WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN
WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN
4
1.0 Pengenalan
Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan
individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, invenif dan mempunyai jati diri yang
tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang
lebih bersifat holistik dan menyeluruh.Seni dalam pendidikan akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di
sekolah menjadi lebih seronok. Pendidikan Seni dapat membantu kita
memahami diri sendiri. Ia juga dapat membantu perkembangan intelek
terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Seni dalam Pendidikan
dapat memotivasikan kita agar menjadi guru yang kreatif, inovatif,
peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.
Ia juga dapat membantu perkembangan insan secara seimbang dan
menyeluruh.
2.0 Matlamat Seni dalam PendidikanMatlamat Seni dalam Pendidikan
adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginative,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negera selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara.3.0 Objekif Seni Dalam PendidikanSeni dalam pendidikan di
sekolah bertujuan untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Ia juga
dapat memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses
penghasilan. Pendidikan Seni ini juga dapat meningkatkan
pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kita juga dapat menggunakan pelbagai
kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan
hasilan kerja. Guru dan pelajar juga akan membuat diskripsi,
analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang
dibuat. Kita juga akan mendapat nilai tambah dalam disiplin sains,
teknologi dan mata murid. Murid juga begitu menghargai sumbangan
dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Akhir sekali, menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai
tunjang dalam kerjaya keguruan.4.0 Penghasilan Lakaran dan lukisan
MuralSaya telah memilih tema Sukan dan Permainan bagi penghasilan
lakaran dan lukisan mural di dinding sekolah. Saya memilih tema
Sukan dan Permainan setelah melihat senario negara kita yang begitu
meminati aktiviti sukan dan permainan. Rakyat Malaysia begitu
meminati sukan badminton, bola sepak, squash, dan renang.
Seringkali saya lihat ketika berlansungnya temasya sukan yang
besar, masing-masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan
memberi sokongan walaupun di hadapan televisyen atau pun dipelbagai
lokasi strategik seperti di kedai makan. Semua penonton tanpa
mengira usia, bangsa dan agama mencapai kata sepakat dan bersatu
padu. Menerusi aktiviti sukan dan permainan, perpaduan dapat
diwujudkan. Sukan bola sepak, contohnya Piala Dunia mempunyai
penyokong bukan sekadar di stadium tetapi ditonton merata dunia.
Sementara itu jika di Malaysia, saya lihat stadium akan dipenuhi
jika Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicole David atau Pandelela Rinong
beraksi. Hasil daripada pemerhatian ini telah memberi idea kepada
saya untuk melukis aksi-aksi athlit ini dalam lukisan mural saya.
Saya berharap lukisan ini nanti akan menjadi motivasi kepada
pelajar untuk berjaya dalam aktiviti sukan dan menjadikan sukan
sebagai cara untuk menjaga kesihatan dan berjaya dalam
pelajaran.Idea untuk melukis gambar serta membuat pemilihan warna
banyak menggunakan kemudahan ICT. Saya mencantum gambar-gambar aksi
sukan terlebih dahulu. Setelah puas hati dengan gambar barulah saya
lakarkan dalam lukisan. Lukisan yang dilakar dan dilukis dengan art
pen. Saya telah melukis dua buah lukisan yang sama. Satu untuk
dihantar sebagai lakaran dan satu lagi diwarnakan. Pemilihan untuk
aktiviti menggambar, berbagai media telah saya gunakan dan
disatukan dalam hasil kerja. Antara bahan yang saya gunakan ialah
lukisan saiz B3, art pen, dan pelbagai jenis pensil. Berbagai saiz
berus turut digunakan serta mewarna poster. Bagi pemilihan warna
pula, saya menggunakan warna poster.Harga warna poster ini agak
mahal tetapi sangat berkualiti. Alatan dan media yang berbagai
digunakan ke atas sesuatu bahan dapat menghasilkan satu hasil kerja
seni yang pelbagai. Saya melekatkan kertas lukisan di atas mounting
board agar kemas menggunakan gam spray mount. Gam ini dapat
mengelak lukisan yang dilekatkan pada mounting board tidak
berkedut. Lukisan ini tampak kemas seolah-olah ada frame. Kertas
lukisan yang akan dihantar ditutup dengan sugar paper yang berwarna
hitam. Tujuannya untuk menjaga kualiti lukisan serta mengelak
lukisan rosak. 5.0 RumusanKesimpulannya, melalui lukisan mural yang
dipaparkan samada di sekolah dapat memberikan motivasi ataupun
galakan kepada pelajar untuk mencontohi tokoh-tokoh tanah air yang
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Selain daripada
itu, melalui lukisan mural ini dapat menggambarkan nilai-nilai yang
baik kepada pelajar dalam membentuk kesungguhan dan disiplin supaya
mereka maju dalam bidang sukan dan permainan mengikut jejak langkah
tokoh-tokoh tersebut. Di samping itu juga, ianya dapat memberi
kesedaran kepada pelajar bahawa dengan bersukan kita dapat
kecergasan fizikal dan mental sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Negara dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
LAMPIRANGambar menunjukkan proses membuat lukisan Mural atas
kertas B3 menggunakan art pen dan warna poster.
Memilih gambar dari internet dan lakarkan di atas kertas
lukisan.
Hasil lukisan setelah diwarnakan dengan warna poster.
Mengemaskan lukisan dengan melekatkan kertas lukisan di atas
mounting board dan melekatkan gambar menggunakan spray mount untuk
mengelakkan lukisan berkedut dan basah.
Spray mountLukisan yang telah dilekatkan atas mounting board dan
ditutup dengan sugar paper untuk mengelak lukisan dari kotor.
RAUDHAH BINTI ALIAS@ AHMAD SHAARI (680130-08-5754)