Falsafah Kesenian dan Konsep estetika
Falsafah Kesenian dan
Konsep estetika
PengenalanPengenalan
Kesenian berkaitan dengan perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan serta kehalusan.
Baik, Indah, menarik
PengenalanPengenalan
Perkataan ‘art’ atau seni ini juga asalnya bermaksud kemahiran, kebolehan atau ketukangan.
Justeru itu falsafah kesenian dapat kita definisikan sebagai pengetahuan atau ilmu tertinggi yang dimiliki oleh seseorang individu yang berkaitan dengan bidang kesenian yang meliputi pelbagai cabang dan aspek ini.
Falsafah KesenianFalsafah Kesenian
Pengertian kesenian secara umum adalah sesuatu yang mempunyai nilai kebaikan dan mempunyai fungsi dan kepentingan bagi masyarakat dan boleh dijadikan kebanggaan dari segi nilai budaya
Kesenian juga tidak hanya menjurus pada bentuk hiburan semata-mata dan ianya bukan sesuatu yang boleh dijual beli dan ditukarkan dengan material.
Falsafah KesenianFalsafah Kesenian
Terdapat dua faktor yang bersifat sejagat yang harus dimiliki oleh semua objek kesenian.
Pertama,objek kesenian yang terbentuk akibat keupayaan manusia menganjal dan memanipulasikan bahan dan idea.
Objek-objek yang terbentuk hasil daripada manipulasi bahan ini mencakupi catan dan lukisan,seni arca dan ketukangan,seni bina dan reka bentuk.
Sambungan..Sambungan..
Kedua,terdapat objek seni yang bergantung kepada bentuk bukan meterial
Contohnya adalah seperti sastera, drama, muzik dan tarian.
Pandangan tokoh tentang falsafah Pandangan tokoh tentang falsafah keseniankesenian
PLATO - seni merupakan satu kegiatan peniruan -pelukis dan penyair menghasilkan
karyanya dengan meniru bentuk objek-objek tertentu yang mana merupakan hasil daripada peniruan bentuk tipa yang abadi.
-contohnya lukisan kerusi hanyalah gambaran yang menyerupai objek kerusi yang dibuat oleh tukang kayu tersebut bukanlah objek kerusi itu sebenarnya.
PlatoPlato
-manakala objek kerusi yang dihasilkan oleh tukang kayu pula adalah daripada bentuk tipa induk kerusi yang dihasilkan oleh tuhan
-Plato beranggapan bahawa seni bukanlah sumber pengetahuan
-bagi plato hanya ahli falsafah yang boleh menjadi sumber pengetahuan moral dan hanya mereka yang mahir dalam sesuatu bidang boleh jadi sumber pengetahuan tentang kemahiran bidang tersebut.
AristotleAristotle
Merupakan ahli falsafah Yunani (384-322 SM)
Awalnya sokong pendapat Plato bahawa seni itu satu peniruan
Walaubagaimanapun, beliau berpegang teguh bahawa dunia bentuk dan dunia pancaindera tidak dapat dipisahkan.
AristotleAristotle
Tidak seperti Plato,beliau tidak pandang rendah kepada seni yang tiru dunia pancaindera.
Manusia merupakan makhluk yang paling kreatif dengan mulakan proses pembelajaran melalui aktiviti peniruan
Seni peniruan digolongkan kepada dua -seni meniru objek yang dilihat dengan
menggunakan warna dan lukisan -seni meniru aksi manusia.
Sambungan…Sambungan…
Menurut Aristotle, sememangnya penyair yang menulis tentang strategi ketenteraan bukanlah orang yang pakar dalam kemahiran tersebut tetapi penyair tersebut memahami resmi manusia untuk menulis puisi tentang perkara tersebut. Tanpa pengetahuan sebenar tentang prosedur psikologi, penyair akan gagal menghasilkan sebuah karya yang baik.
Oleh sebab itu beliau mengatakan kandungan puisi bukanlah khayalan semata-mata seperti pendapat Plato
Clive BellClive Bell
Ahli falsafah seni ‘klasik moden’.Bukunya yang terkenal ialah art(1913) yang memperkenalkan ungkapan segnifikan form.(bentuk bewarna)
Bell berpendapat semua sistem estetik wujud daripada pengalaman peribadi
Apabila menatap sebuah lukisan akan timbul perasaan atau emosi yang khas
Emosi khas ini disebut emosi estetik iaitu satu emosi khusus yang hanya dialami oleh mereka yang peka kepada sifat tertentu yang wujud pada karya seni
Clive BellClive Bell Pengalaman emosi yang wujud daripada
karya seni adalah dalam bentuk yang bermakna dan bersifat subjektif.
Ia bergantung kepada perasaan masing-masing.
Ahli-ahli dalam bidang seni mengatakan bahawa mereka mengalami emosi estetik semasa berhadapan dengan karya seni.
Karya yang dapat lahirkan emosi estetik menjadi berharga dan bernilai tinggi.
Leo TolstoiLeo Tolstoi
tidak setuju dengan pendapat seni merupakan aktiviti manusia yang hasilkan sesuatu yang indah
Setiap orang mempunyai pandangan sendiri terhadap sesuatu yang indah
Seni dapat menyatukan perasaan antara manusia dengan manusia lain.
Seni adalah ungkapan perasaan seniman yang disampaikan kepada orang lain agar mereka merasai apa yang dirasakannya.
Sekiranya karya seni seseorang seniman hanya diterima oleh orang tertentu sahaja maka karya itu bukan karya seni.
Nilai seni bergantung kepda besar atau kecil kejujuran seseorang seniman.Nilai kejujuran perasaan ini dapat dikongsi dengan khalayak.
Tujuan seni adalah untuk jadikan hidup seseorang itu sempurna.
Seni dapat bentuk manusia menjadi sempurna baik secara jasmani, spiritual,psikologi dan sosial.
Seni terlalu universal kerana mampu menyatakan perasaan manusia dan mendekatkan manusia kepada tuhan.
Oleh itu, seni bukan beri keindahan sempurna, menyenangkan dan memuaskan manusia tetapi menjadikan manusia sempurna sebagai manusia.
Konsep estetikaKonsep estetika Estetika berasal daripada perkataan
Greek iaitu aisthetikos yang bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan deria pengamatan.
Estetika didefinisikan sebagai ilmu tentang kehidupan dalam seni dan alam semester, berhubung dengan watak, keadaan dan persesuaian dengan hukum.
Estetika juga boleh didefinisikan sebagai estetik yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni.
Alexander BaumgartenAlexander Baumgarten Perkataan estetika mula diperkenalkan
oleh Alexander Baumgarten (1714 – 1762) yang merupakan ahli falsafah Jerman pada tahun 1735.
Beliau mengatakan bahawa keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah atau sebaliknya.
Beliau juga menggunakan perkataan estetika ini untuk merujuk kepada kritikan citarasa yang dipertimbangkan sebagai suatu bidang sains atau falsafah.
George Wilhelm Friedrich George Wilhelm Friedrich HegelHegel George Wilhelm Friedrich Hegel
(1770 – 1831) merupakan ahli falsafah Jerman banyak membentuk dan memperkemaskan pengertian estetika.
Hegel sering menggunakan perkataan estetika semasa beliau merujuk kepada tulisan-tulisannya tentang seni.
Giambatista VicoGiambatista Vico
Giambatista Vico merupakan seorang ahli estetika Itali pada abad ke-18, menyatakan bahawa mata dan telinga merupakan dua deria penilai estetika.
Kedua-duanya mestilah menglibatkan proses imaginasi seseorang.
Proses imaginasi ini wujud sebagai reaksi seseorang apabila menikmati sesuatu karya seni.
KesimpulanKesimpulan Kesenian merupakan satu istilah yang
luas untuk dibincang dan dikaji. Perbincangan dan kajian yang dibuat
tidak semestinya memberi jawapan tepat mengenai kesenian yang bersifat global.
Estetika pula merupakan satu konsep yang agak lewat kelahirannya dalam falsafah
Ia wujud akibat daripada kerancakan perbincangan tentang teori keindahan dan juga teori seni