Top Banner
15

Doa Rabitah

Jan 11, 2016

Download

Documents

Noor Islam

MJ
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Doa Rabitah
Page 2: Doa Rabitah
Page 3: Doa Rabitah

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

[klik untuk besarkan ]

Page 4: Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun

kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul

beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan

menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,

tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-

hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati

ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup

suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika

Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’

dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah

perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan

Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Monday, 5 May 2014

ANAK-ANAKKU BERGELIMPANGAN MATI.....

Gambar ini sungguh menyayat hati lebih-lebih lagi bagi pencinta kucing. Melihat gambar sahaja sebak

Page 5: Doa Rabitah

apatah lagi jika kita melihat dengan mata kita sendiri. Mendengar rintihan ibu kucing yang

kehilangan anak..... melihat bagaimana hilang arahnay si ibu kucing pasti meruntun hati kita.

Kita marah kepada orang yang sewenag-wenangnya memberi racun kepada kucing-kucing... apatah lagi membunuh dengan zalim. Ingat tak dulu ada video seorang perempuan membunuh seekor anak kucing dengan memijak menggunakan tumit kasutnya yang

runcing hingga tembus tubuh anak kucing dan hancur kepalanya.  satu dunia mengecam

perempuan tersebut.

Tapi cuba lihat gambar-gambar di bawah ini pula...apakah kita turut menangis...?

Page 8: Doa Rabitah

MEMPERINGATI SETAHUN TRAGEDI PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BAYDA & BANIYAS

Telah pun genap setahun terjadinya peristiwa hitam

Page 9: Doa Rabitah

buat kita semua, Tragedi Bayda & Baniyas. Tarikh berlakunya peristiwa ini adalah pada 2 dan 3 Mei 2013. Tentera rejim dan sekutunya membunuh wanita, anak-anak kecil, ibu-ibu tua dan yang

beriman. Ramai antaranya disembelih dan ada juga yang dibakar dan ditembak. Dibunuh tanpa

sedikitpun belas kasihan. Angka kematian di Bayda dicatat sebanyak 51-100 manakala di Baniyas antara

77-145 kematian.

Kita akan terus bercerita walaupun media massa tidak pernah sesekali berminat menceritakannya

sumber Green Project

Ya Allah bantulah saudara kami  di Syria. Hanya doa yang dapat kami pohon. Binasakan regim Basyar

Laknatullah dan sekutunya... Amiin.

JUMPA BEG TANGAN : PELAJAR TINGKATAN SATU PULANGKAN RM37,500

“Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit,” katanya.

Page 10: Doa Rabitah

Amir Azizan menunjukkan S$10, nilai sama yang diberikan

kepadanya oleh wanita yang tercicir S$15,000

- Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir

RM37,500 -

BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu

sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter

untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang

wanita untuk memulangkan semula beg tangan

mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu

Page 11: Doa Rabitah

tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.

Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.

“Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga.

“Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta.

Page 12: Doa Rabitah

Amir Azizan (kanan) dan gurunya Mohd Taat menunjukkan sijil

penghargaan yang diterimanya

“Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu

tidak menyedari beg tangannya berada di atas

bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan

kenderaannya dan berlalu dari situ,” katanya

kepada Sinar Harian.

Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan.

Page 13: Doa Rabitah

“Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit.

“Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit,” katanya.

Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya.

“Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah.

“Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji.

Page 14: Doa Rabitah

“Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500).

“Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya,” katanya.