Top Banner

of 43

Budaya Dan Iklim Sekolah Ppp6024

Oct 30, 2015

Download

Documents

DgRafidah Smf

kertas projek
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

43

BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH

1.0PENDAHULUANOrganisasi pendidikan merupakan satu elemen yang amat bermakna dalam pembangunan sebuah negara bangsa. Pembangunan organisasi pendidikan sesebuah negara mampu mentakrifkan semula kemajuan negara tersebut. Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi dan membentuk masyarakat yang sejahtera (Preston dan Elo, 1996, dalam Affizal Ahmad, 2011). Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992, dalam Affizal Ahmad, 2011). Menurut Hoy dan Miskel (2005), organisasi pendidikan adalah sebuah sistem terbuka yang mengambil kira terhadap struktur dan proses yang memerlukan input dari persekitaran, menukarkannya kepada pengeluaran/output kepada persekitaran. Oleh itu, organisasi pendidikan dilihat sebagai sebuah sistem yang mempunyai interaksi sosial ( Cole, 1995; Hoy & Miskel, 2005). Menurut Cole (1995) sistem sosial adalah berasaskan perhubungan dan sistem keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Organisasi sekolah dilihat merupakan satu organisasi yang mengamalkan sistem sosial kerana terdapat sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain.Sistem sosial organisasi pendidikan mempunyai beberapa elemen yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku manusia di dalamnya untuk bekerja ke arah matlamat yang telah ditetapkan (Hoy & Miskel, 2005). Menurut Hoy dan Miskel (2005) elemen-elemen tersebut adalah struktur, individu, budaya dan politik. Interaksi sosial di dalam organisasi pendidikan yang terdiri dari pelajar, pendidik, pekerja-pekerja sokongan, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengannya sama ada secara formal atau tidak. Interaksi di pelbagai peringkat struktur organisasi ini akan menjadi faktor penentu kepada pembentukan budaya dan iklim organisasi sekolah. Setiap organisasi pendidikan mempunyai budaya dan iklim tersendiri yang mampu membezakannya daripada organisasi yang lain dan mempengaruhi tingkah laku dan perasaan guru dan pelajar di sekolah itu (Sergiovanni & Starratt, 1998).

2.0DEFINISI BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAH2.1Budaya SekolahIstilah budaya telah cuba ditakrifkan dan dibincangkan dalam pelbagai bidang kehidupan termasuk antropologi, sosiologi, sejarah, bahasa dan retorik. Dari kemanusiaan ke bidang sains, definisi budaya masih lagi menjadi satu istilah yang subjektif. Menurut Sergiovanni (1991), di setiap sekolah terdapat pelakuan lazim yang boleh diperhatikan dalam melahirkan peraturan-peraturan perhubungan. Peraturan ini adalah norma yang mendefinisikan tindakan manusia, apa yang betul dilakukan, apa yang diterima dan apa yang diharapkan. Norma ini adalah hasil ekspresi nilai dan kepercayaan oleh ahli dalam organisasi. Ravasi dan Schultz (2006) menyatakan budaya organisasi adalah satu set andaian yang dikongsi bersama dalam organisasi dalam interpretasi dan tindakan dengan mendefinisikan kelakuan yang sepatutnya dalam keadaan-keadaan yang berlainan. Pada masa yang sama, walaupun organisasi itu mempunyai budaya sendiri yang unik, dalam organisasi yang lebih besar, terdapat budaya yang pelbagai dan kadang kala wujud konflik budaya yang disebabkan oleh ciri pentadbiran oleh pengurusan yang berbeza. Budaya juga boleh menjadi negatif dan positif.Clifford Geertz (1973) merupakan perintis kepada pemahaman istilah ini. Menurutnya, budaya merujuk kepada historically transmitted pattern of meaning embodied in a symbols. Simbol ini termasuklah yang mesej bertulis (eksplisit) dan yang tersembunyi (implisit) terkandung dalam bahasa. Elemen penting menurut Geertz dalam budaya adalah norma, nilai, kepercayaan, tradisi, upacara, perayaan dan mitos yang diterjemahkan oleh sekumpulan manusia. Oleh itu, nilai yang lahir daripada perancangan mengajar, cara pengetua mengendalikan mesyuarat dan bagaimana dewan sekolah dihias merupakan sebahagian daripada budaya sekolah.Dimensi budaya sekolah menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010) adalah berkenaan nilai, kepercayaan dan ideal yang dipegang dan dikongsi oleh anggota-anggota komuniti sekolah. Ini meliputi kepercayaan terhadap tujuan persekolahan dan pendidikan, peranan guru dan murid, misi dan visi sekolah dan sebagainya. Aspek budaya sekolah juga meliputi kepercayaan dan nilai yang dikomunikasikan daripada guru dan murid menerusi cerita dan pengumuman dalam perhimpunan mengenai peristiwa-peristiwa yang mewujudkan imej sekolah yang diingini.Menurut Hoy & Miskel, (2001, dalam Yaakob Daud, 2007), budaya sekolah ditakrifkan sebagai pengumpulan nilai dan norma daripada warga sekolah yang menjadi amalan guru. Budaya merupakan consensus berkaitan perkara yang penting dan perkara yang tidak penting. Amalan-amalan ini bersifat kumpulan dan bukan bersifat individu . Di dalam budaya sekolah terkandung corak idea, norma, pemikiran dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Kepimpinan instruksional pengetua memainkan peranan yang penting dalam menentukan budaya sesuatu sekolah. Berdasarkan pengalaman lepas pengetua dan pendidikan yang diterima, pengetua yang mempunyai kepimpinan instruksional yang tinggi mungkin akan menjadikan program-program instruksional seperti Budaya Membaca sebagai budaya yang perlu diterapkan, sementara pengetua yang cemerlang dalam bidang sukan mungkin akan menjadikan Budaya Kecemerlangan Kokurikulum sebagai budaya sekolah. Budaya organisasi bukan sahaja mempengaruhi individu di dalam organisasi tetapi juga kepada persepi masyarakat terhadap organisasi. Ibu bapa akan dapat mengenali budaya setiap sekolah yang positif dan berkesan.2.2Iklim sekolahKonsep iklim organisasi dibangunkan pada lewat 1950an apabila saintis sekolah mencuba untuk membentuk konsep variasi dalam persekitaran pekerjaan. Walaupun terdapat banyak pengkaji yang mencuba untuk mendefinisikan iklim organisasi, (Halpin & Croft, 1963; Pace & Stern, 1958), tetapi konsep ini dipopularkan oleh Taguiri, 1968. Menurutnya, iklim terbentuk daripada tatarajah ciri-ciri kekal tertentu seperti ekologi, milieu, sistem sosial dan budaya, seperti mana personaliti seseorang terbentuk daripada ciri-ciri personalnya.Menurut Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Iklim sekolah ditakrifkan sebagai aspek fizikal dan pisikologi sesebuah sekolah yang menyediakan pra-kondisi yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Tableman, 2004). Manakala menurut National School Climate Center, Center for Social and Emotional Education, and National Center For Learning and Citizenship at Education Commision of the State, 2008) mengatakan bahawa iklim sekolah merujuk kepada kualiti dan ciri-ciri kehidupan di sekolah. Ianya berdasarkan corak pengalaman kehidupan di dalam sekolah dan menunjukkan norma, matlamat, nilai, hubungan interpersonal, pengajaran, amalan kepimpinan dan pembelajaran dan struktur organisasi.Striven (1985) berpendapat iklim sekolah adalah suasana dalaman sekolah dalam mana kita akan terasa kemesraannya sama ada komuniti dalamnya riang, atau kita akan terasa ahli-ahlinya tidak peduli antara satu sama lain. Sergiovanni (1971) melihat iklim sekolah sebagai satu cirri yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Ia mempengaruhi tingkah laku guru dan murid serta ahli-ahli lain di dalamnya malah juga dapat dirasai.Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) pula menggunakan istilah budaya sekolah untuk menerangkan suasana sekolah yang hampir menyamai iklim sekolah. Mengikutnya, suasana sekolah yang baik adalah di mana persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.

3.0HUBUNGAN DI ANTARA BUDAYA SEKOLAH DAN IKLIM SEKOLAHIklim biasanya digunakan untuk mengambarkan sesebuah organisasi atau kumpulan kerja. Manakala budaya bukan sahaja mengandungi gambaran sesebuah organisasi tetapi juga ramalan, nilai dan kepercayaan yang memberikan organisasi itu satu identiti dalam menentukan standard kelakuannya (Stephen & Stuart, 1995).Menurut James Keefe (1993), iklim adalah satu ukuran kepada budaya organisasi. Menurut beliau Adalah mudah untuk merasai budaya daripada iklim. Iklim adalah sesuatu yang mengelilingi persekitaran kita, ianya tidak semestinya sebahagian daripada kita. Budaya adalah sesuatu yang kita bawa ke mana sahaja kita pergi. Melalui kenyataan ini, dapat kita lihat perbezaan yang jelas antara budaya dan iklim. Budaya, disebabkan ia bukan sahaja mengandungi suasana persekitaran tetapi juga nilai dan kepercayaan. Interaksi antara manusia dan iklimnya adalah sebahagian daripada budaya, tetapi ekspresi manusia terhadap budaya tidak semestinya sebahagian daripada iklim organisasi.Menurut Sergiovanni (1991), keduanya mempunyai ciri-ciri yang sama, tetapi iklim adalah lebih interpersonal dan hakiki dan dapat dilihat dalam sikap dan kelakuan guru, penyelia, pelajar dan pengetua di tempat kerja. Ianya adalah konsep yang membenarkan perbezaan dan persamaan kelakuan organisasi didefinisikan, sama ada secara baik atau sebaliknya gaya operasi sekolah tersebut. Budaya sekolah lebih normatif daripada iklim sekolah dimana ianya adalah refleksi daripada perkongsian nilai, kepercayaan dan komitmen anggota sekolah yang mengandungi dan melangkaui hidup interpersonal (Sergiovanni,1991). Kepercayaan dan pendirian sekolah terhadap pendidikan, organisasi, hubungan manusia; Apa yang diharap untuk dicapai; elemen yang perlu ada dan ciri-cirinya; dan imej yang diperlukan dipamerkan merupakan cirri yang perlu untuk mendefinisikan budaya yang ingin dikembangkan oleh sekolah.

4.0KEPENTINGAN BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAHTerdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati. Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar. Peranan budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah tersebut. Pertama adalah apabila sesebuah sekolah itu mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berada dalam keadaan yang baik secara tidak langsung potensi dan imej sekolah tersebut akan meningkat. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung sekolah terlibat akan dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah sebegini akan menjadi tumpuan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Contohya seperti Sek. Keb. Zainab 2, Kota Bharu Kelantan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif prestasi akademik mereka meningkat dan sekarang sekolah tersebut dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Selain itu, guru-guru dan pelajar akan mempunyai hubungan interpersonal yang baik. Guru-guru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa di sekolah di mana mereka bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesra antara guru dan murid. Mereka pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang sentiasa mengamalkan budaya dan iklim yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk membentuk pelajar yang berjaya. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan meningkat kerana budaya dan iklim yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran. Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun sukatan pelajaran telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan, tetapi guru tidak terikat dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Mereka bebas untuk menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut kreativiti sendiri. Pembelajaran yang kreatif penting untuk menarik minat pelajar. Seterusnya, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif ia akan dapat menarik kepercayaan orang atasan ataupun orang luar. Dengan penampilan sekolah yang baik, serta mempunyai budaya dan iklim yang baik mereka akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun kem motivasi. Pihak atasan akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini. Apabila sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, pihak penganjur tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan datang. Kerana dengan penganjuran ini, secara tidak langsung ia akan meningkatkan imej orang atasan tersebut. Dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Kepentingan dominan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif adalah sekolah tersebut akan melahirkan keluaran pelajar-pelajar yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini berkualiti kerana semasa di alam persekolahan mereka sentiasa mengamalkan budaya yang positif dan berada dalam kawasan iklim positif. Seperti kata pepatah, merebung buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah memainkan peranan untuk membentuk diri pelajar apabila berada di sekolah.

5.0TEORI DAN MODEL BUDAYATerdapat banyak teori dan model dalam budaya organisasi untuk mendefinisikan budaya yang wujud dalam setiap organisasi. Setiap organisasi boleh terdiri daripada pelbagai budaya dan budaya setiap organisasi pula berlainan daripada budaya organisasi yang lain. Beberapa teori dan model adalah seperti yang dibincangkan di bawah.5.1Hofstedes Cultural Dimensions TheoryHofstede (1980) melihat kepada perbezaan umum antara 100,000 pekerja-pekerja IBM di 50 buah negara yang berbeza dalam 3 kawasan yang berbeza di seluruh dunia, dalam percubaannya untuk mengkaji aspek budaya yang memberi kesan kepada kelakuan perniagaan. Beliau mencadangkan akan kewujudan perbezaan budaya diantara kawasan itu dan juga di dalam negara yang dikaji, serta kepentingan kesedaran kebangsaan dan kepelbagaian budaya dalam kajiannya. Perbezaan budaya akan memberi kesan kepada pemikiran dan tindakan sosial, dan dalam program mental, istilah yang digunakan oleh Hofstede untuk kelakuan yang boleh diramalkan. Hofstede menghubungkan budaya kepada etnik dan kumpulan kawasan, juga kepada organisasi, profesyen, keluarga, masyarakat dan kumpulan-kumpulan budaya yang terpencil, sistem politik kebangsaan dan perundangan.Hotsfede mencadangkan empat dimensi dalam budaya dalam kajiannya terhadap budaya nasional:i. Power Distance : Masyarakat yang berbeza mempunyai cara yang berbeza dalam menangani perbezaan sosial. Walaupun kelihatan, dalam perbezaan kuasa dalam organisasi, hubungan boss-subordinate adalan berkesan dan menurut Hofstede ianya menunjukkan bagaimana perbezaan dinyatakan dalam organisasi. Menurut teori Mulders Power Distance Reduction, subordinat akan mencuba untuk mengurangkan perbezaan kuasa antara mereka dan ketuanya, ketua akan mencuba untuk mengekalkan atau memperluaskan lagi jurang yang ada, tetapi terdapat had jangkaan akan perbezaan tahap kuasa. Skor yang tinggi mencadangkan terdapat beberapa individu yang mempunyai kuasa yang lebih daripada individu yang lain. Skor yang rendah menyatakan semua individu berhak mendapat kuasa yang sama.

ii. Uncertainty Avoidance: Adalah cara untuk berdepan dengan ketidaktentuan masa depan. Masyarakat akan berdepan dengan teknologi, undang-undang dan agama (walaubagaimanapun setiap masyarakat mempunyai cara yang berbeza untuk menghadapinya) dan mengikut Hofstede, organisasi berdepan dengan teknologi, undang-undang dan ritual dalam dua cara : rasional dan tidak rasional, dimana ritual adalah tidak rasional. Hofstede menyenaraikan memo dan laporan, beberapa sistem perakaunan, sebahagian besar perancangan dan sistem kawalan, serta pemilihan pakar dalam ritual.

iii. Individualism vs. Collectivism : Perbezaan minat dalam peribadi dan matlamat bersama (Parsons dan Shils, 1951). Hofstede menyatakan jangkaan masyarakat tentang individualism dan collectivism akan dapat dilihat dalam organisasi. Masyarakat yang bersifat collective akan mempunyai emosi yang lebih bergantung kepada anggota organisasi, apabila dalam keseimbangan, organisasi dijangka akan memperlihatkan tanggungjawab terhadap anggota. Individual yang extreme dapat dilihat di US, dan sifat collectivism di US dilihat sebagai buruk. Oleh itu, budaya lain dan masyarakat lain diluar US akan mencuba untuk menyelesaikan masalah sosial dan organisasi mengikut cara mereka sendiri. Hofstede menyatakan ekonomi kapitalis lebih kepada individualism dan pertandingan dan bergantung kepadanya. Individualism juga adalah pembangunan masyarakat pertengahan. Kajian menunjukkan sesetengah masyarakat dan budaya mempunyai kedua-dua ciri iaitu high individualism and high collectisvism.

iv. Masculinity vs Femininity: Menyatakan sesetengah budaya didominasi oleh lelaki atau wanita dalam nilai budaya, peranan gender dan hubungan kuasa.

v. Long Versus Short Term Orientation: Juga digambarkan sebagai The long-term orientation dimension boleh di interpretasikan sebagai usaha organisasi untuk mencari nilai kebaikan. Masyarakat dengan short-term orientation secara umumnya mempunyai minat yang mendalam mengenai kebenaran yang jitu. Mereka adalah normative dalam pemikiran. Mereka mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap tradisi, kecenderungan yang sedikit dalam berjimat cermat untuk masa depan, dan fokus kepada mencapai hasil yang cepat. Dalam masyarakat yang mempunyai long-term orientation, anggota percaya kebenaran bergantung sepenuhnya kepada situasi, konteks dan masa. Mereka memperlihatkan keupayaan untuk beradaptasi dengan suasana yang berbeza, kecenderungan yang kuat untuk berjimat dan melabur, serta ketabahan untuk mencapai hasil akhir.

Kajian oleh Amal & Mohammad Ali (2011) ke atas 123 orang pekerja bank di Pakistan menggunakan teori Hofstede. Empat dimensi menggunakan teori ini diuji iaitu power distance, collectivism vs individualism, masculinity vs femininity dan uncertainty avoidance. Kajian mendapati hanya dua daripada empat dimensi yang signifikan kepada organisasi yang efektif. Dalam keempat-empat dimensi, hanya collectivism dan power distance sahaja yang dilihat memberi impak secara langsung kepada kecekapan organisasi.5.2The Organizational Profile Model (OCP)Dua jenis model yang utama dan alat untuk mengukur telah dibangunkan oleh OReilly Chatman dan Caldwell (1991) dan Denison (1990).OReilly, Chatman dan Caldwell (1991) membangunkan model ini berdasarkan kepada kepercayaan bahawa budaya boleh dibezakan melalui nilai yang dipraktikan dalam budaya itu. Model OCP adalah alat pengukuran kepada diri sendiri dalam 7 kategori iaitu inovasi, kestabilan, hormat kepada orang lain, hasil orentasi, perhatian kepada perincian, orentasi kumpulan dan tahap agresif organisasi. Ianya bukan dibuat untuk mengukur bagaimana budaya organisasi mempengaruhi pretasi organisasi, tetapi untuk mengukur perhubungan antara personaliti individu dalam organisasi dan dalam budaya organisasi itu. OCP digunakan untuk mengukur komitmen pekerja. Model Daniel Denisons (1990) menegaskan bahawa budaya organisasi boleh dinyatakan oleh empat dimensi iaitu misi, kebolehan adaptasi, penglibatan dan kebolehan untuk konsisten. Setiap dimensi umum didefinisikan dengan sub-dimensi di bawah:i. Misi arah yang strategik dan hasrat, matlamat, objektif dan visi.ii. Kebolehan Adaptasi mencipta perubahan, fokus pelanggan dan pembelajaran organisasi.iii. Penglibatan Pemberian kuasa, orentasi kumpulan dan kebolehan pembangunaniv. Kebolehan Konsisten nilai asas, persetujuan, koordinasi atau integrasi.Model Denison membolehkan budaya digambarkan secara lebih luas sebagai fokus luaran dan dalaman, serta keupayaan untuk fleksibel berbanding kestabilan. Model ini digunakan untuk mendiagnos masalah budaya di dalam organisasi.5.3Deal dan Kennedy (1982)Deal dan Kennedy (1982) mendefinisikan budaya organisasi sebagai the way the things get done here. Deal dan Kennedy membangunkan model budaya berdasarkan 4 jenis organisasi. Setiap satunya memfokuskan kepada seberapa cepat organisasi memberi maklum balas (feedback), bagaimana anggota dihargai, dan tahap risiko yang diambil.i. Work-hard, Play-hard Culture: Ini memberi maklum balas yang cepat, pulangan yang cepat dan risiko yang rendah dalam: stress datang daripada kuantiti kerja dan bukannya daripada ketidakpastian. Tindak balas yang cepat menyebabkan hasil yang cepat. Sebagai contoh: restoran dan syarikat perisian computer.

ii. Tough Guy Macho Culture: Maklumbalas dan ganjaran yang cepat serta risiko yang tinggi, menyebabkan: stress datangnya daripada risiko yang tinggi dan potensi untuk mendapatkan/kehilangan ganjaran. Memfokuskan kepada masa sekarang berbanding kepada masa depan yang lebih panjang. Sebagai contoh: polis, pakar bedah dan ahli sukan.

iii. Process Culture: Mempunyai tindak balas dan ganjaran yang lambat tetapi mempunyai risiko yang rendah menyebabkan: stress yang rendah, kerja dengan tekun, selesa dan selamat. Stress datang daripada politik dalaman dan kelemahan system. Birokrasi berkembang dan begitu juga dengan status-quo. Memfokuskan kepada keselamatan masa lalu dan masa depan. Sebagai contoh: bank dan syarikat insuran.

iv. Bet-the-company Culture: Mempunyai tindak balas dan ganjaran yang perlahan tetapi berisiko tinggi, menyebabkan: stress datangnya daripada risiko tinggi dan kelewatan maklumat tanpa mengetahui sama ada tindakan itu berhasil atau tidak. Masa untuk membuat keputusan lebih lama dan lebih masa diperlukan untuk memastikan apa yang dirancangkan dilaksanakan. Sebagai contoh: syarikat penerbangan dan syarikat minyak.5.4Model Edgar Schein (1992)Menurut Schein (1992), budaya adalah ciri organisasi untuk berubah, produk organisasi yang dapat bertahan, khidmat, pengasas dan kepimpinan, dan semua ciri fizikal organisasi. Model organisasi ini menerangkan budaya daripada pandangan pemerhati, dinyatakan oleh tiga tahap kognitif budaya organisasi itu sendiri.Tahap pertama ialah di mana ciri model ini boleh dilihat, dirasai dan didengar oleh pemerhati, dikenali sebagai artifak. Ini termasuklah kemudahan, pejabat, perabot, trofi penghargaan dan ganjaran, cara anggota berpakaian, bagaimana setiap anggota berinteraksi sesama mereka dan juga kepada organisasi luar, termasuklah slogan syarikat, pernyataan misi dan kepercayaan operasi yang lain.Artifak mengandungi komponen fizikal organisasi tersebut yang menyampaikan maksud budaya, Daniel Denison (1990) menggambarkan artifak sebagai aspek yang dapat dilihat yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Verbal, kelakuan dan artifak fizikal adalah manifestasi permukaan sesuatu organisasi.Ritual, kelakuan interpersonal kolektif dan nilai seperti yang digambarkan oleh kelakuan, terdiri daripada rangka budaya organisasi itu. Kandungan mitos, cerita dan hikayat menceritakan sejarah organisasi dan mempengaruhi bagaimana masyarakat memahami nilai dan kepercayaan organisasi itu. Bahasa, cerita dan mitos adalah contoh artifak verbal yang diwakili dalam ritual dan upacara. Teknologi dan seni yang ditunjukkan oleh anggota organisasi adaalah contoh artifak fizikal.Tahap yang seterusnya adalah budaya yang dipercayai oleh anggota organisasi iaitu nilai. Nilai yang dikongsi bersama adalah keutamaan individu dalam sesuatu aspek dalam budaya organisasi. Sebagai contoh kesetiaan dan layanan kepada pelanggan. Pada tahap ini, nilai peribadi dinyatakan dengan meluas dalam organisasi. Kepercayaan utama dan ramalan, pengaruh individu terhadap kebolehpercayaan dan sokongan organisasi selalunya menjadi dasar budaya organisasi. Kelakuan organisasi pada ketika ini selalunya boleh dikaji dengan menemu duga anggota organisasi dan menggunakan soal selidik untuk mengumpul maklumat mengenai keanggotaan organisasi.Pada tahap yang ketiga yang merupakan tahap yang paling dalam ialah tacit assumption organisasi tersebut. Ini adalah elemen dalam budaya yang tidak dapat dilihat dan tidak dikenali secara kognitif dalam interaksi setiap hari antara anggota organisasi. Ia juga adalah elemen dalam budaya yang terdapat larangan untuk membincangkannya dalam organisasi. Kebanyakan undang-undang yang tidak dikatakan ini wujud secara tidak sedar oleh anggota organisasi. Menggunakan Schein model, pemahaman tentang kelakuan organisasi yang berlawanan menjadi jelas. Sebagai contoh, sesuatu organisasi boleh menunjukkan artistik yang tinggi dan ukuran moral pada level kedua. Secara simboliknya, ganjaran organisasi boleh terdiri daripada satu norma organisasi tetapi pada tahap yang lain, membawa maksud yang berlainan sekali. Perkara ini menjelaskan kepayahan organisasi yang baru dalam menyerap budaya organisai dan mengapa ianya memerlukan masa yang lama untuk menjadi kebiasaan. Ianya juga menjelaskan mengapa agen perubahan organisasi selalunya gagal untuk mencapai matlamat mereka.

6.0TEORI DAN MODEL IKLIM SEKOLAH6.1Model OHI (Organization Health Inventory)Model OHI adalah model kajian tentang sekolah yang sihat, yang merupakan satu rangka kerja yang dapat memberi gambaran tentang iklim sekolah. Menurut Hoy dan Miskel (1996) sekolah yang sihat adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.OHI adalah kebolehan sesebuah organisasi untuk berfungsi dengan efektif, untuk mencapai kualiti yang ditentukan, keupayaan untuk berubah, dan untuk berkembang. Ianya boleh terdiri daripada maksimum ke minimum. OHI menyatakan bahawa sekolah yang sihat akan berjaya untuk mengurus segala tekanan dari luar dan berkesan dalam memahami objektif dan matlamat organisasi. Konsep OHI menurut Matthew Mile (1971) terdiri daripada 10 elemen yang boleh diukur iaitu fokus matlamat, kecekapan komunikasi, persamaan kuasa optima, penggunaan sumber, perpaduan, moral, inovasi, autonomi, adaptasi dan kecekapan menyelesaikan masalah (Angus J.Macneil et al., 2009). Kesemua 10 ciri dimensi ini akan menentukan kejayaan interaksi diantara anggota organisasi dan kebolehan organisasi menghadapi tekanan daripada persekitaran. 1. Fokus Matlamat: keupayaan manusia, kumpulan atau organisasi untuk mempunyai kejelasan, penerimaan, galakan dan sokongan kepada objektif dan matlamat.2. Kecekapan Komunikasi: Kecekapan komunikasi wujud apabila informasi adalah secara relatifnya bebas daripada gangguan dan disampaikan secara vertikal atau horizontal melampaui batasan organisasi.3. Kesamaan kuasa optima adalah keupayaan untuk taburan pengaruh yang adil dikalangan anggota dan pemimpin.4. Penggunaan sumber adalah keupayaan untuk menyertai dan meyelaras usaha yang dilakukan anggota dengan efektif dan dapat menghadapi ketegangan dengan baik.5. Perpaduan ialah apabila anggota, kumpulan dan organisasi mempunyai kesedaran yang jelas mengenai identity. Ahli merasa tertarik untuk menjadi anggota organisasi. Mereka mahu bersama dengan organisasi, dipengaruhi olehnya dan menyuntik pengaruh mereka sendiri ke dalamnya.6. Moral ialah apabila anggota, kumpulan atau organisasi mempunyai perasaan sihat, kepuasan dan gembira.7. Inovatif adalah kebolehan untuk menjadi dan membenarkan seseorang untuk menjadi inventif, pelbagai, kreatif dan mengambil risiko.8. Autonomi adalah apabila seseorang, kumpulan atau organisasi boleh mempertahankan idea dan matlamat dengan baik semasa mengurus permintaan luaran.9. Adaptasi adalah kebolehan untuk tolerasi dengan tekanan dan mengekalkan kestabilan semasa bertanggungjawab keatas permintaan luaran persekitaran.10. Kecekapan menyelesaikan masalah adalah keupayaan organisasi melihat masalah dan menyelesaikannya menggunakan tenaga yang minimal. Masalah dapat diselesaikan dan mekanisme penyelesaian masalah organisasi itu dikekalkan atau diperkuatkan lagi.Kajian yang dijalankan oleh Angus J.Macneil et al. (2009) menggunakan teori OHI dalam menentukan kesan budaya dan iklim ke atas pencapaian pelajar di sekolah-sekolah di Texas. Sampel kajian terdiri daripada 1727 guru di 29 buah sekolah di daerah itu. Sekolah yang dikaji terdiri daripada 16 buah dalam level Exemplary (cemerlang), 7 dalam kategori Recognized (baik) dan 6 dalam kategori Acceptable (sederhana). Ketiga-tiga kategori sekolah dibandingkan dengan 10 dimensi daripada iklim sekolah seperti dalam model Organizational Health Inventory (OHI). Kajian mendapati dua dimensi utama iaitu dimensi fokus matlamat dan adaptasi mempunyai skor yang tinggi dalam membangunkan iklim sekolah yang sihat. Kajian mendapati dalam sekolah yang cemerlang, iklim sekolahnya juga lebih sihat berbanding sekolah yang sederhana. Sekolah yang mempunyai iklim yang sihat jugak menghasilkan pelajar yang dengan pencapaian prestasi yang lebih baik dan cemerlang berbanding sekolah yang sederhana dan lemah iklim sekolahnya.

6.2Model Iklim OrganisasiModel ini dibangunkan oleh Payne dan Pugh (1976). Model yang memperlihatkan fakta-fakta asas dalam mempengaruhi struktur dan iklim organisasi ini mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada konteks organisasi, struktur organisasi, iklim organisasi, individu dan persekitaran individu. Organisasi ini mengikut Payne dan Pugh terletak dalam konteks persekitaran kebudayaan dan ekonomi serta merangkumi aspek-aspek eknonomi, politik, sosial dan ciri-ciri penempatan. Secara tidak langsung, semua aspek dalam persekitaran kebudayaan dan ekonomi boleh mempengaruhi kelima-lima komponen tersebut.Model ini menunjukkan hubungan diantara iklim dan struktur organisasi yang saling mempengaruhi dan merupakan perhubungan dua hala. Iklim organisasi atau budaya organisasi akan mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri perbandingan seperti personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat dan pencapaian. Dalam konteks pendidikan, budaya formal dilihat dapat mempengaruhi prestasi pelajar.Suasana dan persekitaran sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang. Menurut seorang perintis dalam kajian iklim sekolah, Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah digambarkan sebagai personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Haward et al. (1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Kajian oleh Hanim Binti Sulaiman & Siti Maisarah Binti Harman @ Halmi ( 1999) di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bahru, menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang baik terhadap ketiga-tiga faktor penentu iklim sekolah iaitu program, proses dan bahan. Sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif akan mampu untuk mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni disamping menggalakkan para pelajar untuk hadir ke sekolah bagi menimba ilmu pengetahuan.

6.3Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model)Kajian yang lebih sistematik dan teratur dijalankan oleh Mott (1972) dalam Hoy dan Miskel (2001). Mengikut model kajian ini, beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk, ketepatan, kebolehubahsuaian dan fleksibel. Kelima-lima kriteria ini menjadi faktor penting untuk mendefinisikan kebolehan sesuatu organisasi untuk menggerakkan kuasa pusat untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian.Sekolah yang berkesan akan dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif. Pelajar yang mampu untuk menyelesaikan masalah dan boleh beradaptasi dengan perubahan keadaan persekitaran. Mengikut model ini, sekolah yang efektif adalah sekolah yang berjaya mewujudkan budaya formal yang sihat dan positif. Ia menekankan hasil output yang positif dalam keberhasilan pelajar. Output akhir dilihat lebih komprehensif secara teori dalam mendefinisikan kualiti dan keberkesanan sekolah.Faktor-faktor dalam teori ini adalah; amalan kepimpinan yang profesional; mempunyai wawasan dan matlamat bersama; wujudnya persekitaran yang menggalakkan pembelajaran; pengajaran yang bermatlamat; terdapat penghargaan atau hasrat yang tinggi; amalan pengukuhan positif; pemantauan kemajuan sekolah; memberi hak dan tanggungjawab kepada murid-murid; wujudnya perkongsian rumah-sekolah; sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran.

6.3.1Amalan Kepimpinan Yang Profesional Amalan kepimpinan yang profesional bermaksud seorang pemimpin mempunyai wawasan dengan menggerakkan organisasi kepimpinannya secara terancang dan profesional. Hal ini meliputi gaya pengurusannya, hubungan dengan wawasan, nilai dan matlamat serta pendekatan dalam melakukan proses pelaksanaan perubahan. Aspek kepimpinan pengetua diambil kira dan tugas mereka adalah sebagai pemimpin teknikal, pemimpin manusia, pemimpin pendidik, pemimpin simbolik, dan pemimpin budaya. Namun apa yang paling penting adalah peranan mereka sebagai pemimpin pengajaran (instructional leader) yang sentiasa peka dengan tahap kepuasan kerja guru-guru dan sentiasa mengambil kira perkembangan pencapaian pelajarnya. Mereka sentiasa melakukan pemantauan dari segenap aspek dan melaksanakan penilaian dalaman bagi tujuan penambahbaikan.

6.3.2Mempunyai Wawasan Dan Matlamat Bersama Ishak (2004) dalam kajiannya menyatakan bahawa sesebuah sekolah menjadi lebih berkesan apabila sekolah mempunyai satu tujuan yang jelas. Wawasan atau visi sekolah merupakan suatu gambaran mental tentang apa yang akan dicapai oleh sekolah pada masa depan (Ramlah, 2000). Pemimpin sekolah berkesan akan mewujudkan suatu visi dan misi yang ideal dan dikongsi melalui persetujuan ahli-ahlinya. Dalam menentukan visi, kualiti dan keunggulan visi diperbincangkan, diperdebatkan dan diperhalusi oleh semua ahli dan pemimpin agar unsur yang dianggap kurang membina dapat disingkirkan. Bagi mengukuhkan semangat menuju visi berkenaan, ianya hendaklah ditulis dan dipamerkan agar dapat dibaca dan dihayati pada setiap masa oleh semua warga sekolah. Dengan itu segala perancangan dan amalan akan menjurus kepada suatu arah matlamat yang jelas dan serupa.

6.3.3Wujudnya Persekitaran Yang Menggalakkan Pembelajaran. Bidang utama sekolah adalah memberi pendidikan iaitu melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berterampilan dan berakhlak mulia. Sharifah (2000) dalam pandangannya menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran yang menggalakkan adalah persekitaran yang teratur, dan persekitaran kerja yang menarik. Dengan wujudnya persekitaran seperti ini suasana pembelajaran akan menjadi lebih kondusif dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Pelajar-pelajar akan berasa lebih berpuas hati dengan persekitaran seperti ini dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang sesuai untuk menimba ilmu pengetahuan.

6.3.4Penumpuan Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran. Tujuan utama sekolah adalah menyediakan lokasi yang kondusif untuk pembelajaran dan tugas utama guru adalah menjalankan sesi pengajaran kepada pelajar. Mohamed Najib (2003) menyatakan bahawa pendidikan melibatkan dua proses iaitu pengajaran sebagai proses memberi pengalaman manakala pembelajaran sebagai proses menerima pengalaman. Sekolah yang berkesan akan menumpukan core business ini dan menjadikan pelajar sebagai produk (outcome) modal insan yang berilmu dan berkualiti tinggi. Ada pihak yang menyarankan supaya sekolah lebih khusus dalam matlamatnya iaitu lebih mementingkan perkara asas back to basic dan menumpukan perhatian kepada core business iaitu mengajar perlu menjadi pegangan mereka (Trisman et al., 1976; Edmonds, 1979).

6.3.5Pengajaran Yang Bermatlamat. Pengajaran yang bermatlamat adalah pengajaran yang jelas tujuannya, mempunyai perancangan yang rapi, pelajaran yang berstruktur dan amalan yang sesuai dengan konteks yang dirancang. Guru memberikan komitmen dalam menyediakan segala perancangan dan persiapan yang rapi berdasarkan objektif yang ditetapkan manakala pihak pentadbiran sekolah pula bertanggungjawab membantu guru dengan cara menyediakan sukatan kurikulum yang betul dan lengkap agar segala perancangan bersifat terarah dan menepati kehendak stake holder. Selain itu, pengajaran di bilik darjah yang bukan bersifat akademik pula mempunyai kepentingan dalam membangunkan emosi, sahsiah, perkembangan fizikal dan psikomotor pelajar dengan terancang dan cemerlang.

6.3.6Terdapat Penghargaan / Hasrat Yang Tinggi. Pengharapan dan hasrat tinggi sekolah dapat dilihat pada sasaran yang dinyatakan pada visi sekolah. Harapan yang tinggi bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru dan staf selaku penggerak organisasi dan penyumbang kepada perubahan sekolah. Pemimpin yang berorientasikan pencapaian akan cuba meletakkan suatu sasaran tinggi dan memberi kepercayaan kepada para guru dan kakitangan melaksanakan misi yang ditetapkan. Selain itu keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kejayaan murid pula dibalas dengan penghargaan secara serta-merta dan berterusan.

6.3.7Amalan Pengukuhan Positif. Setiap tindakan positif atau kejayaan ahli-ahlinya diberikan penghargaan yang sewajarnya. Mortimore (1995) mendapati bahawa pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Walaupun tidak secara keterlaluan ganjaran-ganjaran dan pujian ini adalah penting bagi mengiktiraf pencapaian atau usaha positif mereka. Keadaan ini dilaksanakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan menggalakkan individu lain meniru tingkah laku tersebut atau melakukan dengan lebih baik lagi. Kepuasan kerja akan berlaku apabila sumbangan positif mereka diberi perhatian dan dihargai.

6.3.8Pemantauan Kemajuan Sekolah. Kajian yang dilakukan oleh Mortimore (1995) terhadap sekolah berkesan mendapati bahawa sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara tekal dan bersistematik. Hasilnya pihak guru, ibu bapa dan pentadbiran dapat melihat sejauh mana matlamat sekolah telah dicapai. Selain daripada kemajuan pelajar, sekolah juga perlu berusaha untuk meningkatkan kompetensi dari segi pengetahuan dan kemahiran guru itu sendiri. Sekolah yang berkesan juga menggalakkan pelajar, guru dan ibu bapa secara kolaboratif mengambil berat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

6.3.9Memberi Hak Dan Tanggungjawab Kepada Murid-Murid. Dalam mengukuhkan lagi kajian beliau tentang faktor sekolah berkesan, faktor berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap sekolah juga dianggap penting. Dengan cara ini sekolah telah menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar melalui tugasan yang bermakna kepada mereka. Pelajar digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Dalam masa yang sama juga sekolah memberikan hak-hak yang sepatutnya diterima oleh pelajar tersebut termasuklah kuasa-kuasa membuat keputusan dengan bimbingan guru-guru berpadanan dengan peranan mereka di sekolah. Hak-hak lain termasuklah memberi peluang sama rata kepada semua pelajar untuk mendapat peluang pendidikan yang berkualiti.6.3.10Wujudnya Perkongsian Rumah-Sekolah. Ibu bapa dan guru mempunyai satu matlamat bersama iaitu untuk melihat pencapaian positif pelajar dalam pelajaran. Dengan cara ini, matlamat untuk membina hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah turut dititik beratkan. Hubungan ibu bapa dan pelajar tidak terbatas di rumah sahaja malah keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa ini semasa di rumah memberi semangat kepada pelajar ketika mereka berada di sekolah. Ibu bapa dan guru dapat mengeratkan hubungan mereka melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru. Guru-guru juga digalakkan mengunjungi rumah pelajar yang dirasakan bermasalah untuk melihat sendiri keadaan persekitaran pelajar sambil menunjukkan rasa prihatin pihak sekolah kepada mereka. Pengetua juga boleh mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka yang menggalakkan perkongsian maklumat serta kerjasama sekolah dan ibu bapa.

6.3.11Sekolah Sebagai Sebuah Organisasi Pembelajaran. Mortimore seterusnya menunjukkan bahawa sekolah-sekolah berkesan bukan sahaja menyediakan tempat belajar kepada pelajar malahan juga kepada semua guru dan staf. Galakkan yang oleh pihak sekolah ini boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung melalui persekitaran sekolah yang kondusif dan program-program tertentu. Persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran guru adalah apabila banyak maklumat dan bahan yang bersesuaian untuk dibaca oleh guru-guru dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kompetensi dan profesionalisme diri. Fungsi perpustakaan dan sudut bacaan bukan sahaja untuk manfaat pelajar tetapi juga guru-guru dan kakitangan yang lain. Program perkembangan staf pula diadakan dari masa ke semasa mengikut perkembangan dan tuntutan semasa. Bukan itu sahaja malah guru-guru juga digalakkan menyumbangkan pengetahuan mereka untuk dikongsi bersama menerusi penulisan artikel dan karya akademik lain.

Menurut Shannon dan Bylsma (2007) mengkaji dan menganalisis 20 perkara mengenai keberkesanan sekolah untuk melihat kepada ciri-ciri yang berhubung dengan pencapaian prestasi pelajar yang tinggi. Terdapat sembilan ciri yang dapat dikenal pasti:1. Mengekalkan fokus pengajara yang jelas dan dikongsi bersama.2. Meletakkan standard dan jangkaan prestasi yang tinggi kepada semua pelajar.3. Kepimpinan yang menyediakan dan (providing leadership that is distributed)4. Memudahkan komunikasi aras tinggi dan collaboration5. Menentukan arahan sekolah dan assessment selari dengan kurikulum negara.6. Monitor yang berterusan ke atas pengajaran dan pembelajaran7. Menekankan kepada pembangunan professional guru.8. Memupuk persekitaran pembelajaran kondusif9. Menggalakkan penyertaan keluarga dan komuniti.Kajian ini disokong oleh kajian Riley dan Fouts (2003) ke atas 13 buah sekolah. Mereka melihat kepada pendapat guru mengenai kelemahan dan kekuatan sekolah mereka dan juga pendapat mereka mengenai suasana pembelajaran yang kondusif. Kajian mendapati sekolah yang berkesan mengandungi objektif sekolah yang dikongsi bersama, pengurusan yang peka kepada perubahan, memfokuskan kepada peningkatan berterusan secara professional, serta menekankan kepada pengajaran dan kepimpinan yang efektif.Kajian seterusnya dijalankan oleh Angeliki & George (2011) ke atas 109 guru di Greece untuk melihat peranan pengetua dalam organisasi sekolah berkesan. Kajian mendapati, peranan pengetua adalah penting dalam membentuk iklim sekolah berkesan dan memperbaiki keberkesanan sekolah. Ianya dilihat amat perlu dalam:i. Menguruskan pembuat keputusan dan penyelesaian masalahii. Membentuk persekitaran kolaborasi dan kepercayaan sesama guru dan pelajariii. Percaya terhadap kepentingan membangunkan ikim kolaborasi, kelakuan professional (professional behavior) dan komunikasi terbuka antara guru dan juga antara guru dan pentadbiran.iv. Memupuk ikim sekolah yang baikKajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2006) ke atas 97 orang guru mencuba untuk melihat ciri iklim sekolah berkesan di sekolah-sekolah menengah agama di Selangor dan implikasinya ke atas proses pembelajaran. Kajian mendapati ciri iklim, pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan berkaitan dengan penglibatan keseluruhan warga sekolah. Selain itu, pengamalan sifat muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan lebih terserlah sebagai ciri-ciri iklim sekolah menengah agama berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh pengetua atau guru-guru sahaja. Ciri iklim yang berasaskan kepada iman kepada Allah membolehkan pembelajaran berkesan berlaku dan meningkatkan lagi prestasi pelajar.Menurut kajian yang dijalankan oleh Azizi dan Nurfaizah (2010), budaya formal sekolah dilihat sebagai satu organisasi sosial yang mempunyai struktur birokrasinya yang tersendiri. Para pelajar dikumpulkan di dalam kelas mengikut pencapaian akademik dan guru-guru pula telah menerima latihan mengikut pengkhususan.6.4Model Organizational Climate Descriptive Questionnaire (OCDQ)Model ini yang dibangunkan oleh Halpin dan Croft (1962, 1963) merupakan asas kepada pengukuran dan konsep iklim organisasi. Pendekatan ini adalah untuk mengenal pasti aspek kritikal dalam interaksi antara guru dengan guru, dan interaksi antara guru dengan pengetua di sekolah. Iklim sekolah dikenali dengan konstruk personaliti. Dalam membina konsep iklim di sekolah, Halpin dan Croft dipengaruhi oleh analisis jenis personaliti oleh Milton Rokeachs (1960). OCDQ adalah cubaan untuk mengukur domain iklim terbuka dan tertutup di sekolah rendah. Alat pengukuran terdiri daripada 64 skala likert yang digunakan oleh guru-guru dan Pengetua dalam menggambarkan corak interaksi dalam sekolah mereka. Item ini adalah pernyataan yang mudah dan ringkas yang mengukur lapan dimensi organisasi. Empat daripada dimensi itu merujuk kepada ciri-ciri kumpulan itu dan empat lagi merujuk kepada ciri-ciri kepimpinan pengetua. Lapan dimensi itu adalah seperti yang berikut:1. Kesendirian ( allofness ) iaitu guru besar kelihatan formal, sentiasa berjauhan dari guru dan murid dan terlalu mengikut peraturan seperti mengadakan peraturan yang ketat untuk guru, tidak mendedahkan hasil lawatan nazir kepada guru, mementingkan perincian peranan, sasaran dan tugasan khusus.

2. Penekanan kepada daya pengeluaran (production emphases) - menunjukkan guru besar dirasakan selalu membuat penyeliaan yang ketat dan benar-benar dirasai oleh guru-guru dengan menjalankan tugas kerja guru dan murid dengan jelas, membaiki kelemahan guru, banyak berkomunikasi, memastikan guru bekerja kuat dan berkomunikasi dengan jelas, kurang peka kepada reaksi guru, kerja lebih masa, menuntut hasil dan menetapkan piawaian kerja.3. Sifat bertimbang rasa (consideration) guru besar menerima dan mengenali staf sebagai individu, baik hati dan berperikemanusiaan, memberi perhatian peribadi dan menjaga kebajikan guru, menolong mereka dalam menjalankan kerja, mempertahankan kepentingan guru, bertoleransi dan menggalakkan kepelbagaian.

4. Kesungguhan guru besar (thrust) menekan aspek memberi contoh atau teladan yang baik contohnya datang awal, balik lewat, bekerja kuat, aktif, minat dalam perkembangan baru dalam pendidikan, tidak mengharapkan guru memberi lebih daripada dirinya sendiri.Manakalah elemen tingkah laku guru pula ialah :5. Ketidak pedulian (disengagement) bermaksud terdapat kerenggangan hubungan di antara guru. Hal ini dapat dilihat melalui kegiatan seperti wujudnya pengelompokan kecil, kurang kerjasama antara satu sama lain, wujud perasaan tidak puas hati dan tanda untuk meninggalkan kerjaya perguruan.6. Halangan (hindrance) bermaksud suasana kerja dirasakan terhalang kerana terlampau banyak beban dan tanggungjawab seperti paper work ,laporan, tugas-tugas harian yng tidak berkaitan dengan pengajaran dan mengganggu kerja pengajaran dan bimbingan.7. Kekitaan (espirit). Guru-guru berasa puas di mana semangat, moral dan kecerdasan mereka adalah tinggi. Mereka menampakkan keriangan, komited, gembira dengan hubungan rakan sekerja, saling bantu membantu dan saling menghormati. Bekerja bersungguh-sungguh, taat setia kepada sekolah dan guru-guru dapat memenuhi keperluan sosial dan peribadi di samping dapat merasai kejayaan professional8. Kemesraan (intimacy) bermaksud wujud hubungan interpersonal yang rapat dan guru-guru berkongsi pengalaman hidup peribadi dan bertukar-tukar rahsia. Terdapat kemesraan interaksi sosial di luar sekolah, ziarah menziarahi, berbincang hal peribadi secara mendalam dan menjalankan perhubungan persahabatan yang eratSetiap sekolah akan diuji dengan kelapan-lapan dimensi ini untuk melihat sekiranya terdapat corak yang wujud. Menurut kajian yang dijalankan terdapat corak yang wujud. Enam konfigurasi dikenal pasti dan berada di sepanjang kontinum. Iklim terbuka mempunyai nilai kebebasan yang rendah, rendah halangan, tinggi kesetiaan dan sederhana dalam keintiman, rendah dalam pengasingan, rendah dalam penegasan produk, tinggi dalam kepercayaan, dan tinggi dalam pertimbangan. Iklim yang tertutup mempunyai profil yang sebaliknya.Pembangunan model OCDQ dibina berdasarkan empat faktor: (1) Setiap sekolah berbeza dalam feel masing-masing; (2) moral tidak dapat menggambarkan perbezaan dalam perasaan antara sekolah; (3) pengetua yang berkesan di sekolah dimana perubahan diperlukan selalunya immobilizied dengan penentangan daripada fakulti; (4) konsep personaliti itu sendiri adalah menarik. Jelas, profil iklim semestinya dapat membantu pentadbir dan guru dalam memperbaiki suasana persekitaran sekolah mereka.Pendekatan umum yang digunakan untuk conceptualize dan mengukur iklim organisasi sekolah adalah empirical dan statistical. Halpin dan Croft membangunkan item deskriptif yang luas untuk mengenal pasti aspek guru dan kelakuan pentadbiran. Ramalan berpandu (guiding assumption) kajian adalah iklim organisasi yang dikehendaki adalah dimana kepimpinan muncul dengan mudah daripada pelbagai sumber. Sekiranya di sekolah, atau organisasi ingin menyudahkan tugas, kepimpinan adalah perlu, tetapi gaya kepimpinan boleh ditunjukkan oleh pemimpin atau guru. Oleh itu, item pengukuran ditulis dengan menggambarkan kedua-dua kelakuan interaksi sesama guru dan interaksi guru-pengetua. Berikut merupakan contoh item yang digunakan:1. Pengetua berada di sekolah sebelum guru tiba.2. Guru-guru bertanya soalan tidak bermakna dalam mesyuarat.3. Undang-undang yang dibuat oleh pengetua tidak pernah dipersoalkan.4. Kebanyakkan guru di sekolah menerima kesalahan rakan sekerja.5. Guru mengatakan ingin berpindah sekolah.Skala yang digunakan untuk responden untuk merekod kelakuan sekolah didefinisikan oleh empat kategori:1. Jarang berlaku2. Kadangkala berlaku3. Selalu berlaku4. Sangat selalu berlaku7.0APLIKASI TEORI DAN KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA 7.1Konsep Sekolah BerkesanDalam Teori Iklim Mortimore iaitu, Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model) telah digunakan di Malaysia untuk membangunkan konsep sekolah berkesan.Menurut Mok (2012) ciri-ciri iklim persekolahan yang dikatakan berkesan mengandungi beberapa ciri umum seperti berikut:1. Perhubungan yang saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan murid-muridnya.2. Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.3. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru dengan menerima sekolahnya sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.4. Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.5. Kewujudan alam belajar yang bersih, teratur dan tenteram.6. Kewujudan disiplin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti, iaitu tiada masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya.Mok mengatakan bahawa iklim jenis ini adalah iklim positif atau terbuka. Iklim jenis ini menggalakkan interaksi sesama kakitangan sekolah, murid dan guru, pentadbir dan guru dan warga kerja yang lain. Ini dapat mewujudkan inisiatif dalam diri murid untuk berusaha memajukan diri, mematuhi segala peraturan sekolah, mempraktiskan budaya penyayang dan bekerjasama. Guru-guru juga akan dapat bekerja dengan hati yang lapang dan motivasi yang tinggi. Mok (2012) juga mengatakan iklim sekolah yang negatif atau tertutup juga mengandungi beberapa ciri utama seperti berikut:1. Warga sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan konflik keperibadian, serta masalah disiplin sekolah.2. Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama di antara anggota-anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan.3. Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan.4. Keterlibatan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah sekadar minimum sahaja.5. Interaksi social di antara warga sekolah diperlihatkan pasif.6. Kepimpinan Guru Besar/ Pengetua bercorak autokratik, manakala guru-guru bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar.Kewujudan iklim negatif atau tertutup sepenuhnya tidak wujud pada sesebuah sekolah, selalunya sekolah akan berada di antara kedua-dua iklim tersebut (Mok, 2012). Kebiasaannya sekolah-sekolah yang mempunyai rekod kejayaan yang baik, sering mempunyai hampir kesemua ciri positif atau terbuka seperti yang disebutkan di atas.Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendenisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut: 1. Guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan2. Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya3. Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjaya, serta bertimbang rasa4. Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan.

7.2Konsep Sekolah SelamatSekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Kosep ini berkaitan dengan Model OHI (Organization Health Inventory).Stephens (1996 dalam Shamsiah Mohd. Amin, Shahrulbanun A. Ghani dan Azaiah Ab. Latib, 2005) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005).Menurut Quin Mary Magee et al. (1998, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005) terdapat lapan prinsip bagi sekolah yang mempunyai persekitaran selamat dan pembelajaran yang efektif. Prinsip-prinsip tersebut ialah: 1. Sekolah selamat merupakan urusan semua warga sekolah Para pentadbir, staf dan pelajar harus memahami peraturan dan akibatnya. Justeru, langkah pertama ke arah persekitaran yang selamat, bebas daripada dadah dan pembelajaran yang berkesan komitmen menyeluruh dalam sekolah terhadap tingkah laku yang baik dan mematuhi peraturan amatlah diperlukan. 2. Sekolah selamat adalah sebuah keluarga Para pendidik dan para pelajar merupakan ahli sebuah keluarga. Disiplin dan sokongan terhadap tingkah laku positif dan aktiviti perlulah melibatkan semua kakitangan dan pelajar. 3. Sekolah selamat merupakan sekolah yang perihatin terhadap nilai dan menghormati semua pelajar Sekolah selamat mewujudkan dan menyokong usaha untuk sentiasa prihatin dan mengenalpasti kepelbagaian keperluan semua pelajar. 4. Sekolah selamat menetapkan piawaian akademik yang tinggi Pelajar yang belajar dengan baik akan berkelakuan baik. Kebanyakan masalah tingkah laku pelajar sebahagiannya berpunca daripada kekecewaan akibat gagal dalam pembelajarannya. Oleh itu jangkaan dan piawai akademik yang tinggi amat perlu dan sekolah juga perlu dan bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. 5. Sekolah selamat menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi Sekolah bukan sahaja menetapkan piawai tingkah laku yang tinggi tetapi juga sentiasa bersedia membantu pelajar mencapai piawaian tersebut. Guru-guru yang terlatih memainkan peranan dengan bantuan dan sokongan pentadbir akan menghasilkan persekitaran yang positif lalu mewujudkan tingkah laku yang bersesuaian dan membina. 6. Sekolah selamat adalah mengamalkan pengurusan strategik Pihak pengurusan sekolah sentiasa membuat penilaian terhadap keperluan-keperluan, menyedia dan melaksanakan kajian berdasarkan strategi dan menyelaraskan perkhidmatan bagi mengenal pasti keperluan semua pelajar. 7. Sekolah selamat menggabungkan tiga pendekatan pencegahan Pihak sekolah menjalankan usaha-usaha pencegahan secara menyeluruh kepada semua pelajar, program pencegahan awal kepada pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai risiko masalah tingkah laku dan pencegahan secara individu terhadap pelajar yang mengalami masalah tingkah laku yang serius. 8. Sekolah selamat mempersepsikan sekolah sebagai sebahagian daripada komuniti Sekolah melibatkan ibu bapa, pihak agensi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli perniagaan, para remaja, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain pihak untuk mewujudkan sekolah dan komuniti yang selamat.Menurut George Nicholson (1985, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. Howard (1981, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005) menggariskan 6 faktor utama yang menentukan iklim sesebuah sekolah iaitu kepemimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Terdapat beberapa objektif Sekolah Selamat iaitu:i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. ii. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. iii. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. iv. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. v. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. vi. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. vii. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. viii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. ix. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka.Carolyn (1998, dalam Shamsiah Mohd. Amin et al., 2005) menggariskan beberapa implikasi yang dapat dilihat sekiranya sekolah yang selamat dapat diwujudkan. Antaranya ialah: i. Misi, visi dan matlamat sekolah jelas kepada seluruh warga sekolah. ii. Iklim pembelajaran wujud dan penumpuan utama sekolah ialah kepada peningkatan potensi pelanggan yang sentiasa berurusan. iii. Hubungan interpersonal antara guru, pelajar, ibu bapa, pengetua dan staff berjalan secara telus dan saling mempercayai.iv. Komuniti akan merasai kepunyaan terhadap sekolah. v. Kualiti dan standard pelajar sentiasa pada tahap yang tinggi. vi. Masalah sekolah akan diselesaikan secara kolaboratif. vii. Team Work akan terbina dengan harmoni dan bekerja secara proaktif. viii. Kepakaran staf sentiasa berkembang secara berterusan. ix. Perkhidmatan berteraskan kualiti dan penuh mesra. x. Peraturan dan interaksi dijadikan landasan melaksanakan tanggungjawab. xi. Kecuaian dapat dielakkan dan komitmen bekerja sentiasa tinggi. Polisi Sekolah Selamat perlu dianggap sebagai part and parceldi dalam membantu dan melengkapkan usaha mendidik pelajar-pelajar. Polisi Sekolah Selamat akan memberi satu ransangan untuk menunaikan tanggungjawab dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan8.0APLIKASI TEORI DAN KAJIAN DI LUAR NEGARA 8.1Konsep Budaya Formal Sekolah Dengan Prestasi PelajarDalam Model Iklim Organisasi ini dibangunkan oleh Payne dan Pugh (1976), menunjukkan hubungan diantara iklim dan struktur organisasi yang saling mempengaruhi dan merupakan perhubungan dua hala. Iklim organisasi atau budaya organisasi akan mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri perbandingan seperti personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat dan pencapaian. Dalam konteks pendidikan, budaya formal sekolah dilihat dapat mempengaruhi prestasi pelajar. Hoy et. al (1998) telah menjalankan kajian longitudinal untuk melihat kesan iklim sekolah terhadap tahap pencapaian pelajar sekolah menengah. Pelajar di 86 buah sekolah menengah di New Jersey telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel ini terdiri daripada pelbagai tahap sosioekonomi. Pengkaji-pengkaji mendapati ciri-ciri sekolah seperti iklim yang terbuka (openness climate) memberi kesan ke atas pencapaian pelajar. Dapatan kajian mereka juga menyokong hujahan bahawa impak budaya formal sekolah iaitu iklim sekolah adalah berkekalan dan mempunyai pengaruh yang berterusan sepanjang masa keatas pencapaian pelajar. Secara amnya menurut kajian Hargreaves (1975, dalam Kamaruddin, 1995), menyatakan budaya sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik boleh menimbulkan beberapa masalah di kalangan remaja seperti perlanggaran peraturan tatatertib dan masalah emosi (takut dan menarik diri). Selain itu, para pelajar yang tertekan akan sentiasa menimbulkan masalah. Dalam kajian Byrne, Harttie dan Farser (1986, dalam Harzly, 2005), menyatakan bahawa persekitaran atau budaya formal sekolah yang baik dapat mempengaruhi pembelajaran yang efektif dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian mereka melibatkan 1,675 orang pelajar di New South Wales, Australia.Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam Matematik dan Bahasa Inggeris dipengaruhi oleh suasana sekolah itu. Dalam kajian Forrestar (1996, dalam Che Yacob, 1993), menyatakan bahawa terdapat hubungan antara budaya sekolah dengan prestasi pelajar dan akan terus berputar dan menghasilkan satu kitaran. Sekiranya kitaran itu bergerak ke arah pembaikan yang positif maka prestasi pelajar meningkat, maka ia harus dikekalkan. Walau bagaimanapun sekiranya, kitaran ini bergerak ke arah negatif maka prestasi pelajar menurun, maka langkah-langkah untuk mengenal pasti kelemahan perlu dilakukan.8.2Konsep Sekolah Berkesan Dengan Kepemimpinan PengajaranDalam kajian luar negara iaitu, Model Organisasi Berkesan (Organizational Effectiveness Model) telah digunakan untuk membangunkan konsep sekolah berkesan. Dalam usaha untuk mencapai keberkesanan di sekolah rendah, kepemimpinan pengetua sering dilihat sebagai faktor utama. Di Amerika Syarikat, banyak cadangan telah dikemukakan melalui laporan-laporan seperti "A Nation At Risk,1983", "Action For Excellence, 1983", "Better Education For Michigan Citizen: A Blue Print For Action, 1984", "Leader For Americas Schools, 1987" (dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005), menegaskan bahawa betapa pentingnya kepemimpinan pengetua yang berkesan untuk mewujudkan sesebuah sekolah yang berkesan.Kajian yang dijalankan oleh Edmonds (1979), Brookover, et al. (1979), Sapore (1983), Rutter, et al. (1979) dan Kroeze (1983) mengatakan bahawa sekolah yang berkesan mempunyai para pengetua yang dapat memahami peranan yang dimainkan dalam program pengajaran di sekolahnya (Mohd Nor Bin Jaafar, 2005). Mereka bukan sahaja faham, tetapi bercita-cita tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian akademik para murid mereka secara keseluruhan. Begitu juga Wildy dan Dimmock (1993, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) mengatakan bahawa kajian-kajian mengenai kepemimpinan pengetua dalam pengajaran yang dilakukan dikebanyakan negara mendapati bahawa pengetua yang mempunyai kemahiran dalam pemimpin pengajaran boleh membawa perubahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran para muridnya.Kepemimpinan pengajaran merupakan satu idea atau gambaran dalam fikiran yang telah dipertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah-sekolah sepanjang tahun 1980an dan awal tahun 1990an (Leihwood, Kenneth A , 1992). Begitu juga isu kepemimpinan pengajaran telah menjadi agenda utama bagi para pengetua di sekolah-sekolah yang berkesan. Drake dan Roe (1986) menganggap kepemimpinan pengajaran sebagai tugas utama pengetua sekolah. Menurutnya lagi dengan berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran mereka dapat meningkat dan memajukan pembelajaran para pelajar. Bagi Harris (1977) pula, kepemimpinan pengajaran dikaitkan dengan pelaksanaan program inovasi oleh pengetua di sekolah.Kepimpinan pengajaran mengikut Bevoise (1984, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) mengambarkan sebagai tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua atau menugaskan kepada guru-gurunya yang bermatlamatkan untuk memajukan pembelajaran pelajar-pelajar. Begitu juga konsep kepemimpinan pengajaran yang dikemukakan oleh Schon (1988, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) yang menekankan kepada pemerhatian pengajaran di bilik darjah dan fokas secara khusus kepada bantuan, bimbingan dan menggalakkan pengajaran secara reflektif. Manakala Reitzug dan Cross (1993, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) telah membincangkan amalan kepemimpinan pengajaran iaitu menggalakkan guru menyuarakan pendapat tentang kesulitan-kesulitan semasa pengajaran, sebagai fasilitator dalam menyelesaikan kesulitan-kesulitan tersebut dan memberi penghargaan kepada para guru. Bagi Smyth (1997, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) konsep kepemimpinan pengajaran merupakan kepelbagaian kerjasama dan kajian kritikal berkaitan dengan interaksi di bilik darjah untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Menurut Rallis dan Highsmith (1986, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) telah menyatakan bahawa kepemimpinan pengajaran adalah kepemimpinan yang berwawasan dan berdaya maju. Mereka telah mengariskan fungsi kepemimpinan pengajaran sebagai: (i) Model yang berperanan bagi menjana visi dan idea kepada tindakan. (ii) Pemimpin yang meransang guru-gurunya untuk mencapai kecemerlangan. (iii) Pemimpin yang membantu guru-guru menjadi pembuatkeputusan yang bijak (mengenalpasti dan menyelesaikan masalah)dan memberi tunjuk ajar dalamhal-hal pengajaran. (iv) Menggunakan sumber dan mengenalpasti sumber yang ada dan menggunakannya dengan secara efektif. (v) Meningkatkan iklimsekolah dan mengekalkan kemudahan serta memajukan proses pengajaran.(vi) Memeta dan mewujudkan struktur organisasi dan mekanisme untuk memajukan pengajaran di kalangan guru.Glickman (1985, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) menyenaraikan lima tugas utama kepemimpinan pengajaran iaitu pembantu terus kepada para guru, perkembangan kumpulan, perkembangan staf, perkembangan kurikulum, dan kajian tindakan. Beliau mencatatkan bahawa tugas-tugas ini merupakan kesepaduan yang menyatukan keperluan gurudengan matlamat sekolah. Mengikut Pajak (1989, dalam Mohd Nor Bin Jaafar, 2005) amalan umum kepemimpinan pengajaran ialah memperkukuhkan secara khusus penentuan perlakuan dan kemahiran para guru, membuka ruang dialog berkenaan masalah-masalah yang berlaku semasa pengajaran di bilik darjah, perkembangan kurikulumdan stafdan membantu para guru membina pengetahuan profesional dan kemahiran-kemahiran pedagogi.National Association of Secondary School Principal (NASSP) telah menyenaraikan ciri-ciri kepemimpinan pengajaran yang berkesan dalam Handbook on Effective Instrutional Leadership (Mohd Nor Bin Jaafar, 2005). Ciri-ciri tersebut adalahseperti berikut: (i) Berkeyakinan dan menaruh sepenuh kepercayaan serta pengharapan yang tinggi terhadap para guru dan kakitangan sekolah (ii) Menghabiskan sebahagian besar waktu kerja bersama guru-guru berbincang, membantu dan mendorong mereka bagi memajukan program pembelajaran dan pengajaran (iii) Berusaha mengesan dan mengenal pasti masalah-masalah dalamproses pengajaran dan pembelajaran.(iv) Terlibat secara langsung bagi mempastikan iklim serta budaya sekolah dapat mempengaruhi guru ke arah mencapai matlamat sekolah yangtelah ditetapkan.8.3 Kajian Teori Budaya di Luar Negara.Kajian demi kajian dilakukan secara berterusan di luar negara untuk mengukur budaya sesuatu organisasi. Menurut Imran, Grzegor dan Matthew (2010) dalam An organisational Culture Model for Comparative Studies : A Conceptual View , budaya organisasi menyatukan organisasi dan ia bukan sahaja menggalakkan pekerja bekerja dengan baik tetapi juga memberikan komitmen yang tinggi kepada organisasi. Pelbagai kajian menggambarkan kajian untuk menunjukkan peranan budaya organisasi dalam prestasi dan kecekapan organisasi ( Cullen, 2002). Walaupun ternyata budaya organisasi mempengaruhi kecekapan organisasi, terdapat juga beberapa kritikan daripada para pengkaji tentang bagaimana budaya organisasi harus dikaji (Wilderom et al., 2004). Walaupun budaya organisasi adalah implisit dalam aktiviti organisasi, kajian membuktikan budaya organisasi memberi kesan kepada prestasi dan kecekapan organisasi (Cullen, 2002; Mathew, 2007; Martins & Terblanche, 2003). Budaya organisasi dikaji dalam hubungan dengan idea organisasi yang utama dan aktiviti-aktiviti seperti kreativiti dan inovasi ( Martins & Terblanche, 2003); produktiviti dan kualiti (Mathew, 2007) dan pemindahan ilmu (Lucas, 2006). Furnham & Gunter (1993) menyimpulkan bahawa fungsi budaya organisasi adalah sebagai integrasi dalaman dan koordinasi.Kajian ke atas budaya organisasi yang berubah untuk memperbaiki prestasi dan membuatkan pencapaian organisasi menjadi kompetitif semakin berkembang. Contohnya dalam pembangunan Organisation Culture Inventory (Cooke & Lafferty, 1987). Ianya adalah penting untuk sesuatu konsep itu diperhatikan dan diukur bagi membolehkannya dimanipulasikan. Selain daripada keperluan untuk perubahan, terdapat minat untuk mengkaitkannya dengan aktiviti organisasi yang lain seperti yang dinyatakan di atas iaitu produktiviti dan kualiti, perkongsian ilmu pengetahuan dan pemindahan ilmu, sikap kakitangan dan pekerjaan (Ashkanasay, Broadfoot & Falkus, 2000). Perkongsian ilmu adalah alat pengukuran terbaru kepada pengurusan pengetahuan di mana aset pengetahuan digalakkan dalam budaya untuk meningkatkan kecekapan dan output organisasi (Stair & Reynolds, 2008).Dalam kajian yang dilakukan oleh Amal Altaf & Mohammad Ali Jinnah (2011) yang bertajuk The Impact of Organizational Culture on Organizational Effectiveness: Implication of Hofstede Cultural Model as Organizational Effectiveness Model ke atas 123 responden menggunakan 4 dimensi teori Hofstede mendapati:1. Power distant mempunyai impak negatif ke atas kecekapan organisasi.2. Uncertainty avoidance mempunyai impak yang negatif dalam kecekapan organisasi.3. Masculinity mempunyai impak yang negatif ke atas kecekapan organisasi.4. Collectivism mempunyai impak yang positif ke atas kecekapan organisasi.Kajian yang dijalankan oleh Mieke Van Houtte dan Dimitri Van Maele (2011) dalam The black box revelation: in search of conceptual clarity regarding climate and culture in school effectiveness research mendapati istilah budaya lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan kecekapan sesuatu organisasi berbanding iklim.8.4 Kajian Iklim Sekolah di Luar NegaraKajian dilakukan oleh Ilhan Gunbayi dalam School Climate and Teachers Perceptions on Climate Factors: Research into Nine Urban High Schools, 2007 ke atas sembilan buah sekolah, iaitu empat sekolah di Afyon City dan lima di Usak City, Turki untuk mengukur persepsi guru yang berhubung dengan faktor iklim dalam kalangan guru yang mengajar kursus Sains Sosial, guru yang mengajar Sastera, Muzik dan Pendidikan Fizikal dengan kecekapan organisasi. Kajian ke atas 381 orang guru ini mendapati guru-guru bersetuju terhadap ciri iklim terbuka dalam semangat berpasukan (3.93), kejelasan dan standard (3.52), keintiman dan sokongan ( 3.49), autonomi (3.48), konflik ahli (3.44), iklim sederhan dalam risiko (3.29) dan penghargaan (3.07). Kajian yang dijalankan oleh Angus J. Macneil, Doris L.Prater dan Steve Busch dalam The effects of school culture and climate on student achievement ke atas sekolah-sekolah di Texas mendapati sekolah yang mempunyai tahap Exemplary (cemerlang) mempunyai iklim sekolah yang lebih baik berbanding dengan sekolah pada tahap Acceptable (lemah). Ini menunjukkan iklim sesuatu sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan dan prestasi sekolah.9.0KESIMPULANBudaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran, keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Di Malaysia kajian dan pegetahuan kita tentang budaya sekolah dan sekolah berkesan masih terhad (EPRD, 2004). Jika ada pun kajian di Malaysia namun kajian dijalankan secara berasingan dan tidak menekankan nilai budaya dan pencapaian sekolah (Norihan Haji Azizan, 1996; Shahril Marzuki, 1997; Zulkifli Husin, 1998; Umi Nafisah Md. Sirat, 1999; Abdul Aziz Omar, 2000 & Ahmad Zabidi Abd Razak, 2002). Walaupun kajian-kajian di luar negara agak banyak namun kebanyakannya adalah kajian empirikal berbentuk kualitatif dan interpretatif, kutipan data daripada sampel sekolah yang kecil (Colley, 1999; Kelley & Bredeson, 1987; Kottkamp, 1984; Ortiz, 1986; Owens, Steinhoff & Rosenbaum, 1989; Perkaralewis, 1988; Willower dan Smith, 1986). Kajian-kajian mutakhir pula membuat perbandingan antara budaya sekolah menengah (Cavanagh & Dellar, 1998; Pang, 1996). Kajian-kajian seumpama ini sangat terhad di Malaysia dan telah lama tidak dikaji (EPRD, 2004). Manakala kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah pula menunjukkan iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu diambil kira untuk memberikan peluang pendidikan yang adil kepada semua rakyat Malaysia dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

10.0RUJUKANAhmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19.Affizal Ahmad. (2011). Kepentingan Pendidikan Dalam Pembentukan Kualiti Hidup. Kubang Kerian: Universiti Sains MalaysiaAmal Altaf & Mohammad Ali Jinnah (2011). The Impact of Organizational Culture on Organizational Effectiveness: Implication Of Hofstede Cultural Model as Organizational Effectiveness Model. The International Journal of Interdiscliplinary of Social Sciences. Vol.6, Issue 1. 1833-1882.Cole, G.A. (1995). Management theory and practice (5th ed.). London: DP Publications.Cooke, R. A., & Lafferty, J. C. (1987). Organizational Culture Inventory. Plymouth, MI: Human Synergistics.Cullen, J.B. (2002). Multinational Management. South-Western College Publishing.Gumuseli, A. I., & Eryilmaz, A. (2011). The Measurement of Collaborative School Culture (CSC) on Turkish School. New Horizon in Education, Vol.59, No.2.Houtte, M. V., & Maele, D. V. (2011). The Black Box Revelation: In search of Conceptual Clarity Regarding Climate and Culture in School Effectiveness Research. Oxford Review of Education. Vol. 37, No. 4, 505-524.Hoy, K. W., (1990). Organizational Climate and Culture: A Conceptual Analysis of School Workplace. Journal of Educational and Psychological Consultation, 1(2), 149-168.Hoy, K. W., Tarter, C. J., & Kottkamp, R. B., (2011). Measuring Organizational Climate. Arlington Writers Ltd, Columbus.Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2005). Educational administration: Theory, research and practice (7th ed.). New York. McGraw Hill.Khan, U. I., Usoro, A., & Majewski. (2010). An Organizational Culture Model for Comparative Studies: A Conceptual View. International Journal of Global Business. 3 (1) . 53-82. Central Michigan University.Lazaridou, A., & Iordanides, G. (2011). The Principals Role in Achieving School Effectiveness. ISEA, Vol.39, No.3.MacNeil, A. J., Prater, D. L., & Busch, S. (2009). The effects of School Culture on Student Achievement. International Journal of Leadership in Education, No.1, 73-84.Martins, E. C., & Terblanche, F. (2003). Bulding Organizational Culture That Stimulate Creativity and Innovation. Europen Journal Of Innovation Management. 6 (1). 64-74.Matthew, J. (2007). The Relationship of Organizational Culture with Productivity and Quality. Employee Relations. 29 (6). 677 695.Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku: Edisi Ketiga. Ipoh: Penerbitan Multimedia.Mok Soon Sang (2012). Prinsip Teras Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia.Mohd Nor Bin Jaafar. (2005). Kepemimpinan Pengajaran Guru Besar,Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan HubunganAntara Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Sungai Petani: Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim.Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif Kementerian Pendidikan Malaysia. 13-14 Julai 1995. Institut Aminudin Baki: Kementerian Pendidikan Malaysia.National School Climate Council (2007). The School Climate Challenge: Narrowing the Gap Between School Climate Research and School Climate Policy, Practice Guidelines and Teacher Education Policy.Sergiovanni, T. J. (1991). The Principalship: A Reflective Practice Perspective. Massachusetts: Alyn and Bacon.Shamsiah Mohd. Amin, Shahrulbanun A. Ghani dan Azaiah Ab. Latib (2005). Konsep dan Pelaksaan Sekolah Selamat. Seminar Pendidikan: Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Falkulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 15 Oktober 2005.Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Mikson (2010). Budaya dan Pembelajaran. Pucong: Penerbitan Multimedia.Yaakob Daud. (2007). Budaya Sekolah Rendah: Hubungan dengan Kepimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik. (Projek tahun akhir yang tidak diterbitkan). Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.