18.4.2019 KENYATAAN MEDIA oleh DATO’ IR. JASENI MAIDINSA CEO PBA Holdings Bhd dan PBAPP. “ASIAWATER” PILIH LOJI RAWATAN AIR PULAU PINANG SEBAGAI TAPAK LAWATAN TEKNIKAL INDUSTRI PULAU PINANG, Khamis, 18.4.2019: Loji Rawatan Air Sungai (WTP) di Seberang Prai akan menjadi tapak lawatan teknikal industri untuk Ekspo & Forum “Asiawater 2020” tahun depan. Ini adalah kali pertama loji rawatan air Pulau Pinang dipilih sebagai tapak lawatan teknikal industri Asiawater. Asiawater adalah acara antarabangsa dwi tahunan terulung yang paling lama (setiap dua tahun sekali) bagi industri air dan air sisa di Asia. Edisi ke-11 “Asiawater 2020” akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 31.3.2020 – 2.4.2020. Acara ini akan mengumpulkan pakar-pakar air, profesional industri dan pelabur utama dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan, rangkaian dan meninjau potensi projek-projek usahasama. Peserta yang berhasrat melawat LRA Sungai Dua akan datang ke Pulau Pinang pada tahun 2020 untuk lawatan teknikal yang dijadualkan oleh Asiawater. Perbadanan Bekalan Pulau Pinang (PBAPP) akan menjadi tuan rumah untuk lawatan tapak teknikal di loji rawatan air terbesar dan paling penting di Pulau Pinang. Fakta pantas: LRA Sungai Dua 1 Tahun dirasmi 1973 2 Sumber Air Mentah a. Sungai Muda b. Empangan Mengkuang (melalui Terusan Sungai Dua 14km) 3 Kawasan Tanah 18.2 hektar 4 Kapasiti Maksimum Reka 1,228 JLH (juta liter sehari)