Contoh Rumusan Tugasan Sejarah PT3 2014. Soalan tugasan adalah
seperti berikut:Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan
damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian
ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara
kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya
bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita
duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu
sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu
dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan
menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin
sejak sekian lama.Contoh Lengkap Rumusan Tugasan Sejarah PT3 2014
adalah seperti berikut:Pengetahuan Keamanan negara ini sangat
penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju
menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh
dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara
sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor
lain.Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula
perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat
hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai
ini.Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati
peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan
memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas
negara ini tidak lagi akan berlaku .IktibarKita juga seharusnya
mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua
rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara
sesama angota masyarakatHarapanSaya berharap agar semua warga
negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak
terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah
banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi
kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat
Malaysia taat setia.
Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa
pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah
terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia yang menjadi
pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib Abdul Razak merupakan
satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak
kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum
di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah
tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di
negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya.
Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan
walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan
keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang
mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti
kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi
penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam
menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat
Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud
dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong
dariluar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang
menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit
dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat
Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik
kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara,
seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat
memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh
rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana
setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan
hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku
dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat
mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi
negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan
perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak
dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri
sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina
itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang
demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan
keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan
kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu
hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi
masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140513/re_01/Mantapkan-perpaduan-kaum#ixzz366tG2uYq
Utusan Melayu (M) Bhd
HARI ini genap 45 tahun peristiwa hitam 13 Mei yang berlaku tiga
hari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.Tragedi berkenaan sudah
tentu tidak perlu dikenang lagi ketika negara berbilang kaum ini
sedang bergerak menjadi sebuah negara maju.Cuma apa yang perlu
diingat adalah semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh semua
rakyat ketika kejadian itu sehingga menyebabkan niat golongan
pelampau untuk menghancurkan negara telah gagal.Dalam suasana kacau
sebegitu rupa, masih ramai penduduk yang tidak hilang perhitungan
dan perikemanusiaannya dan ia terbukti apabila pergaduhan kaum
tidak merebak jauh.Boleh dikatakan pergaduhan hanya terbatas di
Kuala Lumpur khususnya kawasan Chow Kit dan Kampung Baru sahaja
serta sedikit-sedikit melarat ke Ampang, Kampung Pandan dan Kampung
Datuk Keramat.Bagi mereka yang pernah membaca buku Memoir Seorang
Pejuang yang ditulis oleh bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO,
Allahyarham Tan Sri Aishah Ghani sudah pasti akan tersentuh dengan
kisah-kisah yang diceritakan mengenai semangat perpaduan yang
ditunjukkan penduduk berbilang kaum ketika itu.Menurut Allahyarham,
walaupun situasi mencemaskan, masih ada individu yang berfikiran
rasional untuk menyelamatkan pihak lain walaupun daripada kaum
berlainan.Antara kisah-kisah itu, adalah seorang setiausaha di ibu
pejabat UMNO telah diselamatkan seorang penjaga kedai Cina di Chow
Kit dengan disorokkan di celah gulungan kain apabila beberapa orang
yang memegang kayu mahu memukul wanita itu.Aishah juga menceritakan
bagaimana rumahnya di Jalan Daud, Kampung Baru, Kuala Lumpur
dimasuki seorang pemuda Cina yang lari lintang-pukang dengan tidak
berkasut.Saya terus meminta pemuda Cina itu supaya jangan keluar
rumah sehingga saya dapat menghubungi polis atau kenderaan askar
yang boleh membawanya keluar dengan selamat.Dalam pada itu, saudara
mara yang datang berkumpul di rumah saya telah membawa beberapa
orang kanak-kanak Cina, mereka disuruh memakai baju kurung supaya
tidak dikenali sesiapa. Salah seorang dipanggil dengan nama Minah
sahaja," tulisnya.Dalam memoir itu, Aishah menegaskan, kejadian itu
merupakan satu amaran besar kepada semua pihak supaya jangan lagi
memarakkan api perkauman.Rakyat tidak harus terpengaruh dengan
dakyah kumpulan tertentu yang terus menerus menentang apa jua yang
berbau Melayu.Kita juga tidak harus menyokong mana-mana pihak yang
membuat tuntutan tidak berpijak kepada realiti sejarah,"
tulisnya.Mengulas kejadian berkenaan, bekas Timbalan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Samsuri Arshad berkata, perpaduan kaum yang
dikecapi sejak sekian lama membolehkan negara ini membangun dari
segi ekonomi yang dikongsi secara bersama oleh semua
penduduk.Antara rahsia kita boleh maju dari segi ekonomi kerana
pelabur-pelabur berani datang untuk membuka kilang di Malaysia
kerana negara kita aman.Kita aman disebabkan tidak berlaku
pertelingkahan sesama rakyat setelah penduduk berbilang kaum dan
agama mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ketika 13
Mei," ujarnya.Beliau berkata, ekoran kejadian itu, semua pihak
mengelak untuk membangkitkan isu-isu yang boleh menyentuh
sensitiviti kaum lain dan mempunyai semangat toleransi yang
tinggi.Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, ada pihak tidak
bertanggungjawab yang tidak pernah mengalami peristiwa pahit
berkenaan telah cuba membangkitkan kembali isu-isu sensitif
berkenaan.Saya meminta mereka supaya tidak meneruskan niat
berkenaan. Jika generasi sebelum ini boleh mengelak menyentuh isu
sensitif terbabit, kenapa generasi sekarang tidak boleh melakukan
perkara sama.Elakkan untuk membangkitkan isu sensitif ini dalam
media massa dan media sosial.Sebarang rasa tidak berpuas hati
hendaklah dibincang secara tertutup bagi membolehkan penyelesaian
dicapai yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak," katanya.Menurut
beliau, satu lagi prasyarat untuk memastikan perpaduan terus
berkekalan adalah semua pihak harus menghormati kontrak sosial yang
dipersetujui semua kaum sebelum ini.Kontrak sosial merujuk kepada
persetujuan untuk memberi kewarganegaraan kepada kaum-kaum lain dan
sebagai ganti diberikan hak keistimewaan kepada orang
Melayu.Kontrak sosial ini adalah sesuatu yang telah terdapat dalam
sejarah negara kita yang harus diterima bagi memastikan hubungan
antara kaum terus terpelihara.Pemimpin-pemimpin Melayu telah
bertolak ansur dengan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan
untuk diberikan kepada kaum lain dan perkara ini tidak pernah
dibuat oleh negara-negara lain.Jika dilihat di Australia misalnya
mereka yang berhijrah ke sana hanya diberikan status penduduk tetap
dan bukannya kewarganegaraan secara terus," katanya.Dalam pada itu,
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),
Syed Hassan Syed Ali yakin kejadian hitam itu tidak akan berulang
sekiranya semua pihak menghormati segala yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.Beliau berkata, antaranya Perkara 153 yang
menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa
sama tidak menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.Antara yang
disentuh adalah hak istimewa Melayu untuk mendapat jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan
khas lain yang diberikan.Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah
atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan raja-raja Melayu.Ini
juga termasuk peruntukan Perkara 86 yang menyentuh mengenai
langkah-langkah melindungi tanah rizab orang Melayu,"
ujarnya.Beliau berkata, Perkasa sentiasa komited untuk memastikan
perpaduan nasional di negara ini terus dimantapkan.Dalam masa yang
sama kita meminta kaum-kaum lain tidak mempersoalkan hak
keistimewaan yang diberikan kerana orang Melayu kerana mereka masih
ketinggalan di negara ini dalam segenap bidang," tegasnya.
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/03/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia-dr.html
ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIAUsaha kerajaan untuk mewujudkan
sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun
lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam
usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang
terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil
untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha
perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan
suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan
kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei
apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian
Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit
usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan
Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam
Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis
kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun
dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk
sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai
etnik yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956),
negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan
oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah. Polisi sedemikian
juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek
kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian
menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian
telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk
masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau
dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi
Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan
bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr
Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan
fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar
berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita
tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan
persekitaran tersebut.
Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh
ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah
ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik sebagaimana
disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya
berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini
digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat
dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh
Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma,
budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks
Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga
toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari,
sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih
perkauman sesama kita.
Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu
kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui
program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah
banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak
sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui
falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan
bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan
falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi).
Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan
sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang
memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui
bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan
kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan
bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel
153.
Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat
aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan
budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga
media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila
institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah
monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah
mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua
puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa
13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan
sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri
kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan
secara serius isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi
daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti
peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian
pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi
Lalang, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja
mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil
Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998,
tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik
antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua
universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk
hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama
memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum
negara.
Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa
berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat
sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua
pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri,
dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya
peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi
tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia
yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai
komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.
Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada
perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar
daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran konflik
perkauman yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan
tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan
adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan
menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin
persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan
kedua-duanya sekali.
Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat
bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia
dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan
yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang
digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada
dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan
kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan
di sebelah sana.
Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis
misalnya menggunakan konsep melting pot atau acuan pelebur dalam
pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik
peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan
itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah
sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di
Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud,
sebaliknya yang wujud ialah konsep salad bowl atau mangkuk
sayur-mayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi
mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu
persekitaran ynag sama.
Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju
atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang
kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan
budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.
Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka
melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk penjajahan dalaman
kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti
terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah
Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah
yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti
atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat
yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya
bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan
perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi
pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang
mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan
minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para
pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di
dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya
telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan
British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah
melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan
Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan
sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.
Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak
masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan
proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak
berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan
tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang
lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang
bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang
mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu
(jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat
ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh
lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen
ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong
kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan
juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan
nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan
bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional,
supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga
yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya
nasional (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada
tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep
perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang
berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa
maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia,
menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk
merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima
kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama
(dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002).
Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan
India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing.
Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.
Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum
seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada
matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat
sebagai suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbedaan warna kulit
dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu,
Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini
condong pula kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula
kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik
untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen,
sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik
minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi
Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan
juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau
Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan
bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya
tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya terbina
daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang
lebih dominan.
Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam
konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun
secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya
nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi
Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya,
India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu
proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan
kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa
etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah
dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di
mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah
kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan
dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk
menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.
Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep mangkuk
sayur-mayur seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi
tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan
pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri
lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan
telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan
ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh
golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan
Cina.
Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi,
penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak
formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal
sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang
beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum
tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini
seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri
Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang
Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad
Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan
golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses
perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan
dan kekuatan pendekatan mangkuk sayur-mayur Malaysia?
Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara
legitimasinya sebagai polis bahasa. Saya tidak tahu bagaimana polis
ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di
kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali
mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa
rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar
di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam
hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun
terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan
sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa
kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang
tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130513/fo_02/Perpaduan-kaum-perlu-bermula-di-sekolah
Perpaduan kaum perlu bermula di sekolah
KEPUTUSAN PRU-13 yang baru berlalu telah memberi petanda bahawa
Malaysia kini mula merasai kesan-kesan daripada dasar pelajaran
vernakular yang membenarkan bahasa ibunda setiap kumpulan kaum yang
terbesar di Malaysia (Cina dan India) dipergunakan seawal peringkat
sekolah rendah lagi selain dari Bahasa Kebangsaan (Bahasa
Melayu/Bahasa Malaysia) tanpa sebarang pindaan.Dengan berakhirnya
kumpulan pelajar yang berpendidikan Inggeris lebih sedekad lalu,
kita mulai merasa sesuatu yang amat berkurangan di dalam masyarakat
Malaysia sehingga kita perlu mengadakan program PLKN untuk
menyatu-padu remaja-remaja kita.Perpaduan di antara kaum menjadi
semakin rapuh dan amat mudah dipergunakan oleh mereka yang bersikap
ekstremis terhadap kaum masing-masing.Kita mulai kehilangan
masyarakat hasil pelajaran yang lebih terbuka terutama dalam segi
pemikiran terhadap kaum-kaum yang berlainan kerana pengenalan
antara mereka telah dimulai dari kecil lagi tanpa banyak prejudis
kaum.Kita kini berhadapan kumpulan-kumpulan kaum yang diterbitkan
dari sistem pelajaran vernakular yang lebih menitik-beratkan jati
diri kaum masing-masing.Walaupun bahasa kebangsaan mampu untuk
menyatupadukan rakyat melalui sekolah kebangsaan seperti yang
terlihat pada masyarakat di Sabah dan Sarawak, sekolah kebangsaan
sekarang semakin gagal menarik minat masyarakat terutamanya kaum
Cina melainkan jika mereka tiada pilihan.Sekolah vernakular ada
kebaikannya terutama penekanan dan kaedah tertentu melalui
sifat-sifat kaum pendidik itu sendiri yang membentuk tumpuan dan
cara berfikir pelajar-pelajarnya melalui penghafalan dan disiplin
yang ketat.Bagaimana pun ia juga akan membawa perbezaan antara kaum
itu menjadi semakin luas dan ketara kerana walaupun sukatan
pelajarannya dikawal selia tetapi penekanan yang berbeza-beza telah
membentuk pelajar-pelajar yang berbeza cara berfikir dan
kepentingan.Memanglah sepatutnya nilai-nilai yang akan membawa
kejayaan sepatutnya diterapkan kepada pelajar-pelajar dari awal
lagi agar mereka akan lebih bersedia menghadapi tekanan dan cabaran
didalam hidup bekerja nanti.Tetapi jika ia tidak dapat diamalkan
sama rata di antara sekolah-sekolah yang berbeza bangsa maka kita
akan menghadapi pergaulan yang janggal di kemudian hari.Maka akan
timbul rasa ketidakpuasan hati yang semakin teruk di antara kaum
yang melalui asas penekanan pelajaran yang berbeza.Lebih buruk lagi
antara mereka hanya berinteraksi apabila sudah dewasa dan telah
melalui indoktrinasi kaum masing-masing semasa remaja dan sukar
menerima kaum selain kaum mereka walaupun berada di dalam satu
negara.Masa yang paling baik untuk memulakan pergaulan tanpa
prejudis iaitu ketika masih kecil (peringkat tadika dan sekolah
rendah) telah terbuang begitu saja.Kita mungkin dapat melihat
sedikit perpaduan yang sementara di dalam sukan apabila mereka
mewakili Malaysia.Dasar Bahasa Kebangsaan juga menjadi lebih sukar
kerana sehingga sekarang pun semakin ramai di antara penduduknya
tidak pandai atau fasih berbahasa Malaysia seperti yang ditunjukkan
semasa proses bancian pada tahun 2010.Sebaliknya pekerja-pekerja
asing dari Nepal, Bangladesh dan India lebih cepat menguasainya di
dalam masa yang amat singkat sehingga kita kadang tersilap sangka
bahawa mereka adalah rakyat Malaysia.Seandainya mereka berada di
sini pada ketika kita baharu Merdeka tentulah cepat mereka mendapat
kerakyatan kerana syarat utama mesti pandai bahasa Melayu ketika
itu.Dasar utamakan bahasa kebangsaan dilihat tidak berhasil
mencorakkan perpaduan yang diinginkan kerana kurang diberi
kepentingan penggunaannya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130513/fo_02/Perpaduan-kaum-perlu-bermula-di-sekolah#ixzz366xLjBOF
Utusan Melayu (M) Bhd
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamirkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran
mereka.[1] Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang
sosiologiand bidang-bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan.Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.
Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan
kekeluargaan dan nilai saling. Bagi masyarakat yang lebih kompleks
pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang
kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.[1]
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.htmlPERPADUAN
PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA
Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping
penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan
kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara
kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya
bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk
bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama
lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan
supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan
serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak
sekian lama.Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap
dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana
rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat
beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara.
Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini
membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat
pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan
lancar.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan
tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang
dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak
kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara
yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang
ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber
pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi
rakyat.Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur
asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk
melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai.
Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.Perpaduan
kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan
kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan
balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara
Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang
terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal
pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.Secara
keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam
mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini.
Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur
dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat
mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana
kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada
perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak
menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan
keharmonian yang telah terbina sekian lama.
http://retibahasa.blogspot.com/2011/10/kepentingan-perpaduan-kaum_03.html
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai
penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah
digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga
rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang
pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab
apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak
watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula,
aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada
kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu
sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini
memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan
kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat
perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi
pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana
banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia.
Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan
ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi
arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi
keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia
bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu,
perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik
memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah
Melayu pucuk dicta, ulam mendatang kerana kedua-duanya memberikan
faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia.
Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa
di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan
India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan
sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai
pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur
untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini,
sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan
yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan
dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu
fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan
negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok
dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan
Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat
mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi
merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia.
Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,
Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya
merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana,
pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam
peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi
ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam
usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat
apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf
kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar
bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat
penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri
setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama.
Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap
bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun
budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata
bersatu teguh, bercerai roboh dalam usaha meningkatkan lagi
kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.
http://missfeeya95.blogspot.com/2013/02/kepentingan-perpaduan-kaum-dalam.html
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA
Sejak 31 Ogos 1957,penduduk Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum iaitu,Melayu,India dan Cina hidup
bekerjasama. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam
hati lain-lain,namun masyarakat yang berbilang kaum ini dapat hidup
dalam keadaan yang sejahtera dan harmoni. Oleh itu,semua pihak
perlu berpegang pada kekuatan jata negara iaitu 'Bersekutu
Bertambah Mutu' untuk mengeratkan perpaduan di Malaysia.
Tun Dr.Mahathir Mohamad,Mantan Perdana Menteri Malaysia telah
menggariskan sembilan cabaran yang perlu direalisasikan menjelang
tahun 2020. Salah satu cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020
ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang. Hal
ini membuktikan bahawa warga kota yang tidak bersifat
individualistik dan materialistik merupakan intipati dalam
mewujudkan negara maju. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak
diperlukan. Selain itu,semangat perpaduan ialah asas pembangunan
negara bangsa kerana sebarang keretakan dalam hubungan akan
menjejaskan iktisad negara.
Antara sumbangan yang terbesar masyarakat yang bersatu padu
adalah dari segi ekonomi. Pascakemerdekaan,negara Malaysia
menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak. Misalnya,kemajuan
dalam bidang perindustrian. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia
begitu dikagumi masyarakat antarabangsa kerana siapa sangka negara
cili padi ini mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan
negara-negara maju yang lain. Pertumbuhan ekonomi ini merupakan
sumbangan rakyat yang berpegang teguh pada prinsip bersatu
teguh,bercerai roboh.
Negara yang aman merupakan negara yang bebas daripada apa-apa
jenis kekecohan. Seperti peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang
lepas,diBangkok,Thailand,telah timbul kekecohan oleh penyokong
bekas Perdana Menteri yang digulingkan,Thaksin Shinawatra. Mereka
menuntut pilihan raya baru. Kekecohan ini menyebabkan perintah
darurat telah diisytiharkan. Intihannya,pasti pelancong asing akan
berfikir dua kali sebelum melancong ke Thailand,walaupun selepas
sekian lama kekecohan tersebut berlaku.
Hal ini membuktikan bahawa negara yang aman dan damai akan
mendorong pelancong untuk melancong ke negara kita. Keadaan ini
secara tidak langsung akan dapat memajukan sektor pelancongan. Di
samping itu,kita juga dapat mempamerkan warisan budaya yang tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sesungguhnya,negara kita
sememangnya kaya dengan khazanah yang tidak ternilai.
Segala sikap positif tersebut dapat membentuk hidup yang aman
damai. Ini dapat menstabilkan politik negara. Kestabilan politik
negara amat penting untuk menarik pelabur asing untuk melabur di
negara kita. Pelabur asing akan menaruh kepercayaan dalam sektor
perindustrian dan pertanian. Malah,mereka akan lebih yakin akan
keselamatan mereka di negara ini.
Jelaslah bahawa pentingnya perpaduan kaum dalam pembentukan
bangsa Malaysia. Kecenderungan bersatu padu amat penting kepada
masyarakat dan negara untuk menuju ke arah pembentukan negara
supaya dapat mencapai kemajuan dan agar wawasan 2020 menjadi
realiti dan bukan fantasi semata-mata. Oleh itu,kita perlulah
memasang iltizam untuk memartabatkannya dengan bersatu padu kerana
di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah mengetuk minda pemimpin kita
untuk menitikberatkan soal perkauman di negara ini. Kesinambungan
usaha itu berlanjutan sehingga sekarang melalui penubuhan sekolah
wawasan. Melalui konsep penubuhan sekolah ini, sekolah yang
dahulunya terasing kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang
seragam dan selari dengan hasrat negara untuk menghasilkan
masyarakat yang mempunyai semangat baru untuk meneruskan wadah
wawasan negara. Cadangan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk membentuk sistem persekolahan yang
berkonsepkan perpaduan ini amat bertepatan dengan hasrat Negara ini
yang ingin melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan keharmonian
dalam proses penimbaan ilmu. Melalui penubuhan sekolah ini,golongan
pelajar dari pelbagai bangsa dinegara ini akan dapat disatukan
dibawah satu bumbung dan boleh berinteraksi dan bekerjasama
khususnya dalam satu-satu aktiviti berkumpulan. Justeru penubuhan
sekolah wawasan merupakan satu medium yang amat bertepatan dalam
mewujudkan rakyat yang bersatu padu dalam menempuh cabaran dunia
yang serba mencabar pada hari ini.KONSEP SEKOLAH WAWASAN
Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah dari
aliran yang berbeza ke dalam satu kompleks. Ini bermaksud di bawah
konsep inin, terdapat dua atau tiga buah sekolah rendah dari
berlainan aliran akan ditempatkan dalam satu kawasan yang sama.
Walaupun memakai nama sekolah dan di bawah pentadbiran tiga guru
besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi kemudahan
asas yang sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin.
Setiap sekolah pula akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung.Sekolah wawasan ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan
anak bangsa Malaysia yang lebih bersifatcinta akan Negara
terutamanya golongan yang lahir selepas merdeka yang kurang
memahami konsep bangsa Malaysia. Selain itu, projek yang dicernakan
oleh Perdana Menteri ini mampu menjadikan pemangkin dalam
merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan merupakan satu kunci
yang penting untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi.
Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-murid di
sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari
pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza.Apabila anak
Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal
persekolahan sudah tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia
yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung, sifat
teloransi dan persefahaman a Sekolah wawasan adalah gabungan
ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu
kawasan.Di dalam kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan
segala kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya
secara bersama atau dikongsi bersama.Idea penubuhan sekolah wawasan
telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir
Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun
1997.Pengujudan sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai
matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai
negara sepenuhnya.Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada
pemusatan etnik berjiwa Malaysia.Di sini terhimpun pelbagai ras dan
agama serta aspek kokurikulum dan kurikulum juga
disejajarkan.Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem
pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan
mengasingkan sekolah dan tiada peraturan yang seragam dipakai telah
melahirkan bibit-bibit semangat perkauman yang menebal.Contohnya
sekolah cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan yang
berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem pendidikan
masyasrakat india yang berkiblatkan negara india.Semangat perkauman
ini terbawa-bawa selepas merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13
Mei 1969.JIka diteliti Penyata Razak 1956 yang mana tujuan dasar
pelajaran Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-murid
daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan.ntara
kaum dapat dipupuk. Terdapat beberapa ciri Sekolah
Wawasan.Antaranya ialah setiap aliran diketuai oleh Guru Besar
dengan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai penyelaras
di antara aliran-aliran tersebut. Sebagai contohnya, terdapat
penyelaras bagi pelajar sains tulen dan terdapat juga penyelaras
bagi pelajar aliran sastera. Hal ini dapat memudahkan pengurusan di
dalam sesebuah Sekolah Wawasan tersebut disamping mengurangkan
pertindihan pengurusan subjek bagi setiap aliran. Hal ini dapat
dibuktikan apabila bekas perdana menteri,Tun Doktor Mahathir
Mohamad ada memberi kenyataan yang berkaitan dalam Perasmian
Sekolah Wawasan di Felda Lurah Bilut,Pahang.Selain itu Sekolah
Wawasan juga bercirikan pelaksanaan aktiviti secara bersama.
Sebagai contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti
perhimpunanmingguan,kegiatan kokurikulum,Temasya Sukan Tahunan,Hari
Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya. Hal ini dapat
mengelakkan jurang perpaduan kaum bahkan menguatkan tali
persaudaraan antara tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan
India.Ciri yang seterusnya ialah bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan
di luar bilik darjah ialah Bahasa Melayu.Dengan ini taraf bahasa
Melayu di negara kita akan semakin meningkat.Hal ini akan
mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.
http://www.jomria.com/2012/09/cara-memupuk-perpaduan-kaum.html
CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM
Perpaduan kaummendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan
negara. Isu perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh
masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi memupuk perpaduan kaum di
negara kita.
Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan
kaum. Hal ini kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar
berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi
contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati
terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu
bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk
memupuk perpaduan kaum. Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai
murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak
ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah
berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh
memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana
media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu
perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklaniklan
yang membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh
menylarkan rencana tentang kebaikan perpaduan kaum.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk
memupuk perpaduan kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi
kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum secara
berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang
melibatkan pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara
program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan
bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.
Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan
kaum ialah pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai
sumber kewangan bagi melaksanakan program yang boleh memupuk
perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan
program yang baik ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan.
Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba untuk
merosakkan perpaduan kaum.
http://acil97.blogspot.com/2013/06/normal-0-21-false-false-false-ms-x-none.html
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah
melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian
Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman
tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31
Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan
tersebut.
Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak
diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap
menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato
Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat
Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun
1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin
negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu
hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama
berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh,
bercerai roboh.
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan
perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.
Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme
yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa,
agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat
Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan
budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat
membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan
Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya
perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat
inikepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu
kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar
untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar
tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu,
kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang
dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.Selain
itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing
untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang
hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk
mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka
akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun
Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang
menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri
pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana
adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan
bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat
Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus
mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan
masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat
Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain
walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah
menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat
belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada
menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah
perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah
dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan
majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan
dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah
ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua
pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah
tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus
mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan
perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin
keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu
padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar
dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua,
hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada
menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian
pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang eratantara
kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum
Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara
sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan
kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang
berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan
kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati
oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan
nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.htmlDASAR-DASAR
KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUANPENGENALANPerpaduan ialah satu
proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan
memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan
negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat
perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah
dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan,
kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin
akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana
kemajuan.DASAR PERPADUANDalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan
perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan
dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum
yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara
iaitu:1) IntegrasiIntegrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan
satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik.2) Asimilasi.Manakala asimilasi pula ialah satu proses
bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui
perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang
lebih besar.
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN1) DASAR
PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN-
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.3) DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN4) SUKAN ALAT PERPADUANDASAR PENDIDIKAN:
Sistem pendidikan yang berbeza.-Punca masalah perpaduan-1) Jika
kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita
berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini
hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang &
Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang
dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan
untuk kepentingan mereka sendiri.2) Pada zaman itu, pihak British
memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan
untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan
sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil
dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali
sebagai pendidikan vernakular.3) Pendidikan kaum Cina menggunakan
bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks
didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang
tersendiri.4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini
terletak di kawasan ladang getah atau kopi.5) Sekolah Inggeris pula
dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan
British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat.
Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama
dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan
perpaduan kaum berlaku.Jelas sekali bahawa British sengaja
mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan
kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud
kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat
penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak
memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada
satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari
ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada
segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem
pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika
dahulu.DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.Dasar pendidikan
kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di
negara kita. Bermula dengan LaporanBarnes ketika zaman penjajahan
British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar
pendidikan kerajaan sejak dahulu:1) Pada peringkat permulaan,
kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950
sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah
supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum
yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu
menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan
terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara.
Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada
peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi.
Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara
kaum serta merapatkan hubungan mereka.2) Masyarakat Cina menentang
cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka.
Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah
vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem
pendidikan kebangsaan.3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya
diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas.
Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana
tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan &
ancaman komunis.4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk
Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak
1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama &
penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini
bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.5) Kemudian, Laporan
Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961.
Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan
serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM).6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan
telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi
pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting
dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.Sebagai
intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan
dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan
sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN
MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK
PERPADUANPersoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik
selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan
satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk
yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup
bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.Satu cara yang
penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang
tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana
sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:1) Sistem persekolahan
yang sama bagi semuaPada asasnya Laporan Razak mencadangkan
penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan
bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.
Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan
sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di
semua peringkat sekolah.2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama.Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa
kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di
antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan
dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.3) Kurikulum yang
samaKurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di
dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi
pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan
kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan
pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi.
Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan
perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).4)
Sukatan pelajaran yang seragamSukatan pelajaran yang sama isi
kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap
sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan
perpaduan negara.Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting
ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan
dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati
terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat
resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia
(world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak
mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.5) Peperiksaan yang
seragamRancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di
sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu
sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran
dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah
terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama.Jika kita lihat sekarang, dasar
pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh
itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan
kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat
berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya
mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji
bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada
dunia dengan kekuatan pembacaannya.AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Akta ini diluluskan pada
tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi
jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang
digunakan di mahkamah pada 1990.Akta ini mewujudkan penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang
lain tanpa menimbulkan rasa curiga.DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANDasar
ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat
Malaysia.Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan
perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah
menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang
menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain
itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan &
meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.SUKAN ALAT
PERPADUANDasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik
rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada
peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah
contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan
antara negeri.Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing
yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat
negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan &
dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.Terbaru ini,
Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat
untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.TARGET NEGARA MAJU
2020Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang
ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Idea ini
dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman
pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30
tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan
negara maju lain.Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca & mengkaji sejarah
telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau
mempunyai pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau
menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri
yang maju di dunia.Target:Menjadikan Malaysia sebagai negara
industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding
negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di
negara-negara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal
tetapi menekankan kemajuan bersepadu.Kemajuan bersepadu yang
dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian
taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem
kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan
bangsa.Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan
2020 ini dalam menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju
setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.Oleh itu, Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9
cabaran yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara
maju.Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi,
mudahlah bagi kita membuat checklist bagi cabaran yang diatasi
untuk merealisasikan Wawasan 2020.1. Membina bangsa Malaysia yang
bersatu padu2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram &
berkeyakinan.3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang
matang.4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.5.
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi.6.
Membina masyarakat yang maju & saintifik.7. Masyarakat yang
berbudaya penyayang.8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama
ekonominya.9. Memupuk & membina masyarakat makmur.Bagi mencapai
status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan
bahawa PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara.KEJAYAAN MALAYSIA DALAM
MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA DUNIADatuk Seri Abdullah Badawi
berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti
Cambridge atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai
kaum.Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai
satu-satunya contoh bagi mengkaji tentang hubungan baik di antara
pelbagai kaum dan yang menganut agama yang berbeza.``Kajian itu
adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia dan boleh dipelajari,''
katanya kepada pemberita pada 15 Disember 2007.Sumber:
perpaduan.blogspot.com
http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2013/10/masalah-perpaduan-di-malaysia.htmlMASALAH
PERPADUAN DI MALAYSIA
PENDAHULUANNegara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai
sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan
sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam
menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat
antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam
yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai
kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar
warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia
adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka.Dahulu, negara ini
dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada Malaysia.
Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini
sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman
banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar
bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat
strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa.Walaupun
rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup
rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang
tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan
mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang
sama.Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup
mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa
kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti
Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa
dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai
pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing
demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka
berada di bawah cengkaman kuasa asing.Banyak usaha dilakukan untuk
mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus
kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan
mengikis hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa
asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh dinikmati
oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah.
Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam
di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan
kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan
kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti bijih
timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala
ceruk negara untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi
nilainya. Mereka membina lingkaran pengangkutan darat, laut dan
udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara ini ke
tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses,
memilih dan membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang
tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa masuk
buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan
India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan
bermacam masalah yang akan memberi kesan kepada kehidupan,
perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan.Semangat untuk
mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu
walaupun terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang
tempatan sendiri. Orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia
Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemu mencari jalan
terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai
kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, Bapa Kemerdekaan
kita telah melaungkan kalimah keramat MERDEKA dan diulang suara
oleh rakyat dari pelbagai bangsa dan keturunan dengan penuh
kesyukuran. Bendera Union Jack diturunkan dan berkibar megah Jalur
Gemilang kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf
sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai sistem
pemerintahan dan perlembagaannya yang tersendiri.Banyak perkara
telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi
kemerdekaan dan memajukan bumi tercinta setelah sekian lama
ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk
menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat
ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi
beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan
usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk
membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional
adalah isu danagenda utama pemimpin dan seluruh warga negara
Malaysia.DEFINISI:Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara
jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaancinta dan banggakan negara.Integrasi
dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah
dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar
belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk
menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni
masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama
secara adil dan saksama.MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL.Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi
oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan
cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi
Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di
peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilanCabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan
mereka kepada negara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke
tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya
penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat
daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada
individu tertentu sahaja.HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN
INTEGRASI.Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses
pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah; Agama dan
kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan
yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa,
kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing
kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka
sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka
yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. Dasar Penjajah
British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang
menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan
keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan
peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara
kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang
kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. Sistem
pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak
menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah
Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang
digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek
moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan
ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan
yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama
rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang
berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang
beridentitikan satu negara. Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap
etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami
kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan
yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan
perpaduan negara terancam. Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum
dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi
berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan
identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka
kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan
kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan
kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti
bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan
lagi masalah perpaduan. Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun
ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan
orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari
orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil
oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini
menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang
senang antara masyarakat Melayu dan Cina.KAEDAH DAN LANGKAH YANG
TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN INTEGRASI DAN
PERPADUAN DI MALAYSIAPERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969Penjajahan
British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa
dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan
ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum
terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang
sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat
parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang
menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti
Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan
beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang
menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat
berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa
berdarah 13 Mei 1969.Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan
sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan
keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang
licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian
dan kepercayaan antara kaum. Peristiwa ini menunjukkan bahawa
perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan
yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial
antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970,Majlis
Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah
meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru.Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970
sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan agar fikiran,
pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan
secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu
sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan NegaraPendidikan menjadi
tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa
sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu
padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negaraSecara tidak langsung dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan
bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan
aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang
dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum yang
dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk
sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi
memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia
dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.
Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,
Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat
mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling
menghormati sesama manusia.Penubuhan Kelab Rukun Negara Di
SekolahSemasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat
Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah
Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika
itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di
sekolah.Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat
Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia
agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus
berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun
Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga
sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun
Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat
dipertingkat dan diperkukuhkan..USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI
PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT Program Pemuafakatan Masyarakat
Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan
melalui program- program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti
keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan
sebagainya.Hari Keluarga dan Sukan Rakyat Program yang melibatkan
seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan
melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan
tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina
persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam
kalangan seluruh warga masyarakat.Acara kebudayaan dan
kesenian-Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat
boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat,
persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi
yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua
yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang
digariskan.Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan
Hari Deepavali-Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat
melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur
program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis
makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi
dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang
berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh
kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan
rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.Aktiviti Riadah
-Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat
mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai
pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia,
Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara
aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta
karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah,
Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat
berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan
masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti
perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.KAEDAH
DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH Sekolah
Penyayang Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan
menekankan konsep Sekolahku Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang
Muda Disayangi dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui
Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan
pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang
suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia,
serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara
warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.Pelaksanaan Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Sebagai sebuah sekolah
berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar
Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan
termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok
turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat
dengan program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain
yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP
peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan
penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah
sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara
lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan
integrasi rakyat yang lebih erat.Penyertaan Dalam Kokurikulum Semua
pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan
dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan
pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan
di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang
berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu
semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli
jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru
penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat
berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin
yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam
aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam
usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan
sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan
berintegrasi.Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan Setiap
tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari
ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat
sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit
Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan
Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut
melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan,
Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang
dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah
kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak,
sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan
asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran,
melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta
sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program
sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan
program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan
pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,
bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu
dan kestabilan negara.Lawatan dan ziarah di peringkat
sekolahSekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke
tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka,
Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama
anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak,
asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya.
Pelbagai acara diadakan sema