CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENDIDIKAN MENGHADAPI ALAF BARU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJA MELEWAR
KERJA KURSUS PENDEKKEMAHIRAN GENERIK : KEMAHIRAN BERFIKIRCabaran
Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
NAMA : 1) MUHAMMAD BIN RAZALI 2) TINAGARAN A/L MAGIS PARANUNIT
DAN SEMESTER: PPISMP SEM. 2TARIKH MULA : 27/03/09TARIKH HANTAR :
11/04/09PENSYARAH : PUAN RASHINAWATI Maktab Perguruan Raja
MelewarJalan Sikamat70400 SerembanNegeri Sembilan Darul KhususTel :
014-8226181 (Pejabat)Hak cipta terpelihara.Setiap bahagian daripada
terbitanini tidak boleh diterbitkan semula,disimpan untuk
pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain,sama ada dengancara
elektronik,mekanik,gambar,rakaman dan sebagainyatanpa izin pemilik
hak cipta terlebih dahulu.
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGANMUKA SURAT
PENGHARGAAN
BIODATA
PENGENALAN
SOALAN TUGASAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
REFLEKSI
PENGHARGAAN
Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah juga saya menyiapkan kerja
kursus yang diamanahkan walaupun banyak cabaran dan dugaan yang
telah dilalui semasa menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya
tidak merasakan sebarang tekanan ketika melaksanakan kerja kursus
ini. Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah
pembimbing kami di atas segala tunjuk ajar yang diberikan kepada
kami. Sememangnya tunjuk ajar dan nasihat daripada beliau banyak
membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar
daripada beliau, kami mungkin terkapai-kapai dalam menyiapkan
tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak menyumbangkan idea dan pendapat dalam usaha untuk menyiapkan
tugasan ini. Segala sumbangan rakan-rakan amat kami hargai.
Sesungguhnya hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.
Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Segala jasa rakan-rakan amat kami
hargai.
Sekian terima kasih.
NAMA: MUHAMMAD BIN RAZALINO.IC : 900629-03-5213UNIT : PEMULIHAN
(BM)/MT/BIINTEGRASI : KUMPULAN 6ALAMAT : L0T 2318 KG
LANDAK,PENGKALAN CHEPA 16100 KOTA BHARU,KELANTAN.NO. TELEFON :
014-8226181AMBILAN : JULAI 2008
NAMA: TINGARAN A/L MAGIS PARANNO.IC : 901117-04-5295 UNIT :
PEMULIHAN (BT)/MT/BIINTEGRASI : KUMPULAN 7ALAMAT: J 5203, JALAN
SEROJA 1, TAMAN MAJU, 77000 JASIN, MELAKA.NO. TELEFON :014-9238232
AMBILAN : JULAI 2008
PENDAHULUAN Pendidikan merupakan kepentingan bagi seluruh
masyarakat. Dalam pembangunan negara peranan system pendidikan
sangat penting. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan
wahana usaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang
dua tahun akan datang. Usaha-usaha yang strategik amat diperlukan
dalam sistem pendidikan negara yang mana boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalanya ke tahap kualiti yang tinggi dan
cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Perubahan sistem pendidikan akan sejajar dengan perubahan aspek
ekonomi , budaya, dan politik. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita
terpinggir dan tersungkur. Pendemokrasian kuasa yang diasaskan oleh
budaya koperat akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Pendek
kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu
institusi , organisasi, atau Negara. Oleh itu sistem pendidikan
dalam gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasan
yang betul untuk menyumbang kepada pembangunan bangssa dan
Negara.
Oleh itu, rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari
ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk
semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika
rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, Negara pasti
tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju
lain.Pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan
rohaniah agar keseimbangan di antaranya dapat memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani dan menjadi negara maju
dalam acuan kita sendiri.
a) Usaha-usaha yang strategik amat diperlukan dalam sistem
pendidikan negara yang mana boleh meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalanya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar
dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Di antara usaha-usaha
strategic dalam system pendididkan untuk membentuk rakyat Malaysia
yang cemerlang dan berkualiti ialah :
I. Pembinaan budaya ilmu
II. Pembudayaan masyarakat Malaysia
III. Peranan pendidik
IV. Perlaksanaa sekolah bestari
V. Pembentukan masyarakat madani.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADANI
PEMBINAAN BUDAYA ILMU
PERLAKSANAAN SEKOLAH BESTARI
PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU
USAHA-USAHA STRATEGIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MEMBENTUK
RAKYAT MALAYSIA YANG CEMERLANG DAN BERKUALITI
PERANAN PENDIDIK
b) I) PEMBINAAN BUDAYA ILMU
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan
individu dan kejayaan serta kekuatan bangsa dan negara . Ilmu
membina kekuatan minda kea rah daya fikir tinggi dan daya kreatif
dalam kalangan individu dan bangsa.
Menurut Zakaria Stapa (2002), pendidikan berterusan adalah
mekanisme paling teguh di dalam pembentukan akhlak kerana setiap
manusia memiliki potensi untuk cenderung ke arah taqwa untuk
diperkembangkan. Institusi pendidikan melalui konsep penyucian jiwa
perlu bergabung dengan institusi lain untuk menggilap aspek positif
iaitu taqwa dan menyingkirkan aspek negatif. Ini menunjukkan
pembinaan budaya ilmu itu penting.
Cara-cara untuk membudayakan ilmu adalah : Penglibatan
masyarakat dengan kegiatan ilmu juga perlu diwujudkan bagi
membudayakan lagi budaya ilmu. Menubuhkan program minda kelas
pertama Mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan
kemahiran,latihan dan pembelajaran kepada rakyat pada setiap
peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT.
Cara-cara untuk membudayakan ilmu
-tidak membuang masa dengan memikirkan sesuatu yang tidak
berfaedah sebaliknya memikirkan sesuatu yang dapat memajukan
diri-rakyat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang
berasaskan teknologi dan maju ke depan
-mengadakan lawatan ke pusat ilmu atau ke kempen membaca yang
kerap kali diadakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan-masyarakat
tidak mengharapkan kepada sesuatu sumber untuk meneruskan hidup
sebaliknya berfikiran inovatif dan kreatif
ii) PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA
Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya
tidak bermakna jika tidak diseimbangkan dengan kesejahteraan sosial
, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang
terpelihara.
Menurut Andreas Eppink , kebudayaan ialah keseluruhan
pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur
kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual
yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
Cara-cara untuk membudayakan masyarakat Malaysia adalah: Semua
golongan dewasa sama-sama bertanggungjawab untuk membina, membentuk
dan mendidik setiap individu remaja menjadi insan yang berbudaya
positif. Antara budaya cemerlang yang perlu diasuhkan kepada remaja
ialah melalui bahasa. Berbahasa sebagai satu budaya amat perlu bagi
remaja, agar mereka dapat memainkan peranan seberkesan mungkin
dalam setiap aktiviti dan situasi yang mereka temui secara formal
ataupun tidak formal ataupun di mana sahaja mereka berada.
Cara-cara lain untuk membudayakan masyarakat Malaysia
iii) PERANAN PENDIDIK
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan
Wawasan pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut
penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh
system pendidikan kita.Untuk menentukan kehendak cirri-ciri manusia
berkualiti tersebut dihasilkan , maka para pendidik dan guru-guru
pelatih hendak lah berketrampilan dan lengkap dengan cirri-ciri
guru cemerlang.
Menurut Fatimah dan Zurida (1998), guru Bestari adalah guru yang
bukan saja mahir mengajar, malah cekap menggunakan pendekatan
teknologi, tahu bidang pengurusan, mahir dalam menyelesaikan
masalah dan berinisiatif untuk menambah pengetahuan dan
sebagainya.
Cara-cara untuk mencapai cita-cita untuk menjadi guru bestari
adalah: cekap menggunakan pendekatan teknologi kepada murid-murid.
Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Mahir dan
berktrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
Cara-cara untuk mencapai cita-cita untuk menjadi guru
bestari.Cekap menggunakan pendekatan teknologi kepada
murid-murid
Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai
pendidikMemahami perkembangan murid-murid dan menyayangi
merekaMahir dan berktrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan
pembelajaran)
GURU BESTARI
Peranan pendidik menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak
dilahirkan untuk mewarisi alaf baru dan ciri-ciri untuk
menghasilkan kehendak manusia berkualiti khususnya kepada para
pendidik dan guru-guru pelatih. Antara ciri-ciri generasi yang
hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru ialah
I. kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)II. kekuatan
minda (krestif dan proaktif)III. nilai-nilai luhur dan murni
(termasuk penyayang)IV. semangat jati diri, jaya diri dan
keusahawananV. ketrampilan
Bagi ciri-ciri untuk menghasilkan kehendak manusia berkualiti
khususnya kepada para pendidik dan guru-guru pelatih pula terdiri
daripada
I. menguasai subjek (kandungan kurikulum) II. mahir dan
bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) III.
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka IV.
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)V. memiliki
kemahiran kaunseling VI. menggunakan teknologi terkiniVII. dapat
menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhirVIII.
boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan IX.
memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai
pendidik.
Dalam peranan pendidik ini langkah program pendidikan yang
diketengahkan adalah Sekolah Bestari.
Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam
sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian,
pentadbiran, pengurusan pembelajaran.
Cabaran besar para pendidik yang mempunyai tanggungjawab
melaksanakan peranan pendidik terbahagi kepada dua iaitu membina
budaya ilmu dan membentuk masyarakat madani.
PEMBAHAGIAN CIRI-CIRI PERANAN PENDIDIK
CARA-CARA YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN STRATEGIK
DALAM SISTEM PENDIDIKAN BAGI MEMBENTUK RAKYAT MALAYSIA YANG
CEMERLANG DAN BERKUALITI.
Perlaksanaan sekolah bestari PEMIMPIN YANG
KONSTRUKTIVISTPENGGALAK PEMBELAJARAN YANG BERPUSATKAN PELAJAR DAN
PENCETUS PEMIKIRAN PELAJAR
MAHIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIAPENDIDIK HARUSLAH
MEMENTINGKAN KEMAHIRAN ICT,KREATIF DAN INOVATIF DARI SEMASA KE
SEMASA AGAR DAPAT MELAHIRKAN IDEA-IDEA YANG BARU
PENDIDIK YANG INOVATIF DAN KREATIFMAHIR MENGGUNAKAN PELBAGAI
STRATEGI UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN PELAJAR YANG BERBEZA DARI SEGI
KEPENTINGAN GAYA PEMBELAJARAN
PERANAN PENDIDIK DALAM PEMBESTARIAN SEKOLAH
PEMUPUK NILAI YANG GIGIHHARUS MENERAPKAN NILAI YANG BOLEH
MEMBAWA PERHUBUNGAN ILMU YANG DIAJAR DARI ASPEK NILAI
MURNI.PENGUASAAN ILMU YANG MANTAPMENGUASAI ILMU DALAM BIDANG YANG
DIAJAR ADALAH PRASYARAT YANG PENTING UNTUK MENJADI GURU YANG
BERKESAN DALAM SEKOLAH BESTARIPENGGUNA KOMUNIKASI YANG
CEKAPHARUSLAH MEMPUNYAI KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN AGAR
SEGALA ILMU DAN MAKLUMAT DAPAT DISAMPAIKAN DENGAN JAYANYA
PENGENALANKerja kursus ini menjurus kepada kebolehan pelajar
menghurai serta mengaplikasikan ilmu kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis semasa proses penyempurnaan kerja
kursus.Berdasarkan artikel yang diberi, pelajar dikehendaki
menyenaraikan usaha-usaha yang telah dilaksanakan kerajaan dalam
memantapkan jati diri masyarakat Malaysia melalui sistem
pendidikan. Usaha usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam
membentuk rakyat Malaysia yang cemerlang serta berkualiti
berteraskan prinsip madani akan terlaksana sekiranya semua warga
pendidik memberikan sepenuh sokongan kepada saranan
tersebut.Usaha-usaha tersebut kemudian diterangkan semula melalui
borang pengurusan grafik bagi memudah proses pemahaman pembaca.
Borang pengurusan grafik tersebut menghuraikan usaha-usaha yang
dapat dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.Pemikiran ialah
proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognisi terhadap proses yang dialami. Pada masa kini,
pendekatan berfikkir yang diterapkan dalam proses pembelajaran di
sekolah-sekolah ialah Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk membolehkan pelajar: adalah mendapat latihan berfikir
secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dengan bijak , mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di
luar sekolah, menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan
inovatif , mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang
terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit , meningkatkan aspek
kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka ,
bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina
keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan
berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan
kritik.Proses berfikir melibatkan pengendalian operasi mental
tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis
iaitu Operasi Kognitif dan Meta kognitif. Operasi Kognitif adalah
kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti
mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.Manakala,
Operasi Meta kognitif merupakan operasi yang mengarah dan mengawal
kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala
aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen
berfikir.
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITISKemahiran berfikir
secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara KRITIS membanding dan
membeza membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan
sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian,
membuat inferens
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIFKecekapan menggunakan
minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang
baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan dan menerokai dan mencari makna
, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatifContoh-contoh
kemahiran berfikir secara KREATIF: mencipta analogi menjana dan
menghasilkan idea baru mencipta metafora,
KONSEP BERFIKIR Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini
membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan
masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey ( 1910 ) menegaskan
:- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi
keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti
psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan
menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut
pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan
tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini
diperolehi melalui tafakur. Berdasarkan pandangan dan definisi yang
dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : Pemikiran
ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul
dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan
keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses
yang dialami.
PROSES BERFIKIR Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental
tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis
iaitu : Operasi Kognitif- adalah kemahiran berfikir yang sering
kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat
urutan dan lain-lain. Operasi Meta kognitif- merupakan operasi yang
mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu
dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara
komponen-komponen berfikir.
Soalan pertama (a)
Berdasarkan artikel tersebut, kenalpasti usaha-usaha strategik
dalam sistem pendidikan untuk membentuk rakyat Malaysia yang
cemerlang dan berkualiti.
Usaha-usahastrategik
USAHA-USAHA STRATEGIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MEMBENTUK
RAKYAT MALAYSIA YANG CEMERLANG DAN BERKUALITI
Berdasarkan artikel CABARAN DAN HARAPAN DALAM MENGHADAPI ALAF
BARU sistem pendidikan di negara ini telah mengariskan beberapa
usaha yang dapat dilakukan bagi merealisasikan hasrat kerajaan
dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu menghadapi sebarang
perubahan yang berlaku di peringkat globalisasi, serta dapat
melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai kebolehan menguasai
teknologi maklumat serta berfikiran kreatif serta
inovatif.Keghairahan kerajaan dalam membangunkan modal insan
berteraskan prinsip masyarakat madani yang berlandaskan
keseimbangan rohaniah serta intelektual bagi melahirkan masyarakat
yang cemerlang dan berkualiti diterjemahkan melalui usaha-usaha
strategik dalam sistem pendidikan. Berikut merupakan usaha
strategik yang telah digariskan oleh kerajaan yang akan
dilaksanakan oleh sistem pendidikan negara ;Yang pertama ialah,
pembinaan budaya ilmu. Ilmu merupakan antara faktor penting dalam
melahirkan sesebuah masyrakat yang mantap serta mempunyai pemikiran
yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara. Ilmu juga memisahkan
jurang pemikiran kolot yang membelungi masyarakat serta membawa
suatu perubahan dalam kehidupan yang menaikkan martabat serta nilai
negara bangsa itu sendiri.Pembinaan budaya ilmu yang terancang
mampu melahirkan generasi muda yang mampu menyaingi arus
globalisasi serta cabaran masa hadapan yang menuntut kebijaksanaan
individu sebagai suatu aset yng bernilai. Jatuh bangun sesebuah
negara bergantung kepada pengurusan budaya ilmu yang di terap oleh
para pendidik serta ketetapan yang dilakukan oleh pihak
kerajaan.
Pembudayaan masyarakat Malaysia, kunci usaha-usaha strategik
yang seterusnya. Kemajuan yang dikecapi tidak akan di nilai
harganya sekira masyarakat yang lahir melaluinya tidak mampu untuk
menyumbang kepada pembangunan sosial budaya yang terurus dan
terlindung daripada anasir-anasir negatif yang meruntuhkan nilai
akhlak serta menyubang kepada keruntuhan sesebuah negara. Oleh itu,
kerajaan menyarankan pembinaan masyarakat madani yang mampu membawa
kepada perkembangan ekonomi dan industri yang di selangi dengan
keseimbangan sosial,rohani,kekuatan jiwa, dan kebudayaan yang
terpelihara. Kemajuan yang dikecapi seiring dengan ketinggian
akhlak serta budi pekerti membawa kepada kejayaan membina sebuah
tamadun yang kukuh serta gemilang. Sistem sosial yang teratur serta
berlandaskan konsep moral yang digariskan mampu melahirkan insan
yang mempunyai keperibadian luhur dan berkeyakinan dalam menyumbang
idea-idea bernas bagi pembangunan negara.Isi yang seterusnya
menjurus kepada usaha-usaha kerajaan dalam memantapkan peranan
pendidik sebagai medium bagi melancarkan saranan kerajaan dalam
melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang dan berkualiti. Para
pendidik dan guru-guru pelatih akan dilengkapkan dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi melahirkan pelajar-pelajar
yang berkualiti serta mampu membawa perubahan kepada kemajuan
negara.Pelaksanaan Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada
usaha kerajaan dalam membentuk masyarakat berkualiti dan mampu
berdaya saing.Keupayaan tenaga pendidik memainkan peranan penting
dalam kemajuan sesuatu bangsa. Warga pendidik bertanggungjawab
dalam menerapkan budaya ilmu yang melibatkan penggunaan teknologi
maklumat serta perkomputeran, kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif, kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang
luwes, penerapan nilai-nilai murni serta pengguasaan pengetahuan
dan kemahiran industri. Secara tidak langsung dapat dilihat bahawa
peranan seorang pendidik dalam membantu menyumbang kepada
pembangunan sesebuah negara adalah teramat besar nilai dan
harganya.
Akhir sekali, warga pendidik juga bertanggungjawab dalam
pembentukan masyarakat madani. Pembentukan rohaniah serta
nilai-nilai murni hendaklah diterapkan semasa proses pembelajaran
dan pengajaran berlangsung supaya konsep bagi melahirkan masyarakat
madani tercapai. Secara ringkasnya, dapat dikenal pasti usaha-usaha
strategik kerajaan dalam sistem pendidikan bagi membentuk sebuah
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan berkualiti adalah seperti
berikut ; Pembinaan budaya ilmu. Pembudayaan masyarakat Malaysia.
Pelaksanaan Sekolah Bestari. Peranan pendidik Bertanggungjawab
dalam menerapkan budaya ilmu. Bertanggungjawab dalam pembentukan
masyarakat madani.
Soalan kedua (b)
Berdasarkan usaha-usaha itu, huraikan cara-cara yang dapat
dilakukan untuk mencapai impian tersebut. Gunakan borang pengurusan
grafik yang sesuai bagi menjelaskan cara-cara itu mengikut gaya
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bahan-bahan
sokongan/bukti amat digalakkan.
PENGURUSANGRAFIK
Pembinaan budaya ilmu Kewujudan sesuatu keadaan di mana
masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak dengan
aktiviti keilmuan di setiap kesempatan, di mana segala tindakan
adalah berdasarkan ilmu pengetahuan.
ICT. Pengunaan teknologi maklumat sebagai medium pengajaran di
dalam kelas.
TV pendidikan. Untuk kegunaan guru-guru dalam membantu
melancarkan proses pengajaran.
Pusat sumber bergerak. Membantu menyemaikan sifat suka
membaca.
karnival buku. Diadakan secara percuma bagi mengalakkan minat
terhadap buku.
Cara-cara Perlaksanaan
Perlaksanaan sistem sosial yang cekap serta tidak memilih bulu,
adil dan saksama. Serta perlaksanaan pemerintahan mengikut
undang-undang.
Mengaplikasikan kurikulum persekolahan dalam menangani masalah
sosial yang melibatkan remaja amnya.
Masyarakat yang terbina berlandaskan cirri-ciri masyarakat
madani.Masyarakat yang terbina di atas prinsip-prinsip moral yang
menjamin keseimbangan dan kestabilan masyarakat.Pembudayaan
Masyarakat Malaysia
Memahami psikologi pembelajaran
Celik IT
Boleh bekerjasama dan berkeyakinan. Mahir dan
berketerampilan.
Menguasai subjek serta kurikulum.
Memahami dan menyayangi murid
memiliki kemahiran kaunselingPeranan pendidik
Memantapkan sistem pendidikan yang meliputi pelbagai aspek.
Memperkasakan sekolah kebangsaan.Meningkatkan keupayaan
guru-guru dalam menguruskan teknologi maklumat.memberikan latihan
sempurna kepada guru-guru pelatih.
Perlaksanaan Sekolah Bestari
Mendorong perkembangan individuSistem sosial yang
cekapMengamalkan sikap terpuji
Suatu sistem sosial yang subur yang di asaskan kepada prinsip
moral yang menjamin kebebasan perseorangan dengan kestabilan
masyarakat.
Membentuk Masyarakat Madani
SEMBILAN CABARAN KE ARAH WAWASAN 2020 Cabaran Pertama adalah
membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung
masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa ini mestilah
sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok
etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan
rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap
bangsa tersebut. Cabaran Kedua adalah melahirkan sebuah masyarakat
Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan
dirinya sendiri, bangga akan keadaan kini dan segala sesuatu yang
telah dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam
rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat
mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan
dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua
bangsa lain. Cabaran Ketiga yang sentiasa kita hadapi adalah
cabaran membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis
yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang
unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi
oleh negara-negara membangun lainnya. Cabaran Keempat adalah
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Cabaran Kelima
yang terus menerus kita hadapai adalah membentuk sebuah masyarakat
matang yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap warga
bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya
bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta
kepercayaan agamanya masing-masing tanpa merasa tersisih daripada
bangsa tersebut. Cabaran Keenam adalah membentuk sebuah masyarakat
yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan berpandangan
jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang
terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa
hadapan. Cabaran Ketujuh adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi
yang berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih
mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan
rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada
sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Cabaran Kelapan adalah
menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil
lagi saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh
setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi
terdapat penentuan fungsi ekonomi yang berdasarkan kaum dan
pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang
tertentu. Cabaran Kesembilan adalah membentuk sebuah masyarakat
yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan,
bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan. 1.0
SENARIO MASYARAKAT MALAYSIA ABAD KE 21 Usaha-usaha untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing dan berdaya maju
digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat
industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai
keperibadian sendiri. Dalam pembangunan sebuah negara yang maju,
masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju,
pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang
memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai
bidang sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan,
peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan
ini secara bersepadu mengembeling fikiran, tenaga dan usaha untuk
membangun Malaysia menjadi sebuah negara maju. i. Sains dan
Teknologi Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi
tinggi dan berfungsi sebagai negara pengeluar. Pelbagai barangan
dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkan dan dipasarkan
peringkat antarabangsa. Untuk tujuan ini sudah pasti kita
memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan
inovatif. ii. Teknologi Maklumat Keadaan dunia abad ke 21 akan
semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru serta maklumat yang
sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat menjadi
paling hebat apabila high performance communication digabungkan
dengan high performance computing. Melalui penggunaan pelbagai alat
dan perkakasan hasil kemajuan teknologi seperti digital teknologi.
World Wide Webs dan Internet. Kita dapat mencapai, menyimpan,
mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan cepat dalam masa
yang singkat. iii. Pasaran dan Industri Pembangunan negara banyak
bergantung kepada keteguhan ekonominya. Bidang perniagaan,
perusahaan dan perdagangan akan berkembangan daripada bentuk
pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat
dunia antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan
keusahawanan memang satu keperluan yang sangat penting bagi
mencapai produktiviti negara. iv. Modenisasi Proses modenisasi
mempunyai koordinasi dan implikasi ke atas idea, pemikiran, sistem
nilai, world view, dan budaya masyarakat dan negara. Masyarakat
Malaysia akan menjadi bertambah kompleks dan menghadapi pelbagai
masalah sosial. Keganasan, penganiayaan, jenayah intelektual dan
jenayah kolar putih, masalah penyelewangan agama dan ketaatsetiaan
negara. Negara memerlukan ahli fikir termasuk ahli-ahli fikir dalam
bidang agama untuk membantu mengatasi masalah soasial dalam negara
maju. 2.0 PERANAN PENDIDIKAN Secara umumnya sistem pendidikan boleh
dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan
sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedakan tenaga kerja
yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk
menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut
lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan
formal, diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi
eprtumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. 2.1 Peranan Pendidikan
Terhadap Individu i. Membentuk Ciri-Ciri Sosial Individu Pendidikan
memainkan epranan penting untuk membentuk kesedaran : kekeluargaan
komuniti dan masyarakat kebangsaan kejiranan organisasi serantau
dan antarabangsa ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu
Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk rakyat
yang sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya
saing, dan daya juang dari segi aqidah dan ilmu. iii. Membentuk
Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang Sistem pendidikan
diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk akhlak/etika
berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik
mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka juga
hendaklah boleh menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai
kebudayaan kebangsaan. iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan
Berkemahiran Tinggi Sistem pendidikan negara diharapkan dapat
mengeluarkan individu yang boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya
dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan juga diharapkan
dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik, sains dan
teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan
kemahiran.
2.2 Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakat i. Sumber Kemahiran
dan Ketrampilan Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu
sahaja tidak mencukupi untuk sebuah masyarakat menjalani kehidupan
yang sempurna. Setiap ahli masyarakat perlu mahir dan
berketrampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. ii.
Sumber Kebudayaan dan Ilmu Sekolah memainkan peranan yang penting
bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu bangsa kepada generasi
berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan
budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah.
Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh
institusi keluarga. Dalam abad ini masyarakat telah menjadi lebih
maju menyebabkan kebanyakan ibu bapa telah terperangkap dalam arus
mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup masa untuk
memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak. iii. Sumber
Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai Sepanjang sejarah kehidupan
manusia, mereka tidak pernah lepas daripada sesuatu kepercayaan dan
sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari jawapan bagi
persoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia tersesat
dalam memberikan jawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka.
Dengan kesesatan itu mereka akan membinasakan diri dan masyarakat
mereka. Di sinilah peranan pendidikan menjadi penting bagi memberi
petunjuk dan panduan yang benar. iv. Menyediakan Tenaga Manusia
Untuk Alam Pekerjaan Pada masa kini dan pada masa akan datang
terdapat pelbagai jenis pekerjaan. Lebih maju sesuatu masyarakat
maka lebih banyajk jenis pekerjaan yang wujud. Tenaga manusia
pelbagai peringkat pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi
jawatan pekerjaan yang sesuai. Dengan wujudnya kepelbagaian
pelajaran individu akan terdorong untuk (kerap) bertukar pekerjaan.
v. Pusat Penjagaan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak Dalam dunia
perindustrian yang bertambah maju, semakin ramai ibu bapa terpaksa
menumpukan banyak masa untuk pekerjaan masing-masing. Tambahan pula
terdapat ibu dan bapa terpaksan bekerja. Dengan ini sekolah akan
memainkan peranan yang tersirat iaitu sebagai pusat penjagaan
kanak-kanak, remaja dan belia. Untuk ini peranan persekolahan
mestilah suatu tempat yang selesa, mengembirakan dan dapat memenuhi
naluri proses perkembangan kanak-kanak menjadi dewasa.
RUJUKAN
LAMAN
WEB1.http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/10kbkk1.pdf2.http://members.tripod.com/~MUJAHID/kbkk.html3.http://mahirkbkk.tripod.com/4.http://mahirkbkk.tripod.com/masalah.ht5.http://www.smkintan.edu.my/sukatan/huraian/hsp_sc_f4.pdf
BUKU1.Cipta Idea Baru Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif
&inovatif, Mohd Azhar Abd Hamid,Othman A.Kassim,Muhammed Fauzi
Othamn,PTS Publication&DistributorsSdn.Bhd,Cetakan Kedua
2005,m/s 153-154.
LAMPIRAN
2.0 Definisi Pemikiran " Pemikiran ialah proses menggunakan
minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai
pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang
wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang
dialami. "6.0 Jenis Kemahiran Berfikir- pelbagai jenis kemahiran
berfikiranalitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik,
pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif,
kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.- secara amnya KB
dibahagikan kepada 2 domain utama: KB secara kritis KB secara
kreatifKB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan
minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea,
meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah "contoh KB kritis : banding beza membuat kategori
teliti bahagian kecil dan keseluruhan membuat sekuens menerang
sebab membuat ramalan usul periksa andaian membuat inferens
mengesahkan sumber maklumatKB secara kreatif = " kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan
sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak, idea atau gagasan "contoh KB kreatif : menjana dan
menghasilkan idea yang pelbagai mencipta analogi mencipta metafora-
kemahiran-kemahiran lain: kemahiran membuat keputusan kemahiran
menyelesaikan masalah
DefinisiDefinisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih
dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang
berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza,
namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa
pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Dapatlah dirumuskan
bahawa:Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea
atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi
dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Jenis-Jenis Kemahiran BerfikirApakah komponen utama kemahiran
berfikir (KB)? Komponen utama KBKK: Berfikir secara kritis,
Berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan
yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran
berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana
dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar
biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak,
idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan
penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen
itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan
membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan
sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian,
membuat inferens Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta
analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora,
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara
kritis dan komponen berfikir secara kreatif.
Pendekatan Pengajaran dan PembelajaranSains
EksperimenEksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan
dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan
untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedahsaintifik
digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan
kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan
eksperimen adalah seperti yang berikut:Mengenal pasti
masalah.Membuat hipotesis.Merancang eksperimen:- Mengawal pemboleh
ubah.- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan.- Menentukan
langkah menjalankan eksperimen,kaedah mengumpulkan data dan
menganalisis data.Melakukan eksperimen.Mengumpulkan
data.Menganalisis data.Mentafsirkan data.Membuat kesimpulan.Membuat
pelaporan.Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada
eksperimen yang di bimbing oleh guru, murid diberipeluang mereka
bentuk eksperimen iaitu mereka sendiri yang merangka cara
eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur
dan bagaimana menganalisis data sertabagaimana membentangkan hasil
eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara
bersendirian atau secara kumpulan kecil.PerbincanganPerbincangan
adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat
berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan,
murid perlu mempunyai fikiranterbuka untuk menerima pendapat orang
lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan
eksperimen, projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data,
simulasi,penggunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah
dan lain-lain. SimulasiSimulasi adalah aktiviti yang dijalankan
menyerupai yang sebenarnya. Simulasi boleh dilaksanakan melalui
main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam mainperanan,
murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan
beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai
peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermainuntuk mempelajari
sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan.
Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.
Murid dapatmembayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami
konsep dan prinsip yang dipelajari.
LawatanPembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti
zoo,muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan
kilangboleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,menyeronokkan
dan bermakna. Untuk mengoptimumkanpembelajaran melalui lawatan, ia
mesti dirancang secara rapidi mana murid perlu menjalankan aktiviti
atau melaksanakantugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas
lawatan perludiadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan
dalamtajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.
http://mahirkbkk.tripod.com/Kemahiran berfikir adalah kecekapan
menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang
memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun
maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah
dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan
manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah
dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey ( 1910 ) menegaskan :-
Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan
atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal
dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan
masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam,
berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak
manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui
tafakur.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep
Pemikiran bolehlah dirumus sebagai : Pemikiran ialah satu proses
yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian
terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan
menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan
serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang
dialami.
PROSES BERFIKIR
Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam
minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. Operasi Kognitif- adalah kemahiran berfikir yang sering kita
gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan
dan lain-lain.ii. Operasi Meta kognitif- merupakan operasi yang
mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu
dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara
komponen-komponen berfikir.
PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi
semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika
inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat
manafaatnya. Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila
kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga
perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Tentukan tujuan kita berfikir dan
sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang
diharapkan. Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain
serta diri sendiri sewaktu berfikir. Kita perlu memikirkan
alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik.
Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita
tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar.
Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya
mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
v Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.- Teori Robert Sperry
menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya
berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara
kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang
tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang
berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik
dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir
dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di
samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.Berdasarkan huraian di
atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis
dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah
dikembangkan.
v Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.- Howard
berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam
fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;
i. Kecerdasan linguistikii. Kecerdasan logical-matematikiii.
Kecerdasan visual-Spatialiv. Kecerdasan muzikv. Kecerdasan tubuh
kinestetikvi. Kecerdasan interpersonalvii. Kecerdasan
intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan
dapat diajar di sekolah-sekolah.
v Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.- Beliau merupakan tokoh
Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu
kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan
semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada
hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu
ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).Ilmu Naqli atau
ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui
untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.Ilmu Aqli
merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau
mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan
seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang
sesuatu yang boleh difikirkan.
v Teori Konstruktivisme- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan
tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda
berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan
gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik
pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori
Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses
saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran
pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara
aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan
pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif
disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah
dan mengawal proses kognitif tersebut.
REFLEKSI
Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah dan berasa amat
gembira senang hati kerana dapat menyiapkan tugasan kerja khusus
pendek iaitu Kemahiran Berfikir yang telah diberikan oleh pensyarah
saya iaitu Puan Rashinawati. Tugasan diberikan secara berpasangan.
Saya telah memilih Tinagaran untuk menjadi pasangan saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Saya diberikan masa selama seminggu untuk
menyiapkan tugasan ini. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini,
banyak masa kami dihabiskan dengan mencari bahan-bahan rujukan dan
maklumat-maklumat terutamanya sumber yang didapati dari pusat
sumber IPRM serta mencari maklumat di internet.
Dalam menyiapkan tugasan ini, kami banyak merujuk maklumat
melalui buku- buku ilmiah. Di sini saya mencuba sedaya upaya saya
memahami setiap soalan tugasan dan mencari maklumat yang berkaitan
dengan skop soalan yang diberikan. Dalam proses menyiapkan tugasan
ini, saya tidak terlepas daripada belenggu bebanan tugasan yang
lain serta tumpuan saya terhadap kerja khusus yang lain termasuk
tugasan tugasan lain yang diberikan oleh pensyarah dan ini
membuatkan diri saya dan pasangan saya mencari masa yang sesuai
untuk kami bersama sama menyiapkan tugasan Kemahiran Berfikir
ini.
Walau bagaimanapun, saya senang hati kerana dapat berkongsi idea
serta pendapat dan berbincang berkaitan dengan tugasan ini bersama
pasangan saya kerana tugasan menjadi lebih mudah melalui
perbincangan yang diadakan bersama. Tidak lupa juga kepada
pensyarah kami iaitu Puan Rashinawati yang banyak memberikan tunjuk
ajar dan dorongan kepada kami sekelas dalam menghasilkan tugasan
ini.
Saya berasa sangat gembira semasa menyiapkan tugasan ini. Ini
disebabkan kami berpeluang untuk menghasilkan peta minda sendiri
sebanyak dua peta minda yang mempunyai corak dan bentuk yang
berlainan yang mempunyai tema yang berbeza. Ini merupakan
pengalaman saya menghasilkan peta minda dengan corak dan bentuk
yang sedemikian. Kami berasa sangat teruja. Walaupun pada mulanya
saya agak runsing memikirkannya, namun saya berasa senang hati
dapat mencipta peta minda dengan baik.
Selain itu, tugasan ini sangat mencabar kerana saya terpaksa
menganalisis petikan yang diberikan dan seterusnya maklumat yang
diperolehi dimasukkan dalam peta minda yang dicipta. Tetapi saya
dan pasangan saya sering berbincang dan menangani kesukarannya
bersama. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya melaksanakan tugasan
yang diberikan dengan baik.
Akhir sekali, tugasan ini memberi banyak kebaikan kepada diri
saya kerana saya dapat memantapkan kemahiran berfikir saya dengan
lebih baik. Saya berharap dapat memanfaatkan pengetahuan ini kepada
generasi yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Muhammad bin Razali 900629-03-5213 PEMULIHAN
(BM)/MT/BI
20