Top Banner
Jeritan Batinku
15

jeritan batin

Mar 23, 2016

Download

Documents

mohd shafiq bob

pusat racun
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: jeritan batin

Jeritan Batinku

Page 2: jeritan batin

Sayangnya rumput dipijak-pijakBunga yang mekar dibiar layuSelamatkan keadaan sebelum rosakDengarlah ini jeritan batinku

Dalam senyuman hatiku hibaBila mengenang suamiku tercintaKaulah tunggak harapan keluargaSayangnya kau pergi di usia muda

Siang malam kau gigih bekerja Bertemankan rokok yang terbukti bahayaRacun berbisa membakar dadaImpianku hancur kerana kanser

Sebagai seorang insan yang lemahKesal akibat tersilap langkah Harapan hanyalah kepada AllahUntuk dibebaskan tabiat yang salah

Ayah...Anakmu lemas separuh matiLelah terhidu asap rokok basiKasihanilah pada diriku iniBukankah aku zuriatmu sendiri

Anakku... Saat kelahiranmu amatku nantiSemua kehendakmu aku turutiMengapakah ini balasan kau beriRokok dan dadah yang kau cari

Dimanakah letaknya tanggungjawabTanpa segan silu menghembuskan asapWalaupun di tempat larangan menghisapUdara dicemar begitu biadap

Kepada pemimpin kami merayu Lepaskanlah rakyat dari belenggu Tanpa tembakau kita mampu majuMasa depan pun lebih bermutu

Debuan bunga ditiup sang bayuHinggap di mata si gadis jelitaMasalah rokok, masalah MelayuSama-samalah kita menanganinya-zz

Jeritan Batinku

2

Page 3: jeritan batin

Yang Berhormat, Tun, Tan Sri, Puan Sri, Dato’, Datin, Tuan, Puan dan saudara-saudari rumpun Melayu sekelian. Sedarlah bahawa merokok merosakkan kesejahteraan serta masa depan anak bangsa dan Negara kita. Bagi melindungi kepentingan bersama, kita amat memerlukan pelaksanaan satu undang-undang yang tegas untuk membendung gejala merokok.

Buku Jeritan Batinku ini ditulis dengan tujuan dan harapan agar ia dapat meningkatkan kesedaran tentang pelbagai isu dan masalah rokok yang kita alami.

Marilah kita bersama2 berganding bahu menyedarkan orang ramai akan bahaya rokok dan menyokong agar polisi kawalan tembakau yang mantap dibentuk bagi melindungi generasi ini dan masa depan.

3

Page 4: jeritan batin

KEMPEN JERITAN BATINKUBunga Tridax procumbens dengan nama tempatannya kancing baju atau orang-aring merupakan bunga kecil yang cantik berbentuk cawan. Ia boleh didapati di merata tempat dan tumbuh liar melata bersama rumput jalanan. Kehadirannya dalam kawasan taman peliharaan sering tidak disenangi dan keindahan rupanya tidak pernah dihargai. Namun ciptaan ini wujud dengan banyaknya di sekitar kita dan pohonnya sentiasa teguh menahan ancaman. Ia juga herba yang menyimpan khasiat sebagai ubatan contohnya untuk rawatan sakit perut.

Umpama Tridax yang hina maupun berciri mulia, kanak-kanak, anggota keluarga dan semua warga adalah insan yang dicipta sempurna. Namun hak kebanyakan mereka sering diketepi dan dicerobohi akibat ketagihan terhadap tembakau dan produk utamanya, rokok.

Renungkanlah sejenak dan fikirkan secara ikhlas.... Adakah adil sekiranya jeritan batin menentang ancaman rokok terhadap golongan majoriti ini hanya dipandang sepi?

4

Page 5: jeritan batin

KENALI ROKOKRokok ialah sejenis produk dagangan yang paling bahaya di dunia. Ia membunuh separuh daripada penggunanya. Namun begitu, ia merupakan dagangan yang sah di sisi undang-undang.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam Laporan MPOWER 5.8 juta perokok maut akibat merokok setiap tahun. Jumlah kematian dijangka meningkat kepada 8 juta menjelang tahun 2030, di mana lebih 80% kematian akan berlaku di negara membangun.

5

Page 6: jeritan batin

Kadar KematianDi dunia satu kematian setiap 5.8 saat

Menurut WHO, “Death Clock” bertarikh 12 Oktober 2012 mencatat 61,704,606 kematian akibat tembakau semenjak pengiraan dimulakan pada 28 Oktober 1999.

6

Page 7: jeritan batin

Impian dan Harapan Bersama

Pelancong yang mengunjungi Melaka dimaklumkan yang mereka kini memasuki bandaraya bebas asap rokok

Papan iklan anti-merokok yang menyatakan “Terima kasih kerana tidak merokok” di sepanjang jalan utama dan bangunan-bangunan awam.

Pengangkutan awam bebas asap rokok

Taman rekreasi, persisir pantai dan tempat riadah awam yang bebas asap rokok.

Kawasan bebas rokok di semua tempat- tempat awam tidak kira di dalam atau di luar bangunan adalah bebas dari asap rokok.

Malaysia sewajarnya mencontohi/ menyertai negara lain untuk mewujudkan bandar-bandar bebas asap rokok (smokefree cities).

22

.

Purata Kematian Akibat Merokok, 2005-2030

Sumber: Mathers CD, Loncar D. Projections of global mortality and burden of disease from 2002 to 2030. PLoSMedisine, 2006, 3(11): e442

Pura

ta Ke

mat

ian Ak

ibat M

erok

ok (j

uta)

Dunia

Negara Membangun

Negara Maju

2005 2010 2015 2020 2025 2030

Negara membangun masih di tahap awal epidemik.

Tembakau merupakan salah satu bencana terbesar terhadap kesihatan dalam sejarah manusia.

Terdapat banyak strategi yang telah dibukti berkesan bagi mengurangkan penggunaan tembakau.

Contoh intervensi yang terbukti secara saintifi k paling berkesan ialah Polisi Pengawalan Tembakau yang termaktub dalam Framework Convention on Tobacco Control (FCTC)/ Konvensyen Rangkakerja bagi Kawalan Tembakau.

Kum

ulat

if ke

mat

ian

akib

at te

mba

kau

(juta

)

Negara MembangunIntervensi AwalIntervensi Lewat

180

160

140

120

100

80

60

40

20

200

02005 2010 2015 2020 2025

Kesan Intervensi dan Pelabelan Pelbagai Polisi Komprehensif (2005-2030)

Intervensi lewat tidak banyak dapat menurunkan kadar kematian.

Intervensi awal dengan pelbagai polisi yang dilaksanakan secara sepadu menurunkan kadar kematian dengan banyak.

Rokok Membunuh

3

ROKOK MEMBUNUH

Tembakau merupakan salah satu bencana terbesar terhadap kesihatan dalam sejarah manusia.

Terdapat banyak strategi yang telah dibukti berkesan bagi mengurang penggunaan tembakau.

Contoh intervensi yang terbukti secara saintifik paling berkesan ialah Polisi Pengawalan Tembakau yang termaktub dalam FCTC*.

* Framework Convention on Tobacco Control (Konvensyen Rangka Kerja untuk Kawalan Tembakau)

7

Page 8: jeritan batin

PENYELIDIKAN SAINTIFIK TENTANG BAHAYA ROKOKROKOK: Kronologi Manipulasi &

Penipuan Syarikat Tembakau

1939

1980

2020

PERTAMBAHAN BUKTI BAHAWA MEROKOK PENYEBAB

Kanser Paru-paruSeorang ahli epidemiologi Jerman, Franz H. Muller,

membuktikan rokok menyebabkan kanser paru-paru.

1964Laporan US Surgeon General mengenai merokok dan kesihatan menyatakan bahawa “merokok adalah berbahaya kepada kesihatan dan tindakan pemulihan perlu diambil segera.”

Penyakit jantung, pelbagai kanser, penyakit sistem pernafasan….

1986 Laporan US Surgeon General: Akibat kesihatan asap rokok basi

1992 Laporan EPA: Kesan kesihatan sistem pernafasan perokok pasif: Kanser paru-paru dan penyakit lain yang berkaitan.

Kanser paru-paru & lain-lain penyakit dalam bukan perokok

2004 Monograf IARC: Asap tembakau dan asap rokok basi.

8

Page 9: jeritan batin

1939

1980

2020TEMBAKAUDALAM APA BENTUK SEKALIPUN ADALAH BERBAHAYA

1960

2000

TINDAKBALAS SYARIKAT TEMBAKAU

ROKOK BERPENAPIS DIPERKENALKAN

ROKOK RENDAH TAR, ‘LIGHT’ & ‘MILD’ BERADA DI PASARAN

PRODUK YANG KURANG BERBAHAYA (Rokok yang Kurang Bau dan Asap)

KEMATIAN

KEMATIAN

KEMATIAN

TERBUKTI

TERBUKTI

HINGGA TERBUKTI

SEBALIKNYA

PILIHAN PEROKOK apa yang mereka fikir tentang rokok ‘selamat’

Pada tahun 1975, lebih 80% perokok memilih untuk menghisap rokok berpenapis

Perokok yang menghisap rokok jenis ‘light’ dan ‘ultralight’ meningkat secara konsisten dari tahun 1970 hingga tahun 2000

9

Page 10: jeritan batin

7.)RAHSIA KANDUNGAN ROKOKDaripada kajian, sebatang rokok mengandungi lebih daripada 7000 bahan kimia dan apabila sebatang rokok dinyalakan ianya akan membebaskan:

NIKOTINRacun Seranggatoluene

Peluntur Industri

amoniaPencuci Tandas

Asid StearikLilin

KadmiumBateri

ButanaCecair Pemetik Api

Asid AsetikCuka

metanaGas Kumbahan

arsenikRacun

Karbon Moniksida

metanolBahanapi Roket

N 400-500mg asap N 90% nitrogen, oksigen, karbon monoksida

dan air N 4.5% pelbagai habuk halus (mengandungi

3,500 jenis bahan kimia) N 1.35% wap (yang mengandungi 400-500

sebatian kimia) N Lebih 50 bahan kimia yang menyebabkan

kanser

Sebahagian daripada bahan kimia ini:

N adalah toksik dan boleh membunuh,

N diharam atau dikawal penggunaannya,

N dikelaskan sebagai sisa berbahaya.

10

Page 11: jeritan batin

8.) Mengapa Rokok ‘Light and Mild’ Memperdayakan

Lubang pengudaraan berfungsi mencairkan asap rokok ketika diuji menggunakan mesin penguji dan memberikan nilai bacaan nikotin dan tar yang rendah.

Lubang ini akan tertutup dengan bibir dan jari perokok menjadikan jumlah tar dan nikotin yang dihisap sama seperti rokok ‘full-flavor’.

Lubang Pengudaraan

Langkah kerajaan memperkenalkan generasi kotak rokok baru dilihat sebagai satu usaha proaktif bagi mengelakkan orang ramai daripada terus diperdaya.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN HELAH SYARIKAT TEMBAKAU!

“Marlboro light” “Marlboro full-flavor”

11

Page 12: jeritan batin

9.)KESAN Rokok TERHADAP PEROKOKPenyakit-penyakit yang disebabkan oleh tabiat MERokokKanser Penyakit-penyakit Kronik

Sumber: U.S. Department of Health and Human Services. The health consequences of smoking: a report of the Surgeon General. Atlanta, U.S. Department of Health and Human Services, Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, Office on Smoking and Health, 2004 http://www.cdc.gov/tobacco/data_statistics/sgr/sgr_2004/chapters.htm, accessed 5 December 2007).

12

Page 13: jeritan batin

Penggunaan tembakau merupakan faktor risiko bagi 6 daripada 8 jenis penyakit utama yang membawa kematian di dunia.

Petak yang berlorek menunjukkan kadar kematian yang berkaitan dengan penggunaan tembakau dan diwarnakan mengikut kolum bagi setiap penyakit yang disenaraikan.

* Termasuk kanser mulut, orofarinks, esofagus, perut, hati dan penyakit-penyakit kardiovaskular selain penyakit jantung iskemik dan penyakit serebrovaskular.

Secara kumulatif, kematian akibat penggunaan tembakau adalah di antara yang paling tinggi berbanding kematian

akibat penyakit penyakit lain

13

Sumber: Mathers CD, Loncar D. Projections of global mortality and burden of disease from 2002 to 2030. PLoS Medicine, 2006, 3(11): e442. Additional information obtained from personal communication with C.D. Mathers.

Sumber rujukan bagi angka HIV/AIDS: AIDS epidemic update. Geneva, Joint United Nations Programme on HIV/AIDS (UNAIDS) and World Health Organization (WHO), 2007.

Page 14: jeritan batin

11.)RISIKO MENDAPAT PENYAKIT DAN MATI AKIBAT AMALAN MEROKOK DI MALAYSIA

Penyakit Jantung Koronari (42%)Penyakit Paru-paru

Kronik (22%)

Kanser Paru-paru (22%)

Strok (12%)

Kematian yang disebabkan oleh 4 penyakit utama akibat tabiat merokok di hospital-hospital kerajaan, Malaysia (Al- Junid, 2006).

Tembakau adalah punca kematian dan kesengsaraan nombor satu di dunia masa kini. Risiko mendapat penyakit yang boleh menyebabkan maut bagi perokok berbanding bukan perokok:

N Perokok adalah 15 kali lebih mudah mendapat kanser paru-paru berbanding bukan perokok.

N Perokok adalah 2 kali lebih mudah mendapat penyakit jantung koronari berbanding bukan perokok.

N Perokok adalah 13 kali lebih mudah mendapat penyakit paru-paru kronik berbanding bukan perokok.

14

Page 15: jeritan batin

Penyakit Jantung Koronari (42%)

Asap rokok yang dihasilkan bukan

sahaja memudaratkan dan membunuh perokok

malahan sesiapa sahaja yang terdedah

terhadapnya

15