Utama W arta BERITA SEGENAP DUNIA SEMENANJUNG RM 1.00 SABAH/SARAWAK RM 2.00 14 . 08 . 2012 K.L SENTRAL TERBAKAR - 2 OPERASI MARIKH BERMULA - 20 ITALI DI ‘GANYANG’ - 30 U kraine : Selepas kempen mereka diselubungi dakwaan permainan penguasaan mereka mencetuskan kebosanan, La Roja me- ningkatkan permainan mereka di perlawanan akhir dan melenyap- kan kritikan tersebut. Sepanyol melangkah ke perlawanan akhir selepas dilihat hilang kekebalannya. Kehilan- gan penjaring terban- yak sepanjang zaman, David Villa telah men- jejaskan persiapan. Del Bosque dilihat kesuli- tan mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan dengan mengimbangi pemili- han penyerang dengan penuh teliti bagi men- cari penyerang yang terbaik untuk menggan- tikan David Villa. Dalam persembahan kreatif, penuh lancar dan persembahan taktikal yang ketara, Sepanyol mencipta sejarah den- gan memenangi per- lawanan akhir dengan jaringan 4 - 0 keatas Itali. Dengan perse- mbahan sang juara yang sebenar, pasukan bimbingan Vicente Del Bosque ini menjadi pasukan Eropah yang pertama memenangi tiga kejuaraan utama secara berturut dan yang pertama berjaya mempertahankan ke- juaraan mereka. SEPANYOL MENCIPTA SEJARAH !!! SELASA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
diselubungi dakwaan permainan penguasaan mereka mencetuskan kebosanan, La Roja me-ningkatkan permainan mereka di perlawanan akhir dan melenyap-kan kritikan tersebut. Sepanyol melangkah ke perlawanan akhir
selepas dilihat hilang kekebalannya. Kehilan-gan penjaring terban-yak sepanjang zaman, David Villa telah men-jejaskan persiapan. Del Bosque dilihat kesuli-tan mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan dengan mengimbangi pemili-han penyerang dengan
penuh teliti bagi men-cari penyerang yang terbaik untuk menggan-tikan David Villa. Dalam persembahan kreatif, penuh lancar dan persembahan taktikal yang ketara, Sepanyol mencipta sejarah den-gan memenangi per-lawanan akhir dengan jaringan 4 - 0 keatas
Itali. Dengan perse-mbahan sang juara yang sebenar, pasukan bimbingan Vicente Del Bosque ini menjadi pasukan Eropah yang pertama memenangi tiga kejuaraan utama secara berturut dan yang pertama berjaya mempertahankan ke-juaraan mereka.
SEPANYOL MENCIPTA SEJARAH !!!
SELASA
02 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
KUALA LUMPUR — Sebuah bangu-
nan yang masih dalam pembinaan di
KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian
awal pagi. Kejadian dipercayai berlaku di
Tingkat 29 bangunan blok komersial dan
pejabat berkenaan kira kira jam 3 pagi tadi.
Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang
giat dijalankan, selain mengenal pasti punca
sebenar kejadian. Belum dapat dipastikan
ada kecederan atau kemalangan jiwa dalam
kejadian itu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan
Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan
Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan
kecemasan jam 3.53 pagi mengenai keba-
karan bangunan di alamat 348 Sentral ber-
hampiran Little India, Brickfields.“Kebakaran
bermula di tingkat 30 di bangunan 33 tingkat
itu yang pembinaannya dijadual siap peng-
hujung tahun ini,” katanya. Katanya, sebanyak
10 jentera pemadan dengan 72 anggota
bomba dikejarkan ke tempat kejadian. Polis
turut berada di tempat kejadian bagi menga-
wal lalu lintas bagi memastikan tiada kes-
esakan berikutan penutupan beberapa jalan
menuju ke KL Sentral dan Brickfields.
K . L Sentral terbakarTingkat 29 bangunan dalam pembinaan di KL Sentral terbakar
Sekolah dan ibu bapa kini tidak perlu bim-
bang pelajar ponteng sekolah jika meng-
gunakan produk Schooltrac yang akan mengirim
maklumat pergerakan murid dan anak mereka
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-
mel. Menerusi sistem itu, murid akan dibekalkan
dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan
frekuensi radio yang mampu mengesan perger-
akan keluar masuk murid melalui pagar sekolah
ketika waktu persekolahan. Kad Schooltrac men-
gandungi cip dan disambungkan serta dipantau
terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan
guru dan penjaga mengenai status kehadiran
pelajar menerusi emel atau SMS. Produk itu
diperkenalkan di negara ini oleh sebuah syarikat
teknologi maklumat (IT) tempatan, ABRA Corp
Sdn Bhd yang menggunakan sistem dalam talian.
Katanya, ibu bapa hanya perlu membayar yuran
bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan
itu di sekolah yang melanggan aplikasi berke-
naan. Setakat ini, 20 sekolah sekitar Lembah
Klang bekerjasama dengan ABRA Corp untuk
menggunakan peranti SchoolTrac.
“Ia menggunakan teknologi Korea tetapi dilak-
sanakan di Malaysia oleh ABRA Corp sendiri,”
katanya. Mohd Shahril berkata, pada masa ini
pihaknya sedang berunding dengan Kementerian
Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac di
semua sekolah di seluruh negara.“Kami meng-
harapkan SchoolTrac akan terus berkembang
menerusi kerjasama dengan kementerian,” kat-
anya. ABRA Corp menetapkan sasaran langga-
nan di sebanyak 200 sekolah di Lembah Klang
dalam tempoh setahun.
“ibu bapa perlu membayar yuran bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan itu di sekolah yang melanggan aplikasi berkenaan.”
Cip cegah pontengAplikasi SchoolTrac kesan pergerakan pelajar jika mereka tidak hadir ke sekolah
Subuh 5:52 Maghrib 7:20
Zohor 1:16 Isyak 8:30
Asar 4:24
03 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
KOTA BHARU — Kebakaran
awal pagi semalam menye-
babkan Pasaraya Borong Mydin di
Jalan Pintu Pong, di sini, mengalami
kerugian RM150,000.Bagaimana-
pun, dalam kejadian pada jam 2.40
pagi itu, tiada kemalangan jiwa dil-
aporkan kerana gedung berkenaan
hanya beroperasi sehingga jam 11
malam saja.Pegawai Operasi Balai
Bomba dan Penyelamat Kota Bharu,
Abdullah Din Mohamed berkata,
pihaknya menerima panggilan ke-
cemasan daripada pengawal kesela-
matan pasar raya berkenaan yang
bertugas pada jam 2.52 pagi.Kat-
anya sebaik menerima panggilan,
enam jentera dan 28 anggota bom-
ba dan penyelamat dari Balai Kota
Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa
dan Kota Darulnaim dikejarkan ke
tempat kejadian dan tiba pada jam
2.57 pagI. Dengan bantuan lapan
Bomba Sukarelawan Balai Kota Bha-
ru, sembilan anggota polis, enam
kakitangan Tenaga Nasional Berhad
(TNB) dan tiga anggota Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),
api berjaya dikawal jam 3.09 pagi
dan padam sepenuhnya 40 minit
kemudian.“Unit forensik masih lagi
menjalankan siasatan bagi men-
getahui punca sebenar kebakaran,”
katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.Kebakaran yang berlaku
ke atas pasar raya yang dirasmikan
pada 2002, kali kedua selepas satu
kebakaran besar yang memusnah-
kan bangunan tiga tingkat di Jalan
Parit Dalam, di sini.Sementara itu,
Pengurus Mydin cawangan Kelan-
tan, R Naidu berkata, ketika kejadian
beliau mendapat panggilan dari-
pada pihak bomba pada jam 2.40
pagi bahawa penggera keselamatan
pasar raya berkenaan berbunyi.
Mydin rugi RM150,000 pasar raya terbakarAmbil masa 40 minit untuk memadamkan api
IPOH — Seorang lelaki maut
manakala seorang lagi cedera
akibat dIrepuh seladang di Hulu Air
Pasir, Banding dekat Gerik semalam.
Musa Ismail, 56, maut akibat cedera
parah di perut manakala Isa Abdul-
lah, 24, patah kaki dan tangan kiri
dan dirawat sebagai pesakit luar.
Kedua-dua mereka bersama seorang
lagi rakan mereka, Abdul Mohd.
Sharifudin A. Manas, 35, diserang hai-
wan itu ketika dalam perjalanan un-
tuk memasuki Hutan Simpan Royal
Belum secara haram antara pukul 3
dan 6 petang.
Abdul Mohd. Sharifudin tidak cedera.
Baharum ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka
cuba memasuki hutan simpan itu
melalui lorong tikus di Km 68.4 Jalan
Raya Timur Barat (JRTB) untuk me-
mancing dan memukat ikan.
MAUT DIREMPUH SELADANG
Petaling Jaya — Kad
Diskaun Siswa 1Malaysia
(KDS1M) yang membolehkan
pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) menikmati potongan harga
sehingga 60 peratus bagi pembeli-
an barangan di premis perniagaan
terpilih, mula diagihkan semalam.
Dengan memiliki KDS1M, kira-kira
1.5 juta pelajar IPT awam dan
swasta boleh menikmati potongan
harga berkenaan ketika membeli
pelbagai barangan keperluan di
lebih 1,200 premis perniagaan,
bermula Sabtu ini. Pemberian kad
berkenaan adalah langkah proaktif
kerajaan dalam usaha menangani
masalah peningkatan kos sara
hidup dalam kalangan mahasiswa.
Kad diskaun KDS1M diagih
04 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Shah Alam — Beberapa kawasan
rendah di bandar raya ini dinaiki air
selepas hujan lebat tanpa henti hampir dua
jam sejak 6 pagi semalam.Antara kawasan
terjejas teruk ialah Padang Jawa berhampi-
ran ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) dekat sini yang dinaiki air hampir satu
meter menyebabkan hanya kenderaan berat
dibenarkan melalui kawasan itu.Selain itu,
lebih 50 premis perniagaan besi dan beng-
kel kenderaan yang terletak berhampiran
kawasan berkenaan turut dimasuki air.Banjir
kilat awal pagi semalam turut menyebabkan
sebuah stesen minyak berdekatan terpaksa
ditutup kerana dinaiki air.Kejadian itu yang
bermula jam 8 pagi turut menyebabkan ban-
yak kenderaan terkandas manakala urusan
pelanggan JPJ dan pekerja swasta di kilang
berhampiran terganggu.
Kuala Lumpur — Bukit Aman menafi-
kan wujud unsur manipulasi terhadap
data jenayah diumumkan sebelum ini sema-
ta-mata bagi menunjukkan penurunan in-
deks jenayah di seluruh negara.Hasil siasatan
juga tidak menemui sebarang bukti menun-
jukkan berlaku pengubahsuaian pada indeks
jenayah itu,” katanya ketika dihubungi malam
tadi.Beliau mengulas dakwaan penulis surat
layang yang menggunakan identiti samaran,
Sumun Osram, 22 Ogos lalu, kononnya data
jenayah dimanipulasi bagi menampakkan
kadar jenayah di negara ini menurun.
Ramli berkata, pihaknya sentiasa berusaha
menambah baik mutu perkhidmatan pasu-
kan, termasuk melancarkan Sistem Peman-
tauan Laporan Atas Talian BETA (BETA - ORTS)
menjelang akhir tahun ini.“Ia akan memudah-
kan setiap laporan dibuat diklasifikasi mengi-
kut kategori ditetapkan.
Shah Alam dilanda banjir
Bukit Aman nafi manipulasi data
ALOR GAJAH – Bagi memastikan kejayaan pela-
jar sehingga menjadi graduan yang berjaya, para
pensyarah dan kakitangan sokongan institusi penga-
jian tinggi awam diingatkan supaya menjalankan tugas
dengan ikhlas serta berusaha gigih dalam mendidik
pelajar.Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawan-
gan Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata,
keikhlasan dalam menjalankan tugas terutama dalam
bidang pendidikan merupakan formula penting dalam
memastikan kejayaan pelajarnya..
Saya berharap kepada pensyarah supaya sentiasa ikh-
las dalam mencurahkan ilmu pengetahuan kepada pela-
jar selain sentiasa berusaha meningkatkan imej universiti
sama ada dalam akademik mahupun bidang lain seperti
sukan,” katanya ketika menyampaikan amanat terakhir di
hadapan warga universiti itu pada majlis Jasamu Dike-
nang sempena hari terakhir perkhidmatannya di kampus
UiTM Alor Gajah di sini kelmarin.
Pensyarah faktor kejayaan pelajar
MACHANG: Pemandu lori Hilmi Safuan Mohd Noor, 23 (kanan)
tidak dapat mengawal lori muatan gula yang dipandunya
apabila tayar belakang lori tiba-tiba meletup dan terbalik di
Lebuhraya Machang-Kuala Krai. Tiada kemalangan jiwa dan
mereka berdua hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di sekitar
bandaraya Kuala Lumpur pada jam 12.30
tengah hari. Gambar diambil dari Menara
Maybank
05 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
ARTIS HARI INIA.H.I
KeserasianAiman & Izara
KEMAHSYURAN KHAN - 7
TARIAN KUDA PSY - 7
K AMI DAH BERTUNANG - 7
MENARIK DI DALAM
06 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
AIMAN DAN NAZIRA
MESRA BERSAMA
MENUNTUT di sebuah kolej yang sama, Aamir dan Zara saling mem-
benci antara satu sama lain. Namun, kedua-duanya terpaksa men-
jadi pasangan suami isteri menerusi perkahwinan yang sudah diaturkan
oleh keluarga masing-masing.Ia merupakan rentetan kisah drama bersiri
Vanila Coklat yang pernah disiarkan di TV3 pada awal tahun ini sehingga
mempopularkan dua nama pelakon yang sedang meningkat naik iaitu
Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.Biarpun mereka baru kali pertama
digandingkan bersama-sama menerusi drama tersebut, ternyata keserasian
yang ditonjolkan telah memberi impak yang positif sehingga kini mereka
semakin dikenali ramai.Malah, kemesraan yang ditampilkan semasa sesi
fotografi bersama media yang diadakan di Taman Botani Negara, Shah
Alam, Selangor baru-baru ini menunjukkan mereka berdua semakin serasi
bersama.“Saya tidak nafikan drama Vanila Coklat telah berhasil melonjak-
kan nama saya dan Izara. Malah, saya akui selepas membintangi drama
tersebut semakin banyak tawaran berlakon yang diterima.“Mengenai gand-
ingan bersama Izara pula, saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian
bersama.
Biarpun saya dan Izara boleh dilabelkan sebagai pendatang baharu,
tetapi kami telah memberikan yang terbaik dan gembira kerana lakonan
kami diterima ramai,” ujar Aiman yang baru berusia 23 tahun itu.Melihat
kepada keserasian yang sudah terjalin antara dirinya dan Izara, pelakon
kelahiran Johor Bahru, Johor itu menyatakan dia tidak kisah untuk terus
digandingkan bersama dalam mana-mana drama, asalkan mendapat
watak dan jalan cerita yang menarik.Malah, kedua-duanya juga baru-baru
ini turut digandingkan dengan sebuah telefilem khas Vanila Coklat Raya
sempena Aidilfitri yang telah ditayangkan pada hari raya pertama yang
lalu.“Berkenaan dengan filem Vanila Coklat yang pernah dirancang untuk
dihasilkan, saya memang masih lagi mengharapkan agar ia dapat direalisa-
sikan kerana ia merupakan permintaan daripada peminat sendiri,” jelasnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan lebaran pada tahun ini, Aiman
menjelaskan ia pastinya memberi kelainan apabila buat kali pertama dapat
meraikannya sebagai seorang artis.
07 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Aktor India pertama di muka depan majalah Time
Bintang terkemuka India, Aamir Khan,
berjaya menjadi pelakon lelaki pertama
negara itu yang menghiasi muka depan
majalah tersohor, Time, kerana usahanya
menangani isu sosial menerusi program
televisyennya, Satyamev Jayate.
Rancangan yang baru saja tamat si-
arannya itu menyaksikan Khan memilih
beberapa masalah sosial dan menawarkan
penyelesaiannya menerusi perbincangan
dan perdebatan.
Dengan pencapaian berkenaan, Khan
meletakkan dirinya sebaris pelakon Bol-
lywood yang pernah menjadi penghias
muka depan majalah terkenal berkenaan,
iaitu Parveen Babi dan Aishwarya Rai
Bachan.
Selain Khan, Parveen Babi dan Aish-
warya Rai Bachchan, rakyat India lain yang
pernah ditampilkan di muka depan ma-
jalah itu termasuklah Rajiv Gandhi, Naren-
dra Modi, Indira Gandhi, Sachin Tendulkar,
Sania Mirza dan Dr Manmohan Singh.
Cincin ulang tahun jadi cincin tunang
Tanpa banyak bunyi, Ahad lalu
menyaksikan berlangsungnya majlis
pertunangan pasangan pelakon terke-
nal, Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle,
21. Dikatakan, suasana majlis tidak dia-
dakan secara besar-besaran sebaliknya
serba ringkas dan sekadar mengikut
syarat.Tiada rakan media mahupun
rakan artis diundang. Berita gembira
itu pula hanya dikongsikan ibu Diana,
Norsiah Ramli kepada sebuah akhbar,
dua hari selepas anak tunggalnya itu
selamat menjadi tunangan orang.
Bukan sahaja majlis yang berwajah
sederhana, kelestarian cinta ke arah
fasa yang lebih serius antara Diana
dan Farid juga tidak keterlaluan dalam
menguar-uarkan pengisytiharan status
ikatan mereka. Kisah cinta antara Farid
dan Diana sudah diketahui umum.
Pegangan kedua-dua selebriti itu yang
tidak mudah berkongsi cerita serta tidak
mahu merakamkan gambar bersama
juga cukup disedari.
Psy menari bersama hos Anugerah MTV
Penyanyi rap Korea Selatan
yang menjadi terkenal den-
gan mendadak di Amerika
Syarikat (AS), Psy menari
tarian kuda bersama hos
Anugerah Muzik Video MTV,
Kevin Hart di Pusat Staples
sini kelmarin.Tarian kuda itu
kini menjadi popular ekoran
ia dipersembahkan menerusi
muzik video Gangnam Style di
laman YouTube sejak 15 Julai
lalu. Psy mendapat tepukan
gemuruh daripada penonton
selepas dia membuat perse-
mbahan tarian itu. Populariti
Psy menerusi tarian itu telah
menyebabkan pengurus
Justin Bieber, Scooter Braun
mengundang penyanyi rap
tersebut ke AS baru-baru ini.
08 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Falcao akan sertai Chelsea pada Januari 2013L ondon: Penyerang Colombia Radamel
Falcao yang meledak hatrik bertemu
juara Eropah, Chelsea pada perlawanan
Piala Super Eropah mungkin akan meny-
ertai kelab London itu pada Januari.
Laporan dari Amerika Selatan malam
kelmarin berkata perjanjian awal di antara
Atletico Madrid dan Chelsea sudah di-
jalankan dengan perjanjian dijangka ber-
nilai sekurang-kurangnya 48 juta pound
(RM238 juta).
Falcao, 26, sudah meledak enam gol
daripada tiga perlawanan musim ini
dinilai antara penyerang paling berbahaya
ketika ini yang menyaksikan dua bintang,
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo men-
jaringkan gol lebih darinya dalam kempen
La Liga
Penantian Sharapova berakhirNew York : Maria Sharapova
kembali berada dalam ke-
lompok lapan terbaik kejohanan
Terbuka Amerika Syarikat buat kali
pertama sejak muncul juara enam
tahun lalu selepas mengetepikan
rakan senegaranya dari Russia, Na-
dia Petrova, pagi semalam. Sharapo-
va selaku pilihan ketiga kejohanan
berjaya meraih kemenangan tiga set
ke atas pemain ranking ke-19 dunia
itu dengan 6-1, 4-6, 6-4 dalam tem-
poh 73 minit. “Saya kembali beraksi
di pentas suku akhir. Ia sesuatu yang
menarik. Saya tak
sabar untuk menghadapinya,” kata
Sharapova yang bakal berdepan
pilihan ke-11 dari Perancis, Marion
Bartoli.
Diberitahu bahawa penang-
guhan perlawanan akibat hujan
menyebabkan rentak servis Petrova
hilang, Sharapova sambil ketawa
berkata: “Saya dah menang, jadi apa
saja diperkatakannya saya tak kisah
pun. ”Dalam kategori lelaki, juara
bertahan, Novak Djokovic mara ke
kelompok 16 terbaik selepas me-
newaskan pemain pilihan ke-30 dari
Perancis, Julien Benneteau 6-3, 6-2,
6-2. “Ia perlawanan awal bagi saya.
Kebiasaannya saya tidak gemar
beraksi pada perlawanan pertama.
Jadi, amat penting fokus pada setiap
mata,” kata Djokovic yang seterusnya
akan berdepan Stanislas Wawrinka
dari Switzerland untuk merebut slot
ke suku akhir.
Ronaldo ‘sedih’ di Real MadridMadrid : Selepas Kaka mahu
berhijrah, kini penyerang
Real Madrid, Cristiano Ronaldo pula
mendedahkan bahawa dirinya tidak
gembira bersama kelab Sepanyol
itu. Ronaldo yang menjaringkan
dua gol ketika membantu Real
menewaskan Granada 3-0 di San-
tiago Bernabeu, awal pagi semalam
berkata, dia kecewa dengan ‘orang
dalam kelab itu’. Buktinya, peny-
erang Portugal itu dilihat tidak
meraikan jaringan ke-150 peribadin-
ya bersama kelab itu dengan hanya
membiarkan rakan-rakan sepasukan
mengelilinginya.
Ditanya mengenai tindakannya
itu, Ronaldo berkata: “Saya sedih
dan kelab mengetahuinya. Itu sebab
kenapa saya tak meraikan jaringan
itu. Orang dalam kelab tahu ke-
napa.” Kenyataan terbaru Ronaldo
itu sekali gus mencetuskan khabar
angin dia mahu meninggalkan Real.
Namun, pemain berusia 27 tahun
itu enggan mengulas lanjut punca
tidak berpuas hati dengan Real yang
membelinya dari Manchester United
pada 2009.
09 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Kelantan, Terengganu satu kumpulanKuala Lumpur : 16 pasukan bakal
memulakan cabaran peringkat
kumpulan bola sepak Piala Emas
Raja-Raja edisi ke-72 bermula dari
9 hingga 11 November depan.
Dibahagikan kepada empat kum-
pulan, menyaksikan Pahang - juara
musim lalu - diundi dalam Kumpu-
lan C bersama Angkatan Tentera
Malaysia, Perak dan Pulau Pinang.
Kumpulan A menyaksikan Kedah
selaku tuan rumah bersaing dengan
Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.
Sementara Melaka, Negeri Sembi-
lan, Selangor dan MASUM berentap
dalam kumpulan B. Aksi kumpulan
D tampak sengit apabila juara paling
banyak, Kelantan yang juga juara
Piala Agong 2011, bakal berdepan
satu lagi pasukan jaguh Pantai
Timur, Terengganu, Perlis dan Polis
DiRaja Malaysia.
Beberapa perubahan berlaku
dalam peraturan pertandingan kali
ini, antaranya semua enam pemain
dari Liga Super atau
Liga Premier yang mahu diturunkan
perlu mendapat surat pelepasan
daripada majikan masing-masing
sambil mengekal hanya empat pe-
main berstatus profesional dibena-
rkan beraksi pada sesuatu perlawa-
nan. Aksi suku akhir secara timbal
balik dijadualkan 17 dan 24 Novem-
ber. Manakala separuh akhir pada
1 dan 8 Disember dan final pada 22
Disember.
Skuad Kim Swee tanpa lapan tonggak
Skuad B-22 negara bakal menghadapi per-
lawanan jemputan Piala SCTV menentang
skuad B-22 Indonesia di Gelora Bung Karno,
Jakarta, Ahad ini tanpa lapan tonggak utama.
Namun ia mahu dilihat dari sudut positif buat
pengendalinya, Ong Kim Swee yang akan mencu-
ba pemain baru dipanggilnya sama ada mampu
menangani tekanan suasana perlawanan sebagai
bayangan awal menjelang Sukan SEA 2013 di
Myanmar. Empat pemain - Fadhli Shas, Wan Zack
Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat dan Zubir
Azmi kini bersama skuad kebangsaan untuk aksi
persahabatan antarabangsa menentang Vietnam
di Stadium Shah Alam, 11 September ini, manaka-
la empat lagi pemain - Rozaimi Abd Rahman,
Fandi Othman, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Ashri
Chuchu kini mengalami kecederaan. Tanpa lapan
pemain utama, saya perlu positif untuk menilai
pemain lain yang mampu menjadi pengganti jika
ada kecederaan berlaku menjelang Sukan SEA
tahun depan. Jika mereka gagal beraksi baik di
Gelora Bung Karno (Ahad ini), sukar untuk mereka
main di Myanmar nanti.
Saya jangka satu perlawanan sengit dengan
skuad B-22 Indonesia nanti, kata Kim Swee ketika
ditemui selepas aksi persahabatan menentang
skuad kebangsaan Brunei di Stadium UiTM, Shah
Alam, petang kelmarin. Skuad Harimau Muda
meraih kemenangan 4-1 hasil jaringan A Thamil
Arasu minit ke-8, Wan Zaharulnizam Zakaria
(25), D Saarvindran (65) dan Ferris Danial Mat
Nasir (78) manakala gol tunggal Brunei menerusi
sepakan percuma Julremi Zaini (43). Antara pe-
main luar Harimau Muda A yang diturunkan Kim
Swee kelmarin ialah Nashriq Yahya dan Syawal
Nordin (Harimau Muda B), Aminuddin Mohd Nor
(PKNS), K Reuben (Tentera) dan Saiful Ridzwan
Selamat (UiTM)
10 BERITA SEGENAP DUNIA14 . 08 . 2012 SELASA WartaUtama
Sepanyol Dinobat Juara EURO 2012KIEV, Ukraine - Penjaga gol Sepanyol, Iker