BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014 D20112052960 Page 1 SEMESTER 5 SESI 2013/2014 BRM 3013: TATABAHASA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TUGASAN : ESEI ILMIAH GROUP: _______ DISEDIAKAN OLEH: NAME NO. ID NO. H/P ZALINA BINTI ABDULLAH D20112052960 012-720 2740 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ANIDA BINTI SARUDIN TARIKH SERAH : 25 MEI 2014 SOALAN TUGASAN INDIVIDU: Pilih satu artikel (ukuran panjangnya s ekurang-kurangnya 2 halaman A4) daripada akhbar atau majalah dan anda perlu menganalisis artikel tersebut berdasarkan salah satu aspek-aspek yang diberikan. PEMARKAHAN 1. BAHAN PP 2. ESEI 3. FORUM JUMLAH UPSI 03 (A 132 PJJ)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014
D20112052960 Page 3
1.0 PENGENALAN
Mengharungi era pascaglobalisasi pada hari ini, tidak menjadikan Bahasa Melayu sebagai
satu perkara yang boleh dilupakan darjat penarafannya. Walaupun pada hari ini, BahasaMelayu ini bukanlah lagi boleh dikatakan sebagai Bahasa Perdagangan atau ‘ Lingua Franca’
seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu, tidak bermakna generasi pada hari ini
perlu melupakan dan mengabaikan Bahasa Kebangsaan kita ini.
Kemajuan teknologi pada hari ini juga tidak dapat menggugat akan kedudukan naskah surat
khabar sebagai penyampai utama maklumat kepada seluruh penduduk di dunia ini pada hari
ini. Justeru, kepincangan dalam tatabahasa Bahasa Melayu akan menjadikan satu perkara
yang mungkin tidak mustahil untuk terjadi tetapi akan berlaku iaitu musnahnya ataulenyapnya Bahasa Melayu di dunia.
Menurut Abdullah Hassan (1996), menyatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu pada hari
ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang sedang mengalami pembangunan
pesat dan dalam proses perkembangan ini, pelbagai perkara baharu akan ditemui khususnya
dari segi perubahan Bahasa Melayu. Perubahan Bahasa dari satu peringkat ke satu peringkat
dalam perkembangan sejarahnya sekaligus akan memberi kesan kepada sistem tulisan atau
ujaran, sistem tatabahasa dan juga perbendaharaan kata.
Justeru, sebagai bahasa rasmi Negara atau Bahasa kebangsaan, sewajarnya tatabahasa
Bahasa Melayu tidak dipandang remeh dan kesedaran menyayangi Bahasa diserapkan ke
dalam diri dan jiwa anak bangsa sedari mereka kecil.
Di dalam Perlembagaan Malaysia ( perkara 152 ) juga memperuntukkan pernyataan bahawa
“ Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan apa -apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan parlimen”. Justeru, sudah
tentunya berdasarkan perlembagaan ini jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu perlulah
digunakan dalam semua konteks untuk tujuan-tujuan tertentu berdasarkan peruntukan
BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014
D20112052960 Page 5
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pada hari ini apabila berhadapan dengan situasi yang mana Bahasa Melayu sudah tidak
dipandang penting oleh segelintir masyarakat memerlukan sesuatu tindakan yang tepat dan pantas diambil bagi mencegah berlakunya Bahasa ini dilupakan. Gejala kesalahan Bahasa
seperti yang terdapat dalam media cetak terutamanya surat khabar , boleh dianggap sebagai
sesuatu perkara yang serius dan tidak boleh kita sebagai pejuang Bahasa memandang tanpa
mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.
Walaupun pada hari ini, kemajuan teknologi melangkaui rutin kebiasaan iaitu menerima
maklumat bukan hanya dari surat khabar tetapi juga melalui laman sesawang. Perkara ini
juga tidak mengurangkan pembaca surat khabar yang terdiri dari segenap lapisan masyarakatdan usia mereka. Dengan pengaruh pembacaan surat khabar yang ramai ini akan
mengakibatkan meteka akan menggunakan Bahasa yang salah di segi penguasaan ejaan dan
tatabahasa yang tepat. Ini sudah pasti akan menjejaskan mutu Bahasa Melayu itu sendiri.
Justeru, jika dilihat pada hari ini, ramai tokoh-tokoh atau pakar-pakar Bahasa yang telah
menjalankan kajian ke atas kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam bahan media cetak.
Inisiatif yang diambil oleh pengkaji-pengkaji ini bagi meneliti kesalahan Bahasa yang sering
dilakukan oleh media cetak akan dapat membuka mata semua pihak bahawa perkara ini
sememangnya sesuatu yang serius dan terlalu penting.
Perkara ini juga akan menjadikan semua pihak mengambil berat dan memandang serius serta
membuka mata terhadap perkembangan, pemantapan serta penguasaan Bahasa Melayu yang
betul adalah tanggungjawab semua individu. Kesalahan yang ada dalam penggunaan Bahasa
Melayu akan mendatangkan kesan yang kurang baik kepada pembaca terutamanya dari segi
pemantapan Bahasa Melayu.
Oleh itu, kajian akan membincangkan tentang penggunaan bahasa khususnya kesalahan
BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014
D20112052960 Page 6
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian yang mana tujuannya memberi kesedaran kepada pembaca mengenai kesalahan-
kesalahan yang wujud dalam hasil cetakan penulisan mereka. Justeru , agar kesalahan-kesalahan ini tidak menjadi ikutan atau mempengaruhi pembaca dalam penguasaan Bahasa.
Selain itu, ianya juga untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar tidak disalahgunakan
dengan sewenang-wenangnya oleh media-media cetak yang mana boleh memberikan kesan
atau impak negatif yang besar ke atas penguasaan bahasa seseorang.
Bahasa sebagai penggunaan Bahasa yang menyimpang daripada system Bahasa atau
peraturan-peraturan Bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihankata atau susunan frasa dan ayat. Za’ba ( 1965 ) dan Arbak Othm an (1981) pula menyatakan
bahawa kesalahan tatabahasa adalah penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaan
bahasa yang baku.
Permasalahan kesalahan yang berlaku ini bukanla disebabkan oleh seseorang penutur atau
individu itu tidak cekap dan tidak berpengetahuan dalam Bahasa semata-mata tetapi adalah
disebabkan oleh dialek dan pengaruh Bahasa kedua. Ini disokong oleh pernyataan yang
dikeluarkan oleh Awang Sariyan ( 1979:9) yang mana menegaskan bahawa punca
kemerosotan dan kesilapan Bahasa antaranya iaah faktor gangguan dialek dan pengaruh
Bahasa kedua ( Arpan Shahbudin Latip :1998).
Permasalahan yang didapati dari beberapa kajian yang terdahulu iaitu tiga kajian yang
dilakukan awal juga mempunyai kesalahan tatabahasa yang sama iaitu bentuk kata. Ellis
(1987:296) mengatakan bahawa terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk
membuat kajian kesalahan tatabahasa. Kesalahan yang dapat dihuraikan oleh saya ialah
dalam bentuk huraian kekerapan dan juga peratusan.
Kajian ini juga dapat dilihat dengan lebih jelas dengan paparan dalam bentuk jadual. Justeru,
maklumat yang diperolehi senang dibaca dan difahami dengan paparan maklumat yang
BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014
D20112052960 Page 10
5.1.2 JENIS BINAAN AYAT DALAM ARTIKEL “SEKOLAH PERLU AMAL DASAR
LEBIH TERBUKA”
Di dalam mengkaji teks ucapan yang disediakan, binaan ayat di dalam bahasa Melayu tidaksemata- mata merupakan gabungan atau rentetan bentuk kata yang dibuat dengan sambil lewa
melainkan membentuk susunan beberapa unit kecil rangkaian kata. Rangkaian ini dikenali
sebagai unsur atau konsituten yang mempunyai subjek dan predikat. Artikel yang dikaji
diterbitkan oleh Berita Harian bertarikh 16 Mei 2014.
5.1.3 Binaan Subjek
Subjek merupakan konstituen yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Di dalam kebanyakan ayat yang
digunakan di dalam teks ini membentuk subjek ayat tunggal yang menggunakan salah satu unsur
seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja dan kata adjektif. Subjek tidak hanya terbatas
kepada benda hidup semata mata. Subjek juga merangkumi benda dan juga kata kerja. Contoh
tersebut akan menerangkan penggunaan subjek di dalam beberapa aspek;
i.Sistem Pendidikan Negara
(subjek)
ii.I bu bapa dan sekolah
(subjek)
5.1.4 Kata Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat terdiri daripada kata nama am, kata nama khas atau
kata nama terbitan. Di dalam artikel “Sekolah Perlu Amal Dasar Lebih Terbuka” ini, terdapat
banyak penggunaan subjek yang terdiri daripada kata nama. Misalnya pada ayat “ Tan Sri
Al imuddin Mohd Dom berkata ini dapat dijayakan melalui dasar terbuka dalam aktiviti dan
kegiatan serta program pihak sekolah dengan penglibatan ibu bapa dan
BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014
D20112052960 Page 11
pelajar.” menggunakan subjek kata nama khas hidup manusia iaitu Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom.
Selain itu, penggunaan kata nama am juga agak menonjol di dalam teks tersebut sebagai subjek.Contohnya seperti ayat- ayat “Sistem Pendidikan Negara” dan “Ibu bapa dan sekolah ...”. Kata
nama tidak hanya terbatas dengan kata nama khas yang mana di dalam sesebuah teks
penggunaan kata nama am adalah lebih meluas dan mudah.
5.1.5 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama digunakan untuk mengganti kata nama khas dan kata nama am yang
dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri terdiri
daripada kata ganti nama diri tanya yang merujuk kepada orang atau benda di dalam bentuk
tanya dengan menggunakan apa, siapa dan mana. Namun di dalam artikel ini tidak terdapat
sebarang penggunaan kata ganti diri tanya sebaliknya penulis lebih kerap menggunakan kata
ganti ketiga mereka bagi merujuk kepada ibu dan bapa. Misalnya dalam ayat berikut;
“ persefahaman antara ibu bapa dan sekolah ter jal in lebih erat ”
5.1.4Kata Kerja yang Berfungsi sebagai Kata Nama
Penggunaan kata kerja sebagai subjek menjadikan kata kerja tersebut mengambil alih tugas kata
nama. Misalnya di dalam ayat “ Tanggungjawab guru sememangnya besar. Layan anak mur id
sepert i k ita layan anak sendir i.” menggunakan kata kerja “tanggungjawab” sebagai subjek ayat
tersebut. Namun penggunaan kata kerja sebagai subjek tidak digunakan secara meluas sebaliknya
penulis lebih cenderung menggunakan kata subjek ayat.
5.1.5Kata Adjektif yang Berfungsi sebagai Kata Nama
Penggunaan bahasa Melayu tidak hanya terhad kepada penggunaan subjek seperti di atas
malahan kata adjektif juga cenderung digunakan sebagai salah satu unsur subjek di dalam teks
tersebut. Selain itu, penggunaan kata adjektif yang menerima imbuhan apitan juga sering
BRM 3013 PERKEMBANGAN TATABAHASA SEKOLAH RENDAH 2014
D20112052960 Page 16
5.3.1 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan merupakan ayat yang dibina oleh dua atau lebih yang menjadikan satu
dengan cara menggabungkan ayat ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung seperti, dan,atau dan sebagainya. Contoh ayat majmuk gabungan ini adalah “ profesyen sepert i ju rutera,
doktor dan ahli pern iagaan “.
5.3..2Ayat Majmuk Pancangan
Manakala ayat majmuk pancangan pula merupakan satu ayat yang dibentuk oleh klausa yang
tidak setara. Di dalam ayat tersebut terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dengan satu atau
beberapa klausa tak bebas. Klausa tak bebas ini akan dipancangkan di dalam ayat utama dengan
menggunakan kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, dan sebagainya. Terdapat
tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan.
Ayat relatif merupakan ayat yang ditandai dengan cara yang berikut:
i.Pelajar itu sungguh pandai.
ii.Pelajar itu mendapat biasiswa kerajaan.
iii.Pelajar yang sungguh pandai itu mendapat biasiswa kerajaan.
Ayat (i) dan (ii) telah digabungkan untuk menghasilkan ayat (iii). Ayat (iii) telah dipancangkan
kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan“pelajar itu” dan
menggunakan katan hubung yang.
Manakalah ayat komplemen dibina dengan ayat utama dipancangkan dengan ayat kecil dan
menjadi komplemen kepada ayat. Ayat komplemen ini dapat dibentuk dengan menggunakan kata
hubung bahawa atau yang. Contohnya:
i.Bahawa pemanduan yang cuai boleh menyebabkan kemalangan jalan r aya.
ii.Bahawa gejala sosial menjadi punca masalah pembuangan bayi kini .