Top Banner
BAB 4 NASIONALISME
45

4 nasionalisme

Jun 01, 2015

Download

Documents

Nur Az
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 4 nasionalisme

BAB 4

NASIONALISME

Page 2: 4 nasionalisme

4.1 PENGENALAN • Hans Kahn - gerakan untuk menbentuk

masyarakat yang lebih terbuka dan untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran.

• R. S. Chavan - sebagai sentimen, loyalty of sympathy.

• Juga disebut sebagai fahaman kebangsaan - pemikiran dan tindakan yang menunjukkan cinta kepada bangsa dan negara. Ia merangkumi gerakan yang dilancarkan bagi menjamin ataupun mengembalikan kebaikan golongan majoriti.

Page 3: 4 nasionalisme

• Bermula di Eropah pada abad ke-18, khususnya selepas berlaku Revolusi Perancis pada tahun 1789.

• Asia Tenggara - wujud dengan serius dalam abad ke-20.

• Bagi orang Melayu pula, nasionalisme merujuk kepada perjuangan mereka untuk mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negaranya sendiri seperti sebelum kedatangan penjajah.

Page 4: 4 nasionalisme

• Penting dalam usaha pembentukan negara bangsa

• Keseluruhannya, nasionalisme adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Melahirkan perasaan bersatu padu di antara rakyat yang dijajah.

• Namun, pengertian nasionalisme dalam konteks lepas merdeka lebih merupakan sebagai satu perjuangan bagi mempertahankan maruah dan mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara.

Page 5: 4 nasionalisme

4.2 BENTUK DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME

• Secara umum, sarjana melihat perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dari sudut masyarakat peribumi (Melayu) dan masyarakat imigran.

• Peribumi - dua bentuk perkembangan;– gerakan radikal (bersenjata),– sederhana (tidak bersenjata) - melalui pertubuhan

dan desakan media massa.

Page 6: 4 nasionalisme

4.3 GERAKAN NASIONALISME BERSENJATA • Bermula apabila orang Melayu Melaka menentang kuasa-kuasa

asing seperti Portugis dan Belanda, dan juga di Kedah menentang Siam.

• Pemberontakan terhadap penjajah Inggeris - faktor sosio ekonomi, agama, adat resam dan kepimpinan.– Aspek sosio ekonomi dikatakan sebab utama wujud rasa tidak

puas hati di kalangan pemimpin dan penduduk tempatan. Perubahan sosial dan ekonomi yang dijalankan oleh British tidak boleh diterima oleh masyarakat tempatan. Contohnya pengutipan cukai.

– Dari segi kepimpinan pula, penguasaan British di Tanah Melayu di lihat sebagai mencabar kewibawaan pembesar Melayu sebagai pemimpin tradisi tempatan.

– Sikap pihak British yang cuba campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat-adat Melayu.

Page 7: 4 nasionalisme

• Tercetus usaha dan percubaan untuk membebaskan diri daripada cengkaman British:– Sultan Kedah untuk menduduki kembali Pulau

Pinang pada tahun 1789, – Pemberontakan Dol Said di Naning (1831),– Pembunuhan J.W.W. Birch (1875), – Pemberontakan Datuk Bahaman di Pahang (1895),– Pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih (1915), – Penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di

Terengganu (1928).

Page 8: 4 nasionalisme

Dol Said• Campur tangan dalam urusan pentadbiran Naning • Menghalang Penghulu Dol Said menyelesaikan kes-kes

jenayah di Naning • Penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan ke atas

Melaka turut dijalankan di Naning • Menghalang hubungan yang telah sedia wujud antara Dol

Said dan Belanda - Halangan ini jelas apabila mereka cuba menyekat Dol Said daripada menghantar hasil tahunan Naning kepada Belanda sebagai tanda persahabatan.

• Dol Said melancarkan pemberontakan terhadap penjajah British. (1831 sehingga 1833). Dol Said telah dikalahkan oleh tentera British dan menyerah diri pada 4 Februari 1833.

Page 9: 4 nasionalisme

Tok Janggut• Berlaku di Pasir Putih, Kelantan, dipimpin oleh Haji Mat

Hassan atau dikenali sebagai Tok Janggut.• Membakar Pejabat Daerah, kebun-kebun, dan

kediaman milik pegawai-pegawai British. • Penasihat British Kelantan dengan bantuan pasukan

polis dari Singapura dan bantuan polis tambahan telah bertempur dengan Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Tok Janggut.

• Beliau telah dibunuh oleh British dan mayatnya diarak di Pasir Putih dan Kota Bharu serta digantung di Padang Merdeka selama beberapa ketika sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Page 10: 4 nasionalisme

• Pada umumnya, gerakan nasionalisme bersenjata berlaku di hampir kebanyakan negeri di Tanah Melayu dan juga di Sabah.

• Menghalau penjajah dan mengembalikan nilai-nilai murni dalam kehidupan lama serta menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

• Hampir kesemua gerakan telah gagal mencapai matlamat perjuangan kerana tidak wujud jaringan yang kukuh di kalangan penduduk di Tanah Melayu dalam menentang penjajah.

• Berbentuk setempat, sementara dan bergerak secara kecil-kecilan.• Tidak wujud perpaduan dan rasa kekitaan di kalangan penduduk.

– J.M. Gullick, penduduk Tanah Melayu yang tinggal di negeri-negeri berlainan mempunyai perasaan benci-membenci dan curiga-mencurigai antara satu sama lain. Contohnya orang Perak benci dan cemburu terhadap orang luar Perak, manakala orang Selangor menganggap orang Kedah yang menetap di Selangor sebagai hina dan asing. Sementara itu orang Pahang tidak suka terhadap polis-polis yang bukan dari negeri mereka.

Page 11: 4 nasionalisme

4.4 SEMANGAT NASIONALISME BUKAN BERSENJATA • Digerakkan oleh tokoh-tokoh intelektual tempatan

dengan membawa perubahan pemikiran dalam masyarakat secara ilmuan dengan menggunakan media massa, madrasah, sekolah dan pusat-pusat pengajian.– Perkembangan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersifat

bukan politik, separa politik dan yang bersifat politik.– Pendedahan dan peluang yang diperolehi dalam ilmu

pengetahuan dan pengalaman mengenai perkembangan politik luar negeri.

– Perkembangan pertubuhan-pertubuhan kaum bukan Melayu, khususnya Cina dan India. Corak dan perkembangan nasionalisme di kalangan mereka juga sama dengan perkembangan nasionalisme di kalangan penduduk peribumi.

Page 12: 4 nasionalisme

4.4.1 Golongan Agama

• Kesedaran nasionalisme Melayu moden di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembaharuan ataupun islah Islam yang sedang berkembang di Asia Barat pada masa itu. – Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan

Rashid Ridha. Idea pembaharuan dimuatkan dalam majalah-majalah yang seperti Al-Manar dan Al-Urwatuk Wuthqa.

– Pelajar-pelajar Melayu dari Tanah Melayu di Universiti Al-Azhar telah menubuhkan persatuan kebajikan Al Jamiah Al Khariah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan menyatukan mereka.

Page 13: 4 nasionalisme

– Kerjasama dalam persatuan Perkumpulan Pemuda Indonesia-Malaya (PERPINDO) sebagai landasan kerjasama - persamaan yang wujud dalam sejarah negara dan perjuangan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia - persamaan dari segi rumpun bangsa, agama dan bahasa serta keturunan.

– Idea reformasi (islah) yang berkembang di Asia Barat dibawa ke Tanah Melayu oleh pelajar lepasan universiti di Timur Tengah seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohammad Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi.

• Majalah Al-Iman (1906), Al-Ikhwan (1926) di Singapura, di Pulau Pinang Idaran Zaman (1925) dan akhbar Saudara (1928) yang memuatkan pandangan-pandangan golongan reformis terhadap perlunya bangsa Melayu bangkit seiring dengan bangsa lain untuk sama-sama bersaing mengejar kemajuan.

Page 14: 4 nasionalisme

• Akhbar Chahaya Pulau Pinang menyatakan, antara tujuan penerbitannya ialah – “…bagi kita Melayu ini mencari kepandaian dan perkhabaran

yang baik-baik seperti orang yang di bahagian atas angin itu; oleh itu, telah dikeluarkan akhbar yang beriwayatkan perkhabaran yang di bahagian atas angin dan di bawah angin supaya hidup nama Melayu ini di dalam dunia…”

• Menggunakan media sebagai alat untuk mengkritik bangsa Melayu yang masih mengamalkan adat-adat lama yang disifatkan sebagai kolot serta bertentangan dengan ajaran Islam. – Mereka telah mengambil contoh bagaimana tindakan Jepun yang

telah menyerang China yang di lihat sebagai perjuangan yang cukup berani kerana China jauh lebih besar dan kuat berbanding dengan Jepun.

Page 15: 4 nasionalisme

• Berlakunya pertentangan nilai di antara Golongan reformis (Kaum Muda) dengan golongan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu pada masa itu (Kaum Tua). – Kaum Muda di lihat sebagai golongan anti-establishment dan

membawakan gerakan pembaharuan Islam dan menjadikan madrasah-madrasah sebagai pusat kegiatan mereka. Mereka menentang pandangan dan pendapat yang dibawakan oleh Kaum Tua yang menjadikan pondok sebagai institusi mereka.

• Reformis Islam terdiri daripada golongan yang tidak puas hati dengan keadaan masyarakat Islam pada masa itu. Bagi mereka dalam perlumbaan dengan tamadun Barat, penganut Islam telah jauh ketinggalan.– Islam bukanlah faktor yang telah melemahkan umat Islam tetapi

mereka sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dengan betul sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan hadis.

Page 16: 4 nasionalisme

• Menurut W.R. Roff, kebangkitan kesedaran diri (self-consciousness) dan ketegasan diri (self-assertiveness), kerana ancaman-ancaman terhadap hak dan kepentingan orang Melayu, ekonomi, kebimbangan terhadap arus sekularisme dan imperialisme Barat yang sedang melanda Tanah Melayu khususnya dan di seluruh dunia amnya. Menurut Roff, dalam perspektif ini Kaum Muda adalah penghubung antara pure-tradisionalisme dan pure-sekularism.

Page 17: 4 nasionalisme

• Kaum Muda melihat ilmu sains dan sistem pendidikan Barat lebih efisien untuk kehidupan moden. Sekolah pondok lebih bersifat penghafalan dan pengucapan semata-mata tanpa amali.– Menubuhkan Pertubuhan Melayo-Muslim sebagai usaha dan

mengasaskan lebih banyak sekolah moden yang dikenali sebagai madrasah bagi menandingi sekolah-sekolah aliran Inggeris.

– Belajar Bahasa Inggeris, asas matematik, mantik (logik), ekonomi dan perdagangan.

– Sekolah Agama Al-Diniah di Kampung Lalang, Sungai Rengas, Perak (1924) telah diasaskan oleh Syeikh Al-Junid berasal dari Sumatera. Murid-murid didedahkan dengan mata pelajaran perdagangan dari segi teori dan amali di kedai-kedai menjual getah dan kedai-kedai runcit.

– Madrasah juga melahirkan pengusaha-pengusaha Muslim dengan mengeluarkan barangan harian seperti kicap dan sabun.

Page 18: 4 nasionalisme

• Haji Wan Mahmud bin Haji Wan Daud (1929) iaitu salah seorang pengasas Madrasah Muhammadiah, Kota Bharu telah menulis buku bahasa Melayu pertama bidang perdagangan – Siasah Perniagaan.

Page 19: 4 nasionalisme

4.4.2 Golongan Menengah Melayu • MPSI (1922), merupakan institusi terulung/induk dalam

melahirkan pemikir-pemikir Melayu yang kemudiannya merupakan pelopor kepada gerakan kebangsaan tanah air. – Harun Amminurashid, Abdul Hadi Husin, Ibrahim Yaakub, Abdul Ghafar

Baba, Senu Ab. Rahman, Syed Nasir, Pak Sako, Buyong Adil, dan ramai lagi pelatih-pelatih di maktab yang mempunyai kesedaran yang cukup tinggi mengenai nasib dan masa depan bangsa dan tanah air.

• Guru-guru dari MPSI mendapat banyak idea perjuangan daripada perkembangan semangat kebangsaan di Indonesia—sedang menentang penjajahan Belanda. – Boedi Utomo, Sarekat Islam, Partai Komunis Indonesia, Muhammadiah,

Partai Nasional Indonesia, dan lain-lain telah mempengaruhi pemikiran mereka.

Page 20: 4 nasionalisme

• Perjuangan rakyat Indonesia dalam menentang kuasa penjajah telah memberikan ilham kepada mereka untuk bangkit menentang British di Tanah Melayu.

Page 21: 4 nasionalisme

• Bagi mengembeleng tenaga ke arah pembentukan semangat kebangsaan yang lebih menyeluruh dan mantap, tokoh-tokoh MPSI seperti Zainal Abidin Ahmad, Buyong Adil, Ibrahim Yaakub dan lain-lain lagi telah menubuhkan dua buah persatuan;– (i) Ikatan Pemuda Semenanjung (1929) – (ii) Ikatan Semenanjung Borneo (1930)

• Ikatan Semenanjung Borneo dan Ikatan Pemuda

Semenanjung ditubuhkan secara sulit dan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan politik Indonesia seperti Partai Nasional Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno.

Page 22: 4 nasionalisme

• Pengetua MPSI, O.T. Dussek, – Pegawai British - banyak memberi dorongan kepada

pelajar-pelajar mengenai kepentingan kemajuan dan pendidikan.

– Sedaran dan prihatin terhadap kemunduran bangsa Melayu pada masa itu terutamanya dalam pendidikan.

– Bersimpati terhadap cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh bangsa Melayu.

– Memberi kelonggaran kepada guru-guru di maktab untuk mengembangkan idea-idea politik - semangat kebangsaan berkembang dengan pesatnya.

– Berminat dan cenderung terhadap kebudayaan dan bahasa Melayu.

Page 23: 4 nasionalisme

• Perkembangan gerakan nasionalisme di MPSI tidak berkekalan;– Kerajaan British menempatkan tokoh-tokoh pendidik

muda ke kawasan berlainan dan sukar untuk berhubung antara satu sama lain.

– Strategi penjajah kerana bimbang perkembangan semangat kebangsaan mempengaruhi rakyat.

– 1927, Abdul Hadi Hasan ditukarkan ke Kelantan dan diberikan jawatan sebagai Nazir.

– 1936, O.T. Dussek dipencenkan dan kembali ke England.– 1939, Harun Aminurrashid dinaikkan pangkat sebagai

Pengarah Pelajaran Melayu dan ditugaskan ke Brunei.

Page 24: 4 nasionalisme

• Tokoh-tokoh MPSI menyebarkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat akhbar seperti Warta Malaya dan Majlis.

• Pada tahun 1938, mereka telah menubuhkan sebuah parti politik Melayu yang pertama, iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diasaskan oleh Ibrahim Yaakub. – Merupakan parti yang agak kuat menentang penjajah dan

enggan bekerjasama dengan Inggeris.– Dilabelkan sebagai radikal oleh kerajaan British dan dianggap

sebagai parti berhaluan kiri. – Menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan menubuhkan

Kesatuan Malaya Raya - menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Page 25: 4 nasionalisme

• Ogos 1939, semua persatuan Melayu telah mengadakan Kongres Melayu di Kuala Lumpur. Tertubuhnya Persatuan Melayu SeMalaya - langkah pertama untuk menyatukan semua orang Melayu.

• Dalam masa dua tahun, KMM berkembang pesat dan banyak cawangan ditubuhkan di seluruh Tanah Melayu.

• British mengesyaki ahli-ahli KMM telah bekerjasama dengan Jepun.

• 1940 British telah mengharamkan KMM. • Pemimpin utama - Ibrahim Yaakub dan 150 ahli telah

ditangkap dan KMM dilabelkan sebagai parti radikal.

Page 26: 4 nasionalisme

4.4.3 Golongan Bangsawan Melayu

• Selain MPSI, Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905), turut berperanan besar dalam perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.

• Maktab ini dibina khusus bagi menempatkan anak-anak pembesar-pembesar Melayu di negara ini bagi menerima pendidikan - mengambil contoh sebuah sekolah lelaki yang terkenal di England iaitu Sekolah Eton.

• Tujuan utama - sebagai sebuah pusat untuk memberikan latihan kepada anak-anak golongan bangsawan Melayu yang berjaya dalam pelajaran bagi mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Inggeris.

Page 27: 4 nasionalisme

• Melahirkan tenaga birokrat Melayu yang akan melaksanakan dasar-dasar British.

• Simbol kebanggaan yang bersifat elit.• Simbol status bagi pembesar-pembesar Melayu. • Antara tokoh penting yang mendapat pendidikan di

MCKK ialah Dato’ Onn Ja’afar, Raja Chulan Raja Abdullah dan Muhammad Eunos Abdullah - merupakan golongan yang menyokong British dan mempunyai arah pemikiran yang lebih terbuka dan di lihat oleh British sebagai lebih liberal, agak sederhana dan boleh dibawa berunding.

Page 28: 4 nasionalisme

• Walaupun pro British, mereka turut mengemukakan banyak tuntutan terhadap kerajaan British – Mengambil lebih banyak langkah untuk memperbaiki taraf

hidup orang Melayu, – Memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada

orang Melayu di dalam jabatan kerajaan.– Melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti termasuk ke

Oxford dan Cambrigde. – Mengkritikan British mengenai kemasukan masyarakat

imigran secara berleluasa ke Tanah Melayu - akan mengancam peluang-peluang yang sepatutnya dikecapi oleh orang Melayu. Kritikan disalurkan melalui akhbar seperti Warta Malaya.

Page 29: 4 nasionalisme

• 1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan oleh Eunos Abdullah.– Membimbing masyarakat Melayu Singapura untuk

memajukan diri dalam lapangan politik, ekonomi, pendidikan, dan kemasyarakatan.

• 1935, Kesatuan Melayu Selangor ditubuhkan Raja Sir Uda dan Tengku Ismail.

• Negeri-negeri lain seperti Pahang, Perak, Negeri Sembilan, dan lain-lain masing-masing menubuhkan parti politik. – Sifat parti politik yang wujud masih kurang jelas dan lebih

menunjukkan satu pertubuhan yang bersifat elit dari segi keanggotaannya dan tidak menyeluruh.

Page 30: 4 nasionalisme

• 1939, Persatuan Sahabat Pena ditubuhkan dan telah menganjur satu kongres di Singapura bagi mengumpulkan seluruh tenaga politik Melayu - tidak berjaya dimantapkan berikutan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1941.

• Perkembangan setakat ini menunjukkan bahawa nasionalisme yang diperjuangkan oleh golongan atasan Melayu lebih bersifat sederhana dan mendapat perhatian dan sokongan dari pihak penjajah berbanding dengan perjuangan yang dibawakan oleh kumpulan berhaluan kiri seperti KMM.

Page 31: 4 nasionalisme

4.5 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN

• Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun (1942-1945)

meninggalkan banyak kesan ke atas kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.

• Layanan berbeza-beza yang diberikan kepada kaum-kaum di negara ini melahirkan bentuk semangat nasionalisme yang berbeza di kalangan mereka.

• Beri peluang kepada anak-anak Melayu menceburi bidang pentadbiran telah memberikan keyakinan kepada mereka mengenai keupayaan untuk mentadbir tanah air sendiri. Peluang ini tidak mereka perolehi semasa pemerintahan Inggeris dahulu.

Page 32: 4 nasionalisme

• Kemenangan Jepun dalam Perang Pasifik telah menjatuhkan imej British sebagai sebuah kuasa besar dan empayar Barat di rantau ini.

• Ahli-ahli KMM yang ditahan British dibebaskan. KMM berperanan besar dalam membantu Jepun bagi mendapatkan maklumat mengenai Tanah Melayu sebelum kemasukan mereka ke negara ini.

• Ibrahim Yaakub kemudiannya telah dilantik sebagai ketua KMM dan diberikan jawatan penting dalam pentadbiran.

Page 33: 4 nasionalisme

• Konsep Melayu Raya (gabung Tanah Melayu-Indonesia) dan hubungan KMM dengan Malayan People Anti-Japanase Army (MPAJA), membuat Jepun mengharamkan KMM. – Mengecewakan pejuang-pejuang Melayu yang selama

ini kagum dan menyokong Jepun. – Jepun sebenarnya tidak jujur terhadap orang-orang

Melayu yang menyokong mereka selama ini. – Pejuang Melayu mula sedar bahawa mereka tersilap

langkah kerana penyokong Jepun.

Page 34: 4 nasionalisme

• Perkembangan semangat kebangsaan kaum Cina dan India sebelum perang lebih banyak tertumpu kepada suasana politik di tanah asal mereka. Bagi masyarakat Cina, perkembangan faham komunis di negara China telah turut mencorakkan arah semangat kebangsaan mereka di negara ini.

• Kurang berminat dalam politik tempatan kerana motif utama penghijrahan ke negara ini ialah atas kepentingan ekonomi. Dan kumpulan imigran ini tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu.

• Perkembangan politik masyarakat Cina memperlihatkan minat mereka terhadap faham komunis semakin meluas - hubungan yang kuat di antara mereka dengan negara asal mereka iaitu China. Ini telah menyulitkan British apabila mereka enggan patuh kepada institusi tempatan dengan menubuhkan kongsi-kongsi gelap dan parti-parti politik seperti Kuomintang dan Parti Komunis yang sealiran dengan perkembangan politik di China sendiri.

Page 35: 4 nasionalisme

• Fahaman komunis di Tanah Melayu telah terbentuk hasil daripada pengaruh secara langsung dari Parti Komunis China (Communist Party of China – CPC) dan mendapat arahan dari Biro Komunis Antarabangsa Bagi Timur Jauh (Comintern).

• Fahaman komunis di Tanah Melayu bergerak selari dengan Parti Komunis China. Ia bermula sejak tahun 1923 dan disebarkan di sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu. Mulai tahun 1926, usaha-usaha untuk menyusun organisasi komunis telah dijalankan oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu. Peranan ini dimainkan oleh Main School (Sekolah Utama) yang ditubuhkan di sekitar tahun-tahun 1926 hingga 1927—merupakan badan eksekutif terpenting dalam perkembangan ideologi komunis di Tanah Melayu.

Page 36: 4 nasionalisme

• Sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina terhadap ideologi komunis menunjukkan semangat kenegerian mereka terhadap negara asal iaitu China.

• 30 April 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan hasil gabungan daripada dua pertubuhan Cina yang terkenal di Tanah Melayu, iaitu Parti Komunis Nanyang dan Kesatuan Sekerja Nanyang (Nanyang General Labour Union). Perkembangannya dikendalikan secara langsung oleh Comintern dan bukan lagi oleh China.

• Sokongan kuat masyarakat Cina terhadap PKM kerana tidak puas hati mereka terhadap kerajaan pada masa itu. Masyarakat Cina sering beranggapan bahawa mereka perlu mendapat peluang lebih daripada apa yang mereka telah perolehi - akan mendapat keutamaan sekiranya PKM memerintah negara ini.

• PKM bercita-cita menegakkan sebuah Kerajaan Republik Soviet Malaya hasil koordinasi proletar dan petani.

• PKM kemudiannya telah melancarkan pemberontakan bersenjata berikutan dengan penolakan British terhadap Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh barisan parti politik kiri yang diwakili oleh All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang di dalangi oleh PKM.

Page 37: 4 nasionalisme

• Peristiwa Darurat 1948 merupakan titik tolak penting dalam perkembangan politik masyarakat Cina di Tanah Melayu. Peristiwa itu dan perkembangan ideologi komunis di Tanah Melayu berkait secara langsung dengan soal perkauman.

• Bagi mengatasi masalah ini, Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Bagi mengalihkan tumpuan dan sokongan masyarakat Cina terhadap PKM yang disifatkan sebagai parti orang Cina, British telah menggalakkan pemimpin-pemimpin Cina menubuhkan parti politik Cina yang sah. – Februari 1949, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan

dan diketuai oleh Tan Cheng Lock.– Parti alternatif bagi orang Cina bagi mengurangkan sokongan

masyarakat ini terhadap PKM. – Saluran bagi mengemukakan tuntutan dan kepentingan mereka

terhadap British.

Page 38: 4 nasionalisme

• Pola perkembangan semangat nasionalisme orang India juga mengikut arus dan pergerakan politik di negara asal mereka iaitu India.

• Pemimpin-pemimpin mereka seperti Mahatma Ghandhi banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat India di Tanah Melayu terutamanya mereka yang agak berpelajaran.

• Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu mereka telah menubuhkan Indian National Army (INA) hasil daripada pakatan dan kerjasama Jepun dengan Subhas Chandra Bose. Pihak Jepun juga telah membenarkan Tanah Melayu dijadikan pusat gerakan bagi INA.

Page 39: 4 nasionalisme

• Kerjasama ini lebih berupa sokongan kuat Jepun terhadap rakyat India untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan British.

• Jepun telah mengeksploitasi dan memperalatkan pemimpin-pemimpin India untuk bekerjasama dengan mereka. Subhas Chandra Bose iaitu pemimpin kaum India di Tanah Melayu telah melaungkan slogan kebebasan untuk semua terutama kepada buruh-buruh yang tertindas dan menekankan bahawa tujuan utama gerakan INA adalah untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Beliau mencadangkan pemakaian cogankata “Chalo Delhi” (Pergi ke Delhi) untuk menaikkan semangat nasionalisme di kalangan buruh India.

Page 40: 4 nasionalisme

• INA dengan kerjasama Indian Independence Leagua telah membentuk kerajaan sementara. Di samping itu, sukarelawan INA telah mencapai jumlah 16,000 orang. Beberapa usaha lain juga diadakan seperti penubuhan pasukan tentera wanita India iaitu The Rani of Jhenshi.

• Setelah tamat Perang Dunia Kedua, kaum India terus memperjuangkan kepentingan politik mereka selari dengan perkembangan politik di India yang sedang menuntut kemerdekaan dari British.

Page 41: 4 nasionalisme

• Perjuangan mereka di Tanah Melayu antara lain bermatlamatkan kemenangan bagi perjuangan kebangsaan di India dan menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu. Di samping itu, mereka juga turut bersama-sama memperjuangkan kepentingan politik dengan kaum-kaum lain di negara ini.

• Bagi memantapkan lagi perjuangan mereka serta sokongan dan dorongan daripada pemimpin-pemimpin di India sendiri, pada bulan Ogos 1949, Kongres India Tanah Melayu atau Malayan Indian Congress (MIC) telah ditubuhkan. John A. Thivy telah dilantik sebagai Yang Dipertua Kongres yang pertama.

Page 42: 4 nasionalisme

4.6 PENUBUHAN PARTI PERTUBUHAN MELAYU BERSATU (UMNO)

• Aspirasi untuk mencapai kemerdekaan terus bersemarak apabila British kembali memerintah Tanah Melayu apabila tamat Perang Dunia Kedua.

• Penyatuan seluruh orang Melayu dalam semangat kebangsaan buat pertama kalinya telah terbentuk berikutan dengan langkah British mengemukakan cadangan Malayan Union pada tahun 1945.

• Pada 1 Mac 1946, satu persidangan bagi pertubuhan Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini dihadiri oleh semua persatuan di tanah air termasuklah Persatuan Orang Asli.

Page 43: 4 nasionalisme

• Wakil-wakil persatuan ke persidangan ini akhirnya bersetuju menggabungkan semua persatuan ke dalam satu badan induk yang dinamakan sebagai Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar.

• Kongres ini juga telah mengambil kata putus untuk menubuhkan sebuah parti politik Melayu. Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya PEKEMBAR telah ditubuhkan.

• Ia dikenali sebagai UMNO iaitu ringkasan daripada terjemahan pertubuhan tersebut dalam bahasa Inggeris—United Malays National Organisation.

Page 44: 4 nasionalisme

4.7 KESIMPULAN

• Secara keseluruhannya, semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

• Ini kerana keadaan penduduk di negara ini yang pelbagai bangsa, agama, dan adat resam. Faktor tersebut telah menyebabkan proses pembentukan dan penyatuan kesedaran politik lambat berlaku.

• Dinamika nasionalisme di negara kita bergerak ke arah yang lebih mantap dan tersusun berikutan dengan wujudnya badan politik seperti KMM yang mempunyai jaringan yang agak kuat dengan pergerakan nasionalisme luar negeri.

Page 45: 4 nasionalisme

• Walaupun KMM telah mendapat sokongan yang agak besar daripada kalangan cerdik pandai Melayu, namun parti ini tidak mampu bertahan lama akibat tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa British.

• Perkembangan nasionalisma di negara kita memperlihatkan UMNO telah berjaya menyatukan orang Melayu dan terus kekal berpanjangan hasil daripada bentuk perjuangan mereka yang lebih sederhana dan sedia bekerjasama dengan Inggeris dan parti-parti bukan Melayu.

• Secara umum, dapat disimpulkan bahawa nasionalisme merupakan satu proses yang perlu dilalui oleh setiap bangsa dalam usaha untuk membentuk dan memperkukuhkan identiti mereka sebagai sebuah negara dan bangsa yang bebas merdeka. Perkara ini perlu dihayati untuk membolehkan kita menghargai segala pergorbanan generasi terdahulu.