Top Banner
SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008 167 Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dilahirkan di Klang, Selangor, Malaysia pada 21hb November 1971. Beliau berkelulusan Ph.D. daripada Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPKKM) UKM Bangi pada tahun 2003. Tajuk thesis Ph.D. beliau adalah “Peranan Sastera Kebangsaan dan Persepsi dalam Pembentukan Perpaduan Nasional: Satu Kajian di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”. Beliau boleh dihubungi dengan alamat e-mail: [email protected] . Dr. Abdul Jalil Othman ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Dilahirkan di Kedah, Malaysia pada 4hb Mac 1959. Beliau berkelulusan B.Ed.(Hons.) dan M.Ed. daripada UPM (Universiti Putra Malaysia) Serdang, Selangor, pada tahun 1991 dan 1997; dan Ph.D. daripada UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, pada tahun 2007. Tajuk tesis Ph.D. beliau adalah “Perkaitan Semantik dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Ijazah Dasar”. Beliau boleh dihubungi dengan alamat: Jabatan Pendidikan Bahasa, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur. e-mail: [email protected] . CHEW FONG PENG ABDUL JALIL OTHMAN Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia ABSTRACT Listening, speaking, reading and writing are the four basic competency skills in the teaching and learning process of the Malay Language in schools. However, listening and speaking skills tend to be neglected either in primary or secondary schools, but the situation in secondary schools are more serious. This study is carried out to observe the causes, problems and effects of the negligence of listening and speaking skills among the secondary schools students. Descriptive statistic analysis shows that the native speakers gain a higher score in the two skills compared to non-native speakers. The main cause that teachers neglect these skills is students dislike to give their opinions verbally due to their poor mastery of vocabulary and lack of self-confidence. Teachers are regarded as not spending their time in teaching listening and speaking skills in class and they tend to focus more on reading and writing skills. On students’ view, they are facing the interference of their mother tongue language. Hence forth, the Education Minister, the State Education Department, teachers and students need to pursue high awareness about the importance of mastering the listening and speaking skills because these skills are the most important and they are the basic skills in our daily life. Key words: listening, speaking, reading and writing’s competencies, and the problems and effects of the negligence all of it among the Malaysian’s secondary schools students.
26

Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Feb 18, 2015

Download

Documents

Amar Safwan

jiji
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

167

Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM (UniversitiMalaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dilahirkan di Klang, Selangor,Malaysia pada 21hb November 1971. Beliau berkelulusan Ph.D. daripadaPusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPKKM)UKM Bangi pada tahun 2003. Tajuk thesis Ph.D. beliau adalah “PerananSastera Kebangsaan dan Persepsi dalam Pembentukan Perpaduan Nasional:Satu Kajian di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.Beliau boleh dihubungi dengan alamat e-mail: [email protected].

Dr. Abdul Jalil Othman ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM(Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Dilahirkan di Kedah,Malaysia pada 4hb Mac 1959. Beliau berkelulusan B.Ed.(Hons.) dan M.Ed.daripada UPM (Universiti Putra Malaysia) Serdang, Selangor, pada tahun1991 dan 1997; dan Ph.D. daripada UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur,pada tahun 2007. Tajuk tesis Ph.D. beliau adalah “Perkaitan Semantikdalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Ijazah Dasar”. Beliau bolehdihubungi dengan alamat: Jabatan Pendidikan Bahasa, Fakulti PendidikanUM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur. e-mail: [email protected].

CHEW FONG PENGABDUL JALIL OTHMAN

Pengabaian Kemahiran Mendengardan Bertutur dalam Bilik Darjah di

Sekolah Menengah: Punca, Masalahdan Kesannya di Malaysia

ABSTRACTListening, speaking, reading and writing are the four basic competency skills in the

teaching and learning process of the Malay Language in schools. However, listening andspeaking skills tend to be neglected either in primary or secondary schools, but the situation insecondary schools are more serious. This study is carried out to observe the causes, problemsand effects of the negligence of listening and speaking skills among the secondary schoolsstudents. Descriptive statistic analysis shows that the native speakers gain a higher score inthe two skills compared to non-native speakers. The main cause that teachers neglect theseskills is students dislike to give their opinions verbally due to their poor mastery of vocabularyand lack of self-confidence. Teachers are regarded as not spending their time in teachinglistening and speaking skills in class and they tend to focus more on reading and writing skills.On students’ view, they are facing the interference of their mother tongue language. Henceforth, the Education Minister, the State Education Department, teachers and students need topursue high awareness about the importance of mastering the listening and speaking skillsbecause these skills are the most important and they are the basic skills in our daily life.

Key words: listening, speaking, reading and writing’s competencies, and the problemsand effects of the negligence all of it among the Malaysian’s secondary schools students.

Page 2: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

168

PENDAHULUANMendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur

komunikasi yang tertua, terpenting dan paling kerap digunakan.Namun sebagai kemahiran dalam pembelajaran bahasa, mendengardan bertutur merupakan bahagian yang paling kerap diabaikan.Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang utama danpertama dikuasai oleh kanak-kanak. Dalam proses pemerolehanbahasa kanak-kanak didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyipertama keluar dari mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulukepada bunyi bahasa dan bukan bahasa secara sengaja atau tidaksengaja.

Hal ini bermakna bahawa mendengar dan bertutur merupakanasas kemahiran berbahasa. Salah satu sebabnya ialah mendengarmerupakan suatu kemahiran yang paling awal muncul berbandingdengan kemahiran-kemahiran yang lain. Dari segi urutannya dapatdikatakan bahawa kanak-kanak akan mendengar lebih dahuludaripada bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca danmembaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar, 2004).

Kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca danmenulis dapat dibahagikan kepada dua jenis kemahiran komunikasi.Kemahiran mendengar dan membaca dianggap sebagai kemahiranmenerima komunikasi, manakala kemahiran bertutur dan menulisdikelompok sebagai kemahiran menyampaikan komunikasi. Kemahiranmendengar dan bertutur menggunakan media lisan (audio-oral),sementara kemahiran menulis dan membaca menggunakan mediatulisan (visual grafik). Hal ini dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jadual 1Kemahiran Asas Bahasa

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURKemahiran mendengar biasanya dianggap sebagai satu

kemahiran yang diperoleh secara semula jadi oleh penutur sesuatu

Page 3: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

169

bahasa. Anggapan seperti ini menyebabkan kemahiran ini diabaikandalam pengajaran bahasa. Tetapi dalam konteks pengajaran bahasapada dekad ini, pengajaran kemahiran ini dipentingkan. Kemahiranini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehanmendengar secara berkualiti dan seterusnya dapat menggunakanhasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota masyarakatnya(Yahya Othman, 2005).

Kajian C.M. Feyten (1991) menunjukkan bahawa sebahagianbesar pengetahuan kita diperoleh melalui pendengaran, tetapi kitadapat mengingati hanya lebih kurang 25 peratus daripada apa-apayang kita dengar. Mendengar seharusnya merupakan suatu aktivitiyang aktif dan melibatkan pendengar dari segi mental, iaitumemahami dan menilai maklumat yang didengar.

Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi pemahamandalam mendengar. Pertama, pengetahuan tentang sistem bahasa lisan,iaitu tentang sistem bunyi (fonologi), struktur ayat (sintaksis) dan sistemmakna (semantik). Kedua, teks atau bahan (perkara, topik maklumat,cerita, mesej, idea, fakta, berita dan lain-lain) yang didengar. Dan ketiga,pengetahuan latar belakang, iaitu pengetahuan sedia ada yang adapada diri pendengar yang berkaitan dengan teks atau bahan yangdidengar (Widdowson, 1983; dan Mazlan Rais, 2000).

Oleh itu, mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting danperlu dipelajari secara intensif, terutama semasa pelajar di sekolahrendah dan menengah seperti yang terkandung dalam SukatanPelajaran Sekolah Rendah tahun 1983 dan Sukatan Pelajaran SekolahMenengah tahun 1988 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983 dan1988). Aktiviti mendengar perlu dikuasai kerana penggunaannyayang begitu meluas dalam kehidupan. Dianggarkan lebih kurang 60%daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuanmendengar .

Kemahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkansuasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secaradua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum. Dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlumenguasai kemahiran mendengar supaya membolehkan merekamenguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh gurudalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga satukelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran danpengajaran berlangsung dengan lancar.

Page 4: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

170

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan yang amatpenting, sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiranini penting bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan oranglain. Pertuturan yang diadakan lazimnya membawa maksud tertentu.Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuantertentu seperti keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuanmempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah.

Keupayaan menuturkan sesuatu bahasa itu dapat mempercepatkanpemahaman pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasiinterpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran inimemerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila berhadapandengan kumpulan pelajar yang berlainan, seperti keperluan bagimempelajari bahasa pertama ataupun bahasa kedua.

W.M. Rivers (1983) dan Malamah–Thomas (1987) yangmenjalankan kajian tentang aktiviti lisan mendapati unsur interaksiamat penting dalam aktiviti lisan. Unsur interaksi antara penuturdengan pendengar, dan antara penutur dengan penutur, akanmenghidupkan situasi dan akan menjadikan simulasi lebih realistikseperti keadaan yang sebenarnya. Aktiviti lisan merupakan aktivitibahasa yang paling penting dalam kehidupan manusia sehari-hari.Maka, dalam apa jua aktiviti bercakap yang dipilih oleh guru untukmelatih pelajar-pelajarnya, aspek interaksi yang menggambarkansituasi dalam situasi lisan yang sebenarnya perlu wujud.

Satu kajian tentang kemahiran bahasa telah dijalankan oleh J.A.Rankin (1999). Beliau telah menyelidik apa-apa yang telah dilakukanoleh orang dewasa pada setiap hari. Dapatannya menunjukkanbahawa 70 peratus daripada masa orang dewasa digunakan untuksalah satu kegiatan berkomunikasi, dan setelah diperinci didapatibahawa 42 peratus daripada masa untuk berkomunikasi itudigunakan untuk mendengar, 32 peratus untuk bercakap, 15 peratusuntuk membaca, dan 11 peratus untuk menulis.

Mengikut kajian Raminah Sabran (1991), jika seseorang itu inginmeluaskan ilmu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiranbertutur supaya mahir dan cekap membaca. Seseorang itu juga perlumenguasai kemahiran menyebut bunyi–bunyi huruf yang tertera didalam teks yang dibacanya, di samping dapat menyebut dalamgabungan yang didukung oleh setiap perkataan mengikut konteksayat dalam petikan yang dibacanya itu.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Zamri Mahamod,Mohamed Amin Embi & Jamaluddin Badusah (2006) ke atas pelajar

Page 5: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

171

Melayu, Cina dan India yang berinteraksi di luar kelas, mendapatistatus kemahiran bertutur Bahasa Melayu pelajar lelaki lebih baikdaripada pelajar perempuan. Pelajar luar bandar pula menguasaikemahiran bertutur lebih baik daripada pelajar bandar. Dari segikeupayaan pula jelas bahawa pelajar cerdas lebih terserlahberbanding pelajar sederhana dan lambat. Pelajar Melayu pula telahmengatasi pelajar-pelajar Cina dan India dari segi etnik.

PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF DAN SOALANKAJIAN

Penguasaan bahasa untuk berkomunikasi merupakan matlamatpengajaran bahasa di sekolah. Untuk mencapai penguasaan bahasapada tahap yang paling tinggi ini guru harus memberi penekananyang sama rata terhadap keempat-empat kemahiran berbahasa, iaitumendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Dari segi amalannya, guru lebih menitikberatkan pengajaran danlatihan pembacaan dan penulisan, pada hal aspek ini tidak begitubanyak dilakukan oleh pelajar berbanding aspek mendengar danbertutur. Amalan sedemian tidak wajar kerana pengajaran danlatihan pendengaran diutamakan dan diberikan asas yang kukuhsebelum pelajar-pelajar diajar bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran mendengar dan bertutur ini sangat penting dankepentingan aspek ini tidak dapat dipertikaikan lagi kerana apabilaseseorang itu berkomunikasi, dia sebenarnya melakukan aktivitimendengar dan bertutur iaitu satu proses dua hala. Aspek ini memangdiketahui oleh guru-guru, tetapi apabila mereka mengajar aspek lisandi dalam kelas ternyata kebanyakan guru lebih memberikanpenekanan terhadap kemahiran bertutur sahaja.

Kemahiran mendengar dan bertutur jarang-jarang ditekankandi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru lebihmementingkan kemahiran menulis dan membaca. Jika kemahirantersebut diajarkan pun, guru tidak menggunakan kaedah dan teknikyang sesuai. Kebanyakan guru mengajarkan kemahiran tersebutdengan cara menyuruh pelajar-pelajar mendengar penerangan guruatau bacaan rakan di dalam kelas.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan mengenal pastipunca-punca, masalah-masalah dan kesan-kesan daripadakemahiran mendengar dan bertutur diabaikan dalam kalanganpenutur jati dan bukan penutur jati. Hasil kajian ini dapat membantupihak-pihak tertentu untuk menggubal dan merangka strategi dalam

Page 6: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

172

mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran asaskemahiran-kemahiran, terutamanya kemahiran mendengar danbertutur. Antara objektif kajian yang telah kami kenal pasti adalahuntuk mengenalpasti tahap pencapaian kemahiran mendengar danbertutur dalam kalangan pelajar, mencari punca-punca, masalah-masalah dan kesan-kesan pengabaian kemahiran mendengar danbertutur dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta melihatperbezaan signifikan antara penutur jati dan bukan penutur jati darisegi pencapaian ujian kemahiran mendengar dan bertutur.

Soalan-soalan dalam kajian ini, bagi tujuan memenuhi objektiftersebut, adalah seperti berikut:a. Apakah tahap pencapaian pelajar dalam ujian kemahiran

mendengar dan bertutur yang telah dijalankan?b. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara penutur jati dan

bukan penutur jati dari segi pencapaian dalam ujian?c. Apakah punca-punca yang menyebabkan kemahiran mendengar

dan bertutur diabaikan?d. Apakah masalah-masalah yang menyebabkan kemahiran

mendengar dan bertutur diabaikan?e. Apakah kesan-kesan yang timbul apabila kemahiran mendengar

dan bertutur diabaikan?

HIPOTESIS, KEPENTINGAN DAN INSTRUMEN KAJIANPengkaji telah membina hipotesis nul kajian yang berbunyi: “Tidak

terdapat perbezaan signifikan antara penutur jati dan bukan penutur jatidalam pencapaian ujian kemahiran mendengar dan bertutur”.

Dapatan kajian ini memberi kesedaran kepada pengkaji dan guruBahasa Melayu berhubung masalah dalam pengajaran danpembelajaran yang kini melanda sistem pendidikan bahasa negarakita, khususnya dalam kaedah dan pedagogi mengajar kemahiranmendengar dan bertutur.

Selain itu kajian ini dapat mengenalpasti punca-punca, masalah-masalah dan kesan-kesan daripada kemahiran mendengar danbertutur diabaikan, seterusnya mencari jalan penyelesaian untukmengatasi masalah ini. Pengkaji juga ingin memberi kesedaranbahawa faktor etnik dan gangguan bahasa ibunda menyebabkankemahiran ini sukar dikuasai dalam kalangan bukan penutur jati.Pengkaji ingin menyedarkan para guru tentang perbezaan jurangyang agak besar antara penutur jati dan bukan penutur jati dalamkajian ini dengan membina hipotesis nul.

Page 7: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

173

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiranberbahasa, kajian ini amat berguna kerana boleh dimanfaatkan untukmeninjau, sama ada sukatan pelajaran yang sedia ada relevan atautidak relevan dengan tuntutan kurikulum dan kehendak peperiksaan.Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan garis panduan dalampenyediaan resolusi oleh pihak yang terlibat dalam penggubalansukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah di bawahKementerian Pelajaran Malaysia dan seterusnya memperbaiki kualitipenulisan buku teks. Di samping itu kajian ini juga dapat membantupenulis buku teks dalam merangka aktiviti-aktiviti dan latihan-latihanyang bersesuaian untuk dimuatkan dalam buku teks, khususnya yangberkaitan dengan kemahiran mendengar dan bertutur.

Instrumen kajian ini dikategorikan kepada dua kategori, iaitu ModelUjian Lisan Bahasa Melayu dan borang soal selidik untuk pelajar,manakala borang soal selidik digunakan bagi tujuan mengumpulmaklumat daripada guru.

Instrumen pertama, iaitu Model Ujian Lisan Bahasa Melayu dalambentuk gambar, jadual dan teks yang digunakan untuk mengumpulmaklumat tentang tahap penguasaan lisan para pelajar. Instrumenkedua, iaitu borang soal selidik dirangka khusus untuk guru-gurudan pelajar-pelajar.

Terdapat empat bahagian yang dikemukakan dalam soal selidikuntuk guru. Kesemua soalan menggunakan skala likert. Bahagian Aterdiri daripada item demografi guru; Bahagian B menyoal tentangpunca kemahiran mendengar dan bertutur diabaikan (12 soalan);Bahagian C mengandungi 9 soalan tentang masalah kemahiranmendengar dan bertutur diabaikan; manakala Bahagian D pula ialahsoalan mengenai kesan-kesan yang timbul apabila kemahiranmendengar dan bertutur diabaikan (8 soalan).

Borang soal selidik untuk pelajar pula terdiri daripada empatbahagian yang menggunakan skala likert. Bahagian A terdiri daripadademografi relajar; Bahagian B tentang punca kemahiran mendengardan bertutur diabaikan (10 soalan); Bahagian C pula mengenaimasalah kemahiran mendengar dan bertutur diabaikan (9 soalan);manakala Bahagian D ialah kesan-kesan pengabaian kemahiranmendengar dan bertutur (8 soalan).

KAJIAN RINTIS, ANALISIS DATA DAN SUBJEK KAJIANSebelum kajian sebenar dilaksanakan, penyelidik telah

menjalankan kajian rintis ke atas 10 orang sampel yang mempunyai

Page 8: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

174

ciri-ciri populasi. Antara tujuan kajian rintis ini dijalankan adalahuntuk meningkatkan kesahan dalaman instrumen kajian. Berikutanitu beberapa soalan dalam setiap bahagian telah diprafrasakansupaya menjadi jelas untuk dijawab oleh responden.

Borang soal selidik tersebut telah diedarkan kepada guru-guruyang mengajar Bahasa Melayu di 6 buah sekolah menengah. Merekadiberi masa 1 jam untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Manakalasoal selidik untuk pelajar pula ditadbirkan secara kelas dalam tempohmasa 30 minit. Ujian lisan ke atas 120 orang pelajar akan dijalankansecara berperingkat-peringkat yang melibatkan masa selama 3minggu.

Data yang dikumpul diisi dalam borang dan dianalisis denganmenggunakan perisian SPSS versi 12. Analisis deskriptif iaitukekerapan, peratusan, dan kecenderungan memusat digunakandalam tujuan penganalisisan data. Pemaparan data-data seterusnyadibuat melalui jadual.

Subjek kajian ini terdiri daripada 30 orang guru mata pelajaranBahasa Melayu dan 120 orang pelajar Tingkatan 5 di tiga buah sekolahmenengah di Kuala Lumpur. Pemilihan subjek dilakukan secara rawak.

Dari segi sampel pelajar, pelajar keturunan Melayu membentukmajoriti sampel sebanyak 54 orang (45.0%); diikuti oleh pelajar Cina45 orang (37.5%); pelajar India 20 orang (16.7%); dan pelajar etniklain hanya 1 orang (0.8%) daripada jumlah sampel. Dengan katalain, penutur jati merangkumi 45% daripada keseluruhan sampel,manakala 55% terdiri daripada penutur bukan jati.

Manakala responden guru terdiri daripada 30 orang, yang jugadipilih daripada 3 buah sekolah menengah kebangsaan yang sama.Dari segi etnik, guru Melayu sebanyak 21 orang, membentuk 70%berbanding hanya 9 orang (30%) guru bukan Melayu. Inimencerminkan realiti bahawa lebih banyak guru Melayu mengajarmata pelajaran Bahasa Melayu daripada bukan Melayu di sekolah.

DAPATAN KAJIANKajian ini cuba menjawab lima soalan utama kajian. Bahagian

ini akan cuba mengemukakan data empirikal bagi menjawab keenam-enam soalan kajian tersebut.

Pertama, apakah tahap pencapaian pelajar dalam ujian kemahiranmendengar dan bertutur yang telah dijalankan?

Page 9: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

175

Jadual 2Skor dalam Ujian Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Daripada jadual 2, markah ujian mendengar dan bertuturdibahagikan kepada empat kategori skor, iaitu A, B, C dan D. Seramai46 pelajar mempunyai skor C, iaitu 38.3%. Kedua tertinggi ialah skorA iaitu 29.2%, dan paling sedikit ialah skor D iaitu 9.2%. Keputusankeseluruhan pelajar agak memuaskan kerana tiada pelajar yanggagal. Bilangan pelajar yang mendapat gred D tidak membimbangkan.Namun perlu ada usaha yang dilakukan oleh para guru dan pelajaruntuk meningkatkan keputusan ke tahap yang lebih cemerlang.

Kedua, adakah terdapat perbezaan signifikan antara penutur jati danbukan penutur jati dari segi pencapaian dalam ujian?

Jadual 3Jadual Skor Ujian Kemahiran Mendengar

dan Bertutur Mengikut Etnik

Daripada 35 orang yang mendapat Gred A dalam ujianmendengar dan bertutur, 65.7% terdiri daripada pelajar penutur jati,

Page 10: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

176

manakala hanya 34.3% terdiri daripada pelajar bukan penutur jati.Daripada seramai 28 orang pelajar yang memperoleh skor B pula,53.6% adalah pelajar Melayu, manakala penutur bukan jati terdiridaripada 46.4% sahaja. Sebanyak 46 orang pelajar mendapat skor Cdalam ujian, membentuk majoriti sampel kajian. Dalam kalanganpelajar ini didapati lebih banyak penutur bukan jati berbandingpenutur jati, iaitu 71.7% terdiri daripada pelajar Cina, India dan lain-lain, sebaliknya hanya 28.3% pelajar Melayu. Hanya 5 orang pelajaryang mendapat gred D (lemah). Daripada jumlah itu, 27.3% sahajaterdiri daripada pelajar Melayu, manakala 72.7% terdiri daripadapenutur bukan jati. Maka data di atas jelas memaparkan bahawapelajar Melayu mendapat skor ujian yang lebih baik daripada pelajarbukan Melayu.

Jadual 4

Jadual Kolerasi antara Etnik dengan Skor Lisan

Jadual 4 jelas memaparkan wujudnya kolerasi antara etnik danujian lisan pada aras signifikan pada p<0.01. Berikutan itu hipotesisnul yang mengatakan “tidak terdapat perbezaan yang signifikanantara penutur jati dan bukan penutur jati dalam ujian kemahiranmendengar dan bertutur” ditolak.

Jadual 5Persepsi Guru tentang Punca-punca Kemahiran Mendengar

dan Bertutur Diabaikan

Page 11: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

177

Ketiga, apakah punca-punca yang menyebabkan kemahiran mendengardan bertutur diabaikan?

Jadual di atas jelas menunjukkan punca utama yangmenyebabkan kemahiran mendengar dan bertutur diabaikan ialahramai pelajar tidak suka memberi pendapat secara lisan semasa

Page 12: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

178

pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Markatmin untuk kenyataan ini paling besar pada 3.97 dengan kadarpersetujuan sebanyak 96.7%. Punca kedua utama ialah bukanpenutur jati tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Melayu denganluas. Sebanyak 97.4% guru berpendapat sedemikian dengan markatmin 3.93.

Lantaran itu 86.7% guru menganggap para pelajar menjadi pasifkerana tidak mempunyai keyakinan diri. Berikutan itu, 96.7% gurusuka mengemukakan soalan kepada pelajar-pelajar yang fasihberbahasa Melayu untuk memudahkan proses pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas. Kedua-dua punca inimencatat markat min yang sama pada 3.8.

Punca yang paling kurang penting adalah tentang kepentingankemahiran mendengar dan bertutur untuk diajarkan di dalam kelasdengan markat min pada 2.70. Sebanyak 56.7% guru berpendapatbahawa dua kemahiran itu tidak begitu penting dibandingkan dengan33.3% berpendapat komponen ini penting. Ini diikuti oleh puncakurang mendapat respons positif daripada pelajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebanyak 50% gurumenghadapi masalah tersebut dengan markat min 2.80.

Data tersebut jelas menunjukkan punca utama pengabaiankemahiran ini berlaku disebabkan oleh faktor pelajar itu sendiri yanggagal atau tidak berusaha mempertingkat kemahiran mendengar danbertutur mereka.

Jadual 6Persepsi Pelajar tentang Punca-punca Kemahiran Mendengar

dan Bertutur Diabaikan

Page 13: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

179

Jadual 6 menunjukkan 10 punca pelajar mengabaikan kemahiranmendengar dan bertutur di dalam kelas. Sebanyak 60.8% respondenpelajar bersetuju bahawa masa yang diperuntukkan oleh guru untukmereka bertutur dalam Bahasa Melayu amat kurang. Punca inimerupakan sebab utama dua kemahiran itu diabaikan kerana markatminnya paling tinggi pada 3.8.

Punca kedua penting ialah guru suka memberi tumpuan lebihdalam aspek penulisan dan bacaan dibandingkan dengan aspek-aspek lain. Sebanyak 71.8% pelajar yang berpendapat demikiandengan markat min 3.3. Dari aspek sikap mengambil berat akankelemahan bertutur, majoriti pelajar (78.4%) bersikap tidak acuhterhadap masalah ini. Dalam punca ini, pelajar penutur jatiberpendapat bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda, jadi

Page 14: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

180

mereka mengabaikan keperluannya untuk menguasai kemahiran ini.Markat min item ini ketiga tinggi sebanyak 3.2.

Punca yang paling rendah markat min (1.2) ialah aspek kecekapanberbahasa pelajar. Didapati 50% pelajar menafikan diri mereka lemahberbahasa. Daripada 60 orang pelajar itu majoritinya terdiri daripadapelajar Melayu yang cekap dari segi kemahiran bahasa. Punca yangkedua terendah markat minnya pada 1.6 ialah sikap pelajar yangtidak berminat untuk mengambil bahagian dalam prosespembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Sebanyak 61.4%pelajar yang menafikan mereka tidak berminat. Ini berertikebanyakan pelajar yang berminat dalam kemahiran ini adalahpelajar Melayu yang menguasai kebolehan bertutur dalam bahasaibunda berbanding penutur bukan jati.

Dalam memahami bahasa pertuturan guru Bahasa Melayu,sebanyak 34.7% pelajar kurang memahami bahasa pertuturan guruBahasa Melayu. Majoriti pelajar tersebut terdiri daripada penuturbukan jati. Markat min item ini juga rendah pada 1.9, menunjukkanpunca ini memerlukan tindakan guru untuk mempermudahbahasanya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlangsungdengan lancar.

Keempat, apakah masalah-masalah yang menyebabkan kemahiranmendengar dan bertutur diabaikan?

Jadual 7Persepsi Guru-guru tentang Masalah-masalah Kemahiran

Mendengar dan Bertutur

Page 15: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

181

Jadual 7 memaparkan beberapa masalah yang menyebabkankemahiran mendengar dan bertutur diabaikan di dalam bilik darjah.Masalah kurang kursus kemahiran mendengar dan bertutur diadakanmenunjukkan min yang paling tinggi, iaitu 4.6. Dalam aspek ini, 100%responden guru bersetuju dengan kenyataan tersebut. Markat minyang sama juga dicapai pada item hambatan peperiksaan. Seratusperatus responden guru menghadapi permasalahan tersebut.Kemahiran mendengar dan bertutur yang langsung tidak diuji dalampeperiksaan awam telah mencetuskan pemikiran kepada guru-guruuntuk meminggirkan kemahiran tersebut dalam pengajaran danpembelajaran.

Dengan markat min kedua tertinggi pada 4.2, maka 76.7%responden guru mengakui bahawa mereka tidak pernah membacabahan bacaan lain untuk menambahkan kecekapan berbahasa mereka.Sikap kurangnya inisiatif ini memudaratkan keadaan danmenyebabkan kemahiran mendengar dan bertutur langsung diabaikanmemandangkan guru juga mengalami kekurangan dari kemahiranbahasa tersebut.

Selain itu kesemua guru kurang menampakkan usaha untukmengadakan sesi kemahiran mendengar dan bertutur kerana

Page 16: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

182

menghadapi masalah kawalan kelas. Kesemua guru menyokongkenyataan tersebut dengan markat min 4.1. Apabila dua kemahiranitu diajar, biasanya keadaan dan suasana dalam bilik darjah akanmenjadi bising kerana komunikasi dan interaksi guru-pelajarberlangsung. Untuk mengelakkan masalah tersebut, guru mengambiljalan mudah untuk tidak mengadakan aktiviti berkenaan.

Sistem pendidikan negara kita yang berorientasikan peperiksaanmenyebabkan guru-guru mengabaikan kemahiran mendengar danbertutur. Dua kemahiran ini dianggap boleh dikuasai secara semulajadi dan telah dikuasai sejak kecil lagi, oleh itu tidak perlu diberipenekanan langsung. Berikutan itu kemahiran bahasa yang lain,seperti menulis dan membaca, dianggap lebih penting daripadakemahiran mendengar dan bertutur di sekolah menengah. Selain itupenglibatan pasif pelajar juga merupakan antara masalah berkaitandua kemahiran ini. Kesemua guru menyetujui dua kenyataan tersebutdengan markat min 4.0.

Kesemua responden guru menafikan kenyataan bahawa merekatidak mempunyai kecekapan bertutur dalam Bahasa Melayu. Markatmin dalam aspek ini adalah paling rendah, iaitu sebanyak 1.5. Guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu mempunyai keyakinan yangtinggi terhadap keupayaan berbahasa yang dimiliki.

Jadual 8Persepsi Pelajar tentang Masalah-masalah Kemahiran

Mendengar dan Bertutur

Page 17: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

183

Jadual 8 memaparkan persepsi pelajar tentang masalah-masalahberkaitan kemahiran mendengar dan bertutur. Item keenammemperoleh markat min yang paling tinggi pada 4.1. Daripada 120responden pelajar, 91.6% sentiasa berfikir dalam bahasa ibunda. Merekabertindak sedemikian untuk memudahkan mereka mencari jawapanatau untuk memahami maksud yang disampaikan oleh guru mereka.

Masalah kedua yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka hanyamenjawab dalam Bahasa Melayu apabila disoal oleh guru BahasaMelayu. Markat min ini adalah tinggi pada 3.5. Sebanyak 66.6%pelajar mengakui mereka berbuat demikian, menunjukkan bahawapenutur bukan jati berasa lebih selesa untuk bertutur dalam bahasaibunda di sekolah. Maka peluang mereka berkomunikasi dalamBahasa Melayu adalah terhad dalam kelas mata pelajaran BahasaMelayu apabila diminta jawab dalam bahasa berkenaan.

Page 18: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

184

Kenyataan tersebut dibuktikan bahawa 52.5% responden pelajarrasa lebih yakin menggunakan bahasa ibunda ketika proses pengajarandan pembelajaran, dan 77.5% responden pelajar mendahulukan bahasaibunda dalam kehidupan seharian. Malahan sebanyak 77.5% pelajarbertutur dalam bahasa ibunda dengan ibu bapa, dan mereka tidakdigalakkan bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah. Kesemua itemtersebut memperoleh markat min sebanyak 3.4. Markat min yang palingrendah ialah item kedua pada 2.8. Daripada 120 responden pelajar,41.7% tidak yakin untuk menggunakan Bahasa Melayu. Taburanresponden ini terdiri daripada bukan penutur jati Bahasa Melayu.Manakala 58.3% responden pelajar yang yakin diwakili oleh respondenpenutur jati. Item kedua terendah pada 2.9 ialah masalah penguasaankosa kata yang terhad dalam kalangan pelajar. Sebanyak 75% pelajarmenghadapi masalah tersebut, yang majoritinya adalah bukan penuturjati Bahasa Melayu.

Kelima, apakah kesan-kesan yang timbul apabila kemahiran mendengardan bertutur diabaikan?

Jadual 9Persepsi Guru tentang Kesan-kesan Kemahiran Mendengar dan Bertutur Diabaikan

Page 19: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

185

Jadual 9 memaparkan persepsi guru tentang kesan-kesan yangtimbul akibat daripada pengabaian kemahiran mendengar danbertutur. Markat min yang tertinggi ialah item pertama pada 4.6.Daripada 30 responden guru, 100% guru bersetuju bahawa pelajartidak suka memberi pendapat secara lisan. Hal ini timbul keranamereka tidak yakin dengan kemampuan mereka menggunakanBahasa Melayu dengan baik.

Di samping itu kesemua guru juga bersetuju bahawa para pelajargemar menjadi pendengar pasif dalam pengajaran dan pembelajaran.Mereka pasif disebabkan tiada keyakinan diri dan tidak mampumenggunakan kemampuan berfikir. Masalah ini paling banyakdialami oleh penutur bukan jati kerana pengaruh kuat bahasa ibundamereka. Mereka lebih gemar dan lebih selesa bertutur dalam bahasaibunda, sama ada di rumah mahupun di sekolah. Keadaan itumenyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menyampaikanidea atau pendapat dalam bilik darjah. Ketiga-tiga item inimemperoleh markat min yang sama pada 4.1.

Markat min yang paling rendah pada 2.1 ditemui dalam item 7.Lebih daripada separuh responden guru menafikan kenyataanbahawa pengabaian dua kemahiran ini menjejaskan prestasi ujianlisan bagi penutur jati. Hal ini bermakna bahawa pelajar keturunanMelayu mempunyai tahap penguasaan kemahiran tersebut denganbaik walaupun aspek tersebut diabaikan. Manakala markat min yangsederhana antara 2.6 hingga 4.1 terdapat pada item 2, 3, 4, 5, dan 6.

Page 20: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

186

Jadual 10Persepsi Pelajar tentang Kesan-kesan Kemahiran Mendengar

dan Bertutur Diabaikan

Jadual 10 memaparkan persepsi pelajar berhubung kesan-kesanyang timbul akibat pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur.Sebanyak 80.8% pelajar tidak mampu mengeluarkan pendapat secaraspontan dan tidak suka menjawab soalan pemikiran kreatif dan kritis.Hal ini terjadi kerana kurangnya penekanan guru terhadap aspek-aspek kemahiran mendengar dan bertutur. Markat min kedua-duaitem ini adalah paling tinggi pada 3.5.

Page 21: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

187

Selain itu sebanyak 83.4% responden pelajar menganggap ujianlisan yang dijalankan membebankan mereka, malahan 60% respondenpelajar berpendapat ujian lisan tersebut tidak dapat meningkatkankemahiran mendengar dan bertutur mereka. Hal ini bererti UjianLisan Berdasarkan Sekolah (ULBS) yang dilaksanakan sekarang tidakmencapai matlamatnya. Markat min kedua-dua item ini ialah 3.2dan 3.1.

Markat min paling rendah pada 2.3 terdapat pada dua item, iaituitem 1 dan item 3. Sebanyak 58.3% responden pelajar tidak melibatkandiri dalam semua sesi soal jawab dalam bilik darjah. Mereka lebihgemar menjadi pendengar pasif dan tidak perlu menggunakankemahiran berfikir secara optima. Selain itu sebanyak 40.9%responden pelajar akan memberikan pendapat secara lisan dengansukarela. Golongan ini didapati mempunyai keyakinan untukmemberikan pendapat dan mempunyai kebolehan berbahasa denganbaik. Manakala item 2, 4, 7 dan 8 mencatatkan markat min antara2.5 hingga 3.2.

PERBINCANGAN DAN CADANGANHasil kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kekurangan

dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan pelajar,terutamanya pelajar bukan penutur jati. Perbezaan signifikan yangjelas antara penutur jati dan bukan penutur jati hasil daripadakeputusan ujian kemahiran mendengar dan bertutur yang dijalankanmenyebabkan hipotesis nul ditolak.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000) dan Zulkifley Hamid(2005), sebagai penutur natif, pelajar-pelajar Melayu tidakmenghadapi banyak masalah dalam menguasai kemahiran itu sebabmereka sudah biasa menggunakannya dalam pertuturan harian.Namun, mereka sering menghadapi kesukaran dalam menuturkanwacana ataupun tajuk perbincangan yang memerlukanpengorganisasian idea supaya kelihatan tersusun dan mudahdifahami. Masalah utama yang dihadapi oleh bukan penutur jati pulaadalah faktor gangguan bahasa ibunda. Bagi Kamarudin Husin(1999), pelajar-pelajar bahasa kedua yang sudah dewasa adalahsukar untuk membetulkan kesalahan sebutan bunyi bahasa,disebabkan oleh faktor sifat fizikal manusia dan gangguan darikebiasaan bahasa ibunda pelajar. Masalah ini semakin meruncinglebih-lebih lagi jika pelajar tersebut mendapat pendidikan awaldaripada sekolah rendah jenis kebangsaan.

Page 22: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

188

Punca utama guru kurang menekankan dua kemahiran itudisebabkan pelajar tidak suka memberi pendapat secara lisan akibatpenguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin diri. Pelajar pulamenganggap guru tidak memperuntukkan masa yang secukupnyauntuk mengajar dua kemahiran itu dan lebih memfokuskankemahiran menulis dan membaca. Sebenarnya punca-punca tersebutsaling berkait, iaitu sikap guru yang mengabaikan kemahiranmendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik darjahmenyebabkan pelajar tidak yakin untuk memberi pendapat secaralisan.

Dari perspektif guru, masalah utama pengabaian tersebut timbulberikutan kursus-kursus tentang dua kemahiran itu jarang diadakanoleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) selain merekamenghadapi hambatan peperiksaan. Di pihak pelajar, merekamenghadapi masalah gangguan bahasa ibunda. Mereka sentiasaberfikir dalam bahasa ibunda supaya memahami pengajaran guru.Keadaan ini berkait rapat dengan faktor ahli keluarga dan rakan-rakan sebaya yang cenderung bertutur dalam bahasa ibunda denganmereka. Oleh itu mereka rasa lebih selesa untuk berfikir dan bertuturdalam bahasa mereka. Malahan mereka hanya menjawab dalamBahasa Melayu apabila disoal oleh guru Bahasa Melayu.

Akibat pengabaian pengajaran kemahiran mendengar danbertutur, para pelajar tidak mampu memberi pendapat secara lisan,tidak boleh berfikir secara kreatif dan tidak menguasai kebolehanbertutur secara spontan. Mereka lebih suka menjadi pendengar pasifdalam bilik darjah. Keadaan ini turut menjejaskan kemahiran berfikirdan interpersonal para pelajar sehingga potensi, bakat dan kebolehanmereka tidak dapat dikembangkan kerana gagal menguasaikemahiran bertutur yang berkesan.

Badan Perancang Kurikulum di bawah Kementerian PelajaranMalaysia sebenarnya telah merangka pelbagai kemahiran serta kaedahyang bertepatan dalam sukatan pelajaran untuk merealisasikanaspirasi negara. Oleh itu, guru bahasa haruslah peka dan prihatindengan peranan masing-masing. Mereka sepatutnya bertindaksebagai fasilitator yang membimbing, mengasah dan menajamkankemahiran mendengar dan bertutur para pelajar.

Rasionalnya, ia dapat membentuk serta membina keterampilanpara pelajar dalam berkomunikasi, malahan memupuk pemikirankritis mereka dalam membuat penilaian atau kesimpulan tentangsesuatu perkara yang didengar. Kemahiran ini amat penting bagi

Page 23: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

189

menyediakan para pelajar dalam hubungan sosial dengan individudan interaksinya dalam masyarakat. Pendek kata, melalui kemahiranini guru bukan sahaja memenuhi keperluan pendidikan di peringkatpersekolahan tetapi sebagai persediaan kepada pelajar apabila merekamenceburi bidang pekerjaan kelak.

Namun demikian, bagaimanakah hasrat ini dapat dijayakansekiranya sejak awal lagi komponen penting ini dipandang enteng?Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya para pelajar yangmeninggalkan bangku sekolah tidak mempunyai kebolehanberkomunikasi yang berkesan serta keupayaan melahirkan idea-ideayang kritis, bahkan kelemahan mereka mendengar dan bertutur telahmenyebabkan ramai graduan gagal mendapatkan pekerjaan?

Kepentingan kemahiran interpersonel ini diperkukuhkan lagidengan pendapat J. Hayers (2002) yang mendapati bahawakemahiran interpesonal penting untuk memperoleh pekerjaan yangstabil serta amat diperlukan oleh majikan. A.J. Dubrin (2004) pulamenyarankan supaya semua graduan universiti memiliki kemahirankomunikasi lanjutan. Kajian beliau telah mempengaruhi sistempendidikan di Amerika Syarikat dengan peningkatan komponenkemahiran lisan yang berkesan. Dalam pada itu, S. Fritz (2005) pulamengenal pasti bahawa kebolehan berkomunikasi yang baik adalahkemahiran yang bermanfaat dalam menjalin hubungan antaramanusia, selain membentuk gaya kepimpinan yang tinggi.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak pentadbir – selain guru –haruslah memainkan peranannya. Usaha pemantauan serta tindakansusulan haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar pengajarankomponen ini tidak terus diabaikan. Pihak pentadbir juga bolehmenyediakan modul-modul yang lengkap tentang perkaedahan sertateknik pengaplikasian untuk menjanakan kemahiran mendengar danbertutur ini dalam bilik darjah. Kursus-kursus berupa inhouse trainingdengan menjemput tenaga profesional dari luar boleh diadakan.Dengan cara ini guru-guru akan mendapat motivasi dan pendedahanyang secukupnya, seterusnya tiada alasan untuk mengabaikankomponen penting ini dalam pengajaran bahasa.

Kajian tindakan atau kajian kes boleh dilakukan oleh guru untukmembuat refleksi diri tentang pengajaran kemahiran ini di dalamkelas. Selepas sesuatu kajian kes dilakukan, seseorang guru itu lebihsedar tentang keperluan dan minat mereka untuk menguasaikemahiran ini. Guru juga akan lebih prihatin akan kehendakpelajarnya dan sedar akan kelemahan dirinya dan menggunakan

Page 24: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

190

strategi yang sesuai untuk pengajaran komponen kemahiran ini.Strategi pengajaran yang berbeza dengan pelajar yang berbeza tahappemikiran dan latar belakang demografinya mempengaruhi carapelajar belajar, terutamanya dalam kalangan pelajar lemah ataupunpelajar bukan Melayu yang mempelajari Bahasa Melayu sebagaibahasa kedua.

Aspek pendidikan dan latihan guru Bahasa Melayu di universitiataupun di institusi pendidikan guru perlu dimantapkan. Ini bolehdilakukan dengan memberi pendedahan secukupnya kepada gurutentang kaedah atau strategi pengajaran terkini seperti strategikoperatif, masteri, konstruktivisme, kontekstual, pengajaranberasaskan pengalaman, pengajaran berpandukan teknologi dan lain-lain yang boleh membantu pengajaran komponen kemahiran ini didalam kelas.

Pihak kementerian serta jabatan juga harus sedar danmemberikan kerjasama dari sudut kewangan, sumbangan khidmatnasihat serta tenaga profesional yang diperlukan. Seterusnyapenyediaan bilik darjah yang lebih kondusif dengan alatan multimedia membantu meningkatkan proses pengajaran danpembelajaran kemahiran ini. Dengan kerjasama dari semua pihak,kemahiran tersebut akan terlaksana dan akan dapat merealisasikanhasrat untuk melahirkan insan yang berketerampilan, seimbangjasmani dan rohani.

RUMUSANKemahiran mendengar dan bertutur adalah dua aspek paling asas

dan penting dalam kehidupan seharian kita. Dua kemahiran itu perludipelajari secara sistematik dan beterusan di sekolah-sekolah. Namun,kemahiran mendengar dan bertutur di peringkat sekolah menengahlangsung diabaikan akibat sistem pendidikan negara kita yangberorientasikan peperiksaan. Peperiksaan awam yang hanyamenitikberatkan kemahiran penulisan menyebabkan guru-guru terusmengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Keadaan tersebutmeninggalkan kesan yang mendalam dari jangka masa panjang dimana generasi yang dilahirkan tidak mampu menyampaikan idea,pendapat atau pandangan yang bernas, kreatif dan kritis denganmemuaskan. Justeru kesedaran dan kerjasama semua pihak sangatpenting untuk memandu arah pendidikan negara kita ke landasanFalsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan insan yang seimbangdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 25: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

SOSIOHUMANIKA, 1(1) 2008

191

Bibliografi

Abdul Aziz Abdul Talib. (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dubrin, A.J. (2007). Human Relations: Interpersonal Job-Oriented Skills. New Jersey:Pearson Prentice Hall, edisi ke-9.

Feyten, C.M. (1991). “The Power of Listening Ability: An Overlooked Dimension ofLanguage Acquisition” dalam The Modern Language Journal, 75(2), ms.173-180.

Fritz, S. (2005). Interpersonal Skills for Leadership. New Jersey: Pearson Prentice Hall,edisi ke-2.

Hayers, J. (2002). Interpersonal Skill at Work. Hove: Routledge Publisher, edisi ke-2.Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia: Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia: Sekolah

Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Raminah Sabran. (1991). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Roselan Baki. (2006). “Interaksi Lisan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa

Melayu: Potensi yang Terabai”. Kertas Kerja dalam Seminar MemperkasakanPengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Persekolahan,anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada 19-21 Disember.

Widdowson, H.G. (1983). Learning Purpose and Language Use. Oxford: OxfordUniversity Press.

Malamah–Thomas. (1987). Classroom Interactive. Oxford: Oxford University Press.Mazlan Rais. (2000). “Kemahiran Mendengar: Asas Kemahiran Berbahasa” dalam

Jurnal Bahasa, 44(6), ms.701-714.Rankin, J.A. (1999). Handbook on Problem-Based Learning. New York: Forbes Custome

Publishers.Rivers, W.M. (1987). Interactive Language Teaching. Cambridge: Cambridge University

Press.Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS Profesional.Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Jamaluddin Badusah. (2006). “Strategi

Pembelajaran Bahasa antara Pelajar Melayu, Cina dan India ketika Belajar BahasaMelayu di Luar Kelas: Satu Kajian Kes Melalui Kaedah Temu Bual”. Kertas Kerjadalam Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayudalam Sistem Persekolahan, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpurpada 19-21 Disember.

Zulkifley Hamid. (2005). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 26: Pengabaian Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

CHEW FONG PENG & ABDUL JALIL OTHMAN

192

Cara seseo

rang

itu b

erbah

asa men

cermin

kan

kecerd

asan b

ahasan

ya

(Su

mb

er: Majalah

Dew

an B

ahasa, Ap

ril 2006, hlm

. 23)