Hns 2013 kenegaraan esei 1 - bincangkan jenis-jenis kerajaan
Post on 19-Jul-2015
193 Views
Preview:
Transcript
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2
KOD & NAMA KURSUS
HNS 2013 : KENEGARAAN
TAJUK
KUMPULAN
UPSI A03 A112PJJ
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
AMINAH TUN FAIZAH BT YEOP IBRAHIM D20112053359 0175040997
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. FAUZIAH BT. CHE LEH
TARIKH SERAH : 06.4.2012
LAMPIRAN 2
PEMARKAHAN
1.
JUMLAH
TUGASAN ESEI 1 – BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA
CONTOH YANG SESUAI.
F
HNS 2013 KENEGARAAN
ESEI 1
BINCANGKAN JENIS-JENIS KERAJAAN BESERTA CONTOH YANG SESUAI.
DEFINISI KERAJAAN
Kerajaan merujuk kepada institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negaranya.
Menurut definisi Wikipedia, kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang
bertanggungjawab membuat dan melaksanakan undang-undang dan peraturan dalam sesebuah
kawasan tertentu. Ia juga merujuk kepada kerajaan awam sama ada pada peringkat tempatan,
kebangsaan mahupun antarabangsa. Saiz sesuatu negara adalah berbeza mengikut kawasan dan
tujuannya.
Menurut pengertian Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), kerajaan bermaksud
negeri atau negara yang dikepalai oleh raja atau pemerintah yang bermartabat, mempunyai alat-
alat kebesaran diraja, bersifat sebagai raja yang memerintah atau mentadbir negara yang
berperlembagaan membentuk sebuah kerajaan yang bebas dan merdeka.
Jenis-jenis kerajaan pula merujuk kepada institusi-instusi pemerintahan sesebuah
kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Ia boleh
dikelaskan kepada beberapa jenis dan masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
tersendiri. Antara sistem kerajaan adalah Demokrasi, Republik, Monarki, Komunis, Sosialis dan
Totalitarian.
KEPENTINGAN KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH
“ Kerajaan bukan lagi terhad kepada “maintenance of law and order” dan memungut
hasil, tetapi peranan kerajaan sudah diperluaskan sehingga terlibat dengan semua gerak-geri
ekonomi, sosial dan politik dalam sesebuah negera yang merdeka”. (Tun Dr. Mahathir
Mohammad).
Secara umumnya kerajaan berfungsi sebagai pengatur kehidupan dalam sesebuah negara
untuk mencapai ketertiban dan keamanan negara, kebajikan rakyat, mengeratkan perpaduan dan
keharmonian, pertahanan dan keamanan dan perhubungan antarabangsa.
Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab
menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai contohnya, institusi atau agensi itu
adalah seperti Parlimen, Kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah, jabatan dan kementerian. Sistem
kerajaan hari ini boleh dibahagikan berasaskan pembahagian kuasa kerajaan antara pusat dengan
negeri dan kewujudan atau tidak wujud raja. Berasaskan pembahagian inilah, maka wujudlah
jenis-jenis kerajaan yang berbeza antara sesuatu negara.
JENIS-JENIS KERAJAAN DI DUNIA.
Terdapat beberapa jenis kerajaan di dunia. Antaranya ialah
A. Kerajaan Demokrasi
Definisi Demokrasi
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang
digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan
yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo' bererti rakyat atau
masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang. Dengan kata lain, rangkaian
kedua perkataan itu membawa maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala
digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi
memang sukar didefinisikan dan sering menyebabkan kontroversi. Tetapi sejak kewujudan
Athens, demokrasi sering dimaksudkan sebagai kerajaan yang diperintah oleh rakyat.
Demokrasi boleh dimaksudkan sebagai satu sistem politik yang boleh dikatakan sebagai
semua rakyat boleh membuat sebarang atau keputusan yang penting tentang polisi awam.
Demokrasi sering digunakan atau diperkatakan sebagai melambangkan kesamaan politik. Ini
dapat dilihat di mana demokrasi mempunyai sifat atau dasar terbuka dalam politik di mana
pertandingan parti-parti politik semasa pilihanraya adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh
bertanding secara terbuka. Pemenangnya akan mewakili rakyat untuk menyatakan sebarang
dasar atau keputusan rakyat kepada kerajaan.
Tokoh-tokoh akademik dan politik turut memberikan beberapa maksud mengenai
demokrasi. Sarjana sains politik iaitu Robert A.Dahl, menyatakan demokrasi adalah suatu sistem
yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan
atau pembentukan dasar. Sementara itu, C.F. Strong pula memberikan maksud demokrasi
sebagai suatu corak kerajaan yang bergantung kepada persetujuan dan keengganan ramai. Rakyat
turut mengambil bahagian di dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai
kedaulatan.
Abraham Lincoln pula menyatakan bahawa demokrasi merupakan kerajaan yang
dipimpin oleh rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga
setiap rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap
individu mendapat hak yang sama. Kesimpulannya maksud demokrasi memang sukar untuk
dinyatakan. Ia sering berlainan dari pendapat seorang kepada pendapat orang lain.
Demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu
(i) Demokrasi Langsung iaitu demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat secara terus dalam
penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak diwakili oleh sesiapapun untuk
menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat
perlu hadir atau bersama dan mengambil bahagian sewaktu membuat dasar.
Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili rakyat.
Semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan sebarang dasar. Dalam demokrasi
secara langsung tidak ada pilihanraya. Oleh itu, sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan
apabila rakyat mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja
Manakala dalam demokrasi secara langsung terdapat dua badan iaitu perhimpunan dan majlis.
Majlis mempunyai keahlian yang mewakili secara sama rata bilangan rakyat. Oleh itu tidak
berlaku konflik yang tegang antara kedua-dua badan tersebut. Negara yang masih lagi
mengamalkan bentuk kerajaan ini ialah Switzerland.
(ii) Demokrasi tak langsung pula dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini bermakna
dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang dipilih oleh rakyat.
Di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak
langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang pilihanraya, dengan majoriti dua
pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar
lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam
demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam pembentukan
sebarang dasar. Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan
dalam demokrasi secara tak langsung. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk
dielakkan. Dalam demokrasi tak langsung mempunyai tiga badan atau tiga institusi iaitu
kehakiman, legislatif dan eksekutif. Institusi kehakiman tempat menyelesaikan sebarang masalah
warganegara atau badan sesebuah negara. Institusi legislatif pula terdiri dari wakil-wakil, yang
dipilih rakyat yang berperanan membuat, meminda mahupun membatal sesuatu undang-undang
mengikut kuasa yang ada pada mereka. Institusi Eksekutif pula merupakan pusat utama kerajaan
yang juga menentukan polisi sesebuah negara. Britain dan Malaysia adalah contoh negara yang
mengamalkan sistem demokrasi secara tak langsung ini.
Secara kesimpulannya, demokrasi secara langsung memang paling bagus untuk dilaksanakan
dalam sesebuah negara. Tetapi bilangan rakyat yang ramai menyebabkan tidak ada
kemungkinan untuk melaksanakannya secara 100%. Demokrasi secara tak langsung dianggap
lebih praktikal kerana ia dapat mewakilkan seluruh rakyat.
Elemen dalam demokrasi
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi- institusi berikut:
Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan
memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
Rakyat diberi hak mengundi
Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang.
Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.
B. KERAJAAN REPUBLIK
Definisi Republik
Republik merujuk kepada sejenis kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara
yang dipilih oleh rakyat seperti Presiden bertindak sebagai ketua eksekutif . Perkataan ini berasal
dari bahasa Latin res publica atau “urusan awam” dan ia bermaksud kerajaan dimiliki serta
dikawal oleh rakyat. Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik
yang paling terkenal iaitu Republik Rom yang telah bertahan dari 509 SM hingga 44SM. Ada
negara republik yang diperintah secara kuku besi atau totalitarian. Contoh negara republik yang
amat popular ialah Amerika Syarikat dan India yang dikatakan pemerintahannya lebih menyamai
demokrasi. Di beberapa buah republik pula, Presidennya memerintah secara kuku besi dan
bertindak seperti seorang maharaja di negara tersebut. Contoh kerajaan kuku besi ini adalah
kerajaan pimpinan Bokassa di Republik Afrika Tengah. Ramai berpendapat kerajaan republik
lebih demokratik berbanding kerajaan raja berperlembagaan.
C. KERAJAAN MONARKI
Definisi Monarki
Kerajaan beraja atau Monarki dari bahasa Yunani “monos archein” bermaksud “satu
pemerintah” merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi ketua negara. Monarki atau
sistem pemerintahan beraja adalah antara sistem tertua di dunia. Pada waktu sekarang hanya
empat negara mempunyai raja atau monarki mutlak dan selebihnya terhad kepada sistem
perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan raja
atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Kerajaan monarki yang sangat jelas
dapat kita lihat ialah negara Brunei Darussalam, Arab Saudi, Kuwait dan Qatar.
Perbezaan di antara Raja dan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi Ketua
Negara sepanjang hayat manakala Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa
tertentu. Bagi kebanyakan negara, raja merupakan symbol kesinambungan serta kedaulatan
negara tersebut. Raja juga biasanya menjadi ketua agama serta panglima besar angkatan tentera
sesebuah negara. Kebaikan jenis kerajaan ini ialah system beraja ini lebih baik dari presiden
kerana telah terlatih sejak kecil. Menjadi symbol untuk perpaduan negara. Sistem beraja ini lebih
stabil berbanding system presiden kerana ia melambangkan kesinambungan pemerintahan.
Keadaan ini dapat diihat dengan jelas dalam kekacauan dan peperangan saudara di Perancis,
Jerman, Russia dan China apabila mereka menghapuskan sistem beraja.
D. KERAJAAN KOMUNIS
Definisi Komunis
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan
penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan
dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx
menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh
dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk
kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang
pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli
masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik
dan sosial.
Karl Marx, Pengasas Komunisme.
Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas
berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual
dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis.
Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran
kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk
menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut
Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis
(borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat
bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan
komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari
Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti
komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada
Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila
komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa
"agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".
Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia
pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.
Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk
beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang
berpegang kepada agama.
Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman
komunis:
1. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
2. China (Republik Rakyat China)
3. Cuba (Republik Cuba)
4. Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao)
5. Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
6. Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
7. Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
8. Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
9. Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)
Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:
1. China
2. Laos
3. Vietnam
4. Cuba
5. Korea Utara
Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur . Hal ini
dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang
dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan
kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri.
Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya
Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk
sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang
memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.
E. SOSIALIS
Definisi Sosialis
Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri
utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama
rata.
Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis
yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata
pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja
kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan
semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang
menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James
Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert
Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.
Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama.
Tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kebanyakan orang yang
bukan komunis merujuk komunisme sebagai Marxisme dan Leninisme iaitu idea-idea yang
berasal dari Parti Bolshevik di Rusia.
Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah
golongan sosialis mengikut Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya
kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak
bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara
kebajikan.
F. KERAJAAN TOTALITARIAN
Definisi Totalitarian
Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrem
adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara
secara total. Sistem ini adalah lebih ketara berbanding sistem diktator atau negara polis police
state dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela
hati akan patuh dengan kerajaan. Kadangkala kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti
membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang total ini.
Giovanni Gentile, ahli falsafah Itali yang terkenal dengan teori fasismenya telah mula
menggunakan istilah “totalitario” yang merujuk kepada struktur dan matlamat sebuah negara
yang baru. Negara baru ini akan mewakili negara bangsa secara total dan memberi bimbingan
menyeluruh ke arah matlamat nasional.[1]. Beliau menggambarkan totalitarianisme sebagai
sebuah masyarakat di mana ideologi negara mempunyai pengaruh, jika bukan kuasa, ke atas
rakyatnya.
Perkataan ini kerap digunakan oleh Benito Mussolini bagi rejimnya di Itali. Menurutnya, sistem
ini mempolitikkan segala yang spititual dan kemanusiaan[2]. Sewaktu Perang Dunia II, Hannah
Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan di
antara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori sivik. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan
komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar daripadanya seperti rejim
Franco di Sepanyol, dan Mussolini di Itali sebelum Perang Dunia II, dan juga rejim komunis
seperti di Yugoslavia di bawah pimpinan Tito dan China di bawah Deng Xiaoping, adalah lebih
bersifat autoritarian berbanding totalitarian.
Namun, terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan
Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler adalah
beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan
rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing. Khmer Rouge
di bawah kerajaan Pol Pot yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada
masyarakat di mana lebih kurang dua juta rakyat Kemboja telah dijadikan mangsa penindasan
rejim tersebut.
[sunting] Beberapa andaian dalam sistem totalitarianisme
Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin
agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian
mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Zedong, Mussolini, Pol
Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev
Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-
kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut
mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu,
pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme.
Kebanyakan cendekiawan dalam bidang totalitarianisme seperti Karl Popper, Hannah Arendt,
Carl Friedrich, Zbigniew Brzezinski, dan Juan Linz mempunyai pandangan berbeza mengenai
totalitarianisme. Namun mereka semua bersetuju terdapat beberapa elemen yang sama dalam
kerajaan totalitarian. Antaranya adalah[3]:
1. Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi
rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf
Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman[4].
2. Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
3. Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan
polis rahsia, propaganda melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan
bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atau mass
surveillance dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau terror tactics.
[sunting] Senarai Negara Totalitarian
[sunting] Nota dan rujukan
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, keenam-enam jenis kerajaan ini mempunyai kebaikannya yang
tersendiri dari segi pentadbiran. Namun begitu, kebanyakan negara memilih kerajaan demokrasi
kerana kerajaannya lebih peka, prihatin dan teliti dalam melaksanakan sesuatu dasar untuk
memberi yang terbaik kepada rakyat. Keburukannya pula akan wujud permusuhan dan
pergaduhan antara pihak pembangkang dan kerajaan sehingga gagal mencapai persetujuan antara
kedua pihak. Keadaan ini juga boleh kita lihat dengan jelas di dalam negara kita Malaysia.
Dalam system pemerintahan kerajaan republic, kuasa pemerintahan terletak di tangan
seorang individu atau sesebuah parti politik. Rakyat tidak memilih parti yang memerintah
sebaliknya hanya memilih bakal presiden sahaja.
Sebaliknya pula dalam system pemerintahan kerajaan monarki, kuasa sepenuhnya
terletak dalam tangan seorang raja. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan
negaranya. Sekiranya pemerintahan raja itu lemah akan mudah goyahlah kerajaan pimpinannya.
Berbeza dengan pemerintahan kerajaan komunis. Bentuk kerajaan ini mempunyai
persaingan politik yang terhad kerana kuasa dikawal oleh golongan elit tertentu terutamanya
tentera. Rakyat dikawal dan dipaksa untuk mematuhi dan mengikut segala arahan kerajaan.
Kebebasan awam amat terhad.
Dalam pemerintahan kerajaan sosialis pula, antara kelemahan system ini ialah rakyat
terpaksa mengorbankan kebebasan peribadinya dan harta milik peribadinya juga. Pendidikan
moral juga tidak dipentingkan dalam pemerintahan kerajaan ini. Sistem pemerintahan ini lebih
kepada system dictator.
Sistem pemerintahan Totalitarian juga menyamai kerajaan sosialis kerana ia hanya
membenarkan kewujudan satu parti sahaja. Rakyatnya juga dipaksa menurut dan mentaati
pemerintah. Kuasa dimiliki oleh pemerintah yang menguasai pihak tentera dan system
komunikasi. Kebebasan rakyat sememangnya disekat oleh pemerintah. Kerajaan Totalitarian
yang pernah wujud pada suatu ketika dahulu ialah pemerintahan Adolf Hitler (Jerman),
Mussollini (Itali) dan Stalin (Russia).
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/demokrasi
http://ms.wikipedia.org/wiki/komunis
http://ms.wikipedia.org/wiki/sosialis
http://ms.wikipedia.org/wiki/totalitarian
http://ms.wikipedia.org/wiki/republik
http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal
http:/notapismp.blogspot.com/2010/03/pengelasan-sistem kerajaan
“Darjat tidak datang bergolek”, Utusan Online, 15 Februari 2005
Stanley G. Payne, Fascism: Comparison and Definition (UW Press, 1980), porn. 73
G. Gentile & B. Mussolini dalam "La dottrina del fascismo" 1937
Brown, Archie, et al, eds.:The Cambridge Encyclopedia of Russia and the Soviet Union
(Cambridge, UK: Cambridge University Press, 1982).
Gilbert, Martin: The Routledge Atlas of Russian History (London: Routledge, 2002).
Goldman, Minton: The Soviet Union and Eastern Europe (Connecticut: Global Studies,
Dushkin Publishing Group, Inc., 1986).
Howe, G. Melvyn: The Soviet Union: A Geographical Survey 2nd. edn. (Estover, UK:
MacDonald and Evans, 1983).
Katz, Zev, ed.: Handbook of Major Soviet Nationalities (New York: Free Press, 1975).
Rizzi, Bruno: "The bureaucratization of the world : the first English ed. of the
underground Marxist classic that analyzed class exploitation in the USSR" , New York,
NY : Free Press, 1985
↑ "Communism - Marxism & The Communist Manifesto". AllAboutPhilosophy.org.
top related