-
PENGENALAN Kita telah pun memahami konsep estetika melalui topik
sebelum ini. Sekarang mari kita dalami pula konsep seni visual dan
apresiasinya. Seni merupakan satu bentuk perluahan yang tinggi
nilai estetikanya. Malahan, menurut bidang psikologi seni merupakan
santapan jiwa. Sejak dahulu lagi seni berfungsi sebagai satu sumber
interaksi dan berhubung sesama manusia. Hasil dan produk seni
adalah hasil pengumpulan idea, perluahan emosi dan perasaan
sehingga terhasilnya karya seni yang mampu dibanggakan. Keperluan
seni sebenarnya merangkumi kehidupan kita. Penggunaan peralatan di
dalam rumah, susunan perabot, pemilihan warna pakaian, perhiasan
diri merupakan contoh apresiasi seni di sekeliling kita. Setiap
hasil seni yang terhasil mempunyai kaitan dengan falsafah
masyarakat.
TTooppiikk44 Seni Visual dan Apresiasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan
konsep apresiasi seni visual; 2. Membezakan cabang-cabang seni
visual; dan 3. Mengadaptasi seni kegunaan.
-
TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 47
Rajah 4.1: Balai Seni Lukis Negara sebagai sumber seni lukis
yang utama di Malaysia
Sumber : www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=46
4.1 KARYA SENI DAN APRESIASI (a) SSeni Visual Apakah yang anda
faham mengenai seni visual? Seni visual atau seni tampak adalah
karya yang dapat dinilai dengan mata. Seni visual kian mendapat
tempat di hati masyarakat Malaysia. Setiap karya seni tempatan
mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah masyarakat malahan
mempunyai nilai estetika Melayu yang begitu tinggi.
Menurut Muliyadi Mahmood:
Seni mempunyai hubungan dengan masyarakat dan biasanya ia
memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni, kita
perlu memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan
masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri luaran dan dalaman seni saling
berhubungan serta sama-sama penting dalam mengetengahkan
perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar untuk
dipisahkan.
Sumber : Petikan dari buku Falsafah dan Kritikan Seni
Apakah keperluan apresiasi seni dalam penghasilan produk
penggunaan seperti perabot, lanskap dan sebagainya? Bincangkan.
AKTIVITI 4.1
-
48 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI
Simbol yang dipaparkan dalam karya seni pelukis-pelukis tempatan
adalah fakta kepada bangsa Melayu. Menurut Mohd Johari Ab. Hamid,
sirih dan pinang misalnya menjadi inti pati kepada nilai istiadat
masyarakat Melayu. Keduanya merupakan elemen yang lazim digunakan
dalam pelbagai istiadat Melayu seperti majlis perkahwinan, majlis
melenggang perut, upacara menyambut bayi, menyambut tetamu orang
kenamaan dan sebagainya. Sirih dan pinang begitu akrab dalam budaya
dan masyarakat Melayu. Di antara pelukis yang banyak menghasilkan
karya yang berkaitan dengan sirih ialah Kusyerie Abdul Jabar dan
Anita Abdul Aziz. Karya Kusyerie Abdul Jabar bertajuk Pinang
Dibelah 2 di olah warna cat akrilik. Objek-objek pinang terletak
dengan baik dan menarik. Walaupun ianya karya abstrak, namun
imejnya masih terserlah dan dapat dikenal pasti. Kusyerie memberi
gambaran mempertahankan adat budaya dan aturan masyarakat yang
menjadi rukun dalam nilai budaya Melayu. Mari kita amati karya ini
melalui Rajah 4.2 di bawah.
Rajah 4.2: Karya Pinang dibelah Dua oleh Kusyerie Jabar. 2003 .
Akrilik. Manakala Bertemu Kasih karya Anita Abdul Aziz mendekatkan
penghayat seni kepada nilai kesopanan dan jati diri wanita Melayu.
Elemen yang halus, lemah lembut serta sopan santun amat nyata dalam
karya-karyanya. Pengawalan dan pengolahan warna kelihatan segar
menggambarkan kesabaran pelukis sendiri. Sila lihat Rajah 4.3.
-
TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 49
Rajah 4.3: Karya Bertemu Kasih oleh Anita Abdul Aziz. 2003 .
Akrilik.
Karya seni dihasilkan untuk dihayati masyarakat. Feldman (1981)
menyatakan bahawa, seni itu berfungsi untuk masyarakatnya.
Seni merupakan karya yang berperanan menyampaikan perkara yang
berkaitan dengan aspek-aspek di dalam sesebuah masyarakat. Seni
ialah pernyataan perasaan masyarakat dan penghayat seni adalah
sasaran seniman untuk berkomunikasi tentang idea, falsafah dan
pandangannya sendiri.
Menurut Syed Ahmad Jamal:
Pada asasnya seni ialah suatu bentuk pengantaraan yang
diwujudkan khusus untuk diamati melalui deria dan daya gambaran.
Kalau dilihat kesan ekspresionisme yang utama ialah nilai-nilai
emosi dan mistik yang melahirkan perasaan dan deria sebagai suatu
bentuk perantaraan yang menyampaikan perasaan yang tegas.
Sumber : Petikan dari buku Falsafah dan Kritikan Seni
Penglibatan masyarakat yang bertindak sebagai agen perubahan dalam
kelompok mereka sendiri menjurus kepada perkembangan seni yang
baik.
(b) PProduk Industri
Bagaimana harus kita kaitkan seni visual dengan produk industri?
Pengiklanan produk industri amat penting untuk tujuan pemasaran
kerana ia melibatkan produk penggunaan dalam kehidupan seharian.
Masyarakat harus percaya dengan apa yang mereka lihat untuk
menjamin keberkesanan iklan produk industri. Produk Industri
terdiri dari barang makanan, pakaian, peralatan rumah
-
50 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI
dan sebagainya. Setiap produk industri yang dipasarkan mestilah
mampu memenuhi kehendak-kehendak pengguna.
Setiap hasil produk yang dipasarkan perlu membentuk sikap
positif orang ramai terhadapnya juga perlu mempunyai daya tarikan
yang dinamik serta mempunyai khalayak sasarannya sendiri. Setiap
produk baru yang terhasil memerlukan satu bentuk promosi melalui
media massa seperti televisyen, radio, akhbar, majalah, risalah dan
sebagainya.
Rajah 4.4: Contoh produk industri
Sumber :
http://web7.bernama.com/bernama/newspic/re/KL05_130608_AGROMAS (c)
KKraf Di antara contoh seni kraf tradisional adalah seperti labu
sayong, seni batik, anyaman, seni tenunan, ukiran kayu dan
sebagainya. Kemahiran untuk menghasilkan karya seni ini adalah satu
kebanggaan dan keistimewaan yang harus dipertahankan. Lihat sahaja
seni keris yang dihasilkan sebagai simbolik kekuatan kaum lelaki
Melayu. Namun, seni warisan yang menjadi tunggak dan pusaka warisan
ini telah hilang ditelan zaman. Keris hanya digunakan di dalam
istiadat-istiadat tertentu sahaja.
Selain keris, seni tembikar seperti labu sayong sangat terkenal
di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. Seni warisan labu
sayong dikatakan bermula dari zaman Pra Sejarah. Tembikar tanah
berbentuk labu, geluk dan buyung ini juga dijadikan bahan keperluan
harian. Ia berfungsi sebagai tempat menyimpan air dan digunakan
oleh semua kelompok masyarakat termasuk golongan bangsawan.
-
TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 51
Rajah 4.5: Contoh kraf Melayu Labu sayong dan tekat benang emas.
Sumber : infokualakangsar.com/produk-k-kangsar.php.
4.2 SENI VISUAL DAN APRESIASI
(a) SSeni Pementasan Tradisional Seni pementasan yang merangkumi
bidang tarian, muzik dan teater turut meliputi bidang ritual dan
perubatan. Persembahan ritual berbentuk tarian dan teater, memuja
semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku
kaum. Di perkampungan orang asli puak Temiar di Semenanjung,
terdapat tiga jenis tarian untuk upacara tertentu. Tarian tersebut
membawa makna tersirat seperti tanda kesyukuran selepas menuai
padi, membuka tanah baru dan menandakan selesai waktu berkabung.
Setiap tarian dinyanyikan oleh Halak atau bomoh yang berbeza
mengikut keperluan upacara. Bagi masyarakat
Berdasarkan karya Siri Tari oleh Yusof Ghani ini, bincangkan
apresiasi seni yang hendak disampaikan kepada masyarakat.
AKTIVITI 4.2
-
52 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI
Melayu Kelantan, tarian makyong berfungsi mengubati pesakit
dalam upacara yang dikenali sebagai main puteri. Tarian Menora pula
dikaitkan dengan agama Buddha yang kebiasaannya dipersembahkan
untuk upacara keagamaan, contohnya ketika merayakan sebuah
berhala.
(b) SSeni Filem Penghasilan filem di Malaysia banyak dipengaruhi
Hollywood. Secara tidak langsung, seni Barat ini telah menjejaskan
seni persembahan tradisi di Malaysia. Filem yang dihasilkan di
Malaysia seharusnya mempunyai gambaran masyarakat Malaysia sendiri
bagi memberikan gambaran semangat bersatu padu di kalangan bangsa.
Anda pasti ingat, suatu ketika dahulu, cogan kata Filem Kita Wajah
Kita telah dipraktikkan di kalangan penggiat seni. Namun mampukah
ia terus bertahan? Persoalan demi persoalan timbul apabila filem
Malaysia terikut-ikut gaya Barat.
Rajah 4.6: Contoh seni filem poster daripada filem Cinta Sumber
:
http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=
130845489 (c) SSeni Fotografi Fotografi adalah satu proses
merakam imej pergerakan dalam bentuk filem. Ia banyak digunakan
dalam pelbagai tujuan sama ada perniagaan, sains, seni mahupun
hobi. Fokus fotografi dan seni lukis adalah sama kerana ia
memerlukan satu bentuk imaginasi untuk menghasilkan karya yang
unik. Cuma bidang fotografi memerlukan seorang jurukamera yang
mampu menilai dan merakam imej dengan tajam dan penuh
kesempurnaan.
-
TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 53
Jurukamera yang baik akan menghasilkan imej dengan pantas kerana
mereka tahu akan teknik komposisi yang menarik. Jurukamera banyak
menggunakan imaginasi walaupun kini banyak dibantu oleh perisian
komputer seperti Photoshop untuk mendapat hasil kerja yang lebih
baik.
Rajah 4.7: Contoh seni fotografi - lanskap Sumber :
http://www.fotografi.com.my/photo.php?id=26
4.3 SENI KEGUNAAN DAN APRESIASI (a) SSeni Bina Kamus Longman
mendefinasikan seni bina sebagai sesuatu struktur reka bentuk,
contohnya seni bina bangunan. Seni bina di Malaysia bermula dari
rumah-rumah pokok, kemudiannya terletak di paras bumi. Kelong,
rumah-rumah rakit dan rumah bertiang di gigi air adalah seni bina
air. Bangunan di darat pula terdiri daripada balai, wakaf,
salai-kelapa, kepok padi dan juga rumah-rumah berkolong tinggi
hinggalah sampai ke "rumah bawah". Namun begitu evolusi seni bina
tradisional sukar ditentukan kerana bahan binaannya mudah hancur
dan tidak meninggalkan kesan-kesan untuk sebarang kajian
arkeologi.
Seni pementasan yang melibatkan seni tari, muzik dan sebagainya
telah dihasilkan untuk tujuan-tujuan tertentu sama ada sebagai
tujuan ritual atau hiburan sahaja. Daripada penyataan tersebut,
bincangkan tujuan dan apresiasi seni tarian Dabus yang terkenal di
negeri Perak.
AKTIVITI 4.3
-
54 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI
Kehalusan seni bina tradisional di Malaysia terdapat pada rumah
Melayu, yang mempunyai prinsip tersirat dan bukan hanya pada
ukiran-ukiran atau kerawang-kerawangnya. Seni bina Melayu ini
kelihatan konsisten dan tidak banyak berubah kerana ia berdasarkan
daripada persekitaran hidup masyarakat sendiri.
Rajah 4.8: Contoh seni bina rumah Melayu Sumber:
http://jps.melaka.gov.my/Daerah/jasin/tradisional.gif
(b) SSeni Taman Seni Taman merupakan perancangan dan penyusunan
untuk menghiasi ruang persekitaran melibatkan alam sekitar.
Perancangan seni taman ini melibatkan penyusunan unsur alam
semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tanah dan batu dengan objek
buatan manusia seperti kerusi, arca dan sebagainya. Kesesuaian
susunan ini adalah untuk menimbulkan gambaran yang cantik, selesa,
bersih dan kemas bagi tujuan istirahat. Malahan penyusunan seni
taman ini juga akan membantu untuk mengurangkan hakisan tanah dan
juga pencemaran.
Setiap seni taman mempunyai imej gambaran estetika kerana ia
mampu menimbulkan suasana dan gambaran yang diingini. Gambaran seni
taman yang bergunung-ganang dikatakan akan menimbulkan perasaan
gagah berani, ghairah, gembira serta sunyi dan sepi. Manakala seni
taman yang rata dan luas akan menimbulkan perasaan bebas, terbuka
dan tidak berkeputusan malahan menimbulkan rasa bosan dan tidak ada
perubahan. Sila rujuk Rajah 4.9 untuk contoh seni taman.
-
TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 55
Rajah 4.9: Contoh seni taman Sumber:
www.bharian.com.my/.../20080518135356/Article/
www.hmetro.com.my/.../indexv_html?query_start=1 (c) SSeni Hiasan
Dalaman Seni hiasan dalaman merupakan satu proses perancangan
menyusun dan menghiasi sesuatu ruang. Dalam menghasilkan penyusunan
ruang dalaman beberapa aspek perlu diambil kira seperti fungsi,
cita rasa dan tabiat pengguna. Selain daripada itu, ruang juga
merupakan faktor penting untuk mewujudkan suasana selesa dan ceria.
Pemilihan warna dan perabot memainkan peranan penting. Warna cerah
membantu memberikan gambaran keadaan bilik yang luas, manakala
warna yang gelap menjadikan bilik kelihatan padat dan kecil.
Dikatakan bahawa warna seperti kelabu, putih, kuning air dan putih
susu akan menimbulkan lagi keadaan bilik yang damai, sepi, sunyi
dan tenang. Setiap ruang akan mempunyai perbezaan dari segi
penggunaan perabot dan warna yang sesuai. Warna yang lembut lebih
sesuai digunakan dalam ruang bilik tidur kerana suasana ketenangan
diperlukan untuk beristirahat. Mari kita rujuk Rajah 4.10.
-
56 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI
Rajah 4.10: Contoh seni hiasan dalaman Sumber:
inspirasidekorasi.blogspot.com/2008/08/kids-b...
blog.interiorkantor.com/.../
Anda perlu mencari 1 karya seni Barat dan 1 karya seni tempatan.
Hasilkan satu apresiasi seni mengikut sudut pandangan masyarakat
itu sendiri. Apabila sudah selesai menghasilkannya anda perlu
mengadakan perbincangan dengan rakan anda dan perdengarkan
apresiasi yang telah anda hasilkan.
AKTIVITI 4.4
-
TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 57
Seni visual seperti yang pernah kita bincangkan di topik-topik
sebelum ini, merupakan karya seni yang hanya dapat dinilai oleh
pandangan mata. Sesuatu benda yang dilihat melalui mata akan
menerbitkan perasaan. Jika yang dilihat itu indah, maka keindahan
itu akan diterjemahkan dengan perasaan. Begitu juga dengan
apresiasi seni visual. Ia merupakan satu penghargaan terhadap karya
seni yang indah contohnya, lukisan, alat perabut, produk industri
dan kraftangan.
Seni visual juga boleh dihargai melalui cabang-cabang seni lain
seperti:
(a) Seni pementasan; (b) Seni perfileman; dan (c) Seni
fotografi.
Seni visual juga boleh dikategorikan sebagai karya yang
mempunyai kegunaan. Antara karya atau hasil seni yang mempunyai
kegunaan adalah seperti senibina, seni taman dan seni hiasan
dalaman. Seni bina contohnya rumah atau pejabat kebiasaannya
digunakan untuk tujuan tempat tinggal atau tempat bekerja. Seni
taman, berfungsi sebagai hiasan dan pemeliharaan flora. Seni hiasan
dalaman pula berfungsi sebagai kaedah perhiasan rumah agar
kelihatan lebih menarik.
Apresiasi Seni visual Masyarakat Seniman Produk industri Seni
Pementasan Fotografi
Seni taman Seni bina Seni hiasan dalaman Kraf
RUMUSAN
-
58 TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI
RUJUKAN
Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof.
Madya Iberahim Hassan. (2003).
Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysian Art from the
Ppioneering Era to Pluralist Era (19430s -1990s). Utuisan
Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007
Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi
Sdn.Bhd.
Senibina Tradisional: Adakah Mungkin Satu Arkitektur Darinya?
Dari Perantara, Jun 1984, ms-20-22. http://www .hbp. usm.
my/wburhan/arkitektursbina.htm
What is Photography? 2007 http://www.kenrockwell. com/tech/
what-is-photography. htm
Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).
Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysian Art from the
Ppioneering Era to Pluralist Era (19430s -1990s). Utuisan
Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007
RUJUKAN
-
TOPIK 4 SENI VISUAL DAN APRESIASI 59
Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi
Sdn.Bhd.
Senibina Tradisional: Adakah Mungkin Satu Arkitektur Darinya?
Dari Perantara, Jun 1984, ms-20-22. http://www.hbp. usm.my/
wburhan/arkitektursbina.htm
What is Photography? 2007
http://www.kenrockwell.com/tech/what-is-photography.htm