Top Banner
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JAN 2013 SEMESTER 2 TAHUN 2 WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN Nama Pelajar : Ngu Tien Tien Angka Giliran : 2013021340013 No. Kad Pengenalan : 930818-13-6088 Kumpulan : PRBCK4 Kod Kursus : WAJ3073 Nama Kursus : Seni Dalam Pendidikan Nama Pensyarah : En. Sain Anak Datok Tarikh Mula : 19 Ogos 2014 Tarikh Serahan : 19 September 2014 Pengakuan
29

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Feb 26, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JAN 2013

SEMESTER 2 TAHUN 2

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Nama Pelajar : Ngu Tien Tien

Angka Giliran : 2013021340013

No. Kad Pengenalan : 930818-13-6088

Kumpulan : PRBCK4

Kod Kursus : WAJ3073

Nama Kursus : Seni Dalam Pendidikan

Nama Pensyarah : En. Sain Anak Datok

Tarikh Mula : 19 Ogos 2014

Tarikh Serahan : 19 September 2014

Pengakuan

Page 2: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali“nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : Ngu Tien Tien

Tarikh : 19 September 2014

Page 3: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak, Miri

Page 4: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Penghargaan

Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah yang

mengajar kursus ini, iaitu Encik Sain Anak Datok, Encik Ngalai ak

Belawing dan Encik Bell Suut. Mereka telah banyak memberi bantuan

kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Mereka juga banyak

memberi penerangan yang teliti kepada saya sehingga saya dapat

menyempurnakan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah

ditetapkan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

ibu bapa saya kerana mereka sering memberikan sokongan moral dan

dorongan kepada saya. Apabila kami menghadapi masalah dalam

menjalankan kerja kursus ini, ibu bapa akan sering memberi

nasihat dan ambil berat terhadap saya supaya saya tidak berasa

terlalu stres terhadap kerja kursus saya.

Tambahan pula, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa

membantu dan memberi bimbingan kepada saya. Saya berasa sangat

bersyukur atas kesudian rakan meminjam buku teks Bahasa Malaysia

kepada saya dan mengosingkan pendapat mereka kepada saya.

Walaupun mereka sibuk, mereka juga sudi meluangkan masa mereka

untuk memberikan idea kepada saya ketika saya menghadapi masalah

dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Mereka juga sudi mendengar

pendapat saya lalu memberikan pandangan mereka selepas saya

mengeluarkan pandangan saya terhadap cara pelaksanaan kerja

kursus ini.

Page 5: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Saya berasa amat bersyukur atas bantuan-bantuan yang diberi

oleh pelbagai pihak. Disebabkan adanya bantuan dan sokongan yang

diterima daripada kalian, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini

dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Senarai Kandungan

Muka Surat

Halaman Pengakuan… … … … … … … … I

Penghargaan… … … … … … … … … II

Senarai Kandungan… … … … … … … … III

Pengenalan… … … … … … … … …

1

Tugasan 1

1.1 Rancangan Pengajaran Harian… … … … … …

3

1.2 Penghuraian Berkaitan Pengintegrasian Aktiviti Seni yang

Dipilih … 8

Tugasan 2

2.1 Refleksi… … … … … … … … … 12

Page 6: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Bibliografi… … … … … … … … … …

14

Borang Kolaborasi… … … … … … … … …

15

Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual,

seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting

kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi

kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda

secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran saya lebih seronok, saya telah mengintegrasikan seni

visual, seni muzik dan seni pergerakan ke dalam tajuk mata

pelajaran yang akan saya ajarkan.

Page 7: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia

(1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid

untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang

mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Oleh itu,

guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan

kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu

merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk

memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang

berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang

baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi.

Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang

menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang

dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang

kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran

dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran

deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori

pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang

individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran

merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.

Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah

satu pengajaran konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti

pengajaran pemusatan pelajar, pengalaman pembelajaran aktif,

lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih

bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik

(Shuell 1996).

Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya,

strategi yang saya laksanakan ialah strategi pemusatan murid dan

strategi pemusatan bahan pelajaran. Peranan murid dan peranan

Page 8: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

bahan bantu mengajar diutamakan dalam proses pengajaran saya.

Saya telah menggunakan teknik penyoalanan, tunjuk cara dan

memberi bimbingan kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat

diwujudkan dan objektif pembelajaran murid dapat diutamakan. Dari

segi bahan bantu mengajar pula, saya telah bergantung kepada

Powerpoint, bahan konkrit dan muzik untuk mencapai objektif

pembelajaran. Hal ini disebabkan ia dapat mewujudkan pengajaran

yang menarik dan berkesan. Selain itu, murid juga dapat dilatih

dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang

dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain

itu ia membantu guru untuk memahami diri sendiri. Ia juga

membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek

menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih

kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang,

berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan juga

membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh

Page 9: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Tugasan 1

1.1 Rancangan Pengajaran Harian

Nama : Ngu Tien Tien Kelas : 1C

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun Satu Bilangan Murid

: 16

Tarikh : 23 Ogos 2014 (Selasa) Kehadiran

: 16

Masa : 0740-0840 (60 minit)

Tema : Keluarga

Tajuk : Sayang Ayah

Standard Kandungan 2.1: Asas membaca dengan sebutan yang betul.Standard

Pembelajaran

2.1.3: Mengeja dan membatang suku kata

tertutup dengan

sebutan yang betul.Pengetahuan Sedia

Ada

i. Murid pernah belajar menyebut, mengeja

dan membatangkan suku kata terbuka.

Page 10: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

ii. Murid boleh menyatakan ahli keluarga yang

utama dalam keluarga seperti ibu dan

bapa.Objektif

Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,

murid dapat:

i. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 7

suku kata tertutup dengan sebutan yang

betul.

ii. Membatang sekurang-kurangnya 5 daripada 7

suku kata tertutup dengan sebutan yang

betulNilai Murni Kasih sayang, KerjasamaKemahiran Bernilai

Tambah

Kemahiran Berfikir: Menghubungkait

Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik,

interpersonal,

Muzik,

visual-ruang, kinestetikElemen Merentas

Kurikulum

Kreatif

Sistem Bahasa Tatabahasa : Kosa kata –datuk, adik Bahan Bantu Mengajar Komputer, Powerpoint, kotak, keratan gambar

ayah, muzik “Secret Garden”, kad manila

berwarna oren, kad manila berwarna hijau,

muzik “Sayang Semuanya”.

Fasa/

Masa

Isi Pelajaran Cadangan Aktiviti Catatan

Page 11: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Set

induksi

(5

minit)

Aktiviti:

“Cantumkan Keratan

Gambar”

Kotak:

Keratan Gambar:

Soalan:

1. Gambar itu

menunjukkan

siapa?

Aktiviti:

“Cantumkan Keratan Gambar”

1.Guru menyediakan satu

kotak yang mengandungi

keratan gambar ayah.

2.Murid diminta untuk

mengedarkan kotak

tersebut mengikut muzik

“Secret Garden” yang

dimainkan oleh guru.

3.Apabila muzik

dihentikan, murid perlu

berhenti untuk

mengedarkan kotak

tersebut. Murid tersebut

harus mengambil satu

keratan gambar sekiranya

kotak diedarkan sampai

di depannya.

4.Pengedaran kotak akan

diteruskan sehingga

keratan gambar ayah di

dalam kotak tersebut

diambil habis.

5.Sesiapa murid yang

mengambil keratan

dikehendaki

mencantumkannya menjadi

Bahan Bantu

Mengajar:

Kotak,

keratan

gambar ayah,

muzik “Secret

Garden”,

komputer

Nilai Murni:

Kerjasama

Kemahiran

Berfikir:

Menghubungka

it

Kecerdasan

Pelbagai:

interpersona

l,

muzik,

visual-ruang

Page 12: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

- Bapa/ Ayah. gambar yang lengkap

iaitu gambar ayah.

6.Guru bertanya soalan 1

kepada murid.

7.Murid dibawa kepada

tajuk pada hari ini

iaitu “Sayang Ayah”. Langkah

1

(10

minit)

Kad suku kata

tertutup

1.Murid dibimbing menyebut

suku kata tertutup.

2.Murid mengeja suku kata

tertutup berpandukan kad

suku kata yang

ditunjukkan dalam slaid

Powerpoint.

3.Murid mengeja dan

membatang suku kata

tertutup mengikut barisan

tempat duduk di dalam

kelas.

Bahan Bantu

Mengajar:

Komputer,

Powerpoint

yahpal

Page 13: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Langkah

2

(10

minit)

Gambar: Keluarga

Bahagia

Soalan:

1. Siapakah

yang sedang

membaca surat

khabar?

- Datuk

2. Siapakah

yang sedang

menjahit?

- Nenek

3. Emak sedang

bermain dengan

siapa?

- Adik

4. Siapakah

yang membeli

epal?

- Ayah

Gambar: Keluarga Bahagia

1.Guru menunjukkan gambar

tunggal kepada murid

dengan menggunakan

Powerpoint.

2.Murid diminta melihat

gambar tunggal dengan

teliti.

3.Guru membimbing murid

untuk membaca, mengeja

dan membatang setiap

perkataan di dalam

gambar tersebut.

4.Guru bertanya soalan 1

hingga 4 kepada murid.

5.Murid menjawab soalan

berdasarkan gambar

tunggal.

6.Murid diminta untuk

mengeja dan membatangkan

suku kata bagi setiap

perkataan yang terdapat

dalam gambar tersebut.

Bahan Bantu

Mengajar:

Komputer,

Powerpoint

Kecerdasan

Pelbagai:

Verbal-

linguistik,

visual-ruang

Page 14: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Langkah

3

(27

minit)

Aktiviti:

“Marilah Buat

Pohon Keluarga”

Kad manila

berwarna oren:

Kad manila

berwarna hijau:

Contoh pohon

keluarga:

Aktiviti:

“Marilah Buat Pohon

Keluarga”

1.Guru mengedarkan

sekeping kad manila

berwarna oren dan

sekeping kad manila

berwarna hijau kepada

setiap murid.

2.Setiap kad manila

tersebut telah dilukis

dengan titik-titik

hitam, murid diminta

untuk menyambungkan

titik-titik hitam

tersebut dengan

menggunakan pensel.

3.Seterusnya, murid harus

menguntingkan keluar

gambar yang dilukis pada

kedua-dua keping kad

manila tersebut.

4.Guru menunjuk cara dan

membimbing murid untuk

membentuk pohon dengan

menggunakan gambar yang

telah digunting.

5.Selepas itu, murid

Bahan Bantu

Mengajar:

Kad manila

berwarna

oren dan

hijau.

Nilai Murni:

Kasih sayang

Page 15: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

mengeluarkan foto

pasport ahli keluarga

mereka yang dipesan bawa

semalam.

6.Guru membimbing murid

cara untuk melekat foto-

foto tersebut.

7.Murid menuliskan

panggilan hormat seperti

datuk, nenek, ayah, emak

dan sebagainya di bawah

foto-foto tersebut.

8.Semasa menulis, murid

harus menggunakan pen

merah untuk menuliskan

suka kata tertutup bagi

setiap perkataan

tersebut.

9.Murid boleh mencantikkan

pohon keluarga mereka

mengikut kreativiti

masing-masing.Penutup

(8

minit)

Aktiviti:

“Marilah Kita

Menyanyi dan

Menari”

Lirik Lagu:

Satu satu saya

Aktiviti:

“Marilah Kita Menyanyi dan

Menari”

1.Guru menunjukkan lirik

lagu dan meminta murid

Bahan Bantu

Mengajar:

Komputer,

Powerpoint,

muzik

“Sayang

Page 16: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

sayang datuk.

Dua dua juga

sayang nenek.

Tiga tiga sayang

emak ayah.

Satu, dua, tiga

sayang semuanya.

Empat empat saya

sayang abang.

Lima lima juga

sayang kakak.

Enam enam sayang

adik saya.

Satu hingga enam

sayang semuanya.

(Mengikut irama

lagu “Sayang

Semuanya”)

untuk membacanya.

2.Guru memainkan muzik

lagu “Sayang Semuanya”.

3.Guru membimbing murid

cara menyanyi lagu

tersebut dan melakukan

pergerakannya.

4.Guru sambil membimbing

murid menyanyi lagu

tersebut, sambil

membimbing murid untuk

melakukan pergerakannya.

5.Murid diminta untuk

membuat persembahan di

depan kelas.

Semuanya”

Nilai Murni:

Kasih sayang

Kecerdasan

Pelbagai:

Muzik,

kinestetik

1.2 Penghuraian Berkaitan Pengintegrasian Aktiviti Seni yang Dipilih

Mata Pelajaran yang saya pilihkan ialah Bahasa Malaysia

Tahun Satu. Temanya ialah Keluarga dan bertajuk Sayang Ayah.

Objektif pembelajaran ini ialah murid dapat mengeja dan membatang

sekurang-kurangnya lima daripada tujuh suku kata tertutup dengan

sebutan yang betul pada akhir pengajaran dan pembelajaran.

Page 17: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner

mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis

kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui

pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Howard Gardne,

(1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan

digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan

mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai

kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.

Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan

memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Demi menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, saya

telah mengintegrasikan aktiviti seni visual, aktiviti seni muzik

dan aktiviti seni pergerakan ke dalam proses pengajaran dan

pembelajaran saya.

Pada set induksi, saya telah mengadakan aktiviti “Cantumkan

Keratan Gambar”. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk

merangsangkan rasa ingin tahu para murid. Selain itu, murid

dapat meneka tajuk selepas mereka berjaya mencantumkan semua

keratan gambar tersebut. Menurut ahli piskologi kognitif dan

ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu

ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina

pengetahuan secara aktif. Pembelajaran melalui muzik ini adalah

merupakan satu pembelajaran yang aktif. Oleh itu, saya akan

mengintegrasikan seni muzik iaitu memainkan muzik “Secret Garden”

dalam aktiviti ini. Peranan muzik ini dalam aktiviti ini adalah

untuk mengawal pengedaran kotak tersebut dari semasa ke semasa.

Sekiranya muzik dihentikan, murid harus berhenti untuk mengedar

kotak tersebut kepada rakan. Murid tersebut harus mengambil satu

Page 18: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

keratan gambar sekiranya kotak diedarkan sampai di depannya.

Pengedaran kotak akan diteruskan sehingga keratan gambar ayah di

dalam kotak tersebut diambil habis. Kepentingan muzik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik minat

murid. Dalam aktiviti ini, murid akan berasa seronok dengan

mengedarkan kotak mengikut muzik. Hal ini kerana aktiviti ini

akan meningkatkan kadar denyutan jantung,secara tidak langsung

ia membangkitkan semangat murid untuk belajar tajuk “Sayang

Ayah”.

Pada langkah 3 pula, saya akan membimbing murid untuk

membuat pohon keluarga. Aktiviti ini merupakan pembelajaran

bermakna. Mengikut John Dewey (1966), “belajar dengan membuat”

dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang

masalah yang cuba dihuraikan. Tambahan pula, aktiviti ini juga

mengintegrasikan tajuk dengan seni visual. Aktiviti ini

menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan

bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan

kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan

bahan serta teknik-teknik mudah seperti menyambungkan titik-

titik hitam, mengunting dan membentuk. Tujuan mengadakan

aktiviti ini adalah untuk memupuk nilai kasih sayang terhadap

ahli keluarga. Selain itu, ia dijalankan untuk meningkatkan

pengekalan tajuk ini dalam minda murid. Murid akan dipesan untuk

membawa foto pasport ahli keluarga, gunting, gam dan pen merah

untuk digunakan dalam sesi ini. Dalam aktiviti ini, saya akan

menyediakan satu kad manila berwarna oren dan satu kad manila

berwarna hijau kepada setiap murid. Saya perlu memastikan setiap

Page 19: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

keping kad manila telah ditulis dengan titik-titik hitam sebelum

diedarkan kepada murid. Contohnya, murid akan diminta untuk

menyambungkan titik-titik hitam pada permukaan kad manila dengan

menggunakan pensel. Murid harus menguntingkan keluar gambar yang

dihasilkan daripada penyambungan titik-titik hitam tersebut.

Saya akan membimbing murid untuk membentuk pohon dengan

menggunakan gambar yang telah digunting. Kemudian, saya akan

membimbing murid cara untuk melekat foto-foto ahli keluarga pada

pohon yang telah dibentuk. Murid juga akan diminta menggunakan

pen merah untuk menuliskan suku kata tertutup dalam perkataan

“datuk, nenek, ayah, emak, abang, kakak dan adik” di bawah

setiap foto masing-masing. Murid juga boleh mencantikkan lagi

pohon keluarga mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Kreativti murid dalam menghasilkan pohon keluarga mereka dapat

menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersama ahli

keluarga. Pokok keluarga ini bukan sahaja boleh dijadikan

sebagai perhiasan di atas meja, ia juga dapat mengingatkan kita

agar kita sentiasa mengambil berat terhadap ahli keluarga kita.

Pada penutup, saya mengintegrasikan tajuk dengan seni muzik

dan seni pergerakan. Tujuan melaksanakan aktiviti ini adalah

untuk memupuk nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga dalam

kalangan murid. Irama lagu yang akan saya gunakan ialah lagu

“Sayang Semuanya”. Demi mengaitkan ilmu yang diajar pada hari

ini, saya telah mengubah lirik lagunya. Saya telah menerapkan

perkataan-perkataan yang diajar ke dalam lirik lagu tersebut.

Sebelum murid belajar cara menyanyikan lagu ini, murid diminta

untuk membaca lirik lagu tersebut. Kemudian, saya membimbing

murid untuk menyanyi dan melakukan pergerakannya dengan mengikut

Page 20: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

muziknya. Aktiviti “Marilah Kita Menyanyi dan Menari” bukan

sahaja dapat memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid, ia

juga dapat mengelakkan kebosanan pengajaran dan pembelajaran

ini.

Strategi yang saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ini ialah strategi pengajaran berpusatkan pelajar.

Dalam pelaksanaannya, murid berpeluang untuk melibatkan diri

dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini seperti aktiviti

mencantumkan keratan gambar, sesi soaljawab, aktiviti membuat

pokok keluarga, aktiviti menyanyi dan menari. Teknik pengajaran

yang saya gunakan ialah teknik soal jawab, tunjuk cara dan

membimbing. Contohnya pada langkah 2, saya telah bertanya

beberapa soalan untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap

perkataan yang dipelajari dan gambar tunggal yang ditunjukkan.

Saya telah membimbing dan menunjuk cara kepada murid semasa

membuat pohon keluarga agar murid dapat faham lalu menjalankan

aktiviti ini dengan sabar dan yakin.

Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya,

saya telah menyediakan bahan bantu mengajar untuk melancarkan

pengajaran dan pembelajaran saya. Menurut Moldstat (1974),

beliau berpendapat bahawa alat dan bahan jika digunakan bersama

pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses

pembelajaran. Dalam tajuk “Sayang Ayah”, saya menyediakan kotak,

keratan gambar untuk digunakan pada set induksi. Semasa

menjalankan aktiviti pada set induksi, saya juga telah mencari

muzik yang sesuai untuk digunakan. Muzik ini bernama “Secret

Garden” bertujuan untuk mengawal pengedaran kotak tersebut dari

semasa ke semasa. Pada langkah 2 dan 3, saya telah menyediakan

Page 21: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

slaid Powerpoint untuk membimbing murid menyebut suku kata

tertutup, membaca, mengeja dan membatang perkataan-perkataan

yang harus dipelajari. Bagi melaksanakan aktiviti seni visual,

saya telah meminta murid untuk membawa alat-alat yang diperlukan

seperti gam, gunting, pen merah; manakala saya akan menyediakan

kad manila berwarna oren dan hijau kepada murid. Saya telah

melaksanakan aktiviti seni muzik dan seni pergerakan pada

bahagian penutup pengajaran saya. Demi memupuk nilai kasih

sayang terhadap ahli keluarga dalam kalangan murid, saya telah

membimbing murid untuk menyanyi lagu “Sayang Semuanya” dengan

lirik lagunya yang diubah. Selain itu, saya juga

mengintegrasikan seni pergerakan dengan membimbing murid untuk

melakukan pergerakan semasa menyanyikan lagu tersebut. Melalui

aktivti ini, murid berpeluang untuk mewujudkan suasana yang

harmonis.

Page 22: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Tugasan 2

2.1 Refleksi

Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya telah

mengintegrasikan Seni Dalam Pendidikan bagi tajuk “Sayang Ayah”.

Objektif pembelajarannya ialah murid dapat mengeja dan membatang

sekurang-kurangnya lima daripada tujuh suku kata tertutup dengan

sebutan yang betul pada akhir pengajaran dan pembelajaran.

Pada set induksi, murid diminta menjalankan aktiviti

“Cantumkan Keratan Gambar”. Murid yang mendapatkan keratan gambar

tersebut haruslah bekerjasama agar gambar yang lengkap dapat

dicantumkan dengan berjaya. Kebaikan aktiviti ini ialah ia dapat

merangsangkan perasaan ingin tahu para murid. Murid akan berasa

hairan terhadap hasilan mereka selepas sesi ini. Kebaikan kedua

Page 23: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

ialah ia dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan murid.

Namun begitu, aktiviti ini juga mempunyai kelemahannya. Kelemahan

pertama, aktiviti ini tidak dapat melibatkan semua murid. Hal ini

disebabkan bilangan keratan gambar tidak sebanyak dengan bilangan

murid. Kumpulan murid yang tidak mendapat keratan gambar tersebut

akan berasa bahawa mereka diketepikan dalam aktiviti ini. Selain

itu, kemungkinan seorang murid mendapat keratan gambar yang lebih

daripada satu adalah tinggi. Untuk menambahbaikkan aktiviti ini,

saya perlu memastikan bilangan keratan gambar adalah cukup untuk

semua murid. Saya juga harus memastikan semua murid mendapat

bilangan keratan gambar yang sama agar keadilan terhadap semua

murid dipeliharakan.

Pada langkah 1 dan 2, saya telah menggunakan kaedah oral

aural untuk membimbing murid menyebut suku kata tertutup,

membaca, mengeja dan membatang setiap perkataan dalam gambar

tersebut. Berdasarkan Kamarudin Hj. Husin (1997), beliau

menyatakan kaedah oral-aural ini menggunakan dialog untuk dihafaz

dan diikuti secara ajukan. Kedah ini bermula dengan sebutan

lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang

kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan

memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Kaedah ini

membolehkan murid untuk mudah mengingat dan menyebut dengan

tepat. Tambahan pula, kaedah ini juga dapat dijadikan sebagai

asas pembelajaran bacaan dan tulisan.

Dalam tajuk ini, pengintegrasikan aktiviti seni visual ialah

saya membimbing murid untuk membuat pohon keluarga, iaitu pada

langkah 3. Murid boleh mencantikkan pohon keluarga mereka

Page 24: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja

dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini

dalam minda pelajar, bahkan ia juga dapat mengingatkan murid

supaya murid sentiasa mengambil berat terhadap ahli keluarga

mereka. Namun, kemungkinan sesetengah murid tidak suka aktivti

ini disebabkan kadar kekuatan dan kemahiran mereka dalam seni

visual tidak tinggi. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah

pengagihan murid ke dalam beberapa kumpulan, seterusnya melatih

seorang ketua dalam setiap kumpulan untuk membantu murid yang

menghadapi masalah dalam aktiviti ini. Saya juga boleh memberi

motivasi kepada murid agar mereka tidak mudah berputus asa.

Pada penutup pula, saya telah mengintegrasikan aktiviti seni

muzik dan seni pergerakan dengan membimbing murid untuk

menyanyikan lagu “Sayang Semuanya” sambil membuat gaya

pergerakannya. Demi mengaitkan lagu dengan isi tajuk ini, saya

telah mengubah lirik lagunya. Oleh itu, saya akan meminta murid

membaca lirik lagu tersebut sebelum menyanyikannya. Kebaikan

aktiviti ini ialah ia memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan

murid. Aktiviti ini juga boleh menimbulkan minat pelajar terhadap

pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana murid berasa

seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada pembelajaran

lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajar

yang mempunyai jenis kecerdasan muzik. Ia juga dapat mencetuskan

hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Page 25: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Bibliografi

Buku:

Siti Sarah binti Abdul Malek, Amir Hazlin bin Lin, Khadijah binti Yusuf.

(2010). Bahasa Malaysia Tahun 1 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Laman Web:

_______. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Sekolah

Kebangsaan Tahun Satu.

https://vmc7bq.dm2301.livefilestore.com/y2mPSaj70mHv9iEfyOK41oI_oIWtX55L

E6LGvsi5-eXzb5awSHJZlvQsZpyevqlnAPSIduez2olD_7d-vBk61-pg2-

exMWqDMf_jTjJjQk_jVs/dokumen%20standard%20bahasa%20malaysia

%20tah un%201%20sk.pdf?download&psid=1. Diambil pada 25 Ogos 2014.

_______. (-). Hbef1403-Seni Dalam Pendidikan. http://www.oocities.org/zulmz65/hbef1403seni.pdf. Diambil pada 24 Ogos

2014.

Page 26: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

BORANG KOLABORASI

NAMA KUMPULAN : NGU TIEN TIEN

NO. KAD PENGENALAN : 930818-13-6088

KUMPULAN / UNIT : PISMP PRBCK4 –

TAHUN : 2

SEMESTER : 2

KOD DAN KURSUS : WAJ 3073 SENI DALAM–PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH KURSUS : ENCIK SAIN AK DATOK

JABATAN : PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TARIKH PERKARA YANGDIBINCANGKAN

CATATAN T/TANGAN

Page 27: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

19 Ogos 2014 Menerima soalan tugasan daripada pensyarah.

Kerja kursus perlu dihantar pada 19 September 2014.

Membincangkan soalan kerja kursus ini.

Encik Sain AkDatok

20 Ogos 2014 -22 Ogos 2014

Mencari maklumat tentang seni dalam pendidikan.

Memilih mata pelajaran.

Memilih teks yangsesuai bagi penulisan RPH.

Mencari dan membaca maklumat-maklumat yang sesuai dari laman web.

Memilih teks dari buku teks KSSR Bahasa Malaysia Tahun 2.

NGU TIEN TIEN

23 Ogos 2014 -03 September

2014

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian.

Merancang aktivti-aktiviti pengintegrasi seni visual, muzik dan pergerakan yangsesuai bagi tajuk “Sayang Ayah”.

Menulis Rancangan

NGU TIEN TIEN

Page 28: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengajaran Harian mengikutformat yang betul.

04 September 2014 - 07 September 2014

Penyediaan bahan bantu mengajar.

Menyediakan Powerpoint.

Menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan bahan bantu mengajar.

NGU TIEN TIEN

08 September2014 - 15

September 2014

Melengkapkan Tugasan 1.

Menulis penghuraian berkaitan pengintegrasianaktiviti seni tentang rancangan pengajaran harian yang telah ditulis.

NGU TIEN TIEN

17 September 2014

Penulisan laporanrefleksi tugasan.

Menulis refleksi terhadap kerjakursus ini. NGU TIEN TIEN

Page 29: WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

18 September 2014

Mengemaskini kerja kursus padaperingkat akhir.

Segala maklumat telahlengkap dan dibetulkan.

Menyusun semuamaklumat mengikut susunan.

NGU TIEN TIEN

19 September 2014

Menghantar kerja kursus.

Menghantar kerja kursus yang lengkap kepada pensyarah.

Encik Sain AkDatok