RANCANGAN PENGAJARAN Peringkat/ Jumlah Pelajar Menengah 3 (Ekspres) 12 orang pelajar ( 3 HA) ( 6 MA) ( 3 LA) Fasa/Masa Fasa 1 / 45 minit (1 Masa) Tajuk Induksi Drama Jalan Sempit Kemahiran (Berfikir) Soalan & Penyoalan Bertumpu dan Bercapah: dilakukan ketika perbincangan. 1. Mengingat & memahami: menilai pemahaman pelajar tentang teks yang baru dibaca. 2. Mengaplikasi: menggunakan konsep yang dipelajari sebelum ini untuk menggarap nilai dan pemikiran dalam teks Jalan Sempit . 3. Menilai: menghakimi sesuatu langkah-langkah yang diambil ketika aktiviti utama. Objektif Pelajaran 1. Memperkenalkan teks Jalan Sempit karya Amelia Hasim kepada para pelajar. 2. Menilai dan mengukuhkan pemahaman pelajar tentang teks yang baru dibaca. 3. Mengenal pasti komponen sastera iaitu plot dan pemikiran. Pengetahuan Sedia Ada (Dimiliki/Dikuasai) 1. Telah membaca dan memahami teks Jalan Sempit. 2. Pernah melakukan aktiviti berkumpulan. Penilaian 1. Formatif tidak formal yang dijalankan adalah seperti berikut: guru menyediakan aktiviti yang mencabar kreativiti serta menguji minda
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
RANCANGAN PENGAJARAN
Peringkat/ Jumlah
Pelajar
Menengah 3 (Ekspres)
12 orang pelajar ( 3 HA) ( 6 MA) ( 3 LA)
Fasa/Masa Fasa 1 / 45 minit (1 Masa)
Tajuk Induksi Drama Jalan Sempit
Kemahiran (Berfikir)
Soalan & Penyoalan Bertumpu dan Bercapah: dilakukan ketika perbincangan.
1. Mengingat & memahami: menilai pemahaman pelajar tentang teks yang baru dibaca.
2. Mengaplikasi: menggunakan konsep yang dipelajari sebelum ini untuk menggarap nilai dan
pemikiran dalam teks Jalan Sempit .
3. Menilai: menghakimi sesuatu langkah-langkah yang diambil ketika aktiviti utama.
Objektif Pelajaran
1. Memperkenalkan teks Jalan Sempit karya Amelia Hasim kepada para pelajar.
2. Menilai dan mengukuhkan pemahaman pelajar tentang teks yang baru dibaca.
3. Mengenal pasti komponen sastera iaitu plot dan pemikiran.
Pengetahuan Sedia Ada
(Dimiliki/Dikuasai)
1. Telah membaca dan memahami teks Jalan Sempit.
2. Pernah melakukan aktiviti berkumpulan.
Penilaian 1. Formatif tidak formal yang dijalankan adalah seperti berikut:
guru menyediakan aktiviti yang mencabar kreativiti serta menguji minda mengikut tahap
perkembangan pelajar dari segi pemahaman teks Jalan Sempit.
guru turut mengaplikasikan kemahiran kesusasteraan yang telah diajarkan, seperti aspek
pemikiran, watak dan plot.
2. Penilaian pemahaman teks Jalan Sempit dengan
penggunaan konsep permainan Jalan Sesak, dan
lembaran kerja
3. Penilaian kemahiran mencungkil nilai dengan
penayangan sedutan video Youtube
Bahan Pengajaran
1. Slaid PowerPoint
2. Lembaran kerja
3. Video Youtube
a. http://www.youtube.com/watch?v=ZCQ-qySiN1s&feature=related
b. http://www.youtube.com/watch?v=PPCdykxra-k
c. http://www.youtube.com/watch?v=n3z69U4Njik
4. 13 keping tanda pangkah
Andaian Guru
Para pelajar mempunyai kumpulan yang telah ditetapkan guru. Ketiga-tiga kumpulan
mempunyai sama rata bilangan pelajar berkebolehan tinggi, sedang dan rendah (1 HA, 2 MA, 1
LA).
Guru perlu meminta dan menyediakan peralatan ICT seperti komputer riba di dalam kelas
sebelum mulanya pengajaran.
Jika alat teknologi gagal dihidupkan, guru boleh meminta beberapa pelajar membaca dan
melakonkan berdasarkan skrip yang telah sedia dicetak bagi setiap pelajar.