Rangka Isi Pelajaran
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
TAJUK 13SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS IV
SINOPSIS
Sumber pengajaran dan pembelajaran sains merangkumi pelbagai
sumber termasuk sumber yang terdapat di luar bilik darjah seperti
taman sains, zoo mini, kolam dan pusat sains. Kepelbagaian sumber
pengajaran dan pembelajaran sains membolehkan sesi pembelajaran
sains diadakan diluar bilik darjah selaras dengan kurikulum dan
bilik darjah Abad ke-21. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
memberi peluang kepada setiap sekolah membina satu taman
berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi memupuk minat murid
terhadap sains yang berkaitan dengan alam sekitar dan menggalakkan
pembelajaran berasaskan sumber persekitaran. Pengajaran guru
mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap
orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang
telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu
dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti
di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.
Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu
hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya
dengan kehidupan seharian.
Topik ini akan membimbing pelajar bagaimana melaksanakan
aktiviti di luar bilik darjah dengan menggunakan sumber pengajaran
dan pembelajaran sains seperti taman sains, zoo mini, kolam dan
pusat sains.
HASIL PEMBELAJARAN
Menggunakan persekitaran di luar bilik darjah sebagai sumber
pembelajaran seperti taman sains, mini zoo, kolam dan pusat
sains.
Kerangka Tajuk-tajuk
Rajah 13.1: Kerangka Topik 13
isi kandungan13.1 Persekitaran Sebagai Sumber Pengajaran dan
PembelajaranPenggunaan persekitaran sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran menjadikan bilik darjah tidak lagi bersempadan seperti
apa yang dikatakan oleh Fielding (1999) berhubung dengan cara
pengajaran dan pembelajaran menjelang abad ke-21 iaitu classrooms
are aut! no more classrooms! dont build them. Tuntutan kemahiran
abad ke-21 menjadi cabaran kepada para guru untuk memilih strategi
dan sumber pengajaran yang paling berkesan bagi menjamin berlakunya
pembelajaran di kalangan pelajarnya. Tuntutan tersebut memerlukan
para pendidik yang lebih peka terhadap persekitaran yang merupakan
sumber khazanah pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid
berinteraksi dengan persekitaran semasa pengajaran dan pembelajaran
sains. Persekitaran yang boleh dijadikan sebagai sumber pengajaran
dan pembelajaran adalah seperti taman sains, mini zoo, kolam dan
pusat sains.
13.2Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Sumber di
Luar Bilik Darjah Seperti Taman Sains, Mini Zoo, Kolam Dan Pusat
Sains.
i. Meningkatkan minat dan penguasaan murid terhadap pembelajaran
sains melalui pengalaman secara konkrit yang berkaitan dengan
persekitaran.
ii. Memberi kefahaman kepada murid terhadap konsep keperluan
asas haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta kaitannya dengan peranan
manusia. Contohnya dalam tajuk sains Tahun 4 Tema Menyiasat Alam
Kehidupan.
iii. Membolehkan murid berinteraksi dengan ekosistem melalui
pendekatan sosialisasi.
iv. Merangsang minda dan kreativiti murid dalam pembelajaran
sains semasa mereka membuat pemerhatian secara kontekstual dan
membuat perkaitan diantara teori dan realiti.
v. Merangsang perasaan ingin tahu murid terhadap apa yang
dipelajari dan apa yang diperhatikan.
vi. Memupuk nilai-nilai murni kepada murid terhadap nikmat
pencipta, flora dan fauna dan membuat perkaitan antara tumbuhan dan
haiwan seperti dalam tajuk Tahun 5 Tema Menyiasat Alam
Kehidupan.
13.3 Taman SainsPerkembangan awal pembangunan Taman Sains atau
Taman Teknologi telah bermula seawal tahun 1950 yang mana Taman
Sains yang pertama dibangunkan adalah Taman Teknologi di Amerika
Syarikat iaitu Taman Sains Universiti Stanford (Gower & Harris,
1994).
Taman sains sekolah merupakan satu kawasan yang mengandungi
flora dan fauna untuk menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif. Taman sains boleh merangkumi taman orkid, taman kaktus,
kolam ikan, kolam teratai dan taman burung.
Contoh Entiti Taman Sains Sekolah
13.3.1Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan taman sains adalah seperti: Flora Murid boleh diberi
tunjuk ajar bagaimana untuk mengelaskan jenis atau spesies tumbuhan
seperti taman kaktus, herba, orkhid, paku pakis dan lain-lain.
Murid juga boleh diberi pendedahan ringkas mengenai ciri-ciri
tumbuhan mengikut jenis taman.
Fauna Murid boleh diajar tentang anatomi luaran hidupan fauna
yang terdapat di taman sains. Guru dapat memupuk sifat sayang
terhadap haiwan dan bertanggungjawab dalam melindungi habitat
tersebut.
Kipas Angin KuMurid boleh diberi pendedahan bagaimana menentukan
arah angin di dalam taman sains dengan membina kipas taman.
Tumbuhan KuMurid boleh diberikan tugasan untuk menamam tumbuhan
dan membuat eksperimen tentang keperluan asas tumbuhan tersebut dan
cara tumbesaran tumbuhan.
Haiwan Peliharaan KuMurid boleh diberikan tugasan untuk
memelihara haiwan seperti belalang, hamster, arnab dan cicak dan
membuat eksperimen tentang keperluan asas haiwan tersebut, cara
makan dan cara pergerakan haiwan tersebut.
13.4 Mini ZooSumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan mini
zoo merupakan tempat penempatan contoh-contoh binatang bagi memberi
pendedahan kepada para murid mengenai haiwan terutamanya haiwan
yang semakin pupus di negara kita serta memberi pengalaman baru
kepada mereka. Contoh-contoh haiwan yang telah pupus adalah seperti
katak Golden Toad, harimau Zanzibar Leapard dan Harimau Jawa,
burang Poouli dan Spixs Macaw, rama-rama Madeiran Large, kupu-kupu
Alcon Biru Belanda, badak Hitam Afrika Barat, dan ular Boa Round
Island. Manakala haiwan-haiwan yang diancam kepupusan adalah
seperti Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis), serigala merah
(Canis rufus), Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), musang
berkaki hitam (Mustela nigripes), buaya Filipina (Crocodylus
mindorensis), gorila gunung (Gorilla beringei beringei) dan
Orangutan Sumatra (Pongo abelii).
Contoh Entiti Mini Zoo
13.4.1Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan mini zoo adalah seperti: Anatomi HaiwanMurid boleh
diajar tentang anatomi luaran haiwan-haiwan yang terdapat di mini
zoo.
Perlindungan HaiwanGuru dapat memupuk sifat sayang terhadap
haiwan dan bertanggungjawab dalam melindungi habitat haiwan
tersebut.
Kajian SetempatMurid boleh diberikan tugasan kajian untuk
melakukan pemerhatian terhadap haiwan-haiwan yang terdapat dalam
mini zoo dalam aspek cara pergerakan, cara makan dan cara
berinteraksi.
Kajian Kepupusan HaiwanMurid boleh diberikan tugasan kajian
untuk melakukan buku skrap bergambar terhadap haiwan-haiwan yang
telah pupus dan diancam kepupusan di dalam dan luar negara.
13.5 KolamSumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan kolam
dengan eleman air dan hidupan merupakan tempat yang dapat
memberikan pengalaman kepada murid secara konkrit tentang kehidupan
air di samping memberi kesejukan dan ketenangan kepada murid kerana
air merupakan terapi pikiran dan jiwa. Kolam seluas 115 meter
persegi, dengan kedalaman sekitar 50 sentimeter dan tinggi
permukaan air sekitar 35 sentimeter sudah memadai untuk sebuah
kolam ikan. Kolam ikan memerlukan penjagaan yang rapi dalam aspek
sistem saringan dan pembuangan. Setiap minggu kolam ikan perlu
dibersihkan dari lumut dan sebulan sekali air perlu ditukar.
Contoh-Contoh Kolam Sebagai Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran
15.2.1Contoh-contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan kolam adalah seperti: Akuarium KuMurid boleh diberi
tunjuk ajar bagaimana untuk membina sebuah akuarium yang ringkas
beserta dengan sistem sokongan untuk sesebuah akuarium dan
parameter yang sesuai untuk hidupan akuatik.
Anatomi IkanMurid boleh diajar tentang anatomi luaran dan
dalaman seekor ikan atau hidupan air lain serta fungsi setiap
bahagian.
Membina Hidrometer Ringkas Murid boleh diberi pendedahan
bagaimana hidrometer berfungsi dengan membina model dan menjalankan
eksperimen.
Air Bersih Membantu murid memahami bahawa air yang kotor dapat
dibersihkan. Sungai, kolam, tasik dan laut adalah habitat ikan dan
kebersihan air perlulah sentiasa dijaga supaya kita dapat membantu
melindungi habitat tersebut.
Katak dan KodokGuru boleh menerangkan kepada murid tentang
perbezaan yang agak ketara diantara dua spesis yang sama. Murid
juga akan dibawa ke kolam ekologi dan diberi peluang untuk
mengumpul telur dan anak katak dan mengkelasnya mengikut peringkat
umur.
Kolam dan EkologinyaMurid boleh diberi tunjuk ajar tentang
sistem sebuah kolam ekologi dan parameter yang sesuai untuk hidupan
akuatik sesebuah kolam ekologi.
Kadar Pernafasan Ikan Murid boleh membuat pemerhatian terhadap
pembukaan dan penutupan mulut serta operkulum ikan bagi menentukan
kadar pernafasannya. Di samping itu murid boleh membuat kajian
samada suhu sejuk akan mempengaruhi kadar pernafasan pada ikan
tersebut.
13.6 Pusat SainsPusat sains merupakan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang
direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat
terutamanya pelajar untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan
Teknologi. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti hands-on yang
dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar
dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains. Setiap
pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji,
mengumpul dan mentafsir data, membuat inferens dan membuat
kesimpulan mengenai yang mereka perolehi. Aktiviti-aktiviti pusat
sains adalah seperti eksplorasi taman pendidikan sains, keajaiban
sains yang melibatkan aktiviti makmal, eksplorasi geleri sains.
Konsep keseluruhan Pusat Sains adalah untuk menghubungkan sains
dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan
sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya
di dalam kehidupan seharian.
Kewujudan mini pusat sains di sekolah dapat mewujudkan suasana
pembelajaran sains yang menyeronokkan melalui bahan-bahan pameran
sains hands-on yang interaktif dan dinamik. Di samping itu dapat
membantu meningkatkan kepelbagaian teknik pengajaran melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains secara tidak formal yang
menyeronokkan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan
penghargaan murid terhadap sains, teknologi dan inovasi.
Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Sains
Malaysia
Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Sains
Singapura
Contoh-contoh Sumber Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Sains
Glasgow
Layari Internet
Layari internet untuk mengumpul maklumat tentang aktiviti sains
di luar bilik darjah di peringkat antarabangsa dan bandingkan
dengan aktiviti yang dijalankan kebanyakkan sekolah rendah di
Malaysia.
Latihan
Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah mengikut
tahap dan tajuk dan bincangkan bagaimana aktiviti sains di luar
bilik darjah dapat di Laksanakan.Tambahan: dan sejauh manakah
aktiviti tersebut memberi faedah dalam P&PMengumpul
Maklumat
Cari maklumat persekitaran yang boleh dijadikan sebagai sumber
pengajaran dan pembelajaran selain daripada taman sains, mini zoo,
kolam dan pusat sains.
Rujukan:
Fielding, R. 1999. The Death of the Classroom, Learning Cycles.
Online
11.8.2012.www.designshare.com/index.php/articles/death-of-the-classroom.
Gower, S.M., Harris, F.C. 1994. The Funding of, and Investment
in, British Science Parks: A Review. Journal of Property Finance,
5(3):7 18.
Poh, S. H. 1998. Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal &
Sumber Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.1