BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia terdapat berbagai masalah yang dihadapi oleh para guru. Antara masalah yang sering dihadapi ialah murid tidak kenal huruf, tidak tahu membaca dan menulis. Situasi ini menyebabkan para guru berusaha menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi menangani masalah tersebut. Kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan, pengalaman dan pengetahuan pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk membantu para pelajar meningkatkan minat serta kecenderungan mereka untuk berkomunikasi. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing- masing. Program membaca dan menulis bagi murid bermasalah merupakan usaha bersepadu sekolah di seluruh Malaysia bagi 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia terdapat berbagai masalah
yang dihadapi oleh para guru. Antara masalah yang sering dihadapi ialah murid tidak
kenal huruf, tidak tahu membaca dan menulis. Situasi ini menyebabkan para guru
berusaha menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi menangani masalah
tersebut.
Kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh guru di
dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan, pengalaman dan pengetahuan
pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pendidik untuk membantu para pelajar
meningkatkan minat serta kecenderungan mereka untuk berkomunikasi. Berdasarkan
Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan
yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing.
Program membaca dan menulis bagi murid bermasalah merupakan usaha
bersepadu sekolah di seluruh Malaysia bagi melaksanakan program pemulihan dan
pencegahan kegagalan masalah membaca dan menulis di kalangan murid-murid. Usaha
1
bagi mengatasi masalah ini telah melibatkan semua pihak di Kementerian Pelajaran
termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan institut perguruan (IPG) di seluruh
Malaysia (KPM 2006)
Laporan yang menyatakan bahawa lebih 80 ribu orang murid –murid sekolah di
Malaysia masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis amat memilukan.
Apa yang lebih mendukacitakan lagi ada di kalangan murid yang bermasalah
pembelajaran menguasai kemahiran 2M itu turut sama melibatkan sekolah menengah.
Menyedari hakikat itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah dengan
melaksanakan beberapa program seperti Program KIA2M . Namun demikian program
ini kurang berjaya dan pada tahun 2010 bermulalah program baru bagi merealisasikan
penguasaan kemahiran menulis dan membaca dan mengira oleh murid-murid iaitu
program LINUS.
Di sekolah, murid-murid akan sentiasa terdedah kepada pelbagai perwatakan
yang boleh dijadikan model atau sampel sebagai bahan pemerhatian mereka. Model
perlakuan boleh diperolehi daripada rakan sebaya, guru-guru, ibu bapa, dan perlakuan
yang disebarkan melalui media massa terutamanya bahan cetak dan ICT boleh ditiru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Teori Psikososial Bandura (1986), menegaskan bahawa manusia boleh belajar
melalui pemerhatian. Bandura juga berpendapat bahawa pengajaran secara formal
2
bukanlah satu-satunya kaedah yang boleh mengubah sikap dan perlakuan manusia.
Penyataan tersebut memberi makna bahawa perubahan sikap manusia boleh diubah
melalui berbagai cara. Melakukan pemerhatian terhadap sesuatu model yang
disukai merupakan salah satu daripadanya
Kegagalan menguasai kemahiran mendengar dan bertutur sedikit sebanyak akan
memberi kesan langsung kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis (Abu
Bakar Nordin:1992). Guru-guru yang terlibat dengan pengajaran asas iaitu membaca,
mengira dan menulis perlu mempunyai kemahiran literasi yang tinggi dan juga kaedah
pengajaran yang kompleks (Ralph & Hibert :1986).
Menurut Gumperz & Gumperrz ( 1988 )Murid-murid yang lemah dalam
pembelajaran mempunyai masalah yang tersendiri dalam menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis. Murid-murid dalam kategori ini menganggap bahawa guru
adalah segala-galanya bagi mereka. Dengan kata lain, mereka terlalu bergantung dengan
guru. Berdasarkan maklumat tersebut, guru perlu mengorak langkah mencari sesuatu
kaedah alternatif untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran asas tersebut.
Berdasarkan sesi bacaan yang telah dijalankan pengkaji telah memilih seramai 4
orang murid yang begitu lemah dalam kemahiran bacaan ini. Oleh sebab itu, beberapa
langkah akan dilakukan seperti pengumpulan data melalui perbincangan, pemerhatian
dan temu bual,dan Ujian Pelepasan 1 ujian LINUS. Murid-murid ini gagal mengenal
3
huruf, tidak dapat menyebut atau mambunyikan suku kata dan tidak boleh membatang
perkataan. Fenomena ini menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak
pentadbir, penjaga, PIBG dan guru-guru.
Dalam kajian ini pengkaji telah mengemukakan beberapa kelemahan membaca
di kalangan murid. Dengan ini pengkaji berharap akan dapat membantu para guru untuk
menangani masalah yang dihadapi. Ibu bapa juga digesa memberikan kerjasama agar
dapat melahirkan insan yang berpengetahuan serta dapat memartabatkan Bahasa
Melayu. Membaca dan menulis dengan lancar merupakan kemahiran yang perlu
diperolehi oleh murid. Dalam kertas cadangan ini pengkaji telah menyatakan beberapa
cara mengatasi kelemahan membaca perkataan melalui penggunaan kad sukukata.
Murid yang terlibat dalam kajian pengkaji ini merupakan golongan yang
berpendapatan rendah. Kebanyakkan ibu bapa murid ini bekerja sebagai pekerja kilang,
pekerja am, buruh kasar dan peniaga kecil. Sesetengah para ibu bapa menyerahkan
bulat-bulat anak mereka kepada pihak sekolah untuk membimbing dan mendidik
mereka. Wal hal mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu
dan mencurahkan tenaga bagi menjadikan anak-anak sebagai pemangkin untuk hari
esok.
Persekitaran tempat tinggal murid juga mempengaruhi budaya hidup murid. Ini
kerana orang-orang di sekeliling mereka merupakan kaum kerabat mereka juga.
4
Kesinambungan pengajaran dan pembelajaran tidak dititikberatkan kerana ibu bapa
mereka kurang berdamping dengan anak-anak.
Sebagai kseimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini adalah bertujuan
untuk melihat bagaimana bahan bantu mengajar seperti kad suku kata akan dapat
membantu murid menguasai kemahiran membaca.
1.2 Latarbelakang Masalah Kajian
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas, didapati
kebanyakan murid tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak kenal abjad
apatah lagi membunyikan suku kata, terutamanya suku kata yang mengandungi lebih
daripada dua huruf (KVK, KVKK). Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kumpulan mereka
inilah yang perlu bimbingan serta diberi perhatian khusus bagi meningkatkan
penguasaan dalam kemahiran membaca. Murid ini juga perlu diajar berdasarkan
pelbagai teknik dan kaedah yang bersesuaian agar pengajaran tersebut berkesan.
Penggunaan bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam proses ini
seperti kad suku kata dan sebagainya.
5
Beberapa tahun yang lalu, kita pernah dikejutkan dengan laporan Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berdasarkan kajian ke atas 70
buah sekolah menengah mendapati bahawa daripada 73,858 pelajar yang telah
dianalisis, 3,690 (2.66 peratus) daripadanya tidak boleh membaca. Kajian ke atas 143
buah sekolah rendah pula, mendapati daripada seramai 75,699 murid yang telah
dianalisis, 3,690 (4.87 peratus) tidak boleh membaca.
Kajian penyelidikan kali ini lebih memfokuskan masalah membaca perkataan
yang mengandungi dua suku kata di kalangan murid melalui kaedah latih-tubi dengan
menggunakan kad suku kata Selain tidak dapat menyebut perkataan yang bersuku kata
terbuka atau suku kata tertutup, kelemahan lain yang selalu dihadapi murid ialah tidak
mengenal abjad sepenuhnya. Kegagalan murid mengenal abjad sepenuhnya
mencacatkan sebutan dan seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar.
Kebanyakan daripada murid ini tidak mengulang apa yang dipelajari ketika di
luar waktu persekolahan. Pemantauan daripada ibu bapa juga kurang. Ini disebabkan
kurangnya masa bersama ibu bapa dengan anak-anak mereka. Keadaan ini
menimbulkan perasaan tidak minat belajar di kalangan murid. Majoriti murid yang
terlibat dalam penyelidikan ini adalah terdiri daripada keluarga yang agak sederhana
taraf sosio-ekonominya. Mereka juga mempunyai ramai bilangan adik beradik. Adik
beradik mereka juga merupakan murid yang lemah dalam pelajaran.
6
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
Sering kedengaran keluhan daripada guru-guru mengenai anak murid mereka yang tidak
menguasai kemahiran membaca. Keadaan ini menyukarkan pihak guru untuk mencapai
objektif pengajaran. Seandainya masalah ini berterusan hingga tamat alam
persekolahan, maka akan lahirlah insan yang tidak berpengetahuan. Pincanglah
masyarakat dan tidak bertamadunlah sesebuah negara itu.
Othman Putih (2002) menyarankan agar pengajaran membaca perlu disesuaikan
dengan kaedah yang betul jika mahu murid menguasainya dengan berkesan. Hal ini
memerlukan aktiviti kreatif seperti drama, menyanyi dan permainan yang boeh
digunakan bagi merangsang murid membaca. Ia adalah bertujuan untuk menimbulkan
minat instrinsik murid agar menyukai bahan bacaan.
Kementerian Pelajaran telah melancarkan Program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M) pada tahun 2006. Tujuan program ini adalah untuk
membasmi masalah buta huruf di kalangan murid. Melalui program KIA2M ini, semua
sekolah telah mengambil langkah serius bgai menangani masalah murid gagal
membaca. Pada tahun 2010 bermulanya program LINUS bagi mengatasi masalah
literasi murid-murid ini bagi menggantikan program KIA 2M ini.
7
Menyedari hakikat tersebut, maka pengkaji telah mengambil inisiatif untuk
mengkaji faktor-faktor yang boleh menyebabkan terjadinya murid gagal membaca .
Tumpuan utama pengkaji adalah untuk mengetahui bagaimana kad suku kata boleh
membantu murid membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata.
Setelah membuat beberapa tinjauan awal iaitu dengan mendapat komen daripada
guru yang mengajar subjek tersebut, didapati kebanyakan murid Tahun 1 belum
menguasai asas membaca suku kata yang mudah. Ujian Linus yang dijalankan adalah
seperti membaca perkataan dan frasa, ayat mudah atau pendek.
Hasil daripada ujian tersebut, didapati :
i. 4 orang daripada mereka tidak tahu membaca ayat pendek tersebut.
ii. Tidak tahu menyebut suku kata atau membatang perkataan yang terdapat di
dalam perkataan, frasa dan ayat tersebut.
iii. Tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan mengeja adalah
sangat lemah.
Keadaan ini mengakibatkan mereka gagal dalam ujian lisan dan bacaan mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kegagalan mereka inilah yang perlu diselidiki punca dan
permasalahannya agar dapat dikurangkan bilangan mereka yang lemah dalam
8
kemahiran membaca. Berdasarkan tinjauan serta keputusan yang telah diperolehi,
murid tersebut perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan
menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu
kepada tahu. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembacaan murid-
murid ialah :
i. Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan
sebutan huruf yang tidak dilihat.
ii. Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
iii. Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku
kata dan perkataan.
iv. Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
v. Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak
berkaitan langsung dengan sebutan..
vi. Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z
vii. Tidak dapat membezakan simbol-simbol huruf.
9
1.4 Objektif kajian
Ada beberapa objektif yang perlu pengkaji capai dalam menjalankan kajian
penyelidikan ini. Antara objektif tersebut ialah:-
i. Mengenalpasti kaedah penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber
yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber
yang diperlukan.
iii Mengatasi kelemahan membaca melalui latih-tubi bacaan dengan
menggunakan kad suku kata.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi mencapai tujuan penyelidikan ini, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada
solan-soalan kajian berikut:-
i . Mengenalpasti bentuk-bentuk kesukaran asas membaca murid tahun 1
i. Bagaimana kita menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan
sumber yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran?
iii. Bagaimanakah cara mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran membaca
10
perkataan yang mengandungi dua suku kata?
Masalah yang sering murid hadapi ialah apabila membaca perkataan yang mempunyai
dua suku kata. Mereka akan tergagap-gagap untuk menyebut perkataan tersebut.
Kebanyakkan mereka masih tidak dapat membunyikan suku kata KV. Ada
sesetengnhya pula hanya dapat membunyikan suku kata akhir..
1.6 Kepentingan Kajian
i Kepada guru dan pelajar
Menyedarkan kepada guru bahawa penggunaan bahan sumber yang bersesuaian akan
dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan, motivasi dan minat
untuk murid-murid menguasi kemahiran membaca dan secara langsung akan
meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid-murid.
Hasil kajian ini juga diharap akan dapat membantu para guru mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran. Dengan penggunaan kad suku kata sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran akan dapat menghilangkan rasa bosan pelajar terhadap
pelajaran. Diharap juga pelajar akan mula minat belajar kerana mendapat guru yang
perihatin terhadap mereka dengan menyediakan pelbagai kaedah dan pendekatan
pengajaran
11
ii Kepada pihak sekolah
Menyedarkan pihak sekolah serta pentadbir tentang masalah yang dihadapi oleh guru
dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Pihak sekolah harus turut berasa
bertanggungjawab di atas masalah yang dihadapi oleh guru.untuk membina dan
menyediakan bahan bantu mengajar.
iii Kepada ibubapa
Menyedarkan ibu bapa agar bersama-sama memainkan peranan dalam membimbing
anak-anak mereka menguasai kemahiran membaca. Pembelajaran tidak hanya berlaku
di sekolah sahaja. Ibu bapa juga perlu memantau perkembangan pelajaran anak-anak.
1.7 Pelaksanaan Kajian
1.7.1 Perbincangan dengan guru-guru Bahasa Melayu
Bagi mengenal pasti murid yang lemah dalam bacaan, perbincangan dengan guru-guru
yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 telah diadakan. Hasil daripada perbincangan
ini, mendapati murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan
kemahiran membaca yang melibatkan dua suku kata yang bergabung. Murid-murid ini
hanya dapat menyebut suku kata akhir apabila melakukan pengabungan dua suku kata.
12
1.7.2 Pemerhatian
Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran.
Segelintir daripada mereka ini tidak mengenali abjad sepenuhnya. Ada juga di
kalangan mereka ini yang boleh membaca satu suku kata perkataan sahaja. Peserta
kajian ini memerlukan perhatian yang lebih .
1.7.3 Ujian Pelepasan LINUS
Ujian ini telah dilaksanakan kepada 34 orang murid yang terlibat dalam penyelidikan
ini. Setelah dianalisis keputusannya, 20 orang murid ini gagal menguasai kemahiran
membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata. Namun
demikian untuk kajian ini hanya 4 orang murid sahaja yang diambil untuk
dianalisi.Penilaian dalam Ujian Pelepasan LINUS adalah berdasarkan pencapaian
markah dalam bacaan bermula dengan huruf vokal dan seterusnya konsonan. Namun
demikian keempat-empat orang murid ini hanya mengenal huruf dan tidak suku kata.
13
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian penyelidikan yang melibatkan 4 orang murid Tahun 1
yang terdiri daripada 1 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan dalam
lingkungan umur 7 tahun. Kelas 1 Ixora diajar sendiri oleh pengkaji. Tahap pencapaian
mereka adalah sederhana dan lemah. Kajian ini akan dijalankan selama 12 minggu yang
menggunakan Ujian Pra, Ujian saringan, pemerhatian dan perbincangan dengan guru-
guru Bahasa Melayu serta temu bual dengan murid yang terlibat. Tempoh tersebut amat
relevan memandangkan ujian akan dijalankan untuk mengetahui perkembangan mereka
dalam kemahiran membaca.
Pendekatan serta strategi pengajaran yang akan digunakan adalah seperti latih-
tubi, kad suku kata dan penggunaan kad bergambar bagi menghasilkan sesuatu yang
positif. Pengkaji lebih memfokuskan bacaan mekanis. Tumpuan diberi kepada sebutan
perkataan. Penggunaan kad suku kata melalui teknik latih tubi akan dapat
mendedahkan murid-murid kepada kemahiran mendengar dan menyebut perkataan
dengan betul.
Dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak
guru dan sekolah, mungkin akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna. Ini
bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di
sekolah rendah.
14
Rumusan
Dalam bab ini, telah dinyatakan bahawa murid Tahun 1 Ixora menghadapi masalah
membaca. Kebanyakkan mereka tidak dapat membunyikan suku kata dan tidak dapat
membatang perkataan. Permasalahan murid yang timbul dalam penguasaan asas
membaca di peringkat Tahun 1 diharap akan terus mendapat perhatian yang sewajarnya
dari semua pihak. Pemahaman membaca bukan hanya menjawab soalan pemahaman
atau kata, tetapi melibatkan proses memahami makna beberapa kata atau rangkai
mendapatkan makna teks dan juga strategi yang digunakan bagi menjadikan
pemahaman lebih mendalam.
15
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Membaca merupakan salah satu kemahiran yang terdapat dalam Huraian Sukatan
Pelajaran. Kemahiran membaca ialah kemahiran prabacaan, bacaan mekanis, dan
bacaan dengan pemahaman. Murid harus dapat membaca dengan lancar, sebutan,
intonasi, dan jeda yang betul, serta dapat memahami apa yang dibaca.
Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperolehi walaupun
kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-
ayat mudah dengan lancar dan menguasai sebilangan perbendaharaan kata asas serta
boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu ini berada
dalam kedudukan yang lebih selesa. Mereka lebih yakin jika dibandingkan dengan
kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk murid-murid
belajar membaca ketika di Tahun Satu.
16
Gambaran yang diketengahkan menegaskan bahawa betapa pentingnya
kebolehan membaca di kalangan murid- murid harus diberikan perhatian yang
sewajarnya oleh semua pihak khususnya orang yang terdekat. Oleh yang demikian, satu
kajian dijalankan untuk meninjau pelbagai aspek kebolehan membaca di kalangan
murid-murid Tahun 1 (Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir ) . Kajian ini memberi
tumpuan kepada tiga aspek, iaitu
i. tahap kebolehan membaca
ii. masalah yang dihadapi oleh murid dalam ujian membaca dan
iii. peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga.
Dalam kajian penyelidikan ini, pengkaji lebih memfokuskan bacaan mekanis
iaitu murid membaca dengan kuat. Murid-murid juga sentiasa didedahkan dengan kad
suku kata sebagai bahan sumber di samping teknik latih-tubi. Sebanyak 4 orang murid
dari Tahun 1 telah dipilih sebagai responden. Kelemahan mereka dalam aspek bacaan
merupakan aspek utama yang perlu dikaji. Murid kajian telah ditadbirkan dengan ujian
membaca yang dibina oleh penyelidik sendiri sebelum bermulanya ujian saringan dan
juga dari Kementerian Pelajaran iaitu Ujian saringan 1.
Ujian membaca yang dimaksudkan terdiri daripada Ujian Perbendaharaan Kata
dan Ujian lisan dan bacaan. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden
mempunyai kebolehan membaca yang kurang baik. Namun perbezaan skor antara
murid yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam ujian membaca
17
adalah ketara. Murid yang berpencapaian rendah dalam ujian membaca didapati lemah
dari segi mendekod (mengeja) perkataan yang tidak dikenali.
Kajian-kajian lepas mengenai masalah membaca di kalangan murid sekolah
rendah bukanlah suatu perkara yang baru. Guru Bahasa Melayu sering mengalami
masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana terdapat segelintir murid tidak
menguasai kemahiran membaca. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh mereka kerana
ianya amat berguna dalam lisan dan bacaan serta pemahaman dalam sesuatu teks bacaan
Bahasa Melayu.
2.2 Kajian-kajian Lepas
Membaca dianggap sebagai satu proses psikolinguistik kerana apabila seseorang itu
membaca sesuatu bahan bacaan, secara tidak langsung membentuk semula di dalam
fikirannya erti atau maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis. Dalam
proses ini, pembaca menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan dunianya untuk
merumuskan erti perkataan atau ayat dengan melakukan intergrasi dan rekonstruksi.
Beberapa kajian telah dijalankan terhadap masalah membaca. Masalah
ini telah dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk
”Reading Siccess In The Intervension Classroom”. Dalam artikel, beliau menyebut,
18
masalah kegagalan membaca semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan
keatas subjeknya. Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca memang timbul
pada murid lemah. Mereka memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya. Kaedah
pengajaran guru juga perlu mengintergrasikan proses membaca dengan keperluan
kurikulum. Dengan ini barulah kemahiran membaca dapat dipelajari secara sistematik
dan mendapat perhatian daripada murid lemah.
Teori-teori psikolinguistik menyatakan bahawa bacaan itu adalah satu proses
pemikiran yang menumpukan kepada usaha untuk mencari pemahaman dengan
menggunakan berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran untuk membaca dan
memahami petikan yang dibacanya. Sambil dia membaca dan mengikuti unit-unit
pemikiran atau makna, dia mencuba menelaah atau meramalkan akan unit-unit bacaan
yang seterusnya (Abdul Aziz Abdul Talib,1984 ).
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut Kamus Dewan
(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu
pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat
penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan
dalam diri pelajar.
19
Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning'
mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang
yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.
Trelease (1989) berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh
mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja
dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang
berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya
mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta
meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Terdapat juga faktor persekitaran rumah
seperti berikut:
i. terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah.
ii. masa yang diuntukkan bagi membaca kepada murid-murid.
iii. masa yang diperuntukkan bagi membimbing mereka membaca.
iv. sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik.
Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap
murid-murid membaca daripada secara berasingan. Sebagai kesimpulan, faktor peranan
ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap
murid-murid membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang murid-murid
akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya.
20
Peranan keluarga dan persekitaran merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid dalam kemahiran membaca. Faktor persekitaran juga
turut memainkan peranan dalam kemerosotan penguasaan murid bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu. Alat komunikasi di rumah hanya menggunakan bahasa satu hala
sahaja dan ini mendorong murid hanya mengutamakan bahasa seharian mereka tanpa
mengambil berat penguasaan Bahasa Melayu.
Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah
dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin
(1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di
dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka
cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan
oleh ibu bapa.
Tidak tahu membaca akan mendatangkan masalah. Bermula dari awal lagi,
masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi
keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup. Kesan yang agak ketara ialah dari
aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang
mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di
21
sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan
membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Teori Hirarki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu
atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses
perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran
social sehingga mencapai kecemerlangan.
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat
membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak
dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Ini merupakan salah satu penyebab
mengapa murid tidak berkeupayaan menguasai kemahiran membaca. Antara masalah
yang sering mengganggu proses pembacaan kanak-kanak ialah:-
i. Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan
sebutan huruf yang dilihat.
ii. Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
iii. Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi
suku kata dan perkataan.
iv. Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi
v. Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak
berkaitan langsung dengan sebutan.
22
vi. Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
vii. Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk
mengetahui tujuan dan maksud.
Melalui tinjauan yang dilakukan pengkaji mendapati murid belajar dalam
keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses
belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku,
kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya atas dasar kerelaan. Kurang
motivasi dan semangat berlumba-lumba di kalangan mereka juga merupakan salah satu
faktor menyumbangnya lemah membaca Apabila tidak dapat membaca dan memahami
perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan
berkurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah
memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Dalam skor ujian kecerdasan dan kebolehan akademik umum, pencapaian
pelajar perempuan dan lelaki perlulah dititik beratkan. Ini amat penting supaya mereka
mendapat keputusan yang seimbang dalam pembelajaran Perbezaan antara pelajar
perempuan dan lelaki.tidak terlalu jauh berbeza. Hasil tinjauan yang telah dijalankan
juga, memang ketara sekali perbezaan jantina adalah salah satu aspek yang perlu diberi
perhatian oleh semua yang berkaitan.
23
Selain dari proses kognitif, proses membaca juga boleh dilihat sebagai proses
sosial di mana suasana di rumah, sekolah dan komuniti juga boleh mempengaruhi
bagaimana pelajar membaca. Kajian menunjukkan bahawa prasarana di rumah
merupakan satu lagi faktor penting dalam memupuk tabiat membaca.
Rumusan
Dengan menguasai kemahiran membaca pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih lancar. Murid akan lebih memahami sesuatu konsep. Tugas dan
tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media
pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih
baik. Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah kemahiran membaca amatlah perlu
dikuasai terlebih dahulu. Ini kerana dengan membaca seseorang itu akan dapat
melangkau lebih jauh lagi. Dapatan-dapatan yang diperolehi boleh dijadikan sebagai
bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan
lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid di
sekolah Kita juga perlu mencari punca dan permasalahannya supaya kelemahan
mereka dalam kemahiran membaca tidak terus terjadi. Strategi dan teknik yang
disarankan perlulah dipraktikkan untuk mengatasi masalah ini.
24
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Pengkaji telah melakukan kajian secara kualitatif bagi menjayakan kajian ini. Pengkaji
telah menggunakan beberapa langkah dan metodologi spesifik bagi mendapatkan data
komprehensif. Hasil daripada data yang diperolehi akan dapat memberikan dapatan
kajian ini. Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah secara kaedah
analisis data kualitatif.
Tujuan kajian penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti
kaedah penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber yang diperlukan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga menilai keberkesanan penggunaan
kad suku kata sebagai bahan sumber yang diperlukan. Selain itu kita juga akan dapat
mengenal pasti punca kelemahan membaca di kalangan murid tahun 1.
25
Metodologi kajian merangkumi proses pembinaan item-item untuk kedua-dua
ujian serta proses pemurnian kedua-dua ujian secara analisis item. Seterusnya, bukti
kebolehpercayaan ujian telah disiasat dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman
Alfa Cronbach. Kebolehpercayaan merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian itu
mengukur secara konsistennya perkara yang ujian tersebut seharusnya mengukur (Gay,
Mills & Airasian, 2006).
Bukti kesahan ujian juga telah disiasat secara kesahan isi kandungan serta
kesahan serentak. Kesahan isi kandungan melibatkan penyiasatan secara sistematik isi
kandungan ujian untuk menentukan bahawa isi kandungan ujian tersebut merangkumi
perwakilan tingkah laku dalam domain yang hendak diukur (Gay, Mills & Airasian,
2006). Kesahan serentak merujuk kepada setakat mana pencapaian ujian dikaitkan
dengan pencapaian kriteria yang diukur pada masa yang sama
Dalam kajian ini, kaedah pengukuran kualitatif adalah pendekatan yang mampu
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data penilaian. Penyelidik akan
menggunakan beberapa jenis instrumen seperti borang ujian bacaan LINUS- literasi,
perbincangan dan temubual. Keputusan kajian dijangka akan menunjukkan keadaan
sebenar fenomenanya. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada kaedah
soalan ujian yang dapat mengukur keberkesanannya
26
3.2 Rekabentuk Kajian Kualitatif
Beberapa pendekatan kajian secara kualitatif telah digunakan bagi mengumpul data.
Antaranya adalah:-
3.2.1 Kajian Kes
Oleh kerana pengkaji merupakan guru kelas kepada responden, maka masa untuk
memerhati dan meneliti persekitaran tiada masalah. Kegagalan membaca dan di
kalangan pelajar sekolah ke atas murid yang mengikuti kelas pemulihan biasa dalam
bilik darjah
Pengkaji telah memilih seramai 4 orang murid dalam Tahun 1 yang bermasalah
membaca. Sekolah yang dikaji merupakan sekolah pengkaji sendiri iaitu Sekolah
Kebangsaan Tabuan Hilir. Pengkaji hanya memberi fokus kepada data semasa murid
tersebut pada satu jangka masa ( 3 bulan) yang telah ditetapkan.Tempoh pengumpulan
data ialah dari bulan Julai hingga November.
Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen yang dibina sesuai dengan
objektif kajian ini. Di samping menggunakan instrumen, maklumat-maklumat
berkaitan dengan kemahiran membaca juga dikumpulkan melalui perbincangan dengan
guru-guru subjek Bahasa Melayu , temubual dengan murid juga diadakan.
27
3.2.2 Sampel dan Populasi
Sampel kajian dipilih daripada sebuah sekolah rendah di Daerah Kuching. Sekolah
tersebut mempunyai majoriti murid bangsa Melayu. Ini bermaksud bahawa kebanyakan
murid di sekolah tersebut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Arahan
yang telah diberikan kepada guru adalah untuk memilih sekumpulan murid daripada
pelbagai tahap penguasaan Bahasa Melayu. Murid-murid tersebut telah dipilih secara
rawak oleh guru Bahasa Melayu mereka. Sampel murid terdiri daripada majoriti murid
bangsa Melayu dan bilangan murid lelaki serta bilangan murid perempuan dalam
sampel kajian adalah hampir sama.
Populasi kajian ini ialah guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah tersebut.
Sampel kajian terdiri daripada 3 orang guru Bahasa Melayu , 4 orang murid dan
sekolah yang terlibat terdiri daripada sekolah biasa iaitu Sekolah Kebangsaan Tabuan
Hilir, Kuching.
i. Sampel kajian diambil daripada 4 orang murid Tahun 1 SK. Tabuan Hilir,
Kuching. Mereka dipilih mengikut tahap prestasi dan jantina.
ii. 3 orang guru dan diambil secara rawak untuk ditemuramah berkaitan dengan
pendapat mereka mengenai prestasi bacaan murid dan keberkesanan pengunaan
kad suku kata sebagai bahan bantú mengajar.
28
3.4 Instrumen Kajian
Tiga jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik berbentuk temu bual
dan pemerhatian rekod. Soal selidik ditujukan kepada responden dari kalangan guru .
Kaedah temubual digunakan untuk memperolehi maklumat responden dari kalangan
murid-murid bagi meninjau sejauh mana minat dan pengetahuan mereka terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru dalam kelas Pemerhatian rekod
pengesanan pencapaian asas bacaan yang ada di setiap kelas bertindak sebagai
instrumen untuk meninjau pencapaian pelajar pada awal dan akhir Semester Satu 2014.
3.4.1 Ujian Membatang Perkataan
Item-item untuk ujian membaca perkataan tunggal telah dipilih daripada Senarai
Perbendaharaan Kata Bacaan Asas serta Senarai Perbendaharaan Kata Bacaan
Luas, Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu SK/SRK Tahun 1 (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1995). Semua perkataan yang ada dalam Senarai
Perbendaharaan Kata Tahun 1 ini telah dianalisis berdasarkan sistem fonologi serta
sistem morfologi bahasa Melayu (Awang, 2004; Nik Safiah et al., 2004).
Tujuan analisis struktur fonologi serta morfologi perkataan-perkataan dalam
Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1 adalah untuk memastikan bahawa item-item
yang dipilih untuk ujian ini merangkumi perkataan-perkataan daripada pelbagai jenis
29
struktur fonologi dan morfologi. Prosedur analisis ini dapat memastikan bahawa item-
item ujian mewakili keseluruhan bidang isi kandungan yang hendak diuji. Ini dapat
meningkatkan lagi kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Item-item ini terdiri daripada
perkataan dengan satu sehingga dua bilangan suku kata. Selain daripada perkataan
tunggal, perkataan terbitan daripada Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1 juga telah
dipilih untuk ujian membaca perkataan tunggal tersebut.
3.4.2 Ujian Menyebut Perkataan
Item-item untuk ujian mengeja perkataan juga telah dipilih daripada Senarai
Perbendaharaan Kata Bacaan Asas serta Senarai Perbendaharaan Kata BacaanLuas,
Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu SK/SRK Tahun 1 (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1995). Item-item ujian ini juga telah dipilih berdasarkan
struktur fonologi serta struktur morfologi perkataan tersebut (Awang 2004; Nik Safiah
et al., 2004). Item-item perkataan dasar untuk ujian mengeja perkataan tunggal
mengandungi antara satu sehingga dua bilangan suku kata. Selain daripada perkataan
dasar, terdapat juga perkataan terbitan daripada Senarai Perbendaharaan Kata Tahun 1
dipilih untuk ujian mengeja perkataan tunggal.
Lihat lampiran 1.1
30
3.4.3 Temu bual:
Berdasarkan set soalan soal selidik yang disediakan bagi dijawab oleh guru.
3.4.4 Pemerhatian
Nota kerja lapangan digunakan oleh pengkaji bagi mencatat segala reaksi
dan tindak balas sewaktu guru dan murid membaca. Pengkaji menggunakan senarai
semak dalam menentukan perlakuan yang diingini oleh pengkaji.
3.4.5 Analisis dokumen:
Pencapaian murid direkodkan sebagai bahan dokumentasi yang dianalisis. Rekod
pencapaian yang dikaji adalah pencapaian murid dalam ujian sumatif dan peperiksaan
akhir.
3.5 Prosedur Kajian
Ujian lisan dan bacaan akan dijalankan secara perseorangan. Masa ujian adalah di
antara 15 hingga 25 minit, bergantung kepada tahap keupayaan murid tersebut. Murid-
murid diminta untuk membaca suku kata dan perkataan tanpa bimbingan guru. Setiap
perkataan yang betul akan diberikan satu markah. Jumlah bilangan perkataan yang
disebut dengan betul akan diberi satu markah.
31
3.6 Alat kajian
Kajian ini menggunakan empat alat kajian iaitu ujian membaca, perbincangan dengan
guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 1, pemerhatian KERTAS UJIAN
Ujian membaca terdiri daripada Ujian Perbendaharaan Kata , suku kata dan abjad. Alat
kajian terdiri daripada set penilaian bacaan KIA2M, borang pemerhatian dan temubual.
3.7 Teknik Pengumpulan Data
Dalam kajian ini, populasi kajian adalah sedikit dan skop kajian adalah kecil, maka
kaedah ujian digunakan. Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui tahap
pencapaian murid dalam kemahiran membaca. Data akan dikutip oleh pengkaji melalui
temu bual dengan guru-guru yang terlibat. Temu bual akan dirakamkan melalui pita
rakaman dan akan ditulis semula menggunakan ayat dan penerangan yang tepat. Hasil
temu bual akan dikaji serta dianalisis kesahihannya berdasarkan soalan-soalan yang
dikemukakan.
3.7.1 Perbincangan dengan guru-guru Bahasa Melayu
Bagi mengenal pasti murid yang lemah dalam bacaan, perbincangan dengan guru-guru
yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 telah diadakan. Hasil daripada perbincangan
ini, mendapati murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan
kemahiran membaca yang melibatkan dua suku kata yang bergabung seperti KV dan
32
KV, KVK dan KV. Murid-murid ini hanya dapat menyebut suku kata akhir apabila
melakukan pengabungan dua suku kata.
3.7.2 Pemerhatian
Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Didapati
segelintir daripada mereka ini tidak mengenali abjad sepenuhnya. Ada juga di kalangan
mereka ini yang hanya boleh membaca satu suku kata perkataan sahaja.
3.7.3 Ujian Pos
Ujian ini telah dilaksanakan kepada 4 orang murid yang terlibat dalam penyelidikan ini.
Setelah dianalisis keputusannya, didapati majoriti murid-murid ini gagal menguasai
kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata.
3.8 Kaedah Analisis Data
Data dan maklumat temu bual dianalisis selepas semua informan selesai ditemubual.
Penyelidik menyemak dan meneliti protokol temubual dari segi ketepatan idea dan
makna yang disampaikan. Analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola-pola
maklumat dengan mengambilkira aspek objektif dan ciri-ciri kualitatif maklumat yang
33
telah dikumpul. Cara ini merupakan teknik analisis yang dibuat secara objektif dan
sistematik bagi mengenalpasti ciri-ciri mesej atau tema-tema tertentu. Penganalisaan
data dan kualitatif mengambilkira 3 prosedur utama iaitu:
i. Penyaringan data
ii. Membuat Kesimpulan
iii. Penyemakan
Kesemua prosedur yang digunakan akan diproses mengikut data yang telah
diperolehi. Penyemakan ujian lisan dan bacaan berdasarkan skor yang telah ditetapkan.
Dapatan daripada ujian bacaan Ujian saringan LINUS-literasi yang dijalankan, telah
dikenal pasti kelemahan dan peningkatkan mereka dalam penguasaan bacaan.
Kesemua prosedur yang digunakan diproses mengikut data yang telah
diperolehi. Penyemakan ujian bacaan berdasarkan skor yang telah ditetapkan. Dapatan
daripada ujian bacaan Ujian saringan LINUS-literasi yang dijalankan, telah mengenal
pasti kelemahan dan peningkatkan mereka dalam penguasaan bacaan.
34
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Pada keseluruhanya, dapatan kajian dalam bab IV ini merangkumi segala aspek sumber
data yang diperolehi daripada temu bual, pemerhatian dan juga perbincangan.
Soalan Kajian Pertama
Mengenalpasti bentuk-bentuk kesukaran asas membaca murid tahun 1
4.2. Dapatan Perbincangan dengan Guru-guru yang mengajar murid tahun 1
Paparan maklumat dalam bab ini adalah berdasarkan analisis data mengikut
pengumpulan data daripada jadual 1 :
35
Jadual 4.2 Bentuk Kesukaran Membaca
BENTUK KESUKARAN MEMBACA MURID
KENAL ABJAD
MENGEJA KONSONAN DAN ABJAD
MEMBATANG SUKUKATA
MENGINGAT BUNYI
SUKUKATA Keliru Bentuk 2 Konsistensi 2 Boleh (dengan
bantuan) 4 Boleh 2
Keliru Bunyi 2 Lupaan 2 Tidak Boleh (tanpa bantuan) 0 Tidak Boleh 2
Jumlah Peserta Kajian
4 4 4 4
36
4.2.1 Kesukaran Membatang KVKV
Jadual 4.2.1Ujian membaca suku kata konsonan dan vokal
Menurut jadual di atas, seorang murid (70%), dapat membaca suku kata konsonan dan
vokal dengan baik walaupu terdapat beberapa kesalahan. Tiga murid masih belum
menguasai kemahiran membaca. suku kata konsonan dan vokal yang dijalankan. Hal
ini menunjukkan sesetengah pelajar menghadapi kesukaran yang teruk dalam menyebut
dan membaca suku kata konsonan dan vokal. Ini berlaku kerana pelajar-pelajar tersebut
tidak dapat membunyikan suku kata tersebut.
Temu bual 1 : Guru Mata Pelajaran BM
“Boleh bunyikan huruf tapi sukar hendak membatangkan sukukata”
“Jangan tanya pola lainlah, jika nak membatangkan KVKV pun nampak susah.
Pengkaji rasa mereka perlu masa lagi.”
37
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra
Jumlah Soalan Skor Peratusan (%)
1 10 3 30
2 10 4 40
3 10 7 70
4 10 3 30
Temubual 4 : PK4
“Sukukata paling mudahpun KVKV tak dapat. Dia ni memerlukan bimbingan
khas tapi taklah sampai ke kelas pemulihan khas.
Maksud pengkaji boleh diajar tetapi kerja yang berlipat ganda.”
Jelas bahawa data temu bual di atas menunjukkan murid mengalami masalah
membatang sukukata KVKV. Dalam temubual dengan peserta kajian daripada aspek
kesukaran mengenal abjad (TBPK1:S4) kesukaran didapati dalam menggabung
sukukata kedua KVKV.
4.2.2 Kekeliruan Mengecam Bentuk dan Bunyi Abjad
Berdasarkan data analisis temubual peserta kajian didapati bahawa kekeliruan abjad
adalah pada aspek bentuk huruf iaitu pada abjad “b”,”c” dan “g”. Kekeliruan juga
wujud pada bentuk huruf yang hampir sama iaitu “s” dan “z” (TBPM 2S1,S4).
Kekeliruan juga wujud pada bentuk huruf yang bergandingan iaitu “b” dan “d”,”u” dan
“w” (PPK4-S4).
Analisis daripada data pemerhatian juga membuktikan peserta kajian
menghadapi masalah kekeliruan pada bunyi abjad vokal “e-pepet” dan “e-taling”. Di
samping itu kesukaran akibat kekeliruan juga wujud pada bunyi abjad ”o” dan “u”
(PK2:S3). Kekeliruan bentuk dan bunyi abjad juga dapat dikesan melalui data 38
pemerhatian (PK3:S3) iaitu membunyikan huruf “g” dan “j”. Kebanyakan abjad “g”
dibunyikan sebagai “j”. Kekeliruan seterusnya adalah pada abjad “b,d,p”.
4.2.3 Kesukaran mengeja dan membunyikan Suku kata KVKV
Berdasarkan model pembelajaran “Bacalah Sayang” pengkaji telah menggunakan 10
pola ayat suku kata. Kesemua pola suku kata tersebut merangkumi suku kata terbuka
dan suku kata tertutup. Analisis data temual bual mendapati bahawa kesemua peserta
kajian mengalami maslah mengejq dan membunyi suku kata.
Gabungan huruf vokal suku kata terbuka dan tertutup yang hadir serentak
menimbulkan kesukaran mengeja. Sebagai contoh: ha+ti, ki+ra,dan bu+ka
(BIII:B16,B19,B20). Kekeliruan tinbul kerana vokal pertama dan kedua mempunyai
bunyi yang berlainan. PK2, PK3 dan PK4 mengalami masalah dapat mengeja pola suku
kata yang petama gagal mengeja suku kata yang kedua .
39
Jadual 4.2.3:
Ujian menyebut dan membaca Suku Kata KVKK
Menurut jadual di atas, seorang murid (80%) dapat menyebut dan membaca
suku kata konsonan, vokal, konsonan konsonan (KVKK). Tiga orang lagi masih
terkapai-kapai untuk menguasai kemahiran (20%) gagal teruk dalam ujian membaca
suku kata konsonan, vokal, konsonan konsonan yang dijalankan dengan mendapat skor
0. Kebanyakan murid yang mewakili peratusan yang baik adalah murid yang boleh
menyebut dan membaca suku kata konsonan vokal konsonan konsonan (KVKK) pada
peringkat awal ujian yang dijalankan. Murid yang memperolehi skor 0 adalah pelajar
yang tidak boleh membaca Daripada dapatan data juga memberikan suatu gambaran
bahawa kesemua perserta kajian mengharapkan bantuan guru untuk mengeja. Di
samping itu juga gambar rangsangan juga memainkan peranan membantu peserta-
peserta kajian mengeja secara berpandu
40
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra
Jumlah Soalan Skor Peratusan (%)
1 10 4 40
2 10 3 30
3 10 3 30
4 10 8 80
4.2.4 Kesukaran Mengecam Bentuk Abjad
Pengkaji mendapati bahawa keempat-empat peserta kajian menghadapai masalah
kekeliruan abjad dari segi bentuk dan status huruf (huruf besar dan huruf kecill). Hasil
dapatan kajian berdasarkan data senarai semak (CI) menunjukkan bahawa kesemua
perseta kajian menghaadapai kesukaran dalam membezakan bentuk huruf yang hampir
sama seperti “b”-:d”,
Begitu juga ketika mengecam huuruf “j” telah disebut sebagai “g” (Ci-PK2,PK3
dan PK4). Kekeliruan mengecam bentuk abjad dalam kalangan murid KIA2M dapat
disahkan melalui data pemerhatian. Kebanyakan daripada mereka keliru dangan
beberapa huruf konsonan seperti :b:,:d” dan “G” (PPK3 dan PPK4-S4)
Pengkaji juga dapat mengesan , terdapat elemen :kurang keyakinan diri”
dan :tidak pasti” tentang abjad tertentu. Peserta kajian masih bergantung kepda
rangsangan bergambar yang diberikan guru apabila mengecam huruf.. Jika mereka tidak
pasti untuk abjad “d” mereka akan teragak-agak untuk menyebutnya. Mereka mungkin
akan menyebut ‘’d” .Justru bantuan guru akan dinanti-nantikan oleh peserta kajian bagi
suatu jawapan yang yang tidak pasti.
41
4.2.5 Kesukaran Keliru Bunyi Abjad
Berdasarkan data soal selidik yang dijalankan secara temu bual dan pemerhatian,
menunjukkan bunyi abjad juga menyumbang kepada kegagalan murid untuk membaca.
Sekali lagi bentuk huruf menjadikan sebutan abjad menjadi salah. Faktor kekeliruan
masih menjadi masalah kepada murid ini untuk membaca.
Antara kesilapan membunyi abjad apalah pada huruf geluncuran iaitu “w” akan
disebut “m”-terbalik (SSTB:PK1). “p” telah disebut sebagai “d”-)SSTB:PK2.PK3).
Peserta kajian PK3 dan PK4 didapati sukar membunyikan bunyi sengauan nasal iaitu
“m” dan “n” Bunyi huruf “s” dan “z” (sisian) telah disebut sebagai “s” sahaja.
Hasil dapatan ini menjelaskan bahawa masih terdapat kekeliruan dalam proses
membunyikan huruf vokal dan konsonan. Sebutan juga kurang jelas kerana kurang
pendedahan kepada sistem fonetik kepada mereka. Kesukaran dalam membunyikan
abjad ini akan lebih menyukarkan lagi proses penguasaan membaca di kalangan murid.
4.2.6 Kesukaran Membatang Suku kata KVKV
Hasil dapatan daripada soal selidik temu bual menunjukkan bahawa seorang peserta
kajian sahaja daripada 4 prang peserta kajian yang dikaji agak baik dalam membatang
suku kata.42
Peserta kajian PK1 menunjukkan bahawa masalah timbul pada bunyi letupan
dua bibir bersuara iaitu “pe”, “po”,dan “pu” (suku kata tertutup). Didapati bahawa dia
keliru pada suku kata kedua iaitu yang melibatkan vokal “e”, “ou” (CIII,PK1). Bila
sampai huruf konsonan digandingkan dengan “o”, dia ada masalah membatang suku
kata apatah lagi perkataan.
Peserta kajian PK3 dan PK4 juga menghadapi masalah yang sama. Bagi bunyi
letupan dua bibir bersuara masalah wujud pada “be” dan “bu” telah disebut sebagai
“bi”,”bo”. Manakala bagi bunyi letupan dua bibir tidak brsuara “pe” telah disebut
sebagai “po”. Sementaa itu “bu” telah dieja sebagai “tu”. PK3 pula didapati amat lemah
mengeja dan membatang suku kata. Dia amat keliru dengan huruf vokal “e”,”o”, dan
“u”.
Peserta kajian PK2 lebih baik penguasaannya berbanding dengan peserta kajian
yang lain. Masalah timbul apabila PK2 membunyikan letupan lelangit lembut “g” iaitu
‘ge”,”go”, dan “gu”.Masalah juga timul dengan bunyi sengauan lelangit lembut
bersuara. PK2 ada masalah dengan bunyi “nu” dieja dan dibatangkan sebagai “no”.
Bunyi geseran lelangit “j” iaitu “je’, tidak dapat dieja dengan baik. (CIII:C74)
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa kesukaran yang dihadapi oleh
peserta kajian mengeja perkataan yang mengandungi dua suku kata. Mereka ini harus
diberi bimbingan secara sistematik bagi membolehkan kesukaran ini dapt dibendung.
43
4.2.7 Kesukaran Mengeja Suku kata KVKV
Pengkaji telah menggunakan modul “Bacalah Sayang” bagi mengenalpasti kesukaran
mengeja perkataan. Pengkaji telah menjalankan kerja pemerhatian berstruktur. Bagi
perkataan “to + pi” (letupan lelangit keras), kesemua peserta kajian tidak dapat mengeja
nya dengan betul. Bagi PK1, tidak dapat langsung mengeja perkataan tersebut. Dia
hanya merenung lama pada perkataan itu dan cuba untuk menjawab tetapi gagal.
Masalah ini terungkai apabila guru memberi bantuan. Dia dapat mengeja secara
merangkak-rangkak. PK2 juga demikian. Bagi PK3.terdapat kekeliruan di mana “to +
di” dieja dengan “to + di” Kekeliruan terjadi pada abjad “b” dan “d”.
Perkara ini tidak berlaku kepada PK4. Dia boleh membaca dengan hanya sedikit
bantuan daripada guru. Ini menunjukkan di samping faktor kekeliruan, faktor
pengethuan yang tiada dalam pengetahuan mereka juga menjadi punca kegagalan
mengeja perkataan”todi” (CIV:C77).
Rumusan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia terdapat berbagai masalah
yang dihadapi oleh para guru. Antara masalah yang sering dihadapi ialah murid tidak
kenal huruf, tidak tahu membaca dan menulis. Situasi ini menyebabkan para guru 44
berusaha menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi menangani masalah
tersebut.
Kaedah seperti latih tubi menggunakan kad suku kata dalam pengajaran dan
pembelajaran mengikut isi pelajaran yang telah ditetapkan akan dapat memberi
kebaikan kepada murid, guru, sekolah dan ibu bapa. Murid dapat membaca dengan
lancar dan tidak membuang masa serta dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas.
Guru dapat kepuasan kerana pencapaian pelajar meningkat.
Selain itu, amat mudah bagi mereka menjalankan pengajaran dan pembelajaran
di kelas. Bagi pihak sekolah pula, masalah buta 3M dapat diatasi dan kos menjalankan
operasi rendah. Seterusnya, ibu bapa murid yang bermasalah dalam bacaan akan
berpuas hati di atas pencapaian anak mereka.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa penggunaan kad suku kata sebagai bahan
sumber sedikit sebanyak dapat meningkatkan prestasi kemahiran membaca murid.
Seorang guru yang produktif ialah guru yang dapat meningkatkan prestasi muridnya
mempelajari sesuatu kemahiran bacaan. Guru hendaklah menitikberatkan penggunaan
bahan sumber mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
45
Soalan Kajian Kedua
Bagaimana kita menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan
sumber yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran?
4.3 Dapatan Analisis Ujian Pra
Jadual 4.3.1 Ujian Memilih huruf vokal yang betul
Menurut jadual di atas, dua orangt murid (58%), memilih semua huruf dengan betul.
Dua pelajar iaitu Pelajar 2 dan Pelajar 3 (17%), hanya melakukan kesilapan kecil.
46
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra
Jumlah Soalan Skor Peratusan (%)
1 6 6 100
2 6 5 83
3 6 5 83
4 6 6 100
Jadual 4.3.2 Ujian membaca suku kata konsonan dan vokal
Menurut jadual di atas, dua orang murid telah mengusai kemahiran membaca dapat
membaca suku kata, konsonan dan vokal dengan betul. Dua orang murid lagi boleh
dibantu bagi meningkatkan kesihatan dalam ujian membaca suku kata konsonan dan
vokal yang dijalankan. Hal ini menunjukkan sesetengah murid menghadapi kesukaran
yang teruk dalam menyebut dan membaca suku kata konsonan dan vokal. Ini berlaku
kerana murid-murid tersebut tidak dapat membunyikan suku kata tersebut.
47
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra
Jumlah Soalan Skor Peratusan (%)
1 10 7 70
2 10 10 100
3 10 8 80
4 10 10 100
Jadual 4.3.4
Ujian menyebut dan membaca Suku Kata KVK
Menurut jadual di atas, peserta kajian PK2, PK4 (75%) dapat menyebut dan membaca
suku kata konsonan, vokal dan konsonan (KVK) dengan betul. Manakala PK1 dan PK3
gagal dalam ujian membaca suku kata konsonan, vokal dan konsonan yang dijalankan.
Hal ini menunjukkan terdapat pelajar yang tidak boleh membaca suku kata yang
gabungan huruf konsonan vokal konsanan
Jadual 4.3.548
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra
Jumlah Soalan Skor Peratusan (%)
1 10 4 40
2 10 6 60
3 10 4 40
4 10 6 60
Ujian menyebut dan membaca Suku Kata KVKK
Menurut jadual di atas, seorang murid hampir (80%) dapat menyebut dan membaca
suku kata konsonan, vokal, konsonan konsonan (KVKK). Dua murid lagi (30%) gagal
dalam ujian membaca suku kata konsonan, vokal, konsonan konsonan yang dijalankan.
Kebanyakan murid yang mewakili peratusan yang baik adalah murid yang boleh
menyebut dan membaca suku kata konsonan vokal konsonan konsonan (KVKK) pada
peringkat awal ujian yang dijalankan. Murid yang memperolehi skor 0 adalah pelajar
yang tidak boleh membaca.
49
Peserta Kajian Ujian Pra
Jumlah Soalan Skor Peratusan (%)
1 10 3 30
2 10 8 80
3 10 3 30
4 10 5 50
Jadual 4.3.6:Ujian menyesuaikan perkataan KV+KV dan KVK
Ujian menyesuaikan perkataan KV+KV dan KVK menunjukkan seorang murid (80%)
dapat melakukannya dengan betul dan seorang murid l (50%) lagi melakukannya
hampir betul. Dua murid lagi (30%) sangat sukar untuk melakukannya. Hal ini
menunjukkan beberapa murid dapat menyesuaikan perkataan KV+KV dan KVK
dengan baik. Murid-murid yang mendapat skor yang teruk adalah disebabkan mereka
tidak tahu membaca.
50
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra
Jumlah Soalan Skor Peratusan (%)
1 10 3 30
2 10 8 80
3 10 3 30
4 10 5 50
4.2 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual 4.3.7 Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos membaca suku kata konsonan dan
vokal
Ujian pos membaca suku kata konsonan dan vokal menunjukkan banyak peningkatan
berbanding skor yang diperolehi murid semasa ujian pra. Skor yang diperolehi
terutamanya oleh murid yang lemah semasa ujian pra telah meningkat semasa ujian pos.
Tiga murid yang didapati lemah semasa ujian pra membaca suku kata konsonan dan
vokal telah menunjukkan peningkatan dalam skor iaitu peningkatan di antara 50%
hingga 70%. Hal ini menunjukkan murid-murid sudah boleh menyebut dan membaca
suku kata konsonan dan vokal.
51
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra Ujian Pos
Skor (%) Skor (%)
1 10 100 10 100
2 10 100 10 100
3 10 100 10 100
4 10 100 10 100
Jadual 4.3.8Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos menyebut dan membaca Suku Kata
KVK
1
Ujian pos menyebut dan membaca suku kata konsonan vokal konsanan menunjukkan
bahawa peserta kajian dapat membaca suku kata tersebut dengan betul. Murid yang
memperolehi skor yang sangat teruk semasa ujian pra membaca suku kata konsonan
vokal konsonan telah menunjukkan banyak kemajuan dan memperolehi skor yang baik
sehingga 70% dalam ujian pos ini. Hal ini menunjukkan murid-murid sudah boleh
membaca suku kata yang gabungan huruf konsonan vokal konsanan.
52
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra Ujian Pos
Skor (%) Skor (%)
1 10 100 10 100
2 10 100 10 100
3 10 100 10 100
4 10 100 10 100
Jadual 4.3.9Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos menyebut dan membaca Suku Kata
KVKK
Ujian pos menyebut dan membaca suku kata konsonan vokal konsanan konsonan
(KVKK) menunjukkan bahawa murid-murid telah dapat membaca suku kata tersebut
dengan betul. Dua orang murid yang memperolehi skor yang teruk semasa ujian pra
membaca suku kata konsonan vokal konsonan konsonan (KVKK) telah menunjukkan
peningkatan yang sangat tinggi dalam skor yang diperolehi semasa ujian pos ini. Hal ini
menunjukkan murid-murid sudah boleh membaca suku kata yang gabungan huruf
konsonan vokal konsanan konsonan (KVKK).
53
Kumpulan Sasaran
(Pelajar)
Ujian Pra Ujian Pos
Skor (%) Skor (%)
1 8 80 9 90
2 8 80 8 80
3 8 80 8 80
4 7 70 7 70
4.3 Rumusan
Temu bual dengan guru-guru Bahasa Malaysia kepada pelajar-pelajar ini, mendapati
masalah yang dihadapi oleh murid sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sikap mereka
sendiri. Murid-murid yang bermasalah ini menunjukkan minat yang kurang atas apa
yang diajar, kurang memberikan tumpuan semasa dalam kelas dan selalu mengabaikan
tugasan dan latihan yang diberikan kepada mereka. Ini juga mungkin disebabkan bahan
pembelajaran yang digunakan dalam kelas membosankan dan kurang bermaya.
Temubual ke atas murid-murid mendapati empat (4) orang pelajar (33.33%)
menghabiskan masa selepas waktu persekolahan dengan bermain, tiga (3) orang pelajar
(25%) menghabiskan memenuhi masa lapang mereka dengan menonton tv, seorang (1)
pelajar (8.34%) menggunakan kelapangan tersebut dengan bermain permainan
komputer. Hanya empat (4) orang pelajar (33.33%) memanafaatkan masa mereka
dengan membaca buku.
Kebanyakan mereka kurang memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka.
Pelajar-pelajar juga lebih gemar membaca majalah dan komik (75%) dan hanya 25%
dari mereka membaca buku teks pelajaran mereka. Sikap membaca di kalangan pelajar-
pelajar juga dipengaruhi oleh sikap minat membaca di kalangan ibubapa mereka. Dalam
54
temu bual pengkaji dengan pelajar-pelajar ini mendapati hanya 67% dari ibubapa
pelajar ini minat membaca.
Dengan menggunakan pelbagai Kad Suku Kata dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas, pengkaji mendapati minat pelajar terhadap mata pelajaran
Bahasa Malaysia dapat ditingkatkan. Murid-murid lebih memberikan tumpuan
berbandingkan kaedah pengajaran yang biasa digunakan iaitu kapur dan papan tulis
sahaja. Kad Suku Kata yang dipadankan dengan gambar-gambar akan lebih
menceriakan suasana pembelajaran di kelas Bahasa Malaysia di samping dapat
mengukuhkan lagi ingatan pelajar-pelajar tentang apa yang telah diajarkan kepada
mereka. Hasilnya, penggunaan Kad Suku Kata di kalangan pelajar-pelajar mata
pelajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahan Bantu Mengajar telah terbukti berkesan
dalam mengatasi masalah penguasaan suku kata di kalangan pelajar.
Soalan Kajian Ketiga
Bagaimanakah cara mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran membaca
perkataan yang mengandungi dua suku kata?
4.4 Tindakan guru mengatasi kelemahan murid
Kajian seterusnya adalah mengenai aspek tindakan guru bagi mengatasi maslah
pengajaran dan pembelajaran membaca. Pada keseluruhannya data temu bual dan
55
pemerhatian mendapati bahawa guru menggunakan kad suku kaa dalam pemngajaran
yang berbentuk latih tubi. Selain itu penggunaan Bahan Bantu Mengajar juga menjadi
faktor penting yang dapat merangsang murid bermasalah pembelajaran untuk membaca.
Guru perlu melatih-tubi bagi memastikan pelajar memberikan tumpuan serta dapat
mengingat huruf dan sukukata serta dapat membatang prkataan seterusnya menyebut
perkataan tersebut
Dari aspek pengajaran pula penggunaan kaedah pengajaran menggunakan model
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) digunapakai oleh guru. Mereka memilih
kaedah tersebut kerana murid mudah diajar secara latih-tubi dengan menggunakan kad
suku kata sebagai bahan bantu mengajar (BBM).
Temu bual 1 : Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
. “Saya menggunakan kaedah lama macam KLSR. Ada juga
keberkesanannya. Saya banyak menggunakan kad imbasan suku kata
dan melatih tubi membaca, mengeja dan membatang perkataan.
Temu bual 2 :Guru Mata pelajaran Bahasa Melayu
Penggunaan kaedah latih tubi ternyata dapat menambah penguasaan
murid terhadap kemahiran membaca. Kaedah ini perlu diteruskan bagi
membantu murid-murid
56
Dapatan daripada data pemerhatian juga mendapati bahawa kesemua peserta
kajian menyukai guru yang menggunakan kaedah latih tubi dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Di samping itu peserta kajian juga mudah tertarik dengan
penggunaan bahan rangsangan yang pelbagai kaedah latih tubi itu dilaksanakan.
(TBPK1, TPBK2, TPBK3,
Sebagai kesimpulan, latih tubi dapat membantu penguasaan membaca di kalangan
murid. Ini lebih menjurus kepada pepetah “alah bisa tegal biasa”. Keadah ini adalah satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru.
57
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN IMPLIKASI
Pengenalam
Berdasarkan daripada dapatan penyelidikan yang dijalankan terhadap masalah
membaca imi memang wujud masalah penguasaan membaca dan seterusnya
membatang perkataan. Dalam temu bual dan pemerhatian yang berdasarkan soalan
selidik terhadap peserta kajian mendapati bahawa tahap penguasaan murid masih lagi
pada tahap rendah dan tidak boleh dipandang ringan.
Kajian ini juga meninjau bagaimana bahan sumber seperti kad suku kata dapat
membantu meninggkatkan tahap penguasaan membaca di kalangan murid bermasalah
membaca. Dapatan juga menunjukkan bahawa antara penyelesaian masalah tersebut
adalah kaedah latih-tubi.
5.1 Rumusan Hasil Kajian
Penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pengajaran guru lebih selesa dan
menggalakkan dalam proses pengajaran asas bacaan. Keputusan ini bertepatan dengan
58
pendapat Mohd Daud Hamzah (1990) yang menyatakan bahawa semakin banyak
pancaindera yang dilibatkan semakin banyak pengalaman pembelajaran yang diperolehi
bagi mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan.
Keputusan ini menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata, suara,
isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajarannya terutama
sekali kepada pelajar-pelajar pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan.
Keputusan ini amat bersesuaian dengan pendapat Rasihidi Azizan & Abdul
Razak Habib (1998) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi memberangsangkan minat dan
tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar
Bahan bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya
mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar.
Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul
Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah
penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi
untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysi
59
5.2 Cadangan Hasil Kajian
Berdasarkan hasil kajian, maka pengkaji mendapati bahawa beberapa usaha positif perlu
diatasi bagi mengatasi masalah membaca di kalangan murid. Guru perlu membina
interaksi yang baik dengan murid. Mereka yang tergolong dalam kelompok atas pagar
ini berkemampuan untuk membaca tetapi memerlukan bantuan. Oleh itu guru mata
pelajaran, ibu bapa, dan pihak sekolah serta masyarakat perlu mengambil peranan serius
dalam membantu murid-murid ini dalam usaha membantu mereka menguasai
kemahiran membaca.
Murid yang bermasalah membaca dikategorikan dalam kelompok yang gagal
belajar menggunakan kaedah biasa. Menyedarri hakikat ini, guru perlu menggunakan
pelbagai kaedah yang berkesan kepada mereka. Hasil temu bual dengan guru mata
pelajaran dan murid, pengkaji mendapati pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
efektif dan berkesan jika guru menggunakan kad suku kata sebagai kaedah latih tubi.
Pengajaran membaca perlu berfokuskan murid dan aktiviti yang dijalankan.
Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan positif dalam usaha menyokong
program berbentuk pemulihan membaca. Hasil daripada temu bual dengan guru-guru
matapelajaran mendapati bahawa kemudahan asas pengajaran dan pembelajaran secara
kondusif amat diperlukan. Murid perlu dibekalkan dengan kemudahan sebagai mana
yang diberikan kepada bilik pengajaran dan pemulihan khas.60
Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga menjadi elemen penting dalam pengajaran
dan pembelajaran murid. Penyelidik mendapati bahawa BBM yang menarik dan
ineraktif akan memikat murid untuk belajar.
Guru mata pelajaran juga perlu memahirkan diri mereka dalam penyediaan bahn
bantu mengajar dan input bagi pengajran membaca. Guru perlu lebih fokus dalam
membimbing murid-murid yamg menghadapi masalah membaca. Guru-guru jangan
hanya berharap kepda guru pemulihan untuk memulih murid-murid tersebut.
Oleh kerana murid yang bermasalah membaca ini datangnya dari keluarga yang
SESnya rendah, dorongan dan motivasi yang berterusan ama diperlukan. Mereka juga
kurang mendapat dorongan dan motivasi untuk belajar. Guru perlu menggunakan
kaedah pengajarn yang lebih “mesra murid”. Dorongan dan motivasi yang sentiasa ada
akan memberikan keyakinan diri kepada murid.
Kepada pihak ibu bapa, mereka juga perlu sentiasa memberikan dorong dengan
mengambil berat tentang perkembangan anak –anak mereka. Kerjasama antara pihak
ibu bapa dan guru perlu sentiasa berlaku bagi melicinkan lagi pembasmian masalah
membaca di kalangan murid. Ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa anak mereka
tergolong dalam kumpulan yang memerlukan pemulihan dalam kelas.
61
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa alalah penting semua pihak memainkan
peranan bagi membantu murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran
membaca. Memulihkan murid-murid yang bermasalah bukan hanya semata-mata teletak
di bahu guru.
Keberkesnan pengajaran membaca akan dapat menyelamatkan lebih ramai
murid yang lemah membaca daripada tercicir. Kemampuan menguasai kemahiran 2M
akan menjadikan platform untuk murid bermasalah membaca tidak ketinggalan
daripada arus perdana sistem pendidikan pelajaran global.
5.3 Perbincangan Hasil Kajian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Suku Kata dalam kalangan murid
Tahun 1 Ixora kelas Bahasa Malaysia telah membuahkan hasil yang sangat
memberangsangkan. Pelajar-pelajar yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran
membaca, kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara. Dengan menggunakan
Kad Suku Kata dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, pelajar dapat
menunjukkan peningkatan dari yang tidak kenal huruf hinggalah boleh membaca
dengan lancar pelbagai jenis suku kata.
62
Maklumat-maklumat yang diperolehi dari temu bual dengan guru-guru dan
pelajar-pelajar mendapati mereka kurang memberikan tumpuan semasa pembelajaran di
kelas. Kebanyakan mereka kurang membaca dan menunjukkan usaha yang kurang
dalam memperbaiki kelemahan mereka. Keadaan ini berlaku berkemungkinan berpunca
dari masalah mengenal huruf dan suku kata yang menyebabkan mereka mudah berputus
asa dalam memperbaiki kelemahan mereka sendiri.
Penggunaan Kad Suku Kata dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas adalah
merupakan satu usaha dalam memperbaiki kelemahan pelajar-pelajar tersebut. Dengan
menggunakan pelbagai Kad Suku Kata dalam kajian ini, pengkaji telah membuktikan
bahawa penggunaan kad imbasan suku kata telah memberi kesan yang amat
memberangsangkan. Penggunaan Kad Suku Kata telah mengubah seseorang pelajar
yang lemah, sesetengah mereka tidak mengenal huruf dan tidak mahir membaca
menjadi seorang pelajar yang boleh mengenal huruf, celik suku kata dan mula boleh
membaca.
5.4 Implikasi Kajian
Kajian yang telah dijalankan tertumpu kepada Kelas Tahun 1 Ixora, mata pelajaran
Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir, Kuching sahaja.
Memandangkan dapatan kajian menunjukkan kesan penggunaan Kad Suku Kata 63
berupaya memperbaiki kemahiran membaca dan menyelesaikan masalah penguasaan
suku kata di kalangan pelajar, ianya boleh digunakan dalam semua mata pelajaran yang
memerlukan kemahiran membaca dan menguasai suku kata dan perkataan. Hasil kajian
ini juga dapat dimanfaatkan bagi kecemerlangan di bidang pendidikan dan menjadi
rujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
Rumusan
Bab lima telah membentangkan beberapa isu yang menjadi subjek perbincangan dalam
kajian ini. Bermula dengan ringkasan kajian yang mengandungi tujuan kajian, kaedah
kajian, data kajian, peserta kajian dan kaedah analisis data yang digunakan. Kemudian
diikuti dengan dapatan-dapatan kajian dan perbincangan mengenainya. Adalah
diharapkan kajian yang dijalankan ini akan memberikan satu penekanan tentang betapa
pentingnya menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam memperkukuhkan
penyampaian mata pelajaran oleh para guru. Semoga maklumat-maklumat hasil kajian
ini dianggap penting dan bernilai terhadap mana-mana pihak dan mengambil langkah
yang lebih drastik untuk meningkatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar bagi
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di sekolah-sekolah rendah di negara ini.
64
RUJUKAN
Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran
bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. KPM. Kuala Lumpur.
Anna L.Casebeer (1997).”Combining Quaalitative Research Methods: Considering The
Possobilities For Enchancing of Study”. London: Oxford University.
Azman Wan Chik (1989).:Kesilapan Penggunaan Bahasa Melayu oleh Mudid-Murid
Melayu:. Dalam Abdullah Hassan(Ed), “Kesalahan Bahasa dalam Bahasa
Melayu:. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Charlotte J Bolling (2008), “Reading Success In The Intervension Classroom”.
Washington: Winter 2008. Vol 52 Iss.2: Pg 58
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan
Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Dr. Amin B. Mohd Salleh (2001). Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Jilid 3.
Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu SK/SRK Tahun 1 (Pusat
Perkembangan Kurikulum). Kuala Lumpur
Jabatan Pendidikan Khas (2003). Stesen pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas
bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah.Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
65
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 1997.Laporan Tahunan, Jabatan Pendidikan
Sarawak. Cetakan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Kuching. Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Nota taklimat program pendidikan khas.
Medina, Suzanne L. (1991). The effect of a musical medium on the vocabulary
acquisition of limited English speaker ( Doctorial dissertation, University Of