7
1.0PENGENALAN.Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai murni
merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. lni jelas termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2005).Pembentukan insan yang berakhlak
mulia merupakan salah satu daripada aspek penting yang digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, kepentingan pcnghayatan
nilai murni dalam kalangan murid amat penting, kerana nilai murni
yang dihayati itu akan menentukan kualiti murid yang diingini.
Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat,
termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan
mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang
mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat
seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi
membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012). Oleh yang demikian,
pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan. Pendidikan
dan penerapan nilai perlu berjalan seiring agar matlamat untuk
mencapai modal insan yang holistik akan terhasil. Boleh dikatakan
bahawa pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan
nilai murni (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd
Isa, Rahil Hj. Mahyuddin, 1996; Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin,
1994). Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang
kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warganegara yang
global.
Nilai yang telah dipelajari di sekolah akan diamalkan dalam
kehidupan seharian seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik
seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu
berlainan bangsa, agama dan etnik; amanah dan berintegrasi
merupakan bentuk kejayaan. Hasilnya murid akan meninggalkan alam
persekolahan sebagai warga global yang telah dipupuk dengan nilai
teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Salah satu
cabaran negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang memiliki nilai teras
sejagat dan identiti nasional yang utuh. Bagi merealisasikan
aspirasi negara, kemantapan dan kemurnian sistem pendidikan negara
merupakan asas penting. Nilai-nilai mumi dapat dipupuk secara
formal dan tidak formal. Masyarakat dan anggota keluarga memainkan
peranan penting dalam pemupukan nilai dan sahsiah individu yang
positif secara tidak formal. Walau bagaimanapun, pemupukan nilai
ini akan lebih terarah jika disampaikan melalui sistem pendidikan
formal yang jelas strukturnya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).
Justeru Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 telah
menggariskan tiga elemen penting bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai. Elemen-elemen tersebut adalah:1. Memperkukuh
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun
2017. 2. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan1 Badan
Beruniform.3. Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk
memudah cara interaksi jenis sekolah, kumpulan etnik, dan
sosioekonomi.ELEMEN 12.0MEMPERKUKUHKAN PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN
MORAL DAN ELEMEN SIVIK MENJELANG 2017
Dengan terbentuknya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), negara
telah menetapkan matlamat pendidikan yang jelas iaitu salah satunya
untuk mewujudkan insan yang berakhlak mulia. Kementerian Pendidikan
Malaysia (1990) dengan jelas menyatakan ciri-ciri akhlak mulia:
...insan yang mempunyai pengetahuan mengenai nilai-nilai baik
dan buruk; mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan
baik dan buruk; yakin terhadap nilai murni; mengamalkan perbuatan
yang baik; menghindari perlakuan yang buruk; dan menghayati
nilai-nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian,
kemanusiaan, dan kewarganegaraan. (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1990, ms. 8-9)
Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
melahirkan warganegara yang menghayati nilai murni, para pelajar
khususnya, mestilah dididik untuk menghayati konsep akhlak, etika,
mahupun moral agar dapat mendalami maksudnya.
Akhlak, menurut Mohd. Nasir Omar (1986) terbahagi kepada dua
aspek, iaitu aspek batin dan aspek luaran. Akhlak dari aspek batin
merupakan keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak
kepada pembentukan tingkah laku, manakala akhlak dari aspek luaran
merupakan tingkah laku itu sendiri yang dilakukan bukan kerana
tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan.
Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan secara berterusan
hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.
Adalah penting untuk dapat membezakan konsep akhlak daripada
etika dan moral, di mana etika merupakan satu peraturan yang
menjadi panduan dalam hidup manusia manakala moral merupakan suatu
ilmu yang membincangkan sistem moral atau tingkah laku yang
dihayati oleh seseorang individu atau sesuatu golongan (Mohd. Nasir
Omar, 1986). Zaharah Hussin (2005) berpendapat bahawa akhlak itu
sudah semestinya berpaksikan kepada wahyu Tuhan tetapi moral dan
etika tidak semestinya bersifat demikian.
Seseorang individu yang mempunyai akhlak yang mulia, etika dan
moral yang baik akan dapat menonjolkan keperibadian yang baik dalam
menjalin hubungan sesama manusia dan seterusnya dapat membentuk
integrasi kaum yang harmoni di negara ini. Konsep integrasi kaum
menjurus kepada interaksi dan hubungan di antara kumpulan minoriti
dan masyarakat utama yang akhirnya membawa kepada penyebatian
budaya tanpa menjejaskan identiti kebudayaan seseorang individu
(Sommerland, 1970 dalam Chuhan, 2013).
Para pelajar merupakan generasi penting yang bakal mencorakkan
kepimpinan dan mewarisi pemerintahan negara pada masa hadapan. Aset
yang bernilai ini perlu dipandu dengan betul supaya negara dapat
dibangunkan mengikut arus perkembangan semasa.
2.1ISU DAN POLA TINGKAH LAKU PELAJAR
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran
Malaysia melaporkan penurunan bilangan kes salah laku disiplin
murid dari tahun 2010 hingga 2012 yang melibatkan antaranya salah
laku berunsur jenayah, kelucahan, kurang sopan, laku musnah,
kemasan diri, ponteng sekolah, kenakalan dan tidak pentingkan masa.
Walaupun bilangan kes salah laku pelajar menurun dari setahun ke
setahun, para pelajar diperhatikan mempunyai akhlak yang merangkumi
nilai hati budi kemanusiaan yang kian luntur.
Menurut Husain (2012), nilai hati budi pelajar kian luntur yang
melibatkan amalan seksual, lari dari rumah, bersekedudukan,
pergaulan rakan sebaya, hubungan seksual, aktiviti berkumpulan
seperti gengsterisme, vandalisme, keganasan, lumba haram, buli dan
sebagainya. Contohnya, isu yang berlaku di SMK Tun Husin Onn,
Seberang Jaya, Pulau Pinang pada April 2013 yang menyaksikan
peristiwa ketua kelas dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan
pelajar hanya kerana telefon bimbit mereka dirampas atas
pemberitahuan ketua darjah tersebut. Othman (2011) menyatakan
bahawa gejala keruntuhan akhlak pelajar adalah berkaitan dengan
penghayatan akhlak yang lemah. Dalam kajiannya, beliau menyimpulkan
bahawa gejala-gejala sosial dalam kalangan pelajar masa kini adalah
berpunca kerana kurang didikan dari segi akhlak dan kemanusiaan.
Hal ini disokong oleh Khadijah Rohani Mohd Yunus (2008) yang
menyatakan bahawa pendidikan hari ini terlalu memfokuskan kepada
kejayaan akademik yang menyebabkan pendidikan afektif diabaikan.
Beliau turut menyatakan bahawa hal ini bukan sahaja berlaku di
sekolah-sekolah, kadangkala terdapat juga ibu bapa yang tidak
mempedulikan tingkah laku buruk anak mereka asalkan anak mereka
cemerlang di sekolah.
Selain isu keruntuhan akhlak pelajar, negara kita yang berbilang
bangsa dan agama tidak akan terlepas daripada isu integrasi kaum.
Sehingga kini, perpaduan yang erat masih belum dapat tercapai.
Menurut Hamidah Ab Rahman (2012), masalah perpaduan sering
dikaitkan dengan polarisasi kaum, iaitu pembahagian golongan
tertentu yang mempunyai amalan atau pendirian yang berbeza mengikut
perbezaan latar belakang, agama dan nilai hidup sehingga mewujudkan
beberapa kelompok anggota masyarakat yang bertentangan dengan
kelompok yang lain. Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 oleh
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) terhadap
6,000 orang pelajar di IPTA, mendapati bahawa polarisasi kaum masih
wujud dalam kalangan pelajar-pelajar IPTA. Kajian Hamidah Ab.
Rahman (2012) juga mendapati bahawa tahap hubungan sosial pelbagai
etnik pelajar tahun satu Universiti Teknologi Malaysia berada pada
tahap sederhana, di mana pelajar berlainan bangsa berasa sederhana
selesa untuk membuat aktiviti harian seperti keluar makan, beriadah
dan bergaul mesra. Isu perpaduan kaum dalam sebuah negara yang
berbilang bangsa merupakan suatu isu yang tidak boleh diambil mudah
kerana ia merupakan kunci keharmonian sesebuah negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pendidikan yang
menyeluruh, bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah. Oleh
itu, penghayatan nilai adalah sangat penting untuk diterapkan dalam
jiwa anak-anak muda negara. Menurut Baba (2006), penghayatan
merupakan proses akhir pembelajaran, di mana tanpa penghayatan,
pembelajaran sebenarnya tidak berlaku. Usaha negara untuk menambah
baik keadaan sahsiah para pelajar khususnya adalah wajar untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama.
2.2OBJEKTIF DAN PELAKSANAAN ELEMEN 1 ANJAKAN 3
Anjakan 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2017 dibentuk agar setiap murid meninggalkan alam persekolahan
sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras
sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Nilai-nilai murni yang telah dipelajari
akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan
tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela,
penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik, menghindari
perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah
dan berintegriti.
Menjelang tahun 2017, subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
dan elemen Sivik dimantapkan dan berobjektifkan penghayatan nilai
dan perkongsian aspirasi. Anjakan dalam sistem pendidikan yang
diformulasikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berinteraksi
dan belajar memahami dan menerima perbezaan individu dari pelbagai
latar belakang sosioekonomi, agama, mahupun etnik. Nilai-nilai
murni dan pengalaman bersama yang dikongsi akan mengukuhkan lagi
perpaduan antara pelbagai etnik di negara ini dan membentuk satu
identiti nasional.
Fokus utama elemen 1 anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2017 merupakan perpaduan yang erat dan keharmonian
kaum. Namun, perpaduan dan keharmonian kaum bukanlah perkara mudah
untuk dicapai, malah banyak usaha yang perlu dilakukan dan tempoh
yang agak lama untuk mencapai tujuan tersebut. Perpaduan kaum tidak
mungkin akan dicapai tanpa hubungan baik sesama warga negara ini
dan perkara ini harus dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
Othman (2011) mencadangkan lima faktor sosial bagi pembentukan
nilai murni pelajar, iaitu bermula dengan ibu bapa sebagai faktor
terdekat yang boleh menggalak atau menghalang penghayatan nilai
pelajar. Rakan sebaya di sekolah mahupun di kawasan kejiranan serta
pendedahan kepada media massa juga boleh memberi pengaruh baik atau
buruk untuk membentuk penghayatan pelajar terhadap nilai murni.
Seterusnya, keadaan persekitaran serta keadaan norma-norma dalam
masyarakat juga boleh menyokong atau menghalang penghayatan nilai
daripada berlaku. Oleh itu, berdasarkan lima faktor yang
mempengaruhi penghayatan nilai murni pelajar, persekitaran,
masyarakat serta pengaruh rakan sebaya yang baik dalam hidup
seseorang pelajar adalah di sekolah kerana dalam seseorang pelajar
akan menghabiskan separuh dari harinya di sekolah.
Nilai-nilai murni yang membentuk keperibadian mulia seorang
pelajar boleh diterapkan melalui kurikulum di sekolah, terutamanya
subjek pendidikan Islam dan pendidikan moral, iaitu merupakan
subjek yang menitikberatkan akhlak dan kemanusiaan. Kurikulum
pendidikan Islam, pendidikan moral serta sivik akan dimantapkan
supaya bertunjangkan pemahaman nilai teras dan falsafah semua agama
di Malaysia dan berfokuskan pembentukan akhlak mulia, perpaduan dan
hubungan baik sesama insan.
Kaedah pengajaran pendidikan Islam dan pendidikan moral adalah
lebih hands-on berbanding berpusatkan guru serta menggalakkan
kesepaduan ilmu dan amali di dalam bilik darjah. Antara kaedah yang
dijalankan untuk membentuk penghayatan nilai murni pelajar yang
dianjurkan berikutan Anjakan 3 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2017 merupakan kaedah Talaqqi Musyafahah sambil
bercerita, iaitu kaedah menyampaikan ilmu dan fakta sambil
mengaplikasikannya dalam kisah-kisah kehidupan harian yang senang
difahami oleh pelajar. Selain itu, kaedah main peranan juga kaedah
yang lebih berkesan untuk memupuk penghayatan nilai murni dalam
diri pelajar, di mana pelajar sendiri cuba untuk melakonkan cara
untuk beraksi dalam situasi-situasi tertentu. Contohnya, situasi di
mana pelajar ternampak orang tua mengangkat barang-barang yang
berat sambil berjalan dan cuba menolong orang tua tersebut.
Permainan penyelesaian masalah dan perbincangan juga adalah lebih
berkesan di mana pelajar akan melatih kemahiran berfikir dan
kecerdasan emosi untuk menghayati nilai-nilai murni dan membentuk
peribadi mulia. Projek serta lawatan juga dimasukkan dalam
kurikulum di mana pelajar akan mengalami sendiri sesuatu
pembelajaran itu dengan lebih menyeluruh dan efektif. Anjakan 3
yang diaplikasikan dalam kurikulum KSSR dan KSSM yang telah
dijalankan juga memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah
melibatkan diri dalam khidmat komuniti serta mewajibkan pelajar
sekolah menengah untuk melibatkan diri dalam khidmat masyarakat
sebagai salah satu prasyarat kelulusan.
Selain perubahan dari segi kurikulum dan pedagogi, tumpuan
seterusnya adalah bagi memastikan semua sekolah dilengkapi
secukupnya bagi menyokong penyampaian kurikulum dan pedagogi yang
dipertingkatkan. Usaha ini termasuk kemudahan dan peralatan yang
berkaitan bagi menyokong pembelajaran pelajar iaitu ruang khas
untuk pendidikan Islam. Kementerian juga sedang mengkaji
membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila
nilai-nilai sejagat diajar.
2.3PERANAN GURU DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Menurut Zaharah Hussin (2005), pengaruh guru terhadap
perkembangan dan pembentukan sahsiah pelajar adalah sama dengan
pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Oleh itu, guru-guru serta
institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
membimbing pelajar untuk membentuk peribadi mulia yang menjadi aset
kepada perkembangan negara. Peranan institusi pendidikan adalah
untuk menonjolkan nilai-nilai murni dengan mewujudkan suasana yang
memberangsang dan budaya sekolah yang positif. Barman (2012)
mencadangkan bahawa cara yang terbaik anak-anak muda membentuk
penghayatan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka adalah melalui
peniruan. Ini bermaksud, contoh (role-model) peribadi yang mulia
adalah diperlukan untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar untuk
meniru perlakuannya; dan siapa yang lebih berkelayakan menjadi
role-model tersebut jika bukan para guru.
Guru-guru mempunyai peranan yang besar dalam membentuk
keperibadian pelajar. Antara tanggungjawab guru dalam membantu
pelajar untuk menghayati nilai-nilai murni (Liekona, 1991 dirujuk
dalam Othman, 2011) ialah untuk mencipta komuniti moral dan
mengamalkan disiplin moral, iaitu mewujudkan suatu budaya sekolah
yang positif di mana terdapat suatu peraturan untuk berinteraksi
sesama manusia yang diwujudkan oleh guru sebagai ikutan kepada
pelajar-pelajar. Guru-guru disarankan supaya membina kelas yang
bercirikan demokrasi dan koperatif agar kerjasama dan toleransi
dapat ditanam dalam jiwa pelajar dan keharmonian suasana kelas
dapat dipupuk.
Selain itu, pengajaran nilai seharusnya dipupuk merentas
kurikulum, di mana nilai-nilai murni tertanam secara tersirat dalam
kurikulum pelajaran (Liekona, 1991 dirujuk dalam Othman, 2011).
Nilai-nilai murni sesuai untuk diajarkan secara tersirat melalui
subjek-subjek sains sosial seperti sejarah, bahasa Melayu, bahasa
Inggeris serta pendidikan Islam dan moral di mana subjek-subjek
tersebut adalah berkaitan dengan kemanusiaan dan kehidupan manusia.
Contohnya, Kerry (2014), seorang guru bahasa Inggeris mengajarkan
cara terbaik untuk meminta maaf dan merendah diri dengan
mengajarkan cara untuk pelajar mengetahui kesalahan yang dibuat dan
memikirkan cara untuk menebus kembali kesalahan yang dibuat.
Akhir sekali, guru-guru juga diseru untuk menjadikan ibu bapa
sebagai rakan kongsi untuk membentuk peribadi mulia anak-anak
mereka, di mana kesepaduan antara ibu bapa dan guru akan membentuk
satu badan yang kukuh dalam usaha mendidik pelajar-pelajar untuk
berakhlak mulia, berkeperibadian tinggi serta mempunyai minda kelas
pertama.ELEMEN 2
3.0PENGHAYATAN NILAI MELALUI 1 SUKAN, 1 KELAB DAN 1 BADAN
BERUNIFORM
Salah satu usaha atau dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak
KPM bagi langkah menerapkan penghayatan nilai dalam kalangan
pelajar adalah melalui dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini juga adalah
untuk menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun
dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu
Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid
dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di
kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai
institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat
akar umbi. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat mewujudkan
budaya persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid dan sekali
gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk
perkembangan mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Dasar
ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan
sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di
peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan
Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama
kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam
aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi
akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
- SPTS (KPM 2011). Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan
supaya matlamat perpaduan antara murid-murid berbilang kaum dan
lapisan masyarakat dapat dicapai.
3.1DEFINISI ISTILAHi) Kegiatan Kokurikulum
Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal
yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan
sukan serta badan beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah
(Mohd Anuar 2011). Segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran
adalah di bawah perancangan dan dibimbing oleh pihak sekolah di
luar waktu sekolah bagi mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
Menurut Abdul Rahman dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (2000),
pada masa kini, penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di
sekolah-sekolah adalah bersesuaian dengan masa dan keperluan
pendidikan di negara kita.
Mohd Sofian et. al (2002) berpendapat bahawa kokurikulum
merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum
di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan
nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik
darjah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju
kepada murid supaya melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah.
Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dengan mempelajari
kemahiran-kemahiran tertentu melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan boleh memupuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
murid.
Pada masa yang sama, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan
interaksi antara murid dan sekali gus memupuk integrasi antara kaum
di samping memupuk nilai-nilai seperti kesopanan, berdikari,
kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang
boleh membentuk murid menjadi warganegara yang beretika (Wee Eng
Hoe 1996). ii) SukanAngela Lumpkin (2002) menyatakan sukan adalah
aktiviti fizikal yang dikawal dengan peraturan dan undang-undang
formal atau tidak formal yang membabitkan pertandingan secara
individu atau berpasukan untuk mendapatkan keseronokan dan
rekreasi. Aktiviti sukan di sekolah bermaksud melibatkan diri dan
mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan
di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
Ia juga ditafsirkan sebagai aktiviti fizikal terancang, berunsur
kemahiran dan pertandingan yang melibatkan komitmen serta semangat
kesukanan (KPM 2011; Julismah Jani 2007). 3.2KONSEP 1 MURID 1
SUKANDasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang
mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga
Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.
Hal ini bermakna, setiap murid termasuk murid berkeperluan khas
yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil
bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S
adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah
dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.
Walau bagaimanapun, murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3
digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
Penyertaan murid dalam aktiviti sukan adalah asas kepada
perkembangan intelek, rohani, jasmani, dan emosi murid.3.3OBJEKTIF
1M 1SDasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka
pendek seperti berikut:
i. Meningkatkan kecergasan jasmani;
ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;iii.
Memupuk perpaduan di antara kaum;iv. Membentuk budaya sukan di
kalangan murid;v. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari
segi fizikal;vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik
dengan keperluan fizikal; danvii. Mewujudkan landasan ke arah
kecemerlangan sukan3.4KEPENTINGAN BERSUKANTujuan utama kerajaan
melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar yang
sihat fizikal dan mental. Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif
dan mengeluarkan peluh di samping mencerna lebihan tenaga yang
tersimpan dalam badan. Badan akan menjadi lebih cergas jika selalu
melakukan aktiviti fizikal dan otak pula menjadi cerdas kerana
peredaran darah yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih lancar.
Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk
belajar. Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat buku
sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan. Masalah obesiti
dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi jika pelajar bersukan
secara konsisten sejak kecil. Jelaslah bahawa dengan melakukan
aktiviti sukan, badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin
cerdas. Selain itu, program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil
bakat terpendam para pelajar dan menjadi pelapis atlet negara. Ada
pelajar yang tidak sedar akan bakat yang dimiliki oleh diri sendiri
dan hanya dapat dikesan oleh guru. Jika mereka tidak diwajibkan
untuk terlibat dalam program seperti ini, sudah pasti bakat mereka
akan hilang begitu saja. Kemungkinan negara juga kehilangan atlet
yang tersohor jika mutiara yang ada itu tidak digilap sebaiknya.
Guru berperanan untuk mengenal pasti bakat pelajar, menggilap dan
menonjolkan kehebatan yang dimiliki sehingga ke persada
antarabangsa. Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada
pelajar yang tidak mampu menonjol dalam akademik tetapi mampu
mengharumkan nama negara dalam bidang sukan dan menjana pendapatan
yang lumayan. Jelaslah bahawa program 1M1S ini menjadi platform
untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap
pelajar.
Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut
aspirasi 1 Malaysia menerusi budaya bersukan.Semasa menjalani
aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan budaya akan
bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula,
mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan.
Pada masa itu, mereka akan belajar cara bertoleransi, bekerjasama,
semangat berpasukan dan semangat setiakawan. Perasaan suka duka
yang dialami akan dikongsi bersama-sama. Jalinan persahabatan yang
dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan
selama-lamanya. Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia
mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan
tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh
kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan
di peringkat sekolah.
Isu 1: Penguasaan isi kandungan mata pelajaran
Bagaimanakah seseorang guru boleh berjaya dalam mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila guru
menguasai ilmu isi kandungan dan ilmu pedagogi yang mantap dalam
bidangnya. Formula atau model yang perlu ada dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah
pendekatan-pendekatan yang melibatkan penggabungjalinan ilmu isi
kandungan dan ilmu pedagogi secara bersepadu dan bermakna (Julismah
Jani 2006). Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan boleh direalisasikan sekiranya guru
bermotivasi dan komited terhadap bidang profesion keguruan yang
diceburinya. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam
pelbagai bidang sukan dan kecergasan fizikal bagi menentukan
bagaimana cara mereka menyampaikan ilmu dan sejauh mana murid
belajar dalam satu-satu unit isi kandungan pelajaran. Salah satu
aspek penting pengajaran seseorang guru ialah penguasaan dalam
teras pengetahuan mengajar (knowledge based of teaching) secara
interaktif dan mendalam (KPM 2002). Dalam memilih dan melantik guru
penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil
kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu
sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut
dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di
Universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyai pengalaman yang
luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak
dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada pertimbangan
bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah
kelab sukan sekolah (KPM 2012).Semenjak kokurikulum diwajibkan
perlaksanaannya, beban tugas guru semakin bertambah rencam dan ada
sesetengah guru merasakan ia memberikan suatu bebanan buat mereka
dalam memberikan komitmen sepenuhnya. Kajian yang dilakukan oleh
Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi
guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum
di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan menunjukkan bahawa
faktor utama yang menghalang perlaksanaan kokurikulum dengan
berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar ialah guru
kurang berpengalaman dan kursus kurang disediakan untuk guru.
Disamping itu, kurangnya seliaan daripada pihak pentadbiran menjadi
salah satu faktor juga dan guru juga kurang menerima penghargaan
daripada pihak sekolah sekiranya dia merupakan seorang guru yang
aktif.
Isu 2: Kemudahan fizikal dan alatan
Kemudahan infrastruktur dan peralatan untuk menjalankan aktiviti
pendidikan jasmani. Kawasan lapang seperti gelanggang permainan,
padang bola dan ruang-ruang yang agak luas memainkan peranan
penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Kekangan yang dihadapi
oleh sekolah bandar ialah mendapatkan kawasan padang permainan yang
agak luas disebabkan faktor nilai hartanah yang tinggi. Kawasan
sekolah menjadi semakin sempit, ruang untuk sekolah menyediakan
kemudahan agak terhad. Sebaliknya, sekolah-sekolah di kawasan
pedalaman menghadapi kekangan dari segi kemudahan peralatan. Jika
ditinjau di sekolah-sekolah pedalaman dan luar bandar, jumlah
peruntukan untuk membeli peralatan sering digunakan untuk
pembangunan sekolah. Akibatnya pelajar terpaksa menggunakan
peralatan yang agak uzur, alatan yang dah dimakan usia dan tidak
selamat untuk digunakan. Seandainya pihak pentadbir sekolah kurang
berminat dalam bidang sukan, maka tumpuan yang agak kurang
diberikan, begitu juga sebaliknya. Guru-guru terpaksa menggunakan
kreativiti masing-masing dalam pengajaran mereka bagi menarik minat
pelajar. Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada
kemudahan dan peralatan yang sedia ada. Sekolah sebagai tempat
pelaksanaan kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan
peralatan untuk kegunaan kelas pengajaran dan juga untuk
aktiviti-aktiviti bukan pengajaran. Ini menunjukkan bahawa
kemudahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting
dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan
Jasmani. Penglibatan pelajar akan menjadi lebih aktif sekiranya
peralatan yang digunakan adalah mencukupi (Mohd Sofian 2006).Kajian
Mustafa Kamal (2000) mendapati bahawa peralatan, kelengkapan dan
kemudahan kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Selain itu,
hasil kajian juga mendapati ibu bapa kurang mendorong penglibatan
anak-anak dalam kegiatan kokurikulum. Beliau turut menyatakan hanya
faktor minat dan rakan-rakan sebaya dapat membantu membina
kesedaran pelajar terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum.
Dapatan kajian dalam Mohd Jaflus (2008) menunjukkan faktor
penghalang utama kepada penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum ialah faktor struktur. Maka dengan itu, pihak
Kementerian Pelajaran hendaklah menyediakan peruntukan yang lebih
besar kepada sekolah agar pihak sekolah dapat merancang dan
seterusnya memperlengkapkan kemudahan dan peralatan di
sekolah-sekolah sebagai strategi menarik minat pelajar untuk
menyertai aktiviti sukan.
Isu 3: Sikap Guru, Pelajar dan Ibu Bapa
Walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum kepada pendidikan diakui
namun konsepnya masih lagi kurang difahami sehinggakan ada yang
masih menganggap bahawa kokurikulum adalah merupakan kegiatan luar
(Adnan 1990). Oleh sebab itu, kadang kala terdapat program
kokurikulum dilaksanakan secara sambil lewa dan aktiviti dijalankan
secara ringkas dan tergesa-gesa serta tidak diberi keutamaan
seperti mata pelajaran akademik. Kebanyakan pelajar beranggapan
kegiatan kokurikulum kurang penting dan dilihat membuang masa
kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan
akademik (Mohd Jaflus 2008).
Dalam kajian Mohd Suzli (1997), mendapati terdapatnya
masalah-masalah di dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulm. Dapatan
kajian beliau menunjukkan sekolah-sekolah yang dikaji bukan sahaja
menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak
mencukupi serta penjadualan yang tidak bersistem tetapi juga
mendapati bahawa kebanyakan guru kokurikulum tidak mempunyai
kemahiran dalam aktiviti kokurikulum yang dikendalikan. Kebanyakan
murid yang yang menjadi sampel dalam kajian melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum dan mereka yang terlibat secara aktif didorong
oleh diri sendiri, guru, rakan dan ibu bapa. Manakala murid yang
tidak terlibat dengan aktivit kokurikulum memberikan alasan bahawa
mereka terpaksa menolong ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh
kekurangan peralatan dan kemudahan kokurikulum di sekolah.
Guru yang dilantik sebagai penasihat kokurikulum perlulah peka
terhadap surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian serta
memahami dan mengetahui isi kandungannya. Selain itu, guru
penasihat sukan perlulah memahami, mematuhi tatacara tindakan
sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan dijalankan agar setiap
kegiatan kokurikulum tidak mendatangkan masalah kepada guru yang
bertugas dan juga murid-murid. Bagi murid yang mempunyai masalah
kesihatan dan mempunyai surat pengesahan doktor perlulah mendapat
perhatian daripada guru penasihat agar tidak mendatangkan mudarat
kepada murid sekiranya dikehendaki melakukan sebarang aktiviti
sukan. Walau bagaimanapun, murid yang mengalami kesihatan
digalakkan melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang
dijalankan seperti menjadi penanda check point bagi aktiviti
seperti kejohanan merentas desa sekolah.ELEMEN 34.0Mengukuhkan dan
Memperluas Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Mulai
2016 Untuk Memudah Cara Interaksi Antara
Jenis Sekolah, Kumpulan Etnik dan Sosioekonomi.
Pada hari ini, kementerian menjalankan program aktiviti rentas
sekolah, iaitu RIMUP bagi memupuk interaksi yang lebih kukuh antara
murid dari berlainan jenis sekolah. Pada masa hadapan, kekerapan
dan intensiti program akan ditingkatkan dan disasarkan kepada
sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen seperti sekolah
jenis kebangsaan dan sekolah agama. Kementerian juga akan
memperluaskan program ini dengan melibatkan sekolah swasta. RIMUP
dijalankan untuk menunjukkan perpaduan antara kaum di negara kita
serta melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, danbudaya
supaya dapat hidup dan bekerjasama dengan harmonis bagi mewujudkan
masyarakat dan negara yang aman dan damai. RIMUP juga memberi
peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan
aliran berintegrasi dengan aktif dan positif
Rancangan ini merupakan suatu komponen yang sangat penting dalam
usaha mengeratkan hubungan antara pelajar dan juga guru. Pelajar -
pelajar daripada ketiga -tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan
India dapat bersama -sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dianjurkan. Aktiviti yang dianjurkan ini dibahagikan kepada aspek
kebudayaan, akademik dan permainan. Dari segi kebudayaan, RIMUP
kebiasaannya diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya
Aidilfitri dan Deepavali. Melalui RIMUP, kita boleh saling
mengenali budaya dan adat kaum masing- masing.
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan
masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan
negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang
dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar
pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi
pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan,
masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.
Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen
yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah
membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial.
Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran
kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk
menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara
yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat
berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah
negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat
resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan
sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan
kesesuaian masyarakat Malaysia.
Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina,
India, lain-lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan
Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar
dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan
masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti
hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek-aspek
moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan
pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing,
bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk
memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosioekonomi antara kaum
dan kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang
pekerjaan, pendapatan, dan pegangan ekuiti (Robiah Sidin, 1994).
Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan
sosial akan dapat berkembang maju. Contohnya pada zaman
pemerintahan Inggeris, punca kaum Melayu mundur dan miskin adalah
disebabkan mereka tidak diberikan peluang yang sama untuk mendapat
pendidikan. Ini juga menjadi penyebab utama perpaduan yang erat di
kalangan masyarakat majmuk sukar untuk dicapai. Hal ini mempunyai
kaitan yang rapat dengan dasar dan sistem pelaksanaan pendidikan
yang tidak meliputi semua golongan masyarakat.
Pendidikan, mengikut Plato, ialah suatu proses membentuk
individu yang berakhlak mulia. Menurut Jean Jacues Rousseau pula,
pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan dan bermula dari
masa kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan
semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan
semula jadi (Mok Soon Sang 2000). Masyarakat dan pendidikan adalah
bergerak seiring kerana pendidikan adalah acuan membentuk
insan.
4.1KONSEP INTEGRASI DAN PERPADUANIntegrasi merupakan satu proses
bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang
terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik. Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu
proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri
2007).
Jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, integrasi perpaduan
bermaksud mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan satu
identiti nasional. Kerjasama ini boleh dibentuk melalui integrasi
wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik. Dalam
konteks politik di Malaysia, integrasi dan perpaduan tidak banyak
melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada
integrasi, akomodasi dan akulturasi.
Menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat
integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Integrasi adalah suatu
proses yang kompleks.Kata-kata Ting Chew Peh ini memang tidak boleh
dinafikan kebenarannya. Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal
masing-masing daripada pelbagai sudut seperti sejarah, pendidikan,
sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan
kebanyakannya bersifat perkauman. Ia telah berakar umbi sejak
dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Usaha ke arah
mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak
dapat diterima oleh orang bukan Melayu.4.2 HALA TUJU SISTEM
PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN NASIONALKementerian
Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam
membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di samping
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu
melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatupadu, beriman,
berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan
sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi
peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.Melalui PIPP
2006-2010, 6 teras strategik telah digariskan, iaitu: (1) Membina
negara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan
sekolah kebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5)
Memartabatkan profesyen perguruan, dan (6) Melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan. Jika dikaji secara teliti,
ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk membawa
perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat
perpaduan. Strategik yang pertama iaitu pembinaan negara bangsa
sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana
melaluinya perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa dapat diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan
dapat merealisasikan matlamat utama pendidikan kebangsaan negara
sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan bangsa
Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk
menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi.
Apabila mereka pulang ke rumah, hubungan antara bangsa yang
berbeza terhenti kerana di rumah mereka hanya bergaul dengan
keluarga, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda, dan untuk
keluar bersama jarang dilihat. Masyarakat Malaysia lebih selesa dan
kerap keluar ke mana sahaja bersama-sama dengan sahabat yang sama
bangsa, agama, dan budaya. Masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa hanya bertemu di pasar, di tempat awam, dan pejabat kerana
atas urusan kerja dan kemudian mereka pulang ke rumah.Jadi, melalui
sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling
kenal-mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula
wujud hubungan antara masyarakat dan seterusnya membina perpaduan
nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat dapat dikekalkan dan
diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan.
Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah
memperkasakan sekolah kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan
menengah, merupakan usaha yang bertepatan dengan keperluan semasa
kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan serta keyakinan
yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah
kebangsaan.Dalam petikan my suara. net Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata Sebagai sebuah negara yang masih muda,
Malaysia amat bergantung kepada perpaduan rakyat untuk mencipta
kemajuan yang lebih gemilang, Katanya, dengan perpaduan, masyarakat
negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama telah
menikmati pelbagai kejayaan sejak merdeka hingga kini."Tanpa
perpaduan, rakyat di negara kita tidak mungkin dapat hidup dalam
suasana yang harmoni, apatah lagi untuk bergiat dalam pelbagai
sektor ekonomi.
"Oleh sebab itu kita mestilah sentiasa memelihara dan
memperkukuhkan lagi perpaduan yang kita nikmati selama ini",
katanya semasa berucap merasmikan majlis makan malam Gabungan
Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sempena ulang tahun ke-22, di
Bandar Sunway. kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai
usaha untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat khususnya menerusi
sistem pendidikan negara. Muhyiddin turut berkata dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025, kerajaan memberi
tumpuan khusus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan
murid. Katanya, antara langkah yang diambil di bawah pelan itu
ialah menerusi program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) di samping meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan
sebagai alat perpaduan.
4.3 ISU DAN MASALAH SISTEM SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN DALAM SISTEM
PENDIDIKANMemasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di
Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat
juga turut berubah disebabkan oleh arus pemodenan dan globalisasi.
Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem
persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah
jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Seringkali isu-isu berkenaan dengan sistem persekolahan
dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan
penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem
persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu
yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada
masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang
berbeza.Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun
yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula
sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan
sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan
kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat
menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia
kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum.
Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai
asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di
sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan
bersama, saling kenal mengenal, dan merapatkan hubungan
silaturahim.Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran
seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Walaupun elemen
ketiga dalam anjakan ketiga ini telah dilaksanakan iaitu rancangan
integrasi murid untuk perpaduan yang mewajibkan ketiga-tiga jenis
aliran sekolah ini terlibat dalam setiap program yang dijalankan
namun ianya tetap tidak mencukupi untuk menggalakkan perpaduan
antara kaum. Kini, kewujudan sekolah pelbagai aliran sudah tidak
relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan,
maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal
demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling
mengenal.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,
mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya
satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat
Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam
melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak
rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada
rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju
untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan
India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran
yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin
hak-hak mereka.Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan
perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan
rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan
menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus
menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat
Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh
mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di
sekolah yang sama aliran.Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina
dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan
jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India.
Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu,
Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan
antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina
dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan
Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua
keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga
kini.Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak
perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas
merdeka. Perkembangan masyarakat seiring dengan perkembangan
dasar-dasar negara yang sentiasa dibuat penambahbaikan bagi
memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor
pendidikan menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan
negara ke arah yang lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju
pembentukan masyarakat.Aspek-aspek murni amat ditekankan dalam
pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai
murni perlu ada dalam diri setiap masyarakat. Namun, walaupun
banyak perubahan yang telah dilakukan, kelemahan-kelemahan masih
lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk
menyelesaikannya dengan segera. Kelemahan yang wujud umpama barah
yang akan merebak menjadi semakin besar, malah boleh menyebabkan
perpecahan dalam masyarakat. Masalah-masalah yang melibatkan
isu-isu antara kaum perlu diselesaikan segera, bukan dibiarkan
senyap begitu sahaja.Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan
negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu,
seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan
rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan
masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan
Wawasan 2020.5.0KESIMPULANPihak sekolah dan ibu bapa harus
berganding bahu memainkan peranan masing-masing. Kepelbagaian jenis
budaya sekolah yang wujud bukanlah menjadi faktor utama kepada
halangan yang ingin dicapai melalui cita-cita murni anjakan 3ini.
Seharusnya tiga elemen yang digariskan bagi mencapai matlamat ini
iaitu memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen
sivik menjelang tahun 2017, mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 sukan, 1 kelab dan1 badan beruniform, mengukuhkan dan
memperluas RIMUP mulai 2016 perlu diberi perhatian yang serius oleh
semua pihak. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan penting
dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang menghayati nilai.
Perancangan yang baik namun tidak disusuli dengan gerak kerja yang
terancang daripada pihak pelaksana menyebabkan harapan dan hasrat
murni ini sukar untuk dicapai. Semoga hasil dari keprihatinan
terhadap penanaman nilai dan moral akan memberi kesan yang positif
dalam pembangunan nilai pelajar. Kesepaduan antara kepelbagaian
ilmu dan disusuli dengan keprihatinan daripada semua menjadi kunci
keberhasilan melahirkan masyarakat Malaysia yang menghayati
nilai.RUJUKANAdnan Khamis. 1990. Sikap Pelajar Terhadap Kegiatan
Kokurikulum Pergerakan Beruniform. Satu Kajian Awal. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Barman, P., & Bhattacharyya, D. 2012. Vivekanandas Thoughts
On Man-Making through Moral Values and Character Development and
Its Present Relevancy in School Education. behaviour,1(2). Chuhan,
S. 2013. A Study of Perceived diversity Climate in Relation to
Organizational Acculturation, Agreeableness adn Previous
Acquaintance with Various Social Group.Husain, F. C., & Kadir,
F. A. A. 2012. Contribution of the Islamic and Asia Civilization
(TITAS) towards Holistic Formation of Students in Public Higher
Learning Institutions Malaysia). Journal of Al-Tamaddun,7(1).
Julismah Jani. 2006. Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan
di Malaysia. Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di
Johor Bahru, Johor.Julismah Jani. 2006. Peranan Guru dalam
Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia. Konvensyen Sukan
Antarabangsa Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru,
Johor.Kementerian Pelajaran Malaysia. 2000. Dokumen Undang-undang,
Tatacara Dan Kaedah Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah-sekolah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran
Malaysia. 2011. Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan.
Putrajaya: Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran
Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2017 Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kerry, S. 2014. A Better Way to Say Sorry. Retrieved from
http://www.cuppacocoa.com/a-better-way-to-say-sorry/Khadijah Rohani
Mohd Yunus. 2008. Pembentukan Tingkah Laku Pro-sosial dan Insan
Berkualiti. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak
dan Moral. Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Lumpkin, A. 2002. Introduction to Physical Education, Exercise
Science, and Sport Studies (5th ed.). Boston, MA: McGraw-Hill.
Mohd Anuar Abdul Rahman & Nor Azah Azman. 2011. Peranan
Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum di Sekolah Menengah Daerah
Mersing. Journal of Educational Management, 1:14-30.
Mohd Jaflus Bahari. 2008. Faktor-Faktor yang Menghalang
Penglibatan dalam Kegiatan Kokurikulum.
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf. [13 Mei
2014].Mohd. Nasir bin Omar.1986. Falsafah etika: perbandingan
pendekatan Islam dan Barat. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri,
Bahagian Hal Ehwal Islam.Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof
& Borhan Yusof. 2002. Kokurikulum, Peranan dan Implikasi. Kuala
Lumpur: Sanon Printing.
Mohd Sofian Omar Fauzee. 2006. Kaedah mengajar Pendidikan
Jasmani. Shah Alam: Karisma.Mohd Suzli Abdullah. 1997. Permasalahan
Aktiviti Kokurikulum Sekolah-Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam
Kelantan di Daerah Pasir Mas. Tesis tidak diterbitkan. Universiti
Utara Malaysia.
Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., edisi ketujuh.Mustafa Kamal Ali.
2000. Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Melayu Tingkatan
Empat dalam Aktiviti Kokurikulum di Rancangan Felda Daerah Segamat
Selatan. Tesis yang tidak diterbitkan: Universiti Teknologi
Malaysia.
Othman, M. K., & Suhid, A. 2010. Peranan Sekolah dan Guru
dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni:
Satu Sorotan. MALIM-SEA Journal of General Studies, 11,
117-131.
Othman, M. K. H., Suhid, M. D. A., Rashid, A. M., & Roslan,
M. D. S. 2013. Hubungan Faktor-faktor Sosial dengan Penghayatan
Nilai Murni Pelajar Sekolah Menengah(The Relationships between
Social Factors and the Internalization of Noble Values Among
Students at Secondary School).Journal of Applied Research in
Education,17, 56-76.Pusat Perkembangan Kurikulum. 2005. Buku
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Nilai Merentas Kurikulum KBSR I
KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Robiah Sidin.
1994. Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Shamsul Amri Baharuddin.
2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur:
Pustaka Dimensi.Wee, E.H. 1994. Organisasi dan Pentadbiran Sukan
dan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd.www.mysuara.net/index.php/berita/5446-malaysia-bergantung-kepada-perpaduan-rakyat-tpmZainal
Sabu. 1999. Persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan
kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah di N.Sembilan. Tesis yang
tidak diterbitkan Universiti Malaya.
Zaharah Hussin. 2005. Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus
Peranan Guru Pendidikan Islam.Jurnal Masalah Pendidikan,28:
79-94.