Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 3: No. 13 (September 2019) page 1-22 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 1 BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN LANGKAH BRITISH MENGATASINYA (FEMALE PRISONERS IN THE STRAITS SETTLEMENTS, 1800-1880: RESEARCH ON MANAGEMENT PROBLEMS AND BRITISH MEASURES TO OVERCOME THEM) Siti Alwaliyah Binti Mansor 1 [email protected]Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus 2 Universiti Malaya Abstrak : Pembentukan Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 seiring dengan kemajuan ekonomi secara langsung memberi kesan kepada suasana sosial dan institusi tempatan kolonial British. Dalam perkembangan ekonomi itu, antara institusi tempatan yang berkembang adalah penjara. Penubuhan penjara dilihat amat signifikan dari konteks keselamatan kerana menjalankan operasi sebagai kurungan pesalah, walaubagaimanapun sesuatu yang lebih mustahak adalah banduan itu sendiri menjadi tunggak pekerja yang utama ke arah kelancaran pembangunan ekonomi British. Justeru kemasukan banduan meliputi pelbagai bangsa seperti India dan China, dalam masa yang sama banduan wanita sebagai kelompok minoriti turut diangkut untuk dikenakan hukuman di Penjara NNS. Meskipun demikian, di sebalik kemasukan banduan yang konsisten, pihak British telah mengabaikan pengurusan banduan wanita sehingga menimbulkan pelbagai masalah sehingga menjejaskan pengurusan penjara. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti masalah-masalah pengurusan banduan wanita dan mengesan langkah British mengatasinya di Penjara Negeri-Negeri Selat dalam tempoh 1800 hingga 1880. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan penelitian disiplin sejarah, justeru penelitian dilakukan dengan melihat sumber dari Arkib Negara Kuala Lumpur. Antaranya seperti Straits Settlements Files (SSF), Colonial Office (C.O), laporan-laporan tahunan bagi jabatan penjara dan jabatan perubatan. Analisis yang dilakukan mendapati, usaha British membuahkan hasil apabila masalah pengurusan banduan wanita membawa pengenalan dasar pengasingan melalui Undang-undang Penjara 1867 yang baru, ia sekaligus berupaya memperbaiki pengurusan populasi banduan secara umum dan mengasingkan banduan wanita secara khususnya serta dapat memastikan pelaksanaan undang-undang penjara berjalan lancar. Kata Kunci : Banduan, Wanita, Hukuman, Kawalan, Masalah, Undang-Undang. 1 Penulis merupakan Tutor di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Kenegaraan Malaysia serta merupakan calon Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Malaysia di Universiti Malaya. 2 Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam bidang Sejarah Sosial dan Pentadbiran Malaysia.
22
Embed
BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880 ... · BANDUAN WANITA DI NEGERI-NEGERI SELAT, 1800-1880: PENELITIAN MASALAH-MASALAH PENGURUSAN DAN ... Dalam perkembangan ekonomi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
lelaki, banduan wanita melarikan diri, masalah pengurusan penjara dan lain-lain. Ini telah
memberi kesan terhadap kelancaran pengurusan penjara NNS. Situasi sebegini membuatkan
pihak British mula mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap banduan wanita. Oleh itu,
beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah-masalah pengurusan yang muncul di
Penjara NNS. Justeru, perbincangan ini akan meneliti masalah-masalah pengurusan berkaitan
banduan wanita dan langkah mengatasinya di Penjara NNS. Perbincangan akan dimulakan
dengan latar belakang banduan wanita di Penjara NNS, kemudian melihat masalah-masalah
yang timbul berkaitan dengan pengurusan banduan wanita, diikuti dengan perbincangan
langkah mengatasi yang dilakukan British ke arah usaha memastikan pentadbiran penjara
berjalan dengan berkesan.
Latar Belakang Banduan Wanita Di Penjara NNS
Penubuhan penjara-penjara di NNS pada abad ke-18 dan abad ke-19 bermula sejak Pulau
Pinang diduduki British pada tahun 1786. Pihak British terus menjajah Singapura pada tahun
1819, diikuti Melaka pada tahun 1824.4 Seterusnya, pada tahun 1825 ketiga-tiga buah negeri
ini disatukan di bawah satu unit pentadbiran lalu dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).
Perkembangan ekonomi yang berkembang pesat sekaligus membawa kepada keperluan buruh
banduan yang tinggi. Justeru, banduan dilihat sebagai sumber tenaga kerja yang penting untuk
tujuan pembangunan ekonomi British. Kemasukan mereka ke NNS diperlukan secara
berterusan. Ini secara tidak langsung menyebabkan penjara menjadi sebuah keperluan penting
untuk menempatkan banduan dan dalam masa yang sama membolehkan pelaksanaan hukuman
ke atas banduan dijalankan. Justeru dalam tempoh ini terdapat banyak penjara dibina secara
peringkat demi peringkat.
Ini bermula dengan beberapa penjara di Pulau Pinang iaitu dikenali sebagai Penjara
Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1790 seterusnya Penjara di Chowrasta Lines pada
tahun 1811 dan penubuhan Penjara Pulau Pinang yang baru pada tahun 1849. Selain itu negeri
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka turut menubuhkan penjara masing-masing. Di Singapura,
beberapa penjara ditubuhkan seperti Penjara Bras Basah (1825), Penjara Outram (1847), dan
seterusnya Penjara Pearl Hill (1882). Manakala Penjara Melaka iaitu HM Prison (Her Majesty)
ditubuhkan pada tahun 1860.5
Perkembangan ekonomi yang berlaku secara rancak di NNS membawa kepada
perubahan dalam bidang pentadbiran British. Pada tahun 1830, masalah jenayah semakin
berleluasa di NNS berikutan tindakan kerajaan British di India yang telah menjadikan NNS
terutamanya Singapura sebagai pusat penjara bagi penjenayah. Ia dikenali sebagai Penal
Settlement. Hal ini menyebabkan kemasukan beramai-ramai banduan dari India dan Hong
Kong yang terdiri daripada banduan wanita dan banduan lelaki.6
Walaupun begitu, kemasukan banduan wanita yang diangkut masuk ke NNS adalah
dalam jumlah yang kecil dan mereka dilihat oleh British sebagai kelompok minoriti. Populasi
banduan wanita hanya 5% berbanding 95% dari keseluruhan populasi penjara.7 Jumlah
populasi banduan wanita yang sedikit ini sekaligus menyebabkan tiada keperluan yang
mendesak untuk menyediakan ruangan pengasingan buat banduan wanita. Semua banduan
4 Nordin Hussin. Trade And Society In The Straits Of Melaka: Dutch Melaka And English Penang, 1780-1830,
Singapore : National University Of Singapore, 2007, H. 7. 5 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891. 6 C.M Turnbull. 1970. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society, Vol. 43, No. 1 (217). 7 Ee Heok Kua. Focus On Psychiatry In Singapore. British Journal Of Phsychiatry. 2004, 185, h.79-82
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
wanita diletakkan di dormitori dan juga di pondok-pondok seperti banduan lelaki.8 Mereka
dihimpunkan dalam ruang yang luas seperti asrama. Ini menyebabkan tiada sebarang
pengasingan dilakukan ke atas banduan wanita di penjara NNS. Hakikatnya, pengasingan
adalah salah satu ciri asas yang penting untuk pemulihan banduan wanita. Ia merupakan
instrumen utama dalam pengendalian sebuah institusi hukuman seperti penjara di NNS.
Pelaksanaannya dapat memisahkan banduan wanita dari populasi tertentu untuk beberapa
tujuan seperti pemulihan dan menjaga keselamatan. Selain itu, pengasingan juga digunakan
sebagai cara untuk mengeluarkan banduan daripada populasi tertentu di dalam penjara yang
dianggap membawa risiko keselamatan.9
Walaupun begitu, bagi tujuan keselamatan, pihak penjara telah menggariskan larangan
dan teguran supaya hasrat pengasingan dapat dilaksanakan. Namun percampuran sering tidak
dapat dielakkan. Menurut pihak British sendiri, konsep penempatan sebegini hakikatnya
dicorakkan oleh banduan itu sendiri. Ia tidak ditentukan oleh pihak penjara. Ini kerana pihak
British telah menyatakan peraturan, bahawa banduan wanita tidak dibenarkan masuk ke
penempatan banduan lelaki. Namun kebiasaannya peraturan agak sukar untuk dipatuhi
disebabkan kawalan dan penyeliaan yang longgar menjadikan banduan lelaki dan banduan
wanita mudah bergerak dengan bebas. Kawalan yang lemah dan tidak sistematik berlaku di
semua penjara NNS dan sehingga tahun 1820, tiada sebarang pengasingan dilaksanakan. Pihak
British tidak mengambil sebarang tindakan serius untuk mengawal kemasukan banduan yang
berbeza jantina.
Walau bagaimanapun, sejak tahun 1830 hingga 1860, kadar kemasukan banduan wanita
berlaku secara ketara. Kemasukan bukan sahaja dari banduan wanita yang diangkut dari
India,10 China, dan Eropah, akan tetapi ia juga disebabkan peningkatan jenayah dalam kalangan
wanita tempatan.11 Peningkatan jumlah banduan wanita secara tidak langsung membawa lebih
banyak masalah timbul. Pada tahun 1840, menurut H.G Bonham, Residen Kousilor Singapura,
selaku ahli jawatankuasa Prison Discipline Committee menyatakan, percampuran banduan
menyebabkan banyak banduan yang berkahwin sesama mereka.12 Pada tahun 1845 pula,
berdasarkan laporan Inspektor (Pelawat) Penjara NNS, setiap penjara NNS yang menempatkan
banduan wanita, pasti menghadapi pelbagai masalah jika dibandingkan dengan mengendalikan
20 banduan lelaki. Kenyataan beliau menunjukkan menguruskan banduan lelaki yang ramai
adalah lebih mudah berbanding menguruskan banduan wanita akibat pelbagai masalah. Dalam
tahun 1845, percampuran banduan wanita dan banduan lelaki masih berlaku. Peraturan
kemasukan penjara terlalu longgar menyebabkan banduan bebas untuk keluar masuk ke mana-
mana kawasan dari satu tempat ke satu tempat. Kelonggaran ini dapat dilihat berdasarkan
laporan pihak pengurusan penjara ke atas semua penjara di NNS.
8 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.
9 M. Charleroy, H. Maryland. Prisoners of Solitude: Bringing History to Bear on Prison Health Policy.
Endeavour. 2016. 40(3): H. 141–147. 10 V.Purcell. The Chinese In Malaya, London. 1948. H. 39. 11 C.M Turnbull. 1970. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society, Vol. 43, No. 1 (217). 12 IOR P/141/1 (13 September 1836): Bonham To J.P Grant, Sec.Prison Discipline Committee, 5 April 1836;
PDC, Para 118, h.51.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Sebagai contoh, pihak pengurusan Penjara Pulau Pinang, melaporkan tiada sebarang
sekatan dilaksanakan buat banduan wanita untuk masuk ke kawasan banduan lelaki. Mereka
bebas masuk dan keluar kerana kebenaran masuk diperolehi dengan sangat mudah. Manakala
di Penjara Melaka, kebenaran bagi banduan wanita masuk ke kawasan lelaki hanya terletak
pada budi bicara. Jika kebenaran diperolehi, tiada halangan untuk kedua banduan lelaki dan
wanita saling bercampur. Manakala di Penjara Singapura pula, pihak penjara Singapura tidak
menetapkan sebarang sekatan bagi kemasukan banduan wanita ke kawasan pondok banduan
lelaki. Ini kerana pihak penjara amat menggalakan percampuran sosial sesama jantina.13
Antara keadaan yang sukar dielakkan, banduan wanita sering kehilangan hak asasi
mereka. Ini boleh menyebabkan banduan wanita merosakkan tingkah laku mereka. Sikap dan
sifat kelembutan bertukar menjadi pemberontakan dan serangan dalam penjara, mencederakan
diri sendiri bahkan terdapat banduan yang mendapat sakit mental di dalam penjara. ini
menunjukkan wujud masalah yang serius dalam isu pengendalian banduan wanita.
Macnair pula selaku Jurutera Kolonial menyatakan, di Penjara Pulau Pinang dan
Penjara Singapura, banduan wanita adalah kelompok yang perlu diberikan perhatian yang lebih
khusus berbanding kelompok banduan lelaki. Ini kerana banduan wanita memerlukan lebih
banyak keperluan asas seperti kemudahan kebersihan dan pakaian.14 Clare Anderson pula
menyatakan, selama penguasaan kolonial British di penjara-penjaranya, banduan wanita tidak
pernah diasingkan dengan banduan lelaki sehinggalah tahun 1870.15 Berdasarkan kenyataan-
kenyataan ini menunjukkan, terdapat kewujudan masalah berkaitan dengan banduan wanita di
dalam penjara. Ini kerana sejak abad ke 19, kebanyakan penjara yang menempatkan banduan
wanita gagal menyediakan kemudahan yang bersesuaian mengikut kepentingan banduan
wanita. Hal ini sekaligus menunjukkan pengabaian terhadap banduan wanita di bawah
pentadbiran penjara British. Oleh itu, untuk menangani isu pengurusan banduan wanita ini,
perbincangan seterusnya akan meneliti masalah-masalah pengurusan banduan wanita diikuti
dengan langkah yang diambil untuk mengatasinya.
MASALAH-MASALAH PENGURUSAN BANDUAN WANITA
Masalah-masalah yang wujud dalam hal-ehwal pengurusan banduan wanita secara tidak
langsung telah mengurangi keberkesanan pentadbiran penjara di NNS. Terdapat beberapa
masalah yang wujud melibatkan isu keperluan dan hak kemanusiaan banduan wanita secara
keseluruhannya. Oleh itu, huraian seterusnya akan membincangkan masalah-masalah yang
berkaitan dengan pengurusan banduan wanita di penjara ini yang dimulakan dengan masalah
kekurangan sel pengasingan banduan wanita.
Kekurangan Sel Pengasingan Banduan Wanita
Masalah kekurangan sel pengasingan banduan wanita ini secara umumnya berlaku dalam
tempoh yang panjang iaitu sejak penubuhan penjara terawal di NNS. Seterusnya isu ini
13 I. Brown, F. Dikotter. Cultures of Confinement: A History of the Prison in Africa, Asia, and Latin America.
New York: Cornell University Press. 2007, H.23. 14 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 15 Clare Anderson. Gender, Subalternity, And Silence : Recovering Convict Womens Experiences From
Histories Of Transportation, C,1780-1857, Behind the Veil: Resistance, Women and the Everyday in Colonial
South Asia. H.139-161.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
berulang di penjara-penjara NNS yang lain. Sepanjang penubuhan NNS sebagai Penal
Settlement sehingga tahun 1835, hanya Penjara Singapura sahaja yang mempunyai sebuah sel
pengasingan untuk banduan wanita. Ia dibina buat kali pertama dengan peruntukan ruang yang
terhad dan saiz yang kecil.16 Manakala bagi Penjara Pulau Pinang dan Penjara Melaka pula,
dilihat tiada sebarang penyediaan sel pengasingan banduan wanita. Kekurangan sel
pengasingan menyebabkan banduan lelaki dan banduan wanita diletakkan secara bercampur.
Oleh yang demikian, pihak British merasakan tindakan untuk menyediakan sel pengasingan
yang mencukupi adalah sesuatu tindakan yang amat sukar. Ini menyebabkan pihak British
menggalakkan banduan wanita berkahwin dengan banduan lelaki. Ia juga bertepatan dengan
tujuan pelaksanaan hukuman ke atas banduan wanita supaya dapat mendidik seseorang itu
menjadi lebih bertanggungjawab dalam urusan hariannya. Pihak British melihat perkahwinan
sebagai hukuman yang sesuai berikutan kebanyakan mereka menerima hukuman panjang dan
mendiami penjara dalam tempoh yang lama. Justeru masa yang panjang dapat dihabiskan di
penjara dalam masa yang sama ia dapat mengajar banduan wanita mengenai erti
tanggungjawab dan melibatkan diri dengan tugasan dan hal ehwal keluarga dan rumahtangga.17
Selain itu, kaedah mengahwinkan banduan wanita secara tidak langsung dapat menjadi satu
unsur pemulihan buat banduan lelaki. Ia dapat menyelesaikan isu keperluan seksual banduan
lelaki memandangkan mereka adalah sumber buruh utama kerajaan.18 Tindakan ini juga dapat
menjadi satu usaha mencegah sebarang hubungan homoseksual sesama banduan lelaki. Oleh
itu, pihak pengurusan di Penjara NNS menjadikan perkahwinan banduan lelaki dan banduan
wanita sebagai satu kemestian.19
Walau bagaimanapun, tidak semua banduan wanita menerimanya dengan rela hati.
Mereka merasa tertekan dan enggan berkahwin dengan banduan lelaki. Kebanyakan banduan
wanita memilih untuk berdikari dan melibatkan diri dalam bidang perdagangan. Namun
terdapat juga sebahagian banduan wanita yang berkahwin secara rela dengan banduan lelaki
seterusnya membina kehidupan berkeluarga di NNS. Tindakan ini sesuai memandangkan
sebelum tahun 1860, tiada sebarang peruntukan untuk menghantar banduan pulang ke tanah
air mereka.20 Ia secara tidak langsung menggalakkan kebanyakan banduan menetap di NNS
dan memulakan kehidupan baru dengan mengahwini wanita tempatan.21
Selain itu, kekurangan sel pengasingan wanita telah menyebabkan mereka mudah
terdedah dengan ancaman bahaya disebabkan gangguan banduan mental. Sebagai contoh pada
tahun 1825, terdapat 25 orang banduan mental di sekitar pondok banduan di Penjara Pulau
Pinang. Penempatan mereka sangat dekat dengan kedudukan pondok banduan wanita.
Keselamatan yang tidak dikawal rapi sering menyebabkan banduan mental menuju masuk ke
pondok banduan wanita.22 Ini menyebabkan mereka berasa tidak selamat. Selain mencederakan
banduan wanita, banduan mental juga terlibat dengan kesalahan mencederakan orang lain
16 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891.
17 R.Cross. Punishment, Prison And The Public. An Assessment Of Penal Reform In Twentieth Century England
By An Armchair Penologist. 1971. London ; Steven & Sons. Hlm.,8 18 Satadru Sen. The Female Jails Of Colonial India. The Indian Economic And Social History Review, 39, 4
2002 SAGE New Delhi/ Thousand Oaks/London. Washington University, St. Louis. 19 Satadru Sen. The Female Jails Of Colonial India. H. 39, 4 20 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 21 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891. 22 Straits Settlements Records. H 14. 10.5.1825.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
sehingga membunuh. Terdapat laporan yang menyatakan, keadaan penjara yang tidak selamat
menyebabkan banduan wanita merasa tekanan (stress) serta berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit mental akibat trauma yang berterusan.23 Keadaan sebegini semakin bertambah buruk,
di mana dalam keadaan tiada sel pengasingan, pihak British juga kurang melakukan
pemantauan kesihatan menyebabkan banduan wanita sering terabai. Hal ini kerana pihak
British tidak mempunyai sumber kewangan penjara yang mencukupi untuk memperuntukkan
tenaga perubatan. Oleh yang demikian, sejak awal penubuhan penjara sehingga tahun 1835,
terdapat seorang sahaja Pegawai Perubatan yang berkelayakan iaitu seorang Pembantu Pakar
Bedah (Assistant Surgeon). Namun pegawai tersebut bekerja di hospital berdekatan dengan
berek tentera. Tiada pegawai perubatan dan tiada kakitangan perubatan di penjara dan wad-
wad banduan di penjara NNS.
Seterusnya ancaman bahaya dari banduan mental bukan sahaja menimbulkan ketakutan
kepada banduan wanita tetapi turut dirasai masyarakat tempatan. Pada tahun 1838, masyarakat
mula menyuarakan kebimbangan atas kebebasan yang diperolehi banduan mental di NNS.24
Kebimbangan ini semakin meningkat apabila pada tahun 1840, seorang banduan mental telah
menyerang banduan yang lain sehingga membawa maut.25 Keadaan ini amat merisaukan
keselamatan banduan wanita. Ini kerana pada tahun itu, hanya tiga orang banduan mental
sahaja yang menunjukkan sikap tenang dan tidak agresif, selebihnya seramai 19 orang lagi
menunjukkan perilaku sebaliknya.26 Pada tahun 1856, Dr Oxley yang melawat penjara
menyeru supaya tindakan diambil pihak kerajaan berkaitan penjagaan pesakit mental. Terdapat
75 pesakit mental dalam bangunan yang sepatutnya diperuntukkan hanya untuk 45 orang.
Dalam kalangan 45 orang ini terdapat dua orang pembunuh berbahaya. Sehubungan dengan
itu, empat orang banduan wanita sangat memerlukan sel pengasingan. Dr Oxley menyeru
dengan menyatakan, “keperluan pengasingan melebihi segalanya dan penyusunan semula yang
lebih sistematik diperlukan.”27 Justeru, sel pengasingan banduan wanita sememangnya
merupakan satu keperluan asas yang sangat penting di penjara NNS.
Kelemahan Pengurusan penjara
Di samping itu, masalah pengurusan penjara yang lemah menjejaskan keadaan banduan wanita,
antaranya ialah kegagalan menyediakan kemudahan asas buat banduan wanita. Antara
kemudahan asas yang penting di penjara adalah sebuah ruang bekerja untuk banduan wanita.
Ketiadaan ruang bekerja menyebabkan banduan wanita terbiar tanpa sebarang aktiviti. Ini
kerana banduan wanita hanya diberikan kerja-kerja mencuci dan pembersihan penjara sahaja.
Ia berbeza dengan banduan lelaki, terdapat pelbagai kemudahan bekerja memandangkan
mereka diletakkan sebagai buruh kasar dan dikenakan hukuman berat dengan pelbagai
pekerjaan buruh. Tindakan pihak British memberikan banduan wanita dengan tugasan
membersih ini selaras dengan prinsip penjara pada abad ke-18. Ia meletakkan pekerjaan
bercirikan latihan kerja rumah dan hal ehwal kekeluargaan buat banduan wanita.28 Ini akan
menjadikan perilaku dan sikap seseorang banduan wanita itu lebih dekat dengan peranan
semulajadi seseorang wanita sekaligus menghindari pemberontakan. Namun disebabkan
kekurangan kos untuk pembinaan ruang bekerja menyebabkan banduan wanita hanya
menghabiskan masa di penjara. Kekurangan kemudahan dan ruangan untuk melakukan kerja-
23 Straits Settlements Records. AA 7. 1835. 24 Singapore Free Press. 21 Jun 1838. 25 Straits Settlements Records. R 6. 28.11.1840. 26 Straits Settlements Records S 8. 17.2.1841. 27 S.S.R., W 34. 30.4.1860. 28 Carlen, Pat. Women's Imprisonment: A Study in Social Control. London: Routledge. 1983. H, 17-19
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
kerja industri seperti banduan lelaki menyebabkan banduan wanita diberi kerja-kerja
pembersihan dan cucian semata-mata sebagai hukuman.
Pihak British telah mewujudkan jurang pekerjaan yang luas antara banduan lelaki dan
banduan wanita.29 Pelbagai tugasan luar dan tugasan industri dikenakan kepada banduan lelaki
sebagai tenaga buruh kasar utama pihak kerajaan. Penjara NNS juga telah memperuntukkan
mesin, gergaji, pemotong, meja gergaji bulat, pengisar dan pelbagai alatan lain untuk kerja
industri. Mereka juga diajar dengan kemahiran membuat batu bata untuk kegunaan Jabatan
Kerja Awam kerajaan British. Justeru, sebahagian besar banduan lelaki melakukan kerja-kerja
sebagai tukang kayu, tukang besi dan beberapa kerja buruh yang lain.30 Pembangunan ekonomi
NNS yang berkembang pesat merancakkan lagi permintaan guna tenaga buruh banduan lelaki
sebagai pekerja.31 Hal ini berbeza dengan banduan wanita. Sebahagian besar pekerjaan mereka
pula adalah mencuci wad penjara, menjaga kebersihan penjara, mengangkut najis dan
membersihkan seluruh penjara.
Sehingga pertengahan abad ke 19, setiap penjara NNS berdepan dengan masalah
persekitaran yang kotor dan tidak bersih. Keadaan penjara yang sesak dan keadaan cuaca panas
dan lembap, ditambah dengan keadaan banduan yang bersifat sedentari (tidak produktif)
menjadikan banduan wanita mudah diserang pelbagai penyakit. Antaranya penyakit yang
menyerang banduan yang tinggal di dalam penjara adalah beri-beri dan malaria. Hujan yang
turun berlebihan menyebabkan kawasan penjara berudara lembap dan persekitaran penjara juga
sering dilanda banjir. Keadaan ini menyebabkan banduan wanita yang kekurangan aktiviti
dalam penjara akhirnya tersekat dalam suasana sedentari. Keadaan semakin memburuk apabila
tiada banyak peluang pekerjaan yang boleh dilakukan di dalam penjara sekaligus banduan
wanita terkurung dalam persekitaran yang tidak sihat. Kesesakan yang berlaku di penjara NNS
amat kronik. Ini dapat dilihat sebagaimana satu dormitori sepatutnya hanya boleh memuatkan
purata 90 orang banduan tetapi telah dipenuhi sehingga 170 orang banduan.32 Selain itu, kerana
kebanyakan banduan wanita melakukan kerja pembersihan di dalam penjara, ditambah dengan
ketiadaan ruang bekerja menyebabkan banduan wanita tidak mampu melakukan pekerjaan
yang sepatutnya. Mereka hanya termenung dan menghabiskan masa tanpa melakukan kerja-
kerja yang produktif. Keadaan ini menyebabkan mereka seringkali dilabel sebagai bermalas-
malasan oleh pegawai penjara.
Berikutan isu ini, Macnair selaku Superintenden Penjara Pulau Pinang merangkap
Jurutera Kolonial mencadangkan supaya banduan-banduan wanita ini dihantar ke ladang-
ladang pertanian yang dibuka. Mereka diberikan pekerjaan yang mana ianya sekaligus
menjadi sebuah peluang berharga buat banduan wanita untuk keluar dari suasana penjara.33
Namun masalah yang sering berlaku adalah banduan wanita kerap terlibat dengan isu
melarikan diri sewaktu bekerja di luar. Mereka akan menyelinap dan melarikan diri ke dalam
30 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 31 C.M Turnbull. Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society, Vol. 43, 1970. No. 1 (217).
32 Straits Times Overland Journal. The Annual Medical Report 1878. 10 September 1879, 12 Julai 1880, h. 3 33 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
kumpulan masyarakat. Tambahan pula keadaan kawalan yang longgar memudahkan banduan
wanita melarikan diri.
Hal-hal sebegini menyebabkan pihak penjara mewujudkan perusahaan industri secara
kecil-kecilan buat banduan wanita. Ia dilakukan supaya wujud suasana kerja yang disibukkan
dengan pelbagai tugas. Setiap banduan wanita wajib terlibat dengan mana-mana pekerjaan.
Mereka tidak dibenarkan berehat dan bermalas-malasan lagi dan risiko mereka melarikan diri
sewaktu bekerja juga dapat dielakkan. Terdapat beberapa kemahiran telah diajarkan kepada
banduan wanita termasuk kemahiran dagangan. Pada tahun 1860 pula, sebuah mesin cetak dan
alatan fotografi telah diperkenalkan di Penjara NNS. Terdapat seorang mandur berbangsa
Portugis mengajar banduan wanita dalam kerja mencetak dan melakukan fotografi. Seterusnya,
kerja penjilidan buku pula diwujudkan dan diberikan seorang pengajar dari Calcutta untuk
mengajar banduan. Namun walaupun beberapa pekerjaan industri diajarkan kepada banduan
wanita, alatan dan kemudahan bekerja masih tidak mencukupi untuk kegunaan semua banduan
wanita. Ini menyebabkan banduan wanita diajar kerja menapis simen yang selalunya adalah
tugasan banduan lelaki. Simen adalah bahan utama digunakan pihak kerajaan untuk membuat
batu bata bagi membina pelbagai bangunan di NNS. Namun kerja menampal, membuat jubin,
membuat bata, membuat simen, menukang besi dan lain-lain tidak dibenarkan untuk dilakukan
oleh banduan wanita. Hanya kerja menapis simen sahaja diberikan kepada banduan wanita
memandangkan kerja ini lebih ringan berbanding kerja buruh yang lain.34
Kelemahan pengurusan yang kedua memberi kesan terhadap banduan wanita adalah
pihak British gagal dalam menyediakan tandas wanita. Hakikatnya tandas merupakan sebuah
keperluan asas yang amat penting. Oleh itu, sejak awal penubuhan penjara hingga tahun 1850,
tiada sebarang kemudahan tandas yang disediakan buat banduan wanita. Ini kerana pembinaan
tandas yang berasingan akan memerlukan kos yang tinggi. Justeru itu, tandas dan tempat mandi
banduan wanita sering dikongsi bersama banduan lelaki.35 Hal ini menyebabkan setiap kali
banduan wanita ingin ke tandas, mereka akan diiringi oleh wadar lelaki. Ini secara tidak
langsung mendedahkan diri mereka kepada bahaya dari banduan dan kakitangan penjara lelaki
dan berisiko tinggi diserang secara seksual.
Dalam masa yang sama, berlaku pertindihan isu antara masalah ketiadaan tandas wanita
yang terasing dengan isu tiada bekalan air bersih di penjara NNS. Dalam hal ini, pihak penjara
lebih melihat isu bekalan air bersih sebagai isu penting. Ia terpaksa diutamakan memandangkan
ketiadaan saliran air yang bersih menjadikan penjara berada dalam keadaan kotor sehingga
mengundang pelbagai penyakit dan mengganggu kelancaran pengurusan penjara.36 Oleh itu,
bekalan air bersih dianggap isu kritikal kerana penjara sudah menjadi ejen penularan penyakit
yang utama di NNS.37 Maka, tindakan pihak British memberikan tumpuan sepenuhnya
terhadap isu air bekalan air bersih secara tidak langsung menjadikan isu pengasingan tandas
wanita diabaikan.
Ketiadaan Spesifikasi Pakaian Banduan Wanita
Seterusnya, ketiadaan spesifikasi pakaian banduan wanita juga merupakan salah satu masalah
dihadapi British. Sejak pembukaan penjara NNS, tiada sebarang penetapan pakaian dilakukan.
34 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 35 C.M Turnbull, Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. h. 87. 36C.O Minute To Ord To C.O, 5 Jun 1868, C.O 273/19. 37 The Public Health Of The Straits Settlements Medical Report For 1896
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Justeru sehingga tahun 1850, tiada sebarang pakaian yang spesifik ditetapkan oleh pihak
penjara. Banduan yang diangkut membawa bersama pakaian mereka sendiri termasuk pakaian
tambahan.38 Oleh kerana tiada sebarang penetapan untuk jumlah pakaian, maka kebanyakan
banduan yang tiba ke NNS membawa pakaian yang banyak untuk kegunaan harian. Oleh
kerana dalam tempoh awal hingga penghujung abad ke 18, majoriti banduan dibawa dari India,
justeru kebanyakan banduan wanita berbangsa India dan Cina. Justeru mereka membawa
pelbagai jenis pakaian.
Pihak British tidak menghalang tindakan banduan wanita membawa pakaian yang
banyak. Ini disebabkan pihak penjara sendiri menghadapi kekurangan kos untuk peruntukan
pakaian banduan. Oleh itu, mereka dibiarkan untuk membawa pakaian milik mereka tanpa
sebarang sekatan. Pihak British juga menyatakan keadaan cuaca yang panas dan lembap
sepanjang tahun menjadikan banduan memerlukan pakaian tambahan untuk digunakan.
Banduan wanita yang tidak mempunyai pakaian yang mencukupi akan menyebabkan risiko
kematian berkurangan.
Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke 19, pihak British tidak memberikan sebarang
tumpuan terhadap isu pakaian banduan wanita. Ini ditambah kerana pihak British tidak
menghadapi sebarang kesukaran untuk mengenalpasti banduan wanita. Sebagai contoh, pada
tahun 1850, kebanyakan banduan yang diangkut masuk dari India sudah mempunyai tatu yang
ditandakan pihak British di India dibahagian dahi mereka. Tatu ini telah memperincikan nama,
jenayah, dan tarikh hukuman banduan wanita ini. Ini secara langsung telah menjadi satu kaedah
untuk membezakan banduan mengikut jenis kesalahan mereka.39
Selain itu, banduan India yang diangkut masuk ke NNS merupakan banduan yang
terdiri daripada pelbagai rantau yang berbeza. Malah kebiasaannya, banduan ini sudah
mempunyai kumpulan etnik mereka tersendiri. Selain, pihak British juga tidak menghadapi
kesukaran untuk mengecam banduan India. Ini kerana secara jelasnya mereka mempunyai kulit
gelap yang lebih berbeza daripada penduduk tempatan. Oleh itu, banduan India mudah dikenal
pasti dan dibezakan dengan golongan hamba, dan populasi pedagang India.40
Penggunaan kos pembuatan pakaian banduan akan memerlukan peruntukan yang
tinggi, dalam masa yang sama, pihak British mempunyai sumber kewangan yang terhad. Oleh
itu tindakan membenarkan banduan memakai pakaian sendiri ini secara tidak langsung dapat
membantu menjimatkan kewangan pengurusan penjara dan kerajaan British. Ini juga berupaya
mengurangi kos perbelanjaan banduan dari segi bajet pakaian. Justeru, pelbagai jenis pakaian
yang dikenakan banduan mendatangkan kemudahan buat pihak British untuk membezakan
banduan sesama banduan. Ini ditambah dengan tatu yang bertanda di dahi banduan dari India
juga memudahkan urusan pengecaman identiti dan kategori banduan.41
Walaubagaimanapun, masalah mulai timbul apabila kebanyakan banduan wanita
melakukan urusan jual beli pakaian secara haram. Semua banduan di Penjara Singpura, Pulau
38 IOR P/402/32 (17 April 1839). J.M. Short, Superintendent of Police Bombay, to J.P. Willoughby, Secretary to
Government Bombay, 3 April 1839. 39 Clare Anderson, ‘Godna: Inscribing Indian Convicts’, H. 102-17.
40 Clare Anderson. Fashioning Identities: Convict Dress in Colonial South and Southeast Asia. History
Workshop Journal, Volume 2001, Issue 52, 1 January 2001 41 Clare Anderson. Fashioning Identities: Convict Dress in Colonial South and Southeast Asia. History
Workshop Journal, Volume 2001, Issue 52, 1 January 2001
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Pinang dan Melaka membuat transaksi pakaian mengikut sistem barter. Ini kerana dalam
keadaan serba kekurangan di penjara, jualan pakaian secara seludup kepada banduan-banduan
wanita yang lain dapat memberikan mereka sedikit keuntungan. Situasi ini mula dicegah pada
tahun 1845, apabila pihak British telah mengharamkan jualan pakaian mahupun barangan
lain.42
Selain itu, disebabkan tiada penetapan pakaian banduan ia sekaligus memberikan kesan
terhadap isu kepentingan agama dan sistem kasta dalam kalangan banduan India. Banduan-
banduan wanita bersama banduan-banduan lelaki mempunyai pelbagai jenis pakaian secara
tidak langsung telah mengundang kepada pergaduhan. Kebiasaanya sewaktu sambutan
perayaan mereka, mereka akan berpakaian lebih menarik dan menonjol. Setiap banduan terdiri
daripada pelbagai bangsa, justeru perbezaan budaya dan tradisi pakaian juga menggalakkan
pergaduhan disebabkan perbezaan. Kejadian pergaduhan sewaktu perayaan sering terjadi di
ketiga-tiga Penjara NNS. Pihak British pula tiada menetapkan sebarang larangan untuk
banduan merayakan sambutan perayaan masing-masing. Mereka dibenarkan untuk menyambut
meraikan perayaan mereka dan berarak melalui bandar ke bandar setiap tahun.43
Pada tahun 1855, sebuah pergaduhan telah tercetus semasa sambutan perayaan Awal
Muharram dan Hindu Dusserah. Kekecohan dan pergaduhan menyebabkan ramai banduan
tercedera. Keadaan ini menyebabkan Gabenor Blundell mengambil keputusan untuk
mengharamkan sambutan perayaan dan aktiviti perarakan ini. Pihak British juga telah
menguatkuasakan arahan ini bermula dengan Penjara Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Namun usaha membuat penyeragaman undang-undang ini berhadapan dengan penentangan
dan penolakan banduan.44
Keadaan ini telah menimbulkan masalah apabila kelompok banduan lelaki dan banduan
wanita telah menyerang pihak penjara di Pulau Pinang. Situasi begini membuatkan Residen
Kounsilor terpaksa mengumumkan arahan pengharaman ini ditarik balik bagi mengelakkan siri
penentangan yang berterusan terhadap pihak penjara. Banduan bukan sahaja menyerang pihak
British tetapi turut menyerang Askar Sepoi yang menjaga keselamatan di penjara.45 Selain itu,
tindakan membenarkan perayaan disambut semula ini telah menimbulkan bantahan oleh
golongan pedagang Eropah dan pedagang Cina. Mereka tidak bersetuju banduan dibenarkan
untuk meraikan semula perayaan mereka dan menimbulkan situasi berbahaya kepada orang
awam.46
Di samping mencetuskan pergaduhan, melalui pakaian yang menarik juga
menyebabkan banduan mudah menyelinap diri dengan masyarakat biasa dan memudahkan
mereka bersembunyi secara sulit. Kegiatan melarikan diri merupakan situasi yang agak sukar
dikawal. Justeru terdapat banyak kejadian banduan wanita yang melarikan diri sewaktu bekerja
dengan memakai pakaian yang menarik. Tambahan pula, kawalan pengawal penjara yang
longgar memudahkan mereka melepaskan diri dan melarikan diri dari penjara. Di samping itu,
42 IOR P/142/37 (17 September 1845). W.J. Butterworth, Governor of Prince of Wales’ Island, Singapore and
Malacca, to A. Turnbull, Under Secretary to Government Bengal, 26 February 1845. 43 C.M. Turnbull. Convicts In The Straits Settlements 1826-1867. Journal Of The Malaysian Branch Of The
Royal Asiatic Society, Vol. 43, No. 1 (217) (1970), Pp. 87-103 44 Lucy Carroll, ‘Colonial Perceptions of Indian Society and the Emergence of Caste(s) Associations’, Journal of
Asian Studies, 37, 2 (February 1978), pp. 233 45 R.G. Penang To India, 6 June 1857, In India To Blundell, 21 Aug. 1857, Ssr, S 25, Item 220. 46 C.M. Turnbull. Convicts In The Straits Settlements 1826-1867. Journal Of The Malaysian Branch Of The
Royal Asiatic Society, Vol. 43, No. 1 (217) (1970), H. 87-103
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
terdapat juga banduan wanita yang mengggunakan peluang mempunyai pakaian yang banyak
untuk mencari pasangan dengan berhias cantik. Kebanyakan banduan wanita mempunyai jenis
pakaian yang pelbagai dan ini memudahkan mereka kelihatan bergaya dan menarik pasangan
yang sesuai. Justeru, sebahagian banduan wanita yang berkahwin dengan banduan lelaki, selain
terdapat sebahagian banduan wanita yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan membina
kehidupan sendiri di NNS.
Kekurangan Kakitangan Wanita
Masalah pengurusan banduan wanita yang seterusnya adalah kekurangan kakitangan wanita.
Keadaan ini menimbulkan beberapa masalah yang serius terhadap pengurusan penjara British.
Antaranya adalah kekurangan kakitangan wanita menyebabkan banduan wanita dikawal dan
diselia oleh kakitangan lelaki. Pihak British tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi
untuk kos pembayaran gaji pengawal penjara wanita. Ini kerana kos bayaran pengawal penjara
sedia ada mencatatkan jumlah yang tinggi. Sebagai contoh, pada tahun 1860, pihak British
perlu mengeluarkan peruntukan sebanyak $100 bagi bayaran kawalan maksimum manakala
$60 untuk kawalan keselamatan setiap hari. Seorang pengawal diperlukan untuk menjaga tujuh
orang banduan.47 Manakala bagi kos untuk keseluruhan penjara NNS pula adalah sebanyak
$28,000 setahun. Anggaran kira-kira yang diperlukan bagi kos kawalan banduan adalah
$21,600 jika kakitangan ditambah terutama kakitangan wanita.48 Justeru, isu kekurangan
kakitangan wanita ini telah menjadi satu isu yang sukar sejak awal penubuhan penjara. Tiada
sebarang usaha maksimum boleh dilakukan walaupun pihak British menyedari ia menjejaskan
kelancaran pentadbiran di penjara NNS.
Oleh itu, sehingga tahun 1860, tiada pengambilan kakitangan wanita di penjara NNS.
Justeru, sebelum tempoh itu, semua banduan wanita diletakkan di bawah kawalan kakitangan
lelaki. Pada tahun 1862, terdapat 120 orang banduan wanita dalam populasi 2000 orang
banduan lelaki.49 Pada tahun 1869, beberapa kakitangan lelaki dengan latar belakang tentera
terus ditambah dan diserap sebagai kakitangan penjara. Ia bertujuan untuk menerapkan aspek
jagaan dalam disiplin yang tinggi terhadap keseluruhan banduan. Di Penjara Singapura,
terdapat seorang korporal dan enam orang prebet manakala di Penjara Pulau Pinang
mempunyai seorang korporal dan tiga orang prebet. Selain itu Penjara Melaka mempunyai
seorang korporal dan enam orang prebet.50 Tindakan British mengambil kakitangan tentera ini
supaya mereka dapat mengawal banduan wanita dengan pendekatan yang lebih berdisiplin.
Selain itu, kekurangan kakitangan wanita menyebabkan pihak British melantik banduan wanita
yang berkelayakan sebagai pengawal penjara wanita. Banduan wanita yang terpilih diberikan
tugasan untuk mengawal banduan wanita yang lain. Kebiasaanya banduan yang dipilih menjadi
pengawal banduan wanita adalah banduan wanita dari Eropah.51
Dalam masa yang sama, kekurangan kakitangan wanita bukan sahaja berlaku di penjara
tetapi British juga memerlukan kakitangan wanita untuk menguruskan kerja-kerja pembantu
dan jururawat di hospital-hospital kerajaan NNS. Oleh itu akibat tindakan yang mendesak,
pihak British telah menggunakan banduan wanita yang terpilih sebagai kakitangan hospital. Ini
juga dikaitkan dengan lebihan sumber banduan wanita, banduan-banduan ini juga diletakkan
sebagai pembantu di Lunatic Asylum (penempatan pesakit mental). Tindakan British ini
47 The Straits Times, 27 March 1869, Cost of guarding the Convicts. H. 1 48 The Straits Times, 27 March 1869, Cost of guarding the Convicts. H. 1 49 Annual Report On The Administration Of The Straits Settlements For The Year 1861/62. 50 The Straits Times, 27 March 1869, Cost of guarding the Convicts. H. 1 51 C.M Turnbull, Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. H. 87.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
berikutan berlaku peningkatan ketara terhadap kemasukan pesakit ke hospital. Situasi hospital
dan Lunatic Asylum yang memerlukan jagaan seorang wanita menjadikan banduan-banduan
wanita yang dlihat sesuai dijadikan sebagai pembantu-pembantu pegawai perubatan.
Masalah yang timbul adalah sewaktu banduan wanita diberikan tugasan. Hal ini kerana
seringkali banduan wanita ini melakukan pelanggaran tugasan. Antaranya mereka mencuri
ubat-ubatan hospital. Kes kecurian seringkali berlaku sejak banduan wanita diambil sebagai
pembantu di hospital. Selain itu, banduan wanita juga sering menggalakkan golongannya lebih
ramai. Mereka terus mengharapkan lebih ramai puak-puak mereka diletakkan bekerja di
hospital-hospital ini. Berikutan keadaan ini, hospital-hospital ini sering dilihat tempat yang
menakutkan dan mempunyai pengurusan hospital yang lemah.52 Terdapat beberapa aduan yang
dinyatakan mengenai tindakan banduan wanita yang menggari tangan pesakit di katil
hospital.53 Masalah yang dicetuskan banduan wanita ini mendesak pihak British mencari jalan
penyelesaian dengan kadar segera termasuk desakan membuat pencarian calon wadar wanita
yang sesuai.54 Ia merupakan satu isu pengurusan yang perlu diselesaikan walaupun mempunyai
pelbagai cabaran ke arah memastikan kelemahan pengurusan banduan wanita tidak
menjejaskan pengurusan penjara secara keseluruhannya.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGURUSAN BANDUAN WANITA
Kemunculan pelbagai masalah pengurusan ini seterusnya mendorong pihak British
memberikan perhatian terhadap banduan wanita. Dalam usaha mengatasi masalah-masalah
pengurusan banduan wanita ini, beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memperbaiki
pengurusan banduan wanita di penjara NNS. Langkah ini melibatkan usaha secara berperingkat
dimulai dengan pembinaan bangunan sel, kemasukan kakitangan, menambahbaik penempatan
banduan wanita dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang disiplin di penjara NNS
secara menyeluruh. Oleh itu, antara langkah pertama yang dilakukan British adalah pembinaan
sel pengasingan banduan wanita.
Pembinaan Sel Pengasingan Banduan Wanita
Langkah ini dimulakan dengan membuat pembinaan sel pengasingan wanita yang dimulakan
bermula tahun 1850 hingga 1860. Dalam tempoh lima tahun dari tahun 1850 hingga 1855,
hampir 40% populasi banduan telah diletakkan dalam sel pengasingan. Melalui penubuhan sel
pengasingan wanita, pengasingan banduan wanita telah dilaksanakan. Pada tahun 1850 hingga
1860, kawalan dan isolasi mula dijadikan salah satu alat pengurusan dan disiplin penjara.
Seterusnya pada tahun 1869, kemudahan sel kurungan untuk banduan wanita dilaporkan
mencukupi. Ini membolehkan pengasingan dilakukan buat semua banduan wanita secara
menyeluruh. Secara keseluruhannya, jumlah banduan pada tahun itu seramai 1318 orang
termasuk banduan wanita dan banduan lelaki.55
Walau bagaimanapun, sel kurungan banduan lelaki hanya sebanyak 987 sel sahaja.
Kekurangan sel lelaki yang masih berlaku ini menyebabkan pihak penjara mengasingkan waktu
makan banduan lelaki bagi mengelakkan pertembungan masa dan kesesakan. Seramai 304
orang banduan lelaki diberi makan antara jam empat petang hingga enam pagi. Tetapi bagi
banduan kategori gelandangan (vagrant) hanya disediakan empat buah sel sahaja secara
sementara. Setiap satu sel mampu memuatkan 100 orang banduan lelaki. Namun bagi banduan
52 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 53 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 54 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 55 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
wanita, tiada isu sel kurungan tidak mencukupi. Ini memandangkan jumlah banduan wanita
tidak seramai banduan lelaki.
Pada tahun 1872, beberapa sel ditambah di wad wanita dan peruntukan telah
dikeluarkan untuk membina sel pengasingan wanita dengan konsep Kurungan Berasingan.56
Bagi tujuan menubuhkan sel-sel pengasingan dan beberapa penambahan fasiliti penjara,
Kapten Innes telah menyatakan anggaran kos yang diperlukan mengikut negeri masing-masing
pada tahun 1872. Bagi bangunan Penjara Singapura kos sebanyak $98,560, manakala Penjara
Pulau Pinang $71,650 selain Penjara Melaka pula sebanyak $8,980.57 Dapat dilihat,
perbelanjaan kos yang diperlukan untuk merealisasikan aspek pengasingan Kurungan
Berseorangan memerlukan belanja yang banyak.
Di samping sel pengasingan diusahakan, pihak British juga membebaskan banduan
wanita dengan lebih awal dan terdapat sebahagiannya diangkut ke luar negeri. Banduan wanita
juga tidak diletakkan terlalu lama di dalam penjara berbanding banduan lelaki. Tindakan ini
diteruskan sehingga tahun 1861 sebagaimana dinyatakan oleh Residen Kousilor Pulau Pinang,
walaupun kesalahan yang dilakukan banduan wanita adalah membunuh namun mereka tidak
akan dipenjarakan melebihi dua atau tiga tahun.58 Justeru, walaupun kesalahan serius dilakukan
banduan wanita, mereka tidak akan dipenjarakan dalam tempoh yang panjang. Tujuan banduan
wanita ini dibebaskan awal adalah bagi membolehkan mereka berkahwin sekaligus dapat
mengurangi populasi banduan wanita serta mengatasi masalah kekurangan ruang sel
pengasingan. Tambahan pula selepas tahun 1860, kemasukan banduan India dihentikan begitu
juga pengangkutan banduan Cina. Oleh itu, penjara-penjara wanita di NNS berjaya
mengurangkan jumlah banduan wanita di dalam kurungan mereka.
Selain pembebasan awal, pihak penjara juga mengangkut banduan wanita ke luar dari
NNS. Pada 8 Mei 1873, tiga orang banduan wanita dihantar ke Port Blair bersama 65 orang
banduan lelaki. British juga menghantar banduan-banduan wanita ini ke Koloni Penal yang
lain seperti Madras dan Ceylon.59 Mereka diangkut dengan kapal dan dikawal oleh 35 orang
anggota Regimen ke 10. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Ceylon dan India.60
Tujuan pemindahan ini dibuat adalah untuk mengurangi jumlah banduan wanita di penjara
NNS kerana kesesakan akibat ketiadaan ruang yang mencukupi. Hakikatnya pengurangan
jumlah banduan wanita telah dilakukan sejak awal tahun 1840-an lagi. Pada tahun 1845 hingga
1855 tempoh pemenjaraan banduan wanita telah dikurangkan dengan tujuan mengurangi
jumlah banduan wanita di penjara. Selain penyediaan ruang khusus untuk sel kurungan
banduan wanita, ianya tidak mencukupi untuk memastikan pengasingan banduan wanita dapat
berjalan dengan lancar. Sebuah dasar perlu diperkenalkan bagi memastikan aspek pengasingan
banduan wanita berjalan lancar. Ia perlu dilaksanakan bersama pelaksanaan undang-undang
disiplin. Oleh itu, Dasar Pengasingan Penempatan disuarakan kepada pihak Pejabat Tanah
Jajahan British.
Bagi banduan wanita, mereka masuk dalam kelompok kelas keenam. Kelas ini adalah
kategori banduan lelaki yang uzur dan tidak mampu melakukan pekerjaan. Banduan dalam
kelas ini dianggap tidak begitu kuat menjalankan kerja-kerja buruh kasar.61 Mereka juga
56 Straits Settlements Blue Book Volume 3: 1884-1891. 57 Straits Times Overland Journal, The Jails. 24 October 1872, h, 3 58 Straits Settlements Records (SSR) Dd 34, Item 86; R.C. Penang To Governor, 26 June 1861 59 C.O 273/58. 60 Ord To C.O, 9 Mei 1873, C.O 273/66. 61 Ord To C.O, 10 Julai 1867, C.O 273/19
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
dibenarkan untuk mendapat Ticket of leave iaitu mendapatkan tiket untuk mendapat kebebasan.
Pada tahun 1862, 120 orang banduan wanita telah mendapat tiket ini.62 Oleh itu, ia merupakan
satu kelebihan buat banduan wanita untuk dibebaskan lebih awal dari hukuman penjara dan
dalam masa yang sama memberikan ruang kepada kekosongan sel wanita.
Membawa Kemasukan Matron Ke Penjara NNS
Seterusnya, dalam usaha memastikan banduan wanita selamat daripada gangguan seksual atau
serangan fizikal banduan lelaki, pihak British mengambil langkah dengan membawa
kemasukan Matron ke Penjara NNS. Berdasarkan bajet belanjawan pada tahun 1872, Kapten
Innes telah mengumumkan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk bayaran
kakitangan penjara NNS termasuk peruntukan untuk pengambilan Matron. Secara
keseluruhannya, sebanyak $4373.00 telah digunakan untuk Penjara Singapura manakala
$3,052.68 untuk Penjara Pulau Pinang dan $1,342.08 untuk Penjara Melaka. Kapten Innes juga
mengeluarkan anggaran kos bagi penambahan kakitangan yang diperlukan. Antaranya, seramai
72 orang kakitangan lagi diperlukan di Penjara Singapura dengan kos sebanyak $12,366.
Manakala Penjara Pulau Pinang memerlukan seramai 28 orang kakitangan dengan bayaran
keseluruhan sebanyak $5,220 dan Penjara Melaka pula adalah $1890 untuk bayaran seramai
sembilan orang kakitangan. Secara keseluruhannya lebih $20,000 lagi diperlukan untuk
memenuhi kekurangan pengawal di penjara NNS.63 Berdasarkan peruntukan kakitangan yang
diumumkan ini, ia termasuk perbelanjaan untuk membawa masuk Matron dari England ke
Penjara NNS. Oleh itu, bermula tahun 1873, banduan wanita mula diletakkan di bawah jagaan
Matron.
Selain itu, telah ditetapkan bahawa tiada wadar atau banduan lelaki yang dibenarkan
untuk mengawal dan memasuki sel banduan wanita.64 Ini kerana jagaan banduan wanita adalah
sepenuhnya di bawah kawalan Matron demi menjamin keselamatan mereka. Matron juga
bertanggungjawab memegang tugasan Ketua Wadar Wanita. Matron mempunyai tugas yang
setara dengan seorang Gaoler. Selain itu, Matron juga memegang jawatan sebagai Ketua
Jururawat.65 Di bawah kawalan Matron pula, terdapat beberapa wadar wanita yang telah
ditugaskan untuk mengawal banduan wanita.66
Wadar Wanita yang bertugas perlu berada dalam kawasan penjara sepanjang tempoh
tugas dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan penjara semasa waktu bertugas tanpa sebarang
kebenaran bertulis daripada Setiausaha Jajahan mahupun Residen. Selain itu Pegawai
Perubatan bagi setiap negeri juga diperlukan untuk melawat banduan seminggu sekali, namun
bagi banduan yang diasingkan iaitu mereka yang dihukum mati (corporal punishment) atau
kurungan berseorangan (solitary confinement) perlu dilawat setiap hari. Selain itu, infirmari
juga diberikan di setiap penjara NNS bagi memantau kesihatan banduan dan penggunaan
62 Cavenagh To Mccausland, 21 Jan. 1860, Straits Settlements Record, W 33, Item 57. 63 Straits Times Overland Journal, The Jails. 24 October 1872, H.3. 64 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797. 65 No 1 In I.P.O.89/1937. Headquarters Office Prisons Department Straits Settlements And Federated Malay
States 20 January 1937. A Detailed Statement Showing The Duties Of The Staff Of The Penang Prisons.Hlm.,1 66Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
dan juga bersetuju menambah kos berjumlah $179,200 yang diperlukan bagi kesemua penjara
negeri di NNS. Peningkatan kekuatan kakitangan penjara juga telah diluluskan.69 Melalui
undang-undang yang baru ini juga diputuskan kawalan dan jagaan seluruh banduan diletakkan
di bawah tanggungjawab Penguasa (Superintendent) Penjara. Oleh itu, kuasa pengurusan yang
dipegang oleh Jabatan Kerja Raya dan Pegawai Polis berpangkat Sherif dipindahkan kepada
penguasa-penguasa penjara Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.70 Pihak Pejabat Kolonial
telah memuji laporan suruhanjaya dan merasakan Dewan Perundangan telah bertindak
bijaksana dalam melaksanakan pelaksanaan sistem pengasingan dengan berkesan. Sehingga
tahun 1878, beberapa jenis sel pengasingan telah diwujudkan di Penjara Singapura. Ia
dilakukan mengikut fungsinya yang ditetapkan. Antara wad pengasingan yang telah siap dibina
adalah meliputi wad selular, wad berpersatuan (association), sel biru (blue cells), dan termasuk
wad berpersatuan wanita (female association wards).71
Penguatkuasaan Undang-Undang Disiplin
Selepas langkah pelaksanaan Sistem Pengasingan dilakukan, langkah yang paling penting
dilaksanakan British adalah penguatkuasaan undang-undang disiplin. Laporan suruhanjaya
telah membincangkan di dalam mesyuarat Dewan Perundangan yang berlangsung pada bulan
Jun dan Julai 1872. Dewan telah menyatakan hasil perbincangan dengan menyatakan keperluan
untuk memperkenalkan sistem yang lebih baik terhadap aspek pengurusan penjara secara
menyeluruh dan melaksanakan disiplin penjara yang lebih ketat. Laporan Kapten Innes telah
dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Perundangan pada bulan Oktober 1872. Pihak
Jawatankuasa Pilihan telah mengistiharkan persetujuan mereka mengenai semua perkara yang
dibincangkan termasuk laporan Kapten Innes. Seterusnya Ordinan XIV 1872 telah diluluskan
untuk membolehkan pihak kerajaan memperkenalkan pembaharuan mereka.72
Perubahan ini sekaligus mewujudkan beberapa sistem pengurusan banduan wanita
yang lebih sistematik. Semua banduan wanita diletakkan dalam kategori tahanan selamat. Oleh
itu, semua banduan wanita diletakkan dalam kategori ini bahkan mereka ditetapkan dalam kelas
keenam daripada keseluruhan kelas banduan. Kelas ini juga merangkumi golongan
penghutang, menanti perbicaraan ataupun orang yang memerlukan jagaan selamat sahaja.
Melalui usaha pengasingan banduan ini membawa kepada perubahan sistem penjara
yang lebih sistematik. Pengasingan lebih terperinci dilakukan yang meliputi empat kategori
banduan iaitu yang pertama, banduan hukuman ringan (Simple imprisonment). Banduan
kategori ini tidak akan dilayan sebagaimana peraturan biasa, mereka akan dikurung bersama
dengan mereka yang melalui rigorous imprisonment iaitu mereka yang dikenakan hukuman
kerja keras (hard labour). Mereka tidak perlu melakukan sebarang kerja tetapi perlu menjaga
bilik, perabot dan membuat kerja pembersihan. Manakala kedua, adalah jenis tahanan
sebagaimana banduan wanita yang lebih terjamin keselamatan mereka.
Seterusnya banduan kategori ketiga pula adalah mereka yang diberikan tumpuan utama
untuk pelaksanaan pengasingan. Mereka meliputi banduan di bawah kesalahan ringan
(rigorous imprisonment), perhambaan (penal servitude) dan hukuman berat (hard labour).
Mereka dibahagikan kepada banduan hukuman pendek dan hukuman panjang. Pengasingan
banduan lelaki ini penting bagi memudahkan kerja-kerja industri dan perburuhan oleh tenaga
kerja banduan dapat dijalankan dengan lebih teratur. Banduan akan menghabiskan dua jam
69 Ord To C.O 3 Disember 1872, C.O 273/62. 70 Ord To C.O, 3 April 1873, C.O 273/66. 71 Laporan Penjara Kriminal Singapura. 1878. 72 Ord To C.O, 3 Disember 1872, C.O 273/62.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
setiap hari dalam kerja-kerja “shot-drill, tread-wheel ataupun crank” yang merupakan mesin
jentera hukuman semata-mata. Banduan kategori ini wajib dikenakan pengasingan dengan
ketat.73 Mereka tidak dibenarkan bersosial dan mengeluarkan sebarang bunyi. Manakala bagi
banduan hukuman panjang pula adalah mereka yang menerima hukuman melebihi enam bulan.
Mereka diklasifisikasikan kepada tiga gred. Mereka akan diberikan gred untuk menentukan
promosi dari satu gred ke gred lain dan bahagian hukuman dapat ditebus sepenuhnya.
Pengasingan banduan ini bergantung kepada aspek disiplin. Oleh itu, penentuan sama
ada banduan berada dalam kumpulan atau diasingkan terletak pada gred dan promosi. Banduan
juga menerima setengah sen bagi setiap markah tingkah laku yang baik dan wang akan
diberikan kepada mereka ketika selesai menjalani hukuman penjara.74 Namun bagi banduan
hukuman mati dikenakan pengasingan dalam sel secara berseorangan dan dikenakan kawalan
yang ketat di bawah penyeliaan pegawai penjara siang dan malam. Pengasingan secara total
dikenakan terhadap banduan kategori ini malah mereka tidak dibenarkan bersosial atau
menerima pelawat melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada Leftenan Gabenor atau
Setiausaha NNS.75
Perubahan selepas pengenalan Ordinan ini sekaligus membawa pengenalan undang-
undang secara menyeluruh. Antara perubahan yang berlaku selepas pengenalan kepada ordinan
adalah kemasukan banduan wanita ke penjara secara tidak langsung melalui proses kemasukan
dan discaj. Selain itu bermula tahun 1850-1860, pengurusan banduan dalam aspek pakaian
telah diperbaiki dan disusun semula. Banduan-banduan di semua penempatan hukuman
diberikan jenis pakaian standard yang baru. Pakaian mereka akan ditentukan jenis kelas yang
ditetapkan. Sistem pengelasan ini diperkenalkan oleh W.J.Butterworth selaku Gabenor NNS di
bawah pengenalan kod undang-undang sejak tahun 1845. Seterusnya banduan mula ditetapkan
pakaian mengikut pembahagian kelas. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan semua
banduan dikehendaki mematuhi undang-undang berpakaian yang baru mengikut penetapan
kelas masing-masing. Pembahagian kelas ditetapkan mengikut kriteria tertentu seperti jenis
kesalahan dan jenis kelakuan banduan.
Manakala khusus buat banduan wanita, mereka mendapat keistimewaan yang berbeza
dengan banduan lain dan dikelompokkan sebagai banduan kelas pertama. Mereka dibenarkan
untuk memakai sebarang pakaian. Rambut banduan wanita juga tidak akan dipotong tanpa
kebenaran melainkan wujud keperluan kerana dilihat ada kutu atau terlalu kotor.76 Selain itu,
banduan wanita yang menunjukkan kelakukan yang baik akan diberikan kelonggaran untuk
keluar dari penjara dan mencari kerja. Peluang diberikan sama ada mereka ingin bekerja
dengan syarikat swasta atau pihak kerajaan. Ini dibenarkan dan dikatakan termasuk dalam
aspek pemulihan (rehabilitasi). Ini juga memudahkan proses integrasi banduan bersama
masyarakat biasa dengan matlamat membebaskan banduan wanita daripada sistem banduan
dan sistem penjara.
Selain itu berdasarkan lawatan MacNair ke penjara-penjara England pada tahun 1861
mendapati sistem pengurusan banduan di Negeri-Negeri Selat adalah jauh lebih maju. Menurut
Macnair, melalui skim latihan yang betul ke arah memastikan banduan menjalankan
73 Berdasarkan Peraturan 65 Dan 72. peraturan ini diubahsuai semenjak Pejabat Kolonial menolak kebenaran
penggunaan gari (gari) sebagai ciri biasa disiplin penjara. C.O To Ord, 22 Ogos 1873, C.O 273/66. 74 One Week Diligent And Meritorious Conduct Could Earn Nine Marks. Rule 69. 75 Rules And Regulation For Management Of Prisons And Prisoners In The Straits Settlements. 76 Rules and regulations for prisons, straits settlements, Government Gazzette, 12 Disember 1868.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
tanggungjawab mereka sepanjang tempoh hukuman dan memperolehi kehidupan yang lebih
baik apabila dibebaskan, mereka tidak lagi akan terpengaruh dengan jenayah dan salah laku.77
Pada tahun 1867, kerajaan merasa sukar untuk merangka pekerjaan untuk banduan.78 Oleh itu,
dalam tahun yang sama, NNS telah dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan yang baru,
menjadikan sistem banduan wanita telah diberi tumpuan. Banduan wanita mula bekerja dalam
pelbagai sektor pekerjaan di luar penjara dengan menggalas tugasan seperti tukang bersih,
kerani, pembantu dan sebagainya.79 Namun kebiasaanya, kebanyakan banduan wanita ini
digajikan oleh majikan swasta, sama ada di ladang-ladang, di rumah-rumah peribadi, pembantu
rumah, pembersih, tukang kebun, tukang jahit, dan sebagainya.80
Kesimpulan
Banduan wanita yang merupakan kelompok minoriti menyebabkan kewujudan mereka tidak
begitu diberi perhatian dalam aspek pengurusannya. Bahkan wanita kehilangan hak asasi
sebagai seorang manusia disebabkan kewujudan pelbagai masalah yang timbul. Namun akibat
beberapa isu yang melibatkan banduan wanita ini membawa kepada usaha British mencari
jalan penyelesaian. Hal ini kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan isu pentadbiran penjara
NNS yang tidak sistematik. Kegagalan menangani masalah-masalah banduan wanita ini
hakikatnya memberi kesan terhadap aspek keselamatan penjara. Percampuran banduan berlaku
kerana ketiadaan pengasingan yang sistematik disebabkan kekurangan sumber kewangan dan
fasiliti banduan wanita.
Namun, disebabkan keperluan yang tinggi terhadap tenaga buruh sama ada banduan
buruh lelaki atau wanita mendesak pihak British mengambil tindakan serius bagi memperbaiki
dan memberikan tumpuan seimbang antara kedua jenis jantina. Justeru, aspek pengasingan
mula dijadikan isu khusus dalam melaksanakan disiplin penjara berpandukan pengenalan
undang-undang Penjara 1867 yang baru. Ia digariskan bagi memastikan pengurusan penjara
secara umumnya dan pengurusan banduan wanita berjalan lancar. Justeru itu, pengasingan
digunakan untuk mengawal atau menghukum banduan yang berpotensi mengancam
keselamatan penjara. Pengurusan banduan wanita diperbaiki dan dikemaskini ke arah
pengurusan yang lebih baik. Melalui pengenalan ordinan ia sekaligus dapat memastikan
pelaksanaan undang-undang penjara berjalan lancar sekaligus mengekalkan keamanan dan
keselamatan persekitaran penjara.
77 Mcnair (Supt. Convicts S'pore), 1 1 June 1862, Ssr , W 42, Item 220. 78 Cavenagh To India, 25 April & 4 June 1864, Шд 45, Pp. 204-210, 228-231. 79 C.M Turnbull, Convicts In The Straits Settlements, 1826-1867. H. 87. 80 Mcnair, J.F.A. Prisoners Their Own Warders, A Record Of The Convict Prison At Singapore In The Straits
Settlements Established 1825, Discontinued 1873, Together With A Cursory History Of The Convict
Establishments At Bencoolen, Penang And Malacca From The Year 1797.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)