Top Banner
INOVASI PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH: TEORI DAN AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK (AKM) DARI PERSPEKTIF ISLAM Azlina Amat Yasin, Ramlee Mustapha, Mohd Sahandri Gani Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim Perak Malaysia Email: [email protected] ABSTRAK Proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerap berubah mengikut keperluan. Penekanan penyelesaian masalah memerlukan kreativiti dan inovasi guru yang dikongsi bersama murid berjaya meransang minat murid terhadap matematik. Muhammad Ibn Musa Al Khawarizmi, Al-Khindi, Omar Khayyam dan Ibn Khaldun merupakan antara tokoh ilmuan Islam yang banyak menyumbang dalam bidang matematik. Amalan ini selaras dengan perkembangan pembelajaran Amalan Konstruktif Matematik (AKM). Pelbagai inovasi dan kreativiti cuba dicipta oleh guru matematik agar subjek yang selalu dianggap sukar ini bertukar menjadi subjek kegemaran pelajar-pelajarnya. Hafalan sifir biasa menggunakan Kaedah Konvensional agak sukar bagi pelajar sederhana dan lemah. Satu kaedah baru telah penyelidik kemukakan iaitu Amalan Konstruktif Matematik (AKM) bagi mengatasi masalah ini. Amalan Konstruktif Matematik (AKM) digunakan bagi merealisasikan aspirasi ini. Guru yang bersifat futuristik sentiasa merancang bagi menggilap bakat konstruktif murid dan menyediakan pelbagai aktiviti yang inovatif dan kreatif. Amalan Konstruktif Matematik (AKM) adalah inovasi yang menggunakan kaedah didik hibur melalui nyanyian sambil membina sifir. Kebanyakan murid di sekolah rendah sukakan nyanyian dan aktiviti yang menyeronokkan. Sifir merupakan eleman asas yang penting bagi murid di dalam semua topik matematik terutama untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Melalui kajian awal, Amalan Konstruktif Matematik (AKM) ini didapati dapat membantu murid dalam membina sifir 2 hingga 9 secara kreatif dan inovatif seperti yang dirumuskan di dalam kerangka perkembangan pembelajaran dan impak penguasaan matematik murid. Kata Kunci: Amalan Konstruktif Matematik (AKM), pengajaran dan pembelajaran, sekolah rendah, KBAT, perspektif Islam PENGENALAN 1
28

inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Mar 29, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

INOVASI PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH:

TEORI DAN AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK (AKM)

DARI PERSPEKTIF ISLAM

Azlina Amat Yasin, Ramlee Mustapha, Mohd Sahandri Gani Hamzah

Universiti Pendidikan Sultan IdrisFakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris35900 Tanjung Malim Perak

MalaysiaEmail: [email protected]

ABSTRAK

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerap berubah mengikut keperluan.Penekanan penyelesaian masalah memerlukan kreativiti dan inovasi guru yang dikongsibersama murid berjaya meransang minat murid terhadap matematik. Muhammad IbnMusa Al Khawarizmi, Al-Khindi, Omar Khayyam dan Ibn Khaldun merupakan antaratokoh ilmuan Islam yang banyak menyumbang dalam bidang matematik. Amalan iniselaras dengan perkembangan pembelajaran Amalan Konstruktif Matematik (AKM).Pelbagai inovasi dan kreativiti cuba dicipta oleh guru matematik agar subjek yang selaludianggap sukar ini bertukar menjadi subjek kegemaran pelajar-pelajarnya. Hafalan sifirbiasa menggunakan Kaedah Konvensional agak sukar bagi pelajar sederhana danlemah. Satu kaedah baru telah penyelidik kemukakan iaitu Amalan KonstruktifMatematik (AKM) bagi mengatasi masalah ini. Amalan Konstruktif Matematik (AKM)digunakan bagi merealisasikan aspirasi ini. Guru yang bersifat futuristik sentiasamerancang bagi menggilap bakat konstruktif murid dan menyediakan pelbagai aktivitiyang inovatif dan kreatif. Amalan Konstruktif Matematik (AKM) adalah inovasi yangmenggunakan kaedah didik hibur melalui nyanyian sambil membina sifir. Kebanyakanmurid di sekolah rendah sukakan nyanyian dan aktiviti yang menyeronokkan. Sifirmerupakan eleman asas yang penting bagi murid di dalam semua topik matematikterutama untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Melalui kajian awal, AmalanKonstruktif Matematik (AKM) ini didapati dapat membantu murid dalam membina sifir 2hingga 9 secara kreatif dan inovatif seperti yang dirumuskan di dalam kerangkaperkembangan pembelajaran dan impak penguasaan matematik murid.

Kata Kunci: Amalan Konstruktif Matematik (AKM), pengajaran dan pembelajaran,sekolah rendah, KBAT, perspektif Islam

PENGENALAN

1

Page 2: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Wawasan 2020 berteraskan konsep negara maju yang mempunyai ciri-ciri seperti sistem ekonomi berasaskan perindustrian dan eksportbarangan, kemajuan industri berasaskan kemajuan ilmu sains danteknologi, pendapatan perkapita rakyat yang tinggi, tarafpendidikan rakyat yang tinggi, prasarana awam yang baik,pentadbiran kerajaan yang adil dan demokratik, dan rakyat yangkreatif serta berdaya maju. Wawasan 2020 ialah aspirasi dalammembina satu tamadun dan masyarakat maju bertaraf dunia (Sufean,2004). Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan PelanPembangunan Pendidikan 2013-2025 berhasrat merintis peluang yanglebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggidan berdaya saing. Pendidikan memainkan peranan penting dalamperkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah Negara. Sistempendidikan negara mesti berupaya melahirkan generasi yangmempunyai matlamat dan impian yang sama ke arah pembangunannegara Malaysia yang lebih maju pada masa depan (KementerianPendidikan Malaysia, 2012). Dasar Pendidikan Kebangsaanmenyasarkan 60 peratus murid dalam aliran sains dan teknologiberbanding 40 peratus murid dalam aliran sastera (KementerianPendidikan Malaysia, 2012a). Sains dan Teknologi memainkanperanan yang penting dalam merealisasikan aspirasi rakyatMalaysia untuk menjadi bangsa yang maju. Walaubagaimanapun,nisbah tersebut tidak mencapai sasarannya. Menurut statistik yangditerbitkan oleh KPM dari Tahun 1981 hingga 2010, peratusanpelajar sekolah menengah yang menyertai aliran sains tidak pernahmencapai nisbah 60:40 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b).Keadaan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkaninovasi dalam bidang teknologi serta menjejaskan usahatransformasi ekonomi bagi negara maju yang berpendapatan tinggi.Dapatan program Penarafan Pendidikan Dunia PISA tahun 2012mendapati Malaysia mendapat tempat 1/3 terkebelakang danmenunjukkan Malaysia berada di kedudukan 52 daripada sebanyak 65buah negara. Keputusan PISA 2009 (penyertaan kali pertamaMalaysia) juga tidak memberansangkan kerana berada di kedudukan55 daripada 74 negara peserta iaitu dalam kelompok tiga ke bawah(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b). Pencapaian sains danmatematik pelajar sekolah menengah juga menunjukkan penurunanjika dibandingkan dengan negara lain seperti Singapura(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b).

Jika dilihat kepada ilmu sains dan matematik ini dipelopori olehilmuan Islam pada awalnya dan terlalu banyak sumbangan di dalamkarya ilmiah mereka diterjemahkan oleh barat ke bahasa Latin,

2

Page 3: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Inggeris, Eropah dan lain-lain dan akhirnya barat mengatakanmereka adalah pelopor kepada ilmu sains dan matematik tersebut.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sepatutnya dapatdisepadukan secara holistik pelbagai elemen Islam yang bolehdijadikan teras kerangka pendidikan di Malaysia. Bukan sahajakita mahu pendidikan yang cemerlang dalam bidang akademikterutama di bidang sains dan matematik tetapi kita juga mahupelajar yang cemerlang dalam sahsiah dan akhlaknya. Tokoh-tokohilmuan Islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Khindi, Omar Khayyam, IbnKhaldun memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadunIslam dan tamadun barat. Mereka merupakan pelopor utama bukansahaja dalam bidang matematik tetapi dalam bidang astronomi,geografi, perubatan, falsafah, kesusateraan, Fizik, Kimia danlain-lain. Pengislaman di dalam bidang sains dan matematik iniseharusnya berlandaskan kepada konsep tauhid, syariah dan akhlak.Ciri-ciri akhlak mulia dan bersahsiah terpuji hendaklah disemaike dalam ilmu matematik dan ilmu-ilmu Islam terutama kepadapelajar-pelajar kita di sekolah. Guru-guru juga perlu terbinajati dirinya agar penerapan nilai-nilai murni dan pembinaanakhlak dapat diterapkan ketika pengajaran dan pembelajaran. Hasilkarya agong daripada ilmuan islam ini sepatutnya dikaji,dijadikan idola dan rujukan serta panduan oleh guru-gurumatematik kerana kepentingannya dalam kehidupan seharian,menjadikan guru lebih kritis dan kreatif, inovatif dan melahirkanlebih ramai tokoh matematik islam yang tersohor di masa depan.Prof. Ismail Ragi Al-Faruqi merupakan tokoh yang menyarankanagar ilmu ini diislamisasikan mengikut kerangka yang dicadangkan.(Abdul Halim, 1965)

Justeru, adalah kritikal dan sangat penting kajian ini dijalankanuntuk melihat sains dan matematik dari perspektif Islam danpraktisnya dapat di amalkan di dalam pengajaran dan pembelajaranserta penambahbaikan berterusan dapat dibuat dalam bilik darjah.Islam sangat menekankan kepada pembangunan, kreatif dan inovatifdaripada pelbagai aspek kehidupan dan Al-Quran juga menggesamanysia menggunakan akal fikiran, mengajak manusia agarmemerhatikan segala yang wujud di alam maya ini dengan segalaaneka fenomenanya kerana setiap kejadian yang Allah jadikan pastiada hikmah dan tujuannya. Umat Islam perlu mempelajari sejarahkebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam dengan pendekatan yangkonstruktif (menganalisa faktor yang menyumbang ke arahkegemilangan dan juga kelemahannya). Kesedaran dan minatmembangunkan tamadun sewajarnya dipupuk di peringkat awal. Ia

3

Page 4: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

perlu berlaku secara bersepadu supaya dia dapat diserapkan didalam semua mata pelajaran terutama di dalam subjek sains danmatematik. Matematik merupakan salah satu instrumen dalampembangunan sains dan teknologi. Pembangunan bagi pendidikanmatematik yang berkualiti sejak usia awal dalam proses pendidikanadalah sangat penting. Kurikulum sekolah di Malaysia menawarkantiga program pendidikan matematik, iaitu matematik untuk sekolahrendah, matematik dan matematik tambahan bagi sekolah menengah(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Subjek matematik selaludianggap sukar oleh para pelajar. Pemikiran ini perlu diubah.Guru perlu kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaransupaya dapat menarik minat pelajar terhadap subjek matematik.Pembelajaran matematik menggunakan teknologi maklumat (ICT) dansecara interaktif juga dapat menjadikan para pelajar celik IT.Penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajarandi tambah dari perspektif islam di harap mampu mendidik muridyang seimbang dalam bidang akademik dan sahsiahnya juga.Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Logik Matematik didalam pengajaran matematik dapat menjadikan pembelajaranmatematik lebih seronok dan bermakna. Murid di sekolah rendahsukakan nyanyian dan aktiviti yang menyeronokkan. Penerapanpembelajaran secara didik hibur dan Kecerdasan Muzik juga dapatdiimplementasikan apabila pelajar menyanyi sewaktu membina Sifir2 hingga 9. Guru juga akan melagukan sifir ini ketika pengajaranAmalan Konstruktif Matematik (AKM) di dalam bilik darjah. Islamjuga amat menggalakkan umatnya supaya lebih kreatif dan inovatif.Melalui kreativiti yang tinggi, akan lahirlah generasi baharuyang berkeupayaan dan berketerampilan tinggi. Islam itu bersifatuniversal dan sesuai diamalkan sepanjang zaman. Kata-kata SaidinaUmar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu”Didiklah anakmu mengikut zamannya”. ”Bermainlah dengan anakkamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkananak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah denganmereka”. Pendidikan di Abad ke 21 ini bukan sahaja memerlukanguru-guru yang kreatif dan inovatif juga guru-guru yang dapatmendidik pelajarnya dengan akhlak dan sahsiah yang terpujiselaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan : “Mewujudkan insanyang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkankepatuhan kepada Tuhan”.

4

Page 5: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

5

Page 6: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

TOKOH ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK

Para ilmuan sangat berperanan dalam membina tamadun Islam. Merekabukan sahaja mahir di dalam satu bidang, tetapi turut menguasaipelbagai bidang yang lain seperti matematik, kimia, fizik,astrologi, optik, muzik, sejarah, astronomi, perubatan, falsafah,politik, ilmu pelayaran dan sains. Kebanyakan kitab-kitabtersohor para ilmuan ini juga telah dialih bahasa ke pelbagaibahasa antaranya Bahasa Latin, Bahasa Eropah, Bahasa Inggeris danlain-lain. Peranan matematik sangat penting dalam dunia ilmuIslam. Ilmu matematik ini dikaji dan dipelajari keranakepentingannya dalam kehidupan seharian. Teori berkaitanmatematik sudah lama dipelopori oleh tokoh-tokoh Islam. Ramaitokoh-tokoh islam menjadi penyumbang terhadap perkembanganmatematik antaranya adalah Al Khawarizwi, Al-Khindi, OmarKhayyam, Ibn Khaldun (Riza, 2008). Sumbangan tokoh-tokoh Islamini cukup bermakna dan karya mereka masih dijadikan rujukan parailmuan barat sehingga ke hari ini.

Muhammad Ibnu Abu Musa Al-Khawarizmi merupakan namasebenar bagi Al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi lebih dikenali di Baratsebagai Al-Khawarizmi, Al-Cowarizmi, Al-Ahawizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi, Al-Gorismi. Nama al-gorism telah dikenali pada abadpertengahan. Di Negara Perancis pula algorism dikenali sebagaiAugram atau Angrism. Di Negara Inggeris pula beliau dikenalisebagai Aurym atau Augrim. Perkataan Algoritmi berasal daripadanama latin Al-khawarizmi iaitu Algoritmi, manakala istilahAlgebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yangbermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan). Beliaudilahirkan di Bukhara. Beliau merupakan tokoh Islam yangberpengetahuan luas dan salah seorang ilmuan matematik di Bayt Al-Hikmah yang diasaskan oleh Khalifah Al-Ma’mun pada zamanpemerintahan Kerajaan Islam Abasiyyah di Baghdad. Beliau bekerjadi dalam observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik danastronomi pada usia mudanya. Selain sebagai ahli matematik,beliau juga adalah ahli astronomi, ahli geografi di Bayt Al-Hikmah,bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan,sejarah Islam dan kimia. Al Khawarizmi merupakan pengasas kepadaperkembangan ilmu algebra dan matematik. Beliau merupakan guruAl-Jabar dan juga telah mencipta pemakaian Secans dan Tangensdalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Beliau telahmenghasilkan kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu :Al-KitaabAl-Muhtasar fi hisaab al-Jabr wa-Almuqabalah” (Buku keterangan ringkas tentangpengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah) penyempurnaan dan

6

Page 7: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

penyeimbangan yang menjadi rujukan terkenal dan menjadi pengasaspengembangan ilmu algebra. Pendekatan secara sistematik dan logikbeliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberiacuan baru dalam disiplin ilmu algebra. (Sucipto, 2008)

Al-Khawarizmi juga telah memperkembangkan sistem nombor yangdikenali sebagai Sistem Pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hingga ke hari ini. Beliau juga antara orangpertama yang menyertakan angka sifar ‘0’ sebagai salah satu digitdalam sistem pernomboran dan memberi ‘nilai’ kepada angka ‘0’.Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titikperpuluhan. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karyayang dihasilkan. Antaranya adalah kos, sin, dan tan dalamtrigonometri penyelesaian persamaan, teoram segitiga sama,segitiga sama kaki, mengira luas segitiga, segiempat selari,bulatan dan geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdanajuga diperkenalkan. Keperibadian Al-Khawarizmi telah diakui olehorang Islam dan juga Barat sebagai sarjana matematik yangmasyhur. Ini dibuktikan dengan kata-kata George Sarton mengatakanbahawa Al-Khawarizmi sebagai “ “Salah seorang ilmuan terkemukadaripada dari bangsanya, dan yang terbesar pada zamannya”. Jugabeliau menyatakan:“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telahdiperolehi oleh orang-orang Timur.”Menurut Wiedmann pula:“Al-Khawarizmi mempunyai personaliti teguh dan seorang yang bergeligasains”.Al-Khawarizmi telah menghasilkan karya-karya tersohordalam bidang matematik. Ini adalah contoh-contoh sebahagian karyabeliau yang telah menjadi popular serta dipelajari oleh semuamasyarakat dunia. Hasil karya beliau terkenal pada zaman tamadunIslam dan dikenali di Barat. Antara hasil karya beliau adalah 1)sistem nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin iaituDe Numero Indorum, 2) Mufatih Al-Ulum; yang bermaksud beliau adalahpencinta ilmu dalam pelbagai bidang, 3) Al-Jami wa Al-Tafsir bi Hisab Al-Hind. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin olehPrince Boniopagri, 4) Al-Mukhtasar Fi Hisab Al-Jabr wa Al-Muqabalah: PadaTahun 820M dan ia mengenai algebra, 5) Al-Amali bi’ Usturlab 6) Al-Tarikh7) Al-Maqala Fi Hisab Al-Jabr wa Al-Muqabilah.(Al Ustadz Ing Abdul Razak,1999)

Al-Khindi yang nama sebenarnya adalah Abu Yusuf Yaqub Ibn IshaqAl-Khindi. Al-Khindi dilahirkan di Kufa, pusat pengajian duniapada suatu ketika dahulu. Bapanya adalah gabenor di Kufa danberketurunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen.Pendidikan Al-Khindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah danakhirnya di Baghdad. Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebat

7

Page 8: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

dimanfaatkan dan dilantik oleh Khalifah Al-Ma’mun sebagai ketuadi Rumah Kebijaksanaan di Baghdad. Rumah Kebijaksaan adalahmerupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahanteks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. Beliau jugaterkenal kerana tulisan seni khatnya yang cantik dan pernahmenjadi jurutulis kepada Al-Mutawakkil. Beliau dikenali sebagaiAlkindus dalam Bahasa Latin. Banyak buku-buku Al-Khindiditerjemah ke Bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Antara bukuyang diterjemahkan ke Bahasa Latin termasuklah Risalah dar Tanjim,Ikhtiyarat Al-Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, Al-Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba.Al-Khindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiranyang berbeza. Beliau merupakan pakar muzik, falsafah, astronomi,perubatan, geografi dan matematik. Beliau menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku, yang kebanyakannyamenyumbang kepada bidang geometri (32 buku), Aritmetik (11 buku),perubatan dan falsafah (22 buku), logik (9 buku), Astronomi (16buku), Psikologi (5 buah), muzik (7 buku) dan fizik (12 buku).Al-Khindi juga aktif dalam bidang penterjemahan dan beliaumerupakan penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkanhasil karya dalam Bahasa Yunani ke dalam Bahasa Arab. Hasilkerjanya sangat penting kerana beliau memperkenalkan danmempopularkan falsafah Yunani di kalangan cendekiawan muslim.Jika tidak kerana usaha itu, tidak akan terhasil ahli-ahlifalsafah seperti Al-Farabi, Ibn Sina (Avicenna) dan Al-Ghazali.Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yangditujukan khas bagi sistem nombor dan banyak menyumbang bagi asashisab moden. Al-Khindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabik dikalangan orang Arab.

Nama sebenar Omar Khayyam ialah Ghiyatuddin Abu Fatah OmarIbni Ibrahim Al-Nisaburi Khayami. Beliau dilahirkan pada 18 Mei1048 dan merupakan seorang pemuisi, ahli matematik dan ahliastronomi. Beliau paling dikenali kerana himpunan syair danpuisinya, Rubaiyat Omar Khayyam dan memberi sumbangan yang cukupbesar dalam bidang kesusasteraan dan beliau merupakan perintiskepada puisi-puisi awal di Eropah. Khayyam dilahirkan di kalanganartisan Nishapur. Pada masa remajanya, Khayyam diajar oleh ImamMowaffak dari Nishapur yang dianggap sebagai salah satu guruterbaik di kawasan Khorassan. Beliau hidup secara sederhana dansangat rasional dalam permintaannya. Beliau tidak memintasebarang jawatan kerajaan, tetapi hanya meminta tempat untukmendiami, belajar sains dan bersembahyang. Dalam dunia pertuturanBahasa inggeris, Khayyam lebih dikenali kerana terjemahan

8

Page 9: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

karyanya, Rubaiyat Omar Khayyam, dalam Bahasa inggeris oleh EdwardFiztgerald (1809-1883). Individu lain juga ada membuat terjemahantentang Rubaiyat (Rubaiyat bermaksud “rangkap catur larik”), tetapi terjemahanFitzgeral paling dikenali. Terjemahan-terjemahan ini juga bolehdi dapati dalam bahasa-bahasa lain selain bahasa inggeris.Khayyam masyhur semasa hidupnya sebagai ahli/ guru matematikkerana mencipta kaedah untuk menyelesaikan persamaan kuasa tigamelalui menyilangkan parabola dengan bulatan. Walaupunpendekatannya pernah dicuba oleh Menaechmus dan beberapa individuyang lain, Khayyam memberikan generalisasi yang merangkumikesemua kuasa tiga. Tambahan pula, beliau menemui kembanganbinomial dan menulis kritikan terhadap teori-teori selari Euclidyang kemudian tersebar ke Eropah dan akhirnya menyumbang kepadaperkembangan geometri bukan Euclid di sana.(Budi, 2005)

(Budi, 2005)BUDAYA ILMU DI KALANGAN PENDIDIK

Peranan ilmu pengetahuan merupakan asas kepada sesuatu bangsa dantamadun. Jika iman dan agama menjadi tunjang kepada ilmu, maka iaakan mengukuhkan peribadi dan memberi kesejahteraan kepadaseluruh umat dan alam sejagat. Ilmu adalah teras nilai agamaIslam dan menduduki hierarki yang tertinggi. Penekanan terhadapilmu dalam ajaran Islam jelas termaktub dalam sumber-sumber asasiaitu Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw. Penekanan kepadapembacaan merupakan perkara asas dalam usaha keilmuan.Pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuanmanusia merupakan perkara awal yang diwahyukan ke atas nabiMuhammad saw. Wahyu pertama ini membawa maksud:

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan, Menjadikan insan dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha

Pemurah. Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.(Surah al-‘Alaq, 96:1-5)

Membaca merupakan kunci kepada ilmu pengetahuan. Manusia perlumembudayakan amalan membaca untuk menguasai ilmu pengetahuan.Islam amat memberi penekanan kepada umat islam agar menuntut ilmudan memberi pengiktirafan tertinggi kepada para ilmuan. Orang-Orang berilmu disebut senafas dengan para malaikat (surah Ali-Imran:18)Orang-orang berilmu juga akan takut akan Allah yang sebenarnya (surahFatir:28) Banyak pesanan Rasulullah yang memberi penekananmenuntut ilmu. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim (Hadith Riwayatibn Majah dan al-Baihaqi), Penyebarluasan ilmu pengetahuan jugaberlaku melalui penulisan. Menerusi kaedah penulisan, karya-karyailmiah terdahulu selamat hingga ke hari ini. Ini kerana karya-

9

Page 10: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

karya ini terpelihara dalam bentuk penulisan dan bukan percakapanuntuk menjamin ia terpelihara daripada hilang dan ditokok tambah.Al-Quran dan al-Hadith juga dihimpunkan dalam bentuk penulisan.Karya penulisan ilmuan islam seperti Al-Khawarizmi, Omar Khayyam,Ibnu- Sina dan Al-Kindi juga masih menjadi rujukan barat danumat islam sehingga ke hari ini. Gabungan budaya membaca danmenulis digunakan oleh oleh ilmuan islam dalam menterjemah,membaca, mengkaji dan menilai kajian-kajian daripada tamadunterdahulu seperti Yunani, China, India, Parsi dan Mesir.

Guru sebagai pendidik di sekolah perlu menjadikan pembacaansebagai budaya dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan supayaguru bukan sahaja menguasai konsep matematik, kreatif daninovatif tetapi juga dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalampengajaran dan pembelajaran. Budaya ilmu ini sangat penting bagiguru-guru matematik supaya penambahbaikan pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah boleh dibuat, mengajar secarakreatif dengan pelbagai strategi penyelesaian matematik dan dapatdigunakan oleh pelajar di dalam kehidupan sehariannya serta dapatmenerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar agar akhlak dansahsiah yang baik terbentuk. Kementerian pendidikan juga sangatmenggalakkan guru-guru membuat kajian tindakan dan membuatpenulisan ilmiah. Kepimpinan melalui tauladan begitulah pepatahmelayu ada menyebutkan supaya guru yang berilmu pengetahuan iniakan terus menjana kreativiti dan inovasinya supaya akan dapatmelahirkan lebih ramai pelajarnya yang dapat berfikir secarakritis, lebih berkeyakinan dan cemerlang di dalam akademik dandalam masa yang sama sahsiah dan akhlaknya juga terbinaseterusnya dapat menjana tokoh-tokoh ilmuan yang tersohor di masadepan seperti Zaman Kegemilangan Islam Kurun ke13 Masihi.

INOVASI DARI PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM

Islam amat menggalakkan penciptaan kreativiti dan inovasi. Budayapenyelidikan dan pembangunan berasaskan nilai-nilai Islamterutama di dalam bidang sains, teknologi dan matematik mampumembangunkan tamadun Islam yang gemilang seperti di masa lampau.Seharusnya kegemilangan tamadun pada masa lampau dijadikaniktibar, inspirasi dan motivasi kepada umat Islam hari ini bagimerangka dan merencana kejayaan di masa depan dengan melahirkanlebih ramai ilmuan Islam yang tersohor. Kegemilangan sesuatutamadun adalah berasaskan penguasaan ilmu pengetahuan tamaduntersebut. Keupayaan mengembangkan dan menyebarluaskan ilmu

10

Page 11: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

pengetahuan juga adalah penting. Kegemilangan sebuah tamadunterletak atas penguasaan ilmu pengetahuan tamadun tersebut. Bukansetakat ilmu pengetahuan malahan keupayaan mengembangkan danmenyebarluaskan ilmu pengetahuan juga adalah penting bagimemastikan keutuhan dan kemantapan tamadun tersebut. Di sampingitu, kejayaan tamadun juga dilihat kepada sejauh mana tamadun itudapat menterjemahkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh satu-satu tamadun. Apabila akidah Islam menjadi anutan manusia, makaberlakulah perubahan-perubahan yang mewujudkan tamadun yanggemilang dan mengubah asas-asas ilmu berkaitan akidah, falsafah,politik, ekonomi, seni dan sains. Dengan terbangunnya pusat-pusatkecemerlangan ilmu seperti di Baghdad, Kufah, Mosul, Tus,Isfahan, Maragha, Kaherah, Fez, Khurasa, Cordoba, Toledo, Aleppo,Granada dan sebagainya, penyelidikan dan pembangunan dalam cabangilmu berjalan dengan begitu pesat sekali. Kemuncak Tamadun Islamdapat dilihat sekitar Kurun ke-13 Masihi. Penemuan demi penemuanoleh tokoh Ilmuan Islam bukan hanya dalam bidang matematik (Al-Jabar, Algorithm, sistem nombor, pecahan, sin, kos, tangen)tetapi dalam bidang astronomi (ukuran dan bentuk bumi/diameterbumi/ilmu falak) geografi (peta), optic (pelopor kepada wayanggambar), ilmu pelayaran (kompas dan navigator), fizik(pengukuranberat/ specific gravity/ peredaran bumi) dan perubatan(pengubatan/peredaran darah/dos ubat/ tracheotomy/ parasitologi),Kreativiti, inovasi, penemuan dan ciptaan baharu yangdiperkenalkan semasa kegemilangan tamadun Islam melonjakkanperadaban manusia ke satu tahap yang lebih tinggi. Ini jugaselaras dengan pendekatan Islam Hadhari yang dipelopori oleh TunAbdullah Haji Ahmad Badawi dengan ucapan pembentangan RancanganMalaysia Kesembilan (RMK9) iaitu:

Kita mahu kemajuan yang bersifat holistik, merangkumi kesemua cabaran yangterkandung dalam wawasan 2020. Kita mahu kemajuan yang dapat dinikmatisemua, secara saksama tanpa mengira agama atau kaum. Kita mahu membinatamadun Negara, seiring dengan kecemerlangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain, selaras dengan Islam Hadhari.

Islam amat menekankan pendidikan agar kemajuan dapat dikecapisecara holistik iaitu daripada segi akhlak dan juga akademik.(Khairul Azmi, Salleh, & Ismail, 2010) Kepelbagaian teknikpengajaran dan pembelajaran dapat menjadikan suasana pembelajaranmenyeronokkan. Teori daripada barat iaitu Teori Kecerdasanpelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner pada Tahun 1983.Menurut Gardner (1983) kaedah lama untuk mengukur tahapkecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu

11

Page 12: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

terhad. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner(1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyaikemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuaidengan masa, tempat dan menghasilkan output yang efektif.Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu: (1) Logik Matematik,(2) Spatial/ Visual Ruang, (3) Linguistik, (4) Kinestetik, (5)Muzik, (6) Interpersonal, (7) Intrapersonal, (8) Naturalis, (9)Spiritual/ Eksistensial. Teori Kecerdasan Pelbagai banyakmembantu guru melaksanakan tanggungjawab bagi mendidik anakbangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Terdapat tiga peringkatdalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran danpembelajaran iaitu peringkat padanan, percubaan dan peningkatan(Gardner, 2006). Kecerdasan Logik Matematik di dalam TeoriKecerdasan Pelbagai telah diterapkan di dalam Amalan Konstruktifmatematik (AKM) sewaktu para pelajar membina sifir 2 hingga 9.Pelajar yang mempunyai kecerdasan Logik Matematik yang tinggiakan memperlihatkan minat yang besar terhadap nombor, terhadapkegiatan berbentuk eksplorasi.Konsep pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur danmenyeronokkan akan menjadikan pelajar berminat dan terlibat aktifdi dalam pembelajaran. Selain kecerdasan Logik Matematik,kecerdasan Muzik juga diterapkan dengan melagukan sifir 2 hingga9 ini. Guru akan melagukan sifir 2 hingga 9 ketika pengajaran dankemudian barulah pelajar-pelajar akan menyanyi beramai-ramaimengikut rima yang diajar oleh guru. Apabila pelajar-pelajartelah menguasai nyanyian kemudian baru guru akan mengajar membinasifir sambil menyanyi dan cara menggunakan sifir tersebut bagimenjawab soalan darab dan bahagi. Kemahiran Berfikir Aras Tinggijuga akan turut dijana apabila guru menggunakan pelbagai strategikreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Thomas Armstrong juga telah banyak menulis tentang kecerdasanpelbagai dan telah mempunyai pengalaman yang banyak dalammengajar kanak-kanak. Dia berharap teori kecerdasan yang diciptaolehnya akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah memahaminya danmenjadikan mereka lebih bijak. Amstrong (2003) telah mencipta 8kecerdasan iaitu: (1) Word Smart, (2) Music Smart, (3) LogicSmart, (4) Picture Smart, (5) Body Smart, (6) People Smart, (7)Self Smart, and (8) Nature Smart. (Amstrong, 2003). TeoriKecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Gardner (1983) danAmstrong (2003) ini sangat relevan untuk diterapkan di dalampembelajaran matematik. Pembelajaran matematik menggunakanpelbagai strategi yang kreatif dan inovatif di harap dapat

12

Page 13: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

menarik minat murid meminati subjek yang diannggap sukar sebelumini seterusnya menggilap pelbagai kecerdasan pelajar sama adaKecerdasan Logik Matematik, Muzik, Logic Smart atau Music Smart.

Walaupun ini merupakan teori dari Barat berkenaan KecerdasanPelbagai, umat Islam khususnya pendidik boleh mengadaptasikannyaagar selari seperti yang Islam kehendaki dengan memasukkan akhlakdan nilai-nilai murni sebagai pembentuk jati diri seorang pelajaryang baik. Guru matematik yang kreatif dan inovatif akan dapatmenggabungjalinkan ilmu Islam dan Barat dalam pengajarannya untukmenarik minat murid menyukai subjek ini. Guru yang kreatif akandapat menyediakan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah sepertiaktiviti berbentuk didik hibur, kerja berkumpulan, penggunaanteknologi ICT/ interaktif dan sentiasa peka terhadap masalah yangdihadapi oleh para pelajar di dalam pembelajaran. Howard Gardnermendefinisikan orang yang kreatif sebagai individu yang darimasa ke masa berupaya menyelesaikan masalah demi masalah, ataupunberupaya menghasilkan sesuatu yang baru yang berguna dalam bidangtertentu. Orang yang kreatif tidak putus-putus kreatif. Merekasentiasa berfikir secara kreatif dalam bidangnya. Kreativitiialah ciri sepanjang hayat. Kreativiti ini timbul apabilaseseorang melakukan sesuatu kerana suka terhadap apa yangdilakukannya. Pada kebiasaannya kreativiti ini tidak dapat diukurdengan ujian bertulis. Gardner menyatakan untuk untuk mengetahuiseseorang itu kreatif, dia telah mengemukakan satu kaedah iaitudengan memerhatikan seseorang itu bekerja selama beberapa waktu.Beliau mungkin bermain piano, bertukang kayu, membuat programkomputer, melukis, melayan pelanggan kedai atau aktiviti-aktivitiyang lain dalam kehidupan seharian. Perhatikan cara-cara merekamenghadapi masalah, dan apakah penyelesaian yang mereka cipta.Daripada pemerhatian itu, kita dapat mengenalpasti kreativitimereka. (Gardner, 2006) Subjek matematik yang dianggap sukar olehpara pelajar akan bertukar menjadi subjek kegemaran merekaapabila guru dapat menyediakan pedagogi yang kreatif daninovatif, mengajar mereka pelbagai kaedah/strategi mudah dalammenyelesaikan soalan matematik dan ini bukan sahaja meningkatkanmotivasi murid, motivasi guru juga akan turut terjana. Kreativitidan inovasi ini juga memerlukan seseorang guru itu mempunyaiilmu, kemahiran serta dengan latihan yang berterusan yang akanmenyebabkan minat dan motivasinya meningkat untuk membuatpenambahbaikan dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapioleh para pelajarnya. Guru yang kreatif akan turut mengajarpelajarnya menyelesaikan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

13

Page 14: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

(KBAT) dengan pelbagai strategi dan teknik yang menarik agarpara pelajarnya dapat menyelesaikan soalan-soalan ini denganbaik. Untuk menjadi guru yang kreatif dalam bidang matematik,guru perlu menguasai ilmu pengetahuan matematik. “Orang yangkreatif mempunyai beberapa ciri khusus. Mereka mempunyaikeupayaan intelek untuk menerbitkan idea-idea yang kreatif, dapatmenggunakan stail berfikir kreatif, memiliki ilmu yang secukupnyadalam bidang berkaitan dan mempunyai ciri-ciri personaliti yangmembolehkan dia menjadi kreatif” (Ainon & Abdullah, 1997) ms 226.Islam amat mementingkan kreativiti dan inovasi dan guru jugaberperanan menjana akhlak dan sahsiah dengan menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nabi Muhammad iaitu Rasulullah saw sebagai guru pertama (al-muallim al-awwal) walaupun Baginda merupakan seorang yang ummi,Allah telah menganugerahi Baginda dengan ilmu pengetahuan danBaginda telah tampil ke tengah-tengah masyarakat untukmengajarkan ilmu pengetahuan. Baginda adalah guru pertama yangmengajar kebaikan dengan gaya pendidikan yang sangat baik, ucapanyang fasih, perkataan yang bersih, kaedah yang menyenangkan,isyarat yang lembut, selalu berjiwa cerah, berlapang dada, halusperangainya, melimpah kasih-sayangnya, bijaksana, memilikipemerhatian yang cukup besar, tinggi kecerdasannya, matangpemerhatiannya dan sentiasa ramah kepada sesiapapun. Rasulullahbersabda: “Sesungguhnya aku telah diutus (oleh Allah) sebagai seorang guru(pendidik manusia). (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Keperibadian,perilaku dan perkataan Baginda hakikatnya adalah suatupendidikan. Akhlak Baginda adalah al-Quran dan Allahmenjadikannya sebagai contoh teladan. Firman Allah: Sesungguhnyapada diri Rasulullah saw terdapat teladan yang baik bagi sesiapa sahaja yangmengharapkan (pertemuan dengan) Allah dan hari akhir serta banyak mengingatiAllah. (Surah Al-Ahzab:21) Akhlak dan keperibadian Rasulullahsepatutnya menjadi idola/ikutan dan contoh teladan bagi semuapendidik dan pelajar di sekolah bagi memastikan kecemerlanganpendidikan bersifat holistik dan bersepadu. Kita mahu melahirkanlebih ramai jurutera, doktor, peguam, ahli sains, akauntan,pensyarah, ahli akademik, ahli falsafah, pakar ekonomi yang bukansahaja cemerlang di dalam bidangnya tetapi dalam masa yang samamempunyai keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Kaedah Pendidikan yang diajar oleh Baginda Rasullullah sawadalah melalui teladan akhlak yang mulia, pendidikan secarabertahap, memerhatikan situasi dan keadaan pelajarnya, mengajarsecara selektif dan disesuaikan dengan kemampuan anak didik,

14

Page 15: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

secara interaktif (dialog/ bersoal-jawab), melalui pertanyaan(berfikir secara rasional), mengajukan pertanyaan untuk menyelamikefahaman para sahabat/pelajarnya, kaedah Tamsil (membuatperumpamaan/ analogi), melukis di atas tanah, secara lisan danisyarat tubuh, menunjukkan sesuatu, menjawab pertanyaan sahabatsesuai dengan apa yang ditanyakan, memberikan jawapan denganpanjang lebar melebihi kadar pertanyaan, menyelitkan elemensenda-gurau, mengulangi penjelasannya untuk memperkuatkan isididikannya, memberikan nasihat dan peringatan, memberikandorongan dan motivasi, menceritakan kisah dan berita masa lalu/sejarah lepas, menitikberatkan pendidikan dan nasihat bagi kaumwanita, menjadikan tulisan (teks) sebagai kaedah dalampendidikan, menggalakkan mempelajari bahasa asing dan mendidikdengan keperibadian yang luhur.

Selain itu, Ibnu Miskawih yang dianggap tokoh falsafah muslimpertama mengarang buku mengenai akhlak dengan begitu sistematik.Buku karangan tersebut bertajuk Tahdzib al-Akhlak wa Tathhir al-Araq.Ibnu Miskawaih yang nama sebenarnya adalah Ahmad bin Muhammad binYa’qub yang mendapat jolokan Abu Al-Khazin (Sang penyimpan) keranaia menyimpan buku-buku milik Khalifah al-Malik Adhduddaulah binBuwaih. Beliau hidup sezaman dengan Ibnu Sina. Beliau dilahirkandi desa Ray, di wilayah Iran. Beliau sangat memberi tumpuankepada penulisannya di bidang akhlak. Beliau mengatakan untukmengenal akhlak yang baik, perlulah mengenal jiwa manusia dankekuatannya. Ibnu Miskawih mendefinisikan akhlak sebagai suatukeadaan jiwa yang mendorongnya untuk berkelakuan tanpa berfikirdan tanpa kaitan kognitif. Dia menggabungkan susunan daya jiwaini menurut Plato dan Aristoteles. Pengaruh al-Kindi, al-Farabidan Ikhwan ash-Shafa juga jelas terlihat di dalam susunan jiwaini. Islam amat menitikberatkan akhlak dan sahsiah yang terpuji.Peranan guru dalam menerapkan nilai-nilai murni semasa pengajarandan pembelajaran di harap dapat membentuk pelajar yang bukansahaja cemerlang di bidang akademik tetapi dalam masa yang sama,dapat menjana akhlak yang luhur dan terpuji. Guru yangmengamalkan konstruktivisme, pengajaran berpusatkan murid, dapatmerancang dan sentiasa kreatif dan inovatif serta sentiasamenambahbaik amalan pengajarannya memberi kesan yang sangatpositif kepada pelajar-pelajarnya. Motivasi, minat, sikap dankeputusan pencapaian murid akan meningkat apabila mereka seronokdengan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Penyelesaian masalah yang sukarpun akan menjadi mudah kepadamereka kerana pelajar akan lebih kreatif dan aktif dan mendorong

15

Page 16: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

pelajar ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Di harapAmalan Konstruktif Matematik (AKM) ini menjadi salah satu contohpraktis di dalam melahirkan pedagogi guru matematik yang kreatifdan inovatif dan dapat membuat penambahbaikan berterusan didalam bilik darjah selaras yang disarankan oleh Islam. Islamsebagai ad-deen merupakan satu cara hidup yang lengkap dankomprehensif mencakupi segala aspek pengendalian hidup untukindividu, masyarakat dan negara untuk mewujudkan sebuah tamadunmanusia yang sihat berasaskan keesaan kepada Allah.

AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK (AKM)

Budaya penyelidikan dan pembangunan berteraskan nilai Islam amatdigalakkan dalam Islam kerana budaya inilah yang membawa kepadakemajuan dan kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu. Budayapenyelidikan dan pembangunan ini ialah budaya yang mengkaji,meneliti dan membangunkan sains dan teknologi dan perlulahdipandu oleh nilai-nilai akhlak Islam. Amalan KonstruktifMatematik (AKM) yang dibina oleh penyelidik merupakan satu kaedahmembina sifir 2 hingga 9 menggunakan teknik didik hibur iaitumenyanyi sambil membina sifir. Setiap sifir mempunyai susunanpola nombor yang tersendiri, mempunyai rima yang berulang danpenyelidik menciptanya melalui penelitian susunan pola hasildarab. Kreativiti dan inovasi ketika pengajaran akan dapatmenjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.“Kreativiti ialahsuatu potensi. Potensi itu ada pada setiap individu. Orang yangkreatif adalah orang yang menggunakan potensi yang ada padamereka. Individu yang berlainan mempunyai potensi kreativitidalam bidang masing-masing” (Ainon & Abdullah, 1997) ms 224.Berikut adalah manual pembinaan AKM bermula daripada sifir 2hingga 9:

SIFIR 2Bagi membina sifir 2, murid akan menyanyikan 0, 2, 4, 6, 8 . Rimayang sama diulang semula 0, 2, 4, 6, 8 dan meletakkannya disebelah kanan. Murid akan menyanyikan 0, 0, 0, 0, 0 iaitu 0disebut 5 kali dan disambung dengan 1, 1, 1, 1, 1 iaitu 1 disebut5 kali, kemudian meletakkannya di sebelah kiri. Melihat kepadapola hasil darab, pada asalnya penyelidik tidak meletakkan nombor0 pada permulaan sifir, tetapi untuk mendapatkan rima yang sama,nombor 0 penyelidik letakkan di permulaan supaya mempunyai rimayang sama sewaktu pengulangan nyanyian.

16

Page 17: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

SIFIR 3Pembinaan sifir 3, bermula dengan murid akan membuat 3 garisanmenegak. Murid akan mula menyanyi mengikut turutan nombor iaitu1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 bermula dari lajur pertama menaik keatas. Kemudian, barulah menyanyikan 0, 0, 0 iaitu 0 disebut 3kali 1, 1, 1 iaitu 1 disebut 3 kali dan 2, 2, 2 iaitu 2 disebut 3kali serta diletakkan di sebelah kiri ke kanan nombor.

SIFIR 4Sifir 4 dibina dimulai dengan nyanyian 0, 6, 2, 8, 4. Rima yangsama diulang semula 0, 6, 2, 8, 4 bermula daripada kanan bahagianbawah, naik ke atas. Kemudian barulah dinyanyikan 0, 0, 1, 1, 2,2, 2, 3, 3, 4 dan diletakkan di sebelah kiri nombor. Jika dilihatpada pola nombor di sebelah kiri, pengulangan nombor pertama dankedua berlaku, apabila nombor ketiga disebut, tidak adapengulangan nombor berlaku seperti rima nombor di bawahnya.

SIFIR 5Bagi Sifir 5, murid akan menyanyikan 5, 0, 5, 0, 5, 0, 5, 0, 5,0 iaitu nombor 5 dan 0 disebut 5 kali serta diletakkan di sebelahkanan. Kemudian barulah dinyanyikan 0, 1, 1, 2, 2, 3, 3, 4, 4,5. Jika dilihat pada pola nombor di sebelah kanan, semua nomborberulang kecuali 0 dan 5.

SIFIR 6

Pembinaan Sifir 6 bermula dengan nyanyian 0, 6, 2, 8, 4 .Kemudian, rima nyanyian yang sama diulang semula dan diletakkandi sebelah kanan. Rima nyanyian sifir 6 ini sama dengan rimasifir 4. Di sebelah kirinya pula dinyanyikan 0, 0, 1, 1, 2, 3, 3,4, 4, 5. Pola nombornya semua berulang kecuali nombor 2 dan 5.

SIFIR 7

Sifir 7 mempunyai pola yang hampir sama dengan sifir 3. Dimulakandengan menyanyikan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 murid hanya perlumenyanyi mengikut turutan nombor 1 hingga 9 dan letakkannya dikotak dari kanan , atas ke bawah. Manakala nyanyian 0, 1, 2, 2,3, 4, 4, 5, 6 diletakkan dari kiri ke kanan bagi tiga baris. Polanombor yang diulang adalah nombor yang ketiga bagi setiap barisiaitu nombor 2 dan 4.

SIFIR 8

17

Page 18: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Pengulangan nyanyian rima yang sama seperti rima sifir 2 untuksifir 8 ini. Murid mula menyanyi 0, 2, 4, 6, 8 diulang sebanyak 2kali. Kemudian barulah dinyanyikan 0,1,2,3,4,4,5,6,7,8 dandiletakkan di sebelah kiri. Jika dilihat pada polanya, hanyanombor 4 yang diulang di sini.

SIFIR 9Pembinaan sifir yang paling mudah bagi sifir Sembilan. Muridhanya perlu menyanyikan nombor mengikut turutan bermula 0 hingga9 iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan letakkannya di sebelah kiri.Kemudian diulang semula nyanyian rima tadi dan diletakkan disebelah kanan.

Penyelidik menggunakan sebutan nombor di dalam Bahasa Inggeriskerana sebutannya lebih mudah. Jika menggunakan Bahasa melayu,sebutannya agak panjang, contohnya sebutan nine: di dalam Bahasamelayu: Sembilan. Di dalam AKM ini, murid hanya menyebut nomborkecil iaitu 0 hingga 9 sahaja berbanding kaedah sifir biasa yangperlu menyebut nombor besar sehingga 90 iaitu 9 x 10 = 90. Bagimemudahkan murid membuat soalan darab dan bahagi, setelah membuatsifir, murid perlu meletakkan nombor di sebelah kiri jawapansifir yang telah dibuat. Bukan sahaja murid tahu membina sifir,mereka juga perlu tahu menggunakannya bagi menjawab soalan darabdan bahagi.

18

Page 19: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Jadual 1 (AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK) Sifir 2 hingga 9

Sifir 2Turun (kanan): 0, 2, 4, 6, 8 (2X) Turun (kiri) : 0, 0, 0, 0, 0, 1, 1, 1, 1, 1 Sebutannya (lagu): * 0, two, four, six, eight (2X)** 0, 0, 0, 0, 0, one, one, one,one, one

** * 0 0 0 2 0 4 0 6 0 8 1 0 1 2 1 4 1 6 1 8

Sifir 3 Bermula dari kiri ke atas = 1, 2, 3,4, 5, 6, 7, 8, 9, 10Dari kiri melintang = 0, 1,2, 2, 3, 4, 4, 5, 6Sebutannya (lagu)= COUNT UP ONE, * one, two, three, four, five,six, seven, eight, nine** 0, 0, 0, one, one, one, two,two ,two

Sifir 4

Naik (kanan) : 0, 6, 2, 8, 4

**

0 4 0 8

19

** 0 3 0 60 9

1 2 1 5 1 8

Page 20: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

(2X)Turun (kiri) : 0, 1, 1, 2, 2, 2, 3, 3, 4Sebutannya (lagu)=* 0, six, two, eight, four (2X)** 0, 0, one, one, two, two, two, three, three, four

1 2 1 6 2 0 2 4 2 8 3 2 3 6 4 0

*

Sifir 5

Turun (kanan) : 5, 0 (5X) Turun (kiri) : 0, 1, 1, 2, 2,3, 3, 4, 4, 5Sebutannya (lagu)= *five, 0 five times = five, 0,five, 0, five,0, five,0 five, 0**0, one, one, two, two, three,three, four, four, five

** * 0 5 1 0 1 5 2 0 2 5 3 0 3 5 4 0 4 5

5 0

20

Page 21: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Sifir 6

Turun (kanan): 0,6,2,8,4 (2X)

Turun (kiri) : 0,0,1,1,2,3,3,4,4,5

Sebutannya (lagu):

* 0,six, two, eight, four (2X)

** 0,0, one, one, two, three, three, four, four, five

Hanya nombor 2 dan 5 sahaja yang tidak berulang.

** *

0 0

0 6

1 2

1 8

2 4

3 0

3 6

4 2

4 8

5 4

Sifir 7

Dari kiri melintang =

0,1,2,2,3,4,4,5,6

Bermula dari kanan ke bawah =

1,2,3,4,5,6,7,8,9

Sebutannya (lagu)=

* one, two, three, four, five, six, seven, eight, nine

** o, one, two, two three, four, four five, six.

Hanya perlu mengulang semula

21

*

** 0 7 1 42 1

2 8 3 5 4 2

Page 22: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

nombor 2 dan 4

Sifir 8

Naik (kiri) : Gandaan 2=

0,2,4,6,8 (2X)

Turun : 0,1,2,3,4,4,5,6,7,8

Sebutannya (lagu)=

COUNT UP TWO,

* 0, two, four, six, eight (2X)

** 0, one, two, three, four, four, five, six, seven, eight

Hanya 4 yang perlu diulang dua kali.

**08

1 6

2 4

3 2

4 0

4 8

5 6

6 4

7 2

8 0

*

Sifir 9

Turun (kiri) : 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9

Naik (kanan) : 1 – 8

Sebutannya (lagu)=

*one, two, three, four, five,six, seven, eight, nine

**one, two, three, four, five,six, seven, eight, nine

*0 9

1 8

2 7

3 6

4 5

5 4

6 3

7 2

8 1

9 0

**

22

Page 23: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Nota : *Nombor yang dinyanyikan ditulis dahulu**Nombor yang dinyanyikan ditulis kemudian

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK (AKM)

Islam sangat mementingkan kreativiti dan inovasi agar umat islamterus maju terutama di dalam pendidikan. Kecemerlangan tamadunterdahulu terbentuk dengan tradisi pendidikan dan keilmuan yangmantap. Rasululullah saw merupakan seorang guru yang terbaik dandidatangkan dengan pakej lengkap di dalam pendidikan dengan akhlakdan sahsiah yang mulia. Imam al-Ghazali juga menyatakan di dalamKitabnya Mizanul Amal: Orang yang mempunyai ilmu berada di dalam keadaanberikut:1. Mencari dan memanfaatkan ilmu, 2. Mencari ilmu sehingga tidak perlu bertanyalagi, 3. Memberikan wawasan ilmu dan mengajarkannya, tugas ini adalah yang termuliabaginya. Oleh itu, sesiapa yang memperoleh ilmu, kemudian memanfaatkannya danmengajarkannya kepada orang lain diumpamakan seperti matahari yang bersinar danmenyinari orang lain. Ia juga laksana kasturi yang mengharumkan dan ia sendiri harum.(Abdul Salam, 2003)Pengajaran guru adalah merupakan ibadah dandiharap dapat menerapkan nilai-nilai akhlak Islam di dalam bilikdarjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik namakan inisebagai Amalan Konstruktif Matematik (AKM). Murid-murid perludidedahkan kepada teknik-teknik dan peraturan yang tepat dan mudahsecara beransur-ansur. Murid diberi penekanan dengan cara menghafalsiri nombor, tambah berganda, melagukan sifir di dalam BahasaInggeris dan cara penulisan sifir. Murid seterusnya diberikan latihtubi membuat AKM ini secara konsisten. Ini dapat membantu murid-murid yang tidak dapat menghafal sifir menggunakan teknik yang lamadan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaranmatematik. Aktiviti pengajaran menggunakan AKM:1. Guru menggunakan CD EKSPLORASI SIFIR semasa pengajaran2. Guru menyanyikan lagu sifir.3. Guru mengajar murid menyanyi secara berulang-ulang.4. Setelah murid dapat menguasai nyanyian, guru akan mengajar kaedah

membina sifir 2 hingga 9 secara bertulis (menyanyi sambil membina sifir).5. Guru membuat membuat bimbingan kepada pelajar yang lemah.6. Guru menerangkan cara penggunaan jadual sifir (meletakkan nombor

di sebelah jawapan sifir bagi menjawab soalan darab dan bahagi).7. Guru menguji penguasaan murid dalam penggunaan sifir .8. Guru memberikan latih tubi, pengukuhan dan kuiz secara bertulis

dan congak.

Murid-murid perlu menyebut nombor menggunakan Bahasa Inggeris,melagukannya sambil menulis seperti AKM di atas. Semasa PdP muridbukan hanya diajar cara membina sifir, tetapi cara penggunaannya

23

Page 24: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

juga. Guru juga boleh meminta murid meletakkan nombor 1-10 di padasifir yang telah dibina untuk memudahkan murid mendapatkan jawapanbagi soalan berbentuk darab atau bahagi.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Sains dan Teknologi adalah bidang ilmu penting yang perlu dikuasaidi dalam Pendidikan Alaf 21. Penggunaan ilmu sains dan teknologiamat penting bagi umat Islam sebagai Khalifah mentadbir alam inidengan baik dipandu dengan nilai akhlak yang digariskan dalam Islam.Firman Allah “ Kalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan kepada umat manusia(iaitu agar) kalian menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah daripada berbuatkemungkaran (Surah Ali Imran: 110). Justeru, umat islam perlumengorak langkah memperlengkapkan diri dalam segenap bidang ilmupengetahuan dan seterusnya mempertingkatkan kemampuan membangunkansains dan mencipta teknologi sendiri. Guru dan pelajar perlulahmahir di dalam penggunaan teknologi, celik Teknologi Maklumat,berkemahiran menghasilkan produk berteknologi tinggi, seiring denganhasrat pendidikan agar kita bukan sahaja tahu mnggunakan teknologi,tetapi dapat mencipta/membangunkan teknologi sendiri. Penyelidiktelah menyediakan CD EKSPOLASI SIFIR untuk memudahkan pengajaranAmalan Konstruktif Matematik (AKM) di dalam bilik darjah menggunakanppt power point presentation. Di dalam CD ini mengandungi nyanyian sifir 2hingga 9 yang boleh didengar berulang kali oleh para pelajar. Manualpembinaan sifir juga ada diletakkan untuk memudahkan pelajar yangbaru menguasainya dan pelajar yang lemah mengikuti langkah-langkahpembinaan sifir. Tambahan lagi, latih tubi darab dan bahagi secarainteraktif juga disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada parapelajar. Guru membawa murid ke makmal komputer untuk menggunakan CDEKSPLORASI SIFIR (Gambarajah 1) dan juga membenarkan muridmembawanya pulang ke rumah selama seminggu. Penggunaan teknologi ICTseperti ini menjadikan pelajar lebih celik IT dan diharapkan dapatmenarik minat murid terhadap subjek matematik.” Kehadiran Teknologi,terutama teknologi eletronik seperti kalkulator dan komputer telahmenukar fungsi pengajaran dan pembelajaran matematik kerana iamembekalkan satu tapak bagi mempercepatkan dan mempelbagaikanaktiviti dan bentuk persembahan. Dengan penggunaan teknologi,pelajar berupaya berkomunikasi dan membantu dalam penyelesaianmasalah” (Noraini, Ester Gnanamalar, & Rohaida, 2004)ms 36-37.

24

Page 25: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Gambarajah 1: Contoh aktiviti di dalam CD EksplorasiSifir

25

Page 26: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

KESIMPULAN

Tokoh-tokoh ilmuan islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Khindi dan OmarKhayyam memberi sumbangan yang cukup bernilai bukan sahaja di dalambidang matematik tetapi dalam pelbagai disiplin ilmu yang lainseperti falsafah, astronomi, perubatan, geografi, muzik,kesusasteraan, agama , fizik dan psikologi telah memberikansumbangan kepada kemajuan kemanusian sama ada dalam tamadun islamdan juga tamadun barat . Hasil karya agong mereka masih relevan danmasih dijadikan rujukan sehingga ke hari ini. Semoga ilmupengetahuan ini dapat menjadi rujukan dan idola kepada gurumatematik agar dapat mempraktiskan amalan ini secara kreatif daninovatif di dalam pengajaran dan pengajaran. Amalan KonstruktifMatematik (AKM) ini di harap dapat memberikan sumbangan kepada gurumatematik supaya lebih kreatif dan inovatif dan dapat memperbaikiamalan pengajaran dan dapat mengaplikasikan teknik ini di dalambilik darjah masing-masing serta dapat membuat penambahbaikanberterusan di dalam bilik darjah. Selepas aktiviti ini dibuat,murid-murid sudah pandai membina sifir 2 hingga 9 dan mereka jugatahu menggunakannya bagi menyelesaikan soalan darab dan bahagi.Murid-murid di sekolah rendah sukakan aktiviti nyanyian dan pelbagaiaktiviti menarik. Islam amat menggalakkan guru yang kreatif daninovatif terutama ketika mengajar subjek matematik yang dianggapsukar oleh kebanyakan murid. Guru matematik bertanggungjawabmemastikan pelajar-pelajarnya menguasai konsep dan pembelajaran didalam bilik darjah supaya mereka dapat menyelesaikan pelbagaimasalah yang berkaitan dalam kehidupan mereka. Pedagogi yang kreatifdan berinovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perluditerapkan supaya dapat menarik minat pelajar dan penambahbaikanamalan pengajaran guru sentiasa dapat ditingkatkan. Matematikmerupakan satu pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah, jikapelajar minat dan menyukainya. Pelbagai strategi dalam penyelesaianmasalah matematik boleh digunakan oleh pelajar dan ini dapatmelahirkan pelajar yang kreatif, mampu membuat keputusan denganbijak dan berfikir secara kritis sekaligus dapat menjana KemahiranBerfikir Aras Tinggi (KBAT). Kebijaksanaan dan kecemerlangan gurudalam bilik darjah amat diperlukan untuk menjadikan pengajaran danpembelajaran berkesan dan efektif. Amalan refleksi guru juga sangatmembantu di dalam membuat penambahbaikan berterusan di dalam bilikdarjah. Islam amat mementingkan pembangunan dan penambahbaikandalam setiap aspek kehidupan. Penemuan para tokoh ilmuan Islam didalam pelbagai bidang, menunjukkan kebesaran penciptaan Allah, lebihmendekatkan kita kepada Allah dan umat Islam dapat mengamalkannya di

26

Page 27: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

dalam kehidupan seharian berpandukan nilai-nilai akhlak Islam.Justeru, usaha yang gigih dan bersepadu daripada semua pihak sangatdiperlukan untuk memastikan pelajar kita cemerlang bukan sahaja didalam bidang akademik tetapi juga akhlak dan sahsiahnya.

RUJUKAN

Abdullah, H., & Ainon, M. (2009). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah

(Cetakan Keenam ed.). Batu Caves, Kuala Lumpur: Percetakan

Zafar Sdn. Bhd.

Abdul Razak, I., & Anis, K. K. (2011). Pembangunan perisian

berpandukan komputer (PBK) matematik Tingkatan Satu bertajuk

luas. Journal of science and mathematics Educational, 2, 67-78.

Abu Bakar, N. (2013). Kurikulum ke arah penghasilan kemahiran

berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 10-17.

Akhmad, J. (2013). Description of Mathematical Creative Thinking

and Reasoning Ability of SMP Students in Islamic Culture-Based

Learning. International Journal for Educational Studies (EDUCARE), 6(1), 81-90.

Abdul Halim, R. (1965). Memahami Islamisasi ilmu dari Pemikiran Prof Ismail Ragi

Al-Faruqi. Subang Jaya: Pusat penerbitan Universiti (UPENA).

Abdul Salam, Y. (2003). Imam Al-Ghazali: Pendidikan Berkesan. Klang,

Selangor: Utusan Publications and Distributions Sdn Bhd.

Ainon, M., & Abdullah, H. (1997). Seni berfikir kreatif (Cetakan kedua

ed.). Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd.

Al Ustadz Ing Abdul Razak, N. (1999). Tokoh-tokoh cendekiawan Muslim:

Kalam Mulia Jakarta.

Amstrong, T. (2003). You're smarter than you think- A kids's Guide to Multiple

Intelligences. Canada: Free Spirit Publishing Inc.

Budi, Y. (2005). Ilmuan Islam Pelopor Sains Moden Sesi 1: Jabir Ibn Hayyan, Al-Jahiz,

Al-Farghani, Al-Khawarizmi. Jakarta Timur: Pustaka Qalami.

27

Page 28: inovasi pedagogi matematik sekolah rendah: TEORI DAN amalAn konstruktif matematik (AKM) dari perspektif islam

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences- New Horizons (cetakan 2006 by

Howard Gardner ed.). New York: Basic Books-A Member of the

Persues Books Group.

Khairul Azmi, M., Salleh, S. M. S. S. M., & Ismail, N. (2010). Ke

arah Umat Hadari. Kuala lumpur: univision Press Sdn Bhd.

Noraini, I., Ester Gnanamalar, S. D., & Rohaida, M. S. (2004).

Teknologi dalam pendidikan sains dan matematik (Cetakan pertama ed.).

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Riza, S. (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun: Suatu

Kajian Terhadap Elemen-Elemen Kemasyarakatan Islam [BP174. S984 2008 f rb].

Universiti Sains Malaysia.

Sucipto, H. (2008). The Great Muslim Scientist: Pemikiran & Penemuan 22 ilmuan

Muslim Kebanggaan Dunia. Jakarta Selatan: Grafindo Khazanah Ilmu.

Sufean, H. (2004). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia -Teori dan analisis

(Cetakan kedua ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

28