JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : FITNAH MEROSAKKAN UMMAH Tarikh Dibaca : 2 ZULKAEDAH 1440H/ 5 JULAI 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
TEKS KHUTBAH
Tajuk :
FITNAH MEROSAKKAN UMMAH
Tarikh Dibaca :
2 ZULKAEDAH 1440H/
5 JULAI 2019M
Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah Dan Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
1
FITNAH MEROSAKKAN UMMAH 5 Julai 2019M / 2 Zulkaedah 1440H
مد لل ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه من شرور أنف سنا ومن إن الح ا مرشدا.سي ئات أعمالنا، من يهد الل ه فهو المهت د ومن يضلل فلن تجد له ولي
ه إل ا إلأشهد أن ل هم ا الل ه لل دا عبده ورسوله، ا يك له، وأشهد أن محم وحده لا شر وسل م د وعلى صل آعلى نبي نا محم د ين.لى يوم الإ ومن دعا بدعوته له وصحبه
ا بعد، فيا عباد الل ه قو أم اوصيكم ونفسي ا الل ه،، ات تقوى الل ه وطاعت ون.ب كم تفل ه لعلك
ڃ ڃ ڃ چ چ
يب جت ی ی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب خب مب ىب
حت خت
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
Mudah-mudahan kita dikurniakan kejayaan di dunia ini dan di akhirat yang
kekal abadi.
Mimbar jumaat hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk : “Fitnah
Merosakkan Ummah”.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
2
Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat kita sebagai menuduh
secara tidak benar. Namun, perkataan fitnah dalam al-Quran membawa
berbagai maksud antaranya syirik, maksiat, bala, kesempitan, kerosakan,
pembunuhan dan peperangan.
Amalan menyebar fitnah sudah menjadi budaya masyarakat kita hari ini.
Ramai yang turut terlibat seolah-olah mereka seperti mendapat kepuasan
daripada perbuatan itu. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa
besar sesame manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah
melainkan setelah orang yang difitnah itu memberi kemaafan terhadap
perbuatan itu.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu
berita supaya kita tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib
bagi setiap muslim memperhalusi berita diterima supaya tidak terbabit dalam
kancah fitnah. Sebarang berita yang diterima perlu diselidik kesahihannya.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 6:
ٺ ٺ ٺ ٿٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ
ڦ ڦ
Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
3
Justeru, langkah membendung gejala menyalahgunakan ruang siber dan
media social adalah tanggungjawab bersama. Golongan yang memfitnah itu
perlu insaf dan segera bertaubat. Firman Allah SWT di dalam surah al-
Baqarah ayat 193 :
ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڇڃ ڃ ڃ ڃ چ چ چ چ
Bermaksud : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan
(sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika
mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap
orang-orang yang zalim.”
Golongan yang memfitnah tidak akan masuk syurga sebagaimana hadis
yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RH daripada Huzaifah RA, sabda
Rasulullah SAW :
ام ة نم ن لا يدخل الج
Bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
Bahaya menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering, ia cepat
merebak dan akan menjadi abu. Ia meyebabkan ganjaran amalan baik
terhapus dan akan menjadi muflis di akhirat nanti. Penyebar khabar angin
biasanya menyebut perkataan “dengar khabar” mengenai berita yang
disebarkan. Bagaimanapun apabila berita itu tersebar dari seorang ke
seseorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian
disebarkan seolah-olah ianya berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita
benar tetap tidak boleh diterima terus sekiranya pembawa berita itu diragui
keperibadiannya. Setiap berita yang diterima perlulah diselidiki inikan pula
menyebarkan berita yang tidak benar.
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
4
Setiap muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada
menyebarkan sesuatu fitnah. Sejarah telah mencatatkan bagaimana fitnah
menjadi punca kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di madinah, saidina
Uthman bin ‘Affan RA. Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada
peperangan sesame muslim ketika zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi
Talib RA. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umayyah malah sejarah
kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka juga berpunca daripada
fitnah.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Gejala fitnah-memfitnah serta pengkhianatan dan perasaan benci yang
dipamerkan secara terbuka oleh sesetengah pihak atau individu seolah-olah
telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita ketika ini. Amat
membimbangkan sekiranya gelaja fitnah yang membawa perbalahan ini akan
menjadi bertambah buruk sekiranya tidak dibendung dan dikawal sehingga
membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Mimbar mengambil kesempatan mengajak sidang Jemaah sekalian untuk
sama-sama menyahut saranan melalui titah Raja-Raja Melayu dalam
mesyuarat Majlis Raja-Raja yang Ke-254 dalam memastikan keharmonian
dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Negara ini dapat dikekalkan :
Pertama : Semua rakyat digesa supaya menghentikan segera segala
budaya fitnah-memfitnah yang keji ini agar ianya tidak terus menghantui
kehidupan masyarakat di Negara ini.
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
5
Kedua : Semua rakyat diseru supaya bersama-sama membangunkan
masyarakat yang gagah, harmoni, menghormati nilai-nilai perpaduan yang
utuh dan kemanusiaan sejagat.
Ketiga : Marilah kita mengamalkan budaya sihat berpaksikan kehidupan
harmoni, sikap toleransi dan berprasangka baik antara satu sama lain bagi
mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran Negara.
Keempat : pihak berkuasa mestilah mengambil langkah lebih produktif dalam
menangani gejala hasutan dan fitnah dalam media sosial.
Apabila semua pihak mengambil peranan masing-masing dalam mengekang
gejala yang merosakkan ini nescaya keharmonian masyarakat yang
berbilang kaum dan pegangan dapat terus dipelihara.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita bersama menghayati
kesimpulan khutbah yang disampaikan:
Pertama : umat Islam mestilah berwaspada apabila menerima sesuatu berita
dengan memastikan kesahihannya.
Kedua : Fitnah akan mengakibatkan masyarakat berpecah belah,
meruntuhkan perpaduan dan boleh menghancurkan Negara.
Ketiga : Fitnah mennggalkan konflik dan dendam yang berterusan.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 12 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
6
ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ڀپ پ پ پ ڀ ڀٱ ٻ ٻ ٻ ٻ
ڦ ڦ ڄ ڄ ڦڤ ڦ ڤٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ٿٿ
ڄ
Bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi
Maha mengasihani.”
اكم بما فيه من الأيات والذكر الحكيم بارك الل ه لي ولككم بالقرآن العظيم ونفعني وإي ه هو السميع العليم، أقول قولي هذا وأستغفرالله الع ل من ي ومنكم تلاوته إن وتقب ي ظيم ل
ئر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغ ولككم ولسا ين ف ربين .ويا نجاة التائ
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
7
KHUTBAH KEDUA
د الحم ل ل ه ب ر ال ع ال الص و ،ين م ل الس و اة ل ام د لى ع بي الأمي ن سي دنا محم ، و ن الن ع ل ه ى آل ص أ و ح ين ه اب اهر ن م و الط ت ب ع م ه إ ان س ح إ ب ل .ين الد م و ى ي
ا إله أشهد أن ل دا عبده ورسوله. إلا الل ه يك له، وأشهد أن سي دنا محم وحده لا شر
ا قوا الل ه أم بعد، فيا عباد الل ه، ات اع و حق تقاته وا أن الل ه أ لم م أ ، يم ظ ر ع م أ ركم ب ركم م
الص ب س ت الاة و ل يل م ع ل ى ن ه الك ي ب تعالى:يم ر ك ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه
ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ
د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وبارك على سي براهيم دنا إ ا باركت على س آسي د كم دنا محم دنا ل سي ي
براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد .آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي
هم عن الخ اشدين وارض الل ن ع و لفاء الر ب حابة أجمعين، ة ي ق ت ال ن ع و الص اب و ين ع ت ي ع اب الت اب ا ين ع م ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن ع م ه ك ا أ ي ك أ ال م ر .ين م ر
هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات.الل
هم أي د الل وفيق والهداية دوام ب لامة الت ة والس ح دولي يككباوه ناكملككوالص ڠ م ه ليا وا م الد ين الكمصطف يڠ دڤرتوان اڬوڠسري ڤدوك بڬيندا ى ، السلطان عبد الل ه رعاية
بن سلطان حاج أحمد شاه الكمستعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا
Khutbah Jumaat Fitnah Merosakkan Ummah
8
كذلك ككباوه و دولي يڠ م ه سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، لياوا م (Tunku)تونكو ية بنت الكمرحوم الكمتوك ل على حاجه عزيزة أمينة ميم ونة إسكندر
اج. الل ه سلطان إسكندر الح
اله ورعاياه من المؤمنين و المؤمنات بر هم احفظ علماءه ووزراءه وقضاته وعم متك ح الل احمين . يا أرحم الر
لدن هم اجعل ب يا ا الل وإيمان، وأمن وأمان،، سخاء رخاء، دار عدل اآمنا مطمئن ماليزئر بلاد الكمسلمين .وسا
هم أعز الإسلام والمسلمين ، ودم ر أعداءك أعداء الد ين وانصر من نصر الد ين، الل يوم الد ين.واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إلى
ڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ي ٢ ڠاوركنله كامي جادييا اهلل،
ڬولوڠن سرتا رحمتيله سالم واليه ڤرسكوتوانإماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام
دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWP. جاديكنله اوسها زكاة منونايكن ڠي
كميسكينن. بلڠڬوف دري اصناسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن
ار نيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب الن نا في الد نا آت ب .ر
عباد الل ه،
چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ
ڑ ڎڈ ڈ ژ ژ