-
5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di
Malaysia
1/7
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.
Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa
pentingnya perpaduan kaum
diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,
slogan kata Satu Malaysia yang
menjadi pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib Abdul Razak
merupakan satu langkah
yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia. Hal ini
demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh
daripada amalan perpaduan
kaum di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang
harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing
lagi dengan wujudnya masyarakat
berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India,
Kadazan dan sebagainya. Peribahasa
rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan walaupun
manusia mempunyai warna
rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah
berbeza. Dengan mewujudkanperpaduan kaum dalam kalangan masyarakat,
barulah masyarakat harmoni yang mempunyai
aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian,
sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat Malaysia,seperti
kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi
penyumbang terbesar
kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan
pelancongan ke
Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan
kaum. Perpaduan kaum yang
wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat
pelancong dari luar negara untuk
melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan
setiap rakyat Malaysia. Hal ini
secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada
masyarakat luar seterusnya
menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum
kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga
mampu menaikkan
nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum
air.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat
memajukan ekonomi
negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia,
penindasan ekonomi tidak
akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa
sedikit pun perasaan hasad
dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku
dalam dunia perniagaan. Bukan
itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita
teguh,bercerai kita roboh,
nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi
negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan
perpaduan kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita
ketahui, tanpa perpaduan
kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendirisehingga menghancurkan keamanan sesebuah
negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan
yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup
yang porak-peranda. Oleh
hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk
meningkatkan keamanan
negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasif mahupun
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana
perpaduan kaum itu
http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
-
5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di
Malaysia
2/7
hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi
masing-masing dengan sempurna
dan bersikap bertolak ansur.
Sumber
http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-
malaysia.html
Tugasan Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum
Assalamualaikum.
Tugasan Sejarah PT3: Rencana Berkaitan Perpaduan Kaum di
Malaysia.
Bahan dan rujukan untuk isi berkaitan kepentingan perpaduan
kaum.
PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA
Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping
penduduknya yang berbilang
kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi
antara kaum utama terbesar
dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita
seharusnya bersyukur dengan
keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta
berbincang tanpa ada
rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah
berjaya dicapai ini perlu
dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia
akan menjejaskan serta
merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian
lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan
dalam surat khabar dan
televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagal kaum dan agama. Terdapat
beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara.
Antara kebaikan
perpaduan kaum ialahmasyarakat dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai . Keadaan
http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/-4JadWUE05yY/U7E2C3QcD-I/AAAAAAAAGBs/3q-6ASTwJ0I/s1600/melayu+cina+india.jpghttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
-
5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di
Malaysia
3/7
masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian
berjalan dengan baik.
Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan
dengan bebas dan lancar.
Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan
tenteramdi mana keadaan ini
membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan
pembangunkan dengan lancaruntuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak
kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan
negara yang aman dan
damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke
Malaysia. Kehadiran pelancong
asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Peluang pekerjaan ini akan
menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan
taraf ekonomi rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing
untuk datang melabur di
Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita
berada dalam keadaan aman
dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka
peluang pekerjaan kepada
rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara
lain. Perpaduan kaum
membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan
balk. Terdapat beberapa
negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir
negara. Selain itu, perpaduan
kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia
terpilih sebagal pengerusi bagi
beberapa pertubuhan antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai
usaha dalam mengekalkan
perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan
itu,kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi
hari ini di samping dapat
mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di
mana kita hidup dalam
sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi
politik,kita haruslah
mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan
baik sesama masyarakat
dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.
Kepentingan Perpaduan Kaum
1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram
3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara
4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia
5. menaikkan imej negara di mata negara lain
6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa
pertubuhan antarabangsa
-
5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di
Malaysia
4/7
Kepada calon PT3, inilah contoh penulisan rencana yang
dikehendaki dalam tugasan Sejarah
PT3. Namun begitu, rencana ini tidak lengkap kerana maklumat
atau isi yang dikehendaki dalam
tugasan yang diberikan tidak cukup. Sekiranya diperhatikan,
rencana ini hanya memaparkan
tentang kepentingan perpaduan kaum sahaja. Jadi, calon perlu
memasukkan faktor, cabaran
dan langkah mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum
membuat rumusa.
Rujukan:
1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-
perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html
Draf awal nak buat ..............
1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa
sahaja yang sesuai daripada
petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras
kejayaan negara , bersatu teguh
bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )
2. Nama penulisNama kita
3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk
yang dikehendaki
(a) Pengenalanmenjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara
umum ( cadangan )
Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei Isu agama dan budaya- trend terkini
(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )
mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (
cadangan )
Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama ,
kerakyatan
-
5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di
Malaysia
5/7
Dasar pebdidikan kebangsaan
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )
kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosialmenimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar
(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan
kaum di
Malaysia ( cadangan )
Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum
(f) Membuat rumusan ( cadangan )
f) Membuat rumusan ( cadangan )
Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin Berdasarkan
peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama
angota masyarakat
Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh
(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/
majalah/
a. Buku
Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributors
Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to
SingaporeSeparation: Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala
Lumpur:Universiti Malaya Press.
b. Jurnal
Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta
Negara
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
-
5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di
Malaysia
6/7
Ishak bin Tadin,1960. Dato Onn and Malay Nationalism
1946-1951,dalam JSEAH.Vol 1.Mac
1960.
c. Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
d. AkhbarUtusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7,
Taman Beringin 52000 Kuala
Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30,
Taman
Sri Gombak,68100 Selangor.
f. Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato Onn,
Pusat
Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.
g. VCD
Tajuk program, terbitan.
h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
i. Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
j.Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.
k. Sumber lain :
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh PMTunku
AbdulRahman.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh%20PMTunkuhttp://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh%20PMTunku
-
5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di
Malaysia
7/7