Rangka Isi Pelajaran
(PIM 3107 : PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH)
UNIT 1/1PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM
UNIT 1: Pengenalan Konsep Akhlak Dalam Islam
Unit ini mengandungi:
1. Isi kandungan pengertian Akhlak dalam Islam dan pengertian
Moral dan perbandingan antara keduanya. Di samping itu, ia
membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Isu-isu yang
berkaitan diprsembahkan dalam unit ini.1.1. Hasil Pembelajaran1.1.1
Menghurai pengertian akhlak dan moral dari pelbagai pendapat ulama
dan
sarjana.1.1.2 Menjelaskan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah
dalam kehidupan
seharian
1.1.3 Membincangkan isu-isu berkaitan dengan akhlak dan moral
masakini. 2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
2.1 Mengenalpasti Pengertian akhlak dalam Islam dan pandangan
ulama
berkaitan dengannya
2.2 Membanding beza isi konsep akhlak dan moral.
2.3 membincangkan isu-isu yang berlaku masakini dalam
masyarakat.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.
2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan
yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula
soalan yang diberikan.
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh
pensyarah dan buat perbandingan.
6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar
pada sesi berikutnya.
7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan
tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan
mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
1.2. Kerangka Tajuk
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
1.2.1 Pengertian akhlak dan moral dari pelbagai pandangan
sarjana1.2 .2 akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah1.2.3 Isu-isu yang
berbangkit dalam masyarakat masakini2.0 DEFINISI AKHLAK
Menurut Bahasa berasal dari kata khuluq yang artinya patut,
pantas, perangai,pekerti dan tabiat.
Menurut istilah ialah sesuatu yang menetap (kokoh) dalam hati
yang dari padanya keluar perbuatan atas kemauan sendiri (yang
bersifat spontan) dari kebaikan maupun keburukan.3. AKHLAK DALAM
ISLAMFalsafah:- Manusia tidak boleh dipisahkan dari akhlak walaupun
sedikit dalam hidupnya
Setiap perilaku seseorang samada baik atau jahat, sedar atau
tidak.
Definasi :-
Akhlak (dalam bahasa arab) bermaksud: ciptaan yang dibayangkan
oleh al Quran:-
Yang menciptakan tiap-tiap suatu dengan sebaik-baiknya dan
dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah. (Surah Sajadah;7)
Keindahan kejadian manusia terbahagi kepada dua iaitu
1 Lahiriah @ Fizikal (Jasmani )
2 Batin ( Nafsani)
Kedua-duanya perlu dijaga Namun Islam meletakkan keindahan ke
sebagai asas dan matlamat dalam usaha pembentukan kesempurnaan dari
sepanjang usia hidup di dunia3.0 SIFAT AKHLAK
Sifat yang menetap dalam hati tersebut menurut wataknya menerima
terhadap atsar (hasil) pendidikan dan pembiasaan, yang baik maupun
yang tidak baik.
Jika dididik dan dibiasakan dengan pendidikan yang baik, cinta
kebaikan, tidak suka pada kejelekan, maka watak tersebut disebut
khuluq hasan (khusnul khuluq).
Sebaliknya jika dibiasakan dengan kejahatan, keburukan dan suka
pada hal-hal tersebut maka disebut sayyiul khuluq.4.0 KEDUDUKAN
AKHLAK DALAM ISLAM Secara garis besar Islam memiliki 3 ajaran
pokok, yaitu :
Aqidah ; merupakan pondasi dalam sebuah bangunan
Syariah ; merupakan tiang-tiang dan bangun lain yang menjadikan
bangunan memiliki bentuk.
Akhlak ; ornamen-ornamen dalam desain baik interior maupun
exterior sehingga bangunan menjadi tampak indah dan memiliki nilai
estetika.5.0 KHALASIFIKASI AKHLAK Menurut Dr Abdullah Darraz dalam
kitabnya Dustur al Akhlak fil Quran telah mengklasifikasi akhlak
amaliah kepada lima kategori:-1. Akhlak Fardiyyah (Individu)
2. Akhlak Ussariyyah (Keluarga)
3. Akhlak Ijtimaiyyah (Kemasyarakatan)
4. Akhlak Diniyyah (Keagamaan)
5. Akhlak Daulah (Kenegaraan)Akhlak Fardiyyah
1. Akhlak terhadap penjagaan tubuh badan
2. Akhlak terhadap akal fikiran supaya berfikir terhadap
keagungan dan ciptaan Allah.
3. Akhlak terhadap keperluan makan minum supaya tidak berlaku
pemborosan.
4. Akklah terhadap tazkiyyah aj nafs (pembersihan jiwa)
Akhlak Usariyyah
1. Akhlak perhubungan suami isteri.
2. Akhlak hubungan antara ibubapa terhadap anak iaitu memelihara
anak daripada terjerumus ke dalam api neraka.
3. Akklah perhubungan antara anak terhadap ibubapa iaitu semasa
berbuat baik terhadap keduanya.
4. Akhlak terhadap kaum kerabat iaitu berbuat baik dan
memberikan hak yang sepatutnya bagi mereka.
Akhlak Ijtimaiyyah
1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri
daripada penipuan.
3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya
menjaga maruah masyarakat.
4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada
prasangka buruk dan umpat keji.
Akhlak Ijtimaiyyah
1. Akhlak pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Akhlak dalam kegiatan ekonomi iaitu menghindarkan diri
daripada penipuan.
3. Akhlak terhadap pergaulan dalam masyarakat umum supaya
menjaga maruah masyarakat.
4. Akhlak terhadap masyarakat umum supaya terhindar daripada
prasangka buruk dan umpat keji.
Akhlak Diniyyah
Akhlak kegamaan khusus mengenai hak Allah termasuk dalam akhlak
yang berhubung dengan tanggungjawab manusia selaku hamba Allah dan
Khalifah Allah di muka bumi ini.Akhlak Daulah
1. Akhlak dalam tanggungjawab ialah amanah dan berlaku adil.
2. Akhlak dalam mentaati perintah
6. KONSEP MORALKonsep Moral
Moral asal dari perkataan Greek iaitu mores atau daripada
jamak iaitu mos yang membawa maksud adat dan kebiasaan.
Kamus Dewan; moral mempunyai tiga definasi:-
1. Ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan
2. Berkaitan dengan apa yang betul atau adil
3. Semangat untuk hadapi ejekan demi mempertahankan
kebenaran
Perbezaan Antara Akhlak Dengan Moral dan Etika
Akhlak drpd bahasa arab; tingkah laku,tabiat,perangai, bentuk
kebiasaan dan kehendak Bersifat teori dan diterjemahkan melalui
perbuatan,amalan dan tingkah laku.
Moral perkataan Latin (moralis) ; tingkah laku yang bersesuaian
dgn tatasusila dan kehendak sesebuah masyarakat.
Moral bersifat praktik
Akhlak merujuk kepada kelakuan atau watak orang itu, samada baik
atau jahat.
Akhlak bersumber wahyu.
Akhlak ialah gabungan moral dan etika.
Moral meliputi sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan
dsbnya.
Motal bersumber akal.
Moral dibentuk oleh etika.
7. AKHLAK-AKHLAK MAHMUDAH Kasih sayang
Adil
Berani
Kejujuran
Kesyukuran dan berpuas hati
Keunggulan peribadi
Memelihara kesucian diri (iffah)
Merendah diri (tawadhuk)
Semangat bermasyarakat dan bergaul
Benar
Ikhlas
Pemaaf
Tanggungjawab
Ketepatan masa
Disiplin
Amanah
Hikma (bijaksana)
Redha
Syukur
8.0 PENDIDIKAN DAN PEMBIASAAN TERBAIK
Pendidikan yang terbaik adalah pendidikan yang diberikan oleh
Allah SWT.
Sebagaimana yang tertera dalam al-Quran. Nabi Muhammad SAW
adalah hasil produk pendidikan Allah, sebagaimana sabda beliau
:
( ( Artinya: Tuhanku mendidikku tata krama dengan tatakrama yang
baik . (al-hadist).
9.0 KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA Memperberat timbangan amal,
sabda Nabi SAW:
Artinya: tidak ada sesuatu dalam timbangan (pada hari kiamat) yg
lebih berat dari akhlak yg baik. Tanda sempurnanya iman, sabda Nabi
SAW:
Artinya: lebih sempurnanya iman seseorang adalah yang paling
baik akhlaknya. Tempatnya paling dekat dg Rasulullah SAW pada hari
kiamat.
Artinya: Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling
dekat kedudukannya di sisiku pada hari kiamat adalah mereka yg
paling baik akhlaknya.
10.0 KEUTAMAAN MEMILIKI AKHLAK MULIA Amal yang paling baik
:
Artinya: Nabi SAW ditanya ttg amal yang paling utama, beliau
menjawab: Khusnul Khuluq.
Perkara yang paling dominan memasukkan seseorang ke surga
:
Artinya: Nabi SAW ditanya ttg perkara yang banyak memasukkan ke
dalam surga, ia menjawab: Takut kepada Allah dan akhlak yang
baik.
Memperoleh derajat tinggi di akhirat.
Artinya: Seseorang niscaya memperoleh kemulyaan di akhirat sebab
akhlaknya yg luhur, walaupun kurang ibadahnya.11.0 RUANG LINGKUP
AKHLAK Akhlak terhadap Allah : Menjaga dan menunaikan hak-hak
Allah.
Akhlak terhadap diri sendiri; melaksanakan kedudukan, fungsi,
peran, hak, kewajiban dan tg jawab sebagai individu.
Akhlak terhadap sesama manusia; melaks. Kedudukan sbg makhluk
sosial dan menjaga fungsi, peran, hak, kewajiban dan tg
jawabnya.
Akhlak terhadap makhluk lain; menjaga, melestarikan, merawat dan
memanfaatkannya sesuai kebutuhan.12. TINGKATAN AKHLAK TERTINGGI
Akhlak tertinggi adalah ihsan yaitu; kita beribadah kepada Allah
seolah-olah kita melihat-Nya. Jika memang tidak melihat-Nya,
yakinilah bahwa Allah selalu melihat dan mengawasi kita.
Ilmu yang membahas masalah diatas disebut Ilmu Tasawuf13. Akhlak
terbahagi kepada kepada dua jenis iAkhlak IslamiiAkhlak Falsafah
dan Etika14. Sumber Akhlak Islam:-iWahyu al Quran dan As
SunnahiiSumber Kemampuan pemikiran akal manusia15. Akhlak Islam
terbina atas TIGA asas akidah :-iKeimanan kepada kewujudan Allah
yang iialam semester, manusia dan mencipta hidup dan
matinya,iiiYang wajib mempunyai segala sifat kesempurnaan yang
Maha
mengetahui, samada telah lalu, sedang dan akan datang, bahkan
mengetahui gerak dan lintas hati dan fikiran yang baik atau jahat.
Keimanan bahawa Allah yang mencipta manusia maka Dialah yang
Maha
Mengetahui tentang hakikat diri manusia.Dialah yang layak dan
berhak
memperkenalkan hakikat diri manusia itu kepada
manusia,menunjukkan
jalan yang baik dan jahat,jalan hak dan batil melalui wahyu.
manusia ditaklifkan mengikut jalan yang hak dan
lurus,menjauhi
yang sesat.
Keimanan kepada wujudnya Hari Akhirat atau adanya hidup yang
kekal abadi
selepas mati. Hari pembalasan baik atau jahat kepada segala
gerak laku amalan
atau perbuatan yang akan menentukan bentuk hidupnya yang penuh
nikmat dan
azab. Kesemuanya ini akan diterima selepas melalui satu kiraan
atau hisab
amalan yanag halus dan tepat,adil dan saksama.
16. Contoh-Contoh Akhlak Islam.
Al-Ikhlas ; qasadkan kata-kata,amal usaha,jihad dan pengorbanan
kerana Allah, kerana wajhullah, kerana mengharapkan keredaan
Allah,tanpa harapkan suatu
faedah,nama,gelaran,pangkat,kedudukan,sanjungan,penghormatan,ketinggian
dan kemuliaan lahiria Al-Sidiq asas kemuliaan, lambang
ketinggian,tanda kesempurnaan,gambaran tingkah perlakuan yang
bersih dan suci..
Amanah :- Sifat yang mesti dipunyai oleh setiap orang dalam
menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai matlamat yang
diharapkan dan cita-cita yang diazamkan-.
17 ISU-ISU AKHLAK REMAJA MASA KINIKeadaan Akhlak Anak-Anak
Remaja Hari Ini .
HATI KERING
TAPI MENYUSAHKAN
ORANG! BILA MATI
SEDARLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARI
UNIT 2/1HURAIAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN/STANDARD
PEMBELAJARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AKHLAH SEKOLAH
RENDAH.
2/1.0. Sinopsis
Bab ini memaparkan isi kandungan pelajaran dari tahun 1 hingga
tahun 6. Kefahaman guru dalam mengenalpasti isi pelajaran amat
penting bagi memberi impak yang mendalam semasa proses pembelajaran
murid. Justeru itu guru harus meneliti dengan saksama kesesuaian
isi pelajaran .
Unit ini mengandungi:
2. Isi kandungan Pengajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah
1.1. Hasil Pembelajaran1.1.1 Menghurai kandungan akhlak dalam
sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1- 6.
1.1.2 Menjelaskan isi kandungan Pendidikan Akhlak dalam
Pelajaran
Pendidiikan Akhlak Sekolah Rendah tahun 1- 6
2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
2.1 Mengenalpasti isi kandungan pelajaran mengikut tahun
dalam
Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.
2.2 Membanding beza isi kandungan pelajaran mengikut tahun.
2.3 Mencerakinkan isi pelajaran mengikut aras kebolehan dan
keperluan
murid mengikut tahun.
Arahan
8. Baca dan fahami objektif modul.
9. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
10. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
11. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan
yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula
soalan yang diberikan.
12. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh
pensyarah dan buat perbandingan.
13. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar
pada sesi berikutnya.
14. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan
tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan
mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
1.2. Kerangka Tajuk
Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
1.2.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim
dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
1.2 .2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacar perhubungan
manusia
dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan
negara
2. Adab dan Akhlak Islamiah.
2.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :-
2.1.1. Adab makan dan minum.
2.1.2. Adab qada hajat.
2.1.3. Adab tidur dan bangun tidur.
2.1.4. Adab mandi dan bersugi.
2.1.5. Adab berwuduk.
2.1.6. Adab berpakaian.
2.1.7. Adab berkenderaan.
2.1.8. Adab masuk dan keluar rumah.
2.1.9. Adab menghidang makanan dan minuman.
2.1.10. Adab berjalan.
2.1.11. Adab bertanya.
2.1.12. Adab mengurus diri.
2.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :-
2.2.1. Adab bercakap dengan ibu bapa
2.2.2. Adab menolong ibu bapa.
2.2.3. Adab bergaul dengan keluarga
2.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-
2.3.1. Adab bergaul dengan rakan.
2.3.2. Adab di masjid dan surau.
2.3.3. Adab bercakap dengan rakan.
2.3.4. Adab melayan tetamu.
2.3.5. Adab menziarahi orang sakit.
2.3.6. Adab menziarah rakan.
2.3.7. Adab menziarah orang tua.
2.3.8. Adab dengan orang tua.
2.3.9. Adab menziarahi jenazah dan kubur.
2.3.10. Adab makan di majlis keramaian.
2.3.11. Adab berjiran.
2.3.12. Adab berkumpul.
2.3.13. Adab berjual beli.
2.3.14. Adab bekerja.
2.3.15. Adab menziarah jiran.
2.3.16. Adab ketika bermain.
2.3.17. Adab terhadap tempat dan harta benda awam.
2.3.18. Adab kecintaan kepada negara.
3.3.19. Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.
3.3.20. Adab rehlah.
3.3.21. Adab dengan manusia dan makhluk lain.
3.3.22. Adab dengan pemimpin.
3.4. Adab Menuntut Ilmu :-
3.4.1. Adab bercakap dengan guru.
3.4.2. Adab ke sekolah.
3.4.3. Adab belajar.
3.4.4. Adab semasa di sekolah.
3.4.5. Adab berhujah.
3.4.6. Adab menolong guru.
3.4.7. Adab menjaga harta benda sekolah.
3.4.8. Adab menjaga kebersihan sekolah.
3.5. Adab Dengan al-Quran :-
3.5.1. Adab membawa dan menyimpan al-Quran.
3.5.2. Adab membaca al-Quran.UNIT 3/1ANALISIS DAN HURAIAN
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN/STANDARD PEMBELAJARAN PENGAJARAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AKHLAH SEKOLAH RENDAH.
3/1.0. SinopsisBab ini memaparkan isi kandungan pelajaran dari
tahun 1 hingga tahun 6. Kefahaman guru dalam mengenalpasti dan
menganalisa isi pelajaran amat penting bagi memberi impak yang
mendalam semasa proses pembelajaran murid. Justeru itu guru harus
meneliti dengan saksama kesesuaian isi pelajaran .
Unit ini mengandungi:
3. Analisis Isi kandungan Pengajaran Pendidikan Akhlak Sekolah
Rendah
1.1. Hasil Pembelajaran1.1.1 Menganalisis dan menghurai
kandungan akhlak dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1- 6.1.1.2
Menjelaskan isi kandungan Pendidikan Akhlak dalam Pelajaran
Pendidiikan Akhlak Sekolah Rendah tahun 1- 6
2. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
2.1 Mengenalpasti isi kandungan pelajaran mengikut tahun dalam
Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.
2.2 Membanding beza isi kandungan pelajaran mengikut tahun. 2.3
Mencerakinkan isi pelajaran mengikut aras kebolehan dan
keperluan
murid mengikut tahun.
Arahan
15. Baca dan fahami objektif modul.
16. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
17. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
18. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan
yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula
soalan yang diberikan.
19. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh
pensyarah dan buat perbandingan.
20. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar
pada sesi berikutnya.
21. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan
tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan
mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit. 3.2.
Kerangka TajukBidang ini memberi tumpuan kepada :-
3.2.1 Perincian isi kandudngan pelajaran dengan kepada aspek
yang menjadi fokus
kepada isi pelajaran.Isi Pelajaran Tahun 1Fokus
Memahami dan mengamalkan adab makan minum Memahami dan
mengamalkan adab dengan ibu bapa Memahami dan mengamalkan adab
bergaul dengan rakan Memahami dan mengamalkan adab dengan guru
Isi pelajaran Tahun 2Fokus
Memahami dan amalkan adab tidur
Memahami dan amalkan adab masuk dan keluar rumah
Memahami dan mengamalkan adab di sekolah.
Isi pelajaran Tahun3Fokus
Memahami dan mengamalkan adab terhadap al-Quran
Memahami dan mengamalkan adab berpakaian
Memahami dan mengamalkan adab bercakap
Memahami dan mengamalkan adab berziarah.
Isi Pelajaran tahun 4Fokus
Memahami dan amalkan Adab berjalan dan adab bertanya
Memahami dan amalkan adab dalam kehidupan bersosial
Memahami dan amalkan adab dengan orang tua
Memahami dan amalkan adab menziarahi janazah dan kubur
Memahami dan amalkan adab makan dan minum, dalam majlis
keramaian
Memahami dan amalkan adab berjiran dan berkumpul
Memahami dan amalkan adab menuntut ilmu
Memahami dan amalkan adab semasa di sekolah
Memahami dan amalkan adab berhujjah
Tahun 5Fokus
Memahami dan amalkan adab dalam kehidupan harian
Memahami dan amalkan adab mengurus diri
Memahami dan amalkan adab terhadap ibu bapa/keluarga
Memahami dan amalkan adab dalam berjual beli
Memahami dan amalkan adab berkerja
Memahami dan amalkan adab ziarah jiran
Memahami dan amalkan adab ketika bermain
Memahami dan amalkan adab dengan pemimpin
Memahami dan amalkan adab menuntut ilmu
Memahami dan amalkan adab menolong guru
Tahun 6Fokus
Memahami dan amalkan adab terhadap harta benda awam
Memahami dan amalkan adab kecintaan kepada negara
Memahami dan amalkan adab menjaga kebersihan sungai dan alam
sekitar.
Memahami dan amalkan adab rehlah
Memahami dan amalkan adab dengan manusia dan makhlauk lain
Memahami dan amalkan adab menjaga harta sekolah
Memahami dan amalkan adab menjaga kebersihan sekolah
UNIT 4/1Aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran akhlak
tahun 1-6
4/1.0. Sinopsis
Bab ini memaparkan aplikasi strategi dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6 dalam pendidikan
Akhlak. Kefahaman guru dalam mengenalpasti strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran pelajaran amat
penting bagi memberi impak yang mendalam semasa proses pembelajaran
murid. Justeru itu guru harus meneliti dengan memberi tumpuan
terhadap aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran.
1. Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1.1 Mengenalpasti strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut
tahun dalam Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah.
1.2 Membanding beza antara strategi, pendekatan , kaedah dan
teknik pengajaran.
1.3 Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
strategi, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih.
4.0 Strategi P&P dalam Pendidikan Akhlak.
Kebijaksanaan guru memilih satu-satu pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Kecekapan
merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merancang strategi
pengajaran
1. Kaedah dan teknik yang harus digunakan.
2. Bahan bantu mengajar yang dapat disediakan
3. Pengetahuan sedia ada murid.
4. Kebolehan dan minat murid-murid.
5. Kepakaran guru menggunakan bahan yang diperlukan.
6. Kawalan kelas.
Rajah 1 : Strategi P&P Dalam Pendidikan Akhlak4.1. Jenis
Strategi
Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ialah : Strategi
berpusatkan guru
Strategi berpusatkan murid
Strategi berpusatkan bahan4.1.1 Strategi berpusatkan guru
Ialah pendekatan lama yang diamalkan dalam P & P. Guru
memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti
sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar hanya mendengar
sahaja penerangan guru. Komunikasi berlaku sehala sahaja. Gurulah
yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. Di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal
kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai
pendengar. Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;
1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.
2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.
Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran
guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding
penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara
yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan
dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada
penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak
dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif
serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan
strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Demontrasi.
Syarahan/ Kuliah.
Bercerita.
Penerangan.
4.1.2 Strategi berpusatkan murid
Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif
dalam proses P & P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk
membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara
berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi
kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan
dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid
secara aktif.
Salah satu ciri utama KBSR dan KBSM adalah murid menjadi pemain
utama dalam sesuatu sesi P dan P. Murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak
masa diperuntukkan kepada murid meneroka dan menyelesaikan masalah
pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak sebagai
fasilitator.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan
strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Kumpulan.
Inkuiri penemuan.
Perbincangan.
Penyelesaian masalah.
Bermain.
Simulasi.
Sumbangsaran.
Projek.
Main peranan.
Penyoalan.
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu,
ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan
untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan
kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang
disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di
bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta
menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
4.1.3 Strategi berpusatkan bahan
Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan
kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video,
gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam
strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian
maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat
belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM
yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat
menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan.
Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta
boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau
secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan
perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;
Ketepatan
Kejelasan
Keluasan
Kepelbagaian
Strategi yang dirancang perlulah:
Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid
pelbagai aras kebolehan
Berpusatkan murid.
Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan
inovatif.
Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan
strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Audio-visual.
Pengajaran terancang.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Modul.
Penggunaan buku teks dan rujukan.
5.1 PENDEKATAN
5.1.1 Definisi Pendekatan
Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran
supaya objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu
bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan
teknik.
Pendekatan
1. Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjang.
2. Berasaskan model atau teori pengajaran atau pembelajaran.
3. Ianya merangkumi strategi, kaedah dan teknik yang digunakan
dalam sesuatu penyampaian.
4. Ianya bersifat aksiomatik iaitu diterima tanpa apa-apa
keraguan.
Dalam pengajaran pembelajaran Akhlak anda boleh menggunakan apa
jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut
:
Memberi ilmu - kognitif
Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah-
afektif
Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
Memupuk dan menanam penghayatan afektif
Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif
Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
Menyepadukan faktor dan nilai
Merentas kurikulum
Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
Memotivasikan murid dalam pembelajaran
5.1.2 Jenis-jenis Pendekatan
Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.
Rajah 3 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam
5.1.2.1 Pendekatan Bersepadu
Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang
terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua
ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain.
Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan diamalkan mengggunakan
strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk
menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar
dan penggunaan bahasa yang baik.
5.1.2.2 Pendekatan Induktif
Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan
bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara
besar atau umum. Contohnya: Guru akan meminta murid- murid
menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka
untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan
yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita
membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan
hukumnya.
Rajah 5 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan
Induktif
Ciri-ciri pendekatan induktif:
1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan
pengetahuan
3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi
menguasai sesuatu kemahiran
4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan
guru
6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek
lisan
7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan
berkesan.
5.1.2.3 Pendekatan deduktif
Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah
berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula
dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh
hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid
dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau
teori yang dikatakan.
Rajah 6 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan
Deduktif
Ciri-ciri pendekatan deduktif:
1. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi
2. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
3. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih
kompleks
4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada
menghafal
5.1.2.4 Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan
kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia
merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk
melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan
ini pengajaran dan pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan
induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya
diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau
contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai
digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang
berbeza.
5.1.2.5 Pendekatan Tematik
Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan
melalui idea yang besar. Contoh tema-tema seperti tolong menolong,
kebersihan dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada
komponan-komponan yang kecil dalam setiap komponan terdapat lagi
topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru
mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama
pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah
sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih,
guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan
tema tersebut.
CARA PERLAKSANAAN
a) Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam
kumpulan mengikut tahap kebolehan murid.
Contoh : tema : Kebersihan
Sub topik :
i) Kebersihan diri
ii) Kebersihan tempat tinggal
iii) Kebersihan kelas
b) Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh murid-murid dalam
kumpulan pelbagai kebolehan.
Contoh :
tema : binatang peliharaan
Kumpulan A : jawab soalan tentang binatang
Kumpulan B : lukis gambar binatang
Kumpulan C : gunting dan tampal
5.1.2.6 Qudwah hasanah
Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar
mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga
merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan
mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah
jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya. Sikap guru memainkan
peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran
kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan
perilaku yang baik.
RUMUSAN
LATIHAN
Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan
kepada hasil pembelajaran. Berdasarkan kefahaman anda mengenai
strategi dan pendekatan, jelaskan:
1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan menyertakan kekuatan dan
kelemahan pendekatan tersebut.
3. Pilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai
untuk pengajaran dan pembelajaran akhlak sekolah rendah6.2. Kaedah
dan Teknik
Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang
hendak kita gunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang
dimaksudkan dengan kaedah?
Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru
bagi melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur,
kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah /
peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan
yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu
pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau
cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami
maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada
mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru
menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran
yang ingin disampaikan kepada murid.
Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Akhlak ialah:
Tunjukcara / demonstrasi
Simulasi
Syarahan / kuliah
Projek
Bercerita
Perbincangan
Kuiz
Soal jawab
Dialog
Lakonan
6.3 KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN AKHLAK ISLAMIAH
Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan qudwah hasanah
atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk
ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di samping guru
sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah,
teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi
menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang
menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang
sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan
Islam.6.3.1. Antaranya kaedah dan teknik yang boleh digunakan
dalam
pengajaran adab dan akhlak;
Perbincangan
Lakonan
Simulasi
Soal jawab
Kuliah
Penerangan
Tunjuk cara atau demonstrasi
Latih tubi
Bercerita
Sumbang saran
Simulasi
Menulis rencana
Projek
Uswah Hasanah
Seminar
a. Kaedah Perbincangan
Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa
aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat,
bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai
sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari
penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran
idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu
topik. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan
merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan
pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua
iitu:
1. Perbincangan formal
2. Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal
Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas
kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti
berikut:
Penentuan penglibatan pelajar
Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil
bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan
diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti
pengerusi, pencatat dan penjaga masa.
Masa yang mencukupi
Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber
surat khabar, majalah, internet dan sebagainya
Penglibatan keseluruhan pelajar
Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum
supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan
pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru
akan lebih berkesan
Aktiviti susulan
Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain.
Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk
karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi
tumpuan mereka terhadap perkara itu
Ulasan guru
Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan
dan pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan
aspek ulasan guru.
Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi
sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal
ialah:
Guru selaku pengerusi
Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua
murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru
tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid
sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan
Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan
supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara
serius. Guru perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan
teratur.
Pembahagian Kumpulan
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada
kumpulan-kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik dan
mereka diminta memberi laporan hasil perbincangan kumpulan
tersebut.
Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka
diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan
orang lain. Seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat
sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang
berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.
Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan
1. Permulaan Pengajaran
Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat
berpunca dari akhlak
Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang
tajuk yang akan dibincangkan.
2. Sesi Perbincangan
Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor
Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
Fokus perbincangan kepada tajuk
Kemukakan persoalan perbincangan
Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
Membuat rumusan idea-idea perbincangan
3. Penutup
Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk
kefahaman murid
Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi
mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.
b. Kaedah LakonanKaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran
berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang
pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang
diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam
pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali
dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan.
Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain
memerhatikannya.
Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan
berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga
digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan
semasa sesi lakonan dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid
akan memberi ulasan.
Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan,
menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan
ialah:
1. Peristiwa yang sesuai
2. Pelakon hendaklah memahami situasi
3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka
saksikan nanti
4. Pelakon yang sesuai
5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.
6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
7. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar
memahami peristiwa yang mereka pelajari.
Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak
c. Kaedah simulasi
Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk
menjelaskan konsep atau isi pelajaran. Murid mengambil bahagian
secara langsung serta memperolehi pengetahuan dan pengalaman
daripada aktiviti tersebut.
Ciri-ciri
Tajuk ditentukan terlebih dahulu
Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan berdasarkan
pengetahuan pelajar
Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang
Di bawah pengawasan dan bimbingan guru
Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran
Langkah-langkah :
Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran
Menentukan tempat yang sesuai
Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan
Memberi masa murid melakukan simulasi
Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah
dijalankan
Membuat rumusan secara lisan atau bertulis
Rumusan
Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kaaedah dan teknik yang
sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Adab dan Akhlak
Islamiah. Kaedah-kaedah ini perlu diaplikasikan di dalam bilik
darjah mengikut kesesuaian tajuk dan tahap keupayaan murid-murid .
Kaedah yang efektif memudahkan murid-murid memahami, mengingati dan
menguasai tajuk yang disampaikan oleh guru. Pembelajaran akan
berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran dapat mencapai
objektifnya dan murid-murid mengubah tingkah laku berdasarkan ilmu
yang dibina. Seterusnya mereka dapat mengamalkannya di dalam
kehidupan seharian .
.
UNIT 7PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG
7.0. Sinopsis
Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi
membuat perancangan pengajaran, pelaksanaan dan penilaian dalam
pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi
semua bidang.
Unit ini mengandungi:
1.Perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian
2.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
3.Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran
7.1. Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1. Memahami serta membuat jadual perancangan semester,
mingguan
dan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam
2. Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
bagi
mencapai objektif yang telah dirancang3. Mengelola sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang
Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan
garispanduan
yang betul.4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan
bagi merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.
2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.
3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan
yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula
soalan yang diberikan.
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan
oleh
pensyarah dan buat perbandingan.
6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar
pada sesi berikutnya.
7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan
tajuk
ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan
mana-
mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
7.2. Kerangka Tajuk
+ +
Nota :
Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan/ rancangan
mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar
melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan
penilaian .
7.3. PERANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah
dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Tujuan utama penyediaan
rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif
pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru
untuk mengajar.
Apakah pengajaran?
Ilmu Pengetahuan : yang berkaitan dengan mata pelajaran
Kemahiran
:penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan
isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.
SIKAP
: Perubahan tingkahlaku
NILAI
: Nilai murni
Apakah pembelajaran?
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan
kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa
merancang, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan,
matlamat dan objektif pengajarannya.
Menurut Atan Long (1982), seorang guru perlu mengetahui secara
mendalam apa yang hendak disampaikan kepada murid kerana
pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam
dirinya. Kepercayaan murid juga akan bertambah terhadap guru.
Manakala Kauchak dan Eggen (1998) pula berpandangan bahawa guru
mesti mengetahui isi kandungan yang mereka hendak sampaikan dan
tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut dalam bentuk yang boleh
diterima oleh pelajar nya. 7.3.1 Rancangan Tahunan/ Semester
Satu jadual perancangan yang dibuat dengan mengagihkan sukatan
pelajaran mengikut tahun atau semester.
5
/
( 1-5)
1
7.3.2 Rancangan Mingguan
Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.
05/09/2011 09/09/2011 ()/
05/09/2011
06/09/2011
07/09/2011
08/09/2011
09/09/2011
7.3.3 Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan mengajar untuk satu-satu masa/ setiap hari
persekolahan. Rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan
rancangan mingguan. Ia merupakan susunan perancangan aktiviti dan
tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru melalui proses
penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan bahan dan
peralatan yang sesuai.
Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan
mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu
atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar,
guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif
pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah
dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan
perkara berikut:
Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?
Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya
objektif tercapai dengan berkesan?
Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan
pembelajaran?
Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen
utama:
i. Objektif
ii. Isi pelajaran
iii. Aktiviti murid dan guru
FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran
:
Tahun / Kelas
:
Tarikh
:
Masa
:
Bilangan Pelajar
:
Bidang
:
Tajuk
:
Kemahiran
:
Pengetahuan Sedia Ada
:
Hasil pembelajaran
:
Aras 1:
Aras 2:
Aras 3:
Kemahiran berfikir
:
Penerapan Nilai
:
Gabungjalin Penyerapan Ilmu/ rentasa n
:
Bahan Bantu MengajarICT
Keusahawanan
:
LangkahIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan
Muqaddimah
(1 minit)Doa
SyahadatainMurid
Guru
Set Induksi
(3-5 minit)Isi
Soalan
TajukGuru
Murid
GuruBBM
Langkah 1
(10-12 minit)Isi
SoalanGuru
GJ
Penyeraran
Nilai
BBM
Langkah 2
(10 -12 minit)Isi
Gabungjalin
Penyerapan
SoalanGuru
MuridGJ
Penyeraran
Nilai
BBM
Langkah 3
(8-10 minit)SoalanMurid
GuruKB
GJ
Penyerapan
Nilai
BBM
Langkah 4
(6 -7 Minit)Pengayaan
Pemulihan
Penutup
(5 minit)Kesimpulan Isi
Kerja lanjutanGuru
Murid
Catatan Refleksi7.4PELAKSANAAN PENGAJARAN
Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga
peringkat, iaitu; pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan
utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada pencapaian
objektif yang dirancang.
5.4.1Set Induksi
Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan.
Manarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara
guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya.
Bahagian set induksi memainkan peranan penting untuk menarik dan
mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan
fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran
berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar
apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana
murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran. Pelbagai
pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan menarik
minat murid terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan
pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa
yang berkaitan.
5.4.2Penyampaian
Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau
dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan
pengajaran sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru
mengaplikasikan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah,
strategi dan pendekatan tertentu untuk menyampaikan bahan
pengajaran. Semasa proses ini guru perlu melibatkan murid secara
aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan
objektif pengajaran. 5.4.3Penutup Pengajaran
Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi
pengukuhan terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan
maklumbalas mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif
yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran
penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali.
Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:
Penutup Kognitif
Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang
dicadangkan ialah: pemetaan konsep, melukis gambarajah dan
sebagainya.
Penutup Sosial
Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang
dicadangkan ialah peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu
dan sebagainya.
5.5. PENILAIAN
Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi
aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan
dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang
lebih berkesan.
5.5.1 Tujuan Penilaian
Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang
kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran guru.
Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran
dan membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid.5.5.2 Kaedah
penilaian
1. Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai
dengan menggunakan kaedah:
pemerhatian lisan penulisan
2. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
3. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau
digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas
dan tepat mengenaii kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah inii boleh digunakan untuk :
Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran harian
dan tidak memerlukan instrumen yang khusus
Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa
pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran
kerja, ujian bertulis
Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada
akhir program
- perlu dirancang secara teratur - dijalankan dengan menggunakan
senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan
A. Penilaian secara pemerhatian
Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui
kaedah lisan dan penulisan seperti:
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku
skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap
serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan
gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah
lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala
kadar.
B. Penilaian secara lisan.
Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi
antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap
Instrumen Penilaian Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui
aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran
mendengar dan bertutur secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan
kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan
menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan
dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam
menyediakan instrumen guru perlu dipastikan:
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas
dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah
digunakan untuk merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
C. Penilaian secara penulisan.
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan
memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang
berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan Digunakan untuk mengesan kemahiran
bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran
seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut
mestilah diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa
dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif
peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat
dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat
rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas
murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid
untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara
kritis dan kreatif.
5.6 Refleksi KendiriRefleksi adalah suatu usaha secara sedar dan
rasional mencari penyelesaian kepada suatu masalah. Proses refleksi
mengarahkan pemikiran yang positif bagii menjana amalan pengajaran
guru yang berkesan. Refleksi didefinisikan sebagai inkuiri yang
sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan
pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu
perkara.
Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran
sebagaii penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran
guru.
Rajah 17 : Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Dan
Pembelajaran
5.7 RUMUSAN
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Akhlak
yang berkesan merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada
semua guru Pendidikan Islam. Istilah berkesan dan menarik adalah
sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana
kedua-duanya bersifat relatif dan berbeza mengikut keadaan dan
presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri,
2007)
Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan
diakui bersama, antaranya;
5.7.1Tercapainya objektif pembelajaran
a.Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi
pelajaran.
b.Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu
sedikit.
c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah, sesuai, realistik,
jelas, tepat dan disusun mengikut urutan.
5.7.2Penyampaian isi secara sistematik dan lancar
a.Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep
yang asas.
b.Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi
pelajaran.
c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu
peringkat permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat
penutup.
5.7.3Menggunakan bahasa yang berkesan
a.Menggunakan bahasa persuratan.
b.Bertutur dengan lancar dan fasih.
c.Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid
5.7.4Penggunaan bahan bantu mengajar
a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru
menyampaikan isi pelajaran secara berkesan.
b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid
memahami penyampaian guru.
c. Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi
terkini
5.7.5.Pengajaran dan Pembelajaran interaktif
Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P
interaktif dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan
pembelajaran interaktif ini boleh dibahagikan kepada beberapa
suasana:
a. Interaktif antara guru dengan murid
b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran
c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran
d. Interaktif murid dengan murid5.7.6. Penguasaan Ilmu
Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu
kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat
menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap.
Pendidikan Islam akan menjadi menarik dan relevan kepada pelajar
sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti
dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan
kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang
zaman.
PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
(1) PERANCANGAN
(2) PELAKSANAAN
(3) AMALAN REFLEKSI
(4) SIKAP & SAHSIAH
Hasil Pembelajaran
Isi PelajaranPerancangan
Strategi P & P
Sumber P&P
Penerapan nilai (nilai murni/nilai PAS)
Unsur Kemahiran Berfikir
Permulaan
Perkembangan Pengajaran
Pengurusan Bilik DarjahPelaksanaan
Komunikasi
Kualiti Pembelajaran
Penutup
Pencapaian Hasil Pembelajaran
Aplikasi Nilai
Amalan Refleksi
Pemikiran Reflektif
Penampilan DiriSikap & Sahsiah
Keprihatinan
Pekerti
Sifat Profesional
Latihan1. Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam dan laksanakan di dalam kelas pengajaran
dan pembelajaran anda.
2. Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah anda
laksanakan.
BERPUSATKAN GURU
BERPUSATKAN MURID
STRATEGI PENGAJARAN
BERPUSATKAN BAHAN
EKLEKTIK
QUDWAH HASANAH
TEMATIK
BERSEPADU
DEDUKTIF
INDUKTIF
PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAM
Memerhati,
mengkaji,
mengenalpasti,
mentafsir.
Contoh-contoh
khusus
Membuat
generalisasi
Pilih
teori/rumus,
prinsip,
hukum
atau
peraturan
yang telah
diketahui
Memperkenal
teori/rumus,
prinsip,
hukum
atau
peraturan
barui
Murid
mengukuhkan
pemahaman
tentang
konsep
Gunakan
contoh-contoh
berkaitan
STRATEGI
Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
berdasarkan objektif
Lebih mengambil kira objektif jangka panjang
Mengambil kira segala aspek pembelajaran
PENDEKATAN
Cara mengajar berdasarkan objektif
berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan
alasan
Mendokong sesuatu teori
Guru mewujudkan satu situasi bermasalah sebagai contoh murid
tidak berminat menuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah
pengorbanan Imam Ghazali ketika mengembara menuntut ilmu
Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi tersebut,
peranan watak-watak dan tempat lakonan
Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan
peranan mereka dalam sesi lakonan
Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam
lakonan tersebut
Guru membimbing pelajar membuat rumusan
KAEDAH
Lebih bercorak jangka pendek
Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun
berdasarkan pendekatan yang dipilih
Mendokong pendekatan dipilih
Siri tindakan guru yang sistematik
Latihan :
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbincangan?
Nyatakan perbezaan antara perbincangan formal dan tidak
formal.
Banding bezakan kaedah lakonan dan kaedah simulasi dalam
Pendidikan Akhlak Islamiah.
Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik?
Latihan:
Jelaskan kelebihan kaedah simulasi sehingga ia dikatakan sangat
sesuai diaplikasikan dalam pengajaran ibadah
Apakah persediaan guru sebelum kaedah simulasi dijalankan dalam
P&P
Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah simulasi untuk
pengajaran berkesan.
Peringatan:
Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk
meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak
yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
P&P Berkesan
Penilaian
Pelaksanaan
Perancangan
Rajah 12 : Pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan
ILMU
PENGETAHUAN
KEMAAHIRAN
PENGAJARAN
PROSES PENYAMPAIAN
SIKAP
NILAI
Rajah 13 : Proses penyampaian pengajaran
Proses perubahan tingkahlaku yang agak tetap dan berlaku kerana
pengalaman dan latihan yang diteguhkan
PEMBELAJARAN
Rajah 14 : Proses pembelajaran
PENGAJARAN + PEMBELAJARAN
BERKAIT RAPAT DENGAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK
Rajah 15 : Proses Pengajaraan dan Pembelajaran
Butiran am
Kemahiran
Pengetahuan lepas
Hasil Pembelajaran
Penggabungjalinan
Penyerapan kurikulum
Penerapan nilai
Sumber P&P
keusahawanan
ICT
Perancangan
Set induksi
Perkembangan isi pelajaran
Kemahiran
Strategi pengajaran
Penggabungjalinan
Penyerapan kurikulum
Penerapan nilai
PenggunaanSumber P&P
Pengayaan & pemulihan
Penyampaian
Penutup
Aktiviti susulan
Penilaian hasil pembelajaran
Rumusan / kesimpulan
Pengubahsuaian
Rajah 16 : Perancangan Proses Pengajaran
Mengesan masalah
Memahami masalah melalui pemikiran kognitif
Memproses dan menganalisis data dengan pemikrian secara
kritis
Mengingat kembali perhubungan pengalaman
yang sedia ada dengan penyelesaian masalah
Mencadang pelbagai penyelesaian dengan pemikiran kritis dan
kreatif
Menilai penyelesaian dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk
membuat keputusan atau menetap tindakan
Latihan:
Apakah kriteria yang diperlukan seorang guru untuk
mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran?
Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah
bercerita
Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi
bercerita?
10