ARTIKEL 1Sunday, September 2, 2012Guru Penjana Tranformasi
Pendidikan.Tajuk Artikel : Guru Penjana Transformasi Pendidikan
Negara Oleh : Nurul Farhana Bt Faidzul Adzhar
Berdasarkan artikel yang telah saya analisis yang bertajuk
Peranan Guru Jana Transformasi Pendidikan oleh Mohd Fadzly Bin Mohd
Izab, dapat saya simpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sahaja
berperanan sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur
perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen
perubahan. Gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk
menjana transformasi pendidikan Negara demi melahirkan modal insan
yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan
misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat
iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah
Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.Tunjang utama
dalam pembangunan sumber manusia, berkait dengan sistem pendidikan
Negara. Bagaimana sebuah Negara akan membangun sekiranya sumber
manusia yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mempunyai tahap
pendidikan yang baik. Seperti yang dinyatakan di dalam Akta
Pendidikan 1996, pendidikan itu sendiri bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
sendiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara. Sehubungan dengan itu, tema hari
guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan
Negara adalah sangat sesuai bagi pendapat saya kerana tanggungjawab
guru itu sendiri yang bertindak sebagai pencetus dan penggerak
kepada transformasi sistem pendidikan Negara dalam usaha melahirkan
generasi yang berintelek dan mempunyai jati diri yang teguh. Tetapi
bagaimanakah peranan guru untuk menjadi penjana kepada trasnformasi
pendidikan Negara? Seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang
telah disebut tadi, Kementrerian Pelajaran telah merencanakan
pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan
proses dan pengendalian sesi pembelajaran dan pengajaran di
sekolah. Pendidikan itu sendiri bersifat dinamik dan sentiasa
berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut arus peredaran zaman.
Jadi, Kementerian Pelajaran harus merangka dasar-dasar baru bagi
memastikan sistem pendidikan Negara kita tidak ketinggalan jauh ke
belakang dari Negara-negara moden yang lain. Pendemokrasian
pendidikan dilihat merupakan salah satu langkah yang diambil oleh
Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk memantapkan sistem
pendidikan di Negara kita kepada tahap yang lebih baik. Di sinilah
peranan guru dilihat sangat penting bagi merealisasikan
pendemokrasian pendidikan ini terutama kepada murid-murid dan pihak
ibu bapa kerana gurulah yang bertindak sebagai agen penghubung di
anatara masyarakat dengan dunia pendidikan yang sebenar. Menurut Ee
Ah Meng (1997), pendidikan merupakan satu usaha sistematik yang
disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk
menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya
serta usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang
berlaku dalam diri manusia manakala demokrasi pula diertikan
sebagai kesamaan atau keserataan. Berdasarkan definisi yang
diberikan ini, dapat dijelaskan bahawa konsep pendemokrasian
pendidikan ialah suatu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
masyarakat secara total atau menyeluruh tanpa mengira aspek sosial
sesuatu masyarakat dalam usaha untuk memperkembangkan potensi
individu. Jelaslah di sini bahawa tidak seharusnya wujud
diskriminasi berkaitan pendidikan bagi setiap individu dan
masyarakat kerana peluang pendidikan harus diberikan secara total
dan adil kepada setiap individu. Namun begitu, pendemokrasian
pendidikan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai kerana
pada awalnya, sistem pendidikan di Negara kita sendiri bermula
daripada sistem pendidikan penjajah yang diasaskan mengikut
kumpulan-kumpulan suku kaum yang berpecah belah dari segi kumpulan
etnik, bahasa dan kebudayaan.Menurut Haris Md Jadi (1990),
perkembangan pendidikan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan
adalah mengikut corak demografinya sebagaimana yang dicerminkan
oleh kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat dalam masyarakat.
Sebelum pendidikan sekular diperkenalkan, pendidikan orang-orang
Melayu adalah berorientasikan keagamaan dan tumpuan adalah pada
pengajaran al-Quran. Pada peringkat awal usaha British untuk
memperkenalkan pendidikan telah mendapat tentangan daripada
penduduk tempatan. Di Pulau Pinang misalnya, pada peringkat awal
usaha ini diperkenalkan, telah mendapat tentangan yng hebat
daripada masyarakat di Pulau Pinang kerana mereka beranggapan
bahawa sistem pendidikan tersebut bertentangan dengan agama Islam.
Hanya apabila rundingan dibuat, masyarakat setempat bersetuju
apbila persetujuan di antara pihak British dibuat dengan berjanji
untuk mengajar Al-Quran di sekolah. Selain itu, matlamat pendidikan
penjajah Inggeris adalah selaras dengan proses pemasyarakatan
mereka. Mereka melatih golongan orang Melayu bukan sahaja secara
terasing daripada masyarakat penjajah, tetapi juga daripada
masyarakat kampungnya. Persekolahan penjajah telah memasyarakatkan
orang Melayu ke dalam dua aliran yang berbeza dari segi nilai-nilai
dan norma-norma masyarakat Melayu itu sendiri. Pertama, orang
Melayu dari sekolah Inggeris yang mempunyai nilai-nilai dan bahasa
yang asing daripada masyarakat tempatan dan kedua ialah orang
Melayu dari sekolah Melayu yang terasing daripada masyarakatnya
sendiri oleh kerana mereka telah dimasyarakatkan oleh penjajah
British dengan nilai melayu mengikut tafsiran penjajah Inggeris itu
sendiri tanpa mengambil kira nilai masyarakat Melayu yang
sebenarnya. Bagi orang-orang bukan Melayu seperti Cina dan India
pula, keadaan mereka lebih runcing dan inilah yang membawa kepada
pemasalahan-pemasalahan politik pada hari ini. Orang bukan Melayu
yang menghadiri sekolah Inggeris telah melalui kurikulum yang tidak
berteraskan Tanah Melayu. Di sekolah, mereka menerima pendidikan
yang berbeza dengan norma-norma dan nilai-nilai masyarakat tempatan
menyebabkan mereka tidak dimasyarkatkan dengan nilai-nilai dan
norma-norma masyarakat bukan tempatan.Selapas Negara mencapai
kemerdekaan, sistem pendidikan yang baru mula diperkenalkan bagi
mengubah sistem pendidikan yang diperkenalkan pada zaman penjajahan
Inggeris yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak Negara itu
sepenuhnya. Secara perlahan-lahan, kerajaan mula menyepadukan
sistem pedidikan Negara dan memberikan hak pendidikan yang sama
rata kepada setiap kaum tanpa mengira latar belakang dan taraf
sosial melalui reformasi pendidikan bermula dengan Penyata Razak
(1956) bagi meningkatkan persepaduan antara kaum dan megelakkan
perpecahan di kalangan kaum di Malaysia. Beberapa perubahan dalam
sistem pendidikan telah dilakukakan malalui Penyata Razak melalui
penubuhan Jawatankuasa Pelajaran oleh Menteri Pelajaran pada waktu
itu iaitu Y. B. Dato Tun Abdul Razak Hussein dan cadangan-cadangan
yang disyorkan di dalam Penyata Razak ini telah dimaktubkan di
dalam Ordinan Pelajaran 1957. Secara kesleuruhannya,Penyata Razak
lebih tertumpu kepada usaha untuk memupuk perpaduan di kalangan
kaum melalui pendidikan dan memberikan kesamarataan peluang
pendidikan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Tujuan
Penyata Razak seperti yang dinyatakan ialah bagi mengeratkan
perpaduan kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di
Tanah Melayu. Tujuan seterusnya ialah untuk menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar di sekolah. Dengan menetapkan satu bahasa utama di setiap
jenis sekolah di Malaysia, sekaligus dapat memupuk perpaduan di
kalangan setiap kaum melalui satu sistem bahasa yang sama. Selain
itu, tujuan Penyata Razak ialah bagi mengembangkan sistem
pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.
Setiap kaum harus diberi peluang pendidikan yang sama rata kerana
setiap kaum berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan
saksama tanpa mengira latar belakang dan status sosial sesuatu kaum
tersebut. Seterusnya ialah menyediakan kemudahan pendidikan yang
mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih,
liberal dan progresif. Kemudahan pendidikan yang mencukupi sangat
penting bagi melahirkan sumber manusia yang bertaraf tinggi.
Bagaimana sumber manusia yang baik dapat dilahirkan sekiranya
mereka diberi peluang pendidikan hanya dengan menggunakan kemudahan
yang tidak berkualiti. Selain itu, tujuan yang dilihat tidak kurang
penting di dalam Penyata Razak ini ialah mewujudkan sistem
pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Ini bermaksud, organisasi
yang memegang tampuk kepimpinan itu sendiri seharusnya lebih cekap
di dalam merangka dan melaksanakan pelan-pelan pendidikan di Negara
ini bagi memastikan kualiti sistem pendidikan di Negara kita berada
pada tahap yang berkualiti. Selepas itu, Akta Pendidikan 1996 telah
digubal sebagai lanjutan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang
dilihat lebih memberi fokus kepada setiap aspek di dalam usaha
untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan berseuaian dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat
kecemerlangan pendidikan yang bekualiti. Menurut Ibrahim Saad
(1990), Akta Pendidikan ini merupakan kesinambungan kepada Penyata
Razak yang menjadi asas kepada dasar pendidikan Negara kita di mana
skop yang dinyatakan lebih jelas dan terperinci kepada lebih banyak
aspek di dalam pendidikan. Selain itu, Akta Pendidikan yag digubal
ini merupakan satu persediaan awal ke arah menghadapi cabaran
pendidikan pada peringkat akan datang yang lebih mencabar dan
memerlukan persaingan yang kuat bagi memastikan sistem pendidikan
di Negara kita setaraf dengan Negara-negara lain. Dilihat Akta
Pendidikan ini lebih mementingkan kesamarataan hak dan peluang
pendidikan kepada semua kelompok masyarakat tidak kira perbezaan
kaum dan juga etnografi masyarakat tersebut. Ini terbukti apabila
selain menjaga kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama, bahasa ibunda iaitu Bahasa Cina dan Bahasa India turut tidak
ketinggalan apabila pengajaran bahasa ibunda boleh dijalankan di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan apabila jumlah
permintaan ibu bapa melebihi 15 orang jika didapati munasabah dan
praktikal. Jelas di sini bahawa, bukan sahaja bahasa Melayu diberi
keutamaan bahkan bahasa ibunda bagi kaum lain iaitu Bahasa Cina dan
Bahasa India turut tidak ditindas. Bahkan, bahasa bagi kaum asli
turut tidak terkecuali apabila ia turut boleh diajar di sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan apabila permintaan daripada
ibu bapa melebihi daripada 15 orang dan apabila ia didapati
munasabah dan praktikal. Selain itu, kedudukan peluang pendidikan
bagi murid-murid berkeperluan khas dilihat lebih jelas dan ternyata
mereka juga diberi hak untuk menerima peluang pendidikan yang sama
dengan murid-murid yang lain iaitu dengan membolehkan mengadakan
pendidikan khas di sekolah-sekolah khas atau di mana-mana sekolah
rendah atau menengah. Peluang pendidikan bagi murid berkeperluan
khas seharusnya tidak dipandang remeh kerana mereka juga merupakan
salah satu sumber pembangunana Negara. Pendidikan awal kanak-kanak
juga tidak dilupakan bagi membantu keluarga yang kurang berada
untuk menghantar anak mereka mendapat pendidkan peringkat awal di
peringkat tadika apabila adanya peruntukan yang membolehkan Menteri
pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika selain mutu program
pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana
tadika-tadika ini diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementeian Pendidikan. Dengan
pelaksanaan Akta Pendidikan ini, walaupun lebih berfokus untuk
menyepadukan kaum dan memupuk perpaduan, ia juga dilihat membawa
kepada kesamarataan hak bagi setiap lapisan masyarakat untuk
mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Berdasarkan apa yang
dikupas berkaitan Akta Pendidikan di atas, dapat dilihat secara
jelas bahawa setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan
status sosial yang berbeza diberikan peluang yang sama untuk
mendapat peluang pendidikan untuk memajukan diri serta menjadi
sumber kepada pembangunan ekonomi Negara yang berkualiti. Jika
dilihat berdasarkan dasar pendidikan dan akta pendidikan yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan, proses transformasi pendidikan bukanlah
sesuatu yang baru. Sejak dari era selepas kemerdekaan lagi
dasar-dasar pendidikan sering berubah dari masa ke semasa atau
mengalami proses transfomasi selaras dengan perubahan zaman masa
kini. Berbalik kepada tajuk artikel yang dinyatakan di atas iaitu
Guru Jana Traansformasi Negara, jelas menunjukkan bahawa peranan
guru dan tanggungjawab guru itu sendiri sangat penting di dalam
menjana transformasi pendidikan negara. Di dalam konsep
pendemokrasian pendidikan ini juga, guru perlulah berdiri di
barisan hadapan sebagai pemangkin kepada usaha untuk menjadikan
sistem pendidikan di Negara kita sama rata kepada semua masyarakat
tanpa mengira kaum dan agama. Terdapat pelabagai isu dan cabaran di
dalam usaha untuk memastikan pemdemokrasian pendidikan ini dapat
dilaksanakan dan dicapai secara total dan berkesan. Selain melalui
dasar-dasar kerajaan yang telah dilaksanakan dan melalui
reformasi-reformasi pendidikan yang telah terlaksana, beberapa
pendekatan juga telah diambil di dalam usaha untuk menjayakan dan
memantapkan lagi pendemokrasian pendidikan ini. Pendidikan Untuk
Semua dilihat sebagai suatu pendekatan untuk memberi peluang
pendidikan secara adil dan saksama dan sudah tentu tertumpu kepada
masyarakat di kawasan luar Bandar serta kawasan-kawasan pedalaman
Semenanjung serta Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan-kawasan
yang dilihat sebagai kawasan miskin di bandar-bandar. Melalui aspek
pendekatan Pendidikan Untuk Semua ini, pendemokrasian pendidikan
memerlukan pengagihan kewangan dan sumber secara adil dan saksama
dengan memberi penumpuan kepada kawasan-kawasan yang disebut tadi.
Jelas di sini bahawa sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah
menindas dan mengabaikan mana-mana golongan masyarakat untuk
mendapat peluang pendidikan yang berkualit. Seperti yang diketahui,
kerajaan telah menyediakan pendidikan percuma bagi meringankan
beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak
mereka ke sekolah. Di dalam usaha pendemokrasian pendidikan ini,
bantuan lain yang diberikan ialah seperti menyediakan Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT) bagi semua murid. Jika sebelum ini hanya golongan
yang kurang berkemampuan sahaja diberikan bantuan pinjaman buku
teks, tetapi pada hari ini setiap murid diberikan kemudahan yang
sama kerana kerajaan beranggapan bahawa setiap murid berhak unutk
mendapat kemudahan yang disediakan kerana pendidikan adalah untuk
semua. Pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga dilihat salah
satu usaha pendemokrasian pendidikan. Contohnya, pembinaan sekolah
berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Cheras yang memberi
peluang kepada pelajar-pelajar dari golongan keluarga yang miskin
di luar Bandar yang berpotensi untuk mendapat peluang pendidikan
yang berkualiti. Kuota kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh
diberikan kepada pelajar cemerlang yang berasal dari keluarga
miskin bagi membela hak pelajar-pelajar ini untuk terus mendapat
peluang pendidikan yang berkualiti walaupun berasal daripada
keluarga yang miskin. Di sinilah peranan guru dilihat sangat
penting untuk memberi semangat kepada murid-murid yang datang
daripada golongan keluarga yang miskin untuk terus menuntut ilmu
dan tidak menjadikan isu kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak
meneruskan usaha mereka di dalam bidang pendidikan. Guru juga
seharusnya tidak bersifat memilih bulu iaitu kurang memberi tumpuan
kepada murid-murid yang datang dari golongan miskin dan hanya
memberi perhatian kepada murid-murid dari golongan atasan sahaja.
Situasi sebegini akan menimbilkan rasa rendah diri kepada
murid-murid tersebut dan hilang keyakinan diri sekaligus
menyebabkan mereka tidak berminat untuk terus belajar. Pada
pendapat saya juga, di dalam usaha menjana trasnformasi Negara,
kebajikan orang asli juga harus tidak dilupakan kerana murid-murid
dari golongan ini juga mampu untuk menjadi pemacu kepada
pembangunan Negara. Kemajuan sistem pendidikan Negara kita harus
lebih progresif dan mengutamakan kebajikan orang asli. Mereka juga
seharusnya sama-sama merasai kesan transformasi sistem pendidikan
Negara. Kemajuan di dalam sistem pendidikan juga harus sama-sama
dirasai oleh murid dalam kalangan orang asli ini. Statistik awal
tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman,
terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas. Pada ketika
itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian
telefon, 86.6 peratus tiak mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak
mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus tidak menerima bekalan
air paip awam. Kekuarangan kemudahan insfrastrukutr sedikit
sebanyak akan membawa kepada kemerosotan ke atas prestasi pelajar.
Hal ini tiada kaitan dengan kecerdesan pelajar, tetapi lebih kepada
corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka. Secara
keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR)
pada tahun 2000 jelas menunjukkan prestasi akademik prestasi
akademik murid luar bandar lebih rendah - dalam mata pelajaran
Bahasa melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pencapaian
murid bandar di atas tahap penguasaan minimum (A,B,C) bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris adalah 67.5 peratus berbanding murid luar
bandar iaitu iaitu 51.9 peratus. Pencapaian yang sama ditunjukkan
bagi mata pelajaran Matematik iaitu 80.5 peratus bagi murid bandar
berbanding 72.7 peratus bagi murid luar bandar. Begitu juga bagi
mata pelajaran Sains, pencapaian murid bandar ialah 81 peratus
berbanding murid luar bandar cuma 75.9 peratus.. Di sinilah dilihat
sejauh mana pendemokrasian pendidikan dapat dicapai dan tahap
perubahan pendidikan masyarakat orang asli.. Jurang pendidikan di
antara masyarakat orang asli dengan masyarakat Bandar dilihat
sangat jauh berdasarkan statisitik yang dinyatakan tadi. Namun
begitu, semakin lama jurang perbezaan di antara masyarakat orang
asli dan masyarakat Bandar dilihat semakin berkurang kerana
pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan
tahap pendidikan orang asli pada hari ini. 1. Sumber:
gurupelitailmu.blogspot.com/.../guru-penjana-tranfor...ARTIKEL 2:
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
UCAPAN YB SENATOR DR MASHITAH IBRAHIMTIMBALAN MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERIGURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARADI
PROGRAM MOTIVASI GURU MUDASEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PARLIMEN KOTA
BHARUDI DEWAN UTAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) KOTA
BHARUKELANTANPADA 21 MEI 20111. Mulai 1 Januari 2012, guru-guru di
Malaysia akan menikmati 5 kaedah kenaikan pangkat dalam usaha
Kerajaan menambah baik skim perkhidmatan guru. Kaedah kenaikan
pangkat ini membabitkan guru biasa, guru kanan, pengetua, guru
besar cemerlang, guru wibawa dan pendeta guru.
2. Pengumuman YAB Dato Seri Najib Tun Razak minggu lepas
bertujuan mengisi kekosongan jawatan, selain memperluaskan skop
perjawatan. Dengan ini, lebih ramai guru daripada kalangan 430,000
warga pendidik seluruh negara dapat menikmati kenaikan pangkat. Ini
adalah berita baik dan hadiah istimewa Kerajaan kepada para guru
dan warga pendidik seluruh negara.
3. Sebelum ini, Kerajaan telah memperkenalkan jawatan skim Guru
Cemerlang bagi meningkatkan keupayaan guru dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Kali ini, diperkenalkan
pula Guru Wibawa dan Pendeta Guru bagi memastikan mereka yang layak
(pengetua dan guru besar) meneruskan pengajaran di sekolah, dan
tidak semestinya menjadi pentadbir sekolah.
4. Saya ada baca dalam akhbar bahawa beberapa kesatuan meminta
Kerajaan untuk mempertimbangkan beberapa cadangan lain, termasuk
insentif kepada guru sekolah rendah dan menengah, pemberian
ganjaran kepada guru berkelulusan PhD, kenaikan gred guru besar di
sekolah kurang murid dan mengujudkan beberapa jawatan baru.
Kerajaan tidak pernah sekali- kali memandang sepi jasa dan bakti
yang dicurahkan golongan pendidik. Jadi, jangan putus asa. Saya
percaya dan yakin Kerajaan akan memberi pertimbangan wajar terhadap
cadangan-cadangan yang munasabah.
5. Selama ini pun, pelbagai insentif dan inisiatif disediakan
bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.
Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, malah dibuat
secara menyeluruh tanpa garis sempadan. Insentif dan skim terbaru
yang diumumkan Perdana Menteri minggu lalu bukan sahaja sebagai
mengiktiraf dan menghargai sumbangan guru, tapi juga bertujuan
menyuntik semangat kepada semua warga pendidik untuk terus
berkhidmat dengan cemerlang dan penuh tanggungjawab. Sekali gus
berupaya memperkasa dan menjayakan transformasi pendidikan.
6. Juga signifikan ialah hakikat bahawa insentif dan skim baru
ini adalah lebih realistik dan lestari berbanding cadangan pakatan
pembangkang dalam Buku Jingga, yang mahu memberi RM500 kepada semua
guru. Jika dilaksanakan, ia membabitkan perbelanjaan yang amat
besar tanpa mengambil kira peruntukan yang perlu disediakan kepada
aspek lain seperti prasarana, penyelidikan dan pembangunan, latihan
dan sebagainya. Malah, tokoh-tokoh ekonomi berpendapat
perbendaharaan negara boleh kering jika semua cadangan dalam Buku
Jingga dilaksanakan. Inilah cara pembangkang yang bersikap populis
tapi kurang dari aspek kebertanggungjawaban.
7. Sebaliknya, konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa
dipraktikkan Kerajaan Barisan Nasional untuk membolehkan peluang
mengikuti pendidikan berkualiti dan kebajikan warga pendidikan
diambil kira secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas
geografi, gender, tahap sosio-ekonomi dan bangsa.
8. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara.
Semua mendapat hak yang adil dan saksama dalam konteks pemerolehan
ilmu. Pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan
yang terpinggir.
9. Misalnya, memperbaiki sistem pendidikan di luar bandar.
Walaupun kemampuan kerajaan dari segi membiayai semua aspek
pembangunan ada hadnya, namun peruntukan akan ditambah bagi
memastikan infrastruktur pendidikan di luar bandar akan meningkat.
Guru yang dihantar ke luar bandar juga mempunyai taraf kelayakan
dan kemahiran seperti guru di sekolah bandar.
10. Kita baru menyambut Hari Guru lima hari lalu. Tarikh16 Mei
dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh sama dalam tahun 1956,
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council) menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report
of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara.
Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, yang menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan.
11. Guru adalah komponen tenaga amat penting dalam usaha negara
mencapai tahap negara maju. Dan agenda utama di bawah sistem
pendidikan di negara kita adalah untuk menyatupadukan rakyat
berbilang kaum. Proses perpaduan ini bermula di sekolah. Sekolah
menjadi focal point bagi masyarakat majmuk negara kita
berinteraksi. Empat kaedah yang digunakan ialah semua sekolah
tertakluk di bawah sistem pendidikan kebangsaan semua murid diajar
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama kecuali di
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Di sekolah-sekolah ini,
bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib. Pengajaran
dan pembelajaran yang dilalui semua murid menggunakan kurikulum
yang sama, iaitu kurikulum kebangsaan dan semua murid menduduki
peperiksaan sama di pelbagai peringkat pendidikan. Pergaulan murid
pelbagai kaum diberi penekanan melalui program dan aktiviti
kesukanan, kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah yang
lain.
12. Tema Hari Guru tahun ini menggambarkan pentingnya peranan
guru dan pendidik untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha
melaksanakan transformasi negara ke arah melahirkan modal insan
berprestasi tinggi. Guru diharap bekerja keras dan sama-sama
membantu kerajaan dalam melaksanakan transformasi, yang akan
menuntut pengorbanan yang besar serta sikap dan minda yang sesuai
bagi memastikan matlamat tercapai.
13. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala
tuju Malaysia menjelang tahun 2020 turut menggariskan beberapa
pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan. Sasaran utama adalah
untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Pendidikan berkualiti
adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara selaras aspirasi
menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dalam Rancangan
Malaysia ke-10 dan ke-11.
14. Kementerian mengambil langkah proaktif dalam memastikan
perbelanjaan pendidikan diguna dengan cara penuh berhemah dan
memberi impak lebih berkesan terhadap kualiti, akses pendidikan dan
pembangunan modal insan yang lebih berkesan. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancar sebelum ini,
melaksanakan pelbagai inistiatif penting ke arah mencapai tahap
negara maju dan pembinaan negara bangsa.
15. Antara teras utama PIPP ialah merapatkan jurang pendidikan
dengan menyediakan akses lebih luas kepada semua warganeagara tanpa
mengira lokasi. Hari ini, Pelan Strategik 2011-2020 yang dirangka
sebagai kesinambungan PIPP adalah bertujuan memantapkan pendidikan
dengan melaksana pembaharuan dann lonjakan bagi mencapai Wawasan
2020. Matlamat kita ialah untuk memacu modal insan yang menguasai
ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki
semangat patriotisme utuh dan mempunyai daya saing yang tinggi.
16. Untuk itu, semua warga pendidik perlu menyambut perubahan
yang sedang berlaku dengan tangan terbuka dan minda yang positif
bagi memastikan semua yang direncana itu dapat dilaksana mengikut
perancangan dan menampakkan hasil dalam kualiti pendidikan
negara.
17. Tanggungjawab guru untuk melakukan transformasi atau
perubahan dalam pendidikan negara sangatlah besar. Transformasi
bermula daripada cara guru mengaplikasikan dasar pendidikan negara
secara berkesan. Mereka mesti memahami agenda transformasi yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Kefahaman ini akan membantu mereka
melakukan tindakan dan gerak kerja sesuai dengan perubahan
berlaku.
18. Transformasi pendidikan tidak akan berjaya sekiranya guru
tidak bersama- sama berusaha melakukan perubahan secara menyeluruh
daripada yang biasa kepada yang luar biasa. Semua dasar dan
pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi apa-apa makna tanpa
warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan
dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif.
Justeru, jati diri guru haruslah tinggi supaya mampu mengikuti
rentak yang dirancang oleh kerajaan di bidang pendidikan.Guru perlu
mempunyai rasa pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap
keberhasilan operasi institusi masing-masing,
19. Saya yakin para guru sekarang memiliki kemampuan dalam semua
aspek perguruan sejajar kehendak negara kerana daripada peringkat
pemilihan calon guru, latihan, fasa induksi, pembangunan
profesionalisme berterusan sehingga ke peringkat penilaian serta
pengurusan prestasi guru itu sendiri, dipastikan sentiasa berada
pada tahap tinggi.
20. Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan
panduan untuk memperkasa dan melestarikan guru berkuaiiti. SGM
menggariskan kompetensi profesional perguruan atau piawaian yang
patut dicapai guru dan keperluan yang patut disediakan agensi dan
institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap
kompetensi ditetapkan. Hasil satu soalselidik SGM yang dibuat pada
tahun 2010 menunjukkan tahap kompetensi profesional guru secara
umumnya adalah cemerlang.Syabas dan tahniah cikgu-cikgu semua !
21. Pendidikan adalah wadah utama menentukan kemajuan dan
kemakmuran negara, sekali gus menjadi peneraju dalam membangunkan
generasi pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan
berkeperibadian mulia. Sehubungan itu, pelbagai dasar dan
pembaharuan pendidikan dilaksanakan kerajaan bertujuan memantapkan
proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Matlamat akhirnya
sudah tentulah untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi
sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
22. Secara ringkasnya, peranan utama seorang guru adalah tiga.
Pertamanya, guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
anak murid. Kedua, mengajar kemahiran dan ketiga, menerapkan nilai
dan akhlak mulia dalam diri pelajar. Lantaran itu, guru yang hebat
semestinya perlu mempunyai kemahiran mengurus dalam segala aspek
duniawi serta ukhrawi secara sempurna mengikut sistem pengurusan
yang disarankan oleh ajaran Islam.
23. Ingin saya sebut konsep Tawhidik iaitu keyakinan yang
sebenar kepada Allah SWT dan mengikut contoh Rasulullah saw. Konsep
Rabbaniyyah dan Uluhiyyah merujuk kepada iman seseorang Muslim dan
melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai ibadah
dan bertaqwa kepada Allah SWT. Islam juga membawa nilai Itqaan
(kesempurnaan) yang menuntut kita bersifat amanah dan mempunyai
akauntabiliti dan integriti yang tinggi. Nilai Itqaan ini
sepatutnya menjadi budaya kerja berkualiti tinggi bagi mencapai
matlamat atau pelan transformasi yang diharapkan.
24. Nabi Muhammad saw menjelaskann nilai Itqaan ini dalam hadis
yang diriwayatkan Saiditina Aisyah r.a: Sesungguhnya Rasulullah saw
pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai
sekiranya seseorang melakukan sesuatu perbuatan secara Itqaan atau
bersungguh-sungguh (sempurna) (Riwayat al-Baihaqi)
25. Tanggungjawab dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf
bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur
perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen
perubahan. Selain pendidik, pensyarah dan tutor, guru juga bergelar
facilitator, mentor, Murabbi, Mursyid, Muaddid, Musyrif, Mudarris
dan Mualim.
26. Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan
hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan
membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan
berkualiti di dunia dan akhirat. Sesungguhnya seorang guru adalah
insan mulia kerana mereka diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan
mentarbiah masyarakat.
27. Dalam ucapannya semasa membuat pengumuman skim insentif baru
untuk guru minggu lalu, Perdana Menteri meminjam madah seorang
pujangga: Guru umpama kandil yang terang menyala, suluh cahayanya
penerang jalan, sepatah kata dijadikan pelajaran, segumpal pesan
dijadikan pedoman, ilmu dicurah mengorak alam terkembang.
28. Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata: (Guru) pemberi paling setia, tiap
akar ilmu miliknya, pelita dan lampu segala, untuk manusia sebelum
jadi dewasa. (Guru)lah ibu ,dialah bapa juga sahabat, alur
kesetiaan mengalirkan nasihat, pemimpin yang ditauliahkan segala
umat, seribu tahun katanya menjadi hikmat.
29. Rasulullah saw pernah bersabda, yang maksudnya: Sesungguhnya
perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti
bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi dalam
kegelapan sama ada di daratan mahupun lautan, apabila ia terbenam
atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.
30. Sejarah ketamadunan Islam mencatatkan guru atau ulama adalah
golongan amat dihormati oleh masyarakat dan pemerintah. Bukan
menjadi sesuatu yang menghairankan jika seorang khalifah sanggup
berjalan ke rumah seorang ulama, semata-mata untuk menuntut
ilmu.
31. Diriwayatkan juga Imam Malik pernah menolak tawaran untuk
mengajar di istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan, ilmu itu
didatangi bukan mendatangi. Kisah Imam Malik juga adalah contoh
murid yang menghormati guru. Jika ada sesuatu persoalan dikemukakan
kepadanya, ia lebih suka merujuk kepada gurunya terlebih
dahulu.
32. Beliau pernah berkata, Aku tidak mahu menjawab permasalahan
ini sebelum aku bertanya terlebih dulu kepada orang lebih alim
daripadaku. Apakah pendapatku ini lebih bertepatan dengan
kebenaran.
33. Beginilah sikap merendah diri dan rasa hormat seorang imam
dan ulama terbilang seperti Imam Malik. Begitu juga yang berlaku
kepada Imam Syafie yang amat menghormati gurunya. Beliau pernah
berkata, Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam
Malik dan Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama negeri
Hijaz ini. Saidina Ali juga pernah berkata, Barang siapa yang
mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepadaku.
34. Ringkasnya, guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak
kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha
melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati
diri kukuh serta berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai
sejagat.
35. Tugas guru dewasa ini semakin mencabar. Sebagai penjana
transformasi pendidikan negara, golongan pendidik perlu memikul
semua perancangan pendidikan yang direncanakan oleh kerajaan.
Maksudnya, semua perancangan kerajaan sebagai pembuat dasar perlu
dilaksanakan dengan sempurna supaya segala yang tersirat dalam tema
sambutan Hari Guru tahun ini dapat dicapai.
36. Pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi para
guru ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak
dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah
terutama pelajar. Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan
pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Kerana
ituah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan,
selain memahami tanggungjawab dan berikan komitmen dengan melaksana
pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
37. Kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan
tentunya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya.
Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur
penting membantu ke arah kecemerlangan pendidikan. Bagi mencapai
hasrat ini, tuntutan kepada ilmu pengetahuan berbentuk fardu ain
dan fardu kifayah diperlukan demi memenuhi tuntutan kesejahteraan
dunia dan akhirat.
38. Amalan memisahkan pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
akan melahirkan masyarakat yang tempang sekali gus menggagalkan
usaha membentuk modal insan yang gemilang. Firman Allah yang
bermaksud: Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan
dalil dan bukti) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan
malaikat serta orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga
yang demikian) tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang
Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (Surah Ali Imran:18)
39. Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4
juta pelajar. Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing
dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begini ramai. Pelajar
sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial
mereka.
40. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka
tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit dengan kegiatan samseng,
membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah,
mencuri dan gejala lain. Antara Januari dan Jun tahun ini,
kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan jenayah.
Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan
menyimpan bahan lucah, dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi
didapati ponteng dan lewat ke sekolah.
41. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun,
ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak
pantas mengenal pasti masalah atau keadaan-keadaan tertentu yang
dihadapi anak-anak mereka, serta lebih prihatin dan mengambil tahu
hal anak-anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal.
42. Bukan pelajar sahaja. Dikalangan guru juga, ada kes
mencedera pelajar, mencabul dan merogol, meminjam dengan along,
mengalami stress dan tekanan mental, dan pelbagai lagi. Di Perlis,
seorang pelajar 7 tahun mati didera gurunya, dan kes ini sudah
dibawa ke mahkamah. Anak bangsa yang berkualiti harus bermula
daripada orang yang mendidik mereka. Keupayaan ini mestilah
didokong bersama guru dan masyarakat terutama ibu bapa. Jika tidak,
nescaya harapan negara untuk melahirkan generasi modal insan kelas
pertama berjiwa Ulul Albab akan sia-sia.
43. Tapi bilangan guru tersasar tidak signifikan. Lagipun
keadaan ini bukan unik di Malaysia sahaja, malah berlaku dikalangan
guru di negara-negara lain juga. Antara rungutan guru ialah tugas
yang bertambah dan beban kerja, termasuk membuat laporan atau kerja
pertandbiran dan perkeranian. Kajian kementerian menunjukkan bahawa
keadaan ini memberi tekanan mental dan menjejaskan kualiti
pengajaran. Soal penempatan juga sering dibangkitkan. Sebuah
jawatankuasa khas telah mengenalpasti 14 faktor yang menyebabkan
guru terbeban.
44. Dalam usaha menangani isu ini, saya difahamkan Kementerian
Pelajaran telah menerima 28 perakuan, yang mana sebahagiannya
diambil tindakan segera dan sebahagiannya memerlukan sedikit masa
untuk diatasi.
45. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun
bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan
dihormati. Dari perspektif Islam pun, profesion perguruan adalah
suatu pekerjaan yang mulia di sisi Allah SWT dan banyak hadis
Rasulullah saw yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik
atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain.
46. Dalam Sirah Nabawiyyah sendiri turut memaparkan konsep dan
sistem pengurusan pendidikan yang diajar melalui teknik tersendiri
oleh Allah SWT menerusi perantaraan malaikat Jibril a.s semasa
penurunan wahyu pertama Iqra di Gua Hira. Malah Baginda saw
menegaskan bahawa menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap
individu dan hendaklah diajarkan kepada orang lain walaupun hanya
satu ayat.
47. Tambahan pula ajaran Islam menekankan kelebihan amalan
pendidikan dengan meletakkan seseorang yang berilmu pada darjat
yang tinggi dan mulia. Maksud firman Allah SWT dalam Surah
Al-Mujadalah ayat 11 bermaksud: Allah akan meninggikan orang yang
beriman antara kamu dan juga orang yang diberikan imu pengetahuan
dengan beberpa darjat (kemuliaan). Dan Allah Maha Mengetahui segala
yang kamu kerjakan.
48. Bukan setakat itu sahaja kelebihannya, jika individu
tersebut sedang menuntut ilmu pengetahuan tiba-tiba meninggal
dunia, maka beliau dianggap sebagai gugur Syahid. Betapa besar
ganjaran yang diperolehi semasa di dunia dan apatah lagi ganjarann
yang menantu pada hari akhirat kelak.
49. Begitulah hebatnya seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan
dan menyampaikannya kepada masyarakat agar sesebuah komuniti tidak
dibayangi dengan sifat jahiliyyah atau berada dalam kegelapan. Oleh
itu, Islam telah memaparkan konsep menuntut ilmu secara berterusan
yang diasaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad melalui hadisnya
yang masyhur iaitu: Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke tiang
lahad.
50. Maka, dalam merealisasikan harapan tinggi bagi menjana
transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak
berkorban, bekerja kuat dan ikhas serta bersedia menempuh pelbagai
cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian
serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai
aspirasi negara.
51. Sebagai penutup, saya ingin menyeru kepada semua guru untuk
memperbaharui tekad dan berniatlah dengan ikhlas untuk memberikan
khidmat sumbangan terbaik kepada anak bangsa sehingga melahir dan
membentuk generasi berkualiti, kreatif dan inovatif yang seimbang
antarai aspek material, kognitif, sosial, ekonomi dan komunikasi,
dengan aspek kerohanian.
52. Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang
mementingkan perpaduan. Guru dari pelbagai latarbelakang, anutan
agama atau bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk
perpaduan, sekali gus, menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh
dan berkekalan.
53. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.1. Sumber:
www.mindaaktif.net/?p=1118Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025ARTIKEL 3:TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia
1.Pengenalan Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat
penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang
menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta
mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan
peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui
pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan,
memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran
yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak.
Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh
menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara.
Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi
umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu,
penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan
sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja
dan kanak-kanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat
kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun
1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk
menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas
perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan
disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.
Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami
banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata
Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul
Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet
(1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan
negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan
secara terancang dan teratur. Banyak kemudahankemudahan pendidikan
telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu
dari dasar sistem pendidikan di Malaysia. 2. Definisi
Pendemokrasian Pendidikan Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian
bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan
bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian
pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua
kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu
ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah
berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari
secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau
setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Salah
satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan
peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa
mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian
pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi
pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada
peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat.
Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman
penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang
sama apabila sekolahsekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau
status, kurikulum dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika
itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itu orang-orang
miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu
telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. 3.Pendemokrasian
Pendidikan di Malaysia Pendidikan Rendah Selepas kemerdekaan
kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan pendidikan di
Malaysia. Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama
untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957
misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima
pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun. Sungguhpun
begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana
pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk
mendapatkan pendidikan.
Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib
semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan
percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962.
Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan
penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah.
Baru-baru ini satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan
(Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan
pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. Setiap ibu bapa
warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan
anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan
Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Mereka yang
melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000. Semuanya ini
adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak
mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya. 4.Pendidikan Menengah
Seterusnya, peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan
pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa
mengira kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurang
sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga. Mulai 1999, peluang
bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah
diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja
layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap
rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang
antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah
yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan
adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi
menghadapi cabaran dunia yang akan datang. Bagi pelajar yang tidak
berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan persekolahan
mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4. 5.Sekolah
Berasrama . Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain
diberikan oleh kerajaan bagi membuka peluang kepada mereka untuk
mendapat hak pendidikan. Salah satu bentuk bantuan ialah dengan
penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan pelajar
mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke
sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.
Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga
telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada
masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah
kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua
sekolah-sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan
bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan.
6.Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam
Koridor Raya Multimedia. Projek ini telah mendapat perhatian
seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang
pendidikan lebih maju dan berdaya saing. Sekolah Bestari akan
membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini
bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari
bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin
mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut
kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari akan
mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri,
serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. 7.Pendidikan Khas Di
samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah
harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun
di desa-desa. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan
istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang
untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut kerajaan telah
membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan
tersebut mendapatkan pendidikan. 8.Bantuan dan Peruntukan
Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan yang
kebanyakkannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi
keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil atau bantuan
kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka. Selain dari
itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang
pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi mendapatkan
hak untuk mendapat skim bantuan teks adalah bagi ibubapa atau
penjaga yang berpendapatan kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat
ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian atau keadaan ekonomi
semasa.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan
murid-murid terutamanya diluar bandar dengan menyediakan
progran-program kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan )
dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang
belajar dalam keadaan yang selesa. Kemudahankemudahan yang
disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi
layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di
bandar. Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu
pendidikan bagi menjamin kelancaran pendemokrasian pendidikan di
Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi
membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik
darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran .
Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan
meluluskan 1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh
negara dengan peruntukan RM6.2 billion. Daripada jumlah tersebut
sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk pembinaan 198 sekolah
baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah membabitkan
pembinaan 160 sekolah baru. 9.Tenaga Pengajar terlatih Kekurangan
guru-guru terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan
memperkembangkan sistem latihan perguruan. Latihan perguruan telah
dinaik tarafkan kepada peringkat diploma dan tempoh kursusnya
selama tiga tahun. Pengeluaran guru yang mencukupi telah menjamin
proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar. Setiap
sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang
akan memenuhi pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran
yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak diluar bandar atau
kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini bukan sahaja mengeluarkan
guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi
mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. Sehingga kini
terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab
melatih guru-guru pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di
Malaysia.
Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti
awam bagi mengajar di sekolah-sekolah menengah. Di samping itu
terdapat pula program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi melatih
graduan-graduan yang bukan dari bidang perguruan untuk menjadi guru
bagi menjamin bekalan guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan
pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia.
Seterusnya sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan
Sultan Idris telah dinaikan statusnya dari status asalnya Institut
Pendidikan sultan Idris khusus untuk perkembangan bidang latihan
keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996, berkemungkinan
besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima
latihan terus di maktab-maktab perguruan bagi menjamin guru-guru
yang mencukupi disekolah-sekolah. 10.Pendidikan Tinggi
Dibidangbidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah
dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan
unniversiti-universiti . Institusi-institusi pengajian tinggi yang
awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh
Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969),
Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian
Malaysia(1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975). Pada masa
ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina
termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak,
Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris .
Universiti universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan
sekolah terutamanya daripada aliran Melayu. Malahan mulai tahun
1983 semua institusi yang terdapat dalam negara telah menggunakan
sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar .
Pelajar-pelajar yang berkelayakan mendapat tempat telah diberikan
bantuan berbentuk pinjaman kewangan dan berbentuk biasiswa.
Penwujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan
pengembangan skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di
institut tinggi awam dan institut tinggi swasta merupakan usaha
yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan hingga
ke peringkat tinggi. Selain itu, ribuan pelajar yang mendapat
kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
dihantar terus belajar di luar negara seperti United Kingdom,
Amerika Syarikat, Kanada, Australia ,New Zealand ,Jepun dan Timur
tengah atas tajaan kerajaan melalui Mara, JPA atau ditaja oleh
kerajaan negeri pelajar terbabit. 11.Dasar Liberalisasi Pendidikan
Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar
liberalisasi pendidikan . Ianya telah membawa perubahan besar dalam
pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan
telah dilakukan . Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan
dan memajukan sistem pendidikan negara. Melalui akta-akta
pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan
institusi-instutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah
diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan
institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun 1999 sahaja, tiga
kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej
Universiti Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM). Disamping
itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan
untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya
seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia,
Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan
yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman . Ini satu perkembangan
yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan dan
mendemokrasikan pendidikan tinggi Kerajaan juga mengalakkan program
pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi
kolej-kolej swasta. Terdapat juga universiti-universiti tempatan
yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais .
Sebilangan universiti awam sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000
pelajar sepenuh masa manakala dengan penubuhan intitusi pendidikan
tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200,000.
Sesungguhnya semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan
membuka peluang-peluang pendidikan untuk rakyat . 12.Cadangan dan
Penilaian Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau
sekolah luar bandar dan pendalaman dari masa ke semasa bagi
menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia berjalan dengan
lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur
seharusnya tiada jurang yang ketara. Ini merujuk terutamanya kepada
mutu persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di
kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan, pendalaman(
Orang Asli) dan seterusnya. Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya
perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpinggir dari sistem
pendidikan akibat dari kemiskinan. Ini akan menjamin mereka supaya
dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya
dan masyarakatnya. Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh
mengenai pendidikan dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi
haruslah diambil berat dan langkah-langkah tertentu harus diambil
untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita pada akhirnya
mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi.
Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi
perhatian bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat
berbangga bahawa kita telah dapat mengamalkan pendemokrasian
pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya. 13.Penutup Sehingga kini
pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia, agak
berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat
Malaysia untuk memperolehi pendidikan pada peringkat rendah
sehingga peringkat tinggi. Seiring dengan pendemokrasian pendidikan
juga adalah diharapkan ianya dapat memenuhi agenda kerajaan untuk
menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan
menggunakan pendidikan sebagai pengerak utama dan seterusnya dapat
melahirkan warganegara yang dapat menyumbang ke arah usaha
memajukan negara selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Senarai
Rujukan Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan,
Quantum Books, Tanjung Malim.
Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan
Harapan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan
Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Berita Harian , 30 November 2001.
Utusan Malaysia, 7 Disember 2001.
Rujukan Internet, Laman Web Kementerian Pendidikan Mala Sumber:
http://tuanmat.tripod.com/demokrasi.htmlARTIKEL 4:Kesan globalisasi
terhadap bidang pendidikan di negarainiPosted on25 Mei, 2009by
adminGlobalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa
sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun
secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi
dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.
Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini
menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun
menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang
yang sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang
terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara
ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun
institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia
untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar
kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang
terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun
berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama
majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT
tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya
membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz
kecil.
Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah
mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan
melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain
itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris
sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa
ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini
berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan
masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia
berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu
sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui
bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan
tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan
terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan
mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk
pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar,
pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang
pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum,
kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.
Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan
konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari
segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini
hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS
berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya. Perkara ini
jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan
bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang
kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang
miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar
kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira
latar belakang agama dan bangsa.
Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu
semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya
belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka
belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan
yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik
pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri.
Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan
untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan
sebagainya.
Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini
dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh
mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan
terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi
sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi
ini.Sumber: ..Artikel 5: Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Jilid 6. Oktober 2000. hal. 35-46CABARAN ERA GLOBALISASI
KE ATAS WARGA
PENDIDlKAN DI MALAYSIAHamdan Said
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia&Nasrudin Talib
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan
KelantanABSTRAK: Penggabungan high performance communication
dengan high performance
computing memperhebatkan prasarana maklumat sehingga dunia
menjadi perkampungan
global yang arnat kompetatif. Demi kemandirian rakyat masa kini
dan akan datang, sistem
pendidikan perlu mengalami reformasi dan transformasi untuk
menyahut cabaran .era
globalisasi yang hebat ini, Dengan itu, kertas kerja
mernbincangkan tentang impak era
globalisasi terhadap sistem pendidikan dan bentuk kurikulum yang
akan membina dan
memperlengkapkan generasi muda dengan kekuatan untuk meletakkan
negara sebaris dengan
negara-negara maju dunia ditengah-tengah gelombang siber yang
bergelora. Ia juga mengupas
tentang apakah bentuk murid yang ingin dibangunkan serta budaya
dan tingkah laku guru
yang dipertanggungjawabkan untuk membina kekuatan minda generasi
tersebut.
PENGENALANDi abad ke-21 ini, sarna ada disedari atau tidak, kita
sedang dihanyutkan oleh arus perubahan
yang begitu deras yang tidak pernah berlaku sebelumnya.
Perkembangan mendadak dalam
teknologi maklumat menjadi pemangkin utarna proses
pengglobalisasian dunia. Fenomena ini
memaksa kita mengikuti arus gelombang yang melanda demi survive
di dalam dunia yang begitu
kompetatif (Proctor, 1996). Arus globalisasi yang melanda
sekarang akan berubah hampir
keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik, ekonomi,
sosial mahupun budaya sehingga
dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah
perkampungan kecil yang dipanggilglobal village dan akibatnya kita
telah menjadi satu masyarakat besar dunia (Perkins, 1992).35
CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATASWARGA PENDIDIKAN DI MALAYSIAKita
berkongsi isu dan permasalahan yang sarna, baik di barat mahupun di
timur seperti wabak
AIDS, gejala dadah, masalah alam sekitar, wabak pelbagai jenis
penyakit, kebuluran, bencana
alam, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat atau infotek
mengubah cara manusia
berkomunikasi, berurusniaga dan cara kita melihat dunia ini
(Mahathir Mohamad, 1992) dan
yang lebih penting cara kita mereformasi dan mentransformasikan
sistem pendidikan bagi
memastikan anak bangsa kita sekarang dan di masa akan datang
berupaya mengharungi hidup
dengan penuh kesejahteraan. lnilah cabaran baru yang begitu
hebat ke atas sistem pendidikan
yang perlu kita tempuhi secar.a pertembungan bersemuk.a.
Ertinya, kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang hanya terhad di dalam bilik darjah perlu
ditukar kepada su.atu bentuk yang
menjangkau keluar daripada persekitaran bilik darjah. Bentuk
pendidik.an untuk generasi baru
perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuk.a
dengan visi yang lebih meluas
melalui keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan
mempunyai ketrampilan yang
diperlukan bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan
arus globalisasi dunia (Wan
Mohd Zahid Nordin, 1995).Impak Era Infotek Ke Atas Sistem
PendidikanDalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dunia,
peranan sistem pendidikan adalah
arnat kritikal sekali lni disebabkan sebelum negara mampu
mencapai taraf dunia, sistem
pendidikan yang world class perlu diwujudkan. Untuk
merealisasikan harapan tersebut setiap
perancangan dan pelaksanaan harus berdasarkan wawasan untuk
membawa perubahan dan
anjakan paradigma dari segi gaya pemikiran serta orientasi dan
tindakan seluruh organisasi dan
warga pendidik. Guru merupakan tunjang untuk melaksana dan
menjayakan wawasan serta
reformasi pendidikan yang telah digubal. Justeru usaha
mempertingkatkan profesionalisme dan
keikhtisasan para pendidik adalah perlu bagi mencapai matlarnat
tersebut. Peningkatan martabat
pendidikan yang ala kadar atau incremental improvement adalah
tidak memadai. Oleh kerana
wawasan itu sendiri merupakan suatu lonjakan berganda atau
quantum leap maka usaha
mereformasi serta mentransformasikan sistem pendidikan juga
perlu bersifat sedemikian.
Kini kita sedang berhadapan dengan situasi yang mencabar akibat
perubahan global yang sedang
berlaku. Perkembangan mendadak dalam infotek merupakan pemangkin
utama proses globalisasi
terse but. Arus perubahan yang begitu deras memaksa kita keluar
dan lari daripada kepompong
atau teduhan zon yang selesa dan kita tiada pilihan melainkan
berhijrah daripada mentaliti
mengekalkan status quo demi untuk kesejahteraan hidup.
Keengganan berhijrah secara radikal
dalam persekitaran yang sentiasa berubah ini akan menghayut
serta meminggirkan kita dalam
segala aspek. Kalau tidak pun, menurut Ohrnae dan Fukuyarna
(1994, dalam Sharifah Nor
Puteh, 1997) kita akan pupus bak dinasur yang enggan mengalami
evolusi mengikut perubahan36CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA
PENDIDIKAN DI MALAYSIAenvironmennya. Hoffer (1992, dalam Proctor,
1996) menegaskan bahawa dalam zaman
perubahan ini hanya yang mahu belajar untuk menyesuaikan diri
sahaja yang akan mewarisi
dunia, manakala cendekiawan yang angkuh untuk menerima perubahan
akan terkapai-kapai di
persekitaran yang tidak lagi dikenalinya.
Perkembangan infotek yang begitu pesat mengakibatkan ledakan
maklumat serta prasarana
maklumat menjadi begitu hebat hasil daripada penggabungan high
performance communication-dengan high performance computing
(Sharifah Nor Puteh, 1997). Hal ini berubah secara
langsung senario pendidikan di setiap penjuru glob ini. Dengan
dunia yang semakin kecil dan
menjadi sebuah perkampungan global, kehidupan sebuah masyarakat
besar di dalamnya menjadi
begitu kompetatif sehingga kemandirian ekonomi sesebuah negara
bergantung kepada
keupayaannya menguasai dan memanfaatkan ledakan maklumat
tersebut (Mahathir Mohamad,
1992). Menurut Stonier (1981, dalam Perkins, 1992), tenaga kerja
yang terlatih akan belajar
memanfaatkan teknologi, manakala golongan yang selesa di bawah
tempurungnya akan menjadi
mangsanya. Justeru itu, negara turut mengorak langkah mengatur
strategi melakukan reformasi
dalam apa jua bidang termasuk sektor pendidikan untuk dihayati
bersama gelombang siber ke era
globalisasi. Mudah-mudahan sedikit masa lagi, generasi muda
berupaya membincangkan dengan
yakin tentang konsep 'dunia tanpa sempadan', 'sistem langit
terbuka', 'ekonomi maklumat' dan
berbagai-bagai lagi konsep global lain yang menjadi realiti baru
yang terpaksa ditempuhi nanti
(Wan Mohd Zahid Nordin, 1995).
Era teknologi siber telah berubah pendekatan pembelajaran yang
mana pembelajaran secara tidak
formal ini sedikit demi sedikit akan mengubah peranan yang
dimainkan oleh guru. 'Dindingdinding
bilik darjah akan runtuh' kerana pembelajaran yang bersifat
'Iangit terbuka' melalui
perisian multimedia, internet, e-mel, audio-video tele
conferencing dan sebagainya (Lee Ong
Kim, 1997). Guru-guru yang sepatutnya berperanan sebagai
fasilitator jika enggan berubah akan
termangu-mangu dalam senario pendidikan yang semakin asing.
Peranan guru bukan lagi seperti
pendita di atas pentas yang proses pembelajarannya berpusatkan
guru tetapi perlu berubah
kepada pembimbing di sisi (guide by the side) yang berpusatkan
pelajar (Perkins, 1992). Sistem
pendidikan guru juga memerlukan perubahan yang drastik kerana
sistem pendidikan dan latihan
yang ada sekarang sudah pasti tidak lagi sesuai dengan keperluan
semasa. Untuk menjadi
pendidik yang berkesan, guru masa kini perlu menguasai
sekurang-kurangnya I~ kemahiran
generik iaitu kemahiran pemudahcaraan, kemahiran berfikir secara
kritis, kreatif dan reflektif,
kemahiran belajar, kemahiran mentaksirkan dan menilai dan
kemahiran infotek. Seperti kata
Collins dan Hastings (1990, dalam Fiske, 1992): 'guru mengajar
sebagaimana dia diajar' maka
sewajarnyalah bakal-bakal guru diberi nafas baru untuk menangani
fenomena baru dalam sistem
pendidikan yang lebih mencabar dalam alaf ke-3 ini.37CABARAN
ERAGLOBALJSASJ ICE ATAS WARGA PENDIDIKAN OJMALAYSIABentuk Kurikulum
Era Globalisasi
Era globalisasi bermula pada tahun 90an dan akan berlarutan
sehingga awal abad 21 yang
meliputi the magic year 2020 di mana ia merupakan tahun sasaran
bagi Malaysia mencapai
negara maju industri dunia. Usaha-usaha untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berdaya
saing dan berdaya maju digariskan dalam sembilan cabaran ke arah
Wawasan 2020. Untuk
menghadapi cabaran era globalisasi ini sembilan cabaran tersebut
masih dianggap relevan,
khususnya cabaran yang ke 6 iaitu: .'Membentuk sebuah masyarakat
yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta danberpandangan
jauh ke hari depan, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja
dapat
memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang
terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. '
(Wan Mohd Zahid Nordin, 1994, m.s.72)
Bagi merealisasikan sembilan cabaran tersebut, sekali gus dapat
menangangi keperluan era siber
yang lebih mencabar, kurikulwn abad 21 perlu dibentuk supaya
relevan dan koheren dengan
keadaan semasa dan berkeupayaan memenuhi matlamat-matlamat yang
telah digariskan. Garis
panduan tentang bentuk, isi dan perlaksanaan kurikulwn perlu
ditentukan oleh senario yang
dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi
(Sharifah Nor Puteh, 1997). la
juga mesti bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya
dapat menentukan corak masyarakat
dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.
Fokus pengisian kurikulum abad ke 21, selain daripada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran
asas, adalah penguasaan sekurang-kurangnya tujuh kemahiran lain,
iaitu:
I. kernahiran berfikir secara kritis dan kreatif
2. kemahiran berkomunikasi secara berkesan
3. kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
4. kemahiran mencari, mengintegrasi dan mengaplikasikan
maklumat
5. kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
6. kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
7. kemahiran kepimpinan dan pengurusan/Kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif adalah sangat penting untuk membantu pelajar
mengalami pembelajaran secara berftkrah (thoughtfu' learning)
bagi membolehkan mereka
menikmati pembelajaran dengan lebih bermakna serta berkeupayaan
membuat pilihan danmembuat keputusan berlandaskan sebab - sebab
yang rasional serta berjustifikasi. Minda yang38CABARAN
ERAGLOBALISASI KEATASWARGA PENDIDIKAN 01 MALAYSIAkritis berupaya
mengenal pasti andaian-andaian, idea serta pandangan yang membawa
kepada
perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau pun yang
membawa kepada pengbasilan
produk yang baru. Penekanan kepada pengembangan kreativiti juga
penting melalui penonjolan
aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara
logik, membina daya imaginasi dan
keboleban memberi pandangan.
Dalam era siber, kurikulum yang menekankan kepada penguasaan
kemahiran-kemahiran generik
atau bolehguna seperti kemahiran berkomunikasi secara berkesan,
kemahiran bergaul dan
bekerja dengan orang lain dan kumpulan, kemahiran berfikir,
kemahiran mengikut arahan,
kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran memaharni budaya
seperti budaya kerja di
sesuatu tempat adalah perIu. Ia penting kerana apabila para
pelajar memasuki alarn pekerjaan ia
dapat membantu mereka menjadi tenaga kerja yang mahir, cekap dan
berketrampilan.
Penguasaan kemahiran generik juga membolehkan seseorang pekerja
itu begitu mobile dan kerap
bertukar kerja kepada yang lebih menguntungkan kerana mereka
lebih versatile dan cepat mahir
dalam pelbagai jenis pekerjaan.
Kurikulum di era siber perIu multilingualisme kerana arus
globalisasi memerlukan penggunaan
pelbagai bahasa supaya pelajar boleh berkomunikasi dengan
berkesan dan berupaya
menggunakan segala maklumat. Justeru itu, pada zaman ledakan
maklumat dan dunia tanpa
sempadan ini, pelajar perlu dibimbing untuk menguasai kemahiran
mencari, menapis dan
menggunakan ilmu yang berfaedah bagi penyuburan diri dan minda
Para pelajar seharusnya
diberikan ilmu untuk menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa
asing selain dari bahasa ibundadan Bahasa Inggeris. Kemahiran
berbahasa ini menjadi satu daripada prasyarat utama untuk
membolehkan negara Malaysia dan warganya menampilkan diri dan
memainkan peranan yang
lebih berkesan dalam arena antarabangsa.
Kurikulum era siber juga memberikan tumpuan kepada pelbagai
jenis kecerdasan danmemperkembangan kebolehan yang ada dalam diri
seseorang individu, iaitu teori pelbagai
kecerdasan. Gardner (1990, dalam Kertas Konsep 'Smart School',
1997). Teori ini menyatakan
seseorang murid berdasarkan kepada pelbagai kecerdasan seperti
berbahasa, logik-matematik,
musik, ruang, gerakan, interpersonal dan intrapersonal.
Memandangkan pembangunan ekonomi seluruh dunia pada masa kini
dan akan datang adalah
berdasarkan kepada sains dan teknologi tinggi , maka
sewajamyalah bidang pilihan yang perlu
diberikan keutamaan ialah bidang sains dan teknologi. Sebagai
langkah proaktif Kementerian
Pendidikan telah menetapkan bahawa pada tahun 2000 ini nisbah
bilangan pelajar aliran sains
kepada bilangan di aliran sastera di peringkat SPM ialah 60:40.
Hal ini adalah untuk
memastikan negara mempunyai sumber manusia yang cukup dalam
bidang tersebut. Pendek kata
untuk membolehkan Malaysia survive dalam era siber ini, mereka
perIu disediakan dengan
pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka memasuki
gelanggang perjuangan39CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA
PENDIDIKAN DI MALAYSIAantarabangsa, iaitu gelanggang diperkampungan
global dengan penuh ketahanan did. Menurut
Wan Mohd Zahid Nordin (1995)I Masyarakat Malaysia pada masa akan
datang memerlukan sekurang-kurangnya empat
golongan manusia: ahli fikir, ahli reka cipta, ahli profesionaI
dan ahli ekonomi.
Keempat-empat golongan ini perlu menggembeling fikiran, tenaga
dan .usaha secara
bersepadu untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara
maju.'
Tingkah laku Pelajar Era Globalisasi
Untuk melihat bentuk tingkah laku pelajar yang diharapkan akan
dapat diamalkan dalam era
globalisasi nanti, cuba kita lihat catatan diari Zulkarnain Bin
Zabidi, murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Tedung, Melaka pada 25 Julai 2010:'Pagi ini Cikgu
Salina suruh saya dan beberapa orang rakan datang awal ke
sekolah
untuk mengemaskini loman sekolah kami yang terdapat dalam World
Wide Web.
Semalam tidak sempat kerana sibuk menjawab soalan tentang
pakaian seragam murid
sekolah di Malaysia yang ditanya oleh Gary Newmann daripada
Coventry melalui email.
Alamak! Lupa pulak hendak scankan gambar helikopter Rajawali
buatan
Malaysia yang diminta oleh Toni Mueller dari Cologne. Mungkin
petang esok boleh
dapatkan daripada hompej Kementerian Pertahanan.
Hari ini seronok betul belajar Geograji. Cikgu Devi suruh
merayau-rayau dalam
internet ke Negeri India. Kasihan betul melihatkan petani-petani
meraung kesedihan
bila limpahan Sungai Madras menenggelamkan tanaman mereka. Kami
sempat juga
bertukar-tukar e-mail dengan Ravindran di Bombay umuk
bertanyakan tentang aktiviti
pertanian di sekitar India Utara yang lebih sejuk. Bila tengok
muka Cikgu Devi baru
teringat portfolio pembelajaran saya yang saya bawa balik untuk
disemak oleh abah
semalam tertinggal di rumah.
Tapi yang paling menyeronokkan hari ini ialah belajar sains
tentang kelawar. Mulamula
Cikgu Raymond tunjukkan multimedia. bagaimana si mamalia yang
rabun itu
terbang laju di waktu malam --- sungguh menakjubkan! Lepas itu
kami menonton video
National Geographic tentang kehidupan kelawar. Lenguh juga
tangan saya mencatat
isi-isi penting untuk perbincangan nanti. Mujur juga hari ini
guna jadual anjal --empat
period terus. Sempatlah kami membuat penyelidikan sedikit di
Pusat Sumber dan
selepas itu ke bangunan lama yang penuh dengan kelawar. Cikgu
suruh bincang
kenapa kelawar tidur tergantung dan mengapa ia hanya keluar pada
waktu malam.
Mujur si Siew Lin tu ada CD temang haiwan tu ---bolehlah
dapatkan sedikit maklumat.40CABARAN ERAGLOBALISASI KE ATAS WARGA
PENDIDIKAN DI MALAYSIAHenry kata dia ada alamat www bagi National
Geographic. Ada canlah dapat
maklumat tambahan. Malam ini saya dan Razif okan ke rumahnya
uniuk berbincang
tentang persoalan itu. Yang lucunya pagi ini Cikgu suruh buat
karangan kreatif yang
bermula dengan ayat: "Kalau saya seekor kelawar.00 00 00 .... ",
Nak pecah perut saya
membaca karangan si Amir tu. Eh! Baru teringat Cikgu suruh lukis
gambar kelawar
dan tulis puisi pendek tentang si rabun tu untuk dibentangkan
esok. Tidak sabar nakdengar CD nyanyian Nick Roxy bertajuk
'Bat.Bat..Bat' yang Cikgu Raymond nakperdengarkan esok.
Kasihan si Molly tu. Guru matematik kami, Cikgu Ani kata Molly
terpaksa kekal
dengan Modul Tahap 6 kerana belum mencapai kriterianya. Saya
berasa seronok bila
Cikgu kata saya sudah bersedia untuk penilaian Modul Tahap 8
---tapi saya minia
tempoh 2 minggu lagi supaya benar-benar yakin. Cemburu juga
melihat Tan, Azmi dan
Rina dah mula menjalankan projek tentang Algebra tu. Tidak lama
lagi bolehlah
mereka menduduki penilaian Modul Tahap 9.
Sudah dua hari si Lingam tu tidak ke sekolah kerana demam. Tapi
Cikgu Ani puji
Lingam kerana sentiasa menghubunginya melalui e-mel uniuk
bertanya tentang
pelajaran di sekolah. Kerjanya yang sudah siap juga dihantar
terus melalui e-mel. "Budaya Guru Era Globalisasi
Melihat kepada perkembangan infotek yang begitu hebat, bentuk
pendidikan untuk generasi
muda, guru perlu lebih global dan kompetatif. Guru-guru perlu
lebih profesional dan bestari
supaya mampu mendidik generasi tersebut agar pelajar lebih
bersikap terbuka dengan visi yang
lebih meluas serta berfikiran reflektif, kritikal, kreatif dan
inovatif serta mempunyai ketrampilan
bagi membolehkan mereka menyertai dengan berkesan dalam arus
globalisasi dunia (Wan Mohd
Zahid Nordin, 1995). Adalah diharapkan mereka ini akan menjadi
world figures yang cukup
berpengaruh di peringkat world market dan mampu menyumbang
kepada kemajuan teknologi
dunia, bukan sekadar menjadi pengguna kepada hasil inovasi orang
lain (Mahathir Mohamad,
1992).
Apakah bentuk sifat, sikap dan budaya guru yang berpotensi
menghasilkan generasi muda seperti
yang dicita-citakan itu? Guru yang dihajatkan ialah guru yang
bijak berperanan sebagai
pembimbing di sisi pelajar selaku fasilitator yang menasihati,
memotivasi dan merangsang,
bukannya sebagai pendita yang berdiri megah di pentas atau di
hadapan kelas menyampaikan
ilmu kepada anak didiknya seperti rnenuang air ke dalam bekas
yang kosong. Maksudnya, kita
memerlukan guru yang mementingkan pembelajaran berpusatkan murid
supaya pelbagai
kemahiran belajar dapat dikuasai oleh mereka. Ini memberi
peluang kepada murid belajar41CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA
PENDIDIKAN DI MALAYSIAsecara berdikari menerusi pembelajaran secara
akses kendiri dengan kadar kendiri dan terarah
kendiri (Kertas Konsep Smart School, 1997). Dengan kaedah akses
kendiri guru membimbing
mood menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat
seperti bahan bercetak, alam
sekitar, perkakasan elektronik dan sumber manusia di sekeliling
mereka. Melalui kadar kendiri,
pembelajaran seseorang murid tidak tertakluk kepada kelajuan
atau kebolehan murid-murid lain
di dalam kelasnya. Dia boleh maju ke hadapan dengan sendiri
setelah dapat menguasai sesuatu
pelajaran. Gaya terarah kendiri membolehkan seseorang pelajar
mengurus pembelajarannya
sendiri mengikut minat, stail dan keupayaan sendiri. Dia juga
dibenarkan meneroka topik yang
diminati tanpa terkongkong kepada kurikulum dengan rigid.
Guru di era siber perlu berbudaya ilmu. Mereka seharusnya
menjadi contoh yang baik dengan
mengamalkan pendidikan sepanjang hayat - sentiasa dahagakan ilmu
untuk meningkatkan
martabat diri. Mereka juga perlu menggalakkan anak didiknya
bukan sahaja menimba
pengetahuan yang mesti diketahui, umpamanya untuk lulus
peperiksaan sahaja, bahkan juga
berpengetahuan yang patut diketahui dan elok diketahui untuk
menjadikan mereka insan yang
bennaklumat dan bijaksana. Negara memerlukan guru yang berdaya
fikir dan yang bijak pula
mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menanamkan budaya tersebut di
kalangan anak didiknya. Mereka mengamalkan pembelajaran
berfikrah (thoughtful learning)supaya muridnya mampu berfikir
secara reflektif, kritis dan inovatif bagi mengupayakan mereka
menggunakan segala pengetahuan yang dikuasai untuk menghadapi
persaingan global kelak.
Guru perlu menyedari bahawa kekuatan berfikir perlu dibina di
kalangan murid kerana zaman
yang akan mereka lalui kelak adalah zaman persaingan minda.
Mereka yang mempunyai
kekuatan otak memiliki kelebihan daya saing ke atas mereka yang
memiliki kekuatan fizikal,brain power overpowers brawn power.
Proses berfikir hanya berlaku melalui aktiviti
pembelajaran berbentuk kendiri seperti penyelesaian masalah
secara inkuiri, kerja projek, serta
aktiviti-aktiviti yang menuju ke arah pembelajaran yang
bermakna. Maka amat penting
seseorang guru itu mahir dengan pelbagai kemahiran belajar
khususnya yang berpusatkan murid.
Kemahiran berfikir yang diterapkan oleh guru ini secocok pula
dengan pengetahuan yang
dibekalkan iaitu ilmu yang berkembang (generative knowledge) -
bukan yang pasif. Ilmu jenisini membolehkan para pelajar memahami
dan menangani persekitaran yang semakin kompetatif
dan mencabar.
Dalam era infotek juga adalah penting para pelajar boleh
menggunakan teknologi siber bagi
membolehkan mereka menguasai ledakan maklumat dan mampu memasuki
lebuh raya maklumat
bagi memukat ilmu pengetahuan yang melimpah ruah. Teknologi
tersebut adalah amat berguna
kerana ia berperanan sebagai pembolehupaya (enabler) dan
peningkatupaya (enhancer) kepada
pembelajaran murid (Proctor, 1992). Penggunaan internet, e-mel,
perisian multimedia intraktif
dan sebagainya menyumbangkan pengalarnan learning by doing atau
doing skills yang amat
berharga kepada pelajar. Sternberg (1992, dalam Lim Ong Kim,
1997) menyatakan kebolehan
menggunakan teknologi siber memberikan pelajar pengalarnan yang
dipanggil practical dan/42CABARAN ERA GLOBALISASI KE ATAS WARGA
PENDIDIKAN DI MALAYSIAcreative inteUingence. Amat penting juga,
guru mempunyai ketrampilan menggunakan teknologi
tersebut dan mereka sendiri sentiasa membudayakan teknologi
canggih dalam menjalankan tugas
harian suapaya menjadi ikutan anak-anak didiknya. Ia juga
membolehkan mereka membantu
pembelajaran murid dengan lebih efektif.
Sistem pendidikan era barn ini memerlukan komitmen guru yang
amat tinggi. Mereka perlu
bersifat self-friendly iaitu tidak memusuhi diri dengan bersifat
jujur, iklas, tidak berpura-pura,
sentiasa sedar akan kekuatan dan kelemahan diri dan di alas
kesedaran itu sanggup meningkatkan
keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan mengikut
keperluan. Mereka juga perlu
bersifat change-friendly iaitu melihat sesuatu perubahan dan
pembaharuan dalam sistem
pendidikan sebagai peluang untuk menguji potensi, kemampuan dan
cara untuk
mengoptimumkan pembangunan individu. Kerap berlaku sesuatu
perubahan itu dilihat dengan
prasangka yang negatif akibat dilihat daripada sudut yang sempit
dan berat sebelah.
Guru komited di era siber melihat kecemerlangan bukan satu
destinasi, tetapi sesuatu perjalanan
tanpa hujungnya kerana kecemerlangan itu merupakan satu sasaran
yang sentiasa bergerak.
Dengan sebab itu mereka tidak mudah berpuas hati dengan
pencapaiannya dan sentiasa berusaha
meningkatkan piawai atau kriteria kecemerlangannya. Guru yang
diidamkan di era infotekialah
yang mengamalkan pedagogi bestari di mana mereka menyedari
tentang pelbagai permasalahan
proses pengajaran-pembelajaran yang bakal dihadapi dan dengan
itu menggunakan daya kreatif
mereka untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk
menangani cabaran yang
mendatang. Justeru ianya amat bergantung kepada kebijaksanaan
guru mengurus pembelajaran
dengan mengambilkira kepelbagaian keperluan, minat, potensi dan
kebolehan para pelajar secara
berfikrah dan responsif. Hal ini melibatkan amalan menggunakan
pelbagai pendekatan, strategi,
kaedah, teknik dan sumber teknologi untuk memenuhi kehendak
tersebut.
Guru bertaraf dunia ialah yang merancang strategi
pengajaran-pembelajarannya dengan teliti dansentiasa membuat
persediaan untuk membuka peluang kepada pelajar melakukan
penerokaan
dalarn pembelajaran. Mereka merancang pelbagai laluan
pembelajaran dengan berbekalkan
kemahiran yang tinggi bagi memudahkan setiap pelajar mencapai
pembelajaran kemuncak (peaklearning). Mereka juga mampu
mengenalpasti suasana pembelajaran yang menyokong dan
kondusif dari segi masa, sumber, ruang dan aktiviti yang
dilaksanakan.
Guru yang bercirikan global mengamalkan proses penilaian bukan
sahaja ke atas produk
pembelajaran murid tetapi juga proses pembelajaran mereka,
Penilaian tidak tertumpu kepada
bidang akademik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek jasmani,
rohani dan emosi untuk
memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu tercapai.
Guru perlu bersedia
menjalankan kaedah penilaian yang lebih reliable dan tepat iaitu
yang berasaskan kriteria (CRT)
bagi menggantikan kaedah penilaian berasaskan norma (NRT) yang
diamalkan sekarang. Dalam43CABARAN ERAGLOBALISASI KE ATAS WARGA
PENDIDIKAN DI MALAYSIAera globalisasi adalah amat penting guru
menjalankan penilaian berterusan untuk memastikan
para pel ajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang dikehendaki
mengikut konsep mastery learning. Penilaian berterusan dapat
mengenalpasti tahap penguasaan
pelajar supaya kelemahan pelajar segera dapat diatasi dan tidak
terhimpun sehingga di akhir
pembelajaran. Penilaian berasaskan sekolah adalah sistem
penilaian yang sebaik-baiknya di
mana guru di sekolah itu sendiri mengendalikan penilaiannya
sendiri. Ini memandangkan hanya
pihak sekolah itu sahaja yang mengetahui dengan baik tahap
peneapaian pelajarnya.Peranan Pengurus Sekolah Era Globalisasi
Tidak boleh dinafikan kejayaan sesuatu sekolah amat bergantung
kepada komitmen dan
kehebatan kepimpinan pengurusnya. Untuk membolehkan pengetua dan
guru besar menjadipemangkin kepada pendidikan bertaraf dunia,
mereka serta seluruh warga sekolahnya harus
berprofesionalisme dan mernpunyai kekuatan membuat apa yang
betul sungguhpun ini mungkin
bererti membuat perubahan yang radikal. Apa yang penting mereka
rnesti membawa perubahan
sistemik, iaitu perubahan yang menyeluruh sehingga ke akar
umbinya, dalam budaya sekolah
supaya konsep pendidikan yang mementingkan fakta dan peperiksaan
dapat digantikan dengan
budaya berdaya flkir yang sangat penting untuk menghadapi
eabaran era infotek yang hebat itu.Untuk menjadi sekolah bertaraf
dunia, adalah amat perlu dilakukan penyusunan semula
pentadbiran sekolah melalui penggunaan teknologi. Hal ini akan
membantu meningkatkan
keeekapan, menghapuskan pertindihan dan seeara radikal membaiki
akses bagi semua yang
berkenaan. Dengan berkomputeran dalam ta