Top Banner
Definisi & Konsep Komunikasi Menurut Guffey dan Almonte (2010) komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna dari satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima).
24

Definisi & konsep komunikasi

Jan 16, 2015

Download

Education

zasbaruden

 
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Definisi & konsep komunikasi

Definisi & Konsep Komunikasi

Menurut Guffey dan Almonte (2010) komunikasi

adalah pemindahan maklumat dan makna dari

satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain

(penerima).

Page 2: Definisi & konsep komunikasi

5 LANGKAH PROSES KOMUNIKASI

Pengirim membentuk

idea.

Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu

mesej.

Mesej akan melalui saluran

komunikasi.

Penerima medekodkan

mesej tersebut

Maklum balas dihantar kepada

pengirim.

Page 3: Definisi & konsep komunikasi

MODEL-MODEL KOMUNIKASI• Proses komunikasi adalah satu hala iaitu

pengirim hanta mesej kepada penerima. (Shannon & Weaver, 1949)LINEAR

• Proses komunikasi dua hala antara para peserta komunikasi. Elemen yang penting ialah maklum balas. Pengirim & penerima mesej akan saling memberi tindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-duanya sekali. (Wilbur Schram, 1954)

INTERAKSIONAL

• Pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episode komunikasi.

• Kedua-dua pengirim boleh menghantar dan menerima mesej secara serentak

TRANSAKTIONAL

Page 4: Definisi & konsep komunikasi

KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASIKepentingan

Kemahiran Berkomunikasi

Dari Segi Hubungan Insan (Kemasyarakata

n)

• Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku yang tertentu.•Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya.

Kepentingan Kemahiran Dari Segi Akademik.

•Kemahiran ini amat penting dalam hubungan dengan pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugas kursus.•Mahasiswa perlu menguasai teknik penulisan akademik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah.

Kepentingan Komunikasi Dari

Segi Kerjaya

•Anda mesti belajar menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik.•Dapat merangka curriculum vitae yang menarik dan lengkap untuk diri anda. •Anda hendaklah sentiasa beretika ketika berkomunikasi.

Page 5: Definisi & konsep komunikasi

Memahami Kemahiran KomunikasiPesanan Verbal Pesanan

ParaverbalPesanan bukan

verbal

Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar.

Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa perkataan yang kita sebut.

Pesanan yang disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza.

Pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul serta gaya yang sesuai.

Page 6: Definisi & konsep komunikasi

Memahami Kemahiran Komunikasi

Kunci utama untuk menerima pesanan secara berkesan adalah

mendengar.Kunci kemahiran mendengar

termasuk memahami maksud verbal dan bukan verbal.

Kemahiran verbal adalah memberi perhatian kepada kata yang diucapkan

dan perasaan yang disampaikan melalui bahasa tubuh dan gerak gerinya.

Kemahiran bukan verbal adalah memberi pemerhatian fizikal kepada orang yang

bercakap dan sedar akan pesanan bentuk nonverbal orang yang bercakap

3 perkara penting dalam komunikasi;•Prapasa – pesanan disampaikan secara

ringkas padat dan fokus.•Refleksi perasaan – pendengar memberi

tumpuan kepada perkataan diucapkan dan memahami perasaan yang diucapkan.

•Meringkas- pendengar mengumpul semua buah fikiran utama yang disampaikan oleh penyampai untuk menujukkan dia telah memahaminya.

Page 7: Definisi & konsep komunikasi

JENIS KOMUNIKASI

KOMUNIKASI LISAN – Komunikasi dengan kata-kata.

KOMUNIKASI BUKAN VERBAL –Komunikasi bukan lisan.

KOMUNIKASI BERTULIS – Komunikasi melalui penulisan.

Page 8: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI LISAN

PERBENDAHARAAN KATA

•Kemampuan mengolah kata dan penguasaan perbendeharaan kata yang luas sangat penting dalam komunikasi. •Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti jelas atau yang samar-samar maksudnya boleh menimbulkan salah faham.

KELAJUANPengaturan kelajuan berbicara yang baik (tidak terlalu cepat atau lambat) akan menyebabkan komunikasi lebih efektif.

INTONASI•Kemampuan memberikan intonasi yang tepat dan betul pada kata-kata yang dipilih akan mempengaruhi erti mesej.•Maksud mesej akan berbeza apabila diucapkan dengan intonasi yang berbeza.

HUMOR•Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat mengurangkan beban penerima.•Mesej tersebut akan menimbulkan suasana santai dan dapat diterima baik oleh penerima.

SINGKATDAN

JELAS

Kemampuan menyampaikan isi mesej secara singkat dan jelas yang terus kepada pokok masalah supaya senang difahami akan menghasilkan komunikasi yang berkesan.

Page 9: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI BUKAN VERBAL

EKSPRESI WAJAH

Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi menjadi berkesan atau sebaliknya. Wajah sendiri merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi dan mencerminkan suasana hati & emosi seseorang.

PANDANGAN

MATA

Ini merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinteraksi bererti orang tersebut menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan.

SENTUHAN Beberapa mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih sayang atau simpati dapat diwujudkan dengan sentuhan.

GAYA TUBUH

DANGAYA

BERJALAN

Posisi tubuh dan gaya berjalan memperlihatkan ekspresi dirinya, mencerminkan emosinya, konsep diri dan tahap kesihatannya.

Page 10: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI BUKAN VERBAL

GERAKISYARAT

Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara, sebagai bahagian keseluruhan merupakan ekspresi keadaan seseorang.

PROKSEMIK

Ini adalah jenis komunikasi bukan verbal yang berkaitan dengan penggunaan ruang. Penentuan jarak bergantung pada tingkat keakraban antara komunikator. Kemungkinan besar anda akan berdiri lebih rapat dengan seseorang yang anda kenali lama dari seseorang yang baru anda kenal.

ARTIFAK

Ini adalah bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain.Contohnya: Menitiskan air mata menandakan perasaan terharu. Menangis sebagai tanda kecewa,sedih,kesal atau marah.

Page 11: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI BERTULIS

FAKTA Pandangan yang didapati dari teoti-teori, prinsip, falsafah dan ideologi merupakan bahan yang dapat penulis ilmiah gunakan sebagai fakta.

GAYA Pengetahuan tatabahasa & keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat menghasilkan penulisan yang berkesan.

LARAS Laras adalah penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu.

PENGOLAHAN

Pengolahan yang baik melibatkan penggunaan bahasa secara berkesan,menggunakan format dan bentuk penulisan yang ringkas,padat,mengalir,bersinambungan dan bertaut.

BAHASA Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Ia haruslah mudah dibaca, difahami dan dinikmati.

Page 12: Definisi & konsep komunikasi

JENIS TEKS KOMUNIKASI BERTULIS

Karangan

berformat

khusus

Karangan

berformat

umum

Page 13: Definisi & konsep komunikasi

KARANGAN BERFORMAT KHUSUS

SURAT RASMI MEMO

EMELTULISA

N ILMIAH

Page 14: Definisi & konsep komunikasi

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL KOMUNIKASI INTERPERSONAL KOMUNIKASI BERKUMPULAN KOMUNIKASI ORGANISASI KOMUNIKASI AWAM KOMUNIKASI SILANG BUDAYA KOMUNIKASI BERASASKAN

TEKNOLOGI

Page 15: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Bermaksud apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.

Tujuan :

i) Individu lebih memahami kelemahan serta kelebihan dirinya sendiri.

ii) Memperkuat emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri.

Page 16: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta menafsirkan maklumat.

Tujuan; i) Bertujuan membina hubungan sosial

atau mengukuhkan pertalian silaturrahim. ii) Jalinan hubungan interpersonal yang

terbina dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila individu menghadapi masalah.

Page 17: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI BERKUMPULAN

Melibatkan lebih daripada dua orang individu.

Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi dalam satu kumpulan besar.

Ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai, tingkat interaksi, peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu dicapai.

Page 18: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI ORGANISASI

Dalam sebuah organisasi terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu pula.

Arah aliran komunikasi - Komunikasi atas bawah: melibatkan pemakluman arahan,

dasar, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak atasan kepada perigkat bawahan.

- Komunikasi bawah atas: melibatkan pula misalnya maklum balas, aduanm perbincangan daripada pekerja bawahan kepada pihak atasan.

- Komunikasi mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan. Kaedah komunikasi ini sering digunakan dalam sesebuah organisasi seperti lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain serta mesyuarat jawatankuasa.

Page 19: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI AWAM Melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak

Bentuk-bentuk pengucapan awam ialah pengucapan awam yang bersifat informatif dan pengucapan awam yang bersifat persuasif.

Jenis-jenis Pengucapan Awam- Ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang persediaan.- Ucapan ekstemporan: ucapan jenis ini kelihatan seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia terlebih awal dengan kandungan ucapan dan sebagainya.- Ucapan manuskrip: dalam ucapan jenis ini penyampai membaca manuskrip ucapan yang telah tersedia. Kaedah ini sering digunakan oleh orang kenamaan seperi Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya.- Ucapan Hafalan: ucapan begini lazimnya ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak. Ia lebih bersifat pengacaraan dan sering kita dengar dalam majkis hari jadi, perpisahan dan sebagainya.

Page 20: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI SILANG BUDAYA

Merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.

Halangan budaya bagi komunikasi silang budaya;- Bahasa atau mesej lisan: perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi.- Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat budaya bangsa yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain.- Kesan etnosentrisme: etnorisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik dari bangsa lain. Ini mewujudkan pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa lain.

- Sterotaip: kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa.- Norma, resam & tuntutan moral: Kegiatan yang melanggar norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan jugak didiskriminasikan oleh masyarakat setempat, begitu juga apabila berlakunya penyimpangan adat resam dan jika melanggar tuntutan moral.

Page 21: Definisi & konsep komunikasi

KOMUNIKASI BERASASKAN TEKNOLOGI

Komunikasi berasaskan teknologi adalah suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini.

Teknologi komunikasi telah berperanan dalam hubungan antara pemerintah dan masyarakat.

Misalnya dengan adanya laman sosial Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati, dan rakyat lebih mudah menyampaikan pandangan & kritikan.

Page 22: Definisi & konsep komunikasi

PENGGUNAAN LARAS BAHASA

Laras Biasa/umum: tidak menggunakan bahasa yang formal atau istilah khusus kerana ia tiada kaitan dengan bidang ilmiah.

Laras Ilmiah: bersifat formal menggunakan istilah dan format mengikut bidang-bidang berkaitan.

Laras Agama: banyak mengandungi istilah agama kerana ia melibatkan wancana agama.

Laras Undang-undang: mempunyai larasnya yang tersendiri kerana terdapat istilah-istilah perundangan yang khusus bagi bidang ini.

Laras Sastera: berbentuk puitis, dramatik, figurative, naratif dan deskriptif. Kadangkala ia tidak mengikut hukum tatabahasa.

Page 23: Definisi & konsep komunikasi

HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI

Halangan Persekitaran: komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang.

Halangan Sikap Penghantar: penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej.

Halangan Sikap Penerima: penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan komunikasi.

Halangan Bahasa: penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima serta sebutan yang kurang jelas akan menjadi suatu halangan komunikasi berkesan.

Halangan maklumat Kurang Tepat dan Jelas: akan mengelirukan penerima.

Page 24: Definisi & konsep komunikasi

ASPEK KEBERKESANAN BERKOMUNIKASI

Latar belakang penghantar dan penerima maklumat: Pengetahuan mengenai perbezaan latar belakang seperti bangsa, bahasa, budaya, agama, status dan tahap pendidkan mempengaruhi pilihan bahasa, gaya&cara pertuturan serta penulisan yang bersesuaian agar apa yang hendak disampaikan akan difahami.

Mendengar dengan baik dan efektif: mendengar secara atentif di dalam apa jua bentuk ineteraksi akan dapat menyumbang kepada komunikasi berkesan.

Bersikap positif: sikap yang positif dapat mewujudkan suasana harmoni dan seronok yang membantu ke arah komunikasi lisan atau bertulis yang berkesan.