Top Banner
Shamsul Iezuddin Ismail 208340 Nik Syukri Nik Ali 208476 Che Mat Jusoh 208466 Hamidi Hamid 208428 Che Zulaimi Che Yusof 208353 Khairul Azri Ghazali 208357 Mohd Zailani Sapiai 208465 M. Falusi Abdullah 208418 M. Yusran A. Rahman 208422 Rosdi Tahir 208311
25

budaya sekolah Presentation1

Jun 26, 2015

Download

Documents

ummuSoleha
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: budaya sekolah Presentation1

Shamsul Iezuddin Ismail 208340 Nik Syukri Nik Ali 208476 Che Mat Jusoh 208466 Hamidi Hamid 208428 Che Zulaimi Che Yusof 208353 Khairul Azri Ghazali 208357 Mohd Zailani Sapiai 208465 M. Falusi Abdullah 208418 M. Yusran A. Rahman

208422 Rosdi Tahir 208311

Page 2: budaya sekolah Presentation1
Page 3: budaya sekolah Presentation1

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubahkehidupan masyarakat.

Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara.

Page 4: budaya sekolah Presentation1

Budaya secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya

Tylor (1871) menyatakan budaya sebagai “keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmupengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,undang-undang, adat dan sebarang bentukkeupayaan dan kebiasaan yang diperolehi olehseseorang sebagai ahli masyarakat”.

Page 5: budaya sekolah Presentation1

Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita.

Menurut T.Marimuthu (1990) budaya sekolah terdiri daripada “… nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusisosial yang lain”.

Page 6: budaya sekolah Presentation1

Sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya berbeza daripada budaya institusi yang lain.

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya sekolah.

Page 7: budaya sekolah Presentation1

Dalam erti kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi diantara guru-guru dan pelajar-pelajarnya.

Page 8: budaya sekolah Presentation1

Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu.Budaya sekolah biasanya wujud melalui lima faktor:

Faktor pertama Faktor pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolahsebagai sebuah institusi formal, sekolahmewujudkan objektif dan peringkat tingkahlaku tertentu di kalangan pelajar mengikutrangkaian peraturan dan undang-undang.

Page 9: budaya sekolah Presentation1

Faktor kedua: Sekolah merupakan sebuah organisasiberdasarkan waktu . Sekolah bermuladan tamat pada waktu yang telahditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yangdatang lewat akan dikenakan tindakandisiplin atau didenda

Page 10: budaya sekolah Presentation1

Faktor Ketiga: Sekolah juga merupakan institusi yang digred

mengikut umur pelajar. Pelajar diasingkanmengikut umur dan sesetengahnya mengikutkebolehan dan keupayaan. Pelajar yang lebihumur tidak dibenarkan mengulang kelas. Di negara kita, seseorang pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan.

Page 11: budaya sekolah Presentation1

Faktor Keempat: Upacara dan keramaian yang diadakan di

sekolah seperti perhimpunan sekolah, upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan persembahan pentas.

Page 12: budaya sekolah Presentation1

Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial. Perkara lain yang telah menjadi simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher, warna sekolah dan sebagainya

Page 13: budaya sekolah Presentation1

Faktor kelima Dalam konteks yang lebih luas, budaya

sekolah ditentukan oleh matlamat institusi berkenaan. Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya, sosialisasi golongan muda, menyerapkan pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar.

Page 14: budaya sekolah Presentation1

Sekiranya sekolah hanya memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalampeperiksaan, akan wujudlah subbudayanyayang berorientasikan akademik. Sebahagianbesar sekolah di negara kita mempunyaibudaya akademik yang amat kuat di sampingsubbudaya yang lain seperti olahraga, sukan,permainan dan persatuan.

Page 15: budaya sekolah Presentation1

Tiga jenis budaya yang menunjukkan corak kehidupan dalam budaya sekolah ialah :

a) Budaya Instrumentalb) Budaya Ekspresifc) Budaya Moral

Page 16: budaya sekolah Presentation1

Budaya Instrumental Tujuannya ialah pengumpulanpengetahuan, kemahiran dan sikap yangdiperlukan untuk lulus di dalampeperiksaan di samping menghasilkanpelajar dan warganegara yang baik dansempurna. Dalam erti kata yang lainialah, budaya ini mengutamakanmatlamat masa hadapan para pelajar.

Page 17: budaya sekolah Presentation1

Budaya Ekspresif: Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak

kreatif dan seni para pelajar. Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.

Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Tidak terdapat sebarang sekolah di Malaysia yang menekankan budaya ekspresif ini, tetapi terdapat beberapa buah sekolah di Britain dan Amerika Syarikat yang mengamalkannya.

Page 18: budaya sekolah Presentation1

Budaya Moral: Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajarbermoral yang berkemampuan membuatpertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik.

Page 19: budaya sekolah Presentation1

Dahlke(1958)membezakan tiga aspek yang luas dalam budaya sekolah.Tiga aspek tersebut ialah:i) Peralatan (Instrumental)

Dari aspek ini manusia membuatpilihan terhadap teknik melakukansesuatu. Ia adalah alat untukmemperoleh objektifnya.

Page 20: budaya sekolah Presentation1

ii) Peraturan (Regulative)

Aspek ini merujuk kepada tindakanmanusia dan penggunaan peralatanyang tertakluk kepada peraturan danundang-undang

Peraturan sekolah adalah ketentuanatau garis panduan yang dikenakanoleh pihak sekolah untuk

mewujudkandisiplin di kalangan pelajar

Page 21: budaya sekolah Presentation1

iii) Arahan (Directive). - Daripada aspek arahan, para individumemperoleh nilai-nilai semerta, interpretasimereka tentang hidup, dan matlamat yangmereka kerjakan.

- Budaya sekolah seperti ini telah digunakanuntuk melahirkan pelajar yang berjaya danbertingkah laku mulia. Sebenarnya seluruhbudaya sekolah dikuasai oleh nilai domainsekolah, yang berorientasikan akademik,sehinggakan murid-murid digolongkan

kepadadua kategori yang luas, iaitu akademik danbukan akademik.

Page 22: budaya sekolah Presentation1

Budaya sekolah terlalu menekankan pencapaian akademik dan menimbulkan beberapa masalah di kalangan remaja.

Masalah remaja dikategorikan ke dalam tiga golongan:

a) Aktiviti akademik (pencapaian yang tinggi dan murid yang lembap), b) Pelanggaran peraturan tatatertib (perosak akhlak dan pengacau), c) Masalah emosi ( takut dan menarik diri).

Page 23: budaya sekolah Presentation1

Budaya sekolah yang formal yang terlalu berorientasikan akademik:

- Ramai pelajar yang berasal daripada keluarga yang taraf sosioekonominya rendah tidak berupaya memenuhi permintaan yang tinggi daripada budaya akademik ini.

- Seluruh struktur dan organisasi sekolah dibentuk ke arah membantu pelajar agar lulus dalam peperiksaan dengan

kelulusan yang baik. - Pelajar dibahagikan mengikut kebolehan.

Akibatnya pelajar yang lemah diabaikan.

Page 24: budaya sekolah Presentation1

Budaya sekolah yang sihat ialah ciri-ciri budayadan sub-budaya yang dapat menyumbangkankepada perwujudan dan pertumbuhan sekolahsebagai institusi pendidikan dengan erti kata

yang sebenarnya, dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang

tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 25: budaya sekolah Presentation1