HNS 2013 KENEGARAANTAJUKPENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG
MENYEBABKAN TERJADINYA BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT
KRONIK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DI MALAYSIA. BINCANGKAN
NAMA PENSYARAH PROF MADYA DR KHAZIN BIN MOHD TAMRIN
DISEDIAKANMOHAMAD FARID BIN ABU
HASSAND20141067909940819-05-5545AT 43 SAINS KEJURULATIHAN
PENCEMARAN ALAM ADALAH FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA
BENCANA ALAM DAN BERKEMBANGNYA PENYAKIT KRONIK DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA DI MALAYSIA. BINCANGKAN.
PENGENALAN
Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang
kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak
cucu kita. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle
sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan
aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga
alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat
atau penduduk yang tinggal bumi ini.Apa yang dikatakan sebagai
pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil
tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat
pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang
dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang
mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran
bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung
kepada sifat-sifat fizikal, haba,kimia, biologi atau radioaktif
mana-mana bahagian alam sekeliling denganmelepaskan,mengeluarkan
atau meletakkan bahan-bahan buangan hinggamenjejaskan apa-apa
kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatukeadaan yang
berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awamatau
kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau
tumbuh-tumbuhan.Masalah pencemaran seperti pencemaran
air,tanah,udara sentiasamenghantui pemikiran manusia tetapi
segelintirnya hanya memejam sebelahmata sahaja. Manusia sebagai
khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah
ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan
datang. Seperti yang kita ketahui, pencemaran boleh
diklasifikasikankepada empat jenis yang utama iaitu air,udara,tanah
dan bunyi.
Punca-punca dan kesan-kesan berlakunya pencemaran alam.
PENCEMARAN AIRPencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada
air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang
disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk
seperti pepejal, cecair dan gas. Punca utama pencemaran air di
Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di
sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan
pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti
ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh,
Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada
tahun 1980-an. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga
menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia.
Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan
dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang
bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau
Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat
apabila sampai ke laut. Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi
Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga
sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan
rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang
sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat
dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan
dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah
Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil
tindakan bagi memperbetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke
Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia.
Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan
memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke
dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan
tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah
digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut.
Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu,
telah wujud istilah pulau sampah secara terancang atau tidak
terancang.Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya
kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius.
Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung,
nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum
boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran
boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada
manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls
(PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit,
muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal
yang bahaya.Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis
adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air
minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik
tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan
kilang yang mencemari kawasan itu.
PENCEMARAN UDARAPencemaran udara boleh didefinisikan sebagai
terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara
sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau
bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap
melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau
bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak
terkawal.Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian
iaitu primerdan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila
penghasilan sulfurmonoksida dan karbon monoksida akibat daripada
pembakaran yang tidakl engkap. Proses ini akan menyebabkan
zarah-zarah yang halus terampai di udaradan memberikan kesan
sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakanpencemaran udara
primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasanindustri yang
melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapurarang atau
kayu yang tidak terkawal. Pencemaran udara sekunder pula adalah
hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan
wap-wap air di udara.Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan
asap kenderaan, penghasilan bahan pencemaran oleh kilang
asbestos,simen atau bateri kereta. Selain itu, pembakaran di tempat
pelupusan, pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang
berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Bahan-bahan seperti sampah sarap, sisa makanan dan sebagainya juga
dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui
aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah. Ada sesetengah
masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu
penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku
pencemaran tersebut. Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari
sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi, pembakaran
sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa. Namun
demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan
di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk
perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian
seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk
atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air
oleh ombak dan sebagainyaPencemaran udara telah memberi kesan yang
buruk terhadap hidupan dinegara ini pada masa kini. Di antara kesan
utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah
terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap
didalamnya akan memasuki hidung atau mulutmanusia dan memasuki
paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas
yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darahdengan
begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida
(NO2)boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar
gas ozon(O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap
atau bahan -bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga
menjejaskan mata manusia.Pencemaran udara juga memberi kesan yang
sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan
mengalami kerosakan dengant iga cara iaitu Nekrosis (Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Tumbuhan-tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar
sulfurdioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang
juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan
ini menyebabkan negara kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada penduduk juga terganggu akibat daripada
berlakunya pencemaran udara ini.
PENCEMARAN TANAHPencemaran tanah bermaksud perbuatan yang
berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran
warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan
dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri
daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran
tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan
tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar
warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut
menjadi layu.Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah
disebabkan oleh aktivitimanusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti
seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan
terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari
darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan
yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear,
dantumpahan minyak menyebabkan tanah tercemarAntara kesan
pencemaran tanah ini adalah berlakunya hakisan. Hakisan tanah
adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh
dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi
bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah
runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang
sedang diancam hakisan tanah. Tidak ketinggalan juga Negara kita
juga tidak pernah terlepas daripada berlakunya kejadian hakisan
tanah ini Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan
hakisan adalah pembersihan dan pembajakan cerum bukit yang
menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada
dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan
hutan, padang ragut yang meluasdan berlebihan, dan penanaman secara
meluas hanya satu jenis tanaman.
. Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara
seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan
yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain.
Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah
beracun dan tidak boleh didiami. Selain itu, sampah-sarap yang
dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman
penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain
tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke
tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan
lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang
penyakit yang serius.
PENCEMARAN BUNYIPencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu
bunyi itu tidak disukaikerana memberi ketidakselesaan terhadap
pendengaran. Secara saintifik, iadi definisikan sebagai signal yang
tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara
mendadak dari masa ke semasa.Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil
perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap
dunia pada masa kini. Pencemaran bunyiberpunca daripada kenderaan,
perindustrian, pembinaan, persekitaran dansebagainya. Jenis bunyi
bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi
dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan
diPasar, dan trafik. Seterusnya steady Narrow Band Noise iaitu
tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput,
gergaji rantai, danpengetam. Selain itu,Impact Noise iaitu bunyi
tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan, senjatapi,.Repeated
Impact Noise iaitu bunyi tunggal yangberulangan seperti memaku,
memahat, dan akhir sekali intermittent Noise Iaitu seperti
pengangkutan udara dan lalulinta.Kesan bunyi adalah berkait dengan
kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak
dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak
diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga
secara fisiologi. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu
rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif,
hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan
tidur, dan kesan buruk yang lain. Seterusnya, tekanan dan
hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga
berdengung atau 'tinitus yang boleh menyebabkan seseorang mengalami
masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak
dapat diduga.Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising
mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran akibat. Statistik
telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan kepada
bunyi yang bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang
sensitif berbanding rakan sejawat yang tidak terdedah. Walaupun
perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi pendengaran yang
sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi kedua-dua
kumpulan ini tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun. Satu
perbandingan telah menunjukkan bahawa puak Maaban di Ghana tidak
begitu terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh
pengangkutan atau perkilangan, berbanding dengan penduduk di
Amerika Syarikat yang biasa. Perkara ini menunjukkan bahawa
pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran dengan
tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan
pendengaran.Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada
kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi
dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik pada
tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan
tekanan perasaan atau vasoconstrictionjuga mendorong kepada dan
"vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah
termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.
Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran alam.Setiap perkara
negatif yang berlaku dalam kehidupan didunia pasti ada cara untuk
mengatasinya. Begitu juga dengan masalah pencemaran alam. Terdapat
pelbagai cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam ini dari
terus berlaku. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah dengan
menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan individu atau
syarikat yang melakukan pencemaran alam ini dari berleluasa
berlaku. Pihak kerajaan perlu mengenakan
denda,kompuan,saman,menarik lesen perniagaan dan lain-lain lagi
kepada mereka yang tidak menjaga alam sekitar ini. Sebagai contoh
apabila,adanya sebuah syarikat perkilangan, yang tidak mematuhi
arahan pihak yang berwjib tentang penyaluran sisa pepejal ke kolam
yang disediakan khas dan bukannya melepaskan sisa-sisa pepejal
berkenaan ke sungai maka pihak yang berkenaan haruslah mengheret
mereka ini ke muka pengadilan agar tidak sesuka hati mencemarkan
sungai. Hal ini secara tidak langsung dapat menyedarkan pihak
tertentu ini agar sentiasa berwaspada agar tidak sewenang-wenangnya
melakukan pencemaran Langkah seterusnya ialah melalui kempem.
Pelbagai cara untuk berkempem dalam memastikan pencemaran alam agar
tidak berlaku antaranya ialah media massa dan media cetak. Kempem
tentang penjagaan alam sekitar ini haruslah berterusan dan mesej
yang disampaikan perlulah sampai ke dalam sanubari hati masyarakat.
Sebagai contoh kempem cintailah sungai kita , sayangilah hutan kita
, kempem kitar semula dan lain-lain lagi adalah satu usaha yang
dilakukan bagi memastikan alam daripada berlakunya pencemaran alam.
Dengan adanya kempem sebegini sekaligus masyarakat akan lebih
memahami dan prihatin terhadap penjagaan alam sekitar ini daripada
berlakunya pencemaran. Perlu diingatkan bahawa alam adalah warisan
yang akan diwarisi oleh generasi akan datang dan mereka akan
bertanggungjawab terhadap alam ini daripada dirakusi oleh
individu-individu yang tidak ada sifat menghargai alam.Langkah
seterusnya ialah melalui pendidikan. Pendidikan adalah satu cara
yang baik dalam mengatasi masalah berlakunya pencemaran alam ini.
Melalui cara ini,kita dapat melahirkan generasi akan datang yang
mencintai dan menghargai alam sekitar. Dalam sistem pendidikan hari
ini terdapat subjek-subjek yang menerapkan pembelajaran berkaitan
dengan alam sekitar. Sebagai contoh subjek sivik dan sebagainya.
Ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam mempelajari akan
keprihatinan terhadap alam sekitar. Dalam pada masa yang sama ,
disekolah-sekolah haruslah mengadakan aktiviti yang lebih
menjerumus kepada penjagaan alam sekitar. Ini sekaligus dapat
menjadikan para pelajar sentiasa menanamkan sifat menjaga alam
sekitar ini walaupun dimana mereka berada.Langkah seterusnya ialah
melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.
Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan
tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar
semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat
khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah
tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi
moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan
cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan
kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
KesimpulanDalam asyik kita mencapai kemajuan jangan dilupakan
akan penjagaan terhadap alam sekitar. Pada hari ini ramai manusia
rakus dalam melakukan pencemaran alam ini tanpa memikirkan kesan
yang akan mendatang. Harus diingat bahawa bumi ini telah berbudi
kepada kita dan jangan pula nanti ianya merajuk dan tanpa diduga
akan mendatangkan sesuatu yang buruk kepada kita. Oleh itu saya
mengharapakan bahawa kerajaan akan sentiasa bertegas dalam memcegah
perkara-perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar. Meperketatkan
atau menguatkuasakan undang-undang adalah satu langkah yang baik
dalam memberik kesedaran kepada individu-individu tertentu agar
berwaspada dalam setiap tingkah laku dalam memelihara alam sekitar.
Pada masyarakat pula saya mengharapkan agar bersama-sama dalam
menjaga alam sekitar ini. Dengan cara ini kita akan lahir sifat
sayangi kepada alam sekitar. Masyarakat akan bersama memelihara
alam daripada punah dan akibatnya dan kesannya akan menjejaskan
kehidupan seharian bersama. Pada diri pula saya berharap dapat
menanamkan sifat menghargai dan keprihatinan kepada alam sekitar
agar menjadi rutin dalam kehidupan sehingga ke akhir hayat.
Mencemarkan lebih mudah daripada memulihara. Sayangilah alam
kita.
Gambar pencemaran alam
Pencemaran air
Pencemaran udara
Pencemaran tanah
Pencemaran bunyi
Gambar langkah-langkah penjagaan alam