11.0 PENGENALAN Guruku…Kau sinari kami dengan ilmu yang kau berikan…Kau semangati kami dengan ikhlas…Kau berikan kami kasih sayang yang begitu lembut seperti kain sutera…Ogos 2014) (Wina, 17 Puisi di atas dipetik daripada internet yang merupakan hasil karya seorang murid, dikenali sebagai Wina. Puisi ini menunjukkan harapan kepada guru agar ikhlas menyampaikan ilmu serta memberikan kasih sayang kepadanya. Memang tidak dapat dinafikan, golongan murid merupakan individu y ang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan. Bermula di peringkat tadika sehinggalah ke menara gading, ilmu pengetahuan ditimba tidak putus-putus. Bahkan ketika di sekolah, seorang guru umpama ibu dan ayah kepada murid yang mendidik dan mengawasi murid sejurus selepas sesi persekolahan bermula sehinggalah usai sesi persekolahan. Justeru, murid seharusnya bergaul dengan guru sebagaimana seperti mereka bergaul dengan ibu bapa di rumah. Walaubagaimanapun, guru bukan sahaja perlu berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap murid yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan turut menerima tempiasnya. Kalau dulu guru sering diagung- agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para murid, ibu bapa dan masyarakat selur uhnya. Namun, hari ini sering kita denga r sebahagian besar mu rid serta ibu bapa tidak menghormati guru. Hal ini mungkin disebabkan sikap sebahagian guru yang menyebabkan masyarakat memandang rendah kepada profesion keguruan, bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, iaitu Peraturan 4(2), “Seseorang
pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha”. Hal ini bermaksud, guru
yang malas melaksanakan proses PdP dikategorikan sebagai kurang cekap dan
berusaha, boleh dikenakan tindakan oleh pihak pentadbir sama ada diturunkan pangkat
atau diberhentikan kerja. Guru malas melaksanakan PdP telah menjadi kebiasaan disekolah, tidak kira sama ada guru veteran mahupun guru baru. Guru yang malas
adalah guru yang tidak merancang PdP, tidak menyediakan sumber pengajaran, serta
tidak mempunyai objektif pengajarannya apabila memasuki kelas.
Sepanjang pemerhatian saya di sekolah, saya dapati kebanyakan guru yang
malas ini terdiri daripada guru lelaki. Guru tersebut akan membawa murid pergi ke bilik
komputer, kemudian menayangkan apa-apa filem dan meninggalkan murid tanpa
bimbingan. Apabila hampir tamat waktu, guru tersebut akan datang semula dan
melepaskan murid pada waktunya. Tidak kurang juga guru agama yang membawa
murid ke surau sekolah, kemudian murid cuma duduk menunggu masa 30 minit
berakhir. Kesannya, murid membuat bising di dalam surau kerana tiada apa yang
hendak dilakukan. Teguran guru tersebut kepada murid cuma masuk telinga kiri, keluar
Rajah 2.5 : Guru malas melaksanakan PdP. (Gambar hiasan)
Menurut Syed Ismail et. al (2010), kesalahan ini telah melanggar peraturan
4(2)(g) iaitu “Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak bertanggungjawab”. Guru
yang sering hadir lewat ke sekolah tidak menyedari bahawa beliau telah membuat salah
laku yang boleh menyebabkan beliau diturunkan pangkat atau diberhentikan kerja. Ini
adalah kerana mereka memandang remeh bahawa sekadar datang lewat tidak akanmenjejaskan prestasi sekolah, tambahan lagi sekiranya kelas PdP mereka bermula
agak lewat berbanding di awal waktu. Sesi persekolahan di sekolah tempat saya
berinternship bermula pada jam 7.20 pagi. Guru Besar telah menjadualkan bahawa
guru seharusnya telah berada di sekolah pada jam 7.10 pagi bagi pelaksanaan budaya
guru penyayang. Akan tetapi, berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati
beberapa orang guru yang sering lewat datang ke sekolah iaitu pada jam 7.30 pagi.
Selain itu, terdapat juga guru yang datang lewat ke sekolah, padahal beliau
mempunyai kelas pada awal pagi, sehingga menyebabkan guru lain menggantikan
tempat beliau di kelas tersebut. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang guru terhadap
sikap guru tersebut yang bersikap sambil lewa terhadap waktu persekolahan.
Kelewatan guru ke sekolah mempengaruhi banyak perkara, apatah lagi sekiranya guru
Rajah 2.6 : Guru lambat datang sekolah. (Gambar hiasan)
Guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang
dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Malah, guru turut
diperkatakan dalam keperluan pendidikan abad ke-21 yang akan menghadapi pelbagaiperubahan dan keperluan. Lemaire (2009) mendapati bahawa, guru-guru bukan sahaja
melalui perubahan tersebut, namun turut dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti kokurikulum,
menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program murid, mengurus kerenah dan
kebajikan murid serta tugas-tugas pengurusan. Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi
dalam dunia pendidikan, guru-guru pula semakin berasa tertekan dalam menghadapi
pelaksanaan pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan negara (Nobile & McCormick,
2005).
Artikel pilihan saya berkenaan isu pendidikan terkini dipetik daripada Kosmo!
yang bertajuk “Beban emosi dorong salah laku guru”. Pada pandangan saya, artikel ini
amat menarik kerana melaluinya saya juga mendapat beberapa info baru berkenaan
beban emosi guru. Daripada artikel di atas, kita dapat memahami bahawa kerjaya
Rajah 3.2 : Tugas-tugas guru yang semakin banyak. (Gambar Hiasan)
terhadap murid adalah tidak realistik (Center dan Steventon, 2001) hingga
menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.
Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2010 yang mendapati bahawa 83%
daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu
bapa murid yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk
menjadikan anak-anak mereka sebagai murid yang cemerlang dalam akademik. Kajian
yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan
sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah
sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita
Harian bertarikh 23 Februari 2011 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan
mengukur kejayaan mutlak seseorang murid berdasarkan kecemerlangan akademik
semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti
kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi,
kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk
mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan
harapan ibu bapa dipenuhi.
3.3 Murid
Salah laku dan kerenah murid turut menjadi faktor tekanan emosi guru. Tingkah
laku murid di dalam kelas seperti kurang menghormati guru, kurang penumpuan di
dalam kelas, masalah disiplin, kurang bermotivasi dan tidak menyiapkan kerja sekolah
didapati telah menyebabkan guru berasa tertekan setiap kali memasuki kelas
(Fun,2008; Kim, 2006;Tang dan Yeung,1999; Montgomery dan Rupp,2005). Akibat
kerenah murid, guru sering keletihan dan tidak bersemangat untuk mengajar.Kesukaran yang dihadapi oleh guru dalam berhadapan dengan pelbagai kerenah murid
telah menyebabkan sebahagian guru mengalami burnout (Wai dan Kwok,1995).
Apabila guru berhadapan dengan murid yang bermasalah disiplin, maka mereka
akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan murid-murid sebegini sampai
guru tersebut berasa tertekan dengan keadaan tersebut dan bertindak dengan
mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah ini sehingga secara tidak sedar
kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut. Kajian juga dijalankan
oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 20011 menunjukkan bahawa guru tidak
terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir murid yang kadangkala menyakitkan
hati.
Antara contoh perlakuan murid yang membangkitkan kemarahan guru
termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan
bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan
yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan disiplin murid. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang
pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal
fikiran yang waras.
3.4 Pentadbir sekolah
Aspek pihak pentadbir sekolah juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang
kepada tekanan emosi seseorang guru. Syed Ismail et. al (2010) juga turut menyatakan
bahawa, dalam bidang perguruan, faktor organisasi atau majikan adalah salah satu
punca berlakunya tekanan emosi dalam kalangan guru. Kepimpinan merupakan faktor
penentu produktiviti dan prestasi dalam kalangan pekerja dan organisasi secara
keseluruhan. Di sekolah, guru besar adalah orang yang paling berkuasa dan
menentukan iklim sekolah untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kepimpinan guru besar akan mencirikan budaya organisasi dan memberi pengaruh
kepada tingkah laku guru. Dapatan Chan dan Gurnam (2007) mendapati guru besar
yang mengamalkan satu gaya kepimpinan sahaja seperti autokratik akan menyebabkanguru terbeban dan menjadi stres. Terdapat beberapa situasi di sekolah rendah bandar
yang mendapati guru besar yang bersifat mengarah tanpa mengambil kira pandangan
guru-guru akan menyebabkan guru baharu yang ditempatkan di sekolah sukar
membina hubungan baik dengan pihak pentadbir. Keputusan-keputusan tentang
diberikan adalah supaya setiap hambaNya kembali menginsafi diri dan memohon
kepadaNya.
28. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka denganzikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah Ar-Ra’ d : 28)
Terdapat banyak cara untuk kita mengingati Allah, salah satunya adalah dengan
berzikir. Dengan berzikir, hati kita akan menjadi lebih tenang kerana pada ketika itu,
fikiran kita tidak terbeban dengan kerja-kerja dunia yang memenatkan fikiran. Dalam
berzikir juga, kita boleh menenangkan fikiran disamping membuat kerja-kerja yang
diberi. Selain berzikir, kita juga digalakkan membaca al-Quran atau mendengar bacaan
al-Quran melalui teknologi yang ada pada masa kini. Mendengar pembacaan al-Quranbukan sahaja boleh menenangkan fikiran, malah mengelakkan kita daripada
mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan tidak boleh membuatkan fikiran kita lebih
tenang.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk selalu berdoa kepada Allah dalam apa
keadaan sekali pun. Doa adalah salah satu cara bagi kita untuk berkomunikasi dengan
Pencipta kita secara langsung. Oleh itu, ketika berdoa, kita hendaklah memohon agar
ditenangkan fikiran dan ditabahkan hati dalam menghadapi ujian yang diberiNya,
disamping mempercayai bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Ini adalah
kerana, Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak
termampu olehnya.
4.2 Amalkan cara hidup sihat
Tekanan emosi berasal daripada gabungan beban fikiran, fizikal dan hati.
Apabila fikiran tidak tenang, badan penat dan lemah serta hati yang sakit, maka akan
timbullah perasaan yang dikatakan sebagai tekanan emosi. Sebagai seorang pendidik,
kita hendaklah bijak mengurus kehidupan dari segi masa, amalan harian dan emosi. Ini
adalah kerana, menjadi seorang guru bermakna kita bukan lagi hanya menjaga diri
sendiri, akan tetapi kita juga bertanggungjawab menjaga anak didik kita seterusnya
menjadi role model kepada mereka. Maka, sebagai seorang guru, hendaklah
yang professional yang bertujuan membantu individu memahami diri sendiri dan alam
sekelilingnya.
4.4 Penghargaan kendiri
Apabila menghadapi tekanan, kita seringkali lupa bahawa kita sebenarnya
mempunyai banyak cara untuk meredakan tekanan yang dihadapi. Bagi diri saya
khususnya, penghargaan kendiri adalah cara yang paling mudah dan seronok untuk
melupakan tekanan dan beban yang dihadapi walaupun sebentar. Pelbagai jenis
penghargaan kendiri boleh dilakukan mengikut minat masing-masing. Dalam perkataan
lain, penghargaan kendiri juga adalah hiburan diri sendiri. Menghiburkan diri adalah
cara yang sesuai dilakukan dalam waktu yang sekejap bagi kita untuk menghilangkan
tekanan. Luangkan masa rehat kita di pejabat dengan aktiviti yang sifatnya
menghiburkan diri sendiri seperti bermain game, mendengar muzik, menonton filem
atau apa-apa kegiatan lain yang dapat menghiburkan diri kita.
Walaubagaimanapun, kita hendaklah mengawal aktiviti-aktiviti ini agar tidak
sering dilakukan kerana ia boleh menyebabkan ketagihan seterusnya mengabaikan
kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan.
4.5 Pengurusan masa
Pengurusan masa adalah penting bagi seseorang guru lebih-lebih lagi bagi guru
yang telah berumahtangga. Ini adalah kerana, tugas guru pada masa kini bukan sahaja
mengajar murid dalam kelas sahaja, namun, guru juga dibebankan dengan kerja-kerja
pengkeranian yang lain disamping merancang pengajaran dan membuat bahan bantu
mengajar (BBM) yang akan dilaksanakan. Hal inilah yang menyebabkan guru semakin
tertekan sehingga mengalami tekanan emosi. Bagi melaksanakan pengurusan masa
yang baik, kita hendaklah mengenalpasti kerja harian kita mengikut keutamaan danmenetapkan satu jadual supaya dapat disiapkan mengikut keutamaan tanpa melengah-
lengahkannya.
Bagi seorang guru, tugas harian adalah merancang pengajaran, membuat BBM,
dan menyemak kerja murid. Maka, guru bolehlah merancang pengajaran harian,
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Noriati A. Rashid, Boon P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan AlamBelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Bernama. (6 Julai 2012). Larangan politik di sekolah. diambil dari Berita Harian:http://www2.bharian.com.my/articles/Larangpolitikdisekolah_/Article/ pada 21Ogos 2014
Bernama. (25 Mei 2010). Kakitangan awam tipu sijil cuti sakit . diambil dari BeritaHarian:http://www2.bharian.com.my/articles/45_000kakitanganawamtipusijilcutis
akit/Article/print_html pada 21 Ogos 2014
Deria. (3 November 2008). Guru-guru tiada di sekolah pada masa persekolahan.diambil dari Deria Kaca Mata, Profesionalisme Guru :http://deriakacamata.blogspot.com/2008/11/guru-guru-tiada-di-sekolah-pada-
masa.html pada 21 Ogos 2014
Humphrey, D.C.; Wechsler, M.; Bosetti; K.R. (2007). Teacher Induction in Illinois andOhio: a preliminary analysis. Commission by the Joyce Foundation, U.S.A.
Lemaire, J. (2009). Addressing Teacher Workload . Education, pp. 6.
Nobile, J. J. & McCormick, J. (2005).“Job Satisfaction and Occupational Stress inCatholic Primary Schools.” A paper presented at the Annual Conference ofthe Australian Association for Research in Education.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) .Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia2013-2025, diakses dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-
pendidikan malaysia-2013-2025 , diakses pada 21 Julai 2014.
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). AsasKepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: FreemindHorizons Sdn. Bhd.
Raja Maria. (2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di KalanganGuru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh. Tesis Tidak Diterbitkan,
Open University Malaysia .Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan