TAJUK 1
Pengenalan Di negara ini terdapat pelbagai jenis agama. Salah
satu daripadanya ialah agama Islam Agama islam merupakan agama
rasmi bagi negara ini dan diperuntukkan dalam Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak
boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu dan orang melayu. Tamadun
melayu didefinisikan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok
manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang
melayu dan bertempat di suatu wilayah di asia tenggara yang
dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu,
gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan
Tanah jawi. Dalam perkembangannya agama islam, tamadun Melayu
semakin mantap dengan kedatangan Agama Islam dan mewujudkan adat
istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi
antara satu sama lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam
tamadun Melayu.
Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di
Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam
sejarah. Antaranya ialah berlaku perubahan akidah Melayu kepada
kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur-unsur budaya
Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi
dalam masyarakat Melayu telah merubahkan pelbagai aspek kehidupan
seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.Peranan Islam Dalam
Pembinaan Tamadun Malaysia Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu
dilakukan secara damai dan sejahtera. Tiada bukti sejarah yang
boleh mengatakan bahawa masyarakat Nusantara menerima kemasukan
Islam secara paksaan. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah
bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan
menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara Raja Raden
Fattah yang telah memerintah ciri dengan Prabu Udara yang
memerintah Majapahit pada awal abad ke-16 M. Islam datang ke
Nusantara pada awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) . Islamisasi
berlaku semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad
jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan
usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah
Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di
Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya ialah Kerajaan
Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan
sebagainya. Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan
besar kepada masyarakat di Nusantara selepas itu. Contoh yang
paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang
secara terang menyerang telah membuka minda atau fikiran masyarakat
Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan,
perundangan, ekonomi dan agama. Kesan perubahan ini masih
berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan
Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan
Islam Melaka pada tahun 1511 di tangan Portugis sehingga mendapat
kemerdekaan daripada British pada tahun 1957. Selain itu, beberapa
bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan
sebelum dan selepas itu. Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus
diasimilasi bersama-sama dengan kehidupan masyarakat Nusantara
sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua
aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan
menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya iaitu Sultan
Alauddin Riayat Syah adalah seperti berikut:
u...hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan
jangan tamakkanharta orang..... Melainkan dengan izin tuannya.
Jangan lagi khali engkau,keluar dihadap orang, kerana hamba Allah
banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah
engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkauperiksa
baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi
... u
Gambar ini menunjukkan Sultan Mansur Syah Wasiat ini menjelaskan
bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai
satu cara hidup mereka.Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu
Tidak dapat dipastikan bilakah Islam mula datang dan sampai ke
Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah juga masih tidak jelas dan
bersimpang-siur. Namun, terdapat beberapa bahan sejarah yang boleh
membantu untuk menentukan tarikh kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Pertama dari sudut riwayat yang dicatat oleh para pengembara dan
pedagang yang sampai ke Asia Tenggara. Catatan telah dibuat oleh
pengembara Arab dan juga Parsi.
Mengikut riwayat Cina, telah ada orang Islam di Sriwijaya pada
tahun 674 Masihi/ 55 Hijrah. Kemudian Al-Masudi meriwayatkan bahawa
pada 887 telah ada petempatan orang Islam di Khanfu (Canton),
negeri Cina. Oleh yang demikian terdapat sarjana yang melihat
kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pelbagai teori. Tidak
cukup dengan itu, beberapa penemuan batu bersurat dan catatan
sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat
pelbagai teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Selain itu,
berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad
ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun
684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat
Pulau Sumatera dan telah mula menyebarkan Islam ke Nusantara
ini.
Gambar ini menunkukkan batu bersurat Namun begitu, teori utama
yang dapat disimpulkan berkaitan kedatangan Islam ke Tanah Melayu
adalah melalui negara India, China dan perdagangan serta
diplomatik. Islam datang melalui India dan para pembawanya ialah
para saudagar yang berniaga terutamanya dari Gujerat . Islam datang
melalui negeri China seperti yang didukung oleh S.Q. Fatimi,
seorang penyelidik dari Pakistan. Serta penyebaran melalui hubungan
perdagangan yang wujud dalam masa yang sama penyebaran Islam telah
berlaku tanpa disedari antara para pedagang yang telah datang ke
Tanah Melayu dengan rakyat tempatan.
Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama
terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di
Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan
Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan,
bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Dengan
adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat
dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan
sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada
pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui
daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.
Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar atau India ini
diperkuatkan lagi dengan temuan batu nisan di Pasai yang bertarikh
1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette. Bentuk
fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan
batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah
oleh sejarawan; iaitu Islam sampai keTanah Melayu pada awal kurun
ke-15M.
Kata Syed Muhammad Naquib al-Attas, asas jumpaan dan persamaan
fizikal batu nisan sebagai di atas tidak munasabah. Sepatutnya,
jumpaan dan persamaan tersebut hanya dilihat sebagai hujah tempat
asal batu nisan tersebut adalah dari Gujerat, India.Penolakan
satu-satu teori akan membawa kepada lahirnya satu teori sejarah
yang lain. Teori sejarah terkemudian ini juga sebenarnya masih dan
tetap disokong oleh sumber-sumber sejarah di samping rasionalisme
sejarawan itu sendiri.
Gambar ini Menunjukkan Syed Muhamad Naquib al-AttasMenurut S.Q
Fatimi, kedatangan Islam di Tanah Melayu datangnya dari Bengal,
Coromandel, India. Kedatangan Islam ini dilakukan oleh para
pedagang dari sana. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding
Gujerat dan Malabar. Maka, sudah tentu proses islamisasi Tanah
Melayu itu dilakukan oleh wilayah yang lebih awal menerima Islam
ini.Pandangan ini telah didokong oleh Arnold dalam buku akademinya,
The Muslim World. Menurut beliau, para pedagang Bengal ini
bermazhab Shafie; sama dengan mazhab umum di Tanah Melayu.
Kesimpulannya, paling awal kedatangan Islam dari India ini pada
awal kurun ke 11M.Paling lewat Islam sampai ke Tanah Melayu dari
India pada awal kurun ke-15. Para Pedagang dari India
bertanggungjawab membawa Islam di Tanah Melayu berdasarkan
sumber-sumber sejarah sebagaimana di atas. Realiti ini memberi
jawapan bahawa betapa tingginya Islam sehingga wujud suatu
interaksi sihat antara dua bangsa yang lain darah, budaya dan
lain-lain; namun masih boleh bersatu dan membangunkan tamadun
Nusantara atas asas yang sama iaitu Islam.
Kedatangan Islam dari negara China juga merupakan salah satu
teori utama yang menjadi perbahasan antara para sejarawan berkaitan
penyebaran dan kedatangan Islam ke Tanah Melayu ini. Oleh itu
beberapa bukti sejarah yang telah berjaya dikemukan dan dikaji oleh
sejarawan menjadi bukti dalam menghuraikan dan menerangkan teori
kedatangan Islam dari negara China ini.Hujah Josselin De Jong
bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran Perlak
iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir nama
sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan
tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada
1297M. Secara logiknya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti
lebih awal dari tarikh tersebut. Asas jumpaan batu nisan ini
dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri berhubung
hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada
kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat
dilihat apabila pengutusan 2 diplomat Pasai iaitu Hasan dan
Sulaiman ke negara China tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut
berlaku pada 1282M.
Gambar ini menunjukkan Batu nisanMasih dalam perwacanaan teori
Islam sampai ke AM dari China, sejarawan Gardener dan Emmanuael
menyinggung pandangan yang berbeza. Menurut 2 sejarawan tersebut,
Islam sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab
lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi.
Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke-8M, sudah wujud
penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan
masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya
penempatan-penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-Kira
yang diselenggarakan oleh para pedagang Arab itu sendiri. Hal ini
menjadi hujah bahawa Islam yang sampai ke alam Melayu dilakukan
oleh para Pedagang Arab yang tinggal di Canton (China) paling lewat
pada kurun ke-8M dengan Tanah Melayu. Dakwah Islamiyyah tersebut
dilakukan sendiri oleh pedagang-pedagang Arab, bukan para pedagang
berketurunan Cina. Maka, secara teorikalnya Islam itu bukan datang
daripada rantau Arabia, tetapi datang daripada China. Teori
kedatangan Islam di Tanah Melayu dari China turut diketengahkan
oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menurut al-Attas, pada sekitar
tahun 878-879M, iaitu pada zaman Hsi Tzung peristiwa krisis etnik
di Pelabuhan Canton. Lebih 100 000 nyawa termasuk daripada para
pedagang Arab telah menjadi korban dalam peristiwa berdarah
tersebut. Implikasi tersebut membawa pada penghijrahan para
pedagang yang terselamat ke Kedah dan Parlembang demi mendapatkan
perlindungan. Kedatangan mereka ke Kedah dan Parlembang ini
dijadikan asas teori Islam datang dari China.
Kesimpulanya teori kedatangan Islam dari China ke Tanah Melayu
dapat dilihat berdasarkan artifak dan juga penceritaan berkaitan
yang telah berlaku di negara China dan akhirnya telah memberikan
kesan terhadap penyebaran Islam ke Tanah Melayu, di mana pada
asalnya kedatangan islam itu bermula daripada negara-negara arab
yang memberi kesan kepada negara China dan akhirnya tersebar ke
Tanah Melayu. Manakala teori kedatangan Islam dari negara India
adalah terus dari India ke Tanah Melayu dimana hubungan diplomatik
dan perdagangan menjadi satu platform utama dalam menyebarkan agama
Islam yang terdapat di India ke Tanah Melayu.
Kesan, Pengaruh Dan Peranan Islam Dalam Tamadun Melayu
Agama dan kepercayaanKehadiran agama Islam di negara ini telah
memberi impak yang besar terhadap penduduk Melayu di negra ini. Hal
ini dapat dilihat dengan jelas di dalam kehidupan" seharian
masyarakat Melayu di negara ini. Kehidupan masyarakat Melayu banyak
didasari oleh adat dan ajaran Agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam
dalam tamadun Melayu adalah pertama Agama dan Kepercayaan Kesan
utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.
Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran
agama Hindu Buddha yang mereka menganuti selama ini dan kepercayaan
animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan,
hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal
persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada
cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam
dalam kehidupan mereka.
Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar
untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan
termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat
permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka
menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib.
Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada
batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain.
Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang
menjadi penunggu objek tersebut
Islam telah mengubah pandangan atau kepercayaan masyarakat
Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada
mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi,
rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti
dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, menbayar zakat dan
menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari
kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan
Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.
Gambar ini menunjukkan sambutan maal hijrah
Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan
yang mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan
dengan keyakinan yangberteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah
mengubah fikiran orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan
metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan
masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada
ajaran tauhid yang murni .
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan
seperti yang disebut oleh Syed Naquib al-Attas. Perubahan yang
dibawa merupakan perubahan menyeluruh berteraskan kepada tauhid.
Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya perubahan terhadap 'rupa
dan jiwa' masyarakat melayu di Alam Melayu ini. Ledakan tauhid ini
telah meninggalkan zaman kehidupan Hinduisme dan Buddhisme yang
tiba pada abad ke-4 dan ke-5M, di mana perintah-perintah dan ajaran
Islam itu diterima melalui pelbagai jenis-jenis aktiviti pendidikan
yang formal
Agama Islam di Melaka telah dihayati oleh masyarakat ketika itu
sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah.
Masyarakat Melaka telah reIa menerima Agama Islam yang telah
dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka berusaha
pula untuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam
dengan sebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan
menggambarkan penerimaan dan penghayatan mereka terhadap ajaran
Islam. Kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah, kuliah dan
ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan
seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudah
mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada
di Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup
Islam Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu
masyarakat yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di
Alam Melayu beragama Islam. Tauhid juga membuahkan kepada kehidupan
beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus perubahan lain dalam
bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya. Berasaskan
konsep tauhid ini juga lahirlah hubungan antara manusia dengan
manusia dan manusia dengan Pencipta.
. Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi mental yang
diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran
yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi
unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep
persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia
adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah.
Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara
dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman
animisme
Pendidikan Dalam sistem pendidikan juga telah berlaku perubahan
disebabkan oleh kedatangan islam ke negara ini. Antara kebaikan
yang diperolehi melalui kedatangan islam ialah golongan bawahan
mendapat peluang untuk menerima pendidikan yang sama seperti
golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula dan bertapak di
istana mula berkembang ke beberapa institusi pendidikan Islam
seperti pondok dan madrasah. Hal ini disebabkan oleh islam memberi
penekanan terhadap tradisi keilmuan. Tradisi keilmuan turut
berkembang kepada tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih
tersusun dan sistematik. Pada peringkat pertama pengajaran bermula
dengan pengajaran membaca al-Quran, kitab-kitab dan seterusnya
berkembang. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar juga turut
memainkan peranan dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui sistem pengajian ilmu tersebut dapat melahirkan para
ulama-ulama dan cendiakawan Melayu yang menjadi pegawai-pegawai
pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara senarai tokoh-tokoh
Melayu yang terkenal pada masa itu ialah Syeikh Abdul Malik
Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh
ini telah banyak menberi sumbangan ke arah perkembangan ilmu
pengetahuan di Tanah Melayu. Islam memberi kedudukan yang paling
tinggi dalam bidang intelektual dan keilmuan. Hai ini dapat
dibuktikan dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan
rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan
intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dan ia
sangat berguna dalam cara berfikir masyarakat melayu. Contohnya
masyarakat melayu mula meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul
serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang
mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup
yang munasabah dengan memiliki pada akal yang sihat dan cergas. Di
Melaka juga Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem
pendidikan contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana dan
istana juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan
dan terjemahan. Di samping itu tempat-tempat lain juga telah
digunakan sebagai tempat pengajian seperti rumah-rumah ulama,
masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri
dari bangsa Arab yang berasal dari arab. Antara ilmu-ilmu yang
dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Kitab-kitab
utama yang menjadi pegangan hidup masyarakat di Melaka pada masa
itu ialah aI-Oar al-Manzum yang dihasilkan oleh Abu Ishak
aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin
oleh al-Nawawi. kedatangan Islam ke sesuatu tempat menybabkan ilmu
pengetahuan dan pendidikan berkembang. Di Melaka sendiri, sultan
yang pertama pada masa itu yang bermula dari Megat Iskandar Shah
pada tahun 1414M hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, telah
mengambil begitu berat dalam perkembangan pendidikan. Pengajian
Islam tidak terhad di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau,
bahkan juga di istana sultan. Terdapat beberapa ulama-ulama yang
berasal dari luar negara datang ke Melaka sejak awal hingga zaman
kejatuhan melayu Melaka. A ntaranya ialah Makhdum Syed Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Syah,
Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lain-lain lagi Mereka
bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan
yang tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, sama seperti dengan
pembesar dan pentadbir.
Bahasa Dan Kesusasteraan Pengaruh ajaran agama Islam juga telah
diserap masuk dalam bahasa melayu. Hal ini bermula dari abad ke-14
Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal
abad ke-14 kedudukan Agama Islam menjadi semakin teguh dan kukuh
serta penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti
keteguhan kedudukan Agama Islam dapat dilihat dengan mata kasar
melalui kewujudan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan
orang-orang Melayu ketika itu. Semasa pemerintahan kerajaan Melayu
Melaka pada tahun 1400 hingga1511M bahasa melayu telah mendapat
kedudukan yang istimewa kerana bahasa Melayu menjadi bahasa lingua
franca daripada lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh
masyarakat Melaka ketika itu. Daripada zaman peralihan iaitu pada
abad ke-19M hingga zaman moden pada abad ke-20M Bahasa melayu telah
berkembang iaitu bahasa melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai
nilai peradaban yang tinggi .
Selepas kedatangan Islam tulisan jawi mula diperkenalkan.
Perubahan besar yang berlaku dari segi bahasa ialah apabila
masyarakat Melayu mula menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa
Melayu. Perubahan ini dipermudahkan lagi setelah tulisan Arab
diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem
tulisan ini bahasa Melayu telah memainkan peranan yang lebih
penting. Contohnya ialah bahasa melayu digunakan untuk menulis
kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan
pentadbiran.
Bahasa Melayu juga turut dipilih sebagai bahasa pengantar dalam
persuratan dan juga dikenali sebagai alat penyebaran dan
penyampaian ajaran Agama Islam di seluruh Tanah Melayu. Antara
punca yang mempengaruhi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,
penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat
dalaman yang dimiliki oleh bahasa Melayu. Wilayah dan daerah Melayu
di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu juga telah memainkan
peranan yang penting dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh
kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Agama Islam telah menaikkan lagi taraf, kecekapan dan kewibawaan
bahasa tersebut. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat
di Alam Melayu ialah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa
Melayu di negara ini. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu,
bahasa Melayu merupakan aspek terawal yang menerima pengaruh agama
Islam. Pemindahan ilmu telah berlaku kepada ajaran Islam daripada
al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya berasal dalam bahasa Arab.
Pemindahan ilmu berlaku hasil daripada gerakan dakwah secara
langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari negara Arab,
India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu juga
telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di
Alam Melayu. Kedatangan Islam telah mengangkat martabat bahasa
Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan
saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan
secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa
Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu.
Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar
terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan
Melayu telah dihasilkan seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W Hikayat
Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan
Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Selain
kesusasteraan melayu, puisi juga turut dihasilkan. Antara puisi
yang terkenal dan dipengaruhi oleh sastera Islam ialah Syair
Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat
oleh Abdul Rauf Fansuri. Melalui tulisan jawi agarna Islam telah
dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga
berkembang melalui tulisan jawi. Pada masa yang sama bahasa Melayu
telah diperkayakan lagi dengan kata-kata pinjaman serta istilah
yang berasal daripada bahasa Arab. Perkembangan ini bukan sahaja
dapat dilihat dalarn kitab atau karya sastera malah, buku-buku
Sejarah yang digunakan juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab
seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan
lain-lain lagi Selain membawa perubahan dari sudut akidah oleh
kedatangan islam, ia juga membawa perubahan dari sudut
kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami
perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami
perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu
pun sendiri. Para sasterawan telah menghasilkan karya-karya yang
sangat luas dalam pelbagai bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen,
tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmu
kalam, falsafah dan sebagainya. Pelbagai hasil kesusasteraantelah
dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau
ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat
Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan
Hikayat Nabi Mikraj.
Perundangan Kedatangcm agarna Islam telah memberi impak kepada
sistem perundangan di Alam Melayu. Sistem perundangan tempatan juga
turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun
Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang
tidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam masih dikekalkan lagi.
Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada
menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun
didenda dan dipenjara sahaja.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem
perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan
Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi
tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka.
Undang-undang Laut Melaka pula meliputi perusahaan perkapalan,
perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan
dengannya. Kedua-dua jenis undang-undang ini adalah didasarkan
kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak
dahulu lagi. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam
dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan
Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang
kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci
satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa
undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang
pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang
pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan,
undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.
Hukum kanun Melaka juga boleh dijadikan sebagai contoh yang
mengandungi pengaruh islam dalam perundangan kerana hukum kanun
melaka meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu.
Beberapa orang sejarawan barat seperti William R. Roff dan Alfred
P. Rubin telah berpendapat bahawa Hukum Kanun Melaka atau
Undang-Undang Melaka diasaskan berasaskan Undang-undang Islam di
samping berpegang kepada hukum akal dan hukum adat.
Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar dengan
perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang tersebut
antaranya ialah "...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut
dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani
al-munkar". Politik Dan Pemerintahan Kedatangan Islam telah memberi
perubahan terhadap sistem politik. Antaranya ialah Agama Islam
telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Hasil daripada
itu, beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu
mengukuhkan lagi sistem pentadbiran yang berasaskan Islam. Antara
institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah.
Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka
dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi,
imam dan sebagainya juga diwujudkan bagi melaksanakan
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem
politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan
dipadankan dengan ajaran Islam. Contohnya gelaran raja ditukar
kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang
diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Kedatangan Islam juga
telah mewujudkan suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan
penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mempunyai kuasa untuk
mengubah kerajaan, sultan atau perjanjian jika syarat-syarat
dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan
yang diwujudkan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang
menitiberatjkan fardhu dalam penubuhan sistem beraja sebagai
kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang
hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris
dalam kedudukan khalifah.
Konsep dewaraja juga bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan
suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan untuk mentadbir
sesebuah negeri dan pada masa yang sama berperanan sebagai khalifah
Allah SWT di bumi ini. Kepatuhan dan ketaatan kepada sultan adalah
kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep
dewaraja. Dalam konteks sosial, Islam pula mengajar menggelakkan
sistem pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam pengaruh
Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan
pada keadilan yang berasaskan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda,
kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat
Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh
seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran
negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam Agama Islam dan
ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab untuk memastikan
pentadbiran negeri dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.
Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju
dan stabil. Antara langkahlangkah yang diambil untuk menjadikan
Melaka menjadi makmur, aman dan stabil ialah pertama, Penghulu
Bendahara mempastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan
cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah. Kedua, Bendahara
menjadi penasihat utama kepada sultan. Ketiga, Temenggung dilantik
sebagai Ketua Pasukan Keselamatan. Keempat, Laksamana dilantik
sebagai Ketua Angkatan Tentera. Kelima, Para pembesar membantu
sultan dalam pentadbiran. Keenam, Syahbandar menguruskan
pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing. Kerajaan Melaka telah
menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah
Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di
Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun
ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah
sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula
terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu
dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti
Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik
Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan
pentadbirannya.Sistem KekeluargaanKedatangan Islam turut menyumbang
kepada sistem kekeluargaan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat
Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik,
beragama, berakhlak dan berbudi diberi keutamaan. Keluarga
merupakan agen sosialisasi. Tujuan utama pembentukan keluarga ialah
mendidik dan mengajar seseorang anak supaya dapat menjadi anggota
masyarakat yang baik. Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu
berteraskan kepada Islam dan adat istiadat melayu. Sejak lahir lagi
seseorang insan itu akan dididik berteraskan Islam dan adat
sehinggalah insan tersebut dewasa. Contohnya sebaik sahaja
seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi
lelaki, atau mengkamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk
memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan
dan kalimah syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada
bayi tersebut. Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga
membantu dalam penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan.
Seseorang kanak-kanak itu dari kecil lagi akan diajar atau
didedahkan dengan konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya.
Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak tersebut akan
diajar cara bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu
mereka juga akan diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur
dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Kedatangan Islam ke Melaka telah merubahkan sistem kekeluargaan
dalam masyarakat Melayu. Antaranya ialah dalam sistem perkahwinan
hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar. Hal ini dapat
dibuktikan dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara yang
berkaitan dengan syarat pernikahan, telah ditetapkan adanya wali
bagi pengantin perempuan hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan
kabul Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1,
dan wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 Islam menyusun
institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga
sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah
al-Tahrim (66) ayat 61 yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah dan
pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting
dalam pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam telah
menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak
dengan didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih sayang
anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama seperti
bersembahyang, berpuasa, menghormati orang tua dan sebagainya.
Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan
masyarakat Melayu dengan lebih teratur. Islam telah menentukan
garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam.
Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab
isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain itu
pelbagai adat dan budaya Islam perlu diamalkan oleh ibu bapa dalam
mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak
mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak sehingga berumur dua
tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang beriman,
bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa
mereka.
Adat Dan Cara Hidup Selepas kedatangan islam tradisi animisme
dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam. Islam
telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek
kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu telah diperkemaskan
lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan
ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam masih diteruskan.
Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan
masyarakat atau bangsa yang berkenaa.Masyarakat Melayu menganggap
adat sebagai undang-undang hidup mereka. Mereka mematuhi adat serta
menghormatinya dengan memercayai bahawa melanggar adat dianggap
sebagai suatu sikap atau perbuatan yang buruk dan akibatnya akan
merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup
masyarakat. Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan
masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu
bangsa.
Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami perubahan dengan
kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain daripada mengubah
sistem kepercayaan kita, Islam juga telah mengenepikan adat yang
dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.
Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan
Hinduisme telah diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak
individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh
Perubahan dalam adat dan Cara Hidup ialah pertama kelahiran bayi
disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning, hiasan katil
berwarna kuning, pulut kuning dan putih. Kelahiran bayi disambut
dengan azan dan kamat. Kedua, Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan
dua orang saksi, upacara khatam al-Quran dan berzanji. Mengadakan
majlis bacaan Yasin dan doa selamat. Ketiga, membaca ayat-ayat
al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan. Perubahan yang jelas
telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi adat resam dalam
kehidupan mereka. Islam telah mengatur kehidupan masyarakat agar
kehidupan yang mereka dilalui itu berterusan dalam suasana aman dan
harmoni. Islam telah megubah adat resam masyarakat Melayu dengan
adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan
keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini
telah mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat
berkeluarga, berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung
dan sebagainya. Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi amalan
masyarakat Melayu. Islam juga telah mengangkat taraf manusia dan
menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah SWT. la membentuk suatu
sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati anatara
satu sama lain. Sejajar dengan realiti tersebut, kedatangan Islam
ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian
dan penghormatan. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran
agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu. Komunikasi antara
kelompok masyarakat berjalan dengan baik menerusi sifat
hormat-menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu.
Kesimpulan Islam telah memberi pengaruh yang besar kepada
masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku
secara berperingkat-peringkat di dalam kalangan masyarakat Melayu
yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada
rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu
akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Ini kerana
keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan.
Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat
Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian
masyarakat. Amalan-amalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat
telah ditinggalkan secara beransuransur oleh masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta
huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan.
Contohnya galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan
Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu
Setelah berlakunya penyebaran Agama Islam ini, maka Agama Islam
dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu.
Orang-orang Melayu yang menganut Agama Islam menyedari dan memahami
nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha
menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam.
Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang
dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah,
institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan
peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai
sosial dan agama yang mereka bina.
Kesan, pengaruh dan peranan islam
Agama dan kepercayaan
Pendidikan
Bahasa dan kesusasteraan
Perundangan
Politik dan pemerintahan
Sistem Keluarga
Adat dan cara hidup
China
India
Arab
Teori kedatangan islam