SOALAN TUGASAN Pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mengesan serta mengenalpasti tahap kesihatan seseorang. Tubuh badan adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada kita. Di dalam tubuh badan kita terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan masing – masing. Pelbagai jaringan sistem yang wujud aadalah saling bergantungan di antara satu sama lain dengan bermatlamatkan pengekalan keseimbangan. Akhbar Mingguan Malaysia keluaran 17 Oktober 2010 telah menyingkap kisah duka pesakit paru – paru yang menantikan penderma organ untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Harapan mereka amat besar untuk menanti insan mulia yang sanggup menderma organ. Negara kita masih kekurangan bekalan organ kerana tidak ramai yang sanggup mewasiatkan organ apabila meninggal dunia. Sikap ini perlulah diubah kerana organ yang didermakan boleh menyelamatkan ramai individu yang memerlukan organ untuk menggantikan organ mereka yang rosak seperti jantung, paru – paru dan sebagainya. Untuk menyediakan tugasan ini anda dikehendaki menemubual sekurang – kurangnya DUA anggota masyarakat, seorang darinya berkedudukan dan diiktiraf sebagai pemimpin seperti ketua kampung, guru besar atau individu yang sama kedudukannya dan seorang lagi pengamal perubatan atau pengubat penyakit seperti bidan, bomoh atau individu yang sama. Anda juga boleh merujuk kepada bahan bercetak seperti akhbar dan majalah untuk menyokong pandangan anda. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SOALAN TUGASAN
Pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mengesan serta mengenalpasti tahap kesihatan
seseorang. Tubuh badan adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada kita. Di
dalam tubuh badan kita terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan masing –
masing. Pelbagai jaringan sistem yang wujud aadalah saling bergantungan di antara satu sama
lain dengan bermatlamatkan pengekalan keseimbangan. Akhbar Mingguan Malaysia keluaran 17
Oktober 2010 telah menyingkap kisah duka pesakit paru – paru yang menantikan penderma
organ untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Harapan mereka amat besar untuk menanti
insan mulia yang sanggup menderma organ. Negara kita masih kekurangan bekalan organ kerana
tidak ramai yang sanggup mewasiatkan organ apabila meninggal dunia. Sikap ini perlulah diubah
kerana organ yang didermakan boleh menyelamatkan ramai individu yang memerlukan organ
untuk menggantikan organ mereka yang rosak seperti jantung, paru – paru dan sebagainya.
Untuk menyediakan tugasan ini anda dikehendaki menemubual sekurang – kurangnya DUA
anggota masyarakat, seorang darinya berkedudukan dan diiktiraf sebagai pemimpin seperti
ketua kampung, guru besar atau individu yang sama kedudukannya dan seorang lagi pengamal
perubatan atau pengubat penyakit seperti bidan, bomoh atau individu yang sama. Anda juga
boleh merujuk kepada bahan bercetak seperti akhbar dan majalah untuk menyokong pandangan
anda.
1
Pendermaan organ merupakan isu yang masih hangat diperkatakan di negara kita dan isu ini
amat sensitif untuk diperkatakan bagi sesetengah kaum di Malaysia terutamya kepada keluarga si
mati. Mengizinkan pendermaan organ atau tisu ahli keluarga yang mereka sayangi setelah beliau
meninggal dunia bukanlah sesuatu keputusan yang mudah untuk dibuat dan sudah tentulah ia
menjadi satu isu yang sensitif kepada keluarga simati. Namun demikian adalah sangat penting
untuk kita sebagai anggota masyarakat memahami kepentingan dan kebaikan daripada
pendermaan organ kepada orang yang memerlukannya. Oleh sebab itu, keputusan untuk
menderma organ perlu dilakukan oleh seseorang individu semasa masih hidup untuk
mengurangkan bebanan mental yang perlu ditanggung oleh ahli keluarga yang lain. Untuk
menjadi penderma organ, seseorang individu perlulah mendaftarkan diri kepada Daftar
Penderma Organ Nasional. Borang akuan penderma dan kad penderma juga perlu di isi. Borang
yang sudah lengkap di isi perlu dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional dan kad
penderma pula adalah untuk simpanan penderma. Apabila sudah mendaftarkan diri, maka
seseorang individu itu telah membenarkan organ dan tisunya digunakan selepas individu itu
meninggal dunia.
Sebelum menjadi penderma organ, adalah perlu untuk kita mengetahui apakah itu pendermaan
organ? Pendermaan organ adalah satu proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang
untuk tujuan transplan selepas individu tersebut meninggal dunia. Pemindahan organ ini pula
adalah satu proses pembedahan yang melibatkan pertukaran organ yang gagal berfungsi dengan
sempurna dengan organ yang berfungsi dengan baik daripada seseorang penderma yang telah
meninggal dunia. Ia bertujuan untuk menyelamatkan nyawa penerima organ agar dapat
menjalani hidup yang lebih selesa dan sempurna.
Setiap individu juga perlu mengetahui apakah organ atau tisu yang boleh didermakan kepada
orang yang memerlukan. Umumnya, organ – organ yang boleh didermakan adalah seperti
jantung, hati(hepar), buah pinggang, pankreas dan juga paru – paru. Manakala tisu – tisu yang
boleh didermakan pula adalah seperti tulang, kulit, mata dan inap jantung. Semua organ dan tisu
yang dinyatakan di atas adalah sebahagian tubuh badan yang boleh didermakan.
Setiap penderma organ dan tisu tidak perlu risau kerana organ dan tisu mereka hanya boleh
diperolehi selepas disahkan meninggal dunia oleh dua orang doktor yang bertauliah dan yang
tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu. Penderma organ juga tidak perlu risau tentang
2
rawatan yang diterima kerana para doktor akan berusaha menyelamatkan nyawa si penderma
walaupun sudah mengetahui bahawa pesakit adalah penderma organ. Hal mengenai pendermaan
organ hanya akan dibincangkan dengan waris penderma selepas kematian disahkan.
Selain daripada itu penderma juga tidak perlu risau dengan pembedahan yang akan dijalankan
untuk tujuan pemindahan kerana pembedahan ini melibatkan pakar bedah yang berpengalaman
dan tidak akan mengubah atau menjejaskan rupa bentuk dan tubuh badan penderma. Luka
selepas organ atau tisu diperolehi akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma tidak
akan mengalami apa – apa kecacatan fizikal. Proses pembedahan pemindahan ini dilakukan
dengan tertib dan penuh rasa hormat seperti pembedahan – pembedahan yang lain.
Bagi penderma yang beragama Islam pula, mereka tidak perlu risau kerana pendermaan organ
tidak akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah kerana urusan pengkebumian boleh
dijalankan seperti biasa. Para doktor akan membersihkan, mengkafankan dan memulangkan
jenazah kepada ahli keluarga secepat mungkin selepas organ dan tisu diperolehi.
Seperti yang kita telah maklum, pendermaan organ di negara kita, Malaysia amatlah kurang jika
dibandingkan dengan negara – negara yang lain. Masih ramai lagi masyarakat di Malaysia yang
kurang faham dengan kepentingan pendermaan organ apabila sudah meninggal dunia. Adalah
diharapkan agar masyarakat di Malaysia lebih memahami tentang pendermaan organ dan tisu
dan kepentingan serta kebaikannya di dalam masyarakat. Menurut sumber yang saya perolehi
dari Kosmo Online bertarikh 15 Februari 2011, dinyatakan bahawa Melayu kurang derma
organ. Menurut Dr. Nordiyanah Hassan, pada keseluruhannya, orang Melayu sangat kurang
menderma organ berbanding dengan bangsa lain di Malaysia akibat keraguan dalam kefahaman
agama.
Mungkin ramai orang yang beragama Islam berpendapat bahawa menderma organ kepada orang yang bukan beragama Islam tidak mendatangkan apa – apa pahala. Namun anggapan ini adalah tidak benar sekali kerana di dalam Surah Al – Baqarah ayat 272 membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatkan nyawa. Oleh yang demikian orang Islam boleh menderma organnya kepada orang yang bukan beragama Islam dan begitu juga sebaliknya. Agama Kristian, Buddha dan Sikh juga beranggapan bahawa menderma organ adalah satu perbuatan yang mulia dan terpuji. Agama Kristian menggalakkan umatnya untuk menderma organ kepada orang yang memerlukannya tanpa mengira pegangan agamanya. Dalam agama
3
Kristian adalah sesuatu yang amat mulia bila dapat menyembuhkan orang yang sakit seperti yang termaktub didalam kitab Injil.
“ Heal the sick…freely ye have received, freely give.” Matthew 10:8.
"Any act that can save life, such as organ donation, is a great thing and quite acceptable within our faith."
Council of African & Afro-Caribbean Churches (UK)
"The Methodist Church has consistently supported organ donation and transplantation in appropriate circumstances, as a means through which healing and health may be made possible."
Methodist Church UK
Melihat kepada pandagan yang diberikan seperti di atas, jelas menunjukkan bahawa agama Kristian menggalakkan penganutnya untuk menderma organ dan tisu mereka untuk tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.
Menurut sumber yang saya baca daripada www.mykhilaf.com yang menyebut tentang hukum derma organ dalam Islam. Menderma organ atau tisu bukanlah sesuatu yang haram dan ianya digalakkan di kalangan penganut agama Islam. Oleh sebab itu umat Islam perlu memahami hukum derma organ dari penderma yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia agar dapat mengelakkan keraguan dan kekeliruan yang mereka alami. Kekeliruan inilah yang menyebabkan kurangnya penderma organ dari orang Melayu yang beragama Islam. Diharapkan kekeliruan dan keraguan ini dapat diatasi setelah memahami hukum derma organ yang sebenarnya. Adalah juga diharapkan agar bertambahlah penderma organ di kalangan masyarakat kita selepas ini.
Melihat daripada segi kebaikan pendermaan organ ini, saya merasakan bahawa media massa dan media cetak juga memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang kepentingan dan kebaikan pendermaan organ kepada orang yang memerlukan. Seperti kes yang berlaku kepada Tee Hui Yee yang berusia 14 tahun yang menjalani hidupnya dengan jantung mekanikal. Nasibnya mungkin kurang baik sebelum ini namun setelah campur tangan pihak media massa dan media cetak, “Utusan Malaysia” khususnya melancarkan usaha untuk mendapatkan jantung yang baru untuk Hui Yee, siapa sangka ramai pihak yang datang untuk menghulurkan bantuan. Disinilah peranan media massa dan media cetak sangat diperlukan dan diharapkan juga media massa dan media cetak terus membantu menyedarkan rakyat Malaysia untuk menderma organ dan tisu mereka kepada orang yang memerlukan apabila mereka telah meninggal dunia. Isu keagamaan perlu diperjelaskan agar tidak timbul kekeliruan dan keraguan seperti yang berlaku kepada Hui Yee kerana pendermaan organ ini melibatkan orang yang Islam dan bukan Islam.
Kita juga perlu tahu bahawa sinar dan harapan yang baru yang dapat diberikan kepada kehidupan
orang yang memerlukan organ atau tisu yang didermakan. Sebagai contoh adik Mohammmad
Afiq Ikmal yang mendapat hati baru yang didermakan oleh insan yang berhati mulia iaitu Wan