Top Banner
UIU 1022 Fiqh Ibadah
31

08 zakat - uiu 1022

Jan 17, 2017

Download

Education

wk_aiman
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

UIU 1022 Fiqh Ibadah

UIU 1022Fiqh Ibadah

Hasil PembelajaranMenjelaskan pengertian zakat secara terperinci.Menjelaskan serta syarat-syarat wajib zakat dan asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat.Membincangkan bentuk-bentuk harta yang diwajibkan zakat.Mengetahui jumlah nisab dan kadar zakat kepada harta yang dikenakan zakat.

PengenalanZakat merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam kepada ummatnya. Perlu dilaksanakan tanpa keraguanBertepatan dengan Islam yang mementingkan konsep taawun dan takafulMemastikan kekayaan tidak hanya berlegar dalam kalangan orang kaya. Melatih individu agar prihatin terhadap keperluan golongan yang memerlukan dan instrumen bagi memastikan berlakunya keadilan sosial dalam masyarakat Islam. Harapan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Pengertian ZakatZakat menurut bahasa Arab - membersihkan sesuatu, menambahkan dan menyuburkan.

Dari segi istilah, zakat merujuk kepada kadar yang ditentukan daripada harta tertentu yang wajib dikeluarkan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat tertentu.Zakat dikategorikan sebagai ibadah maliah ijtimaiyyah iaitu suatu ibadah berkaitan dengan kehartaan dan hubungan antara masyarakat.

Ia dinamakan sebagai zakat kerana beberapa sebab, antaranya:

Sesuai dengan maksud harta asal akan subur dengan keberkatan dan doa orang yang menerima pemberian zakat.Menyucikan semua baki harta daripada syubhat dengan pemberian kadar tertentu dari harta berkenaan yang menjadi hak penerima zakat.Menyucikan jiwa orang yang mengeluarkan zakat daripada sifat tamak dan cintakan harta, dan orang yang menerima zakat daripada penyakit hasad dengki dan sebagainya.

Dalil Pensyariatan ZakatMaksud firman Allah SWT: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat serta rukuklah kamu semua bersama-sama orang yang rukuk. (al-Baqarah, 2: 43)

Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Islam itu dibina di atas lima perkara, penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji di Baitullah, dan puasa Ramadan. (Muttafaqun Alaih)

Hikmah Pensyariatan ZakatMenguatkan kasih sayang antara orang kaya dengan miskin. Ini kerana fitrah jiwa manusia merasa senang dan berterima kasih terhadap orang yang berbuat kebaikan (berjasa kepadanya).Mensucikan, membersihkan serta menjauhkan jiwa dari sifat kikir dan bakhil.Membiasakan diri seorang muslim untuk memiliki sifat belas kasihan kepada saudaranya yang lain.Memperoleh keberkatan, tambahan dan gantian harta yang lebih baik dari Allah SWT.Sebagai suatu ibadah kepada Allah.

Hukum Bagi Orang Yang Enggan Mengeluarkan Zakat

(i) Keengganan mengeluarkan zakat disebabkan oleh ingkar pensyariatan zakat.kufur dan terkeluar dari agama Islam dihukum sama seperti orang murtad.(ii) Keengganan mengeluarkan zakat disebabkan oleh bakhil.

fasik dan berdosa Pemerintah mengambil zakat dari hartanya secara paksa. Sekiranya dia menentang, pemerintah boleh memeranginya sebagaimana pada zaman Sayyidina Abu Bakar RA.

Syarat-Syarat Wajib ZakatIslam Zakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja. Cukup nisab Harta yang dimiliki sampai had minima.Cukup haul Setahun qamariyah atas pemilikan nisab. Zakat diwajibkan apabila harta jumlah nisab sepanjang setahun qamariyah (haul).

Kewajipan zakat tidak berasaskan akal. Kanak-kanak dan orang gila dikenakan zakat jika dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat. Wali kepada kedua golongan ini bertanggung jawab mengeluarkan zakat bagi pihak mereka.

Sifat-Sifat Harta Yang Diwajibkan ZakatPemilikan penuh harta.Harta bukan pemilikan sempurna ialah:Harta negara - kepentingan rakyat.Harta waqaf yang diperuntukkan untuk faedah umum.Harta yang yang hilang, dirampas atau dicuri. Tiada pemilikanHarta yang diberikan hutang kepada orang lain. Dikeluarkan zakat setelah pemilik menerima semula harta hutang tersebut atau yakin pemiutang akan menjelaskannya.Harta berkembang (al-nama)hakiki dan taqdiri.Cukup nisab (had minima)Melebihi keperluan asasi.Bebas dari beban hutangCukup haul setahun qamariyah

Bentuk Harta Yang Diwajibkan Zakat

1. al-Naqdan ( dua matawang)al-Naqdan adalah emas dan perak sama ada ditempa menjadi matawang (dinar dan dirham)dalam bentuk ketulan emas atau perak asal. dicetak dalam bentuk kertas hanya sebagai gantian emas dan perak Saham-saham yang mempunyai jaminan tetap yang ada ikatan dengan nilai sebenar emas atau perak

Nisab dan Kadar Zakat Emas dan PerakHad minima (nisab) bagi zakat bagi emas ialah 20 mithqal (85 gram emas)

Nisab semasa 2012 - RM 13,999.56 (MAIDAM Terengganu)

Nisab zakat bagi perak ialah 200 dirham (595 gram perak).

matawang kertas dikeluarkan zakat berasaskan nilai nisab emas.

kekal dalam jumlah nisab sehingga cukup haul (setahun hijriyyah).

Kekurangan nisab dlm tempoh sekejap menyebabkan tidak dikenakan zakat. Jika harta kembali bertambah mencukupi nisab, maka pengiraan haul bermula dari tarikh baharu apabila harta berkenaan mencukupi nisab.

Zakat PerhiasanDikecualikan zakat atas dasar tidak berkembangPemakaiannya secara lazim, dibenarkan syarak serta tidak keterlaluan pada pandangan uruf manusia. Penggunaan emas dan perak secara haram, contohnya pemakaian cincin emas oleh lelaki dan menggunakan peralatan/perhiasan rumah seperti pinggan emas tidak dikecualikan harta ini dari dikenakan zakat.

Nilai uruf barang perhiasan bagi negeri-negeri di MalaysiaUruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram.Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram.Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000.Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram.Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram.Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram.Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram.Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf.Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram.Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram.Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram.Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000.Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

2. Binatang ternakan (al-anam).merujuk kepada unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang disebut sebagai binatang ternakan (al-anam). Syarat yang mewajibkan zakat binatang ternakan saimah (dilepaskan bebas)tidak digunakan untuk menjalankan pekerjaan

Kadar Nisab dan Zakat UntaBil.NisabBilangan/Kadar ZakatUmur11-4Tidak diwajibkan zakat-25 - 91 ekor kambing2 thn310 - 142 ekor kambing2 thn415 - 193 ekor kambing2 thn520 - 244 ekor kambing2 thn625 - 351 ekor anak unta (bint makhad)2 thn736 - 451 ekor anak unta (bint labun)3 thn846 - 601 ekor anak unta (hiqqah)4 thn961 - 751 ekor anak unta (jazaah)5 thn1076 - 902 ekor anak unta (bint labun)3 thn1191 - 1202 ekor anak unta (hiqqah)4 thn

Kadar Nisab dan Zakat LembuBil.NisabBilangan/Kadar ZakatUmur11-29Tidak diwajibkan zakat-230 - 391 ekor lembu (tabi atau tabiah)1 thn.340 - 591 ekor lembu betina (musinnah)2 thn.460 - 692 ekor lembu (tabi atau tabiah)1 thn.570 - 791 ekor lembu (tabi atau tabiah) dan 1 ekor lembu (musinnah)1 thn, 2 thn680 - 892 ekor lembu (tabi atau tabiah)2 thn.790 - 993 ekor lembu (tabi atau tabiah)1 thn.8100-1092 ekor lembu (tabi atau tabiah) dan 1 ekor lembu (musinnah)1 thn, 2 thn9110-1192 ekor lembu (musinnah) dan 1 ekor lembu (tabi atau tabiah)2 thn, 1 thn

Kadar Nisab dan Zakat KambingBil.NisabBilangan/Kadar ZakatUmur11-39Tidak diwajibkan zakat-240 - 1201 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun)1 thn/2 thn3121 - 2002 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun)1 thn/2 thn4201 - 3003 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun)1 thn/2 thn5301- 4004 ekor kambing (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun)1 thn/2 thn6Setiap tambahan 100 ekorDitambah 1 ekor (dhon berusia setahun atau maiz berusia 2 tahun)1 thn/2 thn

3. Hasil daripada tanaman dan buah-buahanTanaman dan buah-buahan makanan asasi dan boleh disimpan lama (tidak cepat rosak). contohnya gandum, barli, tamar, kacang adas, kacang keledai, jagung dan lain-lain

Nisab bagi zakat tanaman adalah apabila hasil mencapai 5 wasq atau lebih (5 wasq bersamaan dengan 60 gantang)

Kadar zakat bagi tanaman dan buah-buahan bergantung cara siraman tanaman. Kadar zakatnya adalah :1/10 atau 10 % daripada hasil tuaian - Tanaman mendapat siraman air hujan, air parit atau air bukit yang disedut oleh akar tanpa perbelanjaan oleh petani atau pekebun.1/20 atau 5% daripada hasil tuaian - pengairan atau siraman tanaman berkenaan menggunakan tenaga dan perbelanjaan dari pekebun atau petani.

Syarat-syarat khusus bagi zakat tanaman dan buah-buahan:Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang tahan disimpan lama.Tanaman tersebut adalah hasil usaha manusia dan bukannya tumbuh sendiri seperti tumbuh liar, dihanyutkan air dan sebagainya.

Sekiranya nisab tidak mencukupi bagi hasil tuaian musim pertama, ia perlu dicampurkan dengan hasil tuaian bagi musim kedua. Zakat dikenakan apabila gabungan jumlah hasil musim pertama dan kedua mencukupi nisab.Tidak memerlukan syarat haul. Ia dikeluarkan selepas mendapat hasil.

4. Barangan perniagaanSyarat wajib zakat barangan perniagaan:Barang tersebut dimiliki dengan akad pertukaran seperti jual beli, sewaan, mahar dan sebagainya. Harta yang diperolehi melalui perwarisan, wasiat atau hibah (hadiah) tidak perlu dikeluarkan zakat.Berniat sewaktu memilikinya untuk menjadikannya barang perniagaan, dan niat tersebut berterusan.

Kadar Nisab dan Zakat harta perniagaan

Nisab bagi zakat harta perniagaan adalah sama dengan nisab bagi matawang - 20 mithqal (85 gram emas) atau 200 dirham (595 gram perak)Nisab harta perniagaan dikira pada akhir haul atau tahun dari tarikh mula perniagaan. tidak disyaratkan mencukupi nisab dari tarikh awal memulakan perniagaan dan mencukupi nisab sepanjang tempoh setahunApabila cukup nisab, maka kadar zakat yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak 2.5% dari jumlah keseluruhan harta perniagaan berkenaan.

Syarat-syarat Zakat Harta Perniagaan:

(a) Barang perniagaan yang dikira untuk zakat tidak termasuk perabot atau mana-mana peralatan yang digunakan untuk membantu perniagaan.(b) Harta yang termasuk dalam pengiraan zakat adalah semua modal dan keuntungan. Zakat dikeluarkan dari jumlah gabungan antara modal dan keuntungan.

5. Madan (galian) dan rikaz (harta karun)Galian atau madan - hasil asal yang tertanam dalam perut bumi dan kemudiannya dikeluarkan samada emas, perak, besi, tembaga, minyak, permata dan sebagainya.

rikaz atau harta karun - barangan yang tertanam oleh manusia dalam perut bumi sebelum kedatangan Islam.

Barangan yang ditanam oleh manusia pada zaman Islam yang disebut sebagai luqatah (barang yang hilang) yang mempunyai hukum khusus yang berbeza dengan rikaz.

Nisab dan Kadar Zakat Galian dan Rikaz (harta karun)Zakat galianNisab sama dengan emas dan perak- 20 mithqal (85 gram emas) dan 200 dirham (595 gram perak).tidak disyaratkan haul bagi galian, dikeluarkan segera apabila galian berkenaan diperolehi. Kadar zakat adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

RikazNisab harta rikaz juga sama dengan emas dan perak dan tidak disyaratkan haul, dikeluarkan apabila harta berkenaan dijumpai. Kadar zakat adalah 1/5 atau 20% dari jumlah keseluruhan.

6. Wang SimpananDiqiyaskan kepada emas. Seperti menyimpan emas.

Wajib mengeluarkan zakat apabila mencukupi syarat-syaratnya seperti cukup haul dan nisab.

Nisab bagi wang simpanan adalah sama dengan emas dan perak iaitu 20 mithqal (85 gram emas) dan 200 dirham (595 gram perak).

Bagi simpanan yang selalu keluar masuk juga diwajibkan zakat jika baki terendah sepanjang tahun itu ( haul ) masih mencukupi nisab.

Zakat Fitrahzakat yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam samada lelaki atau perempuan kecil atau besar, hamba ataupun merdeka pada setiap kali menjelangnya Idul al-Fitri.

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu sha/gantang dari makanan yang mengeyangkan bagi satu-satu negeri.

Pengiraan kadar Zakat Fitrah:1 sha / gantang = 4 cupak1 cupak = 675 gram1 gantang (4 cupak X 675 gram) = 2700 gram @ 2.7 kg

Syarat-syarat Wajib Zakat Fitrah1. Islam - tidak wajib ke atas orang kafirHidup pada dua waktu (akhir Ramadhan dan awal Syawal). 3.Mempunyai kelebihan harta daripada keperluan untuk dirinya dan orang-orang yang dibawah tanggungan (yang wajib dinafkahinya) pada malam hari Raya dan sepanjang hari Raya .

Waktu Membayar Zakat Fitrah

Waktu Harus - Dari permulaan Ramadhan sampai hari penghabisan Ramadhan.Waktu Wajib - Dari terbenamnya matahari terakhir Ramadhan Waktu Afdhal - Sesudah sembahyang subuh sehingga sembahyang sunat Hari Raya.Waktu Makruh - Membayar fitrah sesudah sembahyang Hari Raya tetapi sebelum terbenam matahari pada Hari itu.Waktu Haram - Iaitu dibayar sesudah terbenam matahari pada Hari Raya itu.

Asnaf ZakatFakir (al-fuqara) - idak dapat memenuhi separuh daripada keperluan asasi.Miskin - hanya mampu memenuhi lebih daripada sebahagian keperluannya Amil - Orang yang terlibat dengan pengurusan zakat (pengumpulan, penyimpanan, mengawal, mencatat serta membahagikan zakat). Muallaf - Merupakan orang yang baru memeluk Islam. Hamba (al-Riqab) untuk memerdekan diriOrang Berhutang (al-Gharimin)Pejuang di jalan Allah (Fi sabilillah)Musafir Dalam Perjalanan (Ibn al-Sabil) yang terputus perbelanjaan

Sekian, terima kasih.Wassalam.