-barang permainan dan lain-lain benda mestilah mencukupi dan
selamat kepada kanak-kanak. Benda-benda berbahaya seperti
objek-objek tajam mestilah disimpan jauh dari capaian
kanak-kanak.Sebagai tambahan, adalah perlu juga ruang yang
mencukupi untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas, kerana
kanak-kanak biasanya belajar dengan cepat melalui penjelajahan
benda-benda secara aktif di persekitaran mereka.Persekitaran luaran
juga sama pentingnya. Ia mestilah dipagar, selamat dan teduh,
supaya kanak-kanak dapat bermain diluar sekurang-kurangnya untuk
satu tempoh masa yang tertentu setiap hari. Persekitarannya
mestilah kemas dan bersih, dan rumput telah dipotong. Jika terdapat
beberapa jenis pokok dan tumbuhan yang ditanam, ia bukan sahaja
memberi keteduhan tetapi boleh juga membantu kanak-kanak tersebut
belajar mengenai alam sekitar.Perlu juga ruang yang cukup untuk
pelbagai jenis permainan pada yang dijaga dengan baik, yang mana
memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melatih kemahiran
fizikal masing-masing. Peluang untuk bermain pasir dan air juga
seharusnya ada, kerana ia juga memberikan pengalaman pembelajaran
yang baik.Semua aspek perlu diperhatikan dengan teliti. Aspek
keselamatan harus diutamakan untuk menjadikan suatu tadika itu
berkualiti.Jika salah satu aspek gagal dikendalikan dengan baik,
tadika berkualiti yang sepatutnya ada pada setiap tadika itu tidak
dapat dilabelkan kepada sesebuah tadika itu.
BibliografiDr. Irene Leow.(2012).Bagaimana Memilih Sekolah
Tadika yang Baik untuk Anak Anda:Bangi Selangor.Putri Zabariah,
Bustam Kamri, Raja Hamizah(2005).Tadika Berkualiti.Bentong,
Pahang:Penerbit PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Saayah Abu
(2007).Menjadi Guru Tadika: Bentong, Pahang.PTS Publication &
Distributors, Sdn Bhd.Rohaty Mohd Majzub(2003).Pendidikan
Prasekolah:Cabaran Kualiti.Selangor.Universiti Kebangsaan
Malaysia.Nadiatul Hamid (2012).Mendalami Karenah Kanak-kanak.Berita
HarianAshikin Hashim(November,2014) 7 Sifat guru tadika terbaik
yang ibubapa mahu.Majalah Asuh.