Top Banner
1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme dapat membantu perkembangan pembelajaran Seni dalam Pendidikan pada kanak-kanak? Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada Menyusun atur maklumat dan pengetahuan Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan 2. Nyatakan DUA aspek penting pengurusan bilik darjah pendidikan seni yang boleh mempertingkatkan tahap prestasi kanak-kanak. Aspek Fizikal – Cahaya, Peredaran Udara, Stor, Rak Pameran, Perabot, Kemudahan Asas Aspek Emosi – Hiasan Dalaman, Ruang, Peragaan Hasil Kerja. Aspek Sosial – Interaksi Murid, Kemudahan Aktiviti Kumpulan 3. Namakan EMPAT teknik menggambar. - lukisan - catan - Kolaj - Montaj - Cetakan - Resis - Gosokan - Stensilan - Percikan - Gurisan - Capan - Mozek 4. Senaraikan EMPAT unsur seni visual. - Garisan - Warna - Jalinan – jalinan tampak 2D, jalinan sentuhan 3D - Rupa – cantuman dua hujung garisan - rupa organik, rupa geometri - Bentuk – memepunyai isipadu - bentuk ilusi 2D, bentuk konkrit 3D - Ruang – kawasan di antara atau kawasan di sekeliling 5. Jelaskan hasil kerja Edwin Gordon dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai ‘audiation’ iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). 6. Berikan pengertian kreativiti berdasarkan kepada teori pelbagai kecerdasan Howard Gardner (1978). Kreativiti Proses kreativiti boleh melibatkan: ı Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
21

1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

Jun 15, 2015

Download

Documents

Jennis Chung

Soalan dan Jawapan untuk Seni Dalam Pendidikan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme dapat membantu perkembangan pembelajaran Seni dalam Pendidikan pada kanak-kanak? Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada Menyusun atur maklumat dan pengetahuan Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

2. Nyatakan DUA aspek penting pengurusan bilik darjah pendidikan seni yang boleh mempertingkatkan tahap prestasi kanak-kanak. Aspek Fizikal – Cahaya, Peredaran Udara, Stor, Rak Pameran, Perabot, Kemudahan AsasAspek Emosi – Hiasan Dalaman, Ruang, Peragaan Hasil Kerja.Aspek Sosial – Interaksi Murid, Kemudahan Aktiviti Kumpulan

3. Namakan EMPAT teknik menggambar. - lukisan- catan- Kolaj- Montaj- Cetakan- Resis

- Gosokan- Stensilan- Percikan- Gurisan- Capan- Mozek

4. Senaraikan EMPAT unsur seni visual. - Garisan - Warna- Jalinan – jalinan tampak 2D, jalinan sentuhan 3D- Rupa – cantuman dua hujung garisan - rupa organik, rupa geometri- Bentuk – memepunyai isipadu - bentuk ilusi 2D, bentuk konkrit 3D- Ruang – kawasan di antara atau kawasan di sekeliling

5. Jelaskan hasil kerja Edwin Gordon dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai ‘audiation’ iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration).

6. Berikan pengertian kreativiti berdasarkan kepada teori pelbagai kecerdasan Howard Gardner (1978).KreativitiProses kreativiti boleh melibatkan:ı Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativitiı Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambilı Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

7. Berikan DUA bentuk rangsangan untuk gaya pembelajaran kanak-kanak yang dapat membantu supaya kanak-kanak lebih berekspresif.

Page 2: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

(a) Perasaan - hasil luahan daripada hati(b) Lisan - Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan(c) Reaksi - Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibatdaripada latihan dan pengalaman yang telah diterima(d) Emosi – menggalakan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dlam menghadapi persaingan dan cabaran.(e) Bukan Lisan- Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan.(f) Idea- Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda ( Kem berfikir ) perlulah digunakan didalammelaksanakan ekspresi pelajar.(g) Menggambar- Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan pelajar itu mengalihkantumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas.(h) Menghasilkan- Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.

8. Senaraikan DUA tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran. (a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara Satu Sama Lain dr segi kemahiran pd setiap mp(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat – pengurusan grafik(c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif(d) Pembelajaran Berkesan

9. Nyatakan peluang-peluang yang diperolehi oleh murid-murid dengan menggunakan pendekatan bertema. (i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkanm pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema yang diberi(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

10. Jelaskan secara ringkas DUA jenis integrasi. a) Penggabungjalinan - proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.(b) Penyerapan - proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.(e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

1. Proses peniruan merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran seni disekolah rendah.

(a) Nyatakan TIGA bentuk atau konsep peniruan menurut teori pembelajaran Sosial.

Page 3: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya, kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.

(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan menjadi satu habit dan biasaan.

(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

(b) Jelaskan TIGA sebab mengapa peniruan itu merupakan satu perkara yang penting dalam pembelajaran kanak-kanak disekolah rendah. (i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan responsif deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi idea yang sedia ada dalam minda murid.

(ii) Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini membantu murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter)

(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang.

(c) Huraikan peranan hemisfera otak dalam mempertingkatkan kefahaman pembelajaran seni dalam pendidikan.Otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi perhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata muridan disekolah.

2. Subjek seni visual telah pun dimartabatkan sepenuhnya sebagai satu subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran merentasi kurkulum.

(a) Apakah pendidikan seni visual? Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional.

(b) Bincangkan secara ringkas TIGA bidang pendidikan seni visual yang diamalkan di sekolah rendah. Berikan contoh-contoh sesuai. Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada: Melukis dan membuat gambar - Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Cth teknik, lukisan, gurisan, gosokan

Membuat rekaan corak - Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak boleh didapati daripada:

Page 4: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

- Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

- Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, dan gunting

- Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

- Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Membentuk dan membuat binaan - Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Kraf tradisional - Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Cth: Batik, Anyaman

(c) Huraikan TIGA cara bagaimana pelukis dapat menampilkan estetika di dalam sesebuah karyanya.

(a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan.

(b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goya sering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan arca-arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.

(c) Menggunakan Kaedah Formalistik Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, pengasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agong.

(d) Keaslian Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.

3. Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik dunia bagi pelajar itu adalah kosong. (a) Nyatakan DUA objektif mengajar muzik kepada kanak-kanak. Dengan memahami muzik pelajar akan dapat;

(i) menikmati pelbagai pengalaman muzik; (ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri; (iii) merasai dan mengenal konsep muzik; (iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif; (v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;

Page 5: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

(vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat;

(vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri; (viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama; (ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang

sesuai; (x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan (xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

(b) Pendekatan pengajaran muzik Carl terdiri daripada komponen-komponen berikut: imitasi, eksplorasi, improvasi, penciptaan dan literasi. Jelaskan secara ringkas TIGA daripada komponen-komponen tersebut.

Imitasi (Mengajuk Balik) Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan besama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utamanya ialah rekoder.

(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.

(iii) Improvisasi Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik disyorkan. Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xylofon dan metalofon. Cuma memainkan not tonik “do” dan not yang kelima “soh” kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh “ti” dan not keempat “fah”.

(iv) Creation (Mencipta) Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan theme and variation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

(v) Literasi Pada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti ‘sight singing’, menulis corak irama dan skor muzik.

(c) Muzik merangkumi konsep-konsep berikut: melodi, irama, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Huraikan dengan memberi contoh, TIGA daripada konsep-konsep muzik berkenaan.

Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang’.

Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi

Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza.

Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.

Page 6: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

Bentuk : Karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.

Warna Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

Suara lelaki dengan suara perempuan;

Suara perempuan dengan suara pelajar;

Jalinan Jalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai. Jalinan boleh dibahagikan kepada;

Monofoni

Homofoni

Polifoni

4. Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pelbagai sudut pembelajaran. (a) Jelaskan maksud penerokaan dalam konteks seni dalam pendidikan. - menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah– guru sebagai pembimbing

(b) Huraikan TIGA cara bagaimana pelajar menjalankan aktiviti penerokaan dalam pembelajaran pergerakan. a) Meneroka Alat dan Bahan –- diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalandisepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat, atau bergerak disepanjang rangka panjat..- tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang,bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat.- tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota semasa beraksi.b) Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi– pelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cubamemanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi spt Dirian tangan, Roda kereta, Gulingan, Imbangan dan sebagainya.c) Meneroka Idea dan Isi Kandungan– Aktiviti Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain disekeliling sesuatu paksi. menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling

(c) Bincangkan bagaimana guru dapat membantu pelajar memperolehi pengalaman melalui aktiviti permainan.

Menyediakan aktiviti lasak yang secukupnya bagi kelompok otot besar dengan tujuan mengembangkan daya potensi yang memberi kesan kepada pengembangan dan pengawalan otot dengan baik

Membina kebolehan-kebolehan berlari, bertindak, menyelinap, mula dan berhenti.

Mempelajari cara-cara mengendali dan mengawal anggota semasa dalam keadaan tertekan.

Memupuk kecergasan mental dalam kerangka perancangan strategi permainan.

Membantu pelajar memahami dan mematuhi peratur-peraturan dan arahan-arahan.

Page 7: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

Menggalakkan pelajar bermain dengan rakan-rakan sebaya mengikut peraturan dan tingkahlaku yang positif seperti tidak bergaduh.

Menggalakkan pelajar bermain secara adil dan bersemangat kesukanan yang terpuji.

Memahami diri sendiri dan diri orang lain.

Kebanyakan aktiviti-aktiviti didalam permainan dapat memberi kesan yang positif kepada perkembangan asas kemahiran motor yang berpadanan di samping dapat menyediakan asas untuk perkembangan dan pengekalan kecergasan fizikal.

5. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di sekitar sesuatu konsep atau tema yang dipilh.

(a) Nyatakan TIGA kekuatan pendekatan bertema dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan (i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema yang diberi (ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi (iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan (iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru (v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan (vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(b) Huraikan TIGA aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tema untuk pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: (i) Boleh merentas semua matapelajaran

Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Contoh: Tema Pokok. Untuk itu semua mata pelajaran boleh menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar Pastikan tema yang dipilh ada kaitannya dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.

(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsungan dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan ’hands on’ tidak kepada guru Cuma bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

. (v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih

Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.

Page 8: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

(c) Jelaskan bagaimana muzik, seni visual dan pergerakan boleh diintegrasi untuk mengajar tema ‘persekitaran’ seperti hutan.

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok. Tema persekitaran : Hutan Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

Pergerakan : (a) Pergerakan: (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,

(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

1. Konsep “Quadrant” menegaskan bahawa seni membantu perkembangan otak kanan dan kiri di samping membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Nyatakan EMPAT peranan Seni dalam Pendidikan.- Peranan Ekspresi- Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina

keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.- Peranan Emosi – Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut

dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan.- Peranan Imaginasi - Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;

(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. - Peranan Pemikiran – Peranan Hoka dan Hoki

2. Ciri pembelajaran koperatif ialah pemupukan kemahiran sosial,saling pergantungan secara positif dan perkongsian peranan memimpin. a) berikan empat ciri pembelajaran secara konstruktivisme. 1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru 2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran 3. Menyokong pembelajaran secara koperatif 4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid 5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar 6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna 7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid 8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

3. Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan/ lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Page 9: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

Berdasar penyataan di atas, sebagai seorang gurubyang kreatif anda dapati 5 orang murid di Tahun satu, 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan tidak menguasai kemahiran melompat.Nyatakan empat langkah yang boleh diambil bagi membantu kumpulan murid ini.

i)melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan (ii) melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan rendah (iii) melompat dan capai pelbagai benda (iv) melompat sambil bergerak kehadapan dan pelbagai arah. (v) melompat kedalam dan ke luar gelung rotan (vi) Lompat untuk jarak (vii) Melompat sambil mengubah ke arah lompatan (viii) Melompat seperti kanggaru (ix) Melompat anak sungai

4. Seni dalam pendidikan dapat memberi manfaat dari segi jangka panjang.a) Jelaskan lima kepentingan seni dari aspek jangka panjang.- menghargai keindahan ciptaan Tuhan.

- mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.

- meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran. - menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja.

- membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat.

- mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain.

- menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

- menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.

- menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup.

- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

- mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

- membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

b) Apakah yang dikatakan oleh.Shinuchi Suzuki tentang seni muzik?pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat

Einstein dan Gardner mengenai seni pergerakan?Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan.

• Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai.

Eisner dan Brown tentang seni visual?

Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina konsep.

Page 10: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

2. Terangkan Dua kegiatan menyanyi.

(a) Mari Menyanyi (i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi

lagu berentak tradisional

lagu pusingan dan

lagu suara berlapis (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

(b) Menyanyi Secara Muzikal (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:

pic, tempo,corak irama, melodi; dan

ekspresi mengikut mud dan dinamik.

(c) Teknik dan Cara Menyanyi (i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;

pernafasan

pengeluaran suara

artikulasi

sebutan, dan

postur.

(d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;

Lirik;

Melodi;

cara menyanyi: dan

cara persembahan (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain.

Jelaskan dua unsur pergerakan bagi ruang dan daya/aliran?

(a) Imbangan Berat Badan

Page 11: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

Faktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

(b) Ruang Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan “lingkungan pergerakan”. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:

Dari jauh menuju ke pusat badan

Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras

Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai. (c) Masa

Faktur ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa. Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasanboleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta. Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.

(d) Aliran Aliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

Jelaskan lima kemahiran asas pergerakan.

Berjalan

Berlari

Melonjak

Melompat

Hop

Melungsur

Gallop (berjalan seperti kuda)

Skip

1. Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yanglain2. Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi.3. Melonjak - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebihbanyak pergerakan meninggi dapat dicapai.4. Melompat - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.5. Melompat Ketingting-Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supayakakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

Page 12: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

6. Gallop7. Meluncur

Huraikan LIMA daripada persepsi motor ini yang merupakan keperluan penting dan awal bagi kemahiran membaca(a) Mengimbang- berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang.(b) Kesedaran Badan- Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri: “Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda?” atau “Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengantangan anda?”(c) Kesedaran Ruang- boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah.(d) Kesedaran Hala Datar (Laterality) - kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kakiserta tangan membentuk gerakan membulat.(e) Kesedaran Arah - menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan semasa membaca.(f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata - interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul cth main bola.

Kreativiti bukanlah anugerah tetapi ianya perlu dipelajari.

a) Huraikan interpertasi idea dan hubungannya dengan kreativiti.Interpretasi Idea - Gardner 1993, kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat.

Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapatpada para pelajar membantu untuk mereka belajar secara kreatif.ı Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lamaı Keupayaan untuk menyusunı Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainanı Meneroka sebelum pengajaran formalı Menggunakan ”silence” dan ”hesitation”ı Melihat dengan lebih dekatı Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalahı Bercerita dan menyanyi.

b) Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan dan tanggapan?Perasaan dan Tanggapan Deria - Lowenfield dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kreativiti pelajar.ı Peringkat ’scribbling’ dimana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan panca inderayang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna,ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi lebih sistematik dan terkawal.ı Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman merekaı Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar.Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan simbol.

Page 13: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

ı Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal pearasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orangdewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.

Latihan 1.1

Mengapa Seni Dalam Pendidikan?

Seni Dalam Pendidikan boleh mempertingkatkan penglibatan murid terutamnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta sosial dalam proses pembinaan sikap dan minat murid terhadap pembelajaran dan mata pelajaran di sekolah. Intipati ilmu yang dikaji berkaitan dengan perspektif berikut: Teori pembelajaran

Model pengajaran dan pembelajaran

Pandangan tokoh kepentingan Seni Dalam Pendidikan

Teori kendiri kanak-kanak

Latihan 1.2 Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini . 1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini yang dikutip di dusunnya 2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen 3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada Tuhannya 4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya 5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan skema ukuran dalam kerja melukis perspektif 6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu selepas tamat sesi kuliahnya 7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru dalam mata pelajaran Pendidikan Seninya. 8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki Gunung Arong dalam sesi Bina Insan Guru 1. Logik Matematik 2. Muzik 3. Intrapersonal 4. Verbal Linguistik 5. Visual ruang 6. Interpersonal 7. Naturalis 8. Kinestetik

TOPIK 6: PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Ujian 1

1. Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting untuk pembinaan pergerakan berkordinasi.

Page 14: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

(a) Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor?

(b) Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui.

1. Persepsi ruang – mengandungi dua dimensi dan juga tiga dimensi. Contoh persepsi rangsangan dua dimensi ialah gambar, rajah, imej, foto dan lukisan.

Contoh persepsi tiga dimensi ialah benda-benda konkrit di alam sekitar seperti arca, bangunan, kereta, kostum, landasan kereta api dan lain-lain lagi. Di dalam persepsi ruang ini terdapat juga persepsi kontras yang berkaitan dengan objek di persekitaran. Ini boleh dilihat dalam situasi terang gelap, warna silluet dan warna penggenap.

2. Persepsi pergerakan – Terhasil daripada rangsangan dari retina mata. Objek menampak suatu biasan gerakan dari pergerakan yang berlaku. Contohnya: Pemerhatian burung terbang, kereta yang melunjur laju di litar perlumbaan, jet yang meluncur laju di udara dan sebagainya.

3. Persepsi masa – Berbeza mengikut individu. Individu yang terlalu sibuk merasakan masa begitu cepat berlalu. Tidak dapat menjawab soalan dalam peperiksaan terasa masab begitu panjang.

UJIAN 2

1. Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah pendidikan gimnastik.

(a) Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik

(b) Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama.

(c) Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama?

(a) Emosi merupakan perasaan, jiwa yang kuat sepeti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama, iaitu seronok (gembira) kurang seronok (sedih) dan cemas (risau) atau tenang.

(b) Guru yang ceria dan penyayang akan menghasilkan murid yang ceria dan penyayang Tahap EQ guru merupakan kayu ukur dalam menghasilkan bilik darjah yang dapat membina EQ murid yang sihat Satu-satu angkubah terpenting di dalam EQ ialah bagaiamana ia menangani emosinya terutama emosi negatif secara tulen, benar dan sihat Murid yang menguasi kemahiran emosi akan menghasilkan keputusan baik sama ada dalam ujian atau pengukuran yang lain Terdapat perhubungan yang rapat di antara EQ dan tingkahlaku Murid yang menguasi kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala-gejala sosial Mereka lebih bekerja sama, suka menolong, boleh diharap dan berempati Lebih berfokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar.

Latihan 9.1

Latihan 9.1

Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam pendekatan bertema? Tema yang berkaitan dengan masyarakat yang berada disekelilingnya yang meliputi budaya, agama, bangsa, dan hubungan sosial.

Latihan 9.2

Page 15: 1. Bagaimanakah Teori Konstruktivisme Dapat Membantu Perkembangan

Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas bincang dengan rakan pemerhatian anda terhadap penyataan yang terdapat dalam tema masyarakat yang boleh digabungkan ke dalam kurikulum. Manusia tinggal

kumpulan keluarga yang berbeza

keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri

Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi

Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu

Keluarga saling bantu-membantu.