1.0 PENDAHULUAN Malaysia telah mewarisi sistem Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy) sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Salah satu ciri utama sistem ini ialah pihak pemerintah harus dibentuk berasaskan pemilihan yang dibuat sendiri oleh rakyat. Lantaran itu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam proses pemilihan pucuk pimpinan dan pemerintahan, Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan agar diadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali. Justeru itu, dengan kata-kata lain, rakyat diberi mandat melalui proses pembuangan undi untuk menentukan pimpinan negara. Sehubungan dengan itu, menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), oleh kerana demokrasi itu sendiri asalnya bermaksud “ pemerintahan oleh rakyat ”, maka pilihan raya merupakan amalan yang tidak dapat dielakkan di dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi . Melalui pilihan raya rakyat berpeluang menyatakan pilihan mereka di kalangan calon atau parti politik yang bertanding. Selain daripada itu, ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk menggantikan pemimpin atau parti lain yang dianggap lebih sesuai. Lazimnya, parti-parti politik akan bertanding bagi merebut seberapa banyak yang mungkin kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN ). Pemilihan adalah berdasarkan kepada kemenangan melalui kiraan undi terbanyak atau Page 1 of 36
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia telah mewarisi sistem Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy)
sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Salah satu ciri utama sistem ini ialah
pihak pemerintah harus dibentuk berasaskan pemilihan yang dibuat sendiri oleh rakyat.
Lantaran itu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam proses
pemilihan pucuk pimpinan dan pemerintahan, Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan
telah menetapkan agar diadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali. Justeru itu, dengan
kata-kata lain, rakyat diberi mandat melalui proses pembuangan undi untuk menentukan
pimpinan negara. Sehubungan dengan itu, menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), oleh
kerana demokrasi itu sendiri asalnya bermaksud “ pemerintahan oleh rakyat ”, maka
pilihan raya merupakan amalan yang tidak dapat dielakkan di dalam sebuah negara yang
mendakwa mengamalkan sistem demokrasi . Melalui pilihan raya rakyat berpeluang
menyatakan pilihan mereka di kalangan calon atau parti politik yang bertanding. Selain
daripada itu, ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk menggantikan pemimpin atau
parti lain yang dianggap lebih sesuai.
Lazimnya, parti-parti politik akan bertanding bagi merebut seberapa banyak yang
mungkin kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN ). Pemilihan adalah
berdasarkan kepada kemenangan melalui kiraan undi terbanyak atau majoriti mudah yang
dicapai oleh individu-individu yang telah dicalonkan oleh parti-parti politik untuk
bertanding dalam pilihan raya umum dan negeri. Pemilihan parti politik pemerintah di
peringkat Persekutuan adalah ditentukan melalui kemenangan dua per tiga daripada
jumlah kerusi Parlimen atau kemenangan dua per tiga daripada jumlah kerusi DUN di
peringkat negeri oleh sesebuah parti politik. Kemenangan dua pertiga daripada kerusi-
kerusi yang dipertandingkan akan melayakkan sesebuah parti politik itu membentuk
kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Parti politik yang memperoleh majoriti
dua pertiga kerusi akan memerintah bagi tempoh selama lima tahun sehinggalah pilihan
raya umum berikutnya diadakan.
Page 1 of 22
2.0 KONSEP PARTI POLITIK
Menurut Edmund Burke ( Rodee : 1983 ), parti politik boleh didefinisikan sebagai
sekumpulan manusia yang bersetuju di atas sesuatu prinsip yang membolehkan mereka
berkhidmat kepada negara. Selain daripada itu, ia juga dapat diertikan sebagai satu
kumpulan individu yang tersusun dan mempunyai hasrat untuk berkuasa. Justeru,
melalui kuasa tersebut mereka akan memperoleh keuntungan dari aspek kawalan
sepenuhnya terhadap kuasa yang dimiliki. Syed Ahmad (1995) pula ketika memetik
definisi-definisi yang terdapat di dalam buku karya Peter B. Harris telah menggariskan
beberapa pengertian mengenai parti politik. Antara pengertian parti politik menurut
beliau ialah:-
i) Parti ialah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersama
membina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang
mereka setuju bersama;
ii) Parti ialah kumpulan dengan penyokong-penyokongnya berpegang
kepada prinsip-prinsip yang sama;
iii) Parti ialah satu kumpulan yang tersusun dan berusaha untuk
menguasai kedudukan individu dan dasar sesuatu kerajaan;
iv) Parti ialah satu kumpulan kuasa yang statusnya telah dirasmikan,
dan ia berfungsi sebahagian daripada rejim pemerintahan;
v) Parti ialah organisasi tetap dan berterusan sebilangan orang
berminat untuk menguasai kuasa atau terus menyimpannya;
vi) Parti ialah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi
tetapi berusaha untuk memilih pemegang-pemegang jawatan
kerajaan di bawah sesuatu label tertentu.
Page 2 of 22
Sejarah kemunculan parti-parti politik dikatakan bermula di Eropah dan sangat
berkait rapat dengan kemunculan kerajaan perwakilan ( representative government ) serta
perluasan kuasa hak mengundi kepada pelbagai golongan masyarakat ( Ghazali
Mayudin : 2009 ). Senario ini timbul susulan daripada keruntuhan institusi istana dan
gereja seperti yang berlaku di England. Keadaan tersebut telah menyebabkan penubuhan
dewan perwakilan dan parti-parti berkembang begitu pesat sehingga mengakibatkan
ketidakmampuannya menampung jumlah keahlian yang semakin bertambah. Justeru itu,
maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin membesar dan mampu
menampung jumlah pertambahan ahli yang besar. Jika di Eropah kemunculan parti-parti
politik mempunyai kaitan dengan semakin demokratiknya sistem pemerintahan dan
meluasnya hak mengundi, di negara-negara membangun pula perkembangannya dapat
dilihat dari perspektif yang berbeza. Menurut Ghazali Mayudin ( 2009 ), rata-rata parti
politik yang ditubuhkan di negara-negara tersebut bermotifkan perjuangan untuk
mendapatkan kemerdekaan atau membebaskan negara dari penjajahan kuasa barat
seperti Perikatan di Tanah Melayu, Parti Kongres di India dan Parti Nasional Indonesia .
Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah parti politik terdapat dalam hampir
seluruh negara di dunia, tidak kiralah sistem politik apa yang menjadi amalan sesebuah
negara itu sama ada demokrasi atau bukan demokrasi. Walau bagaimanapun hanya
negara yang mengamalkan konsep pemerintahan monarki sahaja yang tidak
membenarkan kewujudan parti politik. Dalam sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi, kewujudan parti politik memang tidak dapat dielakkan, malah dianggap
sebagai satu kemestian. Keadaan ini dijelaskan oleh M.G. Roskin (1994) yang
merumuskan bahawa sesebuah negara itu tidak dianggap sebagai mengamalkan sistem
demokrasi andainya tidak terdapat parti-parti politik yang bersaing sesame mereka untuk
mendapatkan kuasa. Justeru itu, walau apa tujuan penubuhannya, ternyata kewujudan
parti adalah penting kerana ia mampu menjalankan fungsi-fungsi tertentu.
Page 3 of 22
Sehubungan dengan itu, Syed Ahmad (1995) telah menggariskan lapan fungsi
parti politik iaitu :-
i) Parti menyatukan, menyenangkan dan menstabilkan proses parti politik.
Ia membawa berbagai golongan manusia dengan latar belakang yang
berbeza ke arah satu struktur yang lebih padu dan bererti. Jelasnya, parti
memainkan peranan sebagai ( a common denominator );
ii) Parti berusaha mendapatkan kuasa, dan justeru itu akan cuba mendapatkan
sokongan seluas-luasnya. Dalam konteks ini, mereka akan
mengumpulkan kepentingan masing-masing dan cuba
mengharmonikannya agar setiap jurang perbezaan mampu dikurangkan.
Di samping itu, mereka juga menggalakkan kompromi dan berusaha
membentuk satu orde baru yang lebih sistematik;
iii) Parti bertindak sebagai penghubung di antara kerajaan dengan rakyat. Ia
akan mendidik dan menjelaskan tentang dasar-dasar serta perjalanan
sesuatu sistem politik itu. Ia juga berfungsi untuk mengerah tenaga rakyat
dan mengeratkan identifikasi rakyat dengan dasar-dasar awam;
iv) Selain daripada membesarkan skop aktiviti dan penglibatan politik, parti
juga berperanan mengambil dan melatih para pemimpin politik dan
menyediakan barisan-barisan pelapis kepimpinan politik di semua
peringkat ;
v) Parti akan menimbulkan isu, dan memberikan panduan matlamat, nilai
ideologi serta falsafah kepada masyarakat;
vi) Parti berperanan sebagai agen kepada idea-idea dengan memilih isu-isu
yang ingin ditumpukan perhatian;
vii) Parti sebagai agen pembangunan, modenisasi dan perubahan sosial;
viii) Parti politik berperanan sebagai jentera perkhidmatan kebajikan yang
semuanya tidak termasuk sebagai tindakan-tindakan politik.
Page 4 of 22
3.0 KONSEP PILIHAN RAYA
Pilihan raya telah menjadi satu amalan di Malaysia bagi rakyat menentukan parti
manakah yang harus diberi mandat menerajui pemerintahan negara setiap lima tahun
sekali. Menurut laman web http://m.s.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya, menjelaskan
bahawa pilihan raya adalah satu proses demokrasi yang menggunakan undi untuk
memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Laman web ini juga turut
menjelaskan bahawa ia merupakan mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang
sesuai bagi memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif,
perundangan dan kerajaan tempatan. Sehubungan dengan itu, untuk memenuhi tuntutan
demokrasi, sesebuah kerajaan dipilih melalui proses pilihan raya. Melalui pilihan raya
ini, rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang diingini. Justeru, ini bermakna
sesebuah kerajaan yang dipilih akan memerintah mengikut kehendak rakyat yang
memilihnya. Dalam sesuatu pilihan raya, terdapat dua objek yang terlibat iaitu orang
yang dipilih dan kumpulan pemilih. Menurut A. Rashid ( 1994 ), ia berkaitan dengan
politik untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-
pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana orang atau
orang-orang berkenaan dipilih untuk bertugas.
Sehubungan dengan itu, orang atau orang-orang yang akan mendapat jumlah undi
terbanyak bakal terpilih mewakili kawasannya menjadi ahli parlimen bagi peringkat
persekutuan atau ahli Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Memandangkan
sesebuah kerajaan demokrasi bergantung sepenuhnya kepada pilihan raya sebagai
mekanisme untuk menentukan kuasa pemerintahan, maka adalah amat wajar dan penting
agar ia diadakan secara sistematik dan telus. Pilihan raya yang tidak telus dan penuh
dengan elemen-elemen yang mencurigakan samalah seperti memperoleh pemerintahan
dengan cara menipu dan tidak menyenangkan hati rakyat (Mohd Afandi Salleh,
Mohamed Mustafa Ishak, Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullah: 2007). Maka
dengan itu, ia akan mengundang suasana tidak tenteram, timbul perbalahan, malah lebih
parah lagi menimbulkan pemberontakan di kalangan rakyat.