1.0 Pengenalan Pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan konsep penting dalam dunia pendidikan. Konsep-konsep ini digunakan mengukur dan menilai prestasi dan tahap kebolehan murid dalam sesuatu bidang pelajaran. Penilaian yang sistematik mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat dapatan yang diperoleh. Maklumat dapatan ini seterusnya dapat membantu guru membuat keputusan dan pertimbangan yang tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran sama ada dari segi objektif pembelajaran sudah dicapai oleh murid atau memerlukan pengulangan semula dan sebagainya. Selain itu, maklumat dapatan juga membantu guru mengenal pasti tahap kebolehan murid, menentukan gred dan kedudukan seseorang murid. Penilaian memberikan manfaat kepada murid-murid di mana mereka dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan. Menurut Azman Wan Chik dalam bukunya bertajuk Konsep Pengujian Penilaian dan Kepentingannya Bagi Bilik Darjah (1980), penilaian merupakan unsur yang dapat menggerakkan motivasi ke arah positif. Selain manfaat kepada murid, penilaian turut memberikan manfaat kepada guru di mana ianya bertindak sebagai “maklumat balik menjelaskan kepadanya berkesankah atau tidak pengajarannya”. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Pengenalan
Pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan konsep penting dalam
dunia pendidikan. Konsep-konsep ini digunakan mengukur dan menilai prestasi
dan tahap kebolehan murid dalam sesuatu bidang pelajaran. Penilaian yang
sistematik mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat
dapatan yang diperoleh. Maklumat dapatan ini seterusnya dapat membantu guru
membuat keputusan dan pertimbangan yang tepat berhubung dengan
pengajaran dan pembelajaran sama ada dari segi objektif pembelajaran sudah
dicapai oleh murid atau memerlukan pengulangan semula dan sebagainya.
Selain itu, maklumat dapatan juga membantu guru mengenal pasti tahap
kebolehan murid, menentukan gred dan kedudukan seseorang murid.
Penilaian memberikan manfaat kepada murid-murid di mana mereka
dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan. Menurut Azman Wan Chik dalam
bukunya bertajuk Konsep Pengujian Penilaian dan Kepentingannya Bagi Bilik
Darjah (1980), penilaian merupakan unsur yang dapat menggerakkan motivasi
ke arah positif. Selain manfaat kepada murid, penilaian turut memberikan
manfaat kepada guru di mana ianya bertindak sebagai “maklumat balik
menjelaskan kepadanya berkesankah atau tidak pengajarannya”.
Menurut Hussein Mahmood dalam buku Azman Wan Chik (1989),
penilaian dan peperiksaan memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai
menguji prestasi murid, malah sebagai alat untuk mendorong dan meningkatkan
lagi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Tugasan ini memberi pendedahan
kepada guru pelatih bukan sahaja dari segi konsep pentaksiran, pengujian dan
penilaian tetapi juga mengenai cara menghasilkan soalan Bahasa Malaysia yang
betul dengan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berasaskan kepada
1
taksonomi Bloom. Maklumat lanjut mengenainya dimuatkan dalam helaian yang
seterusnya.
2.0Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Rajah 1: Pentaksiran, penilaian dan pengujian.
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan
seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses pendidikan (Rozaidi Salim, 2009). Aktiviti-aktiviti dalam proses
pentaksiran adalah seperti aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang seseorang pelajar. Beberapa tokoh
mengatakan bahawa aktiviti pentaksiran ini dijalankan secara berterusan.
2
Pentaksiran
Penilaian
Pengujian
Rajah 2: Aktiviti-aktiviti dalam proses pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
Rajah 3: Tujuan pentaksiran
Pengukuran didefinisikan sebagai “suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana
3
Aktiviti Proses
Pentaksiran
Menghurai
Mengumpul
Merekod
Memberi skor
Menginterpretasi
individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat
tertentu”. Dalm erti kata lain, pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana
seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu (Azizi dan Mohd Isha, 2006). Haliza
dan Joy (2009) menyatakan bahawa pengukuran ialah penggunaan alat untuk
mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat tentang pencapaian pembelajaran
individu. Maklumat pencapaian murid boleh diperoleh secara informal atau
melalui pemerhatian ketika murid berbincang atau menyelesaikan masalah di
dalam kelas. Pengukuran juga boleh dikumpul secara formal melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti kuiz, latihan, amali, projek,
ujian lisan atau ujian bertulis.
Menurut kamus yang baku, pengukuran ialah tindakan atau proses untuk
menentukan sejauh manakah, setakat manakah, sebanyak manakah dan
sebagainya keadaan ‘sesuatu perkara itu, dengan membandingkannya secara
khusus dengan ukuran lain yang dianggap baku. Pengukuran merujuk kepada
proses membezakan dan mengelaskan orang perseorangan berbanding dengan
sesuatu tingkah laku atau ciri-ciri yang ditakrifkan (Abdullah Hassan, 1987).
Rajah 4: Ciri-ciri mengenai pengukuran yang dapat menjelaskan lagi makna
pengukuran.
4
C iri-c iri P enguku ran
P enguku ran tidak m e liba tkan p roses
m en ila i sepe rti ba ik , bu ruk dan
sebaga inya . N ila i sepe rti in i d ibua t
da lam p roses pen ila ian .
P enguku ran m em band ingkan
m arkah seseo rang pe la ja r
dengan sa tu ska la . B iasanya
ska la yang d igunakan ia lah
pencapa ian pe la ja r la in a tau
sua tu no rm a yang d iten tukan .
Mohamad Sahari Nordin (2008) menegaskan bahawa pengukuran adalah
aktiviti menetapkan sifat sama ada sifat kuantitatif atau sifat kualitatif kepada
sesuatu projek pembelajaran. Menurut beliau lagi, pengukuran membolehkan
guru membandingkan pencapaian antara pelajar. Apabila guru menetapkan
pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu ujian tertentu, misalnya bilangan
atau peratus jawapan yang betul, penetapan yang menggunakan angka-angka
kuantitatif ini adalah aktiviti pengukuran. Ukuran kuantitatiif juga digunakan
apabila seseorang guru mengukur minat pelajar terhadap subjek yang diajar.
Ukuran yang digunakan adalah dengan melabelkan minat pelajar kepada
kategori-kategori seperti “sangat berminat”, “kurang berminat”, dan “tidak
berminat”.
Pengukuran biasanya digunakan untuk mengukur prestasi seseorang
individu dalam bentuk angka bagi menggambarkan keupayaan individu tersebut.
Dalam mengukur prestasi, nilai kepada ukuran yang diperoleh tidak diberikan,
sebaliknya pengukuran hanya mengukur tahap prestasi/ciri tertentu seseorang
pelajar mengikut alat yang digunakan. Pengukuran boleh dibuat tanpa
menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang boleh
diukur melalui pemerhatian, sementara pengetahuan dan sikapnya diukur
melalui temubual. Pengukuran boleh dianggap sebagai proses untuk
mendapatkan sesuatu ukuran menggunakan kaedah tertentu manakala
pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.
Penilaian selalu ditafsirkan sebagai ujian dan peperiksaan. Sebenarnya
penilaian tidak terhad kepada ujian dan peperiksaan sahaja tetapi merangkumi
seluruh program pendidikan. Pelbagai cara boleh digunakan oleh guru untuk
membuat penilaian seperti pemerhatian, soal jawab lisan, kuiz, ujian pensel dan
kertas dan sebagainya. Melalui penilaian yang dijalankan, guru boleh
5
mengetahui keberkesanan pengajarannya di samping membantu guru
merancang strategi pengajaran seterusnya.
Menurut Hajah Rapiah Abdul Aziz dalam buku Safiah dan Zaiton (1988),
penilaian bolehlah dianggap sebagai satu proses untuk mendapatkan maklumat
dengan tujuan membuat satu pertimbangan ataupun satu keputusan. Juriah
Long et.al (1990) menyatakan bahawa penilaian adalah proses mengumpulkan
maklumat yang dibuat secara sistematik, berdasarkan beberapa teknik atau cara
dan alat yang tertentu untuk memastikan wujudnya perubahan perlakuan di
kalangan murid sebagaimana yang telah ditentukan oleh matlamat sukatan
pelajaran atau perancang pelajaran. Penilaian ditakrifkan sebagai sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran, dan boleh membantu guru
menentukan sejauh mana matlamat dan objektif pendidikan yang diharapkan itu
tercapai. Dalam penilaian Bahasa Malaysia, perkara yang perlu dinilai ialah
seperti yang berikut:
Rajah 5: Aspek penilaian
6
Apakah yang hendak dinilai?
Tahap penguasaan pelajar dalam keempat-empat kemahiran berbahasa yakni mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Tahap penggunaan tatabahasa yang betul, tepat dan gramatis.
Kematangan pemikiran pelajar
Kepekaan pelajar terhadap nilai murni masyarakat.
Penilaian dijalankan dengan dua cara iaitu secara berterusan atau formatif
dan secara akhiran atau sumatif. Penilaian formatif dijalankan sepanjang masa
untuk melihat perkembangan pelajar secara individu dalam penguasaan Bahasa
Malaysia. Penilaian formatif boleh dijalankan secara formal dan tidak formal.
Sekiranya guru memilih untuk menjalankannya secara formal, penilaian dibuat
melalui kerja latihan atau ujian bulanan. Penilaian formatif secara tidak formal
pula dibuat melalui pemerhatian, pelaksanaan tugasan atau projek bahasa yang
dijalankan oleh pelajar. Merujuk buku Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa
(1992), penilaian formatif dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang boleh
digunakan serta-merta untuk membantu guru dan para pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran masing-masing untuk mencapai objektif yang dirancangkan.
Rajah 6: Jenis penilaian
Penilaian sumatif pula dijalankan pada peringkat akhir sesuatu program
pengajaran dan pembelajaran untuk membandingkan pencapaian antara pelajar
serta tujuan persijilan. Pada kebiasaannya, ujian ini dijalankan secara berkala
sama ada pada akhir bulan atau semester. Contoh-contoh ujian sumatif adalah
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM). Penilaian sumatif biasanya dijalankan secara formal pada akhir sesuatu
peringkat pembelajaran. Soalan-soalan yang ditanya merangkumi soalan
objektif, soalan subjektif dan lisan. Item ujian terdiri daripada pelbagai contoh
yang meliputi keseluruhan kurikulum dan disebarkan daripada yang mudah
kepada yang susah mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU).
7
Jenis Penilaian
SumatifFormatif
Merujuk kepada penulisan Azizi dan Mohd Isha (2006), tujuan penilaian
adalah seperti berikut:
Rajah 7: Tujuan penilaian
Penilaian yang dijalankan di dalam bilik darjah dapat memberikan maklum
balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan
kemahiran yang diajar. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran
juga akan dapat dikesan melalui penilaian yang dijalankan. Guru dapat
mendiagnosis kemajuan pelajar sama ada berada pada tahan yang sangat
memuaskan, memuaskan, sederhana atau lemah. Oleh yang demikian, guru
dapat mengubah dan merancang strategi yang lebih sesuai dengan setiap
pelajar.
Penilaian yang dijalankan dapat menentukan gred pencapaian para
pelajar. Sebagai contoh, penilaian jenis sumatif seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang dijalankan pada akhir pengajian dapat menentukan tahap
pencapaian seseorang murid secara keseluruhannya. Pencapaian akademik
pelajar ditentukan dengan pemberian gred seperti cemerlang, sederhana atau
gagal. Tindakan selanjutnya daripada pencapaian akademik pelajar akan
menentukan penempatan yang sesuai dengannya.
8
Tujuan Penilaian
Diagnosis
Bimbingan dan kaunselingPencapaian
Pemilihan dan penempatan
Penilaian terhadap pelajar akan membantu guru membuat keputusan dan
memilih pelajar untuk ditempatkan dalam kumpulan tertentu berdasarkan kepada
keputusan akademik dan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran
mereka. Selain itu, keputusan penilaian juga digunakan untuk menempatkan
pelajar dalam aliran tertentu. Sebagai contoh, pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang bagi mata pelajaran Sains dalam ujian Penilaian Menengah Rendah
(PMR) memungkinkan pelajar tersebut untuk ditempatkan dalam aliran Sains
Tulen apabila berada di tingkatan empat.
Melalui penilaian, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cemerlang dan
dan lemah. Seterusnya keputusan penilaian dapat digunakan untuk tujuan
bimbingan dan kaunseling. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan misalnya akan mempunyai motivasi intrinsik/dalaman untuk
lebih berusaha dan mengekalkan keputusan cemerlangnya. Sebaliknya pelajar
yang lemah akan diberikan bimbingan dan kaunseling oleh guru untuk
membantu mereka mengenal pasti masalah dalam pembelajaran dan menangani
masalah tersebut dengan lebih berkesan.
Pengujian pula ialah proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik
bagi mengumpul sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau
pelajar (Azizi dan Mohd Isha, 2006). Menurut Cronbach (1970) dalam buku
Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan karangan Azizi dan Mohd Isha
(2006),
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem berkategori”.
9
Maklumat dapatan yang diperoleh daripada ujian yang dijalankan
terhadap murid-murid dapat membantu guru membuat keputusan yang tepat
dalam beberapa perkara. Menurut Raminah (1991) dalam artikel karangan
Rozaidi Salim (2009),
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian atau pengadilan”.
Abdullah Hassan (1987) menegaskan bahawa ujian ialah cara yang
sistematis untuk mengukur tingkah laku seseorang. Ukuran terhadap tingkah
laku yang dimaksudkan adalah melalui pengujian, seseorang murid
menunjukkan tingkah lakunya dengan cara menanda, mengisi atau mengarang
perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Sistematis pula ialah perkara atau
butiran ujian yang harus dibina berdasarkan peraturan tertentu. Di sekolah,
soalan-soalan ujian Bahasa Malaysia digubal dengan merujuk kepada Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). Penggunaan JSU akan dapat memastikan soalan yang
digubal menepati kurikulum dan sesuai dengan semua peringkat atau aras
kognitif murid-murid daripada rendah kepada sederhana dan tinggi.
Juriah Long et.al (1990) menegaskan bahawa ujian merupakan satu
daripada cara bagaimana penilaian boleh dibuat. Instrumen ujian merupakan alat
yang dibina secara sistematik untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat
tentang perubahan perlakuan murid-murid. Ujian yang dijalankan haruslah
dilaksanakan dengan cara yang ditetapkan dan cara memberi markat ditentukan
dengan terperinci. Murid-murid mengambil ujian dengan keadaan yang sama
dan menjawab soalan yang sama pada masa yang ditetapkan bagi memastikan
kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dijalankan.
10
Di sekolah, prestasi murid-murid diukur melalui ujian dan peperiksaan.
Ujian seperti Ujian Awal Tahun, Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahun
dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap prestasi murid. Selain
itu, ujian juga dijalankan oleh guru dalam menentukan sama ada objektif
pengajaran dan pembelajaran tercapai atau sebaliknya. Gred dan kedudukan
murid-murid juga ditentukan melalui ujian.
Abdullah Hassan (1987) menyatakan bahawa terdapat empat tujuan
pengujian. Tujuan pertama adalah menentukan cara dan tujuan pengujian yang
baik. Pengujian juga dijalankan untuk menguji kefahaman. Ujian kefahaman
dilaksanakan bagi menguji sejauh mana murid-murid memahami isi kandungan
pelajar yang diajar di dalam bilik darjah. Pengujian dapat memberikan makluman
mengenai kelemahan dan kekuatan. Guru dapat mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan pengajarannya manakala murid dapat mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan dalam pembelajarannya.
Merujuk kepada penulisan Juriah Long et.al (1990), terdapat empat jenis
ujian bahasa iaitu:
Rajah 8: Jenis ujian
Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai
sesuatu bahasa, sama ada khusus kepada sesuatu bahasa atau secara am.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
1. “Biarlah _______ bermohon diri dahulu,”ujar Tun Nila kepada penghulu kampung itu.A hamba C tuan hamba
B patik D saya
Soalan 2 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
2. Pak Amir memangkas daun-daun pokok di tepi pagar itu kerana terlalu______.
A rimbun C banyak
B semak
3. Perbuatan ________ kenderaan di bahu jalan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.A meletakkan C menempatkan
29
KATA GANTI DIRITB : 1.PENGETAHUAN ARAS : RENDAH
PENJODOH BILANGANTB : 3. APLIKASI ARAS : RENDAH
B memasukkan
Soalan 4 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
4. Pekerja ladang teh itu masing-masing ________ sebuah bakul di belakang mereka semasa bekerja.
A menjinjing C menggalas
B memikul
5. Kedai itu menjual barangan _____ kepada pelanggannya dengan harga yang berpatutan.A kuno C usang
B antik D lekang
6. ________ itu sentiasa menjaga tutur katanya semasa menyampaikan maklumat kepada para pendengar.
A Jurucakap C Juruacara
B Juruhebah D Jurubahasa
30
KATA KERJATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH
KATA KERJATB : 3. APLIKASI ARAS : RENDAH
KATA ADJEKTIFTB : 1. PENGETAHUAN ARAS : RENDAH
KATA NAMATB :2. KEFAHAMANARAS : RENDAH
Soalan 7 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
7. Ayah _________ baja di kebun agar sayu-sayurannya hidup subur.A mencampak C mengirai
B menuang D menabur
8. Tandas murid lelaki berbau _________ kerana ada murid yang tidak menjirusnya selepas membuang air kecil.
A hamis C hapak
B hanyir D hancing
31
KATA KERJATB : 3. APLIKASI ARAS : RENDAH
KATA ADJEKTIFTB :1. PENGETAHUAN ARAS : RENDAH
Soalan 9 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
9. ________ budak lelaki itu gemuk,________ dia mampu berlari sejauh 800 meter tanpa henti.
A Jangankan……pun C Walaupun.…namun
B Sama ada.….ataupun D Baik.….mahupun
10. Zarul dapat menyampaikan ucapannya dengan ________ semasa perhimpunan pagi tadi.
A licin C cekap
B lancar
Soalan 11 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6
32
KATA HUBUNGTB :3. APLIKASI ARAS : RENDAH
KATA ADJEKTIFTB :3. APLIKASI ARAS : RENDAH
KATA KERJATB :3. APLIKASI ARAS : RENDAH
11. Pelari yang menjuarai acara 100 meter itu ________ tangannya sebaik sahaja dia melepasi garisan penamat.
A mendepa C menggapai
B menjulang D melambai
12. Ibu memberi _________ daripada lebihan lauk kenduri semalam kepada ________ orang jirannya.
A setengah….. setiap C separuh…..sebilangan
B sebahagian….beberapa D sedikit……segelintir
Soalan 13 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7
13. Puan Salimah sedang _______ benang emas pada sarung bantal yang akan digunakan dalam majlis persandingan anak perempuannya.
A menyulam C menekat
B menenun D mengait
14. “__________ berikan sampul surat ini kepada Cikgu Jamal,”kata Cikgu Isa kepada Amirul.
A Tolong C Harap
33
PENJODOH BILANGAN TB : 2. KEFAHAMANARAS : RENDAH
KATA KERJATB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH
B Minta D Sila
15. ________ , lututku masih sakit hingga sekarang !
A Ah C Eh
B Wahai D Aduh
Soalan 16 berdasarkan Gambar 8
Gambar 8
16. __________ kah lelaki yang selalu mundar-mandir di kaki lima bangunan itu ?
A Siapa C Berapa
B Mengapa D Bila
17. Beberapa buah helikopter milik angkatan tentera Malaysia sedang ________ di ruang udara kawasan hutan itu.
A berkisar-kisar C berputar-putar
B berlegar-legar D berpusing-pusing
34
KATA PERINTAHTB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH
KATA SERUTB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH
KATA TANYATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH
Soalan 18 berdasarkan Gambar 9
Gambar 9
18. _________ di tepi jalan itu telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
A Papan tanda C Papan lantai
B Papan utama D Papan tulis
19. Biar saya masuk dahulu. _________, awak ikutlah saya dari belakang.
A Lagipun C Meskipun
B Justeru D Kemudian
35
KATA GANDATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH
KATA NAMATB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH
PENANDA WACANATB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH
Soalan 20 berdasarkan Gambar 10
Gambar 10
20. Adik saya tidur di ruang tamu dengan _______ tikar mengkuang.
A mengalas C beralaskan
B mengalasi D mengalaskan
21. Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh telah mengadakan kuiz _______ pada minggu lepas untuk meningkatkan kesedaran murid-murid.
A antibodi C antibiotik
B antiseptik D antidadah
Soalan 22 berdasarkan Gambar 11
Gambar 11
36
IMBUHANTB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH
KATA NAMATB : 1. PENGETAHUANARAS : SEDERHANA
KATA GANDATB : 3. APLIKASIARAS : RENDAH
22. Kemarau yang berpanjangan telah mengakibatkan seluruh kawasan sawah itu __________.
A kontang-kanting C kering-kontang
B punah-ranah
23. Noriah membeli se_____ gunting dan se_______ gam di koperasi sekolahnya.
A buah…….botol C pasang….biji
B bilah…..botol D laras….kotak
Soalan 24 berdasarkan Gambar 12
Gambar 12
24. Anuar tinggal ______ apabila rumahnya hangus dijilat api pagi tadi.
A nyawa ikan C sehelai sepinggang
B putih mata D sekangkang kera
25. Mereka yang terlibat dengan kerja-kerja amal itu bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Perkataan seerti bagi terlibat ialah
A tersenarai C terkandung
B terbabit
37
PENJODOH BILANGANTB : 1. PENGETAHUANARAS : RENDAH
SIMPULAN BAHASATB : 3. APLIKASIARAS : SEDERHANA
SINONIMTB : 2. KEFAHAMANARAS : RENDAH
26. Kami dapat menghadapi semua dugaan itu dengan tenang.
Perkataan lawan bagi tenang ialah
A gelisah C tenteram
B runding D risau
Soalan 27 hingga 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
27. “Saya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana kecemerlangan saya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum,”kata Fadzil.
A Fadzil memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
B Fadzil menerangkan bahwa bahawa dia meminta ke sekolah berasrama penuh kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
C Fadzil mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran daripada sekolah berasrama penuh kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
D Fadzil menyatakan bahawa dia bersetuju ke sekolah berasrama penuh kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
38
AKRONIMTB : 2. KEFAHAMANARAS : RENDAH
STRUKTUR AYATTB : 5. ANALISISARAS : SEDERHANA
28. Nenek sedang membakar kuih baulu di dapur.
A Kuih baulu sedang dibakar oleh nenek di dapur.
B Kuih baulu nenek dibakar di dapur.
C Kuih baulu yang di dapur itu dibakar oleh nenek.
D Kuih baulu di dapur nenek sedang dibakar.
Soalan 29 hingga 30
Pilih ayat yang betul.
29. A Novel itu bukan sesuai dibaca oleh murid-murid Tahap 1.
B Kereta-kereta di dalam gudang itu tidak untuk dilelong tetapi untuk disimpan sementara sahaja.
C Pekan Kuah bukan di Pulau Pangkor tetapi di Pulau Langkawi.
D Budak perempuan yang berambut panjang itu tidak adik Jamilah.
30. I Abang memasukkan botol itu di dalam bakul.
II Pak Tam ialah adik lelaki emak saya yang bongsu.
III Antara Halim ataupun Leman, masing-masing tidak pandai bermain bola sepak.
IV Saya tidak memahami pertuturannya kerana dia menggunakan bahasa Cina.
39
STRUKTUR AYATTB : 4. SINTAKSISARAS : RENDAH
STRUKTUR AYATTB : 5. SINTAKSISARAS : SEDERHANA
A I dan III C III dan IV
B I dan II D II dan III
Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
54,Jalan Datok Rahman,
Taman Datok Rahman,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.
Menemui sahabatku yang kini berada di Butterworth,semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya di samping keluarga serta pelajaran.
Saudara,
Surat saudara yang bertarikh 15 Ogos 2006 telah selamat saya terima seminggu yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana telah menceritakan tempat-tempat yang menarik di tempat saudara. Kini, giliran saya pula menceritakan satu daripada tempat yang menarik di sini, iaitu Taman Rekreasi Ulu Bendul.
Taman Rekreasi ini terletak di Kilometer 25 , Jalan Seremban-Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada ,masa dahulu, tempat ini tidak begitu dikenali. Walau bagaimanapun, setelah usaha dijalankan oleh kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Kuala Pilah, tempat ini semakin popular. Tarikan utama kawasan ini ialah air terjunnya. Air terjunnya yang mengalir
40
STRUKTUR AYATTB : 5. SINTAKSISARAS : SEDERHANA
perlahan dari Gunung Angsi menjanjikan suhu yang sejuk dan amat sesuai dijadikan kawasan pilihan untuk bersantai dan beristirehat. Di samping itu, pengunjung-pengunjung yang datang untuk berehat tidak perlu bimbang jika tidak membawa bekalan makanan kerana terdapat banyak gerai yang menjual makanan di sini.
Selain itu, kawasan yang strategik ini juga selalu dijadikan tapak perkhemahan pasukan beruniform sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi menarik minat murid-murid tentang daya kepimpinan, sikap berdikari, serta sikap tolong-menolong. Pada musim cuti sekolah pula, pelbagai pertubuhan mengadakan aktiviti untuk menarik minat pelancong datang ke Ulu Bendul. Antara aktiviti yang kerap diadakan termasuklah ekspedisi mendaki Gunung Angsi.
Bagi mengekalkan kehijauan tempat ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Pilah. Di samping mengharamkan aktiviti penebangan pokok, inisiatif juga telah diambil dengan menambah spesies tumbuh-tumbuhan sebagai rujukan generasi akan datang. Jika saudara berminat hendak ke sana, hubungilah saya kerana saya boleh aturkan penginapan dan perjalanan saudara ke sana.
Sampai di sini warkah saya buat kali ini. Semoga bertemu lagi pada lain lembaran. Akhir sekali, sampaikan salam saya buat semua keluarga saudara di sana. Sekian,terima kasih.
Yang benar,
Jamal
31. Bilakah Jamal menerima surat daripada rakannya?
A 9 Ogos 2006 C 19 Ogos 2006
B 15 Ogos 2006 D 25 Ogos 2006
41
MEMAHAMI TEKSTB : 1. PENGETAHUANARAS : SEDERHANA
32. Tarikan utama Taman Rekreasi Ulu Bendul ialah
A air terjunnya yang sejuk dan nyaman.
B banyak terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.
C kedudukan Gunung Angsi yang berhampiran dengan taman tersebut.
D mempunyai tapak perkhemahan yang sangat sesuai kepada murid-murid.
33. Apakah janji penulis kepada sahabatnya dalam perenggan kelima
petikan?
A Membawa sahabatnya mendaki Gunung Angsi .
B Menyampaikan salam kepada keluarga sahabatnya.
C Menguruskan percutian sahabatnya di taman tersebut.
D Menambahkan spesies tumbuh-tumbuhan di taman tersebut.
34. Pernyataan yang berikut benar tentang Taman Rekreasi Ulu
Bendul kecuali
A taman ini sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam negara.
B taman ini diusahakan bersama dengan Majlis Daerah Kuala Pilah.
C taman ini sentiasa dijaga keindahannya.
D taman ini penuh dengan spesies tumbuhan dan haiwan.
42
MEMAHAMI TEKSTB : 2. KEFAHAMANARAS : SEDERHANA
MEMAHAMI TEKSTB : 4. ANALISISARAS : SEDERHANA
MEMAHAMI TEKSTB : 4. SINTAKSISARAS : SEDERHANA
35. Kata inisiatif dalam petikan bermaksudA tindakan C bantuan
C daya usaha D galakan
Soalan 36 hingga 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sambil menguis-nguis timbunan tanah, Si Jalak sudah dikelilingi oleh beberapa ekor ayam lain. Kesemuanya adalah anak bini Jalak belaka. Mereka masing-masing berebut-rebut apabila Jalak memanggil, tetapi seekor cacing pun tidak ada. Namun demikian, anak bini Jalak tidak membiarkan Jalak berusaha sendirian. Masing-masing pun menguis-nguis, untung-untung akan muncul cacing dari timbunan tanah itu.
“Tengok tu, Kuning sudah dapat,”kata Si Hitam dengan nada dengki sambil menghambat Si Kuning. Si Kuning ke sana ke mari dengan tidak tentu hala. Kadang-kadang dia berhenti lalu meletakkan cacing di mulutnya itu ke tanah. Pada masa itu, Si Kuning terus dikejar oleh Si Hitam. Dengan serta-merta Kuning Menggonggong cacing itu dan berlari ke arah belakang pokok bunga. Di situ dia meletakkan cacingnya itu. Mungkin dia sudah letih agaknya. Hitam nampaknya tidak berputus asa. Dia terus mengejar.
“Mengapa mesti kaurebut cacing Si Kuning itu?marah Jalak pada Si Hitam.
“Kalau kaumahu, carilah sendiri,”tambah bapanya lagi.
daripada Hitam diam. Dia tidak lagi mengejar Si Kuning. Dia kembali menguis-nguis timbunan tanah itu.
“Kruuu…”terdengar suara dari arah reban. Hitamlah yang dulu sekali berlari ke arah panggilan itu. Ayam-ayam yang lain juga tidak ketinggalan berlumba-lumba menuju ke arah panggilan itu. Kemudian, Si
43
MAKSUD PERKATAANTB : 4. ANALISISARAS : SEDERHANA
Kuning pun sampai dengan termengah-mengah kerana dia berlari dari jauh. Ayam-ayam yang lain tidak memperdulikan Si Kuning. Mereka sibuk mematuk-matuk biji jagung yang berselerak di atas tanah itu. Apabila ada antara mereka yang melanggar sempadan, ada yang akan meradang. Pada masa itu, Si Jalaklah yang akan meleraikan mereka berkelahi.
36. Apakah tujuan Si Jalak menguis-nguis tanah?A Hendak mencari makanan.
B Hendak menghalau Si Hitam.
C Hendak mengajar ayam-ayam yang lain cara mencari makanan.
D Hendak menarik perhatian ayam-ayam yang lain.
37. Mengapakah Si Hitam menghambat Si Kuning?A Mereka mahu bergaduh.
B Dia dengki akan Si Kuning
C Si Kuning mencuri cacingnya.
D Dia mahukan cacing.
38. Si Kuning berlari ke arah pokok bunga kerana A dikejar oleh Si Hitam.
B hendak meletakkan cacing.
C hendak makan cacing itu.
D hendak menyembunyikan cacing itu.
44
MEMAHAMI TEKSTB : 1. PENGETAHUANARAS : SEDERHANA
MEMAHAMI TEKSTB : 2. KEFAHAMANARAS : SEDERHANA
MEMAHAMI TEKSTB : 3. ANALISISARAS : SEDERHANA
39. Mengapakah Si Hitam tidak lagi mengejar Si Kuning?A Dia telah dimarah oleh bapanya.
B Si Kuning kuat berlari.
C Si HItam sudah terlalu letih.
D Dia mahu mancari makanannya sendiri.
40. Berdasarkan petikan, makna untung-untung bermaksudA kalau ada
B untung yang banyak
C bernasib baik
D kejayaan yang besar
45
MAKSUD PERKATAANTB : 4. ANALISISARAS : SEDERHANA
MEMAHAMI TEKSTB : 3. ANALISISARAS : SEDERHANA
Bahagian A
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
[10 markah]
1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
46
MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR
TAKSONOMI BLOOM: ANALISIS
ARAS : SEDERHANA
Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[30 markah]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebatang Pen”.
ATAU
2. Kamu telah pergi bercuti bersama keluarga kamu semasa cuti sekolah yang lalu ke tempat-tempat yang menarik di salah sebuah negeri di Malaysia. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu untuk menceritakan pengalaman menarik itu.
“Aku
ATAU
47
AUTOBIOGRAFI
TAKSONOMI BLOOM: ANALISIS
ARAS : SEDERHANA
MENULIS SURAT TIDAK RASMI
TAKSONOMI BLOOM: APLIKASI
ARAS : SEDERHANA
3. Pada hujung minggu yang lalu,anda bersama keluarga telah pergi berkelah di Pantai Batu Feringgi.Gambarkan suasana dan pengalaman anda sekeluarga semasa berkelah.K
elas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas,
48
MENCERITAKAN PENGALAMAN YANG DILALUI
TAKSONOMI BLOOM: APLIKASI
ARAS : SEDERHANA
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
1. Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Amin, Raju dan Beng Heng bercadang untuk melastik burung di dusun Pak Mat. Sebelum pergi, mereka meminta izin daripada ibu bapa mereka dengan mengatakan bahawa mereka ingin menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah. Apabila sampai di dusun, mereka menyembunyikan basikal di dalam semak. Mereka ternampak beberapa ekor burung terbang dan hinggap di dahan pokok rambutan. Tanpa membuang masa, mereka pun melastik burung itu. Nasib mereka kurang baik kerana mereka terlastik sarang tebuan. Raju menjerit kesakitan kerana disengat tebuan. Amin dan Beng Heng berlari ke rumah Pak Mat untuk mendapatkan pertolongan. Pak Mat membawa Raju ke hospital. Raju dimasukkan ke wad untuk dirawat. Amin dan Beng Heng memberitahu ibu bapa Raju tentang kejadian itu. Keesokan harinya, mereka melawat Raju di hospital. Mereka membawa buah-buahan sebagai buah tangan. Raju dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat, Amin dan Beng Heng kerana telah menolongnya. Mulai hari itu, mereka berjanji tidak akan melastik burung lagi.ZuZulkifli bangun
49
MENCARI NILAI MURNI
TAKSONOMI BLOOM: PENILAIAN
ARAS : TINGGI
4.0 Peraturan Memberi Markah
4.1 Objektif
Untuk kertas 1 Bahasa Melayu tahun 5, terdapat 40 soalan yang perlu
dijawab oleh murid-murid. Setiap soalan mewakili satu markah. Soalan yang
diberikan perlulah ditandakan di dalam kertas jawapan.
40 soalan = 40 markah
No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan No Soalan Jawapan
1 B 19 D 37 B
2 A 20 C 38 B
3 A 21 D 39 A
4 C 22 C 40 C
5 B 23 B
6 B 24 C
7 D 25 B
8 D 26 A
9 C 27 A
10 B 28 A
11 B 29 B
12 B 30 C
13 B 31 B
14 A 32 A
15 D 33 C
16 A 34 D
17 B 35 C
18 A 36 A
50
4.2 Subjektif
4.2.1 Bahagian A
Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar.
Satu jawapan bersamaan dengan dua markah.
Contoh jawapan:
1. Hari ini merupakan Hari Sukan Sekolah.
2. Cuaca pada hari ini amat baik sekali.
3. Pertandingan lumba lari sedang berlangsung di trek perlumbaan.
4. Acara lain yang sedang berlangsung adalah lompat galah.
5. Kesemua penyokong memberi sorakan yang begitu hebat.
6. Hari Sukan Sekolah pada kali ini disambut dengan begitu meriah.
7. Menang dan kalah menjadi adat sesuatu pertandingan.
1 poin = 2 markah
5 poin = 10 markah
51
4.2.2 Bahagian B
1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku sebatang pen”.
Contoh jawapan mestilah mengandungi ciri-ciri berikut:
a. Nama dan asal usul.
b. Riwayat hidup - tempat tinggal – dijaga.
c. Penggunaan untuk menulis / mengarang / mengira dan menyiapkan kerja
sekolah.
d. Peristiwa gembira dibawa ke sekolah / ke pejabat dan dapat berbakti
kepada tuan.
e. Peristiwa sedih - habis dakwat / hilang / jatuh / dicuri / rosak / buruk.
f. Beli baru dibuang / disimpan untuk kenangan tamat riwayat.
Markah penuh adalah 30 markah. Pemarkahan dikira seperti berikut:
Isi = 30%
Bahasa = 40%
Gaya dan Olahan = 30%
Jumlah = 100%
2. Surat Tidak Rasmi
Pemarkahan menulis surat tidak rasmi adalah seperti berikut:
Mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
52
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
Keseluruhan markah adalah 30 markah.
3. Menceritakan pengalaman yang dilalui.
Untuk pemarkahan karangan ini adalah seperti berikut:
Isi = 30%
Bahasa = 40%
Gaya dan Olahan = 30%
Jumlah = 100%
Markah penuh adalah 30 markah.
53
BAHAGIAN C
Dalam bahagian C, murid-murid dikehendaki mencari nilai murni yang terdapat
dalam petikan. Markah penuh untuk bahagian ini adalah 20 markah.
Contoh jawapan adalah seperti berikut.
NILAI HURAIAN
Menghormati guru/berhemah tinggi Meminta kebenaran sebelum berbuat
sesuatu
Erat persahabatan/ berkongsi
pengalaman/ ingat mengingati
Melawat rakan yang berada di hospital.
Menghargai masa Memanfaatkan masa dengan sebaik-
baiknya.
Bersyukur/ menghargai alam
semulajadi/ mencintai alam
Kagum dengan keindahan alam
semulajadi
Patuh/mematuhi peraturan Akur atau mendengar nasihat guru
Baik hati/pemurah Membeli cenderamata untuk kawan
Tolong- menolong Membantu orang yang berada dalam
kesusahan.
Bersyukur Berterima kasih atas bantuan yang
diberi.
Setiap satu nilai yang diberikan bersamaan dengan 2 markah. Penulisan juga
mesti menepati gaya bahasa yang sesuai dan tidak melebihi 50 patah perkataan.