Top Banner
26

ISU ISU TATABAHASA.ppt

Oct 06, 2015

Download

Documents

Feiz Lina
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • Latihan Ayat-ayat di bawah mengandungi kesalahan bahasa. Betulkan kesalahan tersebut.

  • 1Buku perancangan kewangan itu dibeli oleh pihak kami. Buku perancangan kewangan itu pihak kami beli.2Majlis Bandaraya Johor Bahru menghadkan permohonan pada kali ini. Majlis Bandaraya Johor Bahru mengehadkan permohonan pada kali ini. 3Laporan penilaian harta yang lengkap anda perlu siapkan. Laporan penilaian harta yang lengkap perlu anda siapkan.

  • 4Kejadian yang berlaku itu kami amat sesali. Kejadian yang berlaku itu amat kami sesali. 5Tindakan yang wajar akan pihak mereka laksanakan. Tindakan yang wajar akan dilaksanakan oleh pihak mereka. 6Pegawai-pegawai sedang membincangkan tentang keadaan landskap itu. Pegawai-pegawai sedang membincangkan keadaan landskap itu.

  • 7Jabatan ini berlatarbelakangkan dengan pemandangan yang indah. Jabatan ini berlatarbelakangkan pemandangan yang indah. 8Banyak kakitangan yang tidak dapat balik kampung semasa hari raya. Banyak kakitangan yang tidak dapat balik ke kampung semasa hari raya. 9Oleh kerana lesennya telah dibatalkan, permohonannya akan ditolak. Oleh sebab lesennya telah dibatalkan, permohonannya akan ditolak.

  • 10Para pekerja-pekerja diminta mencatat hasil pemantauan mereka.Para pekerja diminta mencatat hasil pemantauan mereka. 11Program kitar semula akan diadakan di minggu hadapan. Program kitar semula akan diadakan pada minggu hadapan. 12Pengarah Bahagian Pelesenan akan melawat jabatan ini. Pengarah Bahagian Pelesenan akan melawat ke jabatan ini.

  • 13Masalah pelupusan sampah semakin kritikal dari masa ke semasa. Masalah pelupusan sampah semakin kritikal dari masa ke masa. 14Pekerja bahagian landskap telah mendapati yang taman itu belum diselenggara. Pekerja bahagian landskap telah mendapati bahawa taman itu belum diselenggara. 15Para-para staf dibenarkan bercuti sekiranya perlu. Para staf dibenarkan bercuti sekiranya perlu.

  • 16Penyelenggaraan itu mengambil masa berjam kerana terlalu serius. Penyelenggaraan itu mengambil masa berjam-jam kerana terlalu serius. 17Keadaan di dalam stor sangat gelap-gelita. Keadaan di dalam stor sangat gelap. 18Layanan yang diberikan oleh petugas kaunter terlalu baik sekali. Layanan yang diberikan oleh petugas kaunter terlalu baik.

  • 19Kos baik pulih jentera itu paling tinggi sekali setakat pertengahan tahun ini.Kos baik pulih jentera itu paling tinggi setakat pertengahan tahun ini.20Pekerja yang bekerja lebih masa terpaksa bertugas hingga ke petang. Pekerja yang bekerja lebih masa terpaksa bertugas hingga petang. 21Selain daripada sesi penerangan, perkhidmatan sampingan turut diadakan. Selain sesi penerangan, perkhidmatan sampingan turut diadakan.

  • 22Pihak kami akan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dari tahun ke setahun. Pihak kami akan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dari tahun ke tahun. 23Alat penghawa dingin itu akan dibaiki tidak lama lagi. Alat pendingin hawa itu akan dibaiki tidak lama lagi. 24Tempat meletak kereta di pekarangan jabatan ini akan diperbesar.Tempat letak kereta di pekarangan jabatan ini akan diperbesar.

  • 25Bangunan ini terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah. Bangunan ini terletak tidak jauh dari pusat beli-belah. 26Pihak kami akan mendapatkan keterangan dari pegawai tersebut. Pihak kami akan mendapatkan keterangan daripada pegawai tersebut. 27Sarung tangan ini dibuat dari getah sintetik. Sarung tangan ini dibuat daripada getah sintetik.

  • 28Kemalangan kenderaan jabatan berlaku di selekoh merbahaya. Kemalangan kenderaan jabatan berlaku di selekoh berbahaya. 29Kerani pentadbiran itu kelihatan tenang bila ditegur oleh ketuanya. Kerani pentadbiran itu kelihatan tenang apabila ditegur oleh ketuanya. 30Sikap saling bantu-membantu amat perlu diamalkan. Sikap saling membantu amat perlu diamalkan.

  • 31Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kejadian itu.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kejadian itu.32Di antaranya ialah kesukaran untuk mendapatkan latar belakang pemohon.Antaranya ialah kesukaran untuk mendapatkan latar belakang pemohon.33Kes yang dia kendalikan agak serius.Kes yang dikendalikan olehnya agak serius.

  • 34Antara kes-kes yang dilaporkan termasuklah penderaan mental. Antara kes yang dilaporkan termasuklah penderaan mental. 35Tahniah di atas kejayaan MBJB memperolehi pensijilan MS ISO 9001: 2008. Tahniah atas kejayaan MBJB memperoleh pensijilan MS ISO 9001: 2008. 36Tolong jangan meletakkan kenderaan anda di sini. Jangan letakkan kenderaan anda di sini.

  • 37Antara fungsi Bahagian Korporat ialah melaksana perancangan strategik. Antara fungsi Bahagian Korporat ialah melaksanakan perancangan strategik. 38Pihak kami mengucapkan setinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan. Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan. 39Pihak jabatan tidak mempersetujui cadangan yang dikemukakan itu. Pihak jabatan tidak menyetujui cadangan yang dikemukakan itu.

  • 40Aktiviti riadah itu diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan antara pekerja.Aktiviti riadah itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pekerja.41Berbagai peralatan diperlukan di bahagian ini. Berbagai-bagai peralatan diperlukan di bahagian ini. 42Surat pada pihak kementerian itu telah dihantar. Surat kepada pihak kementerian itu telahdihantar.

  • 43Demi untuk kesejahteraan warga bandar, projek itu akan diteruskan. Demi kesejahteraan warga bandar, projek itu akan diteruskan. 44Banyak kes-kes yang belum dapat ditangani. Banyak kes yang belum dapat ditangani. 45Staf pentadbiran sedang mengumpul maklumat pekerja. Staf pentadbiran sedang mengumpulkan maklumat pekerja.

  • 46Sekumpulan penyelidik-penyelidik akan melakukan kajian tentang kes itu. Sekumpulan penyelidik akan melakukan kajian tentang kes itu. 47Kita akan saling bertukar-tukar pandangan untuk mengatasi segala masalah. Kita akan saling bertukarpandangan untuk mengatasi segala masalah. 48Semua data-data itu akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Semua data itu akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

  • 49Sejak kebelakangan ini, penduduk sudah mula menunjukkan perubahan sikap. Kebelakangan ini, penduduk sudah mula menunjukkan perubahan sikap. 50Bahagian Audit akan melaporkan kepada YB Datuk Bandar hasil pengauditan. Bahagian Audit akan melaporkan hasil pengauditan kepada YB Datuk Bandar. 51Jika sekiranya cuti tahunan tidak diambil, kakitangan awam akan mendapat gratuiti yang tinggi semasa bersara. Jika cuti tahunan tidak diambil, kakitangan awam akan mendapat gratuiti yang tinggi semasa bersara.

  • 52Pelibatan peserta di dalam kursus ini amat memberangsangkan. Pelibatan peserta dalam kursus ini amat memberangsangkan. 53Setiap orang pelawat mestilah berpakaian kemas. Setiap pelawat mestilah berpakaian kemas. 54Latarbelakang Bahagian Pesuruhjaya Bangunan sedang ditelitinya. Latar belakang Bahagian Pesuruhjaya Bangunan sedang ditelitinya.

  • 55Pihak kami menghadkan jumlah pelawat agar tidak menimbulkan masalah. Pihak kami mengehadkan jumlah pelawat agar tidak menimbulkan masalah. 56Lain-lain usul akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Usul-usul lain akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. 57Bermula daripada tarikh notis penyerahan milik kosong merupakan tempoh permulaan. Bermula dari tarikh notis penyerahan milik kosong merupakan tempoh permulaan.

  • 58Kemudahan prasarana di sini begitu memuaskan. Kemudahan di sini begitu memuaskan. 59Pelbagai pendapat-pendapat diutarakan dalam mesyuarat itu. Pelbagai pendapatdiutarakan dalam mesyuarat itu. 60Pihak kami mendapati bahawa siber kafe itu dibuka dari pagi hingga malam.Pihak kami mendapati bahawa kafe siber itu dibuka dari pagi hingga malam.

  • 61Teluk Danga merupakan tempat tumpuan pelancung tempatan dan asing. Teluk Danga merupakan tempat tumpuan pelancong tempatan dan asing. 62Dr. Ahmad adalah pegawai undang-undang di sini. Dr. Ahmad ialah pegawai undang-undang di sini. 63Fungsi Bahagian Undang-undang ialah memberi khidmat nasihat perundangan. Fungsi Bahagian Undang-undang ialah memberikan khidmat nasihat perundangan.

  • 64Pegawai itu diminta bertugas di kawasan pendalaman. Pegawai itu diminta bertugas di kawasan pedalaman. 65Misi Jabatan Bangunan ialah berusaha ke arah kecemerlangan bagi mempastikan pembangunan fizikal yang terkawal. Misi Jabatan Bangunan ialah berusaha ke arah kecemerlangan bagi memastikan pembangunan fizikal yang terkawal. 66Fungsi jabatan ini ialah memantau kerja-kerja pembinaan diatas tapak yang telah diluluskan. Fungsi jabatan ini ialah memantau kerja-kerja pembinaan di atas tapak yang telah diluluskan.

  • 67Siapa pun tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini. 68Saya menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan selama tiga setengah jam. Saya menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan selama tiga jam setengah. 69Fungsi Jabatan Perancang ialah menyemak dasar-dasar yang sedia ada untuk diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa. Fungsi Jabatan Perancang ialah menyemak dasar-dasar yang sedia ada untuk dibaiki dan dikemaskini dari masa ke masa. 70Pegawai-pegawai kesihatan di sini cekap-cekap.Pegawai-pegawai kesihatan di sini cekap.

  • Azhar SallehTel : [email protected]://witra.blogspot.com