ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 TUJUAN KAJIAN 2 3.0 KAEDAH KAJIAN 3 4.0 SEJARAH MELAYU 3 5.0 UNSUR-UNSUR SEJARAH 6 6.0 UNSUR-UNSUR SASTERA 17 7.0 PERBINCANGAN 25 0
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 TUJUAN KAJIAN 2
3.0 KAEDAH KAJIAN 3
4.0 SEJARAH MELAYU 3
5.0 UNSUR-UNSUR SEJARAH 6
6.0 UNSUR-UNSUR SASTERA 17
7.0 PERBINCANGAN 25
8.0 KESIMPULAN 29
BIBLIOGRAFI
0
1.0 PENGENALAN
Sastera sejarah merupakan Kesusasteraan Melayu Lama yang mempunyai sifat – sifat
tempatan dari segi isinya iaitu yang bercorak sejarah. Karya – karya yang bersifat
sejarah cukup bernilai kerana ianya adalah bukti dan sumber sejarah yang berlaku
pada masa dahulu. Secara amnya, karya – karya sastera sejarah banyak menceritakan
kisah kegemilangan Negara – Negara Melayu lama.
Sastera sejarah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan
bahagian yang bersifat mitos dan dongeng. Bahagian yang bersifat mitos dan dongeng
ini menceritakan tentang keadaan pada masa itu, asal usul raja – raja bagi sesebuah
Negara, asal usul negeri, dan sebagainya. Bahagian kedua merupakan bahagian yang
lebih bersifat historis. Bahagian ini pengarang cuba menerangkan sesuatu peristiwa
sejarah atau tentang tokoh – tokoh yang pernah hidup dalam sejarah.
Kebanyakan karya sastera sejarah lebih bertumpu pada istana yang
memceritakan tentang raja sesebuah Negara. Ini kerana, hasil yang selalunya
dijeniskan sebagai sastera sejarah ini dicipta di istana-istana raja – raja Melayu sejajar
dengan peranan istana pada masa dahulu sebagai tempat berkumpulnya cendekiawan
melayu. Sebahagian besar karya – karya sastera sejarah diberi judul ‘ hikayat’ seperti
Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Kelantan Hikayat
Aceh dan sebagainya.
Tetapi sejauh manakah sesebuah karya sejarah itu dikatakan sebagai sastera
sejarah. Kebanyakan karya sastera sejarah mempunyai unsur-unsur yang di luar
pemikiran logika manusia walaupun terdapat fakta-fakta yang dianggap sebagai sumber 1
sejarah. Persoalan seperti ini sebenarnya banyak di utarakan oleh sarjana-sarjana
barat yang mempertikaikan sastera sejarah melayu. Contohnya pandangan 1Prof.
Hoesein Djajadiningrat, Branders Rasser dan Pigeaud umpamanya mengangap
Sejarah Melayu sebagai buku dongeng kerana tidak mempunyai penanggalan.
Winstedt pula menganggap Hikayat Merong Mahawangsa sebagai cerita khayal yang
disadur daripada Ramayana, Khatha Sarit Sagara dan Jataka. Oleh itu, sarjana
tempatan perlu mengubah pandangan sarjana barat yang hanya pandai berhujah tetapi
tidak pandai memandang.
2.0 TUJUAN KAJIAN
Sastera sejarah merupakan karya-karya sastera melayu lama. Karya-karya sastera
sejarah mestilah mempunyai unsur-unsur sejarah dalam karya tersebut. Oleh itu, kajian
ini ingin melihat unsur sejarah dan juga unsur sastera yang terdapat di dalam karya
agung Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Setelah unsur-unsur sejarah dan unsur-
unsur sastera dikenalpastikan, perbincangan akan dibuat untuk melihat sejauhmanakah
kebenaran karya agung Sulalatus Salatin sebuah karya sastera sejarah. Karya agung
ini juga turut dibandingkan dengan karya sastera sejarah lain seperti Hikayat Raja-Raja
Pasai. Dengan kajian ini, diharap dapat mengungkai persoalan sejarah dan sastera
dalam Sejarah Melayu.
3.0 KAEDAH KAJIAN
1 Sanusi Samid, “Sejarah Melayu Sebagai Satu Sumber Sejarah”, Dewan Bahasa, Mei 1967, hlm. 204.2
Kajian ini menumpukan kepada pendekatan kaedah keperpustakaan. Kaedah
keperpustakaan bermakna merujuk kepada bahan-bahan bertulis, pita rakaman, video,
dan seumpamanya yang telah dilakukan oleh orang lain. Oleh itu, kajian tersebut lebih
menumpukan kepada teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin dan hasil kajian-
kajian terdahulu. Dengan kaedah keperpustakaan, kajian ini dapat dijalankan dan
diselesaikan dengan terjawabnya persoalan yang dicari.
4.0 SEJARAH MELAYU @ SULALATUS SALATIN
Masyarakat Melayu mempunyai sejumlah besar karya yang dipercayai dihasilkan sejak
abad ke-14 lagi. Karya kesusasteraan lama iaitu Sulalatus Salatin yang lebih dikenali
sekarang dengan nama Sejarah Melayu merupakan karya agung orang melayu. Tetapi
adakah kita megenali siapa disebalik karya agung ini?
Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya ialah Tun Muhammad adalah penulis asal
karya agung ini. Beliau adalah pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara
kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama yang ke-14. Ketika menjawat jawatan
Bendahara, beliau memakai gelaran Paduka Raja III. Tun Seri Lanang adalah anak
kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya bernama Tun
Ganggang. Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah
dan cicit kepada Tun Kudu, iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar syah.
Sumbangan Tun Seri Lanang dalam dunia kesusasteraan melayu cukup bernilai
dengan mengarang dan meyusun buku Sejarah Melayu pada tahun 1612 dengan 3
berdasarkan naskhah yang ditulis di negeri Melaka. Beliau menulis semula Sejarah
Melayu setelah mendapat perintah daripada Sultan Abdullah Maayah Syah. Baginda
pernah menitahkan Tun Seri Lanang demikian :
2“Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri
petuturan raja-raja melayu dengan istiadat sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita
yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia
daripadanya.”
Seterusnya diterangkan tentang sinopsis Sejarah Melayu. Sejarah Melayu
mengisahkan asal usul raja-raja melayu yang dikatakan berasal daripada keturunan
Raja Iskandar Zul-Karnain. Diceritakan salah seorang anak cucu Raja Iskandar Zul-
Karnain yang bernama Raja Suran masuk ke dalam laut dan mengahwini seorang
puteri yang bernama Puteri Mahtabul Bahri dari negeri Barsam. Melalui perkahwinan
ini,Raja Suran dikurniakan tiga orang anak iaitu Nila Utama, Nila Pahlawan dan
Kerisyna Pandita. Ketiga-tiga orang putera ini telah keluar daripada negeri bawah laut
dan pergi naik ke bumi serta turun ke bukit Si Guntang Mahameru. Disini, mereka telah
bertemu dengan Wan Empuk dan Wan malini dan mereka telah dikahwini dengan Nila
Pahlawan dan Kerisyna Pendita. Sementara Niala Utama (sang sapurba) mengahwini
anak Demang Lebar daun setelah mengadakan waad antaranya.
Salah seorang putera Sang Sapurpa iaitu Sang Nila Utama menjadi raja di
singapura yang asalnya dikenali sebagai Temasik. Sebagai sebuah karya sastera
sejarah ia tidak dapat dielakkan daripada unsure mitos seperti asal usul pembukaan
singapura. Kemudian sekaraj melayu menceritakan kisah-kisah pemerintahan raja-raja
2 A.Samad Ahmad, “Sulalatus Salatin”.Kuala Lumpur, DBP. hlm 3.4
Singapura yang seramai lima orang. Berbagai-bagai cerita berlaku pada zaman
kerajaan Melayu Singapura diceritakan daalam Sejarah Melayu. Diceritakan juga unsur-
unsur lagenda seperti kekuatan dan kegagahan badang. Semasa pemerintahan Raja
Iskandar syah, Singapura diserang oleh angkatan perang Majapahit sehingga Raja
Iskandar Syah terpaksa melarikan diri ke Melaka dan membuka kerajaan Melaka.
Sebelum Melaka dibuka, Sejarah Melayu juga menceritakan tentang kisah-kisah
mitos pembukaan Samudera-Pasai. Contohnyan pembukaan Samudera dikaitkan
dengan peristiwa terjumpanya seekor semut sebesar kucing dan pembukaan pasai
dikaitkan dengan seekor anjing yang bernama Si Pasai. Di Samudera-Pasai juga
dikisahkan tentang kedatangan islam di alam melayu memalui mimpi Merah Silu
bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w serta mengajarnya mengucap dua khalimah
syahadat. Merah Silu memeluk islam dan menukar namanya kepada Sultan malikul
Salleh. Selepas itu, diceritakan juga peristiwa melibatkan dua putera Merah Silu iaitu
Malikul Mansur dan Malikul Tahir.
Sejarah Melayu juga menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh
orang yang memerintah Melaka. Tun Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang
daripada Melaka mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka menuju zaman
kejatuhannya. Pada cerita terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh
Alfonso d’Albuquerque menyerang Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi
dan menyebabkan Sultan Mahmud lari ke negeri Pahang.
5.0 UNSUR-UNSUR SEJARAH
5
Sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua unsur iaitu unsur sastera dan unsur
sejarah. Bagaimana sesebuah karya sastera dianggap sebagai karya sastera sejarah?
Karya-karya sastera yang dikatakan sebagai sastera sejarah kerana isinya
mengandungi unsur-unsur sejarah tetapi ditulis dalam bentuk sastera. Ini adalah sifat
yang mutlak di dalam hasil-hasil sastera sejarah. Oleh itu, di dalam kajian ini akan
diperlihatkan unsur-unsur sejarah yang terdapat di dalam karya agung masyarakat
melayu iaitu Sejarah Melayu.
5.1 SALASILAH RAJA-RAJA.
Sejarah melayu @ Sulalatus Salatin turut dikenali sebagai peraturan segala
raja-raja. Sejarah Melayu telah dikarang oleh Tun Seri Lanang setelah menerima
perintah daripada Sultan Abdullah Ma’ayah Syah. oleh itu, karya ini turut menceritakan
tentang salasilah Raja-Raja Melayu Melaka. Tetapi adakah salasilah Raja-Raja Melayu
Melaka dikatakan sebagai unsur-unsur sejarah? Pada pendirian pengkaji walaupun asal
usul raja-raja melayu Melaka dikaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain dan dianggap
sebagai mitos, tetapi dari sudut fakta sejarah nama-nama raja-raja melayu Melaka
seperti Raja Iskandar Syah, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan
Mahmud Syah dan Sultan Ahmad Syah diperakui wujud dan diperkatakan di dalam
sejarah Melaka. 3Sultan Muzaffar Syah memerintah lebih kurang tiga belas tahun.
Baginda telah mangkat pada tahun 1459 dan telah digantikan oleh putera sulung
baginda yang bernama Raja Ibrahim. Sebab penulis mengaitkan jurai keturunan raja-
raja melayu Melaka dengan Raja Iskandar Zulkarnain kerana Raja Iskandar Zulkarnain
merupakan tokoh lagenda dan sejarah serta dikaitkan dengan agama islam itu sendiri. 3 Zainal Abidin Abdul Wahid. “Malaysia Warisan dan Perkembangan”. Hlm 49.
6
Walau bagaimanapun, jurai keturunan raja-raja melayu Melaka adalah satu fakta
sejarah walaupun disaluti dengan unsur-unsur mitos.
RAJA ISKANDAR SYAH
RAJA BESAR MUDA
RAJA TENGAH
RAJA KECIL BESAR (SULTAN MUHAMMAD SYAH)
SULTAN ABU SYAHID (RAJA IBRAHIM)
SULTAN MUZAFFAR SYAH (RAJA KASSIM)
SULTAN MANSUR SYAH(RAJA ABDULLAH)
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (RAJA HUSSAIN)
SULTAN AMHMUD SYAH (RAJA MAMAD@MUHAMMAD)
SULTAN AHMAD SYAH (RAJA AHMAD)
1.0 RAJAH : Salasilah Raja-Raja Melaka
5.2 NAMA NEGERI.
7
Unsur-unsur sejarah nama tempat turut terdapat di dalam karya Sejarah
melayu. Nama tempat yang dikarangkan oleh Tun Seri Lanang adalah benar dan wujud
hingga dewasa ini. Negeri-negeri yang menjadi pusat bicara Tun Seri Lanang itu sejajar
dengan kedudukan raja-raja berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Sejarah Melayu
menceritakan tentang pembukaan tempat atau negeri seperti Melaka, Pasai dan
Singapura.
Di dalam cerita berhubung pembukaan Pasai, nama samudera itu dikisahkan lahir
daripada kewujudan semut yang amat besar. Di dalam Sejarah Melayu juga, Temasik
telah digantikan namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama binatang singa
yang amat gagah tubuhnya yang dilihat oleh Sanh Nila Utama. Melaka pula mengambil
nama sempena kejadian pelanduk menedang anjing buruan dan kebetulan pohaon
tempat Raja Iskandar berteduh bernama Melaka.
4Titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah pada pelanduk; jikalau orangnya
betapa lagi?” maka sembah segala Orang Besar-Besar, “benarlah seperti titah Duli Tuanku itu.”
Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah Baginda “apa nama kayu itu?” Maka
sembah orang, “kayu Melaka namanya, Tuanku,” Maka titah Raja Iskandar Syah,”jika demikian,
“Melakalah nama negeri ini?”
Bukan Sejarah Melayu sahaja yang menceritakan tentang kewujudan negeri,
malahan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga menceritakan tentang riwayat
asal nama negeri Perak dan Petani. Walaupun riwayat pembukaan negeri mempunyai
unsur-unsur mitos, tetapi kewujudan negeri ini adalah realiti dan wujud hingga hari ini.
5.3 TOKOH BERSEJARAH.
4 Ibid.hlm 718
Sejarah Melayu mempunyai watak-watak yang merupakan tokoh sejarah. Ini
dapat dibuktikan dengan melihat pada asal usul keturunan raja-raja Melaka. Raja
Iskandar Zulkarnain adalah watak dan tokoh bersejarah sebenar Iskandar Agung
(Alexander the Great) dari negeri Makedonia (Babylon). Baginda pernah menakluk
seluruh Asia Tengah dan Timur Tengah hingga menganjur ke Utara India. 5Raja
sebenarnya adalah tokoh bersejarah Raja Rajendra Chola, seorang raja dari selatan
India yang dibuktikan oleh sebuah batu bersurat di Tanjore, India. Beliau pernah
menakluk beberapa daerah di pesisir pantai Semenanjung Tanah Melayu hingga ke
selatan ke arah Genggayu ( hulu Sungai Johor sekarang) dan mengalahkan Empayar
Serivijaya di sekitar abad ke-11 dan 12 Masihi.
Kedua-dua tokoh politik dan penakluk agung dalam sejarah awal rantau ini jadikan
satu bentuk cereka tokoh legenda dibahagian pendahuluan Sejarah Melayu, dengan
tujuan untuk mengatakan bahawa raja-raja Melayu merupakan nasab keturunan dari
Iskandar Zulkarnain, tokoh legenda Islam dan Raja Chola, tokoh legenda Hindu. Hal ini
segaja dimasukkan sebagai alat dan cereka justeru untuk memperkenalkan siapakah
raja-raja Melaka dan dari manakah asal usul mereka.
5.4 SEJARAH DAN STRUKTUR MASYARAKAT.
5 Hsu Yun Tsio, “Meninjau Sejarah Melayu dari Segi Nilaian Sejarahnya”, Dewan Bahasa, Oktober 1996, hlm. 438.9
Sebagaimana teks sastera sejarah Melayu yang lain, Sejarah Melayu juga
merupakan suatu generalisasi semata-mata, Cuma kerana raja-raja Melayu Melaka
dijadikan inti dan tokoh utama dalam bidang penulisannya. Sebenarnya turut
dibentangkan juga interplay tokoh-tokoh golongan bangsawan Melaka dan beberapa
orang tokoh asing yang menjadi pedagang-pedagang penting tetapi sangat erat
hubunganya dengan istana, dalam bidang politik, ekonomi manupun social.
Namun demikian dalam jalinan interplay golongan aristocrat ini, di mana keluarga
dan watak Bendaharanya sangat-sangat ditonjolkan. Terdapat juga gambaran secara
umum mengenai keadaan masyarakat Melaka diperingkat bawahan yang bercorak
cosmopolitan, berbagai-bagai bangsa berdagang dan menduduki Melaka seperti China,
India, Arab, Parsi, Siam, jawa, Bugis, dan lain-lain.
Di samping itu, Sejarah Melayu juga dapat memberikan kita gambaran tentang
struktur masyarakat Melaka yang terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat. Di
antaranya termasuklah masyarakat dari golongan pemerintah dan kerabat-kerabat
diraja, kemudian diikuti oleh golongan pentadbir-pentadbir terdiri dari pembesar-
pembesar yang menduduki kelompok bangsawan Melayu. Golongan ini kemudian
diikuti pula oleh golongan pedagang dan ramai juga orang-orang Melayu yang
menjalankan perniagaan di antaranya ialah hang Isap.
6“Adapun Hang Isap itu ada berniaga dengan seorang sayid hamba Allah”.
Dikatakan juga kebanyakan orang-orang Melayu ini hidup mewah belaka sebab…
6 A.Samad Ahmad, “Sulalatus Salatin”.Kuala Lumpur, DBP. hlm 221.10
7“kerana pada masa itu orang Melaka ratalah berkapal belaka”
Terdapat juga sebilangan Hulubalang yang sangat handal pada zamannya, diantaranya
termasuklah Hang Tuah dan rakan-rakanya, Tun Mai Ulat Bulu, Tun Jamal Unta dan
lain-lainnya.
Golongan pada ulama juga menduduki taraf yang istimewa dalan kerajaan
Melaka. Ramai para ulama ini, walaupun bukan menjadi keluarga istana, tetapi
mempunyai hubungan yang rapat dengan raja-raja Melaka. Golongan masyarakat yang
dianggap paling rendah sekali ialah hamba abdi. Disamping itu, orang-orang asing juga
digambarkan oleh Tun Seri Lanang berdamping rapat dengan istana Melaka. Di antara
mereka ialah saudagar-saudagar Keling seperti Nila Sura Dewana, Kitul, Aki Manu
Nayan yang menjadi seorang pedagang dan seorang saudagar Keling yang paling
kaya, juga menjadi Syahbandar, iaitu Raja Mendaliar. Terdapat juga orang jawa yang
mempunyai kedudukan yang sama ialah Patih Adam iaitu seorang pangeran dari
Surabaya.
5.5 SEJARAH KEBUDAYAAN.
Kebudayaan masyarakat Melayu turut digambarkan oleh pengarang Sejarah
Melayu sebagai pemgetahuan kita. Gambaran tentang adat istiadat istana dan
masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai
pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan lain-lain.
7 Ibid, hlm 220.11
8Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat
dipakai orang keluaran, dan diambil akan saru tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan
ulasan bantal besar dan tilam;
Dan larangan berbuat rumah bertiang terus dari atap dan peranginan;dan jikalau
perahu,bertingkap berpenghadapan,dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan
keris.
Adapun apabila raja dihadap orang dibalairung, maka bendahara dan penghulu Bendahari dan
Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai,
dan segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan…..
Terdapat juga gambaran adat perkahwinan di raja Johor-Pahang.
9“ maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang
bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun naikkan orang ke atas
gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut;
maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-
bunyian,gendang,serunai, nafiri, nagara, madeli, terlalu azimat bunyinya, bercampur dengan
bunyi bedil pegawai istinggar,”……
Hubungan individu dikalangan masyarakat turut digambarkan oleh pengarang.
Rasa hormat-menghormati terdapat dikalangan mereka. Seorang rakyat biasa
umpamanya tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar di atasnya. Umpamanya
apakala mengetahui yang Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud
Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang pembunuhan ini. Tetapi penentangan
8 Ibid.hlm 74 & 75.
9 Ibid.hlm 300.12
ini dilarang oleh Tun Mutahir kerana menderhaka namanya. Pengikut-pengikut ini
kemudiannya tidak jadi menentang.
Selain itu, seorang ulama juga sangat dihormati sehingga sultan Melaka sendiri
menghormatinya. Hal ini berlaku apabila guru baginda Sultan Mahmud Syah iaitu
Maulana Yusoff enggan membenarkan baginda mengadap guru tersebut dengan
menunggang gajah, dan akhirnya baginda mematuhi kehendaknya.
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi bahasanya. Ini
digambarkan oleh Tun Seri Lanang di dalam Sejarah Melayu. Adat Istiadat diraja juga
dikarang oleh Tun Seri Lanang bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Oleh itu, Sejarah kebudayaan masyarakat Melayu turut dipaparkan di dalam Sejarah
Melayu bagi tatapan masyarakat dewasa ini.
5.6 HUBUNGAN DIPLOMATIK
Melaka merupakan pusat tumpuan pedagang-pedagang yang melalui Selat
Melaka. Melaka adalah pusat perdagangan utama pada ketika itu dan barang
dagangan yang paling utama adalah rempah ratus. Antara pedagang-pedagang yang
berdagang di pelabuhan Melaka adalah seperti pedagang Arab, China, Siam, Jawa,
dan lain-lain. Oleh itu, untuk mengukuhkan Melaka sebagai pelabuhan utama di Selat
Melaka, kerajaan Melaka ketika itu turut menjalinkan hubungan diplomatic dengan
Negara-negara ini. Selain itu, Melaka turut menjalinkan hubungan diplomatic dengan
negeri-negeri lain seperti Terengganu, Kelang, Beruas, Pahang, Sulawesi dan Kampar.
Kebanyakan Negara-negara ini menghantar ufti sebagai tanda mengakui kedaulatan
kerajaan Melaka. Ada juga Negeri yang menghantar ufti sebagai tanda negeri tersebut 13
di bawah jajahan takluk kerajaan Melaka. Contohnya kerajaan Siam telah
menganugerahkan seorang puteri yang bernama Onang Minang Lang kepada Tun
Telanai yang dihantar oleh Sultan Mansor Syah sebagai utusan untuk menjalinkan
hubungan diplomatic dengan Siam. Penganugerahan ini diberi kerana Tun Telanai dan
rombongannya telah Berjaya menolong Raja Siam mengalahkan negeri jirannya.
Sebagai balasan kepada kerajaan Melaka, Raja Siam membalas utusan Melaka
dengan mengirim surat dan hadiah tanda persahabatan.
Jalinan hubungan diplomatic kerajaan Melaka dengan Negara China merupakan
hubungan diplomatic yang paling penting. Hubungan ini kekal hingga ke hari ini.
Hubungan kerajaan Melaka dengan kerajaan China bermula setelah kerajaan China
menghantar utusan ke Melaka dengan membawa bingkisan jarum sarat sebuah pilau
(kapal) untuk menunjukkan bilangan penduduk China yang ramai. Selain itu dikirimkan
juga beberapa barang berharga yang luar biasa.
Hubungan diplomatic kerajaan Melaka dengan Negara-negara tersebut adalah
untuk kepentingan kedudukan dan kedaulatan kerajaan Melaka. Oleh kerana itulah
mereka perlu menghantar ufti sebagai tanda kedaulatan kerajaan Melaka. Ada
sesetengah negeri ini adalah jajahan takluk kerajaan Melaka seperti Pahang. Dengan
hubungan diplomatic ini juga dapat mewujudkan hubungan perdagangan seperti China
yang sehingga hari ini adalah rakan dagangan Malaysia yang penting.
14
Empayar kerajaan Melaka pada tahun 1511
5.7 PORTUGIS MENYERANG MELAKA
Kejatuhan Melaka yang dikarang dalam Sejarah Melayu adalah fakta sejarah
yang penting. Kemakmuran dan kemajuan pelabuhan Melaka menarik minat Peringgi
untuk menjajah Melaka. Serangan pertama orang Peringgi diketuai oleh Gonsalo
Periera. Pertempuran pertama ini dimenangi oleh tentera Melaka yang diketuai Tun
Hassan Temenggung. Kekalahan Peringgi ke atas Melaka menumbulkan kemarahan
15
Alfonso de Albuquerque yang suka menjajah. Kekalahan pertama Peringgi
membuatkan beliau merancang untuk menyerang Melaka lagi.
Alfonso de Albuquerque, bekas wizurai Portugis di Goa telah menyediakan
kelengkapan yang paling besar untuk menjerang Melaka. Pembesar-pembesar Melaka
yang tua dan muda pula berada dalam keadaan tidak bersatu. Tambahan pula Melaka
kehilangan 3 pembesar terutama Tun Hassan Temenggung yang menjadi wira
mengalahkan Peringgi bahulu.
Sultan Ahmad dengan beraninya mengetuai angkatan Melaka mempertahankan
Kota Melaka. Hulubalang Melaka telah meminta daripada baginda Hikayat Muhammad
Hanafiah untuk dibacakan bagi menaikkan semangat para Hulubalang. Tun Sallehuddin
yang cuba membantu Sultan Ahmad telah mati dibunuh Peringgi. Angkatan tentera
Melaka gagal mempertahankan Melaka walaupun Sultan Ahmad sendiri mengetuainya.
Setelah Melaka tewas di tangan Peringgi, Sultan Ahmad berundur ke Hulu Muar di
Pagoh.
Serangan Peringgi ke atas Melaka adalah unsur sejarah yang benar-benar berlaku.
Kejatuhan Melaka ditangan Peringgi adalah detik permulaan penjajahan di Tanah
Melayu. Kemenangan Peringgi memaksakan Sultan Ahmad lari ke Hulu Muar di Pagoh.
16
6.0 UNSUR-UNSUR SASTERA.
6.1 MITOS
Mitos secara umumnya dapat dijelaskan sebagai cerita-cerita yang mengandungi
unsur-unsur luar biasa (supernatural) iaitu kuasa luar biasa yang ada pada manusia
atau mahkluk-mahkluk lain. Mitos selalunya berhubungan dengan soal agama,
kepercayaan, dan adat istiadat. Mitos di dalam sastera sejarah dapat dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu:
a) mitos berhubungan dengan asal usul raja,
b) mitos berhubungan dengan pembukaan negeri,
c) mitos berhubungan dengan kedatangan islam,
d) mitos umum.
Dalam teks Sejarah Melayu unsur mitos jelas sekali terdapat dalam bahagian
awal pra Melaka. Tetapi banyak juga unsur mitos yang terdapat semasa zaman Melaka.
Contohnya mitos yang paling diketahui orang ialah pertistiwa peminangan Puteri
Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Syah.
Mitos berhubungan dengan asal usul raja yang memerintah kerap mempunyai
unsur keajaiban. Di dalam Sejarah Melayu memang banyak tertumpu tentang asal usul
raja-raja Melaka dan keturunannya. Asal usul dan salasilah raja-raja Melaka dikaitkan
dengan tokoh sejarah islam yang terbesar dan menjadi tokoh legenda dalam
kesusasteraan Melayu Islam iaitu Iskandar Zulkarnain. asal usul bermula apabila beliau
17
dari Makedonia menjelajah dan menakluk negeri Hindi dan berkahwin dengan puteri
negeri itu iaitu Shahru’l-Bahriah. Daripada perkahwinan ini lahirlah keturunannya seperti
Raja Suran, Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Raja Iskandar iaitu tokoh diraja pertama
berasal dari Palembang yang merajai Melaka.
Selain daripada itu terdapat mitos asal usul mengenai sesuatu tempat. Negeri-
negeri yang menjadi pusat bicara pengarang sastera sejarah itu perlu sejajar dengan
kedudukan raja-raja berasal dari pahlawan dan yang berdaulat. Di dalam cerita
berhubung dengan pembukaan Pasai, nama Samudera itu dikisahkan lahir daripada
kewujudan semut yang amat besar. Di dalam Sejarah Melayu, Temasik telah digantikan
namanya menjadi Singapura berdasarkan kepada nama binatang singa yang amat
gagah tubuhnya yang dilihat oleh sang Nila Utama. Melaka pula mengambil nama
sempena kejadian pelanduk menendang anjing buruan dan kebetulan pohon tempat
Raja Iskandar berteduh bernama Melaka.
Mitos juga dituliskan sebagai mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah
kemasukan agama islam ke Melaka dan Pasai. Sejarah Melayu dikatakan bahawa
orang yang pertama sekali memeluk agama islam ialah raja yang memerintah.
Pengislaman Merah Silu yang dilakukan oleh Faqir Muhammad yang berlayar ke Pasai
bersama-sama Syeikh Ismail adalah berlaku secara langsung setelah penyebar-
penyebar islam ini mengislamkan Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Setelah Merah Silu
diajarkan mengucap dua kalimah syahadat dan diislamkan oleh Faqir Muhammad,
baginda pun bermimpi dalam tidurnya baahwa baginda bertemu dengan Rasulullah.
Baginda kemudian diludahi mulutnya oleh Rasulullah dan apabila bangkit dari tidur
18
badannya berbau wangi. Baginda kemudian secara spontan tahu membaca al-Quran.
Nama baginda Merah Silu lalu ditukar kepada Malikus Salleh. Unsur mitos yang sama
juga berlaku di Melaka. Raja Kecil Besar telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah
yang mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat. Nabi Muhammad
menukarkan nama Raja Kecil Besar kepada Sultan Muhammad Syah. Dalam mimpi
tersebut, Nabi juga memberitahu baginda bahawa sebuah kapal dari Jeddah akan
singgah di Melaka keesokan harinya untuk mengislamkan orang-orang Melaka. Apabila
terjaga dari tidur,badan baginda berbau wangi dan sudah pun berkhatan. Baginda terus
mengucap syahadah.
Selain daripada tiga mitos yang kebanyakan berkaitan dengan raja dan negeri
yang diperintahnya, wujud juga mitos lain. Di dalam Sejarah Melayu terdapat mitos
mengenai keramat orang-orang alim seperti Tun Jana Khatib dari pasai yang
menjadikan sebatang pinang yang dilihatnya terbelah dua. Unsur-unsur mitos ini adalah
salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh pengarang Sejarah Melayu.
6.2 LAGENDA
Lagenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat Melayu. Legenda kurang
memperlihatkan unsur-unsur keajaiban daripada aspek rohani, tetapi lebih menekankan
keistimewaan-keistimewaan luaran seperti ketangkasan, kepahlawanan, kebal,
kekuatan dan sebagainya. Secara ringkasnya legenda ialah kisah-kisah mengenai
keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia
tertentu.
19
Di bahagian awal Sejarah Melayu legenda yang tidak asing lagi digunakan ialah ‘
Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain dikatakan berasal dari Mekadonia telah
menjajah lalu menakluk negeri Hindi dan berkahwin dengan Puteri Raja Kida Hindi.
Jurai keturunan dari iskandar dan Raja Hindi inilah dikatakan menjadi tali-temali
salasilah raja-raja Melaka.Begitu juga dengan lagenda tentang Raja Suran.
Legenda yang digambarkan dengan kekuatan yang dimiliki ialah Badang.
Kekuatan aneh yang diperolehi olehnya setelah memakan muntah hantu menyebabkan
ia dilantik oleh raja Singapura sebagai Raden dan berikutnya menjadi Hulubalang.
Kemasyhuran Singapura hingga dikenali di benua India dan Perlak dibina dari
kegagahan Badang, dapat dicapai apakala jaguh kuat dari Singapura ini Berjaya
mengalahkan kekuatan legenda benua Keling Nadi Bijaya Pikrama dan Benderang dari
Perlak.
Di Melaka, kemuncak dari penonjolan tokoh legenda ini dapat apakala munculnya
watak Hang Tuah. Hang tuah dilambangkan sebagai lambang kegagahan orang-orang
Melaka seluruhnya. Hang Tuah dapat mengalahkan orang jawa yang mengamuk,
kemudiannya di Melaka dilantik menjadi Laksamana. Kejayaan Hang Tuah membunuh
penderhaka Raja Melaka iaitu sahabatnya Hang Jebat mengambarkan ketaat setiaanya
kepada raja. Perihebatnya tokoh ini di mata masayrkat digambarkan oleh Sejarah
Melayu.
Daripada penjelasan di atas, legenda dihubungkan dengan anggota-anggota
daripada golongan raja, bangsawan dan rakyat biasa. Selain itu, kewujudan lagenda ini
adalah sebagai unsur sastera untuk menarikkan lagi karya ini.
20
6.3 TEMA SEJARAH MELAYU
Tema Sejarah Melayu kalau dilihat dari awal hingga ke akhir ceritanya, Melakalah yang
menjadi pusat perhatian pengarang. Ini kerana Melaka bukan sebuah Negara kota
semata-mata tetapi merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai pengaruh dan
kekuatan pada satu masa yang panjang.
Sejarah Melayu lebih menumpukan pada istana dan raja-raja serta golongan
aristocrat Melaka. Oleh itu Sejarah Melayu adalah sebuah penulisan sastera sejarah
yang bercorak istana. Kebanyakan cerita lebih menumpukan kepada kehidupan raja-
raja dan juga para pembesar serta golongan istana. Raja-raja digambar dengan
istimewa sekali dengan asal usul, kebijaksanaan, kekuatan, dan sebagainya.
Disebaliknya terdapat juga sindiran sinis yang dilemparkan kepada golongan ini.
Walaupun Sejarah Melayu mengambarkan kerajaan Melaka, terdapat juga gambaran
kerajaan lain seperti Pasai, Singapura, dan Majapahit.
Tema Sejarah Melayu yang dilahirkan oleh pengarang yang mempunyai
kepentingan yang sama dengan raja penaungnya di dalam menegakkan kedudukan
Melaka berdasarkan falsafah hormat dan penghambaan diri. Di dalam mengetengahkan
tema ini pengarang Sejarah Melayu menjadi begitu taksub terhadap pendangan
pentingnya Melaka di dalam kewujudan daerah-daerah sekitar dan jauh dari Melaka.
segala yang berlaku di daerah-daerah sekitar dan jauh dari Melaka adalah berkaitan
dan banyak dipengaruhi oleh ketinggian dan kesucian raja-raja Melaka serta
kebijaksanaan bendahara-bendaharanya. Oleh itu, jelaslah Sejarah Melayu adalah
21
karya yang mengambarkan kedaulatan dan kehidupan golongan raja dan golongan
pembesarnya.
6.4 BENTUK PUISI
Terdapat beberapa sisipan bentuk puisi di dalam Sejarah Melayu. Ini kerana
masyarakat Melayu begitu kaya dengan keindahan bahasa yang diungkap dalam
bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah seperti pantun, syair dan seloka serta
terdapat juga nyanyian. Puisi yang terdapat di dalam Sejarah Melayu mempunyai
unsur-unsur tersirat yang bertujuan memuji atau sebaliknya menyindir.
Puisi yang dihasilkan sebenarnya idea dari rakyat. Kalau dilihat dalam Sejarah
Melayu, pengarang akan menulis “ maka diperbuat orang pantun”. Ini menjelaskan puisi
tersebut sebenarnya dihasilkan oleh rakyat. Ada Puisi-puisi yang dicipta masyarakat
tersebut adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku. Contohnya:
Teluk itik dari senggora,
Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi.10
Pantun ini dihasilkan berdasarkan cerita hukuman bunuh terhadap Tuan Jana Khatib
kerana Paduka Seri Maharaja irihati dengan beliau yang dituduh cuba mengoda Raja
Perempuan dengan memperlihatkan kemahirannya menilik pohon pinang sehingga
terbelah dua. Anehnya semasa dibunuh, darahnya menitik setitik manakala badannya
ghaib.10 A.Samad Ahmad, “Sulalatus Salatin”.Kuala Lumpur, DBP. hlm 68.
22
Terdapat juga puisi yang dibuat masyarakat untuk memuji golongan pembesar
dan golongan raja. Tetapi ianya dinyanyikan. Contohnya:
11Pada suatu hari raja Maluku meninjam kuda pada Maulana Yusuf, itulah dibuat orang
nyanyian:
Raja Maluku meninjam kuda,
Meninjam kuda pad Maulana,
Tuanku nyawa orang muda,
Arif bertambah bijaksana.
Disebalik pujian, terdapat juga sindiran yang dihalakan kepada golongan pemerintah.
Contohnya pantun dan seloka ini:
12 “ Asa-asaan gigi si Mambang,hendak makan ikan;
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang.”
Maka di sahut oleh bunga tanjung, katanya:
“Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada,
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.”
Maka dijawab oleh bunga telipuk:
11 Ibid.hlm 180.
12 Ibid.hlm 214..23
“kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar wakab,
Hairan memandang dunia sekarang,
Baying-bayang hendak ditangkap.”
Seloka dan pantun ini sebenarnya mempunyai sindiran terhadap Sultan Mahmud yang
ingin berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Jelaslah, puisi-puisi yang dihasilkan ini
sebenarnya mempunyai tujuan tersirat yang mengambarkan pujian atau sindiran
kepada golongan pemerintah dan juga mengambarkan peristiwa yang berlaku.
7.0 PERBINCANGAN.
Sejarah Melayu merupakan sebuah karya yang cukup bernilai dari segi sejarahnya.
Sejarah Melayu memperihalkan tentang pemerintahan kerajaan Melaka dan keagungan
24
raja-raja Melayu. Oleh itu, Sejarah Melayu telah diklfikasikan sebagai karya yang
berbentuk Historiografi. Disini Sejarah Melayu bukan sahaja sebuah karya yang
berunsur sastera malahan turut berunsurkan sejarah. Tetapi sejauhmanakah unsur-
unsur ini dimiliki dalam karya Sejarah Melayu?
Pengkaji akan melihat dahulu unsur Sejarah dalam karya ini. Sejarah
membawa pengertian cacatan tentang sesuatu kejadian atau peristiwa yang benar-
benar berlaku, sesuatu yang tidak boleh disangsikan kebenarannya. Ada sesetengah
sarjana berpendapat sastera sejarah tidak dapat digunakan sebagai sumber sejarah
yang lengkap, kerana terdapat perbezaan antara sastera sejarah dengan penulisan
sejarah yang sebenar. Apa yang dilukiskan dalam sastera sejarah belum tentu
merupakan suatu kebenaran. Terdapat campur aduk fakta dengan khalayan meskipun
banyak peristiwa yang dicatatkan itu benar-benar berlaku. Memang benar sastera
sejarah memcampur adukkan fakta dengan khayalan. Tetapi khayalan ini hanya
sebagai saduran dan dari sudut sastera khayalan ini dianggap mitos atau dogengan
yang bertujuan menarikkan cerita tersebut.
Jelaslah, Sejarah Melayu merupakan sebuah karya yang mempunyai unsur-unsur
sastera dan juga unsur-unsur sejarah walaupun unsur-unsur sastera jelaslah kelihatan
dan disebaliknya terselit unsur-unsur sejarah yang sebenarnya perlu dikaji dengan
terperinci. Contohnya dalam Sejarah Melayu, kalau dilihat salasilah asal usul raja-raja
Melayu Melaka, walaupun dikaitkan keturunan raja-raja Melayu dengan Iskandar
Zulkarnain dan Raja Suran, ianya hanyalah sebagai mitos kerana pengaruh islam yang
menganggap Iskandar Zukarnain sebagai pemerintah agung islam. Saduran ini
25
hanyalah untuk mengagungkan raja-raja Melayu. Tetapi dari sudut sejarah, kewujudan
pemerintah-pemerintah Melaka yang diterangkan sebelum ini adalah bebar-benar
wujud dalam sejarah Malaysia.
Selain itu, bukti kebenaran sejarah Melayu adalah sastera sejarah dan
mempunyai unsur sejarah, kita boleh ambil peristiwa Melaka diserang oleh Feringgi
yang dilukiskan dalam sejarah adalah benar-benar berlaku dan ini adalah fakta yang
tidak boleh disangsikan lagi. Melaka telah diserang oleh Feringgi yang diketuai oleh
Alfonso de Albuquerque. Penyerangan ini merupakan titik mula kejatuhan Melaka dan
penjajahan kuasa barat ke atas Tanah Melayu. Kejatuhan Melaka yang dilakar oleh
pengarang adalah benar-benar berlaku dan bagaimana pengarang hendak hendak
berimaginasikan berkara seperti ini.
Faktor lain pula, pengarang Sejarah Melayu adalah seorang Bendahara dan
dengan demikian mustahil untuknya mencatatkan sesuatu yang tidak benar, berkaitan
dengan keturunan raja-raja, adat istiadat, kebudayaan, dan kehidupan di istana kerana
seorang pegawai pastilah ia memahami hal-hal istana. Hal ini tidak dapat dinafikan
sebab dalam masyarakat feudal istanalah yang menjadi pusat perkembangan
kebudayaan dan kesusasteraan.
Seterusnya kita akan membincangkan unsur sastera yang terdapat dalam
karya Sejarah Melayu. Sejarah Melayu adalah sebuah karya sastera yang agung dan
memiliki nilai sastera yang tinggi. Karya sastera sejarah boleh dirumuskan penulis
banyak memperkatakan tentang golongan pemerintah dan golongan-golongan yang 26
tinggal diistana. Ini boleh dianggap sebagai tema utama karya sastera sejarah. Begitu
juga Sejarah Melayu yang mengisahkan tentang golongan pemerintah dan kehidupan
istana. Teks sastera sejarah biasanya dimulakan dengan mengemukakan asal usul
raja-raja dan negeri. Kisah-kisah ini akan dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan
lagenda bagi memperkukuhkan ceritanya. Dalam Sejarah Melayu, raja-raja Melayu
Melaka dikaitkan dengan jurai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain iaitu seorang
pemerintah agung.
Dapat diperhatikan disini, peranan unsur-unsur mitos dan lagenda didalam cerita
amat penting. Boleh dikatakan setiap cerita yang dikarang mempunyai unsur-unsur
mitos dan sastera. Mitos pada dasarnya merupakan cerita tentang asal usul tempat,
asal usul manusia, asal usul kejadian dan sebagainya. Sedangkan lagenda adalah
kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh
tokoh-tokoh tertentu. Kedua-dua unsur ini adalah sifat-sifat sastera yang dihasilkan oleh
pengarang Sejarah Melayu.
Oleh itu, kedua-dua unsur sejarah dan sastera ada pada Sejarah Melayu. Tetapi
dari sudut unsur sejarah, kita boleh menyimpulkan bahawa Sejarah Melayu tidak dapat
dijadikan suatu sumber sejarah yang tepat sebaliknya boleh dijadikan suatu sumber
yang bernilai yang seharusnya dikaji sedalam-dalamnya.
8.0 KESIMPULAN
Sejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Ini bermakna isi-isi
bersejarah atau bukan bersejarah berkenaan raja-raja Melaka melingkupi masa hampir
101 tahun selepas Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511. Bahan-bahan selama 27
101 tahun ini dimasukkan oleh Tun Seri Lanang kepada “Hikayat Melayu” yang lebih
pendek yang didapatinya itu.
Oleh itu, apabila mengkaji Sejarah Melayu sebagai hasil sastera lama yang
bercorak sastera sejarah, patut dilihat dari dua segi @ sudut. Pertama, Sejarah Melayu
dengan unsur sejarahnya dan kedua Sejarah Melayu dengan unsur bukan sejarah iaitu
unsur sastera. Boleh dikatakan bahawa Sejarah Melayu tidak dapat dijadikan suatu
sumber sejarah yang tepat, tetapi ia menjadikan satu sumber yang bernilai kiranya isi
kandungannya dikaji. Walaupun sejarah melayu secara keseluruhannya merupakan
sebuah buku mitos dan lagenda, tetapi disebalik mitos dan lagenda ini terdapat unsur-
unsur sejarah.
Disebalik unsur-unsur sejarah, secara keseluruhan boleh dikatakan Sejarah
Melayu adalah sebuah karya sastera lama yang dikategorikan dibawah karya sastera
sejarah. Semestinya Sejarah Melayu turut mempunyai unsur-unsur sastera. Kalau
dihayati, pengarang telah mencuba melihat Sejarah Melayu dari perspektif
kesusasteraan. Dari segi tujuan pengarang menulis Sejarah Melayu yang bertemakan
kemegahan dan kesultanan melayu, dan secara keseluruhan ceritanya berpusat
kepada golongan raja-raja serta pembesar-pembesar yang berlatar berlakangkan istana
dan kawasan pemerintahan. Pengarang juga menyelitkan kisah-kisah bercorak mitos,
lagenda, cerita rakyat dan kisah-kisah sejarah yang dikatakan adalah unsur-unsur
sastera walaupun ada yang bercorak sejarah.
28
BIBLIOGRAFI
A.Samad Ahmad, 2000. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad, 1940. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
29
Bahasa dan Pustaka.
Hsu Yun Tsio, 1996. “Meninjau Sejarah Melayu dari Segi Nilaian Sejarahnya”. Dewan
Bahasa, Oktober.
Ismail Ahmad, 1978. Ulasan Buku Sejarah Melayu untuk HSC. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
Sanusi Samid, 1967. “Sejarah Melayu Sebagai Satu Sumber Sejarah”. Dewan Bahasa,
Mei.
Zahrah Ibrahim, 1986. Sastera Sejarah Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia: Warisan Dan Perkembangan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
30