-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
1
Bab 2:
Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:
menghuraikan definisi dan konsep masalah pertuturan
menjelaskan unsur-unsur pertuturan
menerangkan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah gagap
menjelaskan punca masalah gagap
mensenaraikan langkah-langkah mengurangkan masalah gagap
Ringkasan Bab
2.1 Mukadimah
2.2 Apakah bermasalah pertuturan dan komunikasi?
2.3 Unsur-unsur pertuturan
2.4 Gagap
2.5 Punca masalah gagap
2.6 Panduan mengurangkan masalah gagap
2.7 Kajian Kes: Anak Lewat Cakap
Ringkasan
Rujukan
Bab 1: Pengenalan Bab 2: Bermasalah Pertuturan Bab 3: Bermasalah
Membaca Bab 4: Bermasalah Matematik Bab 5: Bermasalah Menulis Bab
6: Bermasalah Memberi Tumpuan Bab 7: Bermasalah Interaksi Bab 8:
Bermasalah Kemahiran Motor Bab 9: Bermasalah Fungsi Eksekutif
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
2
Bab ini akan membincangkan tentang kanak-kanak bermasalah
komunikasi yang
meliputi masalah pertuturan dan masalah bahasa, perkembangan
pertuturan dan
bahasa kanak-kanak, masalah pertuturan, masalah bahasa,
kelewatan bertutur,
keperluan pendidikan, dan khidmat sokongan untuk kanak-kanak
masalah
komunikasi.
Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan
memerlukan
koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara.
Pertuturan melibatkan
simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang
formal bertujuan
untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.
Secara umumnya manusia berkomunikasi di antara satu sama lain
melalui pertuturan.
Manusia perlu berkomunikasi untuk menyatakan fikiran dan
berhubung di antara satu
sama lain dalam menjalani aktiviti-aktiviti kehidupan. Bayangkan
apabila seseorang
itu tidak dapat berkomunikasi dengan ibu bapa, ahli keluarga,
dan rakan sebaya akibat
daripada masalah pertuturan yang dihadapinya. Mereka mungkin
mempunyai idea
atau perkara yang hendak disampaikan tetapi tidak dapat
menyampaikannya kerana
masalah pertuturan yang dihadapi seperti gagap, sengau dan
sebutan tidak jelas.
Masalah pertuturan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah dalam
bentuk dan tahap
yang berbeza-beza. Masalah pertuturan (speech disorders)
mempengaruhi cara kanak-
kanak bercakap, memahami, menganalsis dan memproses maklumat
(Gargiulo, 2003).
Kanak-kanak yang bermasalah pertuturan lazimnya mendapati sukar
mengikuti
pelajaran dan elak hadir sekolah. Menurut Friend (2005), masa
yang paling kritikal
dalam perkembangan pertuturan adalah peringkat awal kanak-kanak.
Beliau telah
memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak
normal. Lihat
Jadual 2.1 yang menyenaraikan petunjuk-petunjuk penting
perkembangan pertuturan
kanak-kanak normal. Berdasarkan ini guru akan dapat mengetahui
kelainan yang
dimiliki oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan.
Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap.
Gangguan ini
dalam bentuk penyalahsebutan, bunyi-bunyi pertuturan hingga
ketidakbolehan
bercakap. Seseorang yang mengalami masalah pertuturan ini
adalah:
jika pertuturannya berbeza dari individu-individu lain dalam
kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama
jika pertuturannya sukar difahami
apabila seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan
orang lain
2.1 Mukadimah
2.2 Apakah Bermasalah Pertuturan?
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
3
Rajah 2.1 Tahap Penguasaan Pertuturan Kanak-Kanak
Perkembangan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh
perkembangqan intelek,
umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat
pertuturan. Apabila sampai
pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan
perkataan-
perkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa
mereka. Masalah
perkembangan pertuturan kanak-kanak boleh diketahui dengan
membuat
Umur
Kebolehan Bertutur
1 Mengenal nama dan boleh menyebut mama dan papa
Faham arahan mudah
1-2 Faham perkataan tidak. Guna sepuluh hingga 20 perkataan,
Boleh menggabungkan dua perkataan Mak makan Meniru bunyi binatang
seperti lembu. Melambai-lambai selamat jalan
2-3 Mengenal anggota badan Guna dua perkataan dalam frasa
negatif -tak mau Memahami konsep masa yang mudah - esok, semalam
Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul atau
menangis Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang kecil dan
besar
3-4 Sudah Boleh Bercerita Menguasai lebih kurang 1000 patah
perkataan Memahami makna kelmarin, makan tengah hari Mula menurut
arahan/perminatan Letak kasut di luar
4-5 Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan Mengenal pasti
segi tiga, bulatan, atau segi empat Boleh bercakap angan-angan -
saya harap . Banyak menyoal, termasuk Mengapa..?
5-6 Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan Memahami
hubungan ruang seperti atas dan belakang Tahu alamat sendiri Tahu
perkataan antonim mudah seperti kecil besar Membezakan tangan kanan
dan kiri tanpa bantuan Menggunakan berbagai jenis ayat
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
4
perbandingan dengan perkembangan kanak-kanak normal.
Masalah pertuturan merupakan kecacatan suara, penyebutan
bunyi-bunyi pertuturan,
dan/atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat dalam
penyampaian dan penggunaan
simbol-simbol lisan. Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa
yang paling biasa dan
memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan
suara. Pertuturan
melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk
bahasa yang formal
bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran
(Bernstein & Tiegerman,
1993).
Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan
bunyi-bunyi
bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti
semula jadi, rentak
dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang
mencukupi sesuai
dengan peringkat umur. Masalah pertuturan dikaitkan dengan:
Lihat Rajah 2.1.
Suara
Bunyi
Artikulasi,
Kelancaran.
Rajah 2.2 Unsur-Unsur Pertuturan
Suara Bunyi
Artikulasi
Kelancaran
2.3 Unsur-Unsur Pertuturan
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
5
1) Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu:
pitch yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara,
kekuatan, atau kenyaringan suara, dan
kualiti suara.
Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik)
suara yang tidak
normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak
bercakap. Semua suara
berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara
dihasilkan. Suara kurang
menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau
(hoarseness), dan
berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang
berkesan.
Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang
sepatutnya keluar
melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika
bercakap. Keadaan
ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Oleh
itu kanak-kanak
sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali
bunyi vokal dan
bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng . Masalah suara akibat
jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan
akan pulih apabila tekak diubati dan
kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.
2) Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan
ada kalanya
dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang
mempunyai suara
yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu
nyaring.
3) Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir,
lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan
bunyi-bunyi bahasa. Masalah artikulasi atau
gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi
pertuturan yang abnormal, sehinga menyebabkan
percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan
yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada
perkara-perkara berikut:
Penggantian bunyi tetrjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu
perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk
makan dan dalam bahasa Inggeris wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini
sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga
boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan
bahasa
Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk
perkataan susah, konsonsn s disebut dengan hembusan angin yang kuat
atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya
sssyusyah
Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan
sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan,
tengah,
atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk
besar, dan lain-lain.
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
6
Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan
seperti bawa disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal
atau ammaminal.
APAKAH PUNCA MASALAH ARTIKULASI?
Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang
menyebabkan
gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir
atau sumbing
lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada
hidung atau tekak,
kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula
belajar bercakap
sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran (Compton,
1993).
Fizikal: Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah
kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas
bibir yang mengganggu
pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang
sengau.
Kelumpuhan Otak: Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada
kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang
dan
pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar
menerima
atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.
Asuhan: Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur
dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan
perkataan sengaja tidak
lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka
juga
menyebut perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be
ak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini
tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah
menyebut
perkataan dengan betul.
Persekitaran: Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan
bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak
banyak bercakap,
menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga
kanak-kanak
yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model..
4) Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau
tersekat-sekat
yang boleh mengganggu komunikasi. Gangguan kelancaran melibatkan
aliran
pertruturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan
seseorang.
a) Apakah masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak? b)
Bincangkan empat faktor yang berkaitan dengan masalah
pertuturan. c) Apakah punca bermasalah pertuturan?
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
7
Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling
biasa. Seseorang
dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan
berulang-ulang, tersekat-sekat,
dan diikuti ketegangan otot tekak (Guitar, 2005). Keadaan ini
terjadi akibat gangguan
pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan
yang tidak
sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara
peruturan normal dan gagap
mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.
Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di
antaranya adalah:
Gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4
tahun), tetapi akan beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman
interaksi dengan
persekitaran,
Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan
Gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.
Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak
(brain damage)
yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat
pertuturan. Kanak-
kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau
suara yang betul
Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu
pertuturannya. Namun dari
segi fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan
individu normal. Di
antara ciri individu yang gagap adalah seperti berikut:
Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap
mengulang-ulang
menyebut perkataan dan
pemanjangan bunyi perkataan.
Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf
yang
sama.
Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.
Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar
pertuturan, memejamkan mata,
mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan
tangan semasa
bertutur.
Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur
kanak-kanak misalnya
persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan
dua atau lebih
bahasa, tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa
bimbingan orang
dewasa sebagai model
2.4 Gagap
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
8
Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan
meniru pertuturan orang
dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap
bagi memudahkan
mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan
dengan pelat,
misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak dan sebagainya.
Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak
tersebut akan mengalami
masalah menyebut perkataan dengan betul.
Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap.
Berdasarkan
pendapat daripada beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah
dirumuskan
seperti berikut:
Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika
peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu
bercakap,
otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil.
Keadaan ini
menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan
berulang-ulang.
Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya
persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan
serta
hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa.
Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan
mempunyai masalah kesihatan.
Trauma atau kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan,
kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang
menakutkan, dan
menghidap sesuatu penyakit.
Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar
bertutur.
Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar
kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak
mereka.
Terdapat bukti-bukti yang menerangakan bahawa, seseorang yang
mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan
tangan
kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.
2.5 Punca Masalah Gagap
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
9
Morley (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk
membantu individu
gagap mengatasi masalah mereka
Menyesuaikan Diri dengan Gagap Ramai individu gagap berasa yang
mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada
pengalaman-
pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang
gagap.
Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap
sebenarnya
mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada
masa-
masa tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan
menerima
hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan beremosi
Terapi Mengurangkan Ketegangan (Relaxation Therapy) Rawatan
terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan
fizikal dan
mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan kelesaan
dan
ketenangan mental yang akan mneningkatkan kecekapan dan
keayakinan
untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.
Latihan-latihan yang Membantu ke Arah Mengawal Petunjuk-petunjuk
Gagap Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah
pengalaman
pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka
mengawal
kegagapan ketika ianya terjadi
o Perbincangan, Cadangan, dan Tugasan Pada setiap kali rawatan,
masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yang
berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan
berbagai-bagai masalah dan situasi lagi. Cadangan diberi
bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya
dan
menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan
cadangan-cadangan yang diberi.
o Terapi Kumpulan Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap
akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini dia
akan
bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama
dan berkongsi pengalaman masing-masing
2.6 Panduan Mengurangkan Masalah Gagap
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
10
Kelewatan bertutur adalah kekurangan dalam keupayaan bertutur
yang berlaku dalam
kadar yang lambat dari normal iaitu pertuturan yang tidak sesuai
dengan peringkat
umur. Kanak-kanak yang lewat bertutur akan bertutur seperti
kanak-kanak yang jauh
lebih muda daripadanya. Mereka kerap dianggap sebagai
keanak-anakan dan sukar
bergaul dengan rakan sebaya. Kelewatan bertutur juga sering
dikaitkan dengan
ketidakupayaan lain seperti masalah pendengaran, terencat akal,
gangguan emosi, dan
kerosakan otak. Kelewatan bertutur bertutur disebabkan oleh
beberapa faktor
berikut: (Reed, (1994).
Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada
peringkat awal masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih
teruk.
Kecerdasan (IQ) yang rendah menyebabkan kanak-kanak tidak
berupaya belajar bercakap dengan rakan-rakan sebaya di samping
mempunyai
perbendaharaan kata yang rendah
Sikap ibu bapa yang suka anak mereka bercakap keanak-anakan
kerana dianggap seronok dan jenaka.
Peluang bertutur yang terhad di rumah. Ibu bapa gagal merangsang
anak untuk bertutur dan kurang motivasi
Ibu bapa memikirkan anak mereka akan dapat bercakap secara
semula jadi
apabila sampai masanya dan tidak perlu diberi galakan atau
motivasi.
Masalah pertuturan memberi kesan yang besar ke atas perkembangan
dan
penyesuaian sosial serta pembentukan peribadi kanak-kanak.
Kekecewaan yang
mereka hadapi menyebabkan mereka menyisihkan diri dari rakan
sebaya, kurang
keyakinan, dan mempunyai konsep kendiri yang rendah. Kanak-kanak
bermasalah
pertuturan boleh dibantu melalui intervensi terapi pertuturan,
psikoanalisis, dan
latihan-latihan khas untuk mengatasi masalah pertuturan.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan gagap dalam kalangan
kanak-kanak?
b) Nyatakan ciri-ciri yang akan ditunjukkan oleh kanak-kanak
yang gagap.
c) Bincangkan punca masalah gagap. d) Jelaskan tindakan yang
boleh diambnil oleh guru dan ibu
bapa untuk mengurangkan masalah gagap dalam kalangan
kanak-kanak.
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
11
2.7 Kajian Kes: ANAK LEWAT CAKAP
Sumber: BERITA HARIAN 3 Mac. 2012 Oleh Nor Afzan Mohamad
Yusof.
SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang
mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat
bercakap. Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti
kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang
lambat bercakap. Namun, adakah tanggapan ini benar? Masalah
bercakap hanya boleh ditentukan menerusi terapi pertututan-bahasa.
Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk
menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap.
Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu
segera merujuknya kepada terapis itu kerana lambat bercakap boleh
menjadi petanda kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran,
autisme atau masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat
kanak-kanak itu dapat dibantu. - Dr Basyariatul Fathi Osman,
Terapis Pertuturan Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti
Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Mengajukan
persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian
Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Dr Basyariatul (Basha) Fathi Othman, sebaliknya
menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos. Kanak-kanak yang lambat
bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat
kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran,
termasuk pemilihan permainan. Budak perempuan dikaitkan dengan
cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti main
masak-masak atau main pondok-pondok itu boleh menjadi satu proses
pembinaan pertuturan, katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk
cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian.
Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya
dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi
semakin lancar. Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka
bermain kereta mainan, atau pencuri-polis. Tidak banyak perkataan
dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi
vroom enjin kereta atau perkataan lari dan tangkap dari mulutnya.
Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka
bercakap.
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
12
Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama
bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu
membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan
motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan
menerusi perbuatan akan mempercepatkan mereka belajar perkataan
baru, seterusnya membina ayat dengan baik, katanya. Namun, bilakah
masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat
bercakap dan perlu mendapatkan bantuan? Kanak-kanak yang normal
boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun
setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa
kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk
menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.Masalah bercakap
hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan-Bahasa kerana dalam
setiap kes dirujuk. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara
terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi
kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan
masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan
Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi petanda kepada masalah
lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah
lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat
dibantu, katanya. Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan
pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor
komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap. Bagi masalah
pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula
belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelat kerana
ini adalah proses normal. Pelat atau proses-proses fonologi ini
berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana
bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan
akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila
kanak-kanak tidak berjaya mengatasi pelat ini pada tahap umur
berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis
pertuturan-bahasa. Jelasnya seseorang bayi itu bersuara
mengeluarkan kata - kata membebel atau baby talk seperti aa , aa ,
ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya
sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha
merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap
dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.
Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan
pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr
Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak
menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila
sampai masanya.
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
13
Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur
pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam
menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan
diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin
dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.
Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa
kanak-kanak lambat bercakap. Untuk mengelakkan berlakunya masalah
bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap
pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak
mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan
menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.
Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan
perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka
memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada
perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa
adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak.
Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa.
Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa
hadapan akan terjejas. Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh
badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang
baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu
diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa
optimum, katanya. Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi
petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah
pendengaran, atau autisme. Segeralah merujuk kepada pakar dapat
membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital
Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke
Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan
mengenai masalah berkaitan.
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
14
Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan
memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan
suara.
Masalah pertuturan dikaitkan dengan Suara, Bunyi, Artikulasi dan
Kelancaran.
Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik)
suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika
kanak-kanak bercakap.
Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan
pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada
kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara.
Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau
tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.
Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak
(brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan
otot alat
pertuturan.
Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan
daripada orang lain hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi
orang lain terhadap
pertuturan mereka yang gagap.
Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan
berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot
tekak
\
-
Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
15
Bernstein, D. K. & Tiegerman, E. (1993). Language and
Communication Disorders in
Children. (3rd
Ed.) New York: Merrill
Compton DG (1993). Stammering : its nature, history, causes and
cures. Hodder &
Stoughton.
Friend, M. (2005). Exceptional Children.: Wiley: Boston.
Gargiulo, R.M., (2003). Special Education in Contemporary
Society: An Introduction
to Exceptionality. United States: Wadsworth Thomson
Learning.
Guitar, Barry (2005). Stuttering: An Integrated Approach to Its
Nature and
Treatment. San Diego: Lippincott Williams & Wilkins
Mercer, C.D. & Mercer, A.R. (2001) Teaching Students with
Learning Problems, (6th
Ed.) Columbus, Ohio: Merrill.
Morley, M.E. (1972). The Development and Dsorders of Speech in
Childhood.
London. Churchill Livingstone.
Turkington, C. & Harris, J.R. (2003). Understanding Learning
Difficulties: The
Source Book for Causes, Disorders, and Treatments. New York:
Checkmark
Reed. V.R., (1994). An Introduction to Children with Language
Disorders. New
York: Macmillan College Publishing Company