Esei Pendek - Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan
Menghasilkan PdP yang berkesan1.0 Pendahuluan.Pembelajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah
murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru,
guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang
sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai
semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan
serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih
dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang
dipelajari,Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu
bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai
resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa
jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang
berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting
untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep
sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu
bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada
rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya.Bukan itu sahaja,
penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai
resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih
bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan
dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini.Microteaching
merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia
ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5
yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu dengan bimbingan yang
diberikan sebelum, semasa dan selepas akan dipraktikkan agar
pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik.
2.0Esei Pendek
2.1Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan
PdP yang berkesan
Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan
kondusif sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana
dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian
murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain
itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik,
seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali
sebagai resos sebagai alat untuk menjayakan proses PdP.
Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat
mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik
darjah yang kondusif merupakan aspek
yangpalingpentingperludititikberatkansupayamurid-muriddapatbelajardan
menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu,
murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana
mereka dapat belajar dengan baik
Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi
takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik
bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan
seseorang pelajar.
Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat
bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam
bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer.
Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat
bantu mengajar.
Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari
pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina
hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.Pelajar
yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara
dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari.
Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian
terhadap masalah yang diberi.
Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi
pembelajaran dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang
boleh digunakan adalahAlat bantu mengajar (resos) mengajar bukan
elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah
Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan
buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad
cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan
mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama
(satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model
diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar
tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga
dimensi).
Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini
berbentuk maujud dan mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik
dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh pegang
sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka
sendiri. Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan
pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria
tetapi tidak terlalu serabut.
Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik
yang digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti
yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan teknologi yang
serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu
seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki
sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer
untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead
projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan
VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem
jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah
software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian
tersebut.
Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian
yang sangat bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft,
Apabila menggunakan elektronik , guru boleh menyelitkan
bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau
video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan
sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian.
Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru
kerana teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah
lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain
itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos
tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi
dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang
dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan
lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam
kelas.
Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik,
terdapat satu lagi jenis resos yang boleh digunakan oleh guru untuk
proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih lancar dan
memberi manfaat. Jenis resos tersebut resosbercorak pengalaman dan
bahan sebenar. Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman
dan bahan sebenar adalahseperti lakonan, pantomin, lawatan dan
projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut
sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan
dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa
kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan
dan benda hidup.
Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon
sebagai resos iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah
dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana resos yang seperti
ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara
tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri
pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan.
Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu
itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai
contoh pameran bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik,
kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang.
Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun
tidak digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan
masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh
murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap
pembelajaran murid tersebut
Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk
menghasilkan resos yang baik untuk proses pembelajaran dan
pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas diperolehi semasa
menggunakan resos adalahMenyediakan satu asas yang kuat untuk
sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
Klien seseorang guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya
dalam lingkungan 7-12 tahun.
Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos
yang menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid
tersebut dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu
sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut
dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran
dengan lancar.
Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut
perlu menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik
murid agar tertarik dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap
warna memberi makna yang berlainan, apabila guru menggunakan warna
yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat
berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan
murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang
mengajar.
Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalahMenghasilkan
pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan
mengjasilkan pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering
didedahkan dengan pepatah dariConfucius bahawai hear i forget i see
i remember i do i understand. Pepatah ini sangat sesuai dengan
situasi penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini
berlangsung.
Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi
ilmu, murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak
melekap dengan jitu di fikiran murid kerana jika hanya mendengar
murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya. Sekiranya
guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam
dan kapur atau papan putih dan pen marker, pengajaran juga tidak
dapat dijalankan dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan
ingat tanpa memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran yang
dipelajari. Namun, jika guru yang cemerlang menggunakan resos bahan
maujud, elektronik dan sebagainya untuk proses pembelajaran dan
pengajaran, murid akan lebih memahami konsep pelajaran yang ingin
ditekankan oleh guru.
Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat
dimana akan memberikan murid pengalaman sebenar yang boleh
meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos yang
berbentuk maujud akan membuat murid untuk memegang dan mencuba
sendiri untuk memahami pembelajaran dengan bantuan guru dan alat
itu sendiri. Kaedah kooperatif boleh digunakan semasa menggunakan
resos dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ murid
dapat berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah
menggunakan bahan resos yang telah disediakan oleh guru dan guru
hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing murid
sahaja.
Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan menggunakan resos adalah resos dapat
menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui
bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan
beragam. Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat
membantu secara menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu digunakan
dan penggunaan resos perlulah bersistematik dan senang diuruskan
serta beragam. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan guru dan
murid menggunakan resos yang dibuat.
Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi pembelajaran
dan pembelajaran kerana memudahkan murid untuk lebih fahami konsep.
Sekiranya guru hanya mengajar secara lisan tanpa menunjuk contoh
maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami secara
mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan penggunaan
resos murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami pengalaman
sendiri untuk memahami konsep dan merasai apa yang ingin
diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar.
Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran
dan pengajaran adalah cara penggunaan abacus atau lebih dikenali
sebagai sempoa.Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang
besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik.
Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan
kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik
dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas,
meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua
deria utama murid ketika mengendalikan abakus.
Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan
kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran
telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran
Malaysia. Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga
peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya
kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan
abakus.
Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan
sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru
perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan
penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan
diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor
menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus,
murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin
membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru
menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3
nombor.
Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi
sebagai pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid.
Berdasarkan aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu
berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di hadapan
kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini,
semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil
pembentangan rakan-rakan mereka. Penggunaan abacus perlu diterapkan
dalam diri murid kerana melalui abakus murid dapat memahami konsep
operasi dengan lebih baik.
Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid
membezakan nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh
membanding-beza yang mana satu nilai yang lebih besar dan lebih
kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat menggunakan dekak-dekak
ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu menyediakan
manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang
dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana
untuk membezakan setiap nilai nombor. Secara tidak langsung
pengguna warna yang pelbagai menyenangkan murid untuk membezakan
dan dapat menarik minat murid untuk menumpukan dengan penuh
perhatian.
Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana
ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu,
cara pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin
dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu
guru boleh menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid
yang sedikit. Hal ini demikian kerana, jika jumlah murid yang sikit
dalam sesuatu kumpulan, setiap murid berpeluang untuk merasai
pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak tersebut.
Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan
mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini
hampir sama dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai
sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan
hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru
untuk mengajar murid-murid di sekolah.
Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan
jumlah dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak
telah terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu
sahaja, tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia
boleh digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan dekak-dekak juga
boleh digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana,
dekak-dekak tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan
satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar
memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan yang
dapat dipegang dandilihat membolehkan murid-murid melakukan
aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya dalam
pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.
Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan
kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes
sinonim dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes)
yang dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan
Aljabar dan blok logik, yang menggunakan kontemporari bahan
manipulasi dalampengajaran matematik. Nilai tempat Dienes adalah
unik dalam bidang pendidikan matematik kerana terdapat teori-teori
tentang bagaimana struktur matematik bolehdiajar. Gred awal
menggunakan penjelmaan pelbagai melalui manipulatif, permainan,
cerita dan tarian.
Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok
Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh
digunakan untuk memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan,
darab, mahupun bahagi. Alat bantuan ini cukup berkesan untuk
pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen dan mencari
sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih
menyenangkan bagi kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini
mempunyai jumlah yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua
pelajar dapat menggunakannya dengan selesa.
Blok Dienes adalah alatmanipulatifdigunakan oleh pelajar untuk
belajarkonsep-konsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa
nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok
dalam cara yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak.
Blok3-dimensiandibuatbahan-bahanyang terpakai dan sebagainya.
Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat
membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa,
terdapat sebuah kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang
terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum serta bentuknya menegak,
jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100
kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat mengenal pasti dengan jelas,
murid akan lebih senang untuk menjalankan pergiraan.
Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam
pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam
bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja,
murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri tentang
konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid
apabila menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk
memanipulasi objek - satu teknik penting dalampembelajaran
prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal
perkembangan kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa
penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa merekabergerak kepada
pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini pelajar
menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka
"membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa dengan
istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar
daripada yang paling dekatnilai,digit tempat.
Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru
terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar
mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos
ini merupakan alat yang sangat berguna jika digunkan dengan bijak
untuk mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran semasa
sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai
satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru
dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu,
penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang
telah tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai
nilai yang tersendiri dan mempunyai kebaikan dan kelebihan
tersendiri.
3.0 Membina Resos - DEKAK-DEKAK
3.0 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN RESOSMemandangkan topik yang kami
pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam lingkungan 10000
tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina
dekak-dekak. Dekak-dekak merupakan resos utama kami bagi menyokong
pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang akan kami
jalankan melalui pengajaran mikro. Idea pembinaan dekak-dekak ini
tercetus setelah kami berkolaborasi bersama-sama dengan Encik
Norhawan bin Misiran dan menyatakan kepada beliau tentang apa yang
kami ingin lakukan. Selain itu, kami juga turut membina sampul
surat, kad nombor, lembaran kerja dan juga video bagi menjayakan
lagi proses PdP.
3.1 Penghasilan Dekak-dekak
Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih
untuk menggunakan polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal,
ringan dan juga selamat apabila digunakan oleh murid-murid sekolah
rendah. Resos yang ringan juga memudahkan guru-guru untuk
membawanya ke mana sahaja. Selain itu juga, tapak tersebut boleh
dibina mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan ianya begitu
mudah untuk dibentuk dan juga dipotong.
Rajah 3.1.1 : Tapak Dekak-DekakSeterusnya menghasilkan tiang
dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut daripada batang
paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah.
Tiang ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah.
Memandangkan topik kami ialah operasi tambah dalam lingkungan
10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan ialah empat batang
bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang tersebut
akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak.
Rajah 3.1.2 : Tiang Dekak-Dekak
Rajah 3.1.3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak
Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada
polisterin dan boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan
menarik perhatian murid-murid, tetapi bentuk kesemua bentuk buah
tersebut mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang dipilih,
maka kesemua buah tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di
bahagian tengah pula, ianya ditebuk sebesar saiz batang paip yang
digunakan untuk dijadikan tiang bagi tujuan untuk memasukkan buah
tersebut ke dalam tiang. Buah tersebut digunakan untuk mewakili
nilai bagi setiap rumah. Contohnya, 232. Ini bermakna, dua buah
akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke dalam rumah puluh dan dua
buah ke dalam rumah ratus.
Rajah 3.1.4 : Buah Dekak-Dekak
Rajah 3.1.5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang
Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan
untuk mengelakkan kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain
daripada dilabelkan, ianya juga mengikut warna tiang untuk
menjadikannya seragam.
Rajah 3.1.6 : Label bagi setiap rumah
Rajah 3.1.7 : Label rumah dan warna tiang adalah seragam
3.2 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah
Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022,
gunakan buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang
pertama dan nombor yang kedua seperti rajah di bawah. Nombor 2311
menggunakan buah berwarna pink dan nombor 2022 menggunakan buah
berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke dalam rumah mengikut angka
yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah kedua-dua
nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah.
Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3 buah di
rumah ratus, puluh dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022
ialah 4333. Begitu mudah melakukan operasi tambah dengan
menggunakan dekak-dekak.
Add caption
4.0 Rancangan Pelajaran Harian Tugasan Berkumpulan4.0 Rancangan
Pelajaran Harian Tugasan Berkumpulan
8.0 Penutup
8.0 PenutupSecara kesimpulannya, pelajar yang menyiapkna tugas
ini secara tidak langsung dapat menghubungkaitkan teori
pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan
nombor melalui pengajaran mikro. Selain itu, pelajar juga dapat
mengesan cara bagaimana untuk mengukuhkan konsep Matematik yang
perlu ditanam pada diri murid-murid melalui pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tugasan ini memerlukan
pelajar mencipta resos, pelajar telah mengkaji dan berbincang untuk
mencipta resos yang terbaik untuk digunakan.Kerjasama yang baik
dalam satu pasukan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim
sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk berbaik-baik
semasa insane Selain itu, kerja yang dilakukan akan lancar dan dan
tidak mengalami kesulitan sepanjang tugasan dijalankan kerana
mempunyai rasa tanggungjawab dan bertolak ansur sesama
sendiri.Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif
disamping dunia yang kian maju kerana jika di lihat statistic
penggunaan teknologi dari zaman dulu hingga kini, jumlah pengguna
teknologi mengalami kenaikan yang sangat tinggi. Oleh itu, wajarlah
pelajar menggunakan teknologi sebagai satu medium cara menyampaikan
ilmu pengetahuan Matematik.Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik
boleh digunakan dengan pelbagai medium mengikut kreativiti
seseorang guru bagaimana untuk mendidik anak bangsa. Sebagai guru
yang cemerlang dan baik, guru itu sendiri perlu memahamikan akar
pelajaran tersebut iaitu konsep sesuatu topik, barulah ilmu itu
akan berkembang.
5.0 Refleksi Microteaching.
Oleh : Nur Fadhillah Binti GhazaliUnit : PISMP 5.11
(MATEMATIK)
Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya
saya dan pasangan saya selesai menjalani micro teaching MTE 3110.
Kami mendapat tajuk Operasi dan kami memilih operasi tambah sebagai
topic pengajaran kami. Saya dan pasangan saya Nur Amalina Syamimi
telah berbincang beberapa kali untuk merancang bagi memilih tahun
yang sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam micro
teaching. Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tahun 3 dan
topiknya adalah operasi tambah dalam lingkungan 10000.Ini merupakan
microteaching subjek matematik saya yang pertama. Saya berasa amat
gementar untuk sebelum menghadapi microteaching. Saya dan pasangan
menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat menyiapkan bahan untuk
microteaching. Pada bulan ini, jadual semester 5 agak padat dengan
pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan sebelum pelajar semester 5
ke praktikum pada 1 April 2013. Kami perlu membahagikan masa
sebijaknya untuk menyiapkan bahan bantu mengajar untuk
microteaching kali ini.
Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk
meminta pandangan dan pendapat untuk isi pengajaran kami untuk
mincroteaching. Kami sangat berterima kasih kepada beliau kerana
sudi meluangkan masa untuk kami dan memberikan nasihat, pandangan,
rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan microteaching.
Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya
cuba kawal perasaan saya di hadapan pensyarah pembimbing. Saya
telah mengambil bahagian Langkah 1, langkah 2 dan penutup dalam
rancangan pengajaran harian yang telah kami siapkan. Kelemahan yang
saya rasa ada pada diri saya semasa microteaching adalah saya tidak
bersedia dengan secukupnya dan penggunaan kata-kata saya tidak
teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak faham akan
arahan.Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan
semasa di hadapan dan mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan
itu sahaja, saya merasakan saya sangat kalut semasa mengajar sambil
menggunakan bahan bantu mengajar. Semasa saya menggunakan manila
kad yang perlu digantung pada paku, paku itu telah tercabut dan
memakan masa saya untuk mengajar serta kelas tidak terkawal pada
masa itu kerana saya sibuk membetulkan manila kad
tersebut.Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching
adalah saya dapat mengawal suara saya yang gementar kepada suara
saya yang normal dan saya masih boleh senyum semasa berhadapan
dengan para pelajar. Saya juga merasakan lontaran suara saya jelas
dan boleh didengar oleh satu kelas. Bukan itu sahaja, saya juga
merasakan bahan bantu mengajar kami agak menarik kerana bahan itu
adalah bahan maujud dan boleh digunakan oleh murid itu sendiri
untuk lebih memahami konsep operasi tambah dengan lebih
berkesan.Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk
microteaching akan datang adalah saya perlu memperbaiki tutur kata
dan kosa kata semasa saya mengajar. Selain itu, saya juga perlu
menanamkan dalam diri saya agar menjadi lebih tegas tetapi mesra
dengan pelajar.Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik,
guru perlu mempunyai unsur kecindan pada diri agar kelas lebih
ceria dan bermaya serta tidak dingin. Bukan itu sahaja, saya juga
merasakan saya perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan
menggunakan sebaik mungkin bahan bantu mengajar supaya memberikan
kesan kepada yang positif kepada para pelajar agar mereka lebih
seronok dan lebih memahami konsep yang guru ingin pelajari.
Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika
di praktikum kelak kerana sebagai seorang guru, guru perlu menjadi
seorang yang kreatif untuk mempelbagaikan cara sewaktu mengajar dan
perlu bijak mengawal kelas tanpa menggunakan suara yang lantang dan
garang agar murid lebih mesra dan lebih dekat dengan guru.
7.0 REFLEKSI
Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
ini pada masa yang ditetapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih
kerana pensyarah pembimbing saya Datin Zaitun bt Othman kerana sudi
mengajar dan membimbing saya sepanjang tugasan ini dijalankan.
Selain itu, beliau sering memberikan kata-kata rangsangan dan buah
fikiran yang bernas kepada saya agar menyempurnakan tugasan ini
dengan baik.
Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba
pengalaman yang tidak sangat bermakna pada diri saya. Tugasan ini
memerlukan saya untuk mencari satu topic pengajaran dalam silibus
dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH) selama satu jam. Saya
dan pasangan telah berpakat untuk memilih tajuk operasi tambah
dalam lingkungan 10 000 tahun 3. Kami telah berbincang beberapa
kali untuk mendapatkan hasil RPH yang baik dan berkualiti. Selain
itu, kami juga telah berbincang dengan pensyarah pembimbing untuk
mendapatkan panduan bagi menyiapkan rancangan pengajaran harian
yang baik.
Seperti yang sedia maklum, Rancangan Pengajaran Harian adalah
sangat sinonim dengan kerjaya seorang guru. Sebagai seorang guru,
mereka perlu mahir dalam pembikinan RPH dengan lengkap dan teliti
untuk memudahkan kelancaran semasa aktiviti pembelajaran dan
pengajaran berlaku. RPH yang baik adalah RPH yang mengandungi
spesifikasi yang telah ditetapkan dan senang dibaca serta dirujuk.
Saya mengalami kesulitan semasa menyiapkan RPH kerana kadangkala
saya terlepas pandang dengan perkara-perkara seperti nilai yang
dipupuk, strategi dan teknik yang ditekankan dalam RPH. Oleh itu,
RPH yang dihasilkan pada oleh saya pada kali pertama telah dikritik
dan telah dimurnikan oleh pensyarah pembimbing. Namun demikian,
saya telah memurnikan RPH yang dibuat oleh saya dan pasangan
setelah mendapat bimbingan oleh pensyarah pembimbing. Saya kini
lebih yakin untuk ke praktikum kerana kini saya lebih mahir untuk
membuat RPH berbanding semester sebelum-sebelum ini yang dulunya
terkial-kial untuk membuat RPH.
Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya untuk mencipta resos
untuk digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan
RPH yang telah dilakukan. Saya dan pasangan telah berjumpa dengan
En Hawan untuk meminta buah fikiran selain meminta bantuan Datin
untuk memberikan idea untuk mencipta resos. Akhirnya setelah
beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk
membuat dekak-dekak bersaiz gergasi. En Hawan telah sarankan kami
untuk membuat dua buah dekak-dekak dan penggunaannya untuk guru dan
murid.
Pada mula pembikinan resos dekak-dekak tersebut, jujur saya
katakan, saya tidak begitu kreatif dalam pemilihan warna-warna dan
bercorak. Oleh itu, saya meminta nasihat rakan-rakan lain untuk
membantu saya dalam pemilihan warna. Selain itu, kami telah membeli
barang-barang yang diperlukan untuk mencipta resos dekak-dekak
tersebut seperti polystyrene, mountain board, sugar paper,dan
beberapa helai kertas berwarna. Cabaran yang saya hadapi adalah
kelalaian saya dengan penggunaan benda tajam. Saya tidak sedar saya
menggunting tangan saya sendiri semasa menggunting kertas. Saya
hanya sedar apabila darah menitik di atas kertas. Punca saya cuai
semasa melakukan kerja adalah mungkin kerana masa yang suntuk
kerana semester ini kami sangat penuh dengan tugas-tugas lain
selain tugasan kerja kursus. Namun demikian, Alhamdulillah, saya
akhirnya dapat siapkan resos yang dikehendaki pada masa yang telah
ditetapkan. Saya dapat membahagikan masa yang singkat dengan baik
untuk menyiapkan semua tugasan yang tarikh hantarnya hampir
sama.
Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk melakukan
microteaching di hadapan pensyarah pembimbing dan di hadapan kelas.
Microteaching ini perlu dilakukan mengikut RPH yang telah
disiapkan. Bukan itu sahaja, microteaching ini juga dilakukan
secara berpasangan dan kami telah membahagikan beberapa langkah
untuk seorang. Saya mengambil langkah 1, langkah 3 dan penutup.
Saya berasa amat gemuruh semasa menjalani microteaching. Hal ini
demikian kerana, ini bukannya perkara yang sering dilakukan,
lebih-lebih lagi dihadapan Datin Zaitun. Baju saya hampir basah
kerana hormone adrenaline yang membuak-buak kerana gementar. Namun
saya masih dapat mengawal suara agar tidak keluar suara yang
bergetar. Hal ini demikian, jika suara bergetar, saya tidak dapat
meneruskan proses microteaching kerana akan tersangkut-sangkut.
Namun, setelah beberapa saya mula mendapat rentak dan menarik
nafas panjang untuk menghilangkan ketakutan. Saya juga membuat
beberapa kesalah semasa microteaching kerana saya mempunyai masalah
dengan resos yang digunakan. Oleh itu, dari situ saya telah membuat
dalam 3 minit. Masa yang diberikan hanyalah 20 minit setiap
kumpulan. Namun, saya begitu bersyukur kerana berpeluang untuk
melakukan microteaching kerana bagi saya, microteaching adalah satu
medium yang bagus bagi saya untuk menyediakan diri saya untuk
berpraktikum pada awal April kelak. Setelah video yang telah
direkod ditayangkan, datin telah memberikan komen yang membina agar
meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Oleh itu, saya dapat belajar dari kesilapan setelah menonton video
tersebut.
Selain itu, setelah kerja telah siap dilakukan, setiap orang
dikehendaki untuk membina satu blog untuk diletakkan di dalamnya
semua tugasan matematik MTE 3109. Capaian yang di dalam blog
tersebut perlulah mudah. Datin telah member cadangan untuk
menggunakan perisian blogspot. Pada mulanya saya berasa risau
kerana saya tidak begitu mahir dengan teknologi terutamanya menulis
blog. Namun dengan bantuan rakan-rakan saya dapat menghasilkan blog
yang menarik untuk dibaca dan dilihat oleh pensyarah pembimbing,
Saya mengambil masa juga untuk mempelajari perlahan-lahan dalam
penggunaan pembuatan blog. Blog adalah satu medium berteknologi
yang kita dapat berkongsi dengan orang ramai tentang ilmu yang kita
ada.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses tugasan kerja kursus ini dijalankan. Saya
bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ilmu dunia penuh
manfaat yang akan membawa saya ke akhirat kelak. Saya berharap agar
saya mendapat markah yang baik dan mendapat keputusan yang baik
untuk mengekalkan atau meningkatkan CGPA saya. Sekian terima
kasih.