MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL
SIBU
24 OKTOBER 2012Peristiwa/masaProgramcatatan
0730Para pelajar mengambil tempat.
0800Ketibaan para guru, ibu bapa dan para jemputan.
0815
Tetamu kehormat masuk ke Astana Teknika.Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat, En. Abdullah Bin Hj Saidol, Ketua Setiausaha
Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, diiringi oleh En. Abdilah bin
Johari, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah
Vokasional Sibu, En. Charles Tiong Yong Leik Pengetua Sekolah
Menengah Vokasional Sibu, En. Halim Bin Hj Pungut, Penolong Kanan
1, En. Bolhan Bin Aleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mdm Ling
Tiong Yung, Penolong Kanan Kokurikulum dan En. Bohari Bin Kamis,
selaku Setiausaha Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah
Vokasional Sibu 2012.
0830 Majlis bermula
Nyanyian Lagu Untuk menghormati dan menjana semangat patriotik,
dan meluhurkan sanubari untuk menumpahkan taat setia yang tidak
berbelah bahagi kepada tanah air yang tercinta, marilah kita,
hadirin dan hadirat sekalian bersama-sama berdiri dengan tegak dan
menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Peritiwiku dengan penuh
bersemangat.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan
1. NYANYIA LAGU NEGARAKU
2 NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
(HABIS NYANYIAN)
Para hadirin dipersilakan duduk
Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, elok kiranya kita
memohon keberkatan daripada ilahi, mudah-mudahan majlis ini
berjalan dengan lancar, dipenuhi kebaikan dan kerahmatan.
Dengan itu majlis menjemput Al Fadhil Ustaz Adnan bin Ariffin
untuk bacaan doa. Dipersilakan.
BACAAN DOA
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ustaz Adnan bin
Ariffin atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis.Assalamualaikum w.b.t, Selamat
sejahtera, selamat pagi dan salam satu Malaysia.
Sungguh hijau rumput di taman,
Taman indah alam sajikan,
Tetamu diundang kami tatangkan,
Tetamu hadir kami alukan.
Sirih pinang dalam tembaga,
santun budi indah bahasa,
salam hormat tetamu dimulia,
lafaz keramat pembuka bicara.
Yang Berhormat, En Abdullah Bin Hj Saidol, Ketua Setiausaha
Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, En. Abdillah Bin Johari, Yang
Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Vokasional
Sibu, Yang berusaha, En. Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah
Menengah Vokasional Sibu, En. Halim Bin Hj Pungut, Penolong Kanan
1, En. Bolhan Bin Aleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mdm Ling
Tiong Yung, Penolong Kanan Kokurikulum dan En. Bohari Bin Kamis,
selaku Setiausaha Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah
Vokasional Sibu 2012.
Yang dihormati para ibu bapa, para guru SMTS, dan para pelajar
yang dikasihi sekalian.
Ucapan Pengetua Hendak berkata, bicaralah tuan,
Jangan disimpan di dalam hati.
Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Charles
Tiong Yong Leik Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Sibu, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN PENGETUA
Ibarat pendeta bicara tuan,
Membakar semangat,menyiram sanubari.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Charles Tiong
Yong Leik atas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan dan Perasmian Tetamu KehormatBudi bahasa budaya
kita.Tetamu datang diajak bicara.
Hadirin sidang warga dewan sekalian, tidak lengkap rasanya jika
kita tidak mendengar amanat dan ucapan daripada tetamu jemputan
kita.
Oleh itu majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan
menjemput Yang Berhormat En. Abdullah Bin Hj Saidol, Ketua
Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, untuk menyampaikan
ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis anugerah
kecemerlangan ini. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
UCAPAN DAN PERASMIAN TETAMU KEHORMAT
Emas bermutu, emas berbungkal,
Puteri Ledang empunya jambatan,
Kata bicara ibarat tangkal,
Bicara tuan menjadi pedoman.
Demikianlah tadi ucapan perasmian olehYang Berhormat En.
Abdullah Bin Hj Saidol. Semoga pesanan, amanat dan harapan beliau
akan kita pahatkan di dada dalam menempuh kehidupan dalam era
globalisasi yang pastinya mencabar dan penuh dugaan. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.
PERSEMBAHAN 1 (SKETSA)
PENGACARA MAJLIS Bersyukur kita ke hadrat illahi atas limpah
kurnia dan rahmatnya pada hari yang penuh bermakna ini dapat kita
berhimpun di sini untuk meraikan MAJLIS ANUGErAH KECEMERLANGAN
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SIBU 2012.
Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan upacara
kemuncak untuk memberi pengiktirafan atas usaha gigih dan
penglibatan putera dan puteri SMVS dalam kegiatan akademik dan
kokurikulum khususnya kepada pelajar Tingkatan 5 yang tidak lama
lagi akan meninggalkan taman ilmu yang telah banyak berjasa dalam
melahirkan insan berwawasan ini. Itulah SMVS.
Pada hari yang bersejarah ini pengiktirafan akan diberikan
kepada pelajar-pelajar yang gigih berusaha untuk merealisasikan
impian kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum
seterusnya menaikan nama baik dan reputasi SMVS.
Majlis ini juga merupakan lambang kegigihan warga pendidik SMVS
yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam usaha untuk melahirkan
modal insan yang berintelek dan produktif. Mereka bukan sahaja
bertungkus-lumus dan sanggup berkorban masa serta tenaga untuk
memastikan pelajar bersedia menghadapi SPM tetapi juga berusaha
untuk menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam diri
pelajar. Besar harapan kita semua semoga mereka akan lahir sebagai
insan yang berguna, berjasa kepada agama bangsa dan negara.
Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur, kami merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan, Bak Kata Peribahasa Melayu Tidak Cukup
Tangan Nyiru kami tadahkan.
Jutaan penghargaan ditujukan khas buat Yang Berhormat
En.Abdullah Bin Hj Saidon, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri
Sarawak, yang sudi meluangkan masa untuk hadir dalam majlis
ini.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.
ANUGERAH KECEMERLANGAN (BAHAGIAN 1)
[Pengawas/ Pengawas KK/Ketua dan Penolong Tingkatan/, dan /Ketua
Bilik Asrama (Ketua-wakil)]Santun, mesra, menolong mudah,
tekad, tegas, tugas itu ibadah,
pengawas kk dan pengawas sekolah.
Merekalah jentera harapan sekolah.
Warga dewan sekalian, upacara penganugerahan sijil dan hadiah
pada pagi ini dimulakan dengan penyampaian sijil kepada para
pengawas.
Dalam urusan petadbiran sekolah, kelicinan jentera pentadbiran
sekolah adalah tangungjawab smua pihak iaitu pentadbir, para
guru/kakitangan dan juga pelajar.
Bagi melaksanakan tangungjawab pihak pelajar, tugas ini
disempurnakan oleh golongan yang diberi kepercayaan iaitu Pengawas
sekolah, Pengawas asrama dan ketua tingkatan.
Mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya
dalam membantu guru-guru dan pihak sekolah. Syabas dan tahniah kita
ucapkan.
Dengan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan , En.Halim Bin
Haji Pungut, Penolong Kanan 1, untuk menjemput dan mengiringi En.
Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Sibu
naik ke pentas bagi menyampaikan sijil-sijil tersebut.
PENGAWAS SEKOLAH Atas jasa para pelajar ini SMVS dengan
bangganya menganugerahkan sijil penghargaan kepada pengawas sekolah
sesi 2011/2012.
(sila rujuk senarai nama pengawas sesi 2011/2012)
PENGAWAS KOKURIKULUMSETERUSNYA, majlis menjemput pengawas ko
kurikulum naik ke pentas untuk menerima sijil:
KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATANBeban dipikul, tugas
digalas,
membantu guru menjalankan tugas,
merekalah ketua dan penolong kelas,
ketua bilik dan pustakawan yang tegas. Para hadirin sekalian,
ketua tingkatan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran
peringkat kelas. Mereka ialah golongan yang bertangungjawab
memastikan suasana kelas terus berada dalam keadaan yang bersih,
kondusif, tenang dan terkawal. Atas penglibatan mereka SMTS dengan
bangganya menganugerahkan sijil penghargaan kepada ketua-ketua
tingkatan dan penolong ketua tigkatan.
Majlis dengan itu menjemput.
( rujuk senarai dalam buku program)
KETUA BILIK ASRAMA Sidang dewan sekalian, ketua bilik asrama
memainkan peranan yang penting dalam memudahkan tugas-tugas yang
berkaitan dengan asrama, baik putera ataupun puteri. Mereka ini
adalah golongan yang bertanggunjawab dalam memastikan keadaan
asrama berada dalam suasana yang ceria, dan harmoni.
Majlis dengan itu menjemput wakil Ketua bilik...........
Dipersilakan...
(sila rujuk senarai nama ketua bilik asrama putera dan
puteri.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian
Timbalan En. Halim Bin Hj Pungut, Penolong Kanan 1, SMTS atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah itu tadi.
Tunggu sehingga En. Halim duduk duhulu.
PERSEMBAHAN
PERSEMBAHAN 2 PELAJAR.(TARIAN)
Komentar ---
ANUGERAH KECEMERLANGAN (BAHAGIAN 2)
AKADEMIK
ANUGERAH
MATA PELAJARAN TERBAIK
Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah
dalam bidang akademik.
Pohon mengkudu, pohon berangan,
Mari ditanam dihujung pekan,
rajin dan usaha tangga kejayaan,
pelajar cemerlang tunggak wawasan.
Untuk makluman sidang warga dewan sekalian, anugerah terbaik
mata pelajaran telah dikategorikan berdasarkan aliran teknik dan
aliran vokasional. Diharapkan pengiktirafan ini akan menaikkan
semangat juang dan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar
dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Untuk menyempurnakannya, dengan hormatnya majlis mempersilakan
En. Bolhan Bin Aleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMTS menjemput
dan mengiringi En. Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah
Menengah Teknik Sibu bagi menyampaikan anugerah tersebut.
Dipersilakan
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TIGKATAN 4 ALIRAN VOKASIOAL
Anugerah akan dimulakan dengan penyampaian ANUGERAH TERBAIK MATA
PELAJARAN ALIRAN VOKASIOAL TIGKATAN 4.
RUJUK LAMPIRAN
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TIGKATAN 5
ALIRAN VOKASIOAL
SETERUSNYA para hadirin sekalian, ialah penyampaian ANUGERAH
TERBAIK MATA PELAJARAN ALIRAN VOKASIOAL TIGKATAN 5.
RUJUK LAMPIRAN
ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TINGKATAN 5
ALIRAN TEKNIK
PEMBERIAN Anugerah DITERUSKAN LAGI dengan penyampaian ANUGERAH
TERBAIK MATA PELAJARAN ALIRAN TEKNIK TINGKATAN 5.
RUJUK LAMPIRAN
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TIGKATAN 4 ALIRAN
VOKASIOAL DAN KEMAHIRAN Anugerah akan dimulakan dengan penyampaian
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TINGKATAN 4 ALIRAN
VOKASIOAL
RUJUK LAMPIRAN
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TIGKATAN 5 ALIRAN
VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN Anugerah SETERUSNYA IALAH, penyampaian
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TIGKATAN 5 ALIRAN
VOKASIONAL
RUJUK LAMPIRAN
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT KURSUS TINGKATAN 5 ALIRAN
TEKNIKSeterusnya penyampaian ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MENGIKUT
KURSUS TIGKATAN 5 ALIRAN TEKNIK
RUJUK LAMPIRAN
Terima kasih si buah selasih
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Charles tiong Yong
Leik atas kesudian beliau menyampaikan anugerah itu tadi.
Syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah. Semoga
kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai akan terus
menyemarakkan azam dan semangat juang untuk menggapai kecemerlangan
dalam SPM nanti. Mudah-mudahan, kejayaan ini akan diteruskan oleh
pelajar pelapis yang seterusnya.
PERSEMBAHAN 3
ANUGERAH KECEMERLANGAN (BAHAGIAN 3)Sekarang, tibalah detik yang
ditunggu-tunggu. Kegiatan bercorak akademik dan kokurikulum
merupakan dua bidang yang harus seiringan untuk melahirkan pelajar
yang cemerlang dan amat dititikberatkan oleh pihak sekolah. Selain
itu, pihak sekolah turut mementingkan perihal pembentukan sahsiah
dan akhlak mulia dalam diri pelajar. Sebagai penghargaan, pihak
sekolah dengan bangganya menganugerahkan anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama
sekolah.
Untuk itu menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan ,En.
Charles Tiong Yong Leik, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sibu
untuk menjemput dan seterusnya mengiringi En. Abdilah B.Johari,
Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru untuk menyampaikan
anugerah tersebut.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan..
ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK LELAKI Sekarang tibalah detik yang
dinanti-nanti
Sebagai penghargaan, pihak sekolah dengan bangganya
menganugerahkan anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kepada para
pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah.
Penerima anugerah Kokurikulum terbaik lelaki ialah:
(Baca maklumat dalam sampul)
ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK PEREMPUANSeterusnya, ANUGERAH
KOKURIKULUM TERBAIK PEREMPUAN, penerimanya ialah:(Baca maklumat
dalam sampul)
ANUGERAH PELAJAR KEMAHIRAN TERBAIK TINGKATAN 5
ANUGERAH PELAJAR AKADEMIK TERBAIK TINGKATAN 5
ANUGERAH CHARACTER STAR OF THE YEAR 2012 Untuk pengetahuan warga
dewan sekalian, Sekolah Menengah Vokasional sibu telah menjalankan
satu program berkenaan pembentukan sahsiah dan akhlak mulia dalam
diri pelajar iaitu Program Character Counts.
CHARACTER STAR OF THE YEAR 2012 ini akan dianugerahkan kepada
pelajar yang terpilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
i. Telah menerima pengiktirafan Character Stars lebih daripada
tiga kali.
ii. Tidak pernah terlibat dalam masalah disiplin.
iii. Sentiasa berkelakuan baik sama ada ketika berhadapan dengan
rakan dan guru-guru.
iv. Secara keseluruhannya, memiliki akhlak yang baik dan
peribadinya boleh dijadikan ikutan rakan pelajar.
Pelajar yang dimaksudkan ialah:
*(Baca biodata dalam sampul dan umumkan penerima anugerah)
ANUGERAH HARAPAN PENGETUA TINGKATAN 4
ANUGERAH KHAS PENGETUA
ANUGERAH KOKURIKULUM TERBAIK Bagi Anugerah KOKURIKULUM TERBAIK
LELAKI :
Pelajar ini telah menyandang anugerah
1. .
Pemenangnya IALAH .dari kelas.
Tahniah diucapkan.
Bagi Anugerah KOKURIKULUM TERBAIK PEREMPUAN
Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Vokasional Tingkatan 5
Anugerah kecemerlangan diteruskan lagi dengan pemberian Anugerah
Pelajar Terbaik Akademik Aliran Vokasional Tingkatan 5.
1. Pelajar ini telah menyandang anugerah .,
2. .
3. .
Anugerah ini jatuh kepada ..
Dari kelas .
Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Teknik Tingkatan 5 Kita
teruskan lagi dengan Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran
Teknik Tingkatan 5.
Pelajar ini telah menyadang anugerah
1. Pelajar terbaik mengikut kursus Tingkatan 5 Aliran
Teknik.
2. menyandang anugerah terbaik mata pelajaran Tingkatan 5 Aliran
Teknik, bagi mata pelajaran..
3. Pelajar ini dari Tingkatan 5.
4.Pelajar tersebut Ialah, tidak lain dan tidak bukan ..
Anugerah kepada olahragawan & olahragawati Hadirin
sekalian,
Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, Sekolah Menengah
Teknik Sibu sering menghantar wakil ke pelbagai pertandingan yang
melibatkan sukan dan juga pertandingan-pertandingan di luar
sekolah.
Sesungguhnya, pelajar yang aktif dan cemerlang dalam kegiatan
kokurikulum merupakan ayam tambatan yang sangat berharga kepada
sekolah. Namun, apa yang lebih penting kejayaan tersebut merupakan
kejayaan dan pengalaman peribadi milik pelajar itu sendiri yang
sangat berharga. Tambahan pula penglibatan yang aktif merupakan
satu kelebihan kepada pelajar untuk memasuki Institusi Pengajian
Tinggi Awam.
Untuk mengenang jasa dan pengorbanan pelajar yang paling aktif
dalam kegiatan kokurikulum kepada pihak sekolah, anugerah
olahragawan dan olahragawati diberikan.
ANUGERAH OLAHRAGAWAN ANUGERAH OLAHRAGAWAN
Pemenangnya telah;
1.
2.
3.
4.
5.
Oleh itu, anugerah Olahragawan 2010 disandang oleh .
Dari kelas
Syabas diucapkan.
ANUGERAH OLAHRAGAWATI Seterusnya ialah, anugerah
olahragawati.
Kejayaan-kejayaan yang telah dicapainya:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7..
Jadi, pemenangnya jatuh kepada .. dari kelas..
TAhniah diucapkan.
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Akademik dan Kokurikulum
2010Akhirnya, kita akan mengetahui siapakah penerima Anugerah
Pelajar Terbaik Keseluruhan Akademik dan Kokurikulum iaitu anugerah
yang paling hebat dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SEkolah
Menengah TEknik Sibu 2009. Siapakah pelajar tersebut?
Pelajar ini telah menyadang anugerah
1. Pelajar terbaik mengikut kursus Tingkatan 5 Aliran .
2.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas
kesudian En. Abdillah bin Johari menyampaikan sijil dan hadiah.
PENGACARA MAJLISMari menoreh si pohon getah,
Getah ditoreh banyak hasilnya,
Adat belajar senang dan susah,
Usaha pasti jaya hasilnya.
.
Majlis mengucapkan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan
kepada yang kurang berjaya jangan putus asa, tahun hadapan peluang
terbuka lagi.
Nyanyian Lagu SekolahHadirin yang dihormati sekalian,
Bagi menaikkan semangat untuk terus berjuang dalam usaha
mengharumkan nama sekolah, dan menyemarakkan kesetiaan dan cinta
kepada sekolah Menengah Teknik Sibu, semua hadirin diminta berdiri
dengan tegak dan ayuhlah nyanyian Lagu Sekolah dengan penuh
semangat,.
Dipersilakan
Lagu selesai
Terima kasih diucapkan. Para hadirin dipersilakan duduk.
Warga dewan sekalian,
Bagi pihak majlis, kami merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih Kepada En. Abdillah bin Johari yang dipertua ibu
bapa dan guru sekolah menengah teknik sibu, para jemputan, dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam majlis
ini.
Anugerah telah diberikan kepada mereka yang selayaknya. Semoga
perjuangan diteruskan demi meraih kegemilangan pada masa hadpan.
Dan apabila telah berjaya memetik bintang di langit, janganlah pula
lupa rumput di bumi.
Kami mewakili Jawatankuasa majlis ini, ingin memohon maaf atas
segala kekurangan
Tembaga emas tembaga suasa,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada tersalah bahasa,
Jangan disimpan di dalam hati.
(1000 PAGI)
JAMUAN RINGANMajlis melabuhkan tirai dengan harapan sekolah
menengah teknik sibu akan terus cemerlang.
Dengan sukacitanya, Semua hadirin dijemput untuk menjamu
selera.
MAJLIS BERSURAI
PAGE 10