INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JAN 2013 SEMESTER 2 TAHUN 2 WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN Nama Pelajar : Ngu Tien Tien Angka Giliran : 2013021340013 No. Kad Pengenalan : 930818-13-6088 Kumpulan : PRBCK4 Kod Kursus : WAJ3073 Nama Kursus : Seni Dalam Pendidikan Nama Pensyarah : En. Sain Anak Datok Tarikh Mula : 19 Ogos 2014 Tarikh Serahan : 19 September 2014 Pengakuan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JAN 2013
SEMESTER 2 TAHUN 2
WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN
Nama Pelajar : Ngu Tien Tien
Angka Giliran : 2013021340013
No. Kad Pengenalan : 930818-13-6088
Kumpulan : PRBCK4
Kod Kursus : WAJ3073
Nama Kursus : Seni Dalam Pendidikan
Nama Pensyarah : En. Sain Anak Datok
Tarikh Mula : 19 Ogos 2014
Tarikh Serahan : 19 September 2014
Pengakuan
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : Ngu Tien Tien
Tarikh : 19 September 2014
Seni Dalam Pendidikan
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak, Miri
Penghargaan
Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang mengajar kursus ini, iaitu Encik
Sain Anak Datok, Encik Ngalai ak Belawing dan Encik Bell Suut. Mereka telah banyak
memberi bantuan kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Mereka juga banyak
memberi penerangan yang teliti kepada saya sehingga saya dapat menyempurnakan
kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
kerana mereka sering memberikan sokongan moral dan dorongan kepada saya. Apabila
kami menghadapi masalah dalam menjalankan kerja kursus ini, ibu bapa akan sering
memberi nasihat dan ambil berat terhadap saya supaya saya tidak berasa terlalu stres
terhadap kerja kursus saya.
Tambahan pula, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi
bimbingan kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur atas kesudian rakan meminjam
buku teks Bahasa Malaysia kepada saya dan mengosingkan pendapat mereka kepada
saya. Walaupun mereka sibuk, mereka juga sudi meluangkan masa mereka untuk
memberikan idea kepada saya ketika saya menghadapi masalah dalam pelaksanaan
kerja kursus ini. Mereka juga sudi mendengar pendapat saya lalu memberikan
pandangan mereka selepas saya mengeluarkan pandangan saya terhadap cara
pelaksanaan kerja kursus ini.
Saya berasa amat bersyukur atas bantuan-bantuan yang diberi oleh pelbagai
pihak. Disebabkan adanya bantuan dan sokongan yang diterima daripada kalian, saya
dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Senarai Kandungan
Muka Surat
Halaman Pengakuan… … … … … … … … I
Penghargaan… … … … … … … … … II
Senarai Kandungan… … … … … … … … III
Pengenalan… … … … … … … … … 1
Tugasan 1
1.1 Rancangan Pengajaran Harian… … … … … … 3
1.2 Penghuraian Berkaitan Pengintegrasian Aktiviti Seni yang Dipilih … 8
Tugasan 2
2.1 Refleksi… … … … … … … … … 12
Bibliografi… … … … … … … … … … 14
Borang Kolaborasi… … … … … … … … … 15
Pengenalan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan
kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya lebih
seronok, saya telah mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan ke
dalam tajuk mata pelajaran yang akan saya ajarkan.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh
Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam
kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu
merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea
serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan
inspirasi.
Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu
membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka.
Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan
kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif
iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang
sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa
pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.
Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah satu pengajaran
konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran pemusatan pelajar,
pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar,
lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996).
Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya, strategi yang saya
laksanakan ialah strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran.
Peranan murid dan peranan bahan bantu mengajar diutamakan dalam proses
pengajaran saya. Saya telah menggunakan teknik penyoalanan, tunjuk cara dan
memberi bimbingan kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan dan
objektif pembelajaran murid dapat diutamakan. Dari segi bahan bantu mengajar pula,
saya telah bergantung kepada Powerpoint, bahan konkrit dan muzik untuk mencapai
objektif pembelajaran. Hal ini disebabkan ia dapat mewujudkan pengajaran yang
menarik dan berkesan. Selain itu, murid juga dapat dilatih dalam kemahiran, kefahaman
dan berdikari.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh
murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami
diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan
juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh
Tugasan 1
1.1 Rancangan Pengajaran Harian
Nama : Ngu Tien Tien Kelas : 1C
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun Satu Bilangan Murid : 16
Tarikh : 23 Ogos 2014 (Selasa) Kehadiran : 16
Masa : 0740-0840 (60 minit)
Tema : Keluarga
Tajuk : Sayang Ayah
Standard Kandungan 2.1: Asas membaca dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran 2.1.3: Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan
sebutan yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada i. Murid pernah belajar menyebut, mengeja dan
membatangkan suku kata terbuka.
ii. Murid boleh menyatakan ahli keluarga yang utama
dalam keluarga seperti ibu dan bapa.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 7 suku kata
tertutup dengan sebutan yang betul.
ii. Membatang sekurang-kurangnya 5 daripada 7 suku