PENGENALAN Sejarah Melayu mencakupi dimensi yang luas dengan rentang masa yang panjang. Jika kerajaan Kutai dianggap sebagai kerajaan tertua dalam kebudayaan melayu, maka awal fasa sejarah Melayu adalah sekitar abad ke-4 dan ke-5 Masihi. Sejarah yang dimaksudkan di sini adalah kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku baik berupa manuskrip, prasasti, sejarah lisan mahupun artifak. Menurut kamus dewan edisi ketiga, naskhah membawa maksud karangan dan lain-lain yang bertulis tangan (Kamus Dewan: 921: 1997). Naskhah merupakan peninggalan tertulis yang menceritakan hal-hal ehwal suatu masa tertentu pada masa lalu. Naskhah sejarah terbahagi kepada dua iaitu naskhah berbentuk manuskrip dan berbentuk prasasti. Di antara prasasti yang telah ditemukan adalah Batu Bersurat, Kedudukan Bukit, Talang Tuo, Telaga batu, Kota Kapur dan Karang berahi yang merupakan peninggalan kerajaan Sriwijaya. Sementara manuskrip yang ada kebanyakannya berkenaan dengan agama, adat, hikayat, salasilah, perubatan dan sejarah itu sendiri. Manuskrip ialah naskhah tulisan tangan atau bahan sesuatu karya yang telah disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku (Kamus Dewan: 860: 1997). Manuskrip merupakan nashkah tulisan tangan peninggalan masa lalu yang menjadi bidang kajian fisiologi. Penelitian mengenai naskhah Melayu belum terlalu banyak dilakukan jika dibandingkan dengan khazanah sastera lama yang terdapat dalam tanah air kita ini. Jumlah naskhah Melayu yang tersebar di seluruh dunia ini belum boleh ditentukan. Terdapat anggaran jumlah sebanyak 4 000 naskah, ada juga anggaran sebanyak 10 000 naskhah. Di Indonesia tempat yang paling 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
Sejarah Melayu mencakupi dimensi yang luas dengan rentang masa yang panjang. Jika
kerajaan Kutai dianggap sebagai kerajaan tertua dalam kebudayaan melayu, maka awal fasa
sejarah Melayu adalah sekitar abad ke-4 dan ke-5 Masihi. Sejarah yang dimaksudkan di sini
adalah kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku baik berupa manuskrip, prasasti,
sejarah lisan mahupun artifak.
Menurut kamus dewan edisi ketiga, naskhah membawa maksud karangan dan lain-lain
yang bertulis tangan (Kamus Dewan: 921: 1997). Naskhah merupakan peninggalan tertulis
yang menceritakan hal-hal ehwal suatu masa tertentu pada masa lalu. Naskhah sejarah
terbahagi kepada dua iaitu naskhah berbentuk manuskrip dan berbentuk prasasti. Di antara
prasasti yang telah ditemukan adalah Batu Bersurat, Kedudukan Bukit, Talang Tuo, Telaga
batu, Kota Kapur dan Karang berahi yang merupakan peninggalan kerajaan Sriwijaya.
Sementara manuskrip yang ada kebanyakannya berkenaan dengan agama, adat, hikayat,
salasilah, perubatan dan sejarah itu sendiri.
Manuskrip ialah naskhah tulisan tangan atau bahan sesuatu karya yang telah
disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku (Kamus Dewan:
860: 1997). Manuskrip merupakan nashkah tulisan tangan peninggalan masa lalu yang
menjadi bidang kajian fisiologi. Penelitian mengenai naskhah Melayu belum terlalu banyak
dilakukan jika dibandingkan dengan khazanah sastera lama yang terdapat dalam tanah air kita
ini.
Jumlah naskhah Melayu yang tersebar di seluruh dunia ini belum boleh ditentukan.
Terdapat anggaran jumlah sebanyak 4 000 naskah, ada juga anggaran sebanyak 10 000
naskhah. Di Indonesia tempat yang paling banyak menyimpan khazanah Melayu adalah di
Muzium Nasional, Jakarta, Indonesia. 1
SINOPSIS SEJARAH MELAYU
BUKU Sejarah Melayu karya W.G Shellabear ini merupakan terbitan Fajar Bakti.
Buku ini berkisar tentang sejarah kewujudan Tanah melayu dari awal sehinggalah berakhirnya
pemerintahan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan zaman
kegemilangan bagi sejarah Melayu satu waktu dahulu. Bermula dengan kedatangan
pendatang-pendatang daripada tanah asing ke Tanah Melayu sehinggalah kedatangan Portugis
dengan niat untuk memonopoli kekuasaan Melaka. Sejarah Melayu mengisahkan tentang
kekuasaan Tanah Melaka sehingga terkenal ke China dan kejayaan Melaka menjalinkan
hubungan akrab dengan negara-negara luar yang lebih besar kekuasaannya dengan
kebijaksanaan pemerintah. Shellabear juga mengupas tentang isu kemerosotan Tanah Melayu
akibat penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pembesar kanan negeri Melaka serta
kejatuhan Melaka yang berpunca daripada pucuk kepimpinan yang masih muda iaitu Sultan
Mahmud Syah yang sangat muda sewaktu ditabalkan menjadi Sultan Melaka selepas
kemangkatan ayahandanya. Kekurangan ilmu pemerintahan menyebabkan Sultan Mahmud
syah tersilap langkah dan mengikut kata-kata pembesar yang salah dan mempunyai niat yang
lain sehingga tercetusnya permusuhan dengan pedagang Portugis yang sedari awalnya sengaja
mahu mencetuskan perbalahan untuk mengaut kekuasaan, kekayaan dan menyebarkan agama
Kristian di Tanah Melayu yang terkenal dengan kekayaan rempah-ratus, menjadi rebutan
pedagang datang, kekuasaan wilayah, dan juga majoriti penduduk yang menganut agama
Islam.
2
ULASAN BUKU SEJARAH MELAYU (W.G SHELLABEAR)
Buku terbitan Fajar Bakti ini ditulis oleh W.G Shellabear. Buku ini berkisar dari cetera
yang pertama tentang kisah Raja Khindi sehinggalah ke cetera yang ketiga puluh empat yang
berkisar tentang kisah kesultanan Melayu Melaka yang telah menjalari negeri Johor selepas
peperangan daripada Portugis.
Di dalam buku hasil Shellabear ini juga diselitkan zaman kegemilangan Melayu
Melaka yang diperintah oleh Parameswara sehinggalah pemerintahan kesultanan Melayu
Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah sebelum dijajah oleh Portugis pada tahun
1511.
W.G Shellabear turut menulis berkenaan kegemilangan pahlawan Melaka yang
menjadi epik sehingga kini iaitu Laksamana Hang Tuah semasa pemerintahan kesultanan
Melayu Melaka. Shellabear menulis semula kisah pertarungan antara Laksamana Hang Tuah
dan Hang Kasturi. Terdapat dua pendapat yang mengatakan Hang Tuah bertarung dengan
Hang Jebat manakala pendapat lain yang turut digunapakai oleh W.G Shellabear iaitu Hang
Tuah bertarung dengan Hang Kasturi.
Selain daripada itu, bahasa yang digunapakai di dalam buku Sejarah Melayu ini
diceduk daripada kata-kata lama yang diambil secara sepenuhnya dengan glosari kata yang
disediakan di muka akhir buku ini. Shellabear seolah menyalin semula kata-kata atau perkara
yang dipetik daripada manuskrip yang dikaji oleh beliau. Hal ini sendiri telah diperakui oleh
W.G Shellabear di dalam kata-kata awal pada buku Sejarah Melayu ini yang mana beliau
hanya menginterpretasikan karya beliau ke dalam bentuk yang lebih mudah yang diambil
daripda manuskrip-manuskrip lama yang diperolehi beliau.
W.G Shellabear mengambil maklumat daripada penulis-penulis terdahulu yang
menulis manuskrip berdasarkan pandangan peribadi penulis manuskrip itu sendiri.
3
ULASAN PERBANDINGAN BUKU “SEJARAH MELAYU” DENGAN “HIKAYAT
HANG TUAH”
Siapakah sebenarnya Hang Tuah? Benarkah Hang Tuah wujud dalam sejarah dan
adakah gambaran Hang Tuah dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu sekadar
fantasi sosial kesusasteraan Melayu? Hebat sangatkah Hang Tuah sebagai laksamana pada
zaman empayar Melaka?
Hang Tuah ialah seorang pahlawan lagenda berbangsa Melayu pada masa
pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada
1400-1511 Masihi [1]. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong,
Melaka kira- kira dalam tahun 1444 Masihi.
Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga
ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang
terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal
dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan
Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu,
mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana
Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan
ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil
mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah
Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di
tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernamaTaming
Sari.
Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat
dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada
kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming