PANDUAN PELAJAR BAHARU 2016/2017 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Panduan Pelajar ini disediakan untuk rujukan pelajar-pelajar baharu mengenai hal ehwal pelajar di UMT. Maklumat yang terdapat dalam ini adalah benar pada masa ia dicetak dan UMT berhak membuat pindaan apabila dianggap manfaat dan perlu tanpa membuat pengumuman terlebih dahulu. DITERBITKAN OLEH: Universiti Malaysia Terengganu www.umt.edu.my HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI “Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat” 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PANDUAN PELAJAR BAHARU 2016/2017
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Panduan Pelajar ini disediakan untuk rujukan pelajar-pelajar baharu mengenai hal ehwal pelajar di UMT. Maklumat yang terdapat dalam ini adalah benar pada masa ia dicetak dan UMT berhak membuat pindaan apabila dianggap manfaat dan perlu tanpa membuat pengumuman terlebih dahulu.
DITERBITKAN OLEH:
KOLEJ SISWAHAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNIUNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU21030 KUALA TERENGGANUTERENGGANU DARUL IMAN
RASIONAL LOGO UMT 3EVOLUSI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 4VISI, MISI, FUNGSI DAN OBJEKTIF DAN UNIVERSITI 5 - 6VISI, MISI DAN OBJEKTIF HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI 7
MAKLUMAT UMUM PUSAT TANGGUNGJAWAB
CARTA ORGANISASI PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI 9TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) 10
BAHAGIAN PENTADBIRAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI 11
SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 11 - 12 SEKSYEN PERHUBUNGAN ALUMNI 13
PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK DAN KAUNSELING PELAJAR 13
SEKSYEN KEPIMPINAN DAN BADAN PELAJAR 14 -15 SEKSYEN KAUNSELING DAN PENGESANAN BAKAT 15 - 16
KOLEJ SISWA 16
PEJABAT PENTADBIRAN KOLEJ SISWA 16 - 17 KOLEJ SISWA DALAM KAMPUS 17 - 18 KOLEJ SISWA LUAR KAMPUS 18 - 19
KOLEJ SISWA PEMBELAJARAN KEDUA 19
PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA (CEC) 20 - 21
SEKSYEN KEUSAHAWANAN DAN PENTADBIRAN 20 - 21
SEKSYEN PEMBANGUNAN KERJAYA 21 - 22
PUSAT SUKAN DAN REKREASI 22
SEKSYEN PENTADBIRAN 22 - 23 SEKSYEN OPERASI DAN KEMUDAHAN 23 SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN ATLET 24
SEKSYEN GALAKAN SUKAN DAN REKREASI 24 - 25
PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (PKK) 25
SEKSYEN PENGEMBANGAN DAN PEMULIHARAAN WARISAN 26 SEKSYEN PENGURUSAN ACARA DAN OPERASI 26
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR(HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di ketuai oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA), Y.Bhg. Prof. Dr. Anuar Bin Hassan. Beliau bertanggungjawab mengurus tadbir keseluruhan pentadbiran dan operasi di HEPA. Pegawai Bertanggungjawab
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailPROF. DR ANUAR BIN HASSANTimbalan Naib Canselor (HEP) (VU6)
MOHD SAIFUL NIZAM BIN YUSOFF Pemandu Kenderaan (H11) -
Terdapat enam (6) Pusat Tanggungjawab di bawah Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni:
1) BAHAGIAN PENTADBIRAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (BPHEPA)a) Seksyen Pentadbiran Dan Kewanganb) Seksyen Perhubungan Alumni
2) PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK DAN KAUNSELING PELAJAR (PPHKP)a) Seksyen Kepimpinan Dan Badan Pelajar b) Seksyen Kaunseling Dan Pengesanan Bakat
3) KOLEJ SISWA (KS)a) Seksyen Pentadbiran dan Kewanganb) Kolej Siswa Dalam Kampusc) Kolej Siswa Luar Kampus d) Kolej Siswa Pembelajaran Kedua
4) PUSAT USAHAWAN DAN KERJAYA (CEC)a) Seksyen Keusahawanan dan Pentadbiranb) Seksyen Pembangunan Kerjaya
5) PUSAT SUKAN DAN REKREASI (PSR)a) Seksyen Pentadbiranb) Seksyen Operasi Dan Kemudahanc) Seksyen Pembangunan Dan Penyediaan Atletd) Seksyen Galakan Sukan Dan Rekreasi
6) PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (PKK)a) Seksyen Pengembangan Dan Pemuliharaan Warisanb) Seksyen Pengurusan Acara Dan Operasi
1. BAHAGIAN PENTADBIRAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Bahagian Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BPHEPA) telah diwujudkan semula berkuatkuasa 1 Oktober 2015 susulan daripada Penstrukturan Governan Universiti Malaysia Terengganu yang dilaksanakan. Bahagian Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni diketuai oleh Ketua Bahagian Pentadbiran yang bertanggungjawab dalam merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras sistem pentadbiran dan kewangan Hal Ehwal Pelajar & Alumni secara keseluruhan. Terdapat dua (2) seksyen di bawah bahagian ini iaitu Seksyen Pentadbiran & Kewangan dan Seksyen Pembangunan Alumni.
Pegawai Bertanggungjawab
a) SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGANPegawai Bertanggungjawab
Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan HEPA. Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Tabung Amanah HEPA. Menguruskan bekalan MPP. Menguruskan peralatan pejabat di bawah seliaan HEPA. Mengurus dan menyelaras kunjungan dan lawatan daripada agensi-agensi luar. Menguruskan sumber manusia BHEPA. Menguruskan latihan kakitangan BHEPA. Menguruskan kecekapan perkhidmatan BHEPA. Menguruskan rekod dan pelupusan fail pejabat. Menguruskan stok /bekalan pejabat BHEPA.
II. Pengurusan Pinjaman dan Penajaan Pelajar
Mengurus proses permohonan berkaitan pinjaman pendidikan/biasiswa mahasiswa Memantau dan mengurus hal berkaitan pembiayaan mahasiswa seperti :
- Hebahan tawaran pinjaman/biasiswa/tajaan/saguhati. - Edaran borang.- Proses pengesahan borang. - Penghantaraan dan serahan dokumen kepada pihak penaja.- Menguruskan proses temuduga (sekiranya ada).
Mengurus pengesahan status aktif dan keputusan peperiksaan mahasiswa melalui SMP untuk penaja (30 badan penaja).
Mengurus dan menyelaras lawatan daripada pihak penaja. Permudahcara kepada mahasiswa yang menghadapi masalah penajaan. Menyelaras laporan kewangan HEPA.
III. Kewangan dan Pengurusan Aset
Mengurus bajet HEPA (Vot 140). Mengurus 16 tabung amanah di bawah HEPA. Mengurus penerimaan, perekodan dan agihan ke tabung yang berkaitan. Menyediakan pesanan belian untuk vot tabung. Merekod perbelanjaan di dalam buku vot untuk vot tabung dan vot 140. Menyelaras tatacara kewangan kepada pelajar dalam urusan pembelian dan tuntutan. Menguruskan tuntutan kewangan staf dan mahasiswa. Permudahcara bagi prosedur kewangan staf dan mahasiswa. Perolehan – RO yang dikeluarkan di HEPA. Mengurus pembelian aset dan menyelaras aset-aset sedia ada di HEPA. Mengurus proses penyelenggaraan dan pelupusan aset.
Merancang dan menjalankan program atau aktiviti kesedaran mengenai pembudayaan Alumni kepada bakal Alumni bertujuan membentuk hubungan mesra sesama Alumni UMT kepada almamater.
Melaksanakan pelbagai projek khas Alumni seperti Homecoming Alumni dan Survival Laut Alumni berdasarkan keperluan semasa dalam menyokong pembangunan alma mater.
Mengemaskini dan memantau pangkalan data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni. Memantau pengurusan organisasi Alumni seperti Persatuan Alumni UMT dan
penyelaras Alumni di setiap pusat pengajian. Memantau dan menyelaras perbelanjaan organisasi Alumni yang diperuntukkan melalui
Tabung Alumni.
2. PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK DAN KAUNSELING PELAJAR
Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP) bertanggungjawab merangka, merancang, mengurus serta memantau program pembangunan pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar. Disamping itu, PPHKP juga melaksana dan memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar dalam memperkasa pembangunan holistik pelajar.
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailPROF. MADYA DR. AZLINA BINTI ABU BAKAR @ MOHDPengarah (DS54)
Mengurus penubuhan badan-badan pelajar di UMT. Mengurus permohonan aktiviti badan-badan pelajar yang mendaftar. Mengurus pelaporan aktiviti badan-badan pelajar yang diluluskan. Menyedia perekodan dan pangkalan data aktiviti badan-badan pelajar. Menyediakan maklumat aktiviti pelajar untuk SETARA,MyMOHES, KPM dan lain-lain. Mengurus Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pelajar. Mengurus khidmat nasihat dan garis panduan kepada badan-badan pelajar. Mengurus persijilan bagi setiap aktiviti pelajar. Mengurus Transkrip MyStar. Mengurus dan melaksana Anugerah Naib Canselor. Menyemak permohonan tuntutan bayaran aktiviti pelajar. Mengurus permohonan kenderaan bagi aktiviti badan-badan pelajar. Menguruskan wang pendahuluan diri untuk kegunaan elaun pelajar.
II. Pengurusan MPP dan Kepimpinan
Menguruskan penyertaan aktiviti anjuran pihak luar seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Biro Tatanegara dan lain-lain agensi.
Memantau penganjuran aktiviti atau program badan-badan pelajar. Menguruskan pengiktirafan atau penganugerahan kepimpinan pelajar – Anugerah
Ikon Siswa (AIS) - peringkat UMT dan MATOS (Peringkat IPTA). Urusetia pengiktirafan atau penganugerahan kepimpinan pelajar – AIS. Mengurus Program Latihan Kepimpinan Pelajar seperti Etika, Komunikasi,
Ketahanan Fizikal dan Emosi. Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Menyelaras program dan aktiviti untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Mengurus pembangunan personaliti pemimpin pelajar (MPP). Mengurus keperluan dan kemudahan aktiviti luar MPP. Menjalankan aktiviti khusus penilaian kepimpinan pelajar. Menguruskan wang pendahuluan diri untuk kegunaan elaun MPP. Mengurus pangkalan data aktiviti Pembangunan Sahsiah Pelajar. Pegawai Pengiring aktiviti Mahasiswa yang dipohon oleh pihak KPM dan lain-lain. Menjadi Fasilitator/urusetia aktiviti Pembangunan Mahasiswa.
III. Pengurusan 1M4U
Merancang takwim dan aktiviti sukarelawan di bawah kelulusan 1M4U. Mengurus program kesejahteraan masyarakat, pembangunan belia, alam sekitar
dan keusahawanan sosial. Mengurus penyertaan aktiviti luar anjuran 1M4U (KPT). Menyelaras dan mengurus permohonan dana serta program/aktiviti sukarelawan
daripada sekretariat 1M4U. Menyelaras dan mengurus permohonan dana serta program/aktiviti dari badan-
badan pelajar. Mengurus laporan aktiviti, pengrekodan dan pangkalan data.
b) SEKSYEN KAUNSELING DAN BAKAT
Pegawai Bertanggungjawab
Fungsi :
I) Hubungan Kaunseling & Sokongan Akademik
Melaksanakan sesi kaunseling/bimbingan individu dan kelompok. Menyelaras dan melaksanakan sistem e-kaunseling. Merancang dan menyelaras aktiviti out–reach di Kolej Siswa, pusat pengajian,
Membantu kecemerlangan akademik pelajar. Melaksanakan perkhidmatan/aktiviti kaunseling (pencegahan, perkembangan,
pemulihan dan intervensi). Menyelaras kelab-kelab pelajar. Wakil Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Malaysia (MAKUMA).
II) Pembangunan Kendiri & Promosi
Melaksanakan sesi kaunseling/bimbingan individu dan kelompak. Menyelaras dan melaksanakan sistem e-kaunseling. Merancang dan menyelaras program University Young Motivator Competition (U-
MAC), Bengkel Kemahiran Asertif, Bengkel Pengurusan Stress, Program Lestari Diri dan LDK Minggu Jalinan Mesra.
Menyediakan kemudahan ujian psikologi kepada warga UMT. Mempromosi perkhidmatan Seksyen Kaunseling kepada warga UMT. Menyelaras kelab-kelab pelajar. Menyelaras rekod penangguhan pengajian pelajar.
3. KOLEJ SISWA
Kolej Siswa (KS) merupakan salah satu komponen pengurusan di bawah Pejabat Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang bertanggungjawab dalam menguruskan penempatan dan kebajikan pelajar di dalam mahu pun di luar kampus serta merancang aktiviti pembelajaran kedua. KS diterajui oleh seorang pengetua dan disokong oleh empat (4) unit penting iaitu Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Kolej Siswa Dalam Kampus, Kolej Siswa Luar Kampus dan Kolej Siswa Pembelajaran Kedua.
Pegawai Bertanggungjawab
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailHAJI AWANG KODING BIN CHE TOMPengetua (DS52)
Memastikan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Kolej Siswa dapat dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.
Menyediakan kemudahan perkhidmatan pengambilan bungkusan/poslaju kepada pelajar UMT.
Menguruskan pelarasan Tabung Kolej Siswa dan Tabung Majlis Kolej Siswa. Membantu menyedia, memproses dan merekod bajet tahunan Tabung Kolej Siswa dan
menjalankan tugas-tugas kewangan yang berkaitan. Menguruskan rekod aset dan perolehan yang dilakukan di peringkat Kolej Siswa. Mengurusakan proses pelupusan aset asrama. Mengawal selia kenderaan Kolej Siswa dari segi tempahan dan penyelenggaraan
kenderaan. Menguruskan segala aduan kerosakan yang diterima dari pelajar di asrama. Menguruskan segala urusan penyelenggaraan kecil di asrama. Menjaga keselamatan segala harta benda yang terdapat di asrama. Menyelaras dan memantau segala kerja-kerja pembaikian kecil di Kolej Siswa.
b) KOLEJ SISWA DALAM KAMPUS
Kolej Siswa Dalam Kampus bertanggungjawab sepenuhnya bagi menyediakan perkhidmatan penempatan pelajar di dalam kampus. Selain itu juga kolej siswa dalam kampus berperanan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa, selamat dan kondusif. Ia juga bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pelajar yang menginap di dalam kampus. UMT mempunyai dua (2) buah kolej iaitu Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek dan Kolej Siswa Abdul Rahman Limbong.
Pegawai Bertanggungjawab Universiti Malaysia Terengganu
www.umt.edu.myHAL EHWAL PELAJAR
DAN ALUMNI“Terokaan Seluas Lautan,
Demi Kelestarian Sejagat”
17
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailCIK ZAIZULHIZMA BINTI SALLEHPenolong Pendaftar (N41)
Mengurus penempatan pelajar di Kolej Siswa. Menyelaras pembangunan kebajikan pelajar di Kolej Siswa. Mengurus dan mengemaskini rekod pelajar di Kolej Siswa. Menyelaras, merancang, menyelia aktiviti pelajar di Kolej Siswa. Menyelaras peraturan bagi setiap pengusaha kafetaria agar mengikut peraturan yang
ditetapkan. Memastikan masalah pelajar diselesaikan segera. Memastikan prasarana kemudahan kolej sentiasa berkeadaan baik. Memastikan keselamatan pelajar kolej sentiasa terjamin. Memastikan felo proaktif kepada pelajar.
c) KOLEJ SISWA LUAR KAMPUS
Kolej Siswa Luar Kampus beperanan memberi perkhidmatan kepada pelajar untuk mencari rumah sewa di sekitar kampus UMT melalui maklumat penempatan secara atas talian. Selain itu Kolej Siswa Luar Kampus juga turut bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan -kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar yang menginap di luar kampus.
Mengurus penempatan pelajar luar kampus termasuk pelajar antarabangsa. Memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar berada dalam keadaan yang
optimum. Menyediakan maklumat kediaman luar terkini. Berperanan sebagai perantara pemilik dan penyewa kediaman luar. Mengurus dan mengemaskini rekod pelajar luar kampus. Menyelaras, merancang dan menyelia aktiviti kepada pelajar luar kampus. Menyediakan garis panduan dan kontrak sewaan rumah sewa. Membantu menyalurkan maklumat luar kampus kepada pihak bertanggungjawab
mengikut keperluan. Memastikan prasarana kemudahan Kolej Antarabangsa sentiasa berkeadaan baik. Mengalakkan pelajar luar kampus untuk terlibat dalam program bersama dengan
komuniti setempat.
d) KOLEJ SISWA PEMBELAJARAN KEDUA
Kolej Siswa Pembelajaran Kedua telah diwujudkan dan dipertanggungjawabkan bagi merancang memantau dan menyelaras aktiviti pelajar di UMT yang berkaitan dengan pembelajaran kedua. Penekanan aktiviti adalah dari aspek pembangunan nilai tambah pelajar di melalui aktiviti pelajar Pembelajaran Kedua seperti Program Pemerkasaan Bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan bahasa asing), Program Komunikasi dan kepimpinan, Kerohanian, serta Keusahawanan).
Pegawai Bertanggungjawab
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailDR. CHE WAN IDA RAHIMAH BINTI CHE WAN IBRAHIMTimbalan Pengetua (DS52)
Mengurus aktiviti pelajar untuk pembelajaran tidak formal. Melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti pembelajaran kedua di UMT. Mengurus dan mengemaskini rekod aktiviti pembelajaran kedua pelajar di UMT. Menyelaras peraturan aktiviti pembelajaran kedua pelajar. Menyediakan kemudahan untuk pelaksanaan aktiviti pembelajaran kedua. Menyediakan tenaga pengajar bagi pelaksanaan aktiviti pembelajaran kedua di Kolej
Siswa.
4. PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA (CENTRE OF ENTERPRENEURSHIP AND CAREER)
Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) mengandungi dua seksyen utama iaitu Seksyen Keusahawanan dan Pentadbiran, dan Seksyen Pembangunan Kerjaya. Ianya menjadi platform dalam menyediakan ekosistem keusahawanan bagi membentuk dan melahirkan usahawan siswazah yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai-nilai keusahawanan. CEC memainkan peranan yang penting dalam merancang, melaksana, menyelia dan memantau program-program kebolehpasaran graduan bagi melahirkan graduan UMT yang berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran kerja serta industri.
Pegawai Bertanggungjawab
a) SEKSYEN KEUSAHAWANAN DAN PENTADBIRAN
Pegawai BertanggungjawabNama dan Jawatan Telefon dan E-mail
YM. TENGKU NURIAH BINTI TENGKU ABDUL RAHMANPenolong Pendaftar (N41)
Menerap dan memantapkan program kesedaran, pembudayaan dan pengukuhan keusahawanan secara eksplisit merentasi kurikulum kepada semua pelajar.
Mengurus aktiviti latihan pembangunan keusahawanan pelajar di peringkat universiti dan kebangsaan.
Menyediakan peluang dan ruang perniagaan dalam kampus, khidmat nasihat perniagaan untuk menimba pengalaman perniagaan dengan syarikat yang Berjaya.
Menganjur program pengiktirafan pelajar dan alumni yang cemerlang dari segi aspek keusahawanan.
Mengurus pentadbiran CEC, perbelanjaan tabung kerjaya dan usahawan. Pengurusan aset kerjaya dan keusahawanan. Mengurus aktiviti/urusan pentadbiran CEC keseluruhannya. Menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan keusahawanan kepada pihak
berkepentingan seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Lab Sekretariat Pengarah Keusahawanan IPT dan lain-lain.
Menguruskan projek-projek khas CEC seperti penubuhan syarikat pelajar yang berdaftar dengan CEC.
Menyediakan infrastruktur bagi penyertaan aktiviti pertandingan keusahawanan di semua peringkat.
Mengurus pengurusan kewangan CEC secara amnya. Menjadi platform kepada mahasiswa/i UMT yang ingin memulakan perniagaan dengan
Koperasi Mahasiswa UMT Berhad (KOSISWA). Mengurus segala urusan perniagaan yang berkaitan dengan KOSISWA. Memantau dan mengemaskini data dan rekod pelajar yang terlibat dalam
keusahawanan dan KOSISWA.
b) SEKSYEN PEMBANGUNAN KERJAYA
Pegawai Bertanggungjawab
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailPN. ROZITA BINTI JAYUSPegawai Psikologi (Kanan) (S44)
Melaksanakan pembangunan kerjaya di kalangan graduan secara komprehensif. Menyelaraskan program kerjaya dan kemahiran graduan bersama pusat pengajian. Menyediakan dan memantapkan program/ latihan /aktiviti bagi melengkapkan
pengetahuan dan kemahiran graduan mengikut keperluan majikan.
Melaksanakan dan merancang program-program yang memfokuskan Polishing Attitude Values, Professional Certification, Skills-Based, Professional Convesion dan Corridor Collaboration.
Memperkasakan Hub Pusat Sehenti Maklumat Kerjaya. Memperkasakan jaringan industri dan kolaborasi bersama majikan dan menyediakan
peluang pekerjaan kepada graduan. Memperkasakan hubungan kerjasama melalui syarikat-syarikat alumni yang Berjaya. Menyelaras dan menyediakan khidmat nasihat kerjaya, perancangan dan persediaan
graduan ke dunia kerjaya. Menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Perundingan Kebolehpasaran Graduan (JPKG). Menjadi sekretariat kepda Jawatankuasa Induk Dana Kebolehpasaran Graduan (JIDKG). Menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Teknikal Dana Kebolehpasaran Graduan
(JTDKG). Membangunkan pangkalan data industri untuk memudahkan pencarian kerjaya kepada
graduan melalui system job matching.
5. PUSAT SUKAN DAN REKREASI
Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal sukan pelajar dan staf universiti yang beroperasi di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail. Pusat ini terbahagi kepada empat seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran, Seksyen Operasi dan Kemudahan, Seksyen Pembangunan dan Penyediaan Atlet, dan Seksyen Galakan Sukan dan Rekreasi yang ditunjangi oleh dua puluh orang staf dengan kepakaran sukan masing-masing.
Pegawai Bertanggungjawab
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailHAJI MOHAMAD RAFEE BIN JUSOHPengarah (S48)
Pengurusan sumber manusia dan latihan staf. Mengurus data atlet pelajar dan staf. Mengurus selia mesyuarat pusat dan mesyuarat jabatan. Urusetia Jawatankuasa Pembangunan Sukan Pelajar dan Staf. Menyelaras bajet mengurus setiap seksyen. Menjaga kebajikan staf. Pengurusan data e-sistem (MyMohes, MyNemo, e-Arena). Pengurusan acara pusat sukan dan universiti. Pengurusan stor alat tulis. Menyediakan bajet seksyen.
b) SEKSYEN OPERASI DAN KEMUDAHAN
Pegawai Bertanggungjawab
EN. AMALUL ASYRAF BIN ROSLIPegawai Belia dan Sukan (S41)
Mengurus dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan sukan universiti. Menyelia dan memastikan semua kemudahan sukan mengikut piawaian kebangsaan. Mengurus tempahan kemudahan dan peminjaman peralatan sukan atas talian (e-
Arena). Menyelia keselamatan kompleks sukan. Menyelia pengoperasian staf di PSR. Penjanaan pendapatan (endowmen). Bertanggungjawab kepada kelestarian kompleks sukan. Pengurusan aset dan kemudahan. Pengurusan stor peralatan sukan. Pengurusan risiko kompleks sukan. Menyediakan bajet seksyen.c) SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYEDIAAN ATLET
Mengurus penyertaan dan penganjuran sukan atlet (MASUM/SUKIPT/Sukan Jemputan/AUG/SIPMA) dalam dan luar Negara.
Mengenal pasti atlet yang berpotensi untuk menyertai kejohanan. Membangun dan melaksanakan aktiviti sukan berfokus UMT. Mengurus keperluan dan kebajikan atlet (biasiswa). Menyediakan atlet pelajar bagi sesuatu kejohanan atau pertandingan. Merancang, mewujud dan menambahkan jurulatih yang bertauliah. Talent Identification (TID) atau Talent Scouting. Menyediakan data atlet pelajar. Menyediakan bajet seksyen.
d) SEKSYEN GALAKAN SUKAN DAN REKREASI
Pegawai Bertanggungjawab
EN. KAMAL BIN TALIBPegawai Belia dan Sukan (Kanan) (S44)
Mengurus dan melaksanakan sukan staf. Menyediakan atlet staf bagi sesuatu kejohanan atau pertandingan. Mengelola kejohanan peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Mewujudkan budaya sukan di kalangan staf. Pengurusan kejohanan sukan staf (MAKSAK, SUKUM, SUKANUN, MASUKIT) dan
kejohanan jemputan. Menguruskan makmal scuba dan aktiviti berkaitan. Urusetia Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan. Jaringan kerja dengan institusi-institusi berkaitan sukan. Menyediakan data atlet staf. Menyediakan bajet seksyen.
6. PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Kegiatan kesenian dan kebudayaan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Universiti Malaysia Terengganu. Pengembangan aktiviti kesenian dan kebudayaan juga dilihat mampu mengangkat nama Universiti Malaysia Terengganu di mata masyarakat dalam usaha universiti mempromosi namanya dan mencapai visi menjadi universiti pilihan. Moto yang dipilih oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian ialah “SENI WADAH MINDA”. Pegawai Bertanggungjawab
Nama dan Jawatan Telefon dan E-mailPROF. MADYA DR. ROHANI BINTI MD. YOUSOFFPengarah (DS53)
a) SEKSYEN PENGEMBANGAN DAN PEMULIHARAAN WARISAN Fungsi :
Merancang, melaksana serta menyelaras program pembangunan nilai-nilai murni untuk khidmat masyarakat dalam usaha memulihara dan mengekalkan warisan.
Mengendali dan mengadakan kursus, bengkel atau seminar. Menjalankan penyelidikan dan kajian teori, praktikal serta pendekatan secara interaktif
yang bersifat hands on untuk penerbitan. Mengumpul data-data termasuk bahan-bahan seni dan budaya bagi tujuan
dokumentasi dan pameran. Menjalin hubungan bersama rakan strategik dengan agensi Kementerian /Jabatan/NGO
dan Swasta. Merancang, melaksanakan, menyelaras serta memantau pengurusan pentadbiran dan
kewangan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian. Menjalankan urusan merekod pembelian aset, stok pejabat dan inventori. Menyediakan laporan-laporan rasmi berkaitan kebudayaan dan kesenian. Merancang penerbitan dan pengedaran bahan-bahan seni dan budaya.
b) SEKSYEN PENGURUSAN ACARA DAN OPERASI Fungsi :
Merancang, melaksana dan menyelaras Pengurusan Acara Berjadual dan Acara Khas Pusat Kebudayaan dan Kesenian.
Menyediakan kalendar acara tahunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian. Merancang dan melaksanakan produksi persembahan semua acara. Menyelaras konsep dan menguruskan protokol. Menyelaras penggunaan sistem PA dan audio visual. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar dalam mengendalikan
program. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan/peralatan. Menguruskan pembangunan bakat muda.